The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilarif0723, 2021-09-21 21:10:13

KERJA LAPANGAN SISA DOMESTIK TINGKATAN 1-converted

KERJA LAPANGAN SISA DOMESTIK TINGKATAN 1

MAKTAB MAHMUD
ALOR SETAR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
SISA DOMESTIK

Nama Pelajar : Muhammad Arif Aqil Bin Mohd Sayuti
Kelas / Tingkatan : 1 Ikhlas
Guru Matapelajaran : Puan Arhamni Binti Robian

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara MSuurakta

1. Tajuk Kajian 1
2. Senarai kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Pendahuluan 4
5. Objektif kajian 5
6. Kawasan kajian 6
7. Kaedah kajian 7
8. Dapatan kajian

1. Mkaewnaysaatnakkaanjiajennyisandgandicpoinlihtoh sisa domestik yang terdapat di
2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik

3. Msiseandgohmureasiktiakns3eclaarnagbkaijhakmsaennagurangkan kesan pembuangan

9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Terutamanya guru
mata pelajaran Geografi , iaitu Pn Puan Arhamni Binti Robian kerana telah
memberi peluang kepada saya dalam melakukan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-
rakan yang telah banyak membantu saya, berkongsi bahan- bahan
rujukan, memberi panduan dan bekerjasama sepanjang penghasilan kertas
kerja ini.

Seterusnya saya juga meletakkan setinggi- tinggi penghargaan
kepada para responden yang sangat membantu saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan lancar.

PENDAHULUAN

Setiap murid tingkatan 1 wajib menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran
Geografi. Saya telah memilih tajuk yang bertajuk “sisa domestik”. Saya memilih
untuk menjalankan kajian sisa somestik di kawasan tempat tinggal saya iaitu di
Kampung Pida 3 , Mukim Tunjang. Saya memilih Kampung Pida 3 kerana
tempat ini merupakan tempat tinggal saya.

Saya dibesarkan di tempat ini. Oleh itu, adalah lebih mudah untuk saya
menjalankan kajian di sini. Saya juga mendapati terdapat penduduk taman ini
yang suka melakukan pembakaran terbuka, membuang sisa kotoran ke dalam
sungai dan berlaku pencemaran sungai kerana lokasi sungai yang terletak di tepi
jalan utama dan kewujudan perusahaan bengkel kereta dan pasar pagi. Perkara
ini membolehkan saya membuat pemerhatian dan kajian yang lebih menyeluruh
untuk menyempurnakan tugasan saya ini.

Masa yang diberikan kepada semua murid bagi menyiapkan kerja kursus
ini selama satu bulan. Bagi saya, tempoh yang diberikan bersesuaian
untuk saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna bagi mencari
maklumat dan bahan tentang kawasan kajian. Saya menggunakan satu bulan
untuk mengumpul semua bahan iaitu peta lakaran ,kawasan tempat ,hasil
kajian,bahan grafik, dan menyiapan dapatan, rumusan dan keseluruhan
kajian saya. Saya bersyukur dan bangga kerana kajian saya ini boleh dijadikan
panduan kepada saya dalam membantu usaha-usaha bagi mengatasi masalah
sisa domestik di kampung saya di masa hadapan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di Kampung Pida 3,
Mukim Tunjang
2. Menyatakan punca pembuangan sisa domestik berlebihan.

3. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik Kampung Pida 3 ,
Mukim Tunjang

4. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik secara bijaksana di Kampung Pida 3 , Mukim Tunjang

KAWASAN KAJIAN

Kawasan koordinat tempat ini ialah 1° 50' 0" North, 103° 19' 0" East .
Daerah Kubang Pasu



PETA LAKAR KAMPUNG PIDA 3

KAEDAH KAJIAN

Kajian luar ini sayai jalankan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu:

1.Pemerhatian dan pencerapan dijalankan bagi mengenal pasti jenis- jenis
sisa domestik di taman ini .

2.Soal selidik juga telah saya lakukan terhadap beberapa responden yang
terdiri daripada pekerja dan penduduk setempat. Soal selidik berkisar
kepada sisa domestik yang diperoleh, kawasan yang menjadi pilihan untuk
perniagaan, kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang akibat
kegiatan ekonomi tersebut.

3.Kaedah merujuk sumber sekunder seperti rujukan internet dan buku-
buku geografi pula kami jalankan untuk memperoleh peta kawasan dan
sebagainya.

HASIL KAJIAN

Konsep Kajian
Merujuk buku teks tingkatan 1 konsep sisa domestik ialah sisa sisa yang
terkumpul dan tidak menyelenggarakan.

Jenis jenis sisa domestik
Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik bersama 10 orang
responden di taman saya,sisa domestik di kawasan ini dapat dikelaskan
kepada dua jenis iaitu:

1)Bahan organik ialah bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan dan
dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan. iaitu sisa makanan,sisa
kebun dan kertas.Tempat ini mempunyai sisa makanan dan kertas.

2)Bahan bukan organik pula ialah bahan yang sukar diuraikan dan
dilupuskan dan dihasilkan dari sumber mineral.Bahan bahannya adalah
tin,plastik,besi buruk dan kaca.Semua bahan diatas ada di taman ini .

Punca punca pembuangan sisa domestik

Para responden memberi pendapat tentang punca punca pembuangan sisa
domestik .Punca punca yang menyebabkan berlakunya pembuangan
sisa domestik adalah:

1. Pembuangan sisa jualan makanan di premis perniagaan.Apabila
kedai kedai jalanan memakai plastik serbaguna penduduk
membuang plastik merata rata

2. Pemungutan dan pengendalian sisa domestik tidak mengikut jadual
.Pihak berkuasa tidak bertanggungjawab atas tindakan pemungutan

mengikut jadual
3. Amalan atau tabiat pembuangan sisa domestik penduduk

tempatan.Penduduk tempatan tidak mengambil perhatian atas
pembuangan sisa domestik yang semakin berleluasa

Langkah langkah mengurangkan pembuangan sisa

1.Pengasingan sampah di punca iaitu tempat terkumpulnya sampah sarap :

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar
semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia.
Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber
terbatas”.

2.Gotong royong bersama jiran tertangga

Kerjasama orang ramai adalah perlu untuk menjayakan program
pengurusan sampah pepejal. Ke arah ini, satu kempen telah dilancarkan iaitu
"Kempen Kesedaran Kebersihan" pada 5 Mei 1991 bersempena dengan
Program Tindakan Untuk Menjadikan Malaysia Bersih dan Indah (ABC)

3.Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan tegas perlu diambil oleh semua agensi yang
berkaitan bagi melindungi alam sekitar dalam negara kita. Ini susulan
pendedahan pelbagai isu yang berkaitan dengan beberapa insiden
pencemaran yang berlaku di dalam negara kita semenjak kebelakangan ini
seperti seperti pencemaran bahan kimia yang berlaku di Pasir Gudang, Johor
sehingga menjejaskan kesihatan para penduduk di sana khususnya pelajar
sekolah serta pencemaran yang berterusan berlaku di kawasan tanah tinggi
seperti di kawasan tanah tinggi Cameron Highland, Pahang sehingga
mencemarkan keadaan sungai di sana.

Kesan kesan pembuangan sisa domestik

1. Wabak Penyakit

Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan
wabak penyakit

2. Banjir Kilat

Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sampah ke dalam
longkang , parit dan sungai akan menyebabkan aliran sungai tersumbat
Apabila hujan lebat , jumlah paras air akan menngkat sekaligus memberikan
kesan negatif kepada para petani di kampung saya.

3. Pencemaran Sungai

Pencemaran sungai atau air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari
segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh
pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan
gas. Ia merujuk kepada pencemaran jasad air (mis. tasik, sungai, lautan,
akuifer dan air bawah tanah), biasanya akibat kegiatan manusia. Dalam
banyak kes, pencemaran air disebabkan oleh pembuangan air kumbahan
kepada jasad air tanpa rawatan mencukupi. Pencemaran air boleh
menyebabkan kemusnahan ekosistem akuatik. Sebaliknya, ini boleh
membawa kepada masalah kesihatan awam, contohnya jika orang di hilir
menggunakan air sungai yang tercemar yang sama untuk minum atau mandi.
Ia juga boleh menjejaskan penggunaan air yang lain, seperti aktiviti pengairan..

RUMUSAN Bilangan responden
Punca pembuangan sisa domestik

1. Pembangunan sisa jualan/makanan 4
di premis perniagaan 2
2. Pemungutan dan pengendalian sisa. 1
3. Amalan/tabiat pembuangan
sisa domestik tanpa kebenaran. 7

JUMLAH

Pembangunan ekonomi ini merupakan indikator yang positif dari aspek
sosioekonomi penduduk tetapi ia perlulah seimbang dengan pemeliharaan
dan pemuliharaan alam semula jadi. Jika kepentingan alam semula jadi
diabaikan, penduduk akan terus menghadapi masalah seperti pencemaran
dan bencana alam.

Kampung Pida 3, Mukim Tunjang adalah sebuah kawwasan yang
berpotensi besar untuk dibangunkan ke tahap seterusnya. Namun
demikian, usaha pembangunan kampung ini tidak harus dilakukan secara
intensif sehingga membelakangkan penjagaan alam sekitar. Segala
dampak yang dialami di kampung saya dari segi fizikal mahupun
kemanusiaan tidak harus dibiarkan.

Justeru, setiap pihak perlulah memainkan peranan masing- masing
demi memastikan masyarakat dapat hidup dengan selesa. Sesungguhnya
pembangunan ekonomi tidak membawa apa- apa makna jika masyarakat
menderita akibat eksternalitinya..

RUJUKAN

1. Buku Teks Geografi Tingkatan 1

Hisham Azman bin Ibrahim(2016) Geografi Tingkatan 1,Cheras
Kuala Lumpur

2. Internet

https://anyflip.com/lxik/vlde/basic
https://www.ipendidikan.my/langkah-menangani-pembuangan-sampah.html
http://hchs.edu.my/gogreen/Amalan%203R.html
SOALAN KERJA LAPANGAN TINGKATAN 1 2021.pdf

https://www.slideshare.net/nursyafiqah7172/contoh-kerja-
kursusgeografi20111

https://www.google.com/maps/place/SK+Pida+Tiga/@6.330378,100.25208
29,13z/data=!4m9!1m2!2m1!1skampung+pida+3!3m5!1s0x304b5f0c2cabfb
b3:0x103fa3170168af8c!8m2!3d6.2792006!4d100.3132868!15sCg5rYW1w
dW5nIHBpZGEgM5IBBnNjaG9vbA

http://www.mbpp.gov.my/ms/mbpp/sumber/muat-turun-borang/program-
gotong-royong

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air


Click to View FlipBook Version