REUNION DINNER MASSCOMMTAMU HOTEL, KUALA LUMPUR 95/99 School of Communication USM DECEMBER . 16 . 2023 8.00 PM - 11.00 PM
7.30 pm 8.00 pm 8.05 pm 8.10 pm 8.20 pm 8.30 pm Pendaftaran Tetamu Ketibaan Tetamu Jemputan Khas (Mantan Pensyarah) Bacaan Doa Ucapan Pengarah Projek: Tuan Khairilazhar Ismail Ucapan Ingatan Kasih Mantan Pensyarah Komunikasi USM Majlis Makan Malam Persembahan Istimewa Sesi Ramah Mesra Cabutan Bertuah & Penyampaian Hadiah Penyampaian Cenderahati Ingatan Kasih Penyampaian Hadiah ‘Best Dress’ Sesi Bergambar Majlis Tamat 9.30 pm 10.00 pm 10.30 pm 11.00 pm Atur Cara Majlis
Serangkai KataSetiap insan kita kenali, Setiap penjuru Minden kita lalui, Setiap peristiwa kita alami, Pasti ada maknanya tersendiri, Kita bertemu untuk mengenang kembali , Insan, penjuru dan peristiwa yang telah mewarnai kehidupan lampau kita bersama. Prof. Dato' Dr. Adnan Hussien Mantan Timbalan Naib Canselor USM/ Mantan Pensyarah Komunikasi USM
Serangkai KataProf. Dr. Mohammed Zin Nordin Mantan Pensyarah Komunikasi USM 15 Mei 2000 - 14 Mac 2001 Jun 2001 - 14 Mac 2007 Mencurah bakti dan khidmat di USM selama 16 tahun (dari 1993-2009) menjadi momen cukup indah dan menakjubkan. Anda semua ialah insan hebat. Tahniah kepada penganjur dan semoga majlis ini menjadi tali penghubung ikatan silaturahim berpanjangan.
Masa berlari begitu pantas. Dari 1999 ‘fast forward’ ke 2023. Wajah sudah berubah, sementara ramai yang sudah beranak-pinak. Syabas kepada pihak penganjur yang berusaha menemukan kita kembali, Insya-Allah, pada 16 Disember 2023. Prof. Madya Dr. Mustaffa Kamal Anuar Mantan Pensyarah Komunikasi USM Serangkai Kata
Assalamualaikum w.b.t Terima kasih atas jemputan untuk menyertai perjumpaan kedua graduan Maskom 1999. Atas sebab kesihatan, saya tidak dapat hadir. Saya terharu kerana saudara saudari masih ingat kepada saya. Selain itu saudara saudari juga dapat ingat butir-butir extra yang lucu yang berlaku dalam dewan kuliah. Alhamdulilah. Saya tidak lupa satu perkara yang saya amalkan untuk kuliah Pengantar Komunikasi Interpersonal. Anda dikehendaki menghasilkan projek berkumpulan yang perlu dipersembahkan pada akhir semester. Tujuan projek adalah untuk menilai sejauh mana ahli-ahli berlainan kumpulan etnik dapat bekerjasama untuk menghasilkan sebuah persembahan berdasarkan asas-asas Komunikasi Interpersonal. Saya pilih pelajar yang berbilang kaum etnik untuk membayangkan keadaan sebenar Komunikasi Interpersonal di tanah air kita. Sejauh manakah interaksi seharian dapat menjalinkan kerjasama dalam masyarakat majmuk kita? Banyak persembahan pelajar menunjukkan nilainilai murni yang diguna dalam masyarakat yang menghasilkan persefahaman. Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormai, bertimbang rasa, belas kasihan, dijadikan asas persembahan. Alhamdulilah, ramai yang mampu mengupas nilai-nilai murni melalui kerja kursus ini secara persembahan berkumpulan. Ramai yang dapat gred A melalui kerja berkumpulan ini. Saya percaya ada perasaan harmoni yang erat terjalin dari tugasan yang perlu dilakonkan dalam kuliah di akhir semester. Untuk menentukan ahli-ahli yang terlibat terdiri dari pelajar yang berbilang kaum saya terpaksa menyemak lebih kurang nama 250 pelajar. Tiap-tiap kumpulan mesti dari berbilang kaum sejauh mana yang boleh. Tidak kurang daripada lapan jam saya ambik untuk berlaku adil. Setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang pelajar. Persembahan adalah selama tujuh minit. Kalau dibuat tinjauan kerja kreatif berkumpulan ini saya yakin ramai yang mendapat manfaat praktikal. Perhubungan erat antara kumpulan mungkin bertitik tolak dari projek berkumpulan ini. Saya berharap ramai yang dapat mendalami hasil kerja berkumpulan ini hingga ke akhir hayat. Saya sangat berharap kumpulan reunion akan terus diusahakan. Akhir kata, sekiranya saya pernah berlaku tidak adil kepada saudara, saya mohon maaf. Moga-moga segala yang kita lakukan diredho'i Yang Maha Pecipta. Sekian. Terima kasih. Dr. Hamima Dona Mustafa Mantan Pensyarah Komunikasi USM Serangkai Kata
Serangkai KataSemoga semua alumni Pusat Pengajian Komunikasi beroleh kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Tahniah untuk penganjuran Reunion Dinner ini. Pusat Pengajian Komunikasi sangat berbangga dengan ingatan para alumni yang terus mengekalkan hubungan baik dengan pensyarah & rakan-rakan lain walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Prof. Madya Dr. Hasrina Mustafa Program Koordinator IMC, Pusat Pengajian Komunikasi USM@KL, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah IPS, Kampus USM@KL.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua bekas pelajar Sekolah Komunikasi USM batch 1995-1999 yang sudi menyertai majlis reunion ini. Tidak lupa juga kepada barisan jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan projek reunion ini sehingga menjadi kenyataan setelah 24 tahun kita meninggalkan universiti. Saya juga mewakili rakan-rakan merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pensyarah yang hadir dan yang pernah mengajar. Semoga ilmu yang dicurahkan kepada kami diberkati Ilahi dan kami akan manfaatkan sehingga akhir hayat. Saya juga berharap hubungan yang terjalin selama ini terus dikekalkan dan semoga majlis 'reunion' ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat pada masa akan datang. Khairilazhar Ismail Ketua Projek Alumni
Jawatankuasa Program Ketua Projek Khairilazhar Ismail Timbalan Projek Siti Zurinah Mat Saman Bendahari Norita Misran Setiausaha Ardania Ayub Ajk Publisiti Roshaimi Mat Rosely Ajk Jemputan Anuar Abdul Aziz Pauline Puan Ajk Cenderahati Rahmahtunnisah Sailin Ajk Atur Cara Faziah Jaafar Ajk Persembahan Noor Mala Mohd Sa’ad Hanif Maulud Ajk Makanan Khairunnisa’ Che’ May Ajk Pendaftaran Nordiana Din
1. Chen Yoke Wah 2. Zuraini Harun 3. Khairilazhar Ismail 4. Norita Misran 5. Nordiana Din 6. Rahmahtunnisah Sailin 7. Faziah Jaafar 8. Ardania Ayub 9. Zuraida Othman 10. Siti Zurinah Mat Saman 11. Khairunnisa’ Che’ May 12. Rabil Sitta Abdul Rahman 13. Kaleijothi 14. Soo KC 15. Hanif Maulud 16. Noor Mala Mohd Sa’ad 17. Jessica Tham 18. Suhailawati 19. Rusdi Junoh 20. Rosiati Elias 21. Zainurin Junoh 22. Roshaimi Mat Rosely 23. Noorizan Ariffin 24. Anisah Saidin 25. Ijazatul Shima Baharudin 26. Pauline Puah 27. Suhaila Ibrahim 28. Noorfaiza Saleh 29. Muhamad Asri Dollah 30. Anuar Abdul Aziz 31. Mazura Shafi’i 32. Juanita Johari 33. Mohd Aziz Ngah 34. Junaidah Hj Ali Roah 35. Noorbaizura Mohd Salleh 36. Wee Chui Meng 37. KT Chee 38. Nor Laily Tan 39. Leong Pey Fen 40. Rosman Mohd Yunus 41. Arbaatul Akmar 42. Beh Chun Chee 43. Ah Suan 44. Haryati Kamaruddin 45. Pei Wei 46. Ida Tan 47. Mat Zainal @ Zainal Abidin Muhamad 48. Latifah Khasron 49. Saffanah Mahadami 50. Anny Zainal Adnan 51. Fazlinaa Zila Stapa 52. Khairul Rizal Abdullah 53. Nor Faizah Saad 54. Siti Halimah Abu Bakar 55. Mohamad Khaidzir Elias 56. Tse San 57. Yvonne Loy 58. Beh Lee Sun 59. Ku Azian Ku Azizan Kehadiran Alumni
Khairilazhar Ismail Pengarah Projek Rahmahtunnisah Sailin AJK Cenderahati Siti Zurinah Mat Saman Timb. Pengarah Projek Norita Misran Bendahari Ardania Ayub Setiausaha Roshaimi Mat Rosely AJK Publisiti Pauline Puan AJK Jemputan Anuar Abdul Aziz AJK Jemputan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Faziah Jaafar AJK Atur Cara Noor Mala Mohd Sa’ad AJK Persembahan Hanif Maulud AJK Persembahan Khairunnisa’ Che’ May AJK Makanan Nordiana Din AJK Pendaftaran
MASSCOMM USM Sudut Kenangan
MASSCOMM USM Sudut Kenangan
MASSCOMM USM Sudut Kenangan
MASSCOMM USM Sudut Kenangan
MASSCOMM USM Sudut Kenangan
MASSCOMM USM Sudut Kenangan
MASSCOMM USM Sudut Kenangan
MASSCOMM USM Sudut Kenangan
MASSCOMM USM Sudut Kenangan
Masscomm USM, 95/99
Penutup Kata Seluruh alumni Masscomm, USM 95/99 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Reunion Dinner Masscomm, USM 95/99 ini. Pohon sireh pohon selasih, Tumbuh merimbun di hujung laman Kalung budi junjungan kasih, Menjadi kenangan sepanjang zaman