Pengurusan Profesional SKape 2021
JADUAL WAKTU INDUK PERSEKOLAHAN SK JALAN PEEL BAGI 2021
TAHUN Hari Masa Aktiviti Tambahan Waktu Waktu Perhimpunan /
Persekolahan Rehat Tempat
10.10 am Rasmi Harian
–
Pra Isnin - 7.30 – 12.00 p.m. Aktiviti Kesihatan
Sekolah Jumaat 7.30 – 8.00 a.m. 10.30 am
Tahun Isnin 7.30 – 1.00 p.m. 9.40 am Isnin
1, 2 & 3 Selasa 7.30 – 12.30 p.m. –
Rabu 7.30 – 1.00 p.m. 7.40 – 8.10
Khamis 7.30 – 12.30 p.m. 10.00 am a.m. Selasa –
Jumaat 7.30 – 12.00 p.m. Jumaat
(Dewan
Isnin 7.30 – 1.30 p.m. Terbuka) 7.30 – 7.40
Perhimpunan a.m.
Rasmi (Dewan
Terbuka)
Selasa 7.30 – 1.00 p.m.
Tahun Rabu 7.30 – 3.30 p.m. KOKURIKULUM 10.10 am
4, 5 & 6 1.30 – 3.00 p.m. –
10.30 am
Khamis 7.30 – 1.30 p.m.
Jumaat 7.30 – 12.00 p.m.
KOKURIKULUM: RABU
1.30 – 3.30 p.m.
(bergilir-gilir setiap minggu bermula dengan Unit Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Permainan/Sukan)
Rumah Sukan
2.30 – 3.30 p.m. (2 bulan sebelum Kejohanan Olahraga SKJP)
*tertakluk kepada perubahan semasa
Halaman 100
Pengurusan Profesional SKape 2021
PERATURAN AM SEKOLAH BAGI TAHUN 2021
1. Aktiviti Sebelum Dan Selepas Persekolahan
1.1. Guru bertugas harian bersama-sama pengawas hendaklah memastikan semua
murid yang berada di sekolah berkumpul.
Di Dewan Terbuka (Citra Sahmura)
➢ Hari Isnin - Perhimpunan rasmi
➢ Sebelum perhimpunan Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis adalah untuk
aktiviti Kemilau Pagi mengikut Panitia (7.30 pg – 7.40 pg).
1.2. Bacaan Yassin akan diadakan setiap Jumaat (7:30 pg – 7:40 pg).
1.3. Murid Prasekolah juga digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti dengan
melakukan aktiviti membaca di dalam kelas Prasekolah dan di Dewan Terbuka
bawah pengawasan guru prasekolah dan pengawas.
1.4. Aktiviti Nilam : Membaca senyap 10 minit semasa perhimpunan rasmi hari Isnin :
7.20 – 7.30 pagi .
2. Perhimpunan
2.1. Loceng akan dibunyikan:
Waktu sebelum perhimpunan
Waktu sebelum dan selepas rehat
Waktu balik
2.2. Perhimpunan Rasmi Mingguan ( Isnin pada pukul 7.40 – 8.10 pagi ):
Aturcara
➢ Nyanyian lagu Negaraku, Maju & Sejahtera dan Lagu Sekolah (6 minit)
➢ Bacaan Ikrar (1 minit )
➢ Bacaan Doa (1 minit)
➢ Ucapan Aluan Guru Bertugas (1 minit)
➢ Laporan Guru Bertugas Minggu Sebelum ( 4 minit )
➢ Pengumuman Guru Bertugas Minggu Semasa ( 5 minit )
➢ Penyampaian Hadiah / Aktiviti Panitia / 5 minit Ceramah Antidadah (5 minit)
➢ Ucapan GB ( 7 minit )
2.3. Aktiviti Kemilau Pagi:
Setiap hari
➢ Di Dewan Terbuka - 7.30 pagi – 7.40 pagi
- BM – Isnin
- BI – Selasa
- Sains – Rabu
- Matematik – Khamis
- Yasin - Jumaat
Halaman 101
Pengurusan Profesional SKape 2021
3. Peringatan Penting Tentang Waktu Perhimpunan Rasmi
3.1. Semua murid dan guru diwajibkan hadir dan berada di tempat perhimpunan
sepanjang tempoh perhimpunan rasmi.
3.2. Guru bertugas bertanggungjawab mengurus aturcara perhimpunan dan
mengawalselia disiplin murid termasuk memastikan tiada murid yang berada di kelas
atau lain-lain tempat.
3.3. Semua guru digalakkan memakai kemeja merah, bertali leher dan berseluar ’slack’
hitam manakala guru perempuan digalakkan memakai baju kurung merah.
3.4. Semua pengawas diwajibkan memakai pakaian pengawas yang lengkap.
3.5. Guru Muzik dikehendaki memimpin nyanyian pada setiap kali perhimpunan rasmi
mingguan diadakan.
3.6. Semua guru digalakkan menyanyi lagu-lagu rasmi dan membaca ikrar bersama-
sama murid.
4. Peringatan Penting Tentang Waktu Perhimpunan Harian
4.1. Semua murid mesti beratur di dewan mulai 7.30 pagi.
4.2. Guru bertugas hendaklah meronda dan mengawal murid seawal jam 7.25 pagi bagi
memastikan disiplin terkawal dan guru waktu pertama berada bersama murid-murid.
Semua guru subjek waktu pertama mesti berada dengan murid-murid di kelas
masing-masing mulai jam 7.40 pagi. Guru hendaklah memastikan murid-murid
berpakaian kemas, lengkap dan berdisiplin.
4.3. Ketua kelas mesti berada di hadapan barisan sambil menjaga disiplin murid dibantu
pengawas bertugas. Kedatangan boleh diambil pada masa ini.
4.4. Pengawas hendaklah berada di tangga setiap tingkat dan di kelas yang ditetapkan
mulai jam 7.25 pagi bagi memastikan murid-murid senyap.
4.5. Kelas pengajaran dan pemudahcaraan akan bermula pada jam 7.40 pagi.
5. Pergerakan Ke Kelas Selepas Perhimpunan Di Dewan Terbuka
5.1. Murid perlu bergerak pantas dan senyap ke kelas masing-masing selepas tamat
perhimpunan.
5.2. Guru subjek waktu pertama dikehendaki mengiringi murid-murid semasa mereka
bergerak ke kelas.
5.3. Murid-murid dikehendaki berbaris lurus dan senyap di luar kelas. Kelas yang
mempunyai guru dibenarkan masuk. Manakala kelas yang tiada guru / guru lewat,
murid-murid diminta berbaris di luar kelas sehingga guru hadir.
5.4. Ketua kelas diingatkan supaya memainkan peranan, peka dengan situasi dan
mengawal kelas manakala guru-guru diingatkan supaya mematuhi masa yang
ditetapkan bagi setiap subjek.
5.5. Semua pengumuman yang hendak dihebahkan pada hari Selasa-Jumaat boleh
dibuat semasa murid-murid berbaris di dewan terbuka. Perkara yang hendak
diumumkan hendaklah disebut secara ringkas , padat dan tepat . Elakkan bercakap
panjang lebar bagi menjimatkan masa .
Halaman 102
Pengurusan Profesional SKape 2021
5.6. Penggunaan pas keluar perlu dilaksanakan dengan berkesan . Murid perlu memakai
pas apabila keluar daripada kelas . Hanya seorang murid dibenarkan keluar ke
tandas dalam sesuatu masa .
6. Kawalan Kelas Di Permulaan Setiap Pengajaran Dan Pemudahcaraan
6.1. Guru dikehendaki memastikan semua murid berdiri tegak dan memandang guru
sebelum mereka memberi salam dan membaca doa.
6.2. Guru memberi arahan supaya murid-murid membersihkan sampah-sarap di dalam
meja atau persekitaran kelas.
6.3. Guru meminta murid-murid meluruskan meja.
6.4. Guru meminta murid-murid duduk tegak dan bersedia untuk belajar.
7. Waktu Rehat
7.1. Murid-murid dikehendaki keluar dari kelas dalam keadaan teratur di bawah
pengawasan guru.
7.2. Pengawas yang bertugas dan murid-murid yang terlibat dengan aktiviti dibenarkan
keluar 5 minit lebih awal daripada waktu rehat.
7.3. Pengawas yang bertugas di tangga dan di kantin hendaklah bersedia di tempat
masing-masing sebelum murid-murid turun rehat.
7.4. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan kantin / dewan ataupun berada di
kelas sepanjang masa rehat kecuali urusan ke tandas atau yang dibenarkan oleh
guru.
7.5. Murid-murid dikehendaki berbaris semasa membeli makanan.
7.6. Murid-murid hendaklah duduk dengan tertib dan makan dengan cermat.
7.7. Murid-murid dilarang berlari-lari sebelum, semasa, selepas waktu rehat.
7.8. Guru waktu pertama selepas rehat hendaklah berada di dewan terbuka bersama-
sama mengawal disiplin murid masing-masing dan mengiringi mereka bergerak ke
kelas .
7.9. Pengawas yang bertugas di tangga dan di kelas hendaklah berada di lokasi yang
dipertanggungjawabkan sebelum murid naik ke kelas.
8. Waktu Akhir Persekolahan
Apabila loceng waktu balik dibunyikan, perkara-perkara berikut hendaklah dilaksanakan
dan dipatuhi :
8.1. Guru subjek hendaklah memastikan murid-murid membuang sampah yang ada di
dalam semua meja dan di lantai di dalam kelas ke dalam tong sampah.
8.2. Setelah bersih, pastikan mereka meluruskan meja dan memasukkan kerusi di bawah
meja.
8.3. Guru hendaklah berdiri di muka pintu dan bersalaman dengan mereka.
8.4. Guru-guru kelas atau guru-guru subjek hendaklah memastikan semua lampu, kipas
dan pintu kelas masing-masing ditutup kemas.
Halaman 103
Pengurusan Profesional SKape 2021
9. Pergerakan Dari Kelas Ke Bilik-Bilik Khas Atau Sebaliknya Dan Semasa Subjek
Pendidikan Jasmani
9.1. Semua murid mesti berbaris di luar kelas / bilik-bilik khas. Berjalan dengan senyap
dan pantas menuju ke kelas-kelas khas atau kelas sendiri. Guru mesti ada bersama
murid untuk mengawasi pergerakan murid-murid.
9.2. Pada waktu pergerakan antara kelas, semua murid tidak dibenarkan ke tandas / ke
kedai buku / singgah ke tempat-tempat lain kecuali dengan kebenaran guru.
9.3. Ketua Kelas dan Pengawas hendaklah bekerjasama mengawasi disiplin kawan-
kawan mereka.
10. Pakaian semasa Pendidikan Jasmani
10.1. Semua guru dan murid yang terlibat dengan subjek Pendidikan Jasmani
dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap semasa aktiviti dijalankan.
10.2. Untuk tujuan menjimatkan masa dan melancarkan proses pengajaran dan
pemudahcaraan, pakaian sukan dibenarkan dipakai dari rumah KECUALI pada hari
Isnin kerana murid-murid perlu menghadiri perhimpunan rasmi mingguan.
10.3. Pakaian sukan yang lengkap bermaksud :
Murid: Baju dan trek sukan sekolah (tshirt masuk ke dalam seluar bagi murid
lelaki).
Guru: Baju berkolar, seluar trek dan kasut sukan yang sesuai.
Semua murid dan guru boleh memakai pakaian sukan yang lengkap ini
sepanjang hari persekolahan yang berkenaan.
SENARAI TANGGUNGJAWAB
1. Guru Besar
1.1. Bidang Tugas
Menjalankan pengajaran sekurang-kurangnya lapan waktu dalam seminggu.
Menguruskan perkhidmatan perjawatan dan emolumen guru dan bukan guru.
Pengurusan kewangan sekolah.
Melakukan pemantauan dan pencerapan secara berterusan terhadap
pengajaran dan pemudahcaraan guru-guru.
Menilai prestasi guru dan bukan guru sepanjang masa
Mengurus penyusunan jadual waktu sekolah.
Mengurus perjalanan ujian/peperiksaan di peringkat sekolah.
Menguruskan kemasukan/pertukaran murid-murid dan guru-guru.
Menguruskan pelaksanaan aktiviti panitia, persatuan, kelab, unit beruniform,
sukan dan permainan.
Bertanggungjawab terhadap disiplin guru, kakitangan bukan guru dan murid-
murid.
Bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan yang dibuat oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, JPWPKL dan PPDBP.
Bertanggungjawab mengkoordinasikan gerakerja dan aktiviti sekolah dengan
jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan yang terlibat.
Menjalankan tanggungjawab sebagai Penasihat PIBG
Halaman 104
Pengurusan Profesional SKape 2021
2. Penolong Kanan Pentadbiran
GPK Pentadbiran bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu PK Pentadbiran bertanggungjawab bagi
melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran
murid dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat dasar pendidikan
tercapai.
2.1. Bidang tugas
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan
pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
Membantu Guru Besar dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk yang mempunyai sidang petang.
Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pemudahcaraan
di sekolah.
Menyelaras semua aktiviti PIBG.
2.2. Senarai tugas
Kurikulum
➢ Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain
➢ Memastikan pengurusan panitia matapelajaran dijalankan dengan
berkesan.
➢ Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi
pendidikan dan pusat sumber
➢ Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan
➢ Membantu serta membimbing guru-guru pelatih dan guru-guru yang baru
mengajar.
➢ Memastikan program Google Clasroom dan ICT digunakan dengan
berkesan.
➢ Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan
➢ Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan
ujian, peperiksaan dalaman, peperiksaan awam, penilaian, PBD dan
mencadang tindakan susulan.
➢ Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan bimbingan dan
pemulihan.
➢ Menyelaras segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
PPDBP, JPWPKL dan KPM.
➢ Membantu di dalam penentuan bahan pusat sumber dan lain-lain bacaan
serta kesesuaiannya.
➢ Menyusun jadual waktu kelas dan persendirian guru serta menyediakan
jadual waktu gantian.
Halaman 105
Pengurusan Profesional SKape 2021
2.3. Pentadbiran
Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.
Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru
dan kakitangan bukan guru.
Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat
perangkaan.
Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah.
Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
Menyelaras penyeliaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
Menyelaras semua jenis pungutan yuran atau bayaran khas sekolah jika ada.
Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
2.4. Penyelenggaraan Bangunan Sekolah
➢ Merancang pembangunan bangunan sekolah.
➢ Menyelenggara kerosakan yang berlaku pada bangunan dan kawasan
sekolah.
➢ Memohon peruntukan daripada JPWPKL atau pihak-pihak lain untuk
tujuan penyelenggaran atau naik taraf.
➢ Berhubung dengan pihak JKR untuk sebarang masalah berkaitan
mekanikal atau teknikal sekolah.
2.5. Tugas-tugas lain
Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk
mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. PK HEM bertanggungjawab
mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.
3.1. Bidang tugas:
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan PK
Pentadbiran.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal
Ehwal Murid.
Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.
Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
Membantu Guru Besar dalam mengadakan latihan kebakaran dan kegiatan-
kegiatan seumpamanya.
Menyelaras semua aktiviti PIBG.
Halaman 106
Pengurusan Profesional SKape 2021
3.2. Senarai tugas:
Disiplin
➢ Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
➢ Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah
dikuatkuasakan.
➢ Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar
peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
➢ Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
➢ Sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengawas Sekolah.
Bimbingan dan kaunseling
➢ Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan
kaunseling.
➢ Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan
menyediakan laporan yang diperlukan.
➢ Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi
murid-murid baru.
Kesihatan dan kebajikan murid.
➢ Menguruskan kemudahan rawatan murid.
➢ Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan
sempurna seperti menguruskan Kad Kesihatan dan Kad Pemeriksaan Gigi.
➢ Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah dan kedai
buku.
➢ Menyelaras segala akiviti kesihatan dan kebersihan murid.
➢ Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan RMT / PSS dan
KWAPM.
➢ Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di
sekolah sentiasa dilaksanakan.
Skim Pinjaman Buku Teks
➢ Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan
hapuskira.
➢ Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok, dan
mengurus Bilik Operasi SPBT (BOSS).
➢ Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks.
Biasiswa / Baitulmal / KWAPM.
➢ Mengumpul data murid-murid yatim dan miskin.
➢ Menguruskan bantuan untuk murid-murid yatim dan miskin dengan
Baitulmal/ pihak lain yang berkaitan.
➢ Mengawal buku bank dan pengeluaran wang sumbangan.
Halaman 107
Pengurusan Profesional SKape 2021
RMT / PSS
➢ Mengumpul data-data murid yang layak untuk RMT / PSS.
➢ Menguruskan urusan pemakanan dengan pihak kantin.
➢ Memantau dan menyelia makanan dan pemakanan yang sihat disediakan
oleh pihak kantin.
➢ Menguruskan pengagihan susu kepada murid-murid.
➢ Memastikan susu tersebut adalah baik dan terjamin khasiatnya.
Pentadbiran
➢ Mengurus dan mengemaskini rekod Pendaftaran Murid.
➢ Mengurus dan mengemaskini Sistem Maklumat Murid (SMM).
➢ Menyemak kehadiran harian murid sesi pagi secara talian.
➢ Mengurus kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.
➢ Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, surat pengesahan dan pengedaran
sijil-sijil berhenti sekolah.
➢ Melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
➢ Menyemak dan menandatangani Buku Adab Belajar (Ruangan HEM).
➢ Membantu menyediakan Anggaran Belanjawan Sekolah.
Pertandingan 3K
➢ Sebagai Timbalan Pengerusi JK 3K.
➢ Mengurus program berkaitan kebersihan, kesihatan dan keselamatan serta
sentiasa melakukan proses penambahbaikan.
➢ Bekerjasama dengan semua agensi yang berkaitan dengan 3K.
Tugas-tugas lain
➢ Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.
4. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
GPK Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan. PK Kokurikulum bertanggungjawab meningkatkan
penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum.
4.1. Bidang tugas
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, PK
Pentadbiran dan PK Hal Ehwal Murid.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek
Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
Menyelaras semua aktiviti PIBG.
Halaman 108
Pengurusan Profesional SKape 2021
4.2. Senarai tugas
Sukan dan Permainan
➢ Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan.
➢ Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan
➢ Menyelia kegiatan sukan dan permainan
➢ Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam
dan di luar sekolah
Unit Badan Beruniform
➢ Merancang kegiatan Unit Badan Beruniform..
➢ Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan Unit Badan Beruniform.
➢ Menyelia kegiatan Unit Badan Beruniform.
➢ Menyelaras aktiviti-aktiviti Unit Badan Beruniform sekolah di dalam dan di
luar sekolah.
Persatuan dan Kelab / Permainan
➢ Merancang kegiatan persatuan dan kelab / permainan.
➢ Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab /
kermainan.
➢ Menyelia kegiatan kelab / permainan.
➢ Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab / permainan di dalam dan
di luar sekolah.
Kelab Elit
➢ Memilih dan menentukan jurulatih pasukan sekolah
➢ Memilih pasukan sekolah dan pasukan pelapis.
➢ Mengadakan latihan sepanjang tahun.
Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)
➢ Menubuhkan jawatankuasa bersama dengan sekolah kelompok.
➢ Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
➢ Menyedia dan merancang Anggaran Belanjawan Tahunan.
➢ Menjalankan aktiviti yang diputuskan dalam mesyuarat bersama.
➢ Menyediakan dan menghantar laporan secara berkala ke JPWPKL atau
KPM.
Pentadbiran
➢ Menyusun/ menyelaras kokurikulum.
➢ Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan peruntukan kokurikulum.
➢ Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum
telah diambil.
➢ Membantu di dalam segala jenis penerbitan majalah sekolah dalam hal
kokurikulum.
Halaman 109
Pengurusan Profesional SKape 2021
➢ Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.
➢ Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.
➢ Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum
serta meningkatkan tahap pencapaian.
➢ Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
➢ Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang
berhubung dengan kokurikulum.
➢ Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan
kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka:
➢ Mengurus hal-hal keperluan kemudahan, fizikal sekolah dan murid-murid.
➢ Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.
5. Penyelaras Makmal ICT
5.1. Senarai Tugas
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Menyediakan kemahiran ICT guru dan murid.
Merancang ICT sekolah.
Membudayakan ICT sekolah.
Mengurus dan menyelia jadual waktu kelas komputer dan keceriaan makmal
komputer.
Mengadakan pertandingan.
Mewujudkan sistem kawalan terhadap keselamatan penggunaan,
keselamatan diri pelajar dan keselamatan peralatan.
Menyediakan pamplet sekolah bagi setiap unit Kurikulum, HEM, Kokurikulum
dan Pra sekolah.
Menyediakan sebuah CD multimedia persembahan tentang sekolah yang
komprehensif.
6. Guru Media / PSS
7.1 Senarai Tugas
Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber
Sekolah bersama-sama Guru besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru
dan pelajar sekolah.
Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah
bersama AJK Kurikulum sekolah.
Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif,
seimbang dan kemaskini.
Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan
Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pemudahcaraan.
Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan
pembudayaan ilmu.
Halaman 110
Pengurusan Profesional SKape 2021
Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan
program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan
pemudahcaraan berasaskan sumber.
Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan
Negeri/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan
program Pusat Sumber Sekolah.
Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber
Sekolah.
Memantau dan mengawal selia pelaksanaan porgram Pusat Sumber Sekolah.
Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber
Sekolah
Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber
Sekolah Negeri
Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan
Pusat Sumber Sekolah.
Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan,
program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah
Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah
khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG
dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari
masa ke semasa.
Mengurus buku-buku bacaan / rujukan dan alat pandang dengar di Pusat
Sumber.
Mengurus buku stok dan alat bantuan mengajar.
Merangka, merancang, melaksana aktiviti proaktif terhadap Pusat Sumber
seperti TV. Pendidikan, waktu perpustakaan, sistem pulangan dan pinjaman
buku, pertandingan membaca dll.
Meningkatkan keceriaan dan kebersihan Pusat Sumber supaya kondusif untuk
pelanggan.
Mengurus pelantikan pustakawan dan sistem tugasan.
Menganggotai JK Pemulihan Khas.
7. Guru Kelas
7.1. Senarai Tugas
Merekod kedatangan murid ke dalam sistem APDM setiap hari persekolahan
dan mengambil tindakan berkaitan jika berlaku ponteng dan memastikan
rumusan kehadiran bulanan dicetak dan dihantar ke pejabat selewat-lewatnya
dalam minggu pertama setiap bulan persekolahan.
Melantik ketua kelas dan penolong ketua kelas yang berwibawa dan
bertanggungjawab.
Halaman 111
Pengurusan Profesional SKape 2021
Memastikan keceriaan dan kebersihan kelas bagi mewujudkan suasana
kondusif untuk PdPc.
Memainkan peranan sebagai pegawai perhubungan antara pihak sekolah dan
ibu bapa.
Mengadakan dan melengkapkan semua keperluan serta kelengkapan seperti
di senarai semak.
Mengurus SPBT : mengagih, memantau keselamatan buku dan memungut
semula buku SPBT di akhir tahun.
Bertanggungjawab masuk ke kelas pada waktu perhimpunan mingguan jika
perhimpunan bagi minggu berkenaan dibatalkan.
Melengkapkan butiran peribadi murid di buku alamat murid, buku rekod
mengajar, kad kesihatan, APDM dan lain-lain dokumen yang diperlukan.
Memastikan peralatan kelas, peralatan pengajaran dan pemudahcaraan
seperti pen papan putih (marker pen), pemadam, penyapu, bakul sampah dan
skrin LCD (jika ada), dan boleh digunakan.
Memastikan guru-guru subjek menyediakan bahan-bahan untuk ditampal
dengan kemas di papan kenyataan dan sentiasa dikemaskini.
Guru subjek berkenaan mengambil tindakan berkaitan jika carta / pembalutnya
mengalami kerosakan.
Menjaga keselamatan harta benda kelas seperti LCD, lampu, kipas, cermin,
kerusi, meja, almari, skrin, troli dan lain-lain serta melaporkan dengan
SEGERA kepada pentadbir jika berlaku kerosakan, kehilangan dan
sebagainya.
Mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dalam pertandingan
kebersihan kelas.
Mewujudkan JK Papan Kenyataan, JK Sudut Bacaan, JK Sudut Pameran, JK
Kebersihan, JK Alat Bantu Mengajar dan lain-lain di kalangan murid kelas serta
memastikan mereka berfungsi.
Menentukan keselamatan murid-murid di kelas dan harta benda di kelas.
Menganggotai JK Pemulihan Khas.
Bekerjasama dengan guru subjek dan pembantu guru kelas bagi mewujudkan
kelas yang ceria dan kondusif.
Menyemak buku latihan murid.
8. Jawatankuasa Panitia
8.1. Ketua Panitia
Mengadakan mesyuarat dua bulan sekali atau 4 kali setahun dan mengadakan
perjumpaan-perjumpaan “ad-hoc” di mana perlu.
Membantu GPK Pentadbiran menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru
matapelajaran.
Membantu GPK Pentadbiran memperolehi sukatan pelajaran yang kemas kini
untuk kegunaan guru-guru.
Halaman 112
Pengurusan Profesional SKape 2021
Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester
dalam tahun persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru di dalam satu
aliran.
Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku teks atau buku
kerja tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada
kesesuaian buku tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap
kebolehan murid.
Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan
bacaan untuk murid dan kegunaan guru di Pusat Sumber Sekolah.
Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis
penilaian, ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan-
soalan bagi semua aliran darjah.
Mengkaji dan menganalisa keputusan-keputusan penilaian, khususnya PBD,
PPT, PAT dan UPSR serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan
pengajaran dan pemudahcaraan.
Bekerjasama dengan lain-lain Panitia dalam usaha ke arah memajukan murid-
murid lemah.
Menyemak buku latihan murid bagi kelas-kelas ahli panitia apabila diarahkan
oleh Guru Besar.
Menyelenggarakan fail-fail Panitia yang berkenaan dengan semua minit
mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat menyuarat dan rekod-rekod yang
berkaitan.
Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
9. Guru Subjek
9.1. Senarai Tugas
Masuk dan mengajar ke kelas mengikut masa yang ditetapkan.
Memastikan jadual memasuki makmal komputer dan pusat sumber dipatuhi.
Menulis sukatan pelajaran tahunan, mingguan dan harian dalam buku rekod
mengajar.
Mematuhi peraturan penulisan sukatan pelajaran.
Menjalankan ujian penggal, intervensi, diagnostik dan percubaan.
Menyediakan dan merekodkan analisa prestasi murid-murid secara bulanan
(PBD) dan penggal dalam buku rekod mengajar dan SAPS / PBD offline.
Merancangkan, melaksana, memantau dan menilai strategi ke arah
peningkatan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan dan prestasi murid-murid
serta melakukan proses penambahbaikan dari masa ke semasa.
Menyemak latihan buku rampaian, buku kerja dan lampiran kerja setiap hari.
Menghantar buku latihan untuk semakan oleh Guru Besar / GPK apabila
diminta berbuat demikian. Guru hendaklah memastikan buku yang dihantar
telah disemak. Buku tersebut tidak perlu dicop.
Memastikan kerja kelas serta kerja rumah diberi dan diperiksa.
Halaman 113
Pengurusan Profesional SKape 2021
Melapor prestasi / masalah murid-murid kepada ibubapa secara bulanan atau
penggal menggunakan borang khas.
Memastikan aktiviti pembetulan dilaksanakan.
Memastikan pengajaran dan pemudahcaraan berdasarkan perancangan
seperti di dalam buku rekod.
Memastikan ganjaran dan hukuman dijalankan. Hukuman bukan mendera atau
menghina. Hukuman mesti bersifat ke arah pembaikan disiplin dan prestasi
murid-murid.
Mempamerkan tingkahlaku bersopan dan kata-kata yang sesuai terhadap
murid-murid.
Mewujudkan kerjasama erat dengan guru kelas dan guru-guru lain yang
mengajar di kelas yang sama bagi mencari jalan mengatasi masalah
seseorang pelajar.
Menjalankan aktiviti pemulihan di kelas terhadap murid-murid yang lambat /
bermasalah.
Bekerjasama dengan guru kelas bagi mewujudkan kelas yang ceria dan
kondusif
Menganggotai JK Pemulihan Khas
10. Guru Pemulihan Khas
10.1.Senarai Tugas
Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah atau
lambat yang terpilih dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah
diberikan kepada murid-murid Tahun 1, 2 dan 3.
Membantu guru-guru lain dalam hal-hal berikut :
Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah menguasai kemahiran asas 4M.
Merancang dan menyediakan aktiviti serta bahan-bahan pengajaran dan
pemudahcaraan.
Berjumpa dan berbincang dengan sama ada guru subjek, ibu bapa murid,
pegawai perubatan, pegawai kebajikan,atau pihak-pihak lain yang berkenaan
untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid-
murid yang belum menguasai kemahiran asas 4M yang telah dicalonkan untuk
mengikuti program pemulihan khas.
Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas
pemulihan khas dan merekodkan :
• Kemajuan murid
• Latar belakang murid
• Laporan kesihatan
• Hasil-hasil temubual dan rujukan
Menyediakan fail diri setiap murid pemulihan yang mengandungi
• Borang pencalonan
• Borang Latar Belakang Murid Pemulihan
• Borang Pengumpulan Maklumat
• Ujian Saringan dan Diagnostik
Halaman 114
Pengurusan Profesional SKape 2021
• Hasil-hasil penilaian yang dijalankan
• Maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan murid pemulihan
Menjadi setiausaha JK Pemulihan Khas Sekolah
Menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
Guru Pemulihan Khas mempunyai agihan masa seperti berikut :
• Masa untuk mengajar – 990 minit seminggu
• Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu.
Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu.
Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk :
• Membuat rundingan dan persediaan bahan-bahan pengajaran dan
pemudahcaraan .
• Mengemas kini rekod-rekod
• Bimbingan kepada murid.
• Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang
perkembangan murid di kelas biasa.
• Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian
murid.
• Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.
• Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian
kemahiran murid.
Faktor penting dalam pengurusan jadual murid :
• Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas.
• Berpandukan jadual waktu induk sekolah.
• Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
• Catatkan waktu Panduan dan Persediaan.
• Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas di dalam bilik darjah.
• Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan kepada
kelas yang terlibat
• Bekerjasama dengan JK Jadual Waktu.
11. Guru Disiplin
11.1.Senarai Tugas
Bertanggungjawab mengawasi disiplin semua murid dengan dibantu oleh
pengawas-pengawas sekolah.
Bertanggungjawab sebagai Guru Pengawas sekolah dalam memastikan
semua pengawas bertugas.
Bertanggungjawab mencalon pengawas dan Ketua Pengawas.
Membantu Guru Besar dan Penolong Kanan menjalankan sesi temuduga
pemilihan pengawas.
Setiausaha kepada Badan Pengawas Sekolah
Menguruskan kursus kepimpinan dan pelantikan pengawas.
Halaman 115
Pengurusan Profesional SKape 2021
12. Guru Ganti
12.1.Senarai Tugas
Menggantikan guru-guru subjek yang tidak hadir mengikut masa yang
ditetapkan.
Guru ganti yang mempunyai kemahiran untuk subjek dan kelas yang diganti
hendaklah menyambung sukatan semasa bagi kelas yang berkenaan. Jika
sebaliknya, guru hendaklah mengajar berdasarkan kemahiran sedia ada dan
bersesuaian dengan kelas yang diganti.
Mencatat aktiviti yang dijalankan di kelas ganti di dalam Buku Rekod Mengajar.
Memeriksa buku latihan jika ada melibatkan aktiviti latihan semasa kelas ganti.
Mengambil kedatangan murid-murid kelas yang diganti.
13. Guru Bertugas
13.1.Senarai Tugas
Bertugas dari hari Isnin hingga Jumaat / Sabtu (sekolah ganti).
Mengambil tahu tentang masa dan tempoh bertugas seperti yang ditetapkan
mengikut giliran.
Datang tidak lewat daripada 7.15 pagi.
Dua orang guru bertugas balik 15 minit selepas tamat waktu persekolahan
setiap hari. Guru yang bertugas hendaklah bertugas mengikut senarai tugas,
bukannya duduk di dalam bilik guru.
Menjalankan dan mengawasi aktiviti murid seperti membaca atau bercerita
seperti jadual yang ditetapkan.
Bekerjasama dengan guru Panitia BM, BI, Mt, Sc, JK Kelab Nilam dan guru
bimbingan untuk menjalankan aktiviti sebelum perhimpunan bermula dan
waktu rehat mengawasi murid-murid yang terlibat.
Mengelolakan perhimpunan rasmi (Hari Isnin atau hari-hari upacara khas) dan
perhimpunan harian serta menyampaikan pengumuman, termasuk juga
pengawasan disiplin murid dan penyediaan alat pembesar suara.
Guru bertugas hendaklah bertanggungjawab terhadap murid yang mengalami
kemalangan / kecederaan dengan mengambil tindakan yang sewajarnya
dengan segera. Jika keadaan murid itu merbahaya, guru hendaklah membawa
murid mendapatkan rawatan di klinik atau hospital (dengan izin ibu bapa). Jika
sebaliknya murid boleh direhatkan di bilik sakit atau menghubungi ibu bapa /
penjaga untuk dibawa murid pulang. Guru bertugas hendaklah mendapatkan
kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan untuk tindakan ke atas murid. Ibu
bapa perlu dimaklumkan berkaitan dengan masalah kesihatan / kecederaan
dan tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah.
Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan disiplin murid serta mencatatkan
dalam buku laporan bertugas setiap kali berlaku kes-kes salah laku dan
sebagainya.
Membuat lawatan dan pemeriksaan tempat-tempat yang disyaki terdapat
pembiakan nyamuk Aedes serta mengambil tindakan selanjutnya.
Halaman 116
Pengurusan Profesional SKape 2021
Menulis laporan perjalanan sekolah pada tiap-tiap hari sepanjang masa
bertugas di dalam buku laporan harian. Guru bertugas akan menyerahkan
buku laporan kepada PK Pentadbiran pada waktu terakhir setiap minggu untuk
disemak dan ditandatangan.
Laporan hendaklah ditulis pada waktu akhir persekolahan. Laporan yang ditulis
lebih awal atau sebelum sekolah berakhir adalah laporan yang tidak akur dan
tidak dikemaskini.
Menulis laporan khas tentang ucapan Guru Besar atau Penolong Kanan pada
setiap perhimpunan mingguan di dalam buku khas yang disediakan.
Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan barang-barang hilang yang dijumpai.
Membantu guru pengawas / disiplin bagi memastikan pengawas-pengawas
sekolah menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
Memastikan keadaan lalu lintas dalam kawasan sekolah setiap sesi dalam
keadaan teratur dan baik.
Memantau pergerakan masuk dan keluar murid-murid sewaktu datang dan
balik serta memastikan mereka sentiasa berdisiplin dan mematuhi arahan
semasa melalui Laluan Selamat.
Jika pengawal keselamatan tidak ada, guru bertugas adalah
bertanggungjawab terhadap pintu utama masuk / keluar sekolah dan mana-
mana pintu pagar. Pintu hendaklah ditutup ketika sesi persekolahan sedang
berjalan.
Guru bertugas adalah guru disiplin dan mengambil tindakan ke atas murid yang
datang lewat.
14. Guru Data
14.1.Senarai Tugas
Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti
yang ditetapkan oleh Guru Besar.
Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang
diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, JPWPKL, PPDBP dan lain-lain
agensi kerajaan.
• Bertanggungjawab mengurus data aplikasi EMIS iaitu melaksanakan
pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan,
pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah
mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:
I. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar
II. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
III. Staf bukan guru;
IV. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
V. Pendaftaran PTK
VI. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Halaman 117
Pengurusan Profesional SKape 2021
• Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan, pemprosesan,
penyimpanan, pengeluaran, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran
data dan pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM),
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), peperiksaan, asrama,
kokurikulum, dan Buku teks (SISTEKS/ EMATEK).
• Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer, namun bagi
sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT.
Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan
maklumat peringkat sekolah.
Menjadi setiausaha JK Maklumat Sekolah.
Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari
semasa ke semasa.
15. Pegawai Aset
15.1.Senarai Tugas
Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih
Kerajaan iaitu dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan,
penggunaan, pemeriksaan, pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih
Kerajaan;
Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan
pemeriksaan ke atas aset setiap tahun;
Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan
pelupusan aset;
Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori,
Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan
Aset Alih Kerajaan dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan
pada setiap hujung/ awal tahun berikutnya untuk disemak sebelum
dikemukakan kepada
Perbendaharaan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan
mengikut Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
(TOA) bil.5 Tahun 2007.
16. Penyelaras Prasekolah
16.1. Senarai Tugas
Membuat pemilihan murid prasekolah bersama dengan wakil JPWPKL, guru
besar, PK Pentadbiran, PK HEM dan guru prasekolah.
Merekod pendaftaran murid dan serahkan kepada JPWPKL untuk rujukan.
Menyimpan rekod peribadi, rekod profil, senarai semak dan rekod Pentaksiran
dan Perkembangan Murid.
Merancang dan menguruskan Geran Per Kapita Prasekolah
Menyelaraskan penyediaan dan pengurusan pembelian bahan makanan
(bahan mentah dan bahan kering).
Halaman 118
Pengurusan Profesional SKape 2021
Menyediakan menu makanan seimbang prasekolah
Menyedia dan membahagikan tugasan kepada pembantu pengurusan murid
(PPM).
Menyediakan aktiviti dan laporan kelas pendidikan prasekolah
Menyediakan Fail Meja.
Memastikan PdPc mengikut sukatan kurikulum prasekolah.
Menyediakan buku stok barangan, peralatan dan makanan prasekolah.
Menyediakan program dan aktiviti untuk murid prasekolah.
Memastikan pembantu pengurusan murid mendapat suntikan kesihatan.
Menjaga kebajikan guru, pembantu pengurusan murid dan murid prasekolah.
Merancang dan menguruskan penyelenggaraan.
Pengurusan kewangan prasekolah.
Menyediakan sistem fail dengan sistematik.
Waktu bertugas seperti guru kelas normal mengikut waktu yang ditentukan
oleh sekolah.
Waktu PdPc bermula 7.30 pagi – 12.00 tengah hari.
Bermula jam 12.00 tengah hari hingga waktu pulang perlulah digunakan
sebaik-baiknya untuk menulis rancangan pengajaran hari esok, membuat
ABM, mengadakan mesyuarat atau perbincangan mengenai keperluan
pendidikan prasekolah.
Melibatkan diri dalam semua aktiviti prasekolah di peringkat sekolah, JPWPKL
atau KPM.
Membuat penilaian terhadap murid.
Melaksanakan tugasan dan arahan pihak sekolah, JPWPKL dan KPM.
Menyediakan dan melaksanakan rekod peribadi, rekod profil, senarai semak
dan rekod Pentaksiran dan Perkembangan Murid.
Menjadi AJK induk sekolah yang ditetapkan oleh pihak pentadbir.
Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian.
Merancang dan melaksana program prasekolah
• Program Keibubapaan
• Program Lawatan
• Program Karnival
• Program Sukan
• Program Hari Keluarga
Mengemaskini stok.
Merancang dan menyediakan menu.
Memastikan keceriaan luar dan dalam kelas.
Halaman 119
Pengurusan Profesional SKape 2021
17. Pembantu Pengurusan Murid PraSekolah
17.1. Senarai Tugas
Membantu guru Prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas
Prasekolah.
Merekod pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan
Prasekolah.
Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan mengembirakan
bagi merangsang bimbingan dan asuhan.
Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang
sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid
Prasekolah.
Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain
sebelum kelas bermula seperti menyapu, mengunci kelas dan menjaga
kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang yang lain.
Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan
pengajaran di dalam kelas.
Membantu guru Prasekolah dalam penyediaan bahan pengajaran dan
pemudahcaraan prasekolah.
Membantu guru menyediakan bahan–bahan bercetak yang berkaitan dengan
Prasekolah.
Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kewangan Prasekolah.
17.2. Sebelum Kelas (Setiap Hari)
Melayani kerenah murid-murid Prasekolah dan menolong memastikan murid-
murid sentiasa berkeadaan bersih.
Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan
murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-
murid berkenaan berada di bawah jagaannya.
Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas Prasekolah.
Membuat persiapan bagi penyediaan makanan dan minuman murid-murid
Prasekolah
17.3. Semasa Kelas (Setiap Hari)
Melayani kerenah murid-murid Prasekolah dan menolong memastikan murid-
murid sentiasa berkeadaan bersih.
Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan
murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-
murid berkenaan berada di bawah jagaannya.
Halaman 120
Pengurusan Profesional SKape 2021
Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan
diri secara aktif.
Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari
segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat
dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu
memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
Membantu guru Prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan
prasekolah di dalam dan di luar kelas.
Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru
Prasekolah.
Membantu mewujudkan dan meransang naluri ingin tahu, minat untuk
meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah
supaya bersedia untuk belajar.
Menerima bimbingan dan arahan guru Prasekolah.
Membantu mengelolakan Hari Terbuka, Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Sukan
Tahunan, Lawatan, Ceramah dan sebagainya untuk murid-murid Prasekolah.
17.4. Selepas Kelas (Setiap Hari)
Memastikan murid-murid keluar kelas di dalam keadaan selamat.
Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan,
peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais, dan sebagainya.
Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan
pengajaran di dalam kelas.
Mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain selepas kelas
seperti menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan
ruang-ruang lain.
Membantu guru Prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas
Prasekolah.
Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
Melaksanakan tugas dalam urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan
Prasekolah.
Membantu guru Prasekolah dalam penyediaan bahan pengajaran dan
pemudahcaraan Prasekolah.
Membantu guru menyediakan bahan-bahan bercetak yang berkaitan dengan
Prasekolah.
Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga
murid bagi murid-murid yang bermasalah.
Membantu mengelolakan Hari Terbuka, Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Sukan
Tahunan, Lawatan, Ceramah dan sebagainya untuk murid-murid Prasekolah.
Halaman 121
Pengurusan Profesional SKape 2021
Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan
dengan kewangan Prasekolah.
Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk Prasekolah.
17.5. Semasa Cuti Persekolahan
Merekodkan pembelian bahan dan peralatan Prasekolah.
Membantu guru Prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas
Prasekolah.
Melaksanakan tugas dalam urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan
Prasekolah.
Membantu guru Prasekolah di dalam penyediaan bahan pengajaran dan
pemudahcaraan Prasekolah.
Membantu guru menyediakan bahan–bahan bercetak yang berkaitan dengan
Prasekolah.
Membantu guru Prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan
Prasekolah di dalam dan di luar kelas.
Membantu guru merancang persediaan bagi Hari Terbuka, Majlis Perjumpaan
Ibu Bapa, sukan Tahunan, Lawatan, Ceramah dan sebagainya untuk murid-
murid Prasekolah.
Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi
mendapatkan maklumat berkaitan Prasekolah
Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kewangan Prasekolah.
Menghadiri kursus / bengkel / mesyuarat yang diarahkan oleh pihak atasan dari
semasa ke semasa.
Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Guru Besar
dan JPWPKL.
Halaman 122
Pengurusan Profesional SKape 2021
PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID
1. Merujuk perkara tersebut di atas, guru-guru diminta mengenalpasti sebab-sebab
mengapa pelajar tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Kadang-kadang pelajar
tidak hadir tanpa pengetahuan ibubapa / penjaga. Justeru itu pihak sekolah
bertanggungjawab untuk menghubungi mereka secara bertulis / atau melalui telefon (
dengan catatan panggilan itu di dalam Buku Kedatangan )
2. Guru-guru diminta mengambil langkah-langkah berikut sekiranya pelajar tidak hadir:
i. Memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat
ibubapa / penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu
tidak hadir.Pelajar yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor
dikehendaki membawa ibubapa / penjaga bersama-sama datang berjumpa
dengan Guru Besar ( kecuali ada bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran pelajar
itu ada sebab-sebab munasabah yang kuat). Sila tanda (S) sekiranya ada surat
dan (P) jika tidak memberi surat sebelum hujung minggu.
ii. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang
belum datang ke sekolah selama tiga (3) hari, atau pada hari kelima pelajar tidak
hadir sekiranya pelajar telah tidak hadir ke sekolah (P) selama sepuluh hari
bukan secara berturut-turut tanpa surat.
iii. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar BERDAFTAR ( sila catat BERDAFTAR
pada sampul surat jika pelajar belum datang atau belum menghubungi sekolah
7 hari selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar
juga sekiranya pelajar telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-
turut.
iv. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKUAN
PENERIMA sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran
Kedua.Sila gunakan surat Amaran Kedua tetapi tukarkan ‘kedua’ ke ‘terakhir’
dan garis anak tuan / puan akan dibuang sekolah dengan dakwat merah.Sila
hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari
bukan secara berturut-turut.Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran
Surat Amaran Terakhir atau selepas 20 hari ditandai (P), pelajar boleh dibuang
sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibubapa / penjaga pelajar telah
dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Pelajar tidak boleh
diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Guru Besar.
3. Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat.Guru-guru diminta mengisi surat ini
di pejabat dan memastikan penghantarannya.
4. semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruaang berkenaan pada
tarikh Surat amaran dihantar dengan catatan AP: Amaran Pertama, AK: Amaran
Kedua, AT : Amaran Terakhir dan BS:Buang Sekolah dalam Buku Kedatangan untuk
rujukan seterusnya.
Halaman 123
Pengurusan Profesional SKape 2021
PROSEDUR TINDAKAN SALAH LAKU MURID (PONTENG)
PONTENG SEKOLAH BERTERUSAN 31 HARI
LANGKAH PROSEDUR TINDAKAN
Guru Kelas
1 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 3 hari
berturut-turut. Guru Kelas
2 Surat amaran pertama dikeluarkan / diberikan kepada Kaunselor
ibubapa.
Guru Kelas
3 Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling. Guru Kelas
4 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 7 hari Kaunselor
selepas amaran pertama dikeluarkan / diberikan. Guru Kelas
5 Surat amaran kedua dikeluarkan / diberikan kepada Guru Kelas.
ibubapa.
Kaunselor
6. Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling. -Guru Kelas
- PK HEM
7 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 7 hari -Guru Besar
selepas amaran kedua dikeluarkan / diberikan
Surat amaran ketiga dikeluarkan / diberikan kepada
8 ibubapa. Ibubapa dipanggil untuk pemakluman tindakan
seterusnya.
9 Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.
Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 14 hari
10 selepas amaranketiga dikeluarkan / diberikan .Ibubapa
dipanggil untuk tindakan buang sekolah.
PONTENG SEKOLAH BERKALA (60 HARI)
LANGKAH PROSEDUR TINDAKAN
Guru Kelas
1 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 10 hari Guru Kelas
berturut-turut. Kaunselor
2 Surat amaran pertama dikeluarkan / diberikan kepada Guru Kelas
ibubapa. Guru Kelas
Kaunselor
3 Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.
4 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 10 hari
selepas amaran pertama dikeluarkan / diberikan.
5 Surat amaran kedua dikeluarkan / diberikan kepada
ibubapa.
6. Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.
Halaman 124
Pengurusan Profesional SKape 2021
7 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 20 hari Guru Kelas
selepas amaran kedua dikeluarkan / diberikan.
Surat amaran ketiga dikeluarkan / diberikan kepada
8 ibubapa. Ibubapa dipanggil untuk pemakluman tindakan Guru Kelas.
seterusnya.
9 Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling. Kaunselor
Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 20 hari -Guru Kelas
10 selepas amaran ketiga dikeluarkan / diberikan .Ibubapa -PK HEM
dipanggil untuk tindakan buang sekolah. -Guru Besar
PONTENG KELAS
LANGKAH PROSES TINDAKAN
1 Aduan diterima daripada guru mata pelajaran atau lain-lain Guru Subjek
sumber.
2 Siasatan dijalankan dan bagi mencari bukti atau saksi. PK HEM
Guru Disiplin
3 Sekiranya ada asas kes diteruskan, jika tidak kes gugur. PK HEM
Guru Disiplin
4 Jika ada kes, Lembaga Disiplin akan memanggil pelajar untuk PK HEM
membuat pembelaan diri. Guru Disiplin
5 Kes sahih, hukuman dan tindakan akan diambil oleh Guru Besar Guru Besar
atau guru yang diberi kuasa. Guru yang
diberi kuasa
6 Jika melakukan kesalahan kali kedua maka sesi kaunselingperlu Guru
dibuat. Kaunseling
7. Pendokumentasian – Fail / SSDM / Surat kepada penjaga. PK HEM
Guru Disiplin
8 Selesai Selesai
Halaman 125
Pengurusan Profesional SKape 2021
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN
MENGIKUT JENIS KESALAHAN
KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darajah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah
tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa
kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.
10. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
11. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
12. Makan atau minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air / elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.
18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan.
22. Mengganggu kawasan.
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk kelas.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat.
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
BIL JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN BIDANG KUASA
1 * Kesalahan Ringan Diberi amaran dan Guru Besar / PK HEM /
kaunseling. Kaunselor / Guru
Halaman 126
Pengurusan Profesional SKape 2021
KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan
10. daripada satu, pada satu cuping telinga.
11. Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini.
BIL JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN BIDANG KUASA
2 **Kesalahan Rotan di tapak tangan Guru Besar / PK HEM
Sederhana dengan menggunakan / Kaunselor / Guru
rotan ringan ( maksima yang diberi kuasa.
3 kali sebatan )
KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam dadah.
3. Membawa, menyimpan, atau mengedar bahan tembakau.
4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.
5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melawan, mengancam, memukul, menggugur atau mencederakan guru /
pengawas / murid.
7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli ( pelacoan ), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah
atau pita rakaman dan bahan multimedia terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
Halaman 127
Pengurusan Profesional SKape 2021
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan
lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu pengajaran dan pembelajara peperiksaan dan ujian.
27. Menganjurkan atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
28. Menganjurkan atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran
pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau
berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua / atau guru yang
menjalankan tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamirkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
BIL JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN BIDANG KUASA
Rotan di punggung dengan
3 *** Kesalahan Berat dilapik pakaian dengan Guru Besar / Guru
menggunakan rotan ringan yang diberi kuasa.
(maksima 3 kali sebatan )
Halaman 128
Pengurusan Profesional SKape 2021
Halaman 129