The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Book MALAYAN UNION 1946 oleh Kumpulan 7

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muizzuddin Razak, 2022-11-19 15:12:07

MALAYAN UNION 1946 - K7

E-Book MALAYAN UNION 1946 oleh Kumpulan 7

MALAYAN UNION
1946

2022 SESI 1
KUMPULAN 7
ALIF NAUFAL BIN MOHD NOH (23DLS22F1038) | AHMAD NAZRUL BIN AHMAD NASOHA (23DLS22F1030) | MUIZZUDDIN BIN RAZAK (23DLS22F1078)

MALAYAN UNION 1946 ISI KANDUNGAN

1. APA ITU MALAYAN UNION? 3
2. MENGAPA MALAYAN UNION DITUBUHKAN? 5
3. LATAR BELAKANG MALAYAN UNION 7
4. CIRI-CIRI MALAYAN UNION 9
5. USAHA BRITISH DALAM MENDAPATKAN
12
TANDATANGAN SULTAN
6. REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP 16
22
MALAYAN UNION 24
7. PERISTIWA SELANJUTNYA 25
8. PENUTUP
9. SUMBER RUJUKAN

2

APA ITU
MALAYAN UNION?

3

APA ITU MALAYAN UNION?MALAYAN UNION 1946

Malayan Union merupakan satu bentuk
pentadbiran untuk Tanah Melayu.
Pentadbiran ini menggabungkan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
4 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,
Pulau Pinang, dan Melaka.

MENGAPA
MALAYAN UNION

DITUBUHKAN?

5

MALAYAN UNION 1946 MENGAPA MALAYAN UNION
DITUBUHKAN?

• Untuk menggantikan British Military
Administration (BMA)

• Untuk melicinkan sistem pentadbiran
• Untuk meningkatkan pelaburan

ekonomi
• Untuk mengukuhkan pertahanan
• Untuk mengekalkan orang asing
6 sebagai sumber tenaga kerja

LATAR BELAKANG
MALAYAN UNION

7

MALAYAN UNION 1946 LATAR BELAKANG
MALAYAN UNION

1 23

Dirangka oleh Mejar Setiausaha Tanah Rancangan Malayan
Jeneral Ralph Hone, Jajahan British, Union yang
Ketua Unit Perancang George Henry Hall diisytiharkan dalam
Tanah Melayu membentangkan Warta Kerajaan
rancangan ini di dikenali sebagai
Parlimen British pada Kertas Putih 6274
10 Oktober 1945

8

CIRI-CIRI
MALAYAN UNION

9

MALAYAN UNION 1946 DARI SEGI
PENTADBIRAN
CIRI-CIRI
MALAYAN • Menyatukan semua negeri di Tanah
UNION Melayu kecuali Singapura di bawah satu
pentadbiran iaitu Negeri-negeri Melayu
10 Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Negeri-negeri Selat

• Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja dan
mereka hanya membincangkan soal
agama Islam dan adat istiadat Melayu

• Malayan Union diketuai oleh Gabenor
British yang dilantik oleh Raja England

• Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan
Malayan Union dibentuk di bawah kawalan
Pesuruhjaya Tinggi British

• Gabenor berkuasa sepenuhnya melulus
atau membatalkan sesuatu undang-
undang

DARI SEGI MALAYAN UNION 1946
KEWARGANEGARAAN
CIRI-CIRI
• Kewarganegaraan melalui prinsip jus soli MALAYAN
UNION
• Rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu
dan Singapura diiktiraf sebagai warga
Malayan Union

• Rakyat yang berumur 18 tahun dan ke
atas serta bermastautin selama 10 tahun
hingga 15 tahun akan diberikan
kewarganegaraan

• Rakyat yang berumur kurang daripada 18
tahun yang ibu bapanya merupakan
warganegara diberikan kewarganegaraan

11

USAHA BRITISH DALAM
MENDAPATKAN

TANDATANGAN SULTAN

12

USAHA BRITISH DALAM H.C. WILLAN MALAYAN UNION 1946
MENDAPATKAN
TANDATANGAN SULTAN Merupakan Timbalan Ketua Pegawai Hal
Ehwal Awam Malaya. Tugas beliau ialah
Untuk menubuhkan Malayan Union, British meninjau sokongan Raja-raja Melayu
perlu mendapatkan tandatangan sultan- terhadap British. Tugasnya bermula dari 8
sultan sebagai tanda setuju dengan September 1945 hingga 29 September 1945.
penubuhan Malayan Union. Tinjauan ini telah memudahkan tugas
MacMichael.
Terdapat dua orang utama yang terlibat
dalam proses ini. H.C. Willan dan Sir Harold SIR HAROLD MACMICHAEL
MacMichael.
Merupakan wakil kerajaan British untuk
mendapatkan tandatangan sultan. Beliau tiba 13
di Tanah Melayu pada 11 Oktober 1945.
Beliau ditemani oleh A.T. Newboult sebagai
jurubahasa. Sembilan sultan telah
menandatangani persetujuan dalam tempoh
dua bulan.

MALAYAN UNION 1946 18 OKTOBER 31 OKTOBER 22 NOVEMBER
1945 1945 1945

Sir Harold MacMichael Telah menghadap sultan Telah menghadap sultan
telah menghadap sultan Pahang, Sultan Abu Perak, Sultan Abdul Aziz
Johor, Sultan Ibrahim Bakar Ri'ayatuddin Al- Almustasim Billah Shah ibni
ibni Almarhum Sultan Mu'adzam Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa.
Abu Bakar. Tandatangan Almarhum Sultan Tandatangan diturunkan.
telah diturunkan pada Abdullah Al-Mu'tasim
20 Oktober 1945. Billah. Ditandatangani
pada 2 November.

24 OKTOBER 14 NOVEMBER
1945 1945

Sultan Selangor, Sultan Telah menghadap Yang
Hisamuddin Alam Shah di-Pertuan Besar Negeri
ibni Almarhum Sultan Sembilan Tuanku Abdul
Alauddin Sulaiman Shah Rahman ibni Almarhum
telah menurunkan Tuanku Muhammad dan
tandatangan. empat orang Undang.
Tandatangan telah
14 KRONOLOGI diturunkan.

4 DISEMBER 21 DISEMBER MALAYAN UNION 1946
1945 1945

Raja Perlis, Tuanku Syed Telah menghadap sultan
Putra Jamalullail ibni Terengganu, Sultan Ismail
Almarhum Syed Hassan Nasiruddin Shah ibni
Jamalullail telah menurunkan Almarhum Sultan Zainal
tandatangan setelah didesak. Abidin. Tandatangan
diturunkan walaupun
baginda enggan pada
mulanya.

29 NOVEMBER 15 DISEMBER
1945 1945

Telah menghadap sultan Kedah, Sultan Telah menghadap sultan Kelantan, Sultan Ibrahim ibni Almarhum
Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Sultan Muhammad IV.
Hamid Halim Shah. Meraka telah
berdebat mengenai persetujuan ini. Beliau mengugut untuk tidak mengiktiraf Raja-raja Melayu yang
Namun, pada 2 Disember 1945, enggan menurunkan tandatangan. Baginda sultan terpaksa
tandatangan diturunkan. beralah dan bersetuju menandatangani perjanjian tersebut pada
17 Disember 1945.
15
KRONOLOGI

REAKSI PENDUDUK
TEMPATAN TERHADAP

MALAYAN UNION

16

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN MALAYAN UNION 1946
TERHADAP MALAYAN UNION

Oleh kerana Willan dan MacMichael menggunakan desakan
dan paksaan untuk mendapatkan persetujuan, pelbagai
pihak telah menyuarakan rasa tidak setuju dengan cara
yang digunakan. Berita Malayan Union telah mencetuskan
kesedaran nasionalisme. Kesannya, pihak-pihak ini
menentang Malayan Union dengan pelbagai cara.

Malayan Union juga menukarkan status Tanah Melayu
kepada tanah jajahan.

Penentangan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu
penentangan Raja-raja Melayu dan rakyat Melayu.

17

MALAYAN UNION 1946 PENENTANGAN RAJA-RAJA
TERHADAP MALAYAN UNION

MEMBAWA KES MALAYAN UNION MENGHANTAR SURAT BANTAHAN
KE MAHKAMAH TINGGI ENGLAND KE LONDON

• Pada April 1946, Raja-raja Melayu • Sultan Kedah, Perak dan Johor telah
telah bersidang di Istana Iskandariah, mengutus surat bantahan kepada
Kuala Kangsar. George Henry Hall mendakwa baginda
telah diperdaya oleh MacMichael.
• Telah diputuskan bahawa bantahan
dikemukakan melalui Mahkamah • Beberapa Raja lain telah mendakwa
Tinggi England. diugut supaya menandatangani
persetujuan.
• Menurut sistem perundangan British,
MacMichael telah mendapatkan • Raja-raja Melayu memohon British
persetujuan dengan cara yang tidak memensuhkan persetujuan itu.
sah.
• Tuanku Syed Putra juga mengirimkan
18 telegram kepada British.

PENENTANGAN RAJA-RAJA MALAYAN UNION 1946
TERHADAP MALAYAN UNION

MENYOKONG KONGRES MELAYU MEMULAUKAN UPACARA
PELANTIKAN GABENOR MALAYAN
• Raja-raja Melayu menyokong Kongres
Melayu yang diadakan untuk menolak UNION
Malayan Union.
• Raja-raja Melayu memulaukan
• Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni upacara ini setelah berjumpa dengan
Almarhum Sultan Alauddin Suliaiman Dato’ Onn Jaafar di Hotel Station.
Shah telah menderma sebanyak
$15 ribu kepada Persatuan Melayu • Beliau telah mempersembahkan
Selangor. resolusi Kongres Melayu, iaitu
memohon Raja-raja Melayu supaya
• Baginda juga merasmikan pembukaan seiring dengan rakyat memboikot
kongres ini. upacara ini.

19

MALAYAN UNION 1946 PENENTANGAN RAKYAT
TERHADAP MALAYAN UNION

BANTAHAN AKHBAR MELAYU BANTAHAN CENDIKIAWAN

• Akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis • Antara tokoh pentadbir Melayu seperti
dan Warta Negara telah mengecam Dato’ Onn Jaafar, Wan Md Yussuf dan
dan mengutuk Malayan Union kerana Dato’ Hamzah Abdullah telah
merugikan orang Melayu. menggerakkan orang Melayu
menentang Malayan Union dengan
• Mereka sentiasa melaporkan pelbagai strategi.
perkembangan tentang penentangan
terhadap Malayan Union. • Turut wujud bantahan daripada tokoh
wanita seperti Datin Puteh Mariah,
• Mereka menyeru orang Melayu Halimahton Abd Majid dan Cikgu
mengadakan perhimpunan Zaharah Abdullah yang merupakan
besar-besaran untuk menolak benteng hadapan menentang Malayan
Malayan Union. Union

20

PENENTANGAN RAKYAT MALAYAN UNION 1946
TERHADAP MALAYAN UNION

BANTAHAN PERSATUAN MELAYU MENGADAKAN KONGRES MELAYU

• Persatuan Melayu seperti Syarikat • Za’ba, Yang Dipertua Persatuan
Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Melayu Selangor, telah menghubungi
Persatuan Melayu Kedah dan Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul
Persatuan Melayu Selangor berjaya Rahman untuk menubuhkan sebuah
menghimpunkan seluruh negara dan badan induk untuk menentang
untuk membantah Malayan Union. Malayan Union.

• Pertubuhan Melayu ditubuhkan atau • Kongres Melayu diadakan dari 1
diaktifkan semula dan menjadi hingga 4 Mac 1946. Kongres ini
penggerak menganjurkan rapat bersetuju untuk menubuhkan United
umum bagi membantah Tindakan Malays National Organisasion atau
MacMichael. lebih dikenali sebagai UMNO.

21 21

PERISTIWA
SELANJUTNYA

22

PERISTIWA SELANJUTNYA MALAYAN UNION 1946

• Orang Melayu, Raja-raja Melayu, cendikiawan Melayu dan UMNO telah berganding bahu menentang
Malayan Union. Ini kerana gagasan ini memberikan kesan buruk kepada Raja-raja Melayu dan orang
Melayu.

• Kesungguhan orang Melayu membantah Malayan Union telah disaksikan oleh Ahli Parlimen British,
Gammans dan Rees Williams. Mereka telah melaporkan hal ini kepada Dewan Parlimen British.

• Gammans berpendapat bahawa huru-hara akan timbul sekiranya Malayan Union diteruskan.

• Persedian untuk menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dijalankan melalui rundingan
antara Raja-raja Melayu, UMNO dan British bagi menggantikan perjanjian Malayan Union.

• Pada 1 Februari 1946, Persekutuan Tanah Melayu Berjaya ditubuhkan secara rasmi.

23

Gammans

KESIMPULANMALAYAN UNION 1946

Malayan Union merupakan salah satu helah
British dalam menjajah negara kita secara halus.
Bangkitnya rakyat menentang gagasan ini hanya
kerana cara MacMichael yang salah. Jikalau dia

tidak mendesak, besar kemungkinan Malayan
Union berjaya ditubuhkan. Oleh itu, usahlah kita

dikaburi dengan kata-kata manis dan
berhati-hatilah dengan helah musuh.

24

SUMBER RUJUKAN MALAYAN UNION 1946

Ridzuan bin Hasan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil, 25
Subramaniam a/l Raman, 2019, Sejarah Tingkatan 4, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka

http://hids.arkib.gov.my/#/site_vod_detail/50?prc=shw

https://pekhabar.com/h-i-d-s-pembubaran-malayan-union/

https://www.wikidata.org/wiki/Q5540460

https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

https://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union#/media/File:Flag_of_the_
Federated_Malay_States_(1895%E2%80%931946).svg

CREDIT

https://www.flaticon.com/free-icon/info_471662
https://www.flaticon.com/free-icon/question_471664

SEBUAH TUGASAN E FOLIO
ETIKA DAN PERADABAN


Click to View FlipBook Version