MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN DR ISMAIL, PONTIAN
INTERNATIONAL BACCALAURATE WORLD SCHOOL MIDDLE
YEAR PROGRAMME
SUBJEK: PENDIDIKAN SENI VISUAL
NAMA: RAQEEB MUKJIZAT BIN MAHMUR
NO. MAKTAB: JP180115
KELAS: 4SHEFFIELD
TAJUK TUGASAN: FLIPBOOK SENI FOTO
GENRE FOTOGRAFI:TANGKAP DEKAT
DAN MIKRO
NAMA GURU: PUAN ZAHARAH
FOTOGRAFI TANGKAP DEKAT DAN MIKRO
Gambar ini mengfokuskan
terhadap satu figura minion
yang memegang pisang sebagai
simbol pistol serta berlatar
belakangkan pokok hiasan yang
cantik di ruang tamu
Fokus utama gambar merupakan
sebuah keyboard ditemani lampu
RGB yang memukau. Lampu RGB itu
memberikan vibe cyberpunk dan
futuristik. Lokasi gambar
merupakan desk setup saya
FOTOGRAFI TANGKAP DEKAT DAN MIKRO
Cabang daun sebuah pokok di
sebelah padang merupakan fokus
utama gambar, latar belakang
jalan raya berserta sebuah
kereta kancil telah menaikkan
lagi aura gambar
Fokus utama gambar merupakan
sebuah rantai besi tiang di
gelanggang sepak takraw yang
telah berkarat, latar belakang
berunsurkan pemandangan padang
yang luas ditemani sunset
FOTOGRAFI TANGKAP DEKAT DAN MIKRO
Bunga raya atau lebih dikenali
sebagai Hibiscus merupakan bunga
kebangsaan negara Malaysia, saya
mengambil gambar fokus bunga
tersebut apabila saya
terjumpanya di sebelah surau
MRSM TDI
Fokus gambar meerupakan seekor
kucing oyen yang sedang lepak di
sebelah kelas sewaktu prep dan
berbesar hati untuk menjadi
model bagi projek fotografi ini
FOTOGRAFI TANGKAP DEKAT DAN MIKRO
Gambar meniliti sebuah
berus/brush dengan amat teliti
dan detail yang mampu
melambangkan ketekunan dan
ketelitian
Kepala pili paip air yang
tersidai karat di tepi susur
gajah yang berlatar belakangkan
pemandangan sunrise pagi
di MRSM TDI
FOTOGRAFI TANGKAP DEKAT DAN MIKRO
Sebuah mangga berkarat di sebuah
tandas berdekatan bilik seni yang
dikatakan tandas tingkat atas yang
berhantu, mengambil gambar ini
meruapakan satu risiko yang besar,
namun persoalannya sekarang, adakah
karat pada mangga tersebut pernah
menjadi saksi paranormal?
Seketul cendawan yang tumbuh
sihat walaupun berada di tengah-
tengah alam
REFLEKSI
Setelah menyiapkan tugasan fotografi, Alhamdulillah saya amat
gembira dengan hasil projek ini kerana saya berusaha
bersungguh-sungguh dalam menyiapkan proses menangkap gambar.
Projek ini memupuk sifat kreatif dalam diri saya kerana saya
perlu mencari idea supaya dapat menghasilkn hasil foto yang
menarik. Selain itu, dengan melaksanakan tugasan seni
fotografi ini, saya mengaplikasikan sifat Thinkers dalam
diri saya berdasarkan ciri-ciri IB Learner Profile kerana
saya mampu menimbulkan idea di luar kotak. Saya ingin
memberikan penghargaan dengan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kedua ibu bapa tercinta kerana turut membantu dalam
proses projek ini dan juga guru yang dikasihi atas sokongan
padu serta tunjuk ajar. Sekian terima kasih!