BAB 2:
BIDANG
FONOLOGI
2.2.3 DIFTONG
KONSEP DAN HURAIAN
Diftong ialah rentetan dua bunyi vokal yang mempunyai
satu puncak kelantangan dan diucapkan dalam satu
hembusan nafas.
Kelantangannya adalah pada vokal yang pertama.
Diftong dianggap sebagai satu fonem.
Semasa menghasilkannya, tidak wujud hentian yang
boleh memisahkan kedua-dua vokal itu sehingga
membolehkan terbentuknya dua suku kata.
Kata lain, diftong membentuk satu suku kata sahaja.
Berlaku geluncuran lidah daripada kedudukan
penyebutan sesuatu bunyi vokal kepada penyebutan
vokal yang lain.
RAJAH KEDUDUKAN DIFTONG BAHASA MELAYU
DEPAN TENGAH BELAKANG
Depan [ai] [au] Belakang
Sempit [i] [oi] Sempit [u]
Separuh Separuh
Sempit [e] Sempit [o]
[e]
Luas [a]
KETERANGAN RAJAH
Anak panah menunjukkan arah geluncuran
lidah.
Bahagian akhir anak panah menunjukkan had
geluncuran lidah.
Sebagai contoh, semasa membunyikan diftong
[ai], walupun geluncuran lidah menuju ke arah
kedudukan semasa menbunyikan vokal [ai], tapi
lidah tidaklah dinaikkan terlalu tinggi,
sebagaimana membunyikan vokal [i].
CARA PENGHASILAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU
Lambang Cara penghasilannya Contoh
dalam
/ai/ • Depan lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan semasa perkataan
aidil, aising,
menghasilkan vokal [a]. haiwan,
• Kemudian kedudukan lidah digeluncurkan ke arah khairat,
ramai, salai
penghasilan vokal depan sempit [i] tetapi tidak setinggi
aurat, audio,
sewaktu membunyikan vokal [i]. raudah,
• Pita suara bergetar. tauliah,
rantau,
/au/ • Depan lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan semasa pulau
menghasilkan vokal depan luas [a].
• Kemudian ia digeluncurkan ke arah penghasilan vokal
belakang sempit [u] tetapi tidak setinggi sewaktu
membunyikan vokal [u].
• Pita suara bergetar.
/oi/ • Belakang lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan semasa oi (kata
menghasilkan vokal belakang separuh sempit [o]. seru),
• Kemudian lidah dgeluncurkan ke arah penghasilan vokal oikoid,
depan sempit [i] tetapi tidak setinggi sewaktu membunyikan oidium,
vokal [i]. boikot,
• Pita suara bergetar. amboi
PERBEZAAN ANTARA DIFTONG DENGAN VOKAL
RANGKAP
Diftong ialah bunyi dua vokal yang sewaktu penghasilannya
berlaku geluncuran lidah dan vokal yang kedua tidak
dilafazkan dengan sepenuhnya. Bagi vokal rangkap, kedua-
dua vokal dilafazkan sepenuhnya.
Dalam penyebutan vokal rangkap wujud artikulasi
tambahan tetapi ini tidak berlaku pada penyebutan
diftong.
Dalam penyebutan diftong, kelantangan wujud hanya
pada vokal pertama, manakala dalam vokal rangkap,
kedua-dua vokal mempunyai kelantangan.
Diftong hanya membentuk satu suku kata, manakala vokal
rangkap membentuk dua suku kata.
Diftong hanya melibatkan rentetan vokal /ai/, /au/ dan /oi/,
manakala vokal rangkap boleh terdiri daripada rentetan
mana-mana vokal.