CERPEN KADUK,AYAM
DAN RAJA
NAMA : 1) NUR BATRISYIA BINTI MUHAMMAD SAFUAN
2) NURAZALYA BINTI ABDUL HALMAN
KELAS : 4 ANGGERIK
GURU BIMBINGAN : PUAN ZAITON BINTI SHAM
m/s 01 12:01 PM
ISI APA YANG DIPELAJARI
KANDUNGAN
LATAR BELAKANG JURNAL
SINOPSIS
TEMA
PERSOALAN
WATAK DAN PERWATAKAN
LATAR
m/s 02 12:01 PM
ISI APA YANG DIPELAJARI
KANDUNGAN
TEKNIK PLOT
GAYA BAHASA DAN UNSUR
BAHASA
NILAI
PENGAJARAN
ANALISIS : PENDAPAT
PERIBADI
SOALAN DAN JAWAPAN
m/s 03 12:01 PM
Nama sebenar beliau ialah Zurinah binti Hassan LATAR
Lahir pada 13 Jun 1949 BELAKANG
Beliau dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah JURNAL
Beliau seorang penyair dan tokoh Sasterawan Negara dari Malaysia.
Pendidikan awal di sekolah Melayu Tikam Batu, Sekolah Convent
Sungai Petani dan Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar sebelum
melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Beliau menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak, antologi
puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan
novel.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Penerangan,
menjadi tenaga pengajar di Universiti Malaya dan Universiti Sains
Malaysia selain Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kini, beliau bertugas sebagai felow penyelidik di Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.
m/s 04 12:01 PM
Diterbitkan pada tahun 2014 LATAR
Penerbit buku : Dewan Bahasa dan Pustaka BELAKANG
Tajuk buku : Jaket Kulit Kijang dari Istanbul BUKU
Tajuk cerpen : Kaduk, Ayam dan Raja
m/s 05 12:01 PM
SINOPSIS Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim
CERPEN yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh
Raja. Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan
sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk
memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu.Beliau telah berjaya
meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja
tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak
kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara
pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di
Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA.
Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi
insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah
membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa
meminda kertas kerjanya beberapa kali dan hasil bantuan seorang Yang
Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk
membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara
serta peralatan memberi makanan secara semi automatik.
m/s 06 12:01 PM
TEMA 12:01 PM
1. Tema cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” adalah
tentang kesungguhan seorang anak muda menceburi
bidang pertanian dan keusahawanan
2. Projek penternakan itu tampak menguntungkan dan
selari dengan hasrat kerajaan yang mahu rakyat di
negara ini menceburi bidang pertanian.
3. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim
yang berpunca daripada sikap orang tengah yang
banyak menindas dan mengaut keuntungan.
m/s 07
PERSOALAN 12:01 PM
1. Kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.
Contohnya, Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai
tanah pertanian.
2. Halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan. Contohnya,Hakim
terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekalkan barangan penternakan
dan menentukan harganya seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.
3. Usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain. Contohnya, Hakim
telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk
mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.
4. Kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian.Contohnya, Hakim
berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati
penduduk kampung, dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang
pertanian.
5. Usaha membersihkan nama dan maruah keluarga. Contohnya, Hakim berusaha
membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan.
m/s 08
WATAK DAN PERWATAKAN
Hakim
Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk.
Seorang yang terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti. Dia ingin mendapatkan
kembali haknya, iaitu tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja suatu ketika
dahulu. .Hakim menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik
datuknya. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan tanah itu semula dengan bantuan Azam.
Dia bercita-cita tinggi, iaitu ingin menjalankan projek penternakan ayam secara moden.
Dia berani menyahut seruan kerajaan yang mahu para mahasiswa menceburkan diri
dalam bidang pertanian. Hakim menandatangani kontrak dengan syarikat Chicken
Global ataupun RAJA.
Hakim dihimpit masalah hutang apabila syarikat besar ini memonopoli perniagaan
dan pihak bank menuntut hutang. Kekesalan timbul apabila dia menjadi mangsa sikap
tamak syarikat besar yang menguasai ekonomi negara
m/s 09 12:01 PM
WATAK DAN PERWATAKAN
Azam
Azam ialah sahabat baik Hakim.
Dia merupakan lulusan jurusan undang-undang.
Seorang yang bijak dan petah berhujah. Contohnya, dia
memenangi kes tuntutan terhadap pengambilan tanah secara
tidak sah oleh raja di mahkamah.
Seorang yang baik hati kerana banyak memberikan nasihat
kepada Hakim.
Bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim.
m/s 10 12:01 PM
WATAK DAN PERWATAKAN
Chicken Global/Rangkaian Jasa Agrikultur/RAJA
Sebuah syarikat besar yang menandatangani kontrak
dengan Hakim
RAJA menyediakan keperluan membekalkan anak ayam,
dedak, ubat ubatan, serta keperluan yang lain.
RAJA mengambil peluang mengaut keuntungan yang
maksimum dengan mengenakan pelbagai caj kepada
petani kecil.
m/s 11 12:01 PM
LATAR
LATAR MASA LATAR TEMPAT LATAR MASYARAKAT
1. Zaman silam. Pada zaman 1. Tanah kosong di tepi 1. Masyarakat generasi kini
itu, raja masuk ke belukar yang tidak yang sedar akan hak-hak
kampung-kampung untuk diusahakan seluas empat mereka. Contohnya, Hakim
mengajak rakyat untuk hektar. membawa kes datuknya ke
menyabung ayam. 2. Sebuah kawasan mahkamah untuk menuntut
2. Zaman moden. Hakim cucu penternakan ayam yang tanah yang diambil oleh
kaduk, hidup pada zaman dibina reban yang raja semula.
merdeka yang serba maju. canggih. 2. Masyarakat yang ingin
3. Waktu kerajaan 3. Mahkamah. Hakim membersihkan nama dan
memperkenalkan dasar memenangi kes tuntutan maruah keluarga. Contohnya,
ekonomi baru. tanah pusaka milik Hakim membawa kesnya ke
datuknya di situ. mahkamah untuk membersihkan
m/s 12 nama dan menebus maruah
datuknya, iaitu Kaduk.
12:01 PM
TEKNIK PLOT
TEKNIK Pengarang memerihalkan raja mengambil tanah kaduk
PEMERIAN secara paksa dan menggunakan tipu daya. Tindakan itu
menyebabkan Kaduk hidup merempat dan menumpang di
tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri. Contohnya:
“Tapi kau tidak pernah marah kepada raja yang
sanggupmengambil tanah Kaduk. Raja sanggup mengambil
tanah rakyatnya vang miskin. Bukan hanya tanah Kaduk
malah ramai lagi rakyat yang ditipu dan dirompak pada
siang hari. Kau tahu apa yang terjadi kepada Kaduk
selepas tanahnya diambil? Dia dan isteri serta
seorang anak lelaki, hidup merempat dan menumpang di
atas tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri. Dari
miskin menjadi bertambah miskin. Dari susah menjadi
lebih susah. Masa berganti masa, anak lelakinya pun
dewasa dan berumah tangga. Kaduk sudah bercucu,
seorang lelaki juga”.(hlm. 45)
m/s 14 12:01 PM
TEKNIK Teknik dialog menunjukkan watak dalam cerpen
DIALOG berkomunikasi. Menerusi dialog antara watak,
cerita dikembangkan oleh penulis. Contohnya:
“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke?Apa gunanya
membina tugu dalam kampung ini. Mana ada
pelancong yang nak datang melawat?” tanya Azam.
"Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung
yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang
wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku
sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan
beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan
agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan
bidang pertanian.” (hlm. 48)
m/s 15 12:01 PM
TEKNIK Pengarang menggunakan teknik imbas kembali
IMBAS untuk menceritakan sesuatu peristiwa dan
KEMBALI kejadian. Contohnya:
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato,
“Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar bahan
makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang
diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar
tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif.
Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan,
daging ayam, dan sayur-sayuran import? Keadaan
ini akan membahayakan kita kalau terjadi sesuatu
bencana. Kerajaan mengutamakan bidang
pengeluaran makanan kerana ini soal keselamatan
negara.” (hlm. 48)
m/s 16 12:01 PM
GAYA DAN UNSUR 12:01 PM
BAHASA
Dari segi pembinaan ayat, pengarang menggunakan ayat pendek,ayat
sederhana panjang, dan ayat panjang.
Personifikasi. Contohnya: Hanya angin petang sesekali datang menyapa
(hlm. 51)
Peribahasa. Contohnya:
(a) membuka mata (hlm. 48)
(b) membakar semangat (hlm. 49)
Perulangan kata. Contohnya: Hakim menjawab, “Ya, mereka hantar
segalanya dengan harga yang mereka tentukan. Kini, hidupku
bergelumang dengan hutang. Setiap saat aku berhutang dengan RAJA. Kau
fikirkan pula, kalau nasibku malang dan nilai jualanku kurang
daripada harga dedak dan ubat yang mereka bekalkan, bererti aku akan
menanggung hutang kepada RAJA. Berhutang dan berhutang." (hlm. 52)
m/s 17
NILAI 12:01 PM
1. Nilai kegigihan. Contohnya, kegigihan seorang anak muda lepas universiti
untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.
2. Nilai rasional. Contohnya, Hakim bersifat rasional untuk menuntut hak
datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.
3. Nilai ketabahan. Contohnya, Hakim tabah untuk meneruskan usaha
menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan
menempuh pelbagai rintangan yang lain.
4. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Hakim bertanggungjawab untuk
membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar.
5. Nilai berdikari. Contohnya, Hakim berdikari untuk tidak memohon bantuan
daripada pihak kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank.
6. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Azam bijak menggunakan kepakarannya
dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang
menjadi haknya semula.
m/s 18
PENGAJARAN
1. Kita tidak seharusnya cepat berputus asa, sebaliknya mengusahakaN sesuatu dengan
sungguh-sungguh. Contohnya, Hakim berusaha dengan sungguh-sungguh untuk
mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja.
2. Kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan bantuan orang lain,sebaliknya kita hendaklah
berdikari. Contohnya, Hakim tidak mengharapkan bantuan kerajaan sebaliknya berusaha
mendapatkan pinjaman daripada bank.
3. Kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga dan membersihkan nama serta maruah
keturunan kita. Contohnya, Hakim menunaikan tanggungjawabnya dengan membersihkan
nama dan maruah datuknya.
4. Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunakan saluran yang betul bagi menuntut
kembali hak-hak kita. Contohnya, Hakim menggunakan saluran undang-undang/mahkamah
untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja.
5. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kita.Contohnya, Azam
membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta maruah datuknya
di mahkamah.
m/s 19 12:01 PM
ANALISIS Pada pandangan saya,cerpen ini menggunakan
PENDAPAT bahasa dan struktur ayat yang mudah difahami
oleh pembaca.cerpen ini agak tergantung pada
akhir cerita yang membuatkan pembaca tertanya
tanya akan nasib yang ditimpa hakim tersebut.
Cerpen ini mengajar kita supaya tidak
seharusnya bersikap mudah berputus asa dengan
apa yang kita lakukan. Cerpen ini sangat
digalakkan pada pembaca remaja supaya terus
berusaha untuk mencapai apa yang ingin
dimiliki.
m/s 20 12:01 PM
ANALISIS Sudut pandangan saya terhadap cerpen ini ialah cerpen
PENDAPAT ini tidak kompleks. Jalan cerita yang ditulis atau
direka amat menarik, mudah dan seronok dibaca. Bagi
saya, kemungkinan beberapa baris ayat yang ada dalam
cerpen ini, dapat mengubah perspektif diri saya dalam
suatu perkara. Cerpen ini juga sesuai dibaca oleh
setiap lapisan masyarakat. Seterusnya, berdasarkan
isi cerita cerpen ini banyak menjelaskan tentang
persepsi seorang anak muda yang mempunyai cita-cita
tinggi. Seorang belia yang berani serta berpegang
teguh dengan pendirian sendiri. Kita sewajarnya
mencontohi sikap watak utama cerpen ini iaitu, Hakim
dalam proses menuntut ilmu agar kita dapat perolehi
kejayaan bukan sahaja dalam pelajaran tapi dalam
pelbagai bidang.
m/s 21 12:01 PM
SOALAN 12:01 PM
a) Berikan 2 persoalan yang terdapat dalam cerpen kaduk,
ayam dan raja ini.
b) Nyatakan tiga sikap baik yang boleh di ikuti oleh kita
sebagai pelajar berdasarkan watak Azam sebagai sahabat
baik kepada Hakim dalam cerpen ini.
c) Apakah bukti dalam cerpen ini yang boleh dinyatakan
bahawa perwatakan Hakim ialah seorang pemuda yang berani
menuntut hak datuknya?
d) Pada pendapat anda, apakah kepentingan yang boleh
didapati apabila kita berusaha untuk menegakkan keadilan
dan menuntut hak yang sepatutnya menjadi milik kita?
Page 22
JAWAPAN 12:01 PM
a) Persoalan yang terdapat dalam cerpen kaduk,ayam dan raja ini
ialah kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan
ayam secara moden dan halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia
perniagaan.
b) Tiga sikap baik yang boleh diikuti oleh kita sebagai pelajar
berdasarkan watak Azam sebagai sahabat baik kepada Hakim ialah
kita boleh menjadi seorang rakan yang suka membantu orang lain.
Seterusnya, kita boleh mengikuti sikap Azam yang rajin menuntut
ilmu pengetahuan. Akhir sekali, mencontohi sikap Azam yang
prihatin terhadap orang lain seperti Azam berasa prihatin
terhadap masalah yang menimpa Hakim.
Page 23
JAWAPAN 12:01 PM
c) Bukti yang boleh dinyatakan bahawa perwatakan Hakim ialah seorang pemuda yang
berani menuntut hak datuknya ialah terdapat dalam cerpen menyatakan Hakim berhempas
pulas untuk mendapatkan hak ke atas tanah pusaka datuknya yang pernah diambil oleh
raja pada suatu ketika dahulu dengan melantik Azam, sahabat baiknya sebagai peguam
untuk membela dirinya di makhamah.
d) Pada pandangan saya, kepentingan-kepentingan yang boleh didapati apabila kita berani
untuk menegakkan keadilan dan menuntut hak yang sepatutnya menjadi milik kita ialah kita
akan dapat apa yang sepatutnya menjadi kepunyaan kita dan mengelakkannya daripada jatuh
ke tangan orang yang salah. Seterusnya, hukuman boleh dikenakan ke atas orang yang
bersalah dan bukan ke atas orang yang teraniaya atau individu yang hanya menjadi mangsa
keadaan. Selain itu, kita juga tidak akan menjadi individu yang mengikut telunjuk atau
kehendak orang lain yang sebenarnya mengambil kesempatan terhadap diri kita. Kita juga
akan lebih berpegang teguh kepada pendirian sendiri. Akhir sekali, pembentukan negara
yang aman dan sistem pemerintahan yang adil boleh diwujudkan apabila setiap seorang
daripada kita berusaha untuk berlaku adil dalam setiap perkara yang kita lakukan dan
terapkan bahawa betapa pentingnya apabila kita berlaku adil.
Page 24
TERIMA KASIH