The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisahariffin, 2021-04-26 10:38:27

BULETIN RAMADHANبولتين رمضان

BULETIN RAMADHANبولتين رمضان

SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA II, JALAN TOK KESOP,
06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN

NO TEL/FAKS : 049179433 emel : [email protected]







APAKAH ALAMAT ATAU TANDA-TANDA BERLAKUNYA
LAILATUL QADAR?

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing
berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat
dilihat oleh “sebahagian” hamba Allah yang diizinkanNya.

Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat
mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:

➢ Malam tersebut terang dan nyaman dan tidak panas
pada paginya

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’:

Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang
menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan
tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat
dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa
matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya
dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada
tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

Lihat Umdah al-Qari 11/134.

➢ 2. Matahari terbit tidak terang dan tidak panas

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya
yang bermaksud:

Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai
cahaya dan kepanasan.”
Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata:

Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan,
kecuali pagi malam qadar.”

— Lihat Umdah al-Qari 11/134.

DOA LAILATUL QADAR

Doa malam lailatul qadar yang dianjurkan untuk dibaca ketika
malam al-Qadr.
Berikut doa malam lailatul qadar:

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan
Pemurah maka maafkanlah diriku”
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan
lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?
Baginda menjawab, Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun
Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii…
(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam
Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).

✓ Doa Bertemu Malam Lailatul Qadar

Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat malam Lailatul Qadar di
sepanjang Ramadhan adalah:

Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada
setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan
membangunkan malamnya Dengan RahmatMu, Wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.
Doa untuk mendapat malam Lailatul Qadar di atas dianjurkan agar dibaca
berulang-ulang kali bagi menunjukkan kesungguhan dan usaha seseorang itu.

Amalan Malam Lailatul Qadar

Kita semua maklum bahawa ini kemuliaan dan agungnya malam Lailatul
qadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan.

Setiap amalan yang kita lakukan akan diberi pahala 1000 kali ganda.

Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-
sungguh tanpa sebarang pengabaian.

Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa.

Terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.

Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW pada malam-malam
tersebut adalah:

❖ Melakukan Solat Malam (Qiamullail)

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan
10 malam terakhir Ramadhan.

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan),
Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah),
mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya
(bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)”

— Riwayat Muslim: 2015
Oleh itu hidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan ibadah Qiamullail

Qiamullail meninggalkan tempat tidur semata-mata untuk mengerjakan
solat, bertakbir membesarkan Allah SWT, bertasbih mensucikanNya dan
berdoa pada waktu malam.

Antara solat yang terlibat dalam qiamullail adalah:

• Solat Tahajjud
• Solat Taubat
• Solat Hajat
• Solat Tasbih
• Solat Witir



❖ 2. Berdoa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Yang Lalu

Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu
setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan
akhiratnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda:

Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan
mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

— Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadith marfu’, daripada Ibn Abbas, sesungguhnya pada malam
al-Qadr, Allah SWT melihat kepada para hamba-hambanya yang mukmin
daripada umat Nabi Muhammad SAW, lalu Allah memaafkan mereka dan
merahmati mereka kecuali empat golongan iaitu penagih arak, penderhaka
kepada ibu bapa, kaki pukul dan pemutus silaturrahim.

3.Oleh itu janganlah
kita melepaskan
peluang ini.

Lailatul Qadr: Masihkah Kita Belum Bertemu?

Lailatul Qadr
aku ingin bertemumu
Sudah lebih separuh abad usiaku
di setiap malam Ramadhan berlalu

tetap harapanku
al-Qadr dapatku temu

Lailatul Qadar
bilakah kunjunganmu?
Lebih seribu bulan kebaikanmu
Takku dapat beramal selama itu

Kau bekalanku
bertemu Penciptaku

Lailatul Qadr
aku tak jemu mencarimu
Setiap Ramadhanku tertunggu
Kalau masih kita tak bertemu

memang salahku
kerana kecuaianku

Lailatul Qadr
Walau ibadahku tak sempurna

solatku tidaklah lama
khusyukku tidak seberapa
doaku kurang ketundukan

masihku berharapkan
anugerah dari-Nya

buat jalanku ke syurga

Ya Allah, Ya Tuhanku
temukan aku malam al-Qadr-Mu
Mudahkanku pertingkat ibadatku
Seandai dapat bersua malam itu

curahkan untukku kebaikan
lebih dari seribu bulan

Nukilan drK@KuantumHarapan, versi Jun 2018


Click to View FlipBook Version