UNIT 11: BURUJ
"1. Demi langit mempunyai gugusan bintang,“
Allah s.w.t. bersumpah dengan menyebut nama langit yang
mempunyai gugusan bintangnya yang besar-besar. Al Buruj
bermaksud bintang-bintang.
Ada yang mengatakan yang ada penjaganya, binaan-binaan yang
terdapat di langit dan bentuk yang baik.
Gugusan bintang itu mempunyai manzilah(martabat), kedudukan,
orbit, garis edar atau lintasan. Semuanya ada dua belas buruj.
Termasuk juga matahari dan bulan. Teratur perjalanannya dengan
sangat tertib.
Ini semua menunjukkan sempurnanya kekuasaan Allah s.w.t.,
rahmatNya, luasnya ilmuNya dan kebijaksanaanNya.
Surah Al-Buruj Ayat 1
Jom Belajar Sains
Bersama Teacher Rohaida
Objektif Pembelajaran
01 02
Menyatakan Mengenalpasti
Maksud Buruj Jenis-jenis Buruj
Menerangkan 04
Kegunaan Buruj
Tugasan Hari Ini
01
Maksud Buruj
merupakan gugusan bintang yang kelihatan
membentuk corak tertentu di langit pada
waktu malam
Bintang-bintang akan kelihatan
jelas pada waktu malam yang
gelap,tidak berawan dan semasa
bulan tidak kelihatan
Buruj Di Langit Malam
Buruj kelihatan seperti bintang-bintang yang membentuk corak-
corak yang menarik di langit pada waktu malam.
Corak-corak ini hanya terbentuk apabila kita melihatnya dari bumi.
Secara semulajadinya,corak tersebut tidak wujud di ruang angkasa
Terdapat berjuta-juta bintang diangkasa,namun
kita hanya dapat lihat sebahagiannya sahaja
Apabila gugusan bintang tertentu
disambungkan dengan garisan,maka corak
tertentu akan terbentuk
02
Kenali Buruj
Antara buruj-buruj di langit, terdapat empat buruj yang mudah dilihat
01 – Buruj Belantik
02 – Buruj Pari
03 – Buruj Skorpio
04 – Buruj Biduk
Kedudukan Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa.Jadi kita
dapat melihat buruj-buruj di kedua-dua hemisfera utara dan
hemisfera selatan
01
Buruj Belantik 122
Sekumpulan bintang yang membentuk corak
seperti seorang pemburu yang memakai tali
pinggang dan tergantung sebilah pedang.
Muncul di langit pada waktu malam diantara
hemisfera utara dan hemisfera selatan
Menunjukkan arah utara
Muncul pada bulan Disember hingga Februari
antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.
02
Buruj Pari 46
Buruj yang paling kecil tetapi paling mudah dikenali
pada waktu malam disebelah hemisfera selatan.
Terdiri daripada gugusan empat bintang yang tersusun
berbentuk corak seperti pedang atau layang-layang
Satu bintang yang paling terang pada kaki Pari
biasanya menunjukkan arah selatan
Dapat dilihat antara bulan April hingga Jun antara
pukul 8.00 malam hingaa 10.00 malam
03 Buruj Skorpio 68
Gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala
jengking
Muncul dilangit pada waktu malam di hemisfera selatan.
Skorpio dapat dilihat antara bulan Jun hingga Ogos antara pukul
8.00 malam hingga 10.00 malam
04 Buruj Biduk 46
Gugusan tujuh bintang yang membentuk corak seperti gyung atau
senduk dengan tangkainya
dua biji bintang pada muncung pencedok itu sentiasa
menunjukkan ke arah utara
Muncul dilangit pada waktu malam di sebelah hemisfera utara
dapat dilihat antara bulan April hingga Jun antara pukul 8.00
malam hingga 10.00 malam
Buruj Biduk sebenarnya merupakan sebahagian
daripada buruj yang lebih besar iaitu Ursa Major
bercorak seperti seekor beruang besar
Buruj biduk: 03
Musim menanam
Kegunaan Buruj
Buruj Skorpio:
Musim Menuai 1. Petunjuk arah
*Sebelum terciptanya kompas dan kalender,manusia berpandukan buruj-
buruj di langit sebagai petunjuk arah.
*Buruj bertindak sebagai petunjuk arah kepada pelaut dan pengembara
2. Pertanian
Petani di Kawasan yang mengalami empat musim yang berbeza
bergantung kepada buruj sebagai petunjuk musim bagi meramal dan
merancang masa yang sesuai untuk menanam dan menuai
3. Petunjuk arah kiblat
Bagi umat islam yang hendak bersolat di rantau Asia Tenggara,Buruj
belantik boleh digunakan untuk menunjukkan arah kiblat
4. Mengkaji bintang
Ahli astronomi menggunakan buruj untuk mengkaji bintang
Tahukah Anda
Bintang tidak berkelip-kelip jika kita melihatnya dari
angkasa lepas,tetapi bintang-bintang akan berkelipan jika
kita melihatnya dari bumi.Mengapa?
Jawapan
Bintang akan kelihatan berkelip apabila kita melihatnya dari
bumi kerana cahaya bintang perlu menembusi lapisan
atmosfera bumi yang tebal dan akan mengalami pembiasan
yang berulang-ulang sepanjang lintasannya sebelum sampai ke
mata kita.
Mengapa buruj yang dilihat pada jam 8 malam berbeza
daripada buruj yang dilihat pada jam 3 pagi?
Jawapan
Buruj yang dilihat pada waktu malam adalah berbeza
daripada buruj yang dilihat pukul 3 pagi kerana bumi berputar
pada paksinya
Tahukah Anda?
Adakah buruj dapat dilihat pada satu malam
Jawapan
Semua buruj tidak dapat dilihat pada satu masa atau
satu malam kerana bumi berputar pada paksinya dan
bumi beredar mengelilingi matahari.
Bolehkah kita melihat buruj pada waktu siang ?
Mengapa?
Jawapan
Buruj tidak dapat dilihat pada waktu siang kerana
cahaya matahari sangat terang.
Tugasan Hari ini
1. Isi kehadiran hari ini di link berikut:
https://forms.gle/QZa8v2HcodF5iNVJ9
2. Cuba Jawab soalan-soalan dalam link liveworksheets yang
dikongsikan
https://www.liveworksheets.com/bv2132283qz
https://www.liveworksheets.com/yc2132324du
https://www.liveworksheets.com/qf2118521vl
3. Catat markah yang diperolehi dalam buku latihan
Sains Cth Markah Liveworksheets Buruj
1. 3/3
2. 13/13
3. 10/10
4. Print/Salin nota dan latihan bertulis Unit 11: Buruj yang
dikongsikan dalam Telegram dan tampal dalam Buku Nota Sains.
(Jangan lupa hari dan Tarikh yea.)
5. Semak jawapan tugasan minggu lepas
SELAMAT MENJAWAB
Terima Kasih!
Jumpa lagi Insya Allah
#Selamatbelajar
# Kitajagakita
CRED#ISTSta: yThsias fperesentation template
was created by Slidesgo, including
icons by Flaticon, and infographics &
images by Freepik