PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU
MINIT MESYUARAT PENYELARASAN KALI-1 2021/2023
Tarikh: 19 Jun 2021 ( Sabtu )
Tempat: Google Meet ( Lokasi masing-masing).
Masa: 10.00 pagi
Pengerusi: Puan Hajah Mariah binti Ismail, Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
HADIR: Ketua Pesuruhjaya Cawangan
1. Puan Hajah Mariah binti Ismail. Timb.Ketua Pesuruhjaya Caw.
2. Puan Mastura binti Kamarulzaman Bendahari Kehormat
3. Puan Suzelina binti Sarif Setiausaha Kehormat
4. Tengku Fauziah binti Tengku Ngah Pesuruhjaya Daerah Kuala Trg
5. Datin Hajah Nor Rizan binti Jusoh Pesuruhjaya Daerah Kuala Nerus
6. Puan Raja Sabariah binti Raja Abdullah Pesuruhjaya Daerah Setiu
7. Puan Rusmawati binti Mahmood Pesuruhjaya Daerah Besut
8. Puan Rohani binti Mohamed Pesuruhjaya Daerah Kemaman
9. Puan Fatimi binti Dunnia Pesuruhjaya Daerah Marang
10. Puan Baki Setia binti Mamat Pesuruhjaya Daerah Dungun
11. Puan Azlina binti Arshad Pesuruhjaya Daerah HuluTrg
12. Puan Nur Aishah Hamdan Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
13. Puan Siti Suriani binti Mhamd Azizmy Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
14. Puan Rahmah binti Wan Ahmad Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
15. Puan Azhani binti Adnan Pesuruhjaya Pandu Puteri Kelip2
16. Puan Nurul Akmal Hassan Pesuruhjaya Latihan
17. Puan Hajah Samsiah binti Hassan Pesuruhjaya Pandu Puteri bangsa
18. Puan Nur Saliha binti Ismail Pesuruhjaya Program
19. Puan Nik Anida binti Nik Ismail Pesuruhjaya Keahlian
20. Puan Suraini binti Che Mat Azhari Pesuruhjaya Perhubungan/Msykt
21. Puan Haslinda binti Mohd. Kassim Pesuruhjaya Struktur dan Penguru
22. Puan Nor Hanim binti Abdul Halim Timb PJ Latihan/Klover
23. Norul Halawati binti Che Ahmad Timb PJ Renjer
24. Puan Nor Baayah Yaakub
Pesuruhjaya Klover
TIDAK HADIR:
1. Puan Siti Rahimah binti Mamat @ Hamad
AGENDA:
1. Ucapan Pengerusi ( Ketua Pesuruhjaya Cawangan )
1.1 Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Eksekutif
Cawangan khasnya Puan Nik Anida binti Nik Ismail dan Puan Haslinda
binti Mohd Kassim yang bertindak sebagai teraju utama dalam
menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Cawangan Terengganu Kali Ke-32 yang telah diadakan pada 12 Jun
2021 menerusi Google Meet di lokasi masing-masing.
1.2 Memaklumkan tentang penerimaan “ Cube Tent “ yang akan
dimaklumkan kelak termasuk cara pengambilannya di Negeri Pahang.
Tindakan: Ketua Pesuruhjaya
Cawangan.
1.3 Pendaftaran e-Camp Korea akan diteruskan untuk memberi peluang
kepada Ahli Pandu Puteri mendapatkan Sijil Peringkat Antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, semua Pesuruhjaya Daerah dikehendaki
memaklumkan kepada daerah masing-masing tentang program ini.
Tindakan: Pesuruhjaya
Antarabangsa/PJ Daerah
1.4 Penggunaan Jurnal Progresif akan menggantikan Buku log.
Tindakan: PJDaerah/PJ
Latihan/ Tunas/RemaRenjer/Klover
2. Yuran Kuota
2.1 Daerah Kuala Terenggganu masih tidak menjelaskan baki Yuran Kuota
Tahun 2020 sebanyak RM 1 600, manakala daerah-daerah lain telah
menjelaskan sepenuhnya Yuran Kuota Tahun 2020.
Tindakan: Pesuruhjaya Daerah
K.Terengganu.
2.2 Daerah Kemaman setakat ini 14 buah sekolah telah menjelaskan Yuran
Kuota Tahun 2021 dan masih ada sekolah yang belum menjelaskannya.
Tindakan: Pesuruhjaya Daerah
Kemaman
2.3 Daerah Besut telah mengutip RM 900 bagi Yuran Kuota Tahun 2021 tetapi
yang sepatutnya kutipan adalah RM 1 100. Sehubungan dengan itu
Pesuruhjaya Daerh Besut akan menyelesaikan baki dalam masa yang
terdekat.
Tindakan: Pesuruhjaya Daerah
Besut.
2.4 Manakala, daerah-daerah lain ada yang belum sempat mengadakan
kutipan yuran 2021 disebabkan sekolah tutup. Pengerusi mengingatkan
agar Pesuruhjaya Daerah memastikan yang hanya Ahli Pandu Puteri
yang berdaftar sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian dalam
program anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan dan
daerah .
Tindakan: Bendahari
Kehormat/PJ Daerah .
3. Laporan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Bahagian.
3.1 Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas.
3.1.1 Buku log BATHKPC mesti diselesaikan pada peringkat daerah sebelum
30 Julai 2021.
3.1.2 Buku log ini akan dihantar ke Ibu Pejabat sebelum Bulan Oktober 2021.
3.1.3 Cuti Perkhemahan boleh diadakan sekiranya dimaklumkan kelak dan
kebenaran hendaklah dimohon terlebih dahulu dari Ibu Pejabat
Pandu Puteri Malaysia sebelum menjalakan perkhemahan tersebut.
3.1.4 LEC hendaklah melantik Penguji dan Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
Cawangan akan mengadakan mesyuarat secara Google Meet
bersama Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Daerah-Daerah pada 5
Julan 2021, jam 9.00 malam untuk membincangkan lebih terperinci
tentang Buku Log tersebut.
3.1.5 Semakan Buku Log BATHKPC akan diadakan pada 1 September 2021.
3.2 Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3.2.1 Kursus Fotografi akan diadakan pada 24 Julai 2021 dan terbuka
kepada semua Ahli Pandu Puteri Remaja.
3.2.2 Anugerah Pandu Puteri Remaja Tahun 2021 setakat ini tiada data.
3.2.3 Perkhemahan Pandu Puteri Remaja dan Pertandingan Lagu-Lagu
Medley Pandu Puteri akan diadakan secara atas talian.
3.3 Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
3.3.1 Aktiviti bersemuka ditangguhkan.
3.3.2 Kuiz Pandu Puteri Renjer ( Ikatan dan Masakan Rimba ) akan diadakan
secara atas talian.
3.3.3 Semakan Buku Log akan ditunda kepada 16 – 18 Julai 2021.
3.3.4 Pada 13 Julai 2021 akan diadakan Kursus Pandu Puteri Renjer secara
Google Meet.
3.4 Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover
3.4.1 Tiada laporan kerana Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover tidak dapat
hadir.
3.5 Pesuruhjaya Pandu Puteri Trefoil Guild
3.5.1 Mesyuarat akan diadakan Kali-2 untuk membincangkan tentang
akvitivit-aktiviti Pandu Puteri Trefoil Guild bersama-sama dengan Puan
Azlia, Puan Nik Anida dan Puan Rosmawati secara Google Meet.
3.5.2 Memberikan sumbangan makanan kepada pihak yang terkesan
disebabkan pendemik Covid-19 ini.
3.6 Pesuruhjaya Kelip-Kelip
3.6.1 Kelip-kelip telah ditubuhkan dan aktif di Daerah Besut dan Daerah
Kemaman. Daerah-Daerah yang lain juga diminta berbuat demikian.
3.7 Pesuruhjaya Latihan
3.7.1 Kursus Jurulatih secara atas talian telah diadakan dan Negeri
Terengganu merupakan penyertaan yang Ahli Pemimpin yang paling
ramai. Sijil juga telah selesai diedarkan kepada semua ahli yang
terlibat.
3.7.2 Pesuruhjaya Latihan akan berbincang dengan Puan Mastura, Puan
Rahimah dan Puan Noorul untuk membuat modul yang sesuai
berkaitan dengan kursus kepada Guru Pemimpin dan tarikh yang
dicadangkan adalah pada Bulan September 2021.
3.8 Pesuruhjaya Pandu Puteri Antarabangsa
3.8.1 38th-WAGGGS World Conference akan diadakan pada Tahun 2023 di
mana Malaysia akan membida sebagai “ Host “ atau Tuan Rumah
kepada acara tersebut.
3.8.2 18th Girl School International e-Camp Korea 2021 akan diadakan pada
1 – 30 Ogos 2021 secara atas talian dan Surat Kebenaran KPM akan
menyusul kelak.
3.8.3 Program “ Badges Round the World “ akan diadakan kepada semua
Ahli Pandu Puteri yang berumur 13 tahun ke atas di mana perserta
berpeluang menjelajah ke seluruh dunia melalui atas talian.
3.8.4 “ World Thinking Day 2021 “ telah diadakan di atas talian pada 28
Februari 2021.
3.9 Pesuruhjaya Program
3.9.1 Memaklumkan tentang Pertandingan Poster Digital dan Pertandingan
Video ( 2 minit ) yang akan diadakan pada peringkat negeri dalam
masa terdekat ini.
3.9.2 Pemenang setiap kategori akan mewakili Negeri Terengganu ke
Peringkat Kebangsaan nanti.
3.9.3 Forum Pandu Puteri Tunas secara atas talian akan diadakan.
3.10 Pesuruhjaya Keahlian
3.10.1 Pada 18 Jun 2021 Pada 18 Jun 2021 telah diadakan Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa Keahlian Daerah-Daerah secara atas talian di lokasi
masing-masing yang telah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Keahlian
Cawangan.
3.10.2 Tahun 2021 bilangan Ahli Berdaftar ialah 9 849 orang dan pada Tahun
2021 pula ialah seramai
11 867 orang, tetapi di dalam system ialah seramai 17 894.
Sehubungan dengan itu, semua Persuruhjaya Daerah diminta untuk
memadam data Ahli Tingkatan 5 dan 6 yang telah tidak aktif untuk
mengelakkan terlebih bayar ke Ibu Pejabat. Hanya seramai 6 296
orang ahli yang telah menjelaskan Yuran Kuota Tahun 2021.
3.11 Pesuruhjaya Perhubungan dan Masyarakat
3.11.1 Akan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Antarabangsa Cawangan
untuk mengaktifkan aplikasi Face Book dalam mempromosikan
Malaysia sebagai “ Host “ 38th-WAGGGS World Conference Tahun
2023.
3.11.2 Mengemasikini akaun Face Book PPPM Cawangan Terengganu
dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.12 Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
3.12.1 Jawatankuasa Lembaga Eksekutif Daerah mestilah selaras dengan JK
Lembaga Eksekutif Cawangan.
3.12.2 Daerah Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang masih tidak
mempunyai Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Daerah.
4. Laporan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah.
4.1 Tiada laporan dari Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah kerana semua
perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat kali ini.
5. Hal-Hal Lain.
5.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama dari
semua Lembaga Eksekutif Cawangan
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.10 petang.
Disediakan oleh:
( TENGKU FAUZIAH TENGKU NGAH/
NOR HANIM BINTI ABDUL HALIM )