The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Putaran bumi diatas paksinya.
Peredaran bumi mengelilingi matahari.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofeeaida, 2021-08-08 22:49:03

Unit 9: Putaran dan Peredaran Bumi

Putaran bumi diatas paksinya.
Peredaran bumi mengelilingi matahari.

Unit 9: Bumi
(Putaran Dan peredaran)

﴾٣٣ ََ ‫َو ُه َو الَّ ِذي َخلَ َق اللَّ ْي َل َوالنَّ َها َر َوال َّش ْم َس َوا ْلقَ َم َر ۖ ُك ٌّل ِفي فَلَ ٍك يَ ْسبَُ ُحو‬
Maksudnya : “ Dan Dialah (Tuhan) yang telah

menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan
tiap-tiap satunya beredar terapung-terapung di tempat

peredarannya masing-masing”
(Surah Al-Anbiyya : ayat 33)

Jom Belajar Sains

Objektif Pembelajaran

Diakhir PdP Insya Allah kamu akan dapat

1. Menyatakan Bumi berputar pada paksinya dan pada masa
yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.
2. Memerihalkan putaran dan peredaran Bumi dari aspek arah
dan tempoh.
3. Memerihalkan kesan putaran Bumi pada paksinya dengan
menjalankan aktiviti.

Ya… Bumi dan planet lain juga beredar mengelilingi Berdasarkan video
Matahari mengikut orbit masing-masing. Bumi berputar tadi,Adakah, Bumi dan
pada paksinya dan pada masa yang sama beredar
mengikut orbitnya mengelilingi Matahari. semua planet lain
beredar mengelilingi

Matahari?

Putaran Bumi

1. Bumi berputar pada paksinya dari barat ke
timur iaitu mengikut arah lawan jam.

2. Bumi mengambil masa 24 jam atau satu
hari untuk membuat satu putaran lengkap.

Putaran bumi pada paksinya akan menyebabkan Apakah kesan-kesan
beberapa kejadian. : putaran Bumi pada

A. Kejadian siang dan malam paksinya?

1. Bahagian Bumi yang menghadap matahari akan
mengalami waktu siang.
2. Bahagian Bumi yang tidak menghadap matahari akan
mengalami waktu malam.
3. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan kejadian
siang dan malam berlaku silih berganti

B. Kedudukan Matahari kelihatan seperti berubah-ubah

1. Disebabkan bumi berputar dari barat ke
timur. Kedudukan Matahari di langit kelihatan
berubah-ubah dari timur ke barat

C. Perubahan panjang dan arah bayang-bayang
1. Bayang-bayang lebih Panjang pada waktu pagi dan
petang
2. Bayang-bayang paling pendek pada waktu tengah
hari kerana Matahari berada tegak di atas kepala.

3. Arah bayang-bayang berubah dari barat ke timur
disebabkan Matahari terbit dari timur dan terbenam
disebelah barat

Peredaran Bumi

1. Bumi bukan sahaja berputar pada paksinya, tetapi bumi juga
beredar mengelilingi Matahari pada masa yang sama.

2. Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing
mengikut arah lawan jam.

3. Bumi mengambil masa 365 1/4 atau 1 tahun untuk membuat satu
peredaran yang lengkap mengelilingi Matahari.

Orbit adalah laluan yang diikuti oleh planet Paksi ialah Paksi adalah garisan imaginasi
atau bulan mengelilingi sesuatu jasad;
seperti Bumi mengorbit Matahari. yang menembusi bahagian tengah sesuatu
Orbit Bumi berbentuk elips atau bujur objek, di mana objek itu berputar.

Paksi Bumi ialah garisan di antara kutub Utara dan kutub
Selatan.

TAHUKAH ANDA!!!!!

Kesan Peredaran Bumi Apakah kesan
peredaran bumi

1. Kejadian empat musim mengelilingi matahari?

•Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga ), hemisfera utara 2. Gerhana bulan dan Matahari
mengalami musim bunga di Hemesfera selatan musim luruh
•Pada 21 Jun ( solstis musim panas) hemisfera utara mengalami Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di
musim panas ,hemisfera selatan musim sejuk antara Bulan dengan Matahari dan ketiga -

•Pada 23 September ( ekuinoks musim. luruh ), hemisfera utara tiganya berada dalam satu garis lurus.

mengalami musim luruh ,hemesfera selatan musim bunga

•Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk) hemisfera utara

mengalami musim sejuk,hemisfera selatan musim panas

Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di
antara Bumi dengan Matahari dan ketiga - tiganya
berada dalam satu garis lurus.

Tugasan Hari ini

1. PENTING!!!! Isi kehadiran hari ini di link berikut:
https://forms.gle/WevrFpW82FrShXd97

2. Jawab soalan kuiz yang dikongsikan :
Kuiz 1 : https://wordwall.net/ms/resource/7017714
Kuiz 2 : https://wordwall.net/ms/resource/3818018
Kuiz 3 : https://www.liveworksheets.com/xr1376616zj
Kuiz 4 : https://www.liveworksheets.com/hy1359398uk

3. Catat markah yang diperolehi dalam buku latihan Sains dan hantar
kan juga ke group telegram

Markah KUIZ ONLINE Putaran dan peredaran Bumi

KUIZ 1 =
KUIZ 2 =
KUIZ 3 =
Kuiz 4 =

4. Salin/print nota Unit 9: Bumi –Putaran dan peredaran, tampal dalam
buku nota sains. Jangan lupa tulis hari dan tarikh yea

Terima Kasih

#Jumpa lagi Insya Allah
#Selamat belajar
#Kitajagakita
#Staysafe

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics &

images by Freepik


Click to View FlipBook Version