The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ADAM FARIS BIN NORDIN IPG-Pelajar, 2025-03-17 12:24:00

K8_MUHAMMAD ADAM FARIS BIN NORDIN

TUGASAN 2_EDUP3143

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS E-PORTFOLIO SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 2 (PENGHASILAN PRODUK) NAMA : MUHAMMAD ADAM FARIS BIN NORDIN KELAS : PT2S2-8 KOD SUBJEK : EDUP 3143 ANGKA GILIRAN : 2022172440055 NAMA PENSYARAH : NORNAZLI BIN AYOP NAMA SUBJEK : SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS MUKA HADAPAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS MAKLUMAT DIRI


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS NAMA : MUHAMMAD ADAM FARIS BIN NORDIN KURSUS : PISMP AMBILAN JUN 2022 PENGKHUSUSAN : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH BIODATA DIRI NO K/P : 040501-05-0353 NO TEL : 011-11641713 ALAMAT : 5-9-9, MENARA PEARL, JALAN 1/89A, TAMAN IKHSAN, 56000, CHERAS, KUALA LUMPUR ELEKTIF : PENDIDIKAN KESIHATAN BANGSA : MELAYU / JANTINA : LELAKI / STATUS : BUJANG


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ISI KANDUNGAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PERKARA MUKA SURAT PENGHARGAAN 8 - 9 PENGENALAN 10 -11 LATAR BELAKANG 12 -15 KOMPOSISI PELAJAR 12 -15 PERSEKITARAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH 16 - 18 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL MASYARAKAT SEKOLAH 19 - 21 FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA 22 - 23 IMPLIKASI STRATIFIKASI KEPADA KOMUNITI 24 - 26 RUMUSAN 27 - 28 RUJUKAN 29 -30


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PENGHARGAAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Dengan penuh rasa syukur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam penyediaan eportfolio ini bagi subjek Sosiologi dalam Pendidikan (EDUP 3143). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Nornazli bin Ayop, atas tunjuk ajar, bimbingan, dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang proses pembelajaran dalam kursus ini. Ilmu dan panduan yang diberikan sangat membantu dalam memahami konsep serta aplikasi sosiologi dalam bidang pendidikan. Seterusnya, penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang telah memberikan sokongan moral, bertukar pandangan, serta berkongsi maklumat yang berguna dalam melengkapkan e-portfolio ini. Tidak lupa juga kepada keluarga saya, yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Sokongan mereka menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berusaha mencapai kejayaan. Akhir sekali, saya berharap e-portfolio ini dapat memberi manfaat kepada pembaca serta menjadi rujukan dalam memahami kepentingan sosiologi dalam dunia pendidikan. Segala kekurangan dalam penyusunan e-portfolio ini adalah tanggungjawab saya sepenuhnya.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PENGENALAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS E-portfolio ini membincangkan latar belakang dan persekitaran sosiobudaya di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir (SKBK), sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 1956 di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Sebagai sekolah yang mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia, SKBK memainkan peranan penting dalam membentuk pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik dan sosioekonomi. E-portfolio ini turut meneliti kesan stratifikasi sosial dalam komuniti sekolah, termasuk jurang pencapaian akademik, akses kepada pendidikan, dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, faktor kepelbagaian sosiobudaya seperti perbezaan bahasa, adat resam, dan tahap pendidikan ibu bapa turut dianalisis bagi memahami cabaran serta peluang yang wujud dalam persekitaran sekolah. Dengan memahami dinamika sosial dan budaya di SKBK, e-portfolio ini menggariskan kepentingan pendekatan pendidikan yang inklusif bagi memastikan setiap pelajar mendapat peluang yang adil dalam pembelajaran. Cadangan langkah proaktif turut diketengahkan bagi mengurangkan jurang sosial serta memupuk perpaduan dalam komuniti sekolah.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS LATAR BELAKANG DAN KOMPOSISI PELAJAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS MAKLUMAT SEKOLAH ALAMAT SEKOLAH : SK BATU KIKIR, JALAN KUALA PILAHBAHAU, 52200, BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN LAMAN WEB SEKOLAH : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/skbatukikir/utama EMEL SEKOLAH : [email protected] LOKASI : LUAR BANDAR / GRED SEKOLAH : A NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU KIKIR KOD SEKOLAH : NBE 6001 / NO TELEFON : 06-498130 PENYELIA PETANG : PUAN ZAKIAH BINTI ABDUL HADI GPK KOKURIKULUM : ENCIK JAILANI BINTI AHMAD GPK HEM: ENCIK AHMAD KHURSAIRI BIN ISMAIL GPK PENTADBIRAN : PUAN ZURAIDAH BINTI AHMAD GURU BESAR : ENCIK ISMAIL BIN SHARIF


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS MAKLUMAT SEKOLAH BILANGAN GURU : LELAKI (17 ORANG) PEREMPUAN (33 ORANG) BILANGAN GURU MENGIKUT KELAYAKAN AKADEMIK : SISWAZAH (45 ORANG) BUKAN SISWAZAH (5 ORANG) BILANGAN KELAS : 25 KELAS / PURATA SAIZ KELAS : 30 ORANG JUMLAH MURID : 725 ORANG (86% MELAYU, 7% INDIA, 7% CINA) MURID - MURID : LELAKI (365 ORANG) PEREMPUAN (360 ORANG) MAKLUMAT-MAKLUMAT LAIN YANG MENARIK : MENJALANKAN PROGRAM FAJAR SETIAP PAGI MEMPUNYAI REKOD PENCAPAIAN MURID PERINGKAT ANTARABANGSA SETIAP TAHUN DILENGKAPI LEBIH 10 SMART TV DALAM KAWASAN SEKOLAH 20% PELAJAR LEPASAN SKBK KE SEKOLAH SBP TAHUN LALU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Sekolah Kebangsaan Batu Kikir (SKBK) merupakan sebuah sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) yang terletak di Batu Kikir, sebuah pekan kecil dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan. Pekan ini berada di antara Bahau dan Kuala Pilah, di sepanjang lebuh raya Tampin-Karak. Alamat sekolah adalah Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan. Ditubuhkan pada tahun 1956, sekolah ini pada asalnya dikenali sebagai Standard Type Primary School dan merupakan sekolah aliran Inggeris pertama di daerah Jempol. Tapak sekolah ini adalah seluas lima ekar dan merupakan tanah wakaf daripada Encik Yusof bin Ahmad, adik kepada Pendeta Za'ba. Pada peringkat awal, sekolah ini menampung 139 murid daripada pelbagai kaum. Pada tahun 1965, Sekolah Menengah Inggeris pertama di daerah Jempol ditubuhkan dan berkongsi bangunan dengan Standard Type Primary School Batu Kikir. Bangunan di bahagian hadapan digunakan untuk pelajar sekolah rendah, manakala dua blok di belakang untuk sekolah menengah. Pada tahun 1970, sekolah ini beralih sepenuhnya kepada aliran Melayu dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Sekolah menengah yang sebelum ini berkongsi bangunan telah berpindah ke lokasi sendiri, kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (Model Khas) Batu Kikir. Sejak itu, SK Batu Kikir telah mengalami beberapa pembangunan infrastruktur, termasuk penambahan blok bangunan dan kemudahan lain untuk memenuhi keperluan pendidikan semasa sehingga kini. Kedudukan strategik sekolah ini telah menjadi pilihan utama bagi penduduk setempat untuk menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan yang berkualiti.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PERSEKITARAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Sedarsawarsa, Sekolah Kebangsaan Batu Kikir (SK Batu Kikir) yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan ini ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai sekolah aliran Inggeris pertama di Daerah Jempol. Sekolah ini dibina di atas tanah seluas lima ekar yang diwakafkan oleh Encik Yusof bin Ahmad, adik kepada Pendeta Za'ba. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa ciri persekitaran sosiobudaya di SK Batu Kikir. Antaranya ialah kepelbagaian kaum dan budaya. Hal ini dikatakan demikian kerana pada awal penubuhannya, SK Batu Kikir mempunyai 139 murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini menunjukkan bahawa sekolah ini terus mencerminkan kepelbagaian etnik yang wujud di Malaysia. Misalnya, pelajar Melayu, Cina dan India. Oleh itu, kepelbagaian ini membolehkan pelajar untuk berinteraksi dan memahami pelbagai budaya, adat resam dan tradisi yang selaras dengan konsep 1Malaysia yang memupuk perpaduan nasional. Seterusnya, pengaruh institusi pendidikan sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana SK Batu Kikir ini dikelilingi oleh beberapa institusi pendidikan lain seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas), Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Sin, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) dan Sekolah Agama Rakyat Batu Kikir. Oleh itu, dengan kehadiran institusi-institusi tersebut dapat memperkayakan persekitaran sosiobudaya dengan menyediakan peluang untuk kolaborasi antara sekolah, program silang budaya dan aktiviti komuniti yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Selain itu, aktiviti kokurikulum dan sambutan perayaan. Hal ini dikatakan sebegitu kerana sekolah ini menganjurkan pelbagai aktiviti kokurikulum yang mencerminkan kepelbagaian budaya. Tamsilnya, sambutan Hari Kebangsaan, perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Oleh hal yang demikian, penyertaan dalam aktiviti sebegini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menghargai dan memahami kepelbagaian budaya serta memupuk semangat toleransi dan hormat-menghormati. Di samping itu, bahasa pengantar dan pembelajaran bahasa. Sebagai sebuah Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama. Namun demikian, dengan kehadiran pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik, pembelajaran bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil mungkin turut ditawarkan atau digalakkan. Hal ini bagi memperkayakan lagi pengalaman linguistik dan budaya dalam kalangan pelajar mahupun guru. Akhir sekali, penglibatan komuniti dan sokongan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana persekitaran sosiobudaya sekolah turut diperkukuhkan melalui penglibatan aktif komuniti setempat dan sokongan ibu bapa dalam aktiviti sekolah. Misalnya, kerjasama yang jitu antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti yang secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan inklusif, di mana nilai-nilai murni dan budaya tempatan dihargai dan dipelihara. Tegasnya, persekitaran sosiobudaya di SK Batu Kikir mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan budaya Malaysia, menyediakan platform untuk pelajar belajar dan berkembang dalam suasana yang harmoni dan saling menghormati.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KESAN STRATIFIKASI SOSIAL MASYARAKAT SEKOLAH


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Umum mengetahui bahawa stratifikasi sosial merujuk kepada pengkelasan individu atau kumpulan dalam masyarakat berdasarkan faktor seperti status ekonomi, pendidikan, pekerjaan, dan keturunan. Pengelasan ini mempengaruhi akses individu terhadap sumber daya dan peluang, termasuklah dalam bidang pendidikan. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa kesan stratifikasi sosial yang dapat dilihat melalui beberapa aspek yang mempengaruhi pengalaman pendidikan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir. Antaranya ialah latar belakang ekonomi keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi cenderung mempunyai akses kepada sumber pendidikan tambahan seperti tuisyen, bahan bacaan dan teknologi pembelajaran. Namun sebaliknya, pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mungkin menghadapi kekangan dalam menyediakan keperluan pendidikan asas yang boleh menjejaskan prestasi akademik mereka. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa latar belakang keluarga mempunyai hubungan rapat dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Seterusnya, tahap pendidikan ibu bapa. Hal ini dikatakan sebegitu kerana ibu bapa yang berpendidikan tinggi lebih cenderung terlibat dalam pendidikan anak-anak mereka, memahami keperluan akademik dan menyediakan sokongan yang diperlukan. Hal ini boleh meningkatkan motivasi dan prestasi pelajar di sekolah. Namun sebaliknya, ibu bapa dengan tahap pendidikan yang rendah mungkin kurang berkemampuan untuk membantu anak-anak mereka dalam aspek akademik.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Selain itu, akses kepada kemudahan pendidikan. Hal ini kerana stratifikasi sosial boleh mempengaruhi akses pelajar kepada kemudahan pendidikan seperti perpustakaan, makmal komputer dan aktiviti kokurikulum. Misalnya, pelajar dari latar belakang sosioekonomi yang lebih tinggi mungkin mempunyai akses yang lebih baik kepada kemudahan ini, manakala pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan mungkin terhad dalam penyertaan mereka. Di samping itu, persepsi dan harapan guru. Hal ini dikatakan demikian kerana guru mungkin secara tidak sedar mempunyai harapan yang berbeza terhadap pelajar berdasarkan latar belakang sosial mereka. Oleh hal yang demikian, pelajar dari kelas sosial yang lebih tinggi mungkin diberi lebih banyak perhatian dan peluang, manakala pelajar dari kelas sosial yang lebih rendah mungkin diabaikan atau dianggap kurang berpotensi. Hal ini secara tidak langsung boleh menjejaskan keyakinan diri dan motivasi pelajar. Tambahan pula, penglibatan dalam aktiviti sekolah. Hal ini dikatakan sebegitu kerana pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi mungkin lebih berkemampuan untuk menyertai aktiviti berbayar seperti lawatan sambil belajar atau program khas. Namun sebaliknya, pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mungkin terlepas peluang ini kerana kekangan kewangan, yang boleh menjejaskan pengalaman pembelajaran mereka. Akhir sekali, jaringan sosial dan peluang masa depan. Hal ini kerana stratifikasi sosial mempengaruhi jaringan sosial pelajar yang seterusnya mempengaruhi peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan. Tamsilnya, pelajar dari kelas sosial yang lebih tinggi mungkin mempunyai jaringan yang lebih luas dan akses kepada maklumat atau peluang yang lebih baik. Pendek kata, bagi mengurangkan kesan negatif stratifikasi sosial di SK Batu Kikir, adalah penting bagi pihak sekolah dan komuniti untuk mengambil langkah proaktif seperti menyediakan program sokongan akademik, melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak, dan memastikan semua pelajar mempunyai akses yang sama kepada kemudahan dan peluang pendidikan. Oleh itu, pendekatan inklusif ini dapat membantu memastikan bahawa semua pelajar, tanpa mengira latar belakang sosial, dapat mencapai potensi penuh mereka.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Bertitik tolak daripada itu, kepelbagaian sosiobudaya di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir dipengaruhi oleh beberapa faktor utama yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah tersebut. Antaranya ialah bangsa dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan etnik lain. Oleh hal yang demikian, kehadiran pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik di SK Batu Kikir ini menyumbang kepada kepelbagaian sosiobudaya dimana hal tersebut membolehkan interaksi antara budaya dan pemahaman yang lebih mendalam antara kaum. Seterusnya, Bahasa. Hal ini dikatakan sebegitu kerana bahasa memainkan peranan penting dalam komunikasi dan pembelajaran. Walaupun Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar utama di SK Batu Kikir, pelajar mungkin bertutur dalam pelbagai bahasa ibunda seperti Mandarin, Tamil atau dialek tempatan di rumah. Oleh itu, kepelbagaian bahasa ini memperkayakan persekitaran pembelajaran dan memupuk toleransi linguistik. Selain itu, agama dan kepercayaan. Hal ini kerana pelajar di SK Batu Kikir mungkin menganut pelbagai agama seperti Islam, Buddha, Hindu atau Kristian. Oleh hal yang demikian, kepelbagaian ini mempengaruhi amalan harian, perayaan dan nilai-nilai yang dibawa ke dalam persekitaran sekolah dimana hal tersebut dapat mewujudkan suasana yang menghormati kepercayaan masing-masing. Di samping itu, adat resam dan budaya. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap kaum mempunyai adat resam dan budaya tersendiri yang unik. Oleh disebabkan itu, kepelbagaian ini dapat dilihat melalui pakaian tradisional, makanan, tarian dan muzik yang diperkenalkan dalam aktiviti sekolah secara tidak langsung dapat memperkayakan pengalaman sosiobudaya pelajar. Akhir sekali, struktur sosial dan status ekonomi. Hal ini dikatakan sebegitu kerana pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang sosioekonomi dimana hal tersebut dapat mempengaruhi akses mereka kepada sumber pendidikan tambahan seperti tuisyen atau bahan bacaan. Oleh itu, kepelbagaian dalam status sosioekonomi ini menambah dimensi kepada persekitaran sosiobudaya sekolah. Tuntasnya, dengan memahami dan menghargai faktor-faktor ini, SK Batu Kikir dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan harmoni di mana setiap pelajar merasa dihargai dan diterima tanpa mengira latar belakang sosiobudaya mereka.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS IMPLIKASI STRATIFIKASI KEPADA KOMUNITI


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Sebagaimana yang kita ketahui, stratifikasi sosial merupakan suatu pengelompokan individu atau kumpulan dalam masyarakat berdasarkan faktor seperti status ekonomi, pendidikan dan pekerjaan yang mempunyai implikasi yang signifikan terhadap komuniti sekolah, termasuklah di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir. Terdapat beberapa implikasi stratifikasi kepada komuniti. Antaranya ialah jurang prestasi akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar dari latar belakang sosioekonomi yang lebih tinggi cenderung memiliki akses kepada sumber pendidikan tambahan seperti tuisyen, bahan bacaan dan teknologi pembelajaran. Namun sebaliknya, pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mungkin menghadapi kekurangan dalam menyediakan keperluan pendidikan asas, yang boleh menjejaskan prestasi akademik mereka. Seterusnya, ketidaksamaan akses dan kualiti pendidikan. Hal ini dikatakan sebegitu kerana sekolah di kawasan pedalaman atau luar bandar mungkin tidak dilengkapi dengan infrastruktur yang memadai. Misalnya perpustakaan yang lengkap, makmal sains yang baik atau makmal komputer. Hal ini dapat memberikan kelebihan kepada pelajar dari pelbagai lapisan sosial yang lebih tinggi yang mungkin mempunyai akses kepada kemudahan yang lebih baik di sekolah-sekolah elit. Selain itu, pengasingan sosial. Hal ini kerana stratifikasi sosial boleh menyebabkan pengasingan dalam kalangan pelajar, di mana pelajar dari latar belakang sosioekonomi yang berbeza mungkin kurang berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini secara tidak langsung boleh mengurangkan perpaduan dalam komuniti sekolah dan menjejaskan perkembangan kemahiran interpersonal serta multikultural.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Di samping itu, perbezaan harapan dan sokongan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa dari kelas sosial yang lebih tinggi mungkin lebih terlibat dalam pendidikan anak-anak mereka, memahami keperluan akademik dan menyediakan sokongan yang diperlukan. Namun sebaliknya, ibu bapa dengan tahap pendidikan yang rendah mungkin kurang berkemampuan untuk membantu anak-anak mereka dalam aspek akademik, dimana hal tersebut boleh menjejaskan motivasi dan prestasi pelajar. Tambahan pula, ketidaksamaan peluang kokurikulum. Hal ini dikatakan sebegitu kerana pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi mungkin lebih berkemampuan untuk menyertai aktiviti berbayar seperti lawatan sambil belajar atau program khas. Namun sebaliknya, pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mungkin terlepas peluang ini kerana kekangan kewangan, yang boleh menjejaskan pengalaman pembelajaran mereka . Akhir sekali, pengaruh dasar pendidikan. Hal ini kerana stratifikasi sosial mempengaruhi pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan. Misalnya, dasar-dasar pendidikan mungkin cenderung memberikan kelebihan kepada individu dari lapisan sosial yang lebih tinggi, seperti melalui pembiayaan sekolah-sekolah swasta yang elit atau program-program pengagihan sumber yang tidak saksama. Akhirulkalam, untuk mengurangkan kesan negatif stratifikasi sosial di SK Batu Kikir, adalah penting bagi pihak sekolah dan komuniti untuk mengambil langkah pro-aktif seperti menyediakan program sokongan akademik, melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dan memastikan semua pelajar mempunyai akses yang sama kepada kemudahan dan peluang pendidikan. Oleh itu, pendekatan inklusif ini dapat membantu memastikan bahawa semua pelajar, tanpa mengira latar belakang sosial, dapat mencapai potensi penuh mereka.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS RUMUSAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa Sekolah Kebangsaan Batu Kikir mencerminkan kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam masyarakat Malaysia, dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik, agama dan status sosioekonomi. Persekitaran ini membentuk pengalaman pembelajaran yang kaya dengan nilai-nilai toleransi, perpaduan, dan saling menghormati. Namun demikian, kepelbagaian ini juga membawa cabaran, terutama dalam memastikan kesaksamaan akses kepada pendidikan dan peluang yang adil untuk semua pelajar. Stratifikasi sosial dalam komuniti sekolah mempengaruhi hubungan antara pelajar serta pencapaian akademik mereka. Hal ini kerana pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi lebih cenderung mempunyai kelebihan dalam pendidikan, manakala mereka dari latar belakang kurang berkemampuan mungkin menghadapi kekangan dalam memperoleh bahan pembelajaran dan menyertai aktiviti kokurikulum. Oleh itu, jurang ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam pencapaian akademik dan pembangunan diri pelajar. Faktor kepelbagaian sosiobudaya, seperti perbezaan bahasa, adat resam dan tahap pendidikan ibu bapa, turut memainkan peranan dalam membentuk dinamika sosial di sekolah. Hal ini kerana kepelbagaian ini memperkayakan pengalaman pembelajaran tetapi juga menuntut pendekatan pengajaran yang inklusif agar tiada pelajar yang tercicir. Implikasi stratifikasi sosial terhadap komuniti sekolah termasuk ketidakseimbangan akses kepada sumber pendidikan, perbezaan dalam penyertaan aktiviti sekolah, serta jurang dalam hubungan sosial antara pelajar. Bagi mengatasi cabaran ini, pihak sekolah perlu mengambil langkah proaktif seperti memperkasakan program bantuan pendidikan, meningkatkan penglibatan ibu bapa, dan memastikan peluang yang lebih adil bagi semua pelajar. Secara keseluruhannya, kepelbagaian sosiobudaya di SK Batu Kikir adalah satu kekuatan yang boleh diperkukuhkan melalui dasar pendidikan yang lebih inklusif dan penyertaan aktif daripada seluruh komuniti sekolah.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS RUJUKAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Ainaa Nadhirah Haris. (2021). Kepelbagaian Sosiobudaya Di Sekolah. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://prezi.com/p/z_vn-un8bdbf/kepelbagaian-sosiobudaya-disekolah/ Apac Directory. (2025). SK Batu Kikir, Batu Kikir. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://www.apac.com.my/nbe6001-sk-batu-kikir.html#google_vignette DAA-TAA. (2024). Profile Of Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://myschool.daa-taa.com/school/sekolah-kebangsaan-batu-kikir5983#contact Nik Anis Suryani Nik Yahya. (2012). Gerbang Ilmu: Sejarah Sekolah. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://nikanissuryani.blogspot.com/ Nor Hanan Ayuni. (2024). Sosiologi: Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Komuniti Sekolah Dan Pendidikan. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://anyflip.com/dkotw/skfo/basic Salman Husaini. (2023). Maklumat Asas Sekolah. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://sites.google.com/view/ahmad-salman-husaini-usim/utama?authuser=0 Sekolah2u. (2023). SEKOLAH KEBANGSAAN BATU KIKIR. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://sekolah2u.com/listing/sekolah-kebangsaan-batu-kikir/ SK Batu Kikir Jempol. (n.d.). Sejarah Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. SK Batu Kikir Jempol. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://skbatukikirjempol.blogspot.com Wikipedia contributors. (n.d.). Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Batu_Kikir Yellavia. (2021). SK Batu Kikir, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Malaysia. Diperoleh pada 14 Mac 2025, daripada https://directory.yellavia.com/schools/sk-batu-kikir-27211/


Click to View FlipBook Version