The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitihajaraluwi93, 2022-09-15 07:31:52

01 Pokok Bunga Mawar dan Pokok Buluh

01 Pokok Bunga Mawar dan Pokok Buluh

1 7 UJAI DAN
JALUR GEMILANG

2 JASA BUAH KELAPA 8 SAM MEMBALAS
JASA

3 LALAT DAN 9 SEMUT YANG
PAK BELANG BAIK HATI

4 PATUHI MAKANAN
NASIHAT IBU
10 BERKHASIAT

BADAN SIHAT

5 PETANI YANG 11 SIAPA PALING
BIJAK BERGUNA

6 SAHABAT YANG 12 WAH, BERSIHNYA!
SETIA



Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia Rukun Negara kita
Anak-anak ceria Ada lima prinsipnya
Baik budi bahasa Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kepada orang tua Keluhuran Perlembagaan
Suka bantu-membantu Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Tak mengira bangsa Asas aman sentosa
Mendengar kata ayah
Saya anak Malaysia
lbu dan juga guru Tidak suka sengketa
Sayang-menyayangi Jujur dan beramanah
Amalan setiap masa
Berakhlak mulia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia lntegriti di hati
Tidak suka sengketa Saya sayang Malaysia
Jujur dan beramanah
Amalan setiap masa Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan
Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir
Saya anak Malaysia
lntegriti di hati

Saya sayang Malaysia

3

Objektif Cerita

Pada akhir cerita murid dapat:
1. Menyebut nilai integriti dalam cerita.
2. Menyatakan contoh sikap bersyukur dengan kelebihan diri.
3. Menunjukkan sikap menghargai anugerah Tuhan.
4. Mengamalkan nilai hidup berjiran secara harmoni.

POKOK
BUNGA MAWAR

DAN
POKOK BULUH

4

Di sebuah taman, terdapat pokok bunga
mawar yang sedang berbunga mekar.
Bunganya cantik dan berbau harum. Pokok
bunga mawar ini menjadi kesukaan ramai.
Pokok buluh tumbuh rimbun dan tegap di
sebelah pokok bunga mawar.

55

Buluh : Hai Mawar, saya selalu ingin menjadi seperti kamu.
Kamu cantik, harum dan boleh dijadikan hiasan.

Mawar : Terima kasih atas pujian ikhlas kamu, Buluh. Tapi
tahukah kamu, saya sebenarnya iri hati dengan kamu.

6

Buluh : Mengapa kamu iri hati dengan saya?

Mawar : Tentulah saya iri hati dengan kamu. Batang kamu
sangat kuat. Bila angin kencang badan kamu tetap
bertahan, tidak goyah pun. Sedangkan saya dan
teman-teman saya sangat rapuh. Kena angin sedikit
sahaja pun, kelopak kami akan gugur. Hayat kami
sangat singkat.

77

Buluh : Tapi Mawar, kamu selalu dicari orang. Kamu menjadi
hiasan dalam dan luar rumah. Kamu juga menjadi
hiasan pada rambut para gadis dan dibuat sebagai
hadiah.

8

Mawar : Benar kata kamu, tapi saya akan layu beberapa hari
kemudian. Tidak seperti kamu, kekal lama.

99

Buluh : Saya tidak faham.

10

Mawar : Ah, Buluh! Manusia selalu menggunakan kamu bagi
mengalirkan air untuk menghidupkan tumbuhan lain.
Kamu juga boleh dijadikan galah untuk mengait buah-
buahan. Kamu sangat berjasa kepada manusia dan
tumbuhan lain.

1111

Semenjak itu, Pokok Bunga Mawar dan Pokok Buluh hidup aman dan
tiada menyimpan perasan iri hati antara satu sama lain. Mereka
gembira kerana dapat menyumbang kepada makhluk lain.

12

Pokok Bunga Mawar selalu menasihati Pokok Buluh
supaya menerima apa jua kelemahan diri kerana
semua makhluk ada kelemahan masing-masing.

1133

Buluh : Mawar, adakah kamu masih marah dan iri hati dengan
saya lagi?

Mawar : Tidak lagi Buluh. Kamu telah menyedarkan saya. Saya
sangat terhutang budi dengan kamu. Terima kasih Buluh.

14

Buluh : Sama-sama Mawar. Kamu juga telah menyedarkan
saya. Sebelum ini saya rasa bangga dengan kelebihan
yang saya ada. Saya perlu merendah diri dan bersyukur
dengan apa yang saya miliki.

Mawar : Betul kata kamu, Buluh. Kita perlu berkasih sayang
sesama makhluk dan perlu bersyukur.

1155

Akhirnya, Pokok Bunga Mawar dan
Pokok Buluh menerima kelebihan dan
kelemahan masing-masing. Mereka
hidup aman dan damai.

16

1177

Uji Minda

1. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada pokok bunga mawar?
2. Nyatakan ciri-ciri yang terdapat pada pokok buluh.
3. Apakah kegunaan pokok buluh kepada manusia?
4. Bagaimanakah cara untuk menjadikan bunga mawar tidak cepat layu?
5. Nyatakan nilai integriti yang boleh dicontohi daripada cerita di atas.

Nyanyian Nilai lntegriti

Nyanyikan lagu di bawah dengan 1. Hormat-menghormati 4. Berkasih

menggunakan melodi "Air Pasang Pagi" 2. Tolong-menolong sayang

sambil membuat pergerakan kreatif. 3. Bertimbang rasa 5. Bekerjasama

Baik Budi Pengajaran

Marilah kita bersama-sama 1. Menghargai dan berbangga dengan
Elakkan dari berhasad dengki kebolehan sendiri.

Marilah kita bekerjasama 2. Berfikiran positif.
Tolong-menolong taburkan budi 3. Bersyukur dengan anugerah tuhan.

Bersyukur kita kepada Tuhan Cadangan Aktiviti
Berkasih sayang sesama rakan
1. Lakonkan semula watak dalam cerita.
Kita semua ada kelebihan 2. Melukis dan mewarna bunga mawar.
Bersatu kita bina kejayaan 3. Membuat kolaj bunga mawar.
4. Membina alat daripada batang pokok
Melodi asal: Air Pasang Pagi
Penulis lirik: Dr Nor Azizah binti Mohd buluh.

Nor Rozman bin Rosely Kosa Kata

1. Mekar 5. Makhluk
2. Rimbun 6. Kencang
3. Iri hati 7. Goyah
4. Rapuh

18


Click to View FlipBook Version