SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Intervensi
PSIKOMETRIK
PANDUAN PEMILIHAN KERJAYA
BERDASARKAN
SKOR KEPUTUSAN IKep
&
PANDUAN PEMILIHAN IPTA/IPTS
BERDASARKAN
KERJAYA PILIHAN MURID
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK CONVENT BM
Sekapur Sireh Seulas Pinang
Balkis Bt Kader Bawa
Guru Besar
SK Convent Bukit Mertajam
Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia,
Dipanjatkan kesyukuran kepada Maha Besar Allah SWT, dengan
izin-Nya, Panduan Pemilihan Kerjaya Berdasarkan Skor Tertinggi Keputusan IKeP
Tahun 6 dan Hala Tuju ke IPTA/IPTS yang bersesuaian dapat direalisasikan dengan
jayanya.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Convent Bukit Mertajam, Puan Farahiyah Bt Jaafar
dan AJK Kelab Kerjaya 2020 SK Convent Bukit Mertajam, Puan Norazlia binti
Zakaria yang telah membantu penerbitan buku panduan ini.
Dedikasi ini merupakan satu inspirasi warga pendidik khususnya
guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang telah melaksanakan Pentaksiran
Psikometrik di sekolah. Buku panduan ini menyentuh beberapa kecerdasan berdasarkan
kemahiran khusus dalam menentukan pemilihan kerjaya murid berdasarkan skor
tertinggi murid dalam keputusan IKeP yang diambil.
Harapan pihak sekolah agar buku panduan ini dapat dimanfaatkan
dan digunalan sebagai satu aktiviti intervensi yang bersesuaian bagi melahirkan murid
yang seimbang dan holistik serta kemenjadian murid dapat ditingkatkan.
INTERVENSI
PSIKOMETRIK
Panduan Pemilihan
kerjaya
berdasarkan skor
keputusan IKep
&
Hala tuju ke
IPTA/IPTS
yang bersesuaian
Pendahuluan
Panduan Modul Intervensi Pentaksiran Psikometrik menjelaskan tentang Inventori
Kecerdasan Pelbagai yang dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa
(GBKSM) atau guru bimbingan lantikan sekolah bagi tahun enam dan tingkatan tiga.
IKP/IKeP mempunyai Sembilan konstruk yang dapat mengukur kecenderungan dan minat
murid. IKP/IKeP juga menggambarkan potensi diri seseorang murid untuk menceburi bidang
pembelajaran, aliran atau pekerjaan pada masa akan datang. Dalam bidang persekolahan, ujian
ini digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal
kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya.
Objektif
.Murid-murid menyedari potensi diri dan kepelbagaian kecerdasannya secara lebih sistematik
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
.Murid-murid dapat membina keyakinan diri dan saling menghormati melalui penerimaan
persamaan dan perbezaan setiap individu.
.Kecerdasan murid dapat ditingkatkan dan diperkembangkan dengan galakan, pengayaan dan
pengajaran yang sesuai.
Matlamat
Murid lebih mengetahui potensi dan kecenderungan diri dengan lebih mendalam berdasarkan
kebolehan, minat dan keupayaan murid. Disamping itu juga, murid dapat memahami kekuatan
dan kelemahan diri yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran
dan pertumbuhan peribadi murid.
Sasaran
Kumpulan sasaran boleh terdiri daripada:
.Murid yang mendapat skor yang rendah dalam satu-satu konstruk atau merentasi kesembilan
kontruk atau;
.Murid yang mendapat skor yang sederhana dalam satu-satu konstruk atau merentasi
kesembilan konstruk atau;
.Murid yang tidak yakin dengan dapatan skor atau;
.Murid yang perlukan panduan yang lebih mendalam daripada dapatan skor atau;
.Murid yang mendapat skor dapatan tidak kongruen dengan penampilan diri (akademik dan
perwatakan) di sekolah.
NATURALIS
Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi flora, fauna dan
galian.
Kemahiran: klasifikasi, menghubungkait, membuat pemerhatian,
membuat kesimpulan.
Pekerjaan:
Ahli antropologi
Ahli zoologi
Ahli astronomi
Ahli botani
Ahli biologi
Pelatih haiwan
Pekebun
Renjer hutan
Pendaki hutan
Ahli geologi
Ahli meteorology
Jurugambar alam
Veterinari
INTRAPERSONAL
Kebolehan untuk membuat penilaian kendiri dan mengawal diri dan
membuat pertimbangan kendiri dari segi kelemahan dan kekuatan
yang ada.
Kemahiran: memantau pemikiran, mengawal pemikiran, tindakan
dan emosi, berdikari, memberi nasihat.
Pekerjaan:
Ahli falsafah
Pelakon
Pelukis
Kaunselor kerjaya
Konsultan
Pakar jenayah
Kaunselor
Usahawan
Ahli psikik
Ahli psikologi
Perancang program
Pengkaji/penyelidik
Kaunselor spiritual/agama
Ahli terapi
Penulis
Perunding kesihatan
INTERPERSONAL
Kebolehan individu berkomunikasi, menjalin hubungan dan
membina kepercayaan orang lain.
Kemahiran: Sensitif dan interpretasi emosi, manipulasi,
komunikasi, motivasi, penilaian orang lain.
Pekerjaan:
Pelakon
Pentadbir
Pakar runding konflik
Pengurus komunikasi
Khidmat pelanggan
Pengurus sumber manusia
Jururawat
Ahli psikologi
Ahli politik
Ahli agama
Jurujual
Pekerja social
Guru
Perunding
Pakar motivasi
Pegawai diplomatic
Konsultan pelancong
Pegawai perhubungan awam
Pelayan
MUZIK
Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam
paten, membezakan bunyi dan melodi.
Kemahiran: Menyanyi, menggubah, memahami struktur bunyi.
Pekerjaan:
Pakar audiologi
Konduktor muzik
Ahli muzik
Penggubah muzik
Penggubah lagu
Pengarah orchestra
Ahli patologi pertuturan
Penulis lagu
Guru muzik
Penyanyi
Penyunting suara
Pengkritik muzik
VISUAL RUANG
Kebolehan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten (corak).
Kemahiran: membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar,
melukis, menterjemah imej secara visual.
Pekerjaan:
Pakar simulasi dan model 3D
Arkitek
Pelukis
Pengaturcara computer
Jurutera
Animasi grafik
Pereka dalaman
Ahli fotografi
Mekanik
Pemandu arah
Pemandu pelancong
Pelumba motor
Juruterbang
Ahli pelayaran
Angkasawan
Pengarea/pengukir
Pereka pakaian
Perancang strategic
Kartunis
Webmaster
LOGIK MATEMATIK
Kebolehan menaakul secara deduktif dan induktif secara
konseptual dan abstrak.
Kemahiran: Membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensistesis, mengira, menye;esaikan masalah secara matematik.
Pekerjaan:
Akauntan
Juru audit
Aktuaris
Analisis computer
Juruteknik computer
Pereka database
Detektif
Pakar ekonomi
Jurutera
Peguam
Ahli matematik
Pakar analisis network
Ahli farmasi
Doktor
Penyelidik
Ahli sains
Ahli statistik
VERBAL LINGUISTIK
Kebolehan menggunakan Bahasa dengan efektif sama ada secara
lisan atau bertulis.
Kemahiran: mendengar, bercerita, menulis, bercakap, menerang,
mengingat maklumat dan memahami perkataan.
Pekerjaan:
Ahli komedi
Peguam
Kurator
Editor
Ahli sejarah
Wartawan/ journalis
Pustakawan
Perunding pemasaran
Pemberita
Penyair
Ahli politik
Penggubah lagu
Patologi pertuturan
Juruacara talk show
Guru
Penulis
Penterjemah
Verbal linguistik
Pengarang
Pensyarah
Penyunting
Penulis skrip
Novelis
KINESTATIK
Kebolehan menggunakan anggota badan untuk berkomunikasi dan
menginterpretasi.
Kamahiran: Manipulasi objek fizikal, mengimbangi pergerakan
fizikal.
Pekerjaan:
Ahli sukan/ atlit
Tukang kayu
Pereka permainan computer
Tukang kraf
Penari
Doktor sukan
Ahli bomba
Renjer hutan
Mekanik
Jurulatih sukan
Guru Pendidikan jasmani
Ahli terapi fizikal
Pakar rekreasi
Pakar bedah
EKSISTENSIAL
Kebolehan untuk memahami dan menimbangtara perkara-perkara
berunsur falsafah yang berkaitan dengan kewujudan Tuhan dan fitrah
makhluk.
Kemahiran: Mengawal diri, membuat perkaitan, motivasi,
berdikari, meringkaskan maklumat.
Pekerjaan:
Imam
Pemimpin
Ahli agama
Ahli falsafah
Ahli teologi
INTERVENSI
PSIKOMETRIK
Panduan pemilihan
IPTA/IPTS
berdasarkan kerjaya pilihan
murid
JURUTERA
Universiti Malaya (UM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
MUZIK
Universiti Malaya (UM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Sunway University
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Limkokwing University of Creative Technology
Management and Science University (MSU)
SENI VISUAL (LUKISAN)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
JURURAWAT
Kolej Universiti Islam Melaka
Universiti Sains Malaysia (USM)
Management and Science University (MSU)
SAINS SUKAN
Universiti Malaya (UM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
TERAPI & SPA
Management and Science University (MSU)
AHLI METEOROLOGI
Universiti Malaya (UM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Sains Malaysia (USM)
REKA BENTUK DALAMAN
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Kolej Kemahiran Mara
FESYEN
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Limkokwing University of Creative Technology
Universiti Selangor (UNISEL)
FOTOGRAFI
Management and Science University (MSU)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Limkokwing University of Creative Technology
Universiti Selangor (UNISEL)
SAINS POLITIK
Universiti Malaya (UM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
DANDANAN RAMBUT
Kolej Komuniti
Institut Kemahiran Mara (IKM)
Giat Mara
KAUNSELING & PSIKOLOGI
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
PENGURUSAN PERNIAGAAN
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
ASTRONOMI
Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
DETEKTIF/ PENYIASAT (oversea)
Texas State University
Ohio University
Miami University
Idaho State University
Florida State University
Washington State University
City University of Seattle
UNDANG-UNDANG (PEGUAM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
PERAKAUNAN
Universiti Malaya (UM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Malaya (UM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Taylor’s University
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Multimedia University (MMU)
Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU)
Politeknik: Ungku Omar, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Idris Shah,
Mersing, Balik Pulau
CATATAN