The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dokumen ini adalah kertas konsep Pertandingan Syarahan yang melibatkan murid bukan Melayu SJKC & SJKT Kedah sahaja bagi tahun 2020.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad solehuddin Abdul roni, 2020-05-03 10:41:42

PERTANDINGAN SYARAHAN PERPADUAN SJKC & SJKT KEDAH 2020

Dokumen ini adalah kertas konsep Pertandingan Syarahan yang melibatkan murid bukan Melayu SJKC & SJKT Kedah sahaja bagi tahun 2020.

KERTAS KONSEP SYARAHAN PERPADUAN SJKC & SJKT KEDAH 2020 (RAKAMAN VIDEO)

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN

SYARAHAN
PERPADUAN
SJKC & SJKT
KEDAH 2020

DISEDIAKAN OLEH :
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

97

KERTAS KONSEP SYARAHAN PERPADUAN SJKC & SJKT KEDAH 2020 (RAKAMAN VIDEO)

KERTAS KONSEP
SYARAHAN PIALA PERPADUAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL

NEGERI KEDAH 2020
(RAKAMAN VIDEO)

A. PENGENALAN

Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap
menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan
berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan
topik. Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan
nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tinggi, lantang dan
bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan
membujuk.

Penyusunan Format Syarahan

Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body)
dan penutup (conclusion).

Pengenalan Syarahan

Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara-
perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan
salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang
biasa digunakan seperti “Selamat Pagi”, “Selamat Sejahtera” dan sebagainya.
Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk
secara konseptual sahaja dan bukan secara lateral(perkataan demi perkataan).

Isi Syarahan

Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi
bagi memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh,
petikan, statistik dan bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan
sesuatu syarahan. Sebelum memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta
hendaklah melafazkan kata-kata penegasan seperti “Saudara dan saudari yang
dihormati”, “Saudara dan saudari sekalian”, “Tuan-tuan yang dimuliakan” atau
yang seumpamanya.

Penutupan Syarahan

Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat
bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan

98

KERTAS KONSEP SYARAHAN PERPADUAN SJKC & SJKT KEDAH 2020 (RAKAMAN VIDEO)

syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan
syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak.

Langkah yang perlu dititik beratkan semasa mengakhiri syarahan:

1. Membuat rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk mengembalikan
tumpuan khalayak agar mereka mengingati fakta utama semula yang telah
disampaikan.

2. Penggunaan bahasa berirama/frasa, ungkapan menarik /peribahasa/pantun
dan lain-lain mengikut kreativiti amat digalakkan.

3. Mengakhiri syarahan dengan lafaz ucapan terima kasih.

B. KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MALAYSIA SJKC & SJKT
NEGERI KEDAH TAHUN 2020

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Sekolah Jenis
Kebangsaan ( Cina ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Piala
Perpaduan Peringkat Negeri Kedah 2020 (Rakaman Video).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)
menguasai serta mempertingkat tahap penggunaan bahasa
Malaysia.

2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur
dalam bahasa Malaysia

2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina)
SJK(Tamil) di Malaysia.

2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah
2.5 Menanamkan semangat „Cintailah Bahasa Malaysia‟.

2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)
menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian
mereka.

99

KERTAS KONSEP SYARAHAN PERPADUAN SJKC & SJKT KEDAH 2020 (RAKAMAN VIDEO)

3.0 KELAYAKAN PENYERTAAN

3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan kaum Melayu (Rujuk
Sijil Kelahiran) di SJK(Cina) dan SJK(Tamil) Tahap 2 dan bahasa
ibundanya bukan bahasa Malaysia layak mengambil bahagian.

3.2 Setiap murid hanya boleh menyertai satu jenis pertandingan
sahaja.

4.0 BILANGAN PESERTA

Setiap sekolah layak menghantar seorang peserta sahaja untuk
menyertai pertandingan ini.

5.0 HAD MASA

Setiap peserta diberi masa (4)empat hingga (5)lima minit untuk
menyempurnakan syarahan.

6.0 Format Pertandingan

6.1 Syarat-syarat Pertandingan

6.1.1 Peserta diberi masa (4) empat hingga (5)lima minit untuk
syarahan ini.

6.1.2 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan
dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap
keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan
menyebabkan markah adab dipotong.

6.1.3 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan
adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah
adab dipotong.

6.1.4 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu
sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak
sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/
mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan
sebagai pemenang.

6.1.5 Peserta-peserta wajib memakai pakaian yang sopan dan
digalakkan untuk memakai pakaian tradisional kaum
masing-masing

100

KERTAS KONSEP SYARAHAN PERPADUAN SJKC & SJKT KEDAH 2020 (RAKAMAN VIDEO)

6.1.6 Para peserta mestilah memuatnaik (upload) video
persembahan syarahan ke dalam youtube (private).

6.1.7 Kemudian,para peserta juga perlu mengisi google form yang
disediakan https://forms.gle/WQwKaYRbBr7fzfK37 beserta
pautan atau link video syarahan yang telah dimuatnaik
dalam youtube masing-masing.

7.0 TAJUK

Tajuk syarahan perlu disediakan oleh peserta yang mengambil bahagian
dalam pertandingan syarahan ini dengan bertemakan perpaduan.

8.0. PERATURAN PEMARKAHAN / FORMAT PENGHAKIMAN

9.1. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Pertama

9.1.1 Idea / Isi ( 20 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan
tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong
oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh
huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat – 2 markah
Huraian – 3 markah
Data / contoh – 1 markah

Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 6 markah

(6m x 3 = 18 markah + 2 markah takrifan tajuk = 20

markah).

9.1.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang
jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang
berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.

101

KERTAS KONSEP SYARAHAN PERPADUAN SJKC & SJKT KEDAH 2020 (RAKAMAN VIDEO)

9.1.3 Gaya Persembahan ( 50 markah )

9.1.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi
persembahan yang lancar dan meyakinkan,
gaya yang menarik dan susunan isi yang
tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan
tidak digalakkan dan menjejaskan markah
persembahan)

9.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara
yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon,
dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)

9.1.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap
selamat dan kata-kata aluan sebelum
memulakan syarahan. Markah keseluruhan
akan terjejas sekiranya peserta tidak
memberi ucap selamat terlebih dahulu.
Lima markah maksimum akan dipotong jika
peserta menyentuh isu sensitif /
menunjukkan perlakuan / tutur kata yang
kurang sopan.

10.0 PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM

10.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan
persembahan.

10.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan
(semua kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya)
sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

10.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM
JURI.

10.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

102

KERTAS KONSEP SYARAHAN PERPADUAN SJKC & SJKT KEDAH 2020 (RAKAMAN VIDEO)

12.0. Tarikh Pertandingan
:

12.1 Pertandingan bermula : 7 Mei 2020
Pertandingan berakhir : 30 Jun 2020

13.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri dipengerusikan oleh Sektor
Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Negeri berhak membuat keputusan
yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang
tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada
satu-satu masa.

14.0 HAL-HAL LAIN

13.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh
13.2 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Negeri.
13.3 Peserta yang mencapai markah 70% sahaja layak mendapat
sijil penyertaan.
Hadiah akan diberikan kepada 5 peserta terbaik.

15.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Sektor Pembangunan
Murid , Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

16.0 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

1) En. Muhammad Solehuddin Bin Abdul Roni
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
JPN Kedah.
0134011695

2) Pn. Teh Phei Chuin
Penyelia Kanan SJKC
Sektor Pengurusan Sekolah
JPN Kedah
0124673912

103

KERTAS KONSEP SYARAHAN PERPADUAN SJKC & SJKT KEDAH 2020 (RAKAMAN VIDEO)

3) En Mohd Syamim Bin Abdullah
Pengerusi Teknikal Syarahan SJKC & SJKT
Koakademik Negeri Kedah
0194996290

104


Click to View FlipBook Version