The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah kesetiaan antara dua sahabat dalam ikatan persahabatan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izasyafiqa160901, 2023-12-08 12:45:58

Kancil dan Ayam Jantan

Kisah kesetiaan antara dua sahabat dalam ikatan persahabatan

Kancil Ayam Jantan & N U R U L I Z A S Y A F I Q A B I N T I I S H A K 2 8 0 6 6 5


Di dalam sebuah hutan tinggal seekor kancil dan ayam jantan yang bersahabat baik. Kedua - dua sahabat ini mempunyai sifat yang berbeza. Kancil merupakan haiwan yang pantas dan cerdik, sementara ayam jantan lebih kecil tetapi kuat dan bersuara lantang. Setiap hari, mereka akan berjalan bersama untuk mencari makanan. Mereka saling berkongsi pengetahuan tentang ancaman di hutan bagi menghindarkan diri daripada bahaya.


Ayam jantan sering mendapat pujian daripada haiwan lain kerana kekuatannya dan kelantangan suaranya. Disebabkan ini, ayam jantan mula berasa bangga dan sering memperlekehkan haiwan lain. “Dalam hutan ni, akulah paling hebat. Pandai bersabung dan bersuara lantang untuk berkokok. Bukan macam burung yang hanya mampu berkicauan. ” Walaupun mereka bersahabat baik, kancil tidak menyokong sikap ayam jantan yang bongkak. Kancil sering menasihati ayam jantan supaya berubah “janganlah kau sombong, kerana tiada yang kekal di dunia ni”


Juara Pertandingan Bersabung Ayam jantan tidak mengendahkan nasihat kancil seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hari demi hari, ayam jantan bersabung bagi menguji kekuatannya dan dia dinobatkan sebagai ayam jantan terkuat di dalam hutan itu.


Setiap pagi seperti biasa mereka berjalan mencari makan. Dalam perjalanan, seekor itik menegur ayam jantan. “hai ayam jantan apakah petua untuk memiliki kekuatan dan suara lantang sepertimu?” dengan angkuh ayam jantan menjawab “jangan kau nak mimpi. kau takkan dapat jadi hebat macam aku”


Kancil berasa tidak berpuas hati lalu memarahi ayam jantan kerana sikapnya itu. Teguran kancil seolah olah meniupkan angin kepada bara api kemarahan ayam jantan, lalu dia menuduh kancil cemburu dengannya seraya berkata, “kau dengki sebab aku hebat dari kau kan? pergilah kau, aku tak perlu kawan macam kau Kancil berasa kecewa lalu meninggalkannya. " Sejak pergaduhan itu mereka tidak lagi berkawan. Sikap bongkak ayam jantan semakin menjadi-jadi apabila dia sering memenangi pertandingan bersabung. Haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya kerana sikap angkuhnya. Kancil hanya memerhati sikap rakannya yang semakin berubah.


Pada suatu pagi, singa sedang mencari makanan. Semasa dalam perjalanan, singa yang ternampak ayam jantan sedang berehat di bawah pokok terus menerkam ayam jantan . Ayam jantan berasa sangat takut dan menjerit meminta tolong. Pergelutan antara ayam jantan dan singa menyebabkan taji di kakinya patah. TOLONG!!!


Kancil yang terdengar jeritan sahabatnya berlari ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya kancil apabila melihat sahabatnya dalam cengkaman singa. Singa yang ternampak si kancil terus berkata “wah makan besar aku harini, dapat makan ayam dan kancil.” Kancil yang bijak berkata “wahai singa, aku tahu kau lapar tapi aku boleh bawakan makanan yang lagi besar daripada kami berdua. Tapi dengan satu syarat” “apa makanan tu? Dan apa syaratnya?" “aku boleh bawakan kau kerbau. Syaratnya, kau mesti lepaskan ayam jantan kerana dia disegani dalam hutan ini, semua haiwan pasti mengikut setiap katanya.” Balas kancil “Baiklah, aku lepaskan ayam jantan . Aku tunggu makananku di sini.” Singa mempercayainya lalu melepaskan ayam jantan


Setelah dilepaskan, mereka berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri. Ayam jantan berasa terharu terhadap kancil kerana telah menyelamatkannya. “aku minta maaf kancil kerana mengendahkan nasihat kau. Walaupun aku memarahi kau, kau tetap setia denganku dan datang membantuku. ” Kancil tersenyum dan berkata “tidak mengapa. Aku harap kau berubah dan tak ulang kesalahan yang sama” . Mereka pun berjalan pulang bersama seperti sedia kala.


Kesetiaan merupakan perkara penting dalam persahabatan. Dengan kesetiaan, persahabatan akan menjadi lebih bermakna. Hubungan yang berlandaskan kesetiaan cenderung lebih kuat dan mampu untuk mengatasi pelbagai rintangan yang mungkin timbul sepanjang persahabatan. MORAL


Click to View FlipBook Version