The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Internet Memberikan Lebih Banyak Kebaikan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairul2955866, 2021-07-01 08:48:27

INTERNET

Internet Memberikan Lebih Banyak Kebaikan

Internet
Memberikan
Lebih Banyak

Kebaikan

Secara umumnya, Internet merupakan rangkaian komputer
antarabangsa. Pengguna Internet dapat berhubung antara satu sama lain
dan memperoleh apa-apa maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.
Internet sesungguhnya memberi lebih banyak kebaikan kepada manusia
berbanding dengan alat komunikasi yang lain.

Terdapat pelbagai laman web berinformasi dalam internet yang
dapat dimanfaatkan oleh pengguna. Seseorang boleh melayari laman-
laman web ini tanpa sebarang sekatan. Maklumat yang diperoleh bukan
sahaja menambahkan ilmu pengetahuan malahan menjadikan pengguna
sentiasa peka akan perkembangan semasa di dunia. Hal ini menjadikan
pengguna Internet berpengetahuan luas.

Teknologi Internet juga merapatkan jarak perhubungan dan
mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga, sahabat handai,
dan kenalan. Melalui kemudahan mel elektronik, pengguna dapat saling
berhubungan dan bertukar-tukar maklumat dengan cepat dan mudah. Di
samping itu juga, Internet memudahkan penghantaran maklumat penting
walhal berada pada jarak beribu-ribu kilometer, selain menjimatkan masa
dan tenaga.

Sebagai murid, kita dapat memanfaatkan Internet dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Internet dapat menjadi medium rujukan
dan merupakan perpustakaan maya yang menyimpan banyak khazanah
ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh cepat, mudah dan
menjimatkan masa. Para murid juga boleh berkongsi maklumat yang
diperoleh dengan menggunakan kemudahan mel elektronik.
Pembelajaran secara dalam talian juga dapat dilakukan melalui Internet.

Kesimpulannya, kebaikan Internet mengatasi keburukannya. Oleh
itu, wajarlah Internet dianggap sebagai wadah pengetahuan pada zaman
ini.


Click to View FlipBook Version