The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KECAKNAAN WARIS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hairaniaziz1981, 2023-10-21 15:26:03

MOTIVASI

KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KECAKNAAN WARIS

1.0 PENGENALAN Program Motivasi murid ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan khusus untuk murid dan waris yang mendapat bantuan dari Yayasan Pelajaran Mara. Program yang dijalankan ini digunakan sebagai alat perangsang dan kesediaan untuk berubah ke arah kebaikan dan kemajuan. Program ini akan melibatkan penceramah yang terdiri daripada guru Bimbingan Dan kaunseling dan penceramah luar. Diharapkan agar matlamat sekolah bagi memastikan murid mencapai sasaran cemerlang dalam akademik akan dapat direalisasikan melalui usaha yang dijalankan dalam program ini demi mencapai impian untuk menjulang nama sekolah. 2.0DEFINISIMOTIVASI Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang atau pun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia atau pun akhirat ataupun keduanya sekali. 3.0 OBJEKTIF Objektif program ini adalah untuk 1. Memberi pendedahan awal tentang teknik belajar yang betul kepada murid. 2. Memberi motivasi agar diri murid lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 3. Mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran. 4. Memberi kesedaran kepada murid dan waris tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai murid.. 5. Melahirkan murid yang cemerlang. 4.0 KUMPULAN SASARAN Murid dan 50 waris penerima bantuan Yayasan Pelajaran Mara 5.0 TARIKH, MASA, DAN TEMPAT Tarikh : 22 Oktober 2023 Masa : 11 Pagi Hingga 1 Tengahari Tempat: Perpustakaan SKSI


6.0 AHLI JAWATANKUASA Penyelaras Program : Cikgu Noor Hairani Binti Ab Aziz Pengacara Majlis : Cikgu Khairul Anuar Bin Yacob Bacaan Doa : Ustaz Azrim Bin Daud PA Sistem : Cikgu Sabri Bin Haron Jawankuasa Bantuan : Cikgu Zuraida Binti Ahmad Persiapan Tempat :Cikgu Azah Afnan Binti Shamsudin Sarana : Cikgu Sabariah Binti Osman Jurugambar dan OPR : Ustazah Masyitah Binti Salehuddin 7.0 TENTATIF PROGRAM 10.45 : Pendaftaran Waris 10.55 : Bacaan Doa 11. 00 : Ucapan Guru Besar dan Penceramah Motivasi 1.00 : Penyampaian Sumbangan YPM 1.15 : Bersurai 8.0 JUMLAH BELANJAWAN Bil Perkara Harga 1 Bayaran Penceramah RM150 2 Makanan Murid RM 1.50 x 50 murid = RM75 3 Banner RM45 Jumlah RM270 PENUTUP Diharap agar program ini dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan. Dalam pada itu diharap program ini akan memberikan input yang berguna kepada murid yang menyertai program ini bagi menjadi pelajar yang cemerlang. Semoga segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik kepada pelajar. Justeru itu, diharapkan segala perancangan dan pelaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada para asrama. Disediakan oleh, _______________________ (Noor Hairani Binti Ab Aziz) Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK Seri Inas


Disemak oleh, _________________________________ (Mohd Rofaie Bin Isa) Penolong Kanan HEM, SK Seri Inas Disahkan oleh, ________________________________ (Abdull Rahman Bin Abdul Kadir Jelani) Guru Besar SK Seri Inas


Click to View FlipBook Version