SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-48
2021
DIRASMIKAN OLEH:
PN. ROHAIDA BINTI OMAR
PENOLONG PEGAWAI PPD SEBERANG PERAI TENGAH
(SEKTOR PEMBELAJARAN)
SABTU I 25 SEPTEMBER 2021
10:00 PAGI
GOOGLE MEET
ISI KANDUNGAN
• Aturcara Majlis 1
• Sekapur Sireh Pembuka Bicara 2
• Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021 3
• Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 4
• Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 5-19
• Laporan Aktiviti PIBG 20-22
• Usul dan Cadangan 23-27
• Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022 28-29
• Penghargaan 30
i
ATURCARA MAJLIS
10.00 : Ibu bapa menyertai Google Meet
10.10 : Majlis bermula
: Bacaan doa oleh Encik Mohd Amran Bin Mohd Said
: Ucapan oleh Puan Balkis Binti Kader Bawa ( Guru Besar SKCBM )
: Ucapan oleh Tn. Hj. Ropie Bin Shafiee (YDP PIBG SKCBM )
: Ucapan Perasmian
: Penyampaian cenderahati
10.30 : Mesyuarat PIBG bermula.
Agenda:
: Ucapan YDP PIBG SKCBM – Tn Hj. Mohd Ropie Bin Mohd Shafie
: Ucapan Penasihat – Puan Balkis binti Kader Bawa ( Guru Besar )
: Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke- 47
: Perkara berbangkit
: Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31/12/20
: Membahaskan usul
: Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021
: Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2021/2022
: Pelantikan AJK PIBG Sesi 2021/2022
a) Yang Dipertua
b) Naib Yang Dipertua
c) Setiausaha & Setiausaha Sarana
d) Bendahari
e) Wakil Ibu bapa (5 orang)
f) Wakil Guru (4 orang)
g) Juru Audit (2 orang)
: Hal-hal lain dan Ucapan Penangguhan
: Majlis Bersurai
1
SEKAPUR SIREH
PEMBUKA BICARA
Penubuhan PIBG sekolah ini adalah bertujuan:
1. Menentukan supaya pelajar sekolah ini memperolehi faedah maksima daripada
kemudahan pelajaran mereka.
2. Menentukan supaya pelajar mempunyai sumber yang perlu untuk membuat kerja
sekolah baik di rumah mahupun di sekolah.
3. Mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi membolehkan pelajar
mencapai perkembangan kerohanian, mental dan jasmani.
4. Mengendalikan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kemajuan pelajar di
sekolah rendah.
5. Membantu dan menambahkan usaha sekolah dengan memenuhi kehendak dan
keperluan persekolahan pelajar dalam kegiatan mereka.
6. Membolehkan ibu bapa dan guru bertukar fikiran dan maklumat mengenai
pelajaran.
7. Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berunding agar dapat memperbaiki
taraf akademik pelajar.
2
AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021
Penasihat : Puan Balkis Binti Kader Bawa
Yang Dipertua : Encik Mohd Ropie bin Mohd Shafiee
Naib Yang Dipertua : Puan Mariam Haryati Binti Mohd Yusoff
Setiausaha PIBG : Puan Nor Hafisah Binti Abdul Rashid
Setiausaha Sarana : Cik Aini Binti Abdul Rashid
Bendahari : Puan Semala A/P Subramaniam
Ahli Jawatankuasa
Wakil Ibu Bapa : 1. Puan Priscilla Gnanama A/p Arjunan
: 2. Puan Ajuntha A/p Kuppan
: 3. Encik Chandra Segaran A/l Chinniah
: 4. Puan Siti Sharah Binti Abd Rahman
: 5. Puan Laxmi Devi A/p Yallaiah
Wakil Guru : 1. Puan Farahiyah Binti Jaafar
2. Puan Nurul Aizat Binti Abdul Razak
3. Puan Kamaleswary A/P Yathavan
4. Encik Mohd Zaher Bin Ismail
Juruaudit : 1. Puan Rahini binti Darimin (Ibu bapa)
2. Puan Teh Hooi Yin (Guru)
3
JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
Penasihat : Puan Balkis Binti Kader Bawa ( Guru Besar)
Pengerusi :
Naib Pengerusi 1 : Encik Mohd Ropie Bin Mohd Shafiee( YDP PIBG )
Puan Sarina Binti Sahari ( GPK Pentadbiran)
Puan Hamidah binti Hussein ( GPK HEM )
Puan Nor hafisah Binti Abd Rashid ( GPK Petang )
Puan Nur Suryani binti Yaacob( GPK KO- Kurikulum )
Setiausaha : Puan Nor hafisah binti Abd Rashid ( AJK PIBG )
Bendahari :
: 1) Puan Semala a/p Subramaniam ( Bendahari PIBG)
2) Puan Teh Hooi Yin (JURUAUDIT PIBG)
BUKU PROGRAM(Flipbook) SETTING GOOGLE MEET
Mohamad Zaher Bin Ismail Norazlia Binti Zakaria
Tan Sher Beth . Mohamad Faizal bin Mohd Desa
Teh Hooi Yin.
Suhaila Binti Shaari. UNDIAN AJK PIBG
Gladys Oon Gim Lee
JURUACARA MAJLIS / SKRIP UCAPAN Punitha a/p Paramaswaram
Mohamad Rodhi bin Daud. Nurul Najwa Binti Mohd Radzi
Pauziah Melati Binti Mohamad Tahir. Halimathun Shaadiah Binti Razali
Norimah Binti Mohamad Hussein
CENDERAHATI / HADIAH
Nurul Aizat Binti Abd Razak. SIJIL
Wan Shahada binti Hamzah. Farahiyah Binti Jaafar.
Mardhiyyah Binti Sabri. Azriyaty Binti Mohd Rashid.
Sai Phaik Leng. Athirah Binti Ayob.
BACAAN DOA AKTIVITI TAHUNAN
Mohamad Amran Bin Mohd Said Aini Binti Abd Rashid.
Hazwany Binti Abdul Karim.
PENCATAT LAPORAN MESYUARAT Yusliza Binti Abu Bakar.
Rashimah Binti Harun. Rosihdah Binti Abu Hassan.
Rubiah Binti Hassan. Ooi Chu Looi.
Junaidah Binti Haron.
Nurul Huda Binti Abdul Hamid. BORANG KAJIAN SELIDIK SARANA IBU BAPA.
Nur Adila Binti Amran. Kamaleswari A/p Yathavan.
Yogaswari A/p Krishnasamy. Nurul Aimi Binti Zulkifli.
Vijaya Letchime A/p Subrayan. Alias Bin Said.
Sundrambal A/p Murugasan.
4
MINIT MESYUARAT AGUNG
KE-47
5
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
JALAN KULIM, 14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-47
TAHUN 2020
TARIKH : 22 FEBRUARI 2020
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : KELAS TAHUN 6 SKCBM
PENGERUSI : PUAN ANASUYA A/P SUKUMARAN (YDP PIBG 2019/2020)
PERASMI : ENCIK KAMARUL HAIZAL BIN KODERAT
(PEGAWAI DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, BUKIT MERTAJAM)
KEHADIRAN : 283 ORANG (GURU DAN IBU BAPA)
TURUT HADIR : PN BALKIS BINTI KADER BAWA (PENASIHAT PIBG)
6
AGENDA MESYUARAT
1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG (PN. BALKIS BINTI KADER BAWA)
1.1 Pn Balkis Binti Kader Bawa selaku penasihat PIBG merangkap Guru Besar Sk Convent
BM mengalu-alukan kehadiran semua tetamu khususnya Yang Berbahagia Encik
Kamarul Haizal Bin Koderat selaku Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, YDP PIBG,
Puan Anasuya a/p Sukumaran, NYDP iaitu Tuan Hj Ropiee bin Mohd Shafiee, barisan
AJK PIBG, barisan pentadbir sekolah, seterusnya guru-guru dan para ibu bapa/waris.
1.2 Beliau bersyukur kepada Allah dengan penyatuan guru-guru dan ibu bapa pada
mesyuarat hari ini. Beliau mengucapkan selamat sejahtera kepada semua ibu bapa,
guruguru dan para tetamu yang hadir.
1.3 Beliau mengucapkan selamat datang kepada Pegawai Daerah seberang Perai Tengah
1.4 Ucapan selamat dan salam kasih sayang juga ditujukan kepada Puan Anasuya A/p
Sukumaran selaku Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020.
1.5 Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada Naib Yang Dipertua PIBG sesi
2019/2020 Tuan Haji Ropie, ahli jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020, barisan pentadbir
dan guru-guru serta waris Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam.
1.6 Beliau juga memaklumkan bahawa beliau agak khuatir dengan kehadiran waris pada
mesyuarat kali ini kerana Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam juga
mengadakan mesyuarat PIBG pada hari ini, begitu juga dengan sekolah-sekolah yang
berhampiran. Walau bagaimanapun beliau bertolak-ansur sekiranya ada waris yang
perlu ke mesyuarat PIBG sekolah-sekolah lain. Walaupun kehadiran sedikit tetapi apa
yang kita rancangkan tercapai.
1.7 Penasihat seterusnya memaklumkan bahawa pencapaian akademik UPSR tahun 2019
telah mencapai 92.8% bagi setiap subjek dan purata”‘straight A” dalam UPSR ialah
seramai 10 orang.
1.8 Usaha keras guru-guru telah membawa kepada perubahan yang sangat besar kepada
sekolah. Ini dibuktikan dengan pencapaian akademik. Tidak kurang juga pencapaian
dari segi ko-akademik sehingga mendapat pengiktirafan dan menjadi ikon TV2 (RTM).
1.9 Guru-guru juga merupakan “role-model” kepada murid-murid terutama anak-anak
perempuan bagi mempunyai sahsiah dan ketrampilan yang baik. Ini terbukti apabila
murid-murid dibawa keluar mengikuti aktiviti-aktiviti luar, Alhamdulillah, murid-murid
dipuji kerana sangat beradab dan berdisiplin.
1.10 Puan Anasuya A/p Sukumaran iaitu Yang Dipertua PIBG dan Lembaga Pengurus
Sekolah (BOG) sangat memahami sekolah kerana banyak membantu menaik taraf
bilikbilik khas
1.11 Sekiranya waris menerima desas-desus perubahan yang berlaku di sekolah, perkara
tersebut memang benar dan pihak sekolah masih lagi membuat perubahan demi
perubahan untuk murid-murid
1.12 Puan Balkis juga memaklumkan bahawa pihak BOG sekolah sangat menyokong
perubahan yang dilakukan di sekolah. Walau bagaimanapun, perubahan yang
dilakukan mestilah mengikut skop yang telah ditetapkan
7
1.13 Puan Balkis juga memaklumkan tentang Sekolah Kebangsaan Convent juga
merupakan sekolah yang sudah lama iaitu dari tahun 1931 penubuhannya. Walau
bagaimanapun seperti yang dilihat bangunan sekolah „still strong‟ dan suasana guru-
guru yang ceria, bersemangat dan ini merupakan kelebihan kepada murid-murid yang
belajar di sini.
1.14 Sebagai Guru Besar di sini, Puan Balkis sangat bersyukur kerana legasi beliau
berkhidmat selama 21 tahun di sekolah menengah di hujung-hujung perkhidmatan
beliau, beliau diberikan mandate mengajar ke sekolah rendah. Sikap murid sekolah
rendah, dalam manja tetapi sangat rajin belajar.
1.15 Tidak dinafikan murid-murid sekolah rendah sangat rajin bercakap tetapi apabila
dibawa keluar untuk aktiviti luar, murid-murid sangat pandai menjaga diri dan
beradab.
1.16 Selain menaik tarafkan bilik-bilik khas Program Sedar Kantin juga telah dilaksanakan.
Untuk pengetahuan waris, kantin sekolah kita adalah dikongsi bersama-sama sekolah
menengah. Begitu juga dengan padang dan dewan sekolah. Pengusaha kantin sangat
bekerjasama membantu melancarkan „Kempen Sedar Kantin‟ ini.
1.17 Sekolah juga berusaha menaiktarafkan kantin iaitu dengan membaiki bumbung dan
kerusi yang rosak .
1.18 Untuk makluman juga, Puan Balkis menyatakan bahawa selepas ini „Program Sifar
Plastik‟ juga turut akan dilaksanakan. Kemungkinan ibu bapa perlu menyediakan
bekas makanan kepada anak-anak bagi melaksanakan kempen ini. Harapan pihak
sekolah agar pihak ibu bapa dapat menyokong penuh kempen ini.
1.19 Seterusnya, Puan Balkis memaklumkan kepada semua hadirin yang hadir tentang 52
orang murid-murid dari tahun 1 hingga 6 yang masih tidak boleh membaca. Perkara ini
amat menyedihkan kerana semua murid yang datang ke Sekolah Convent ini
merupakan murid-murid yang telah mengikuti kelas Pra Sekolah dan Tabika.
1.20 Kebelakangan ini juga, terdapat perbezaan di Sekolah Convent, iaitu ada dua
kumpulan murid (satu kumpulan mencapai tahap penguasaan membaca manakala
satu kumpulan lagi tidak mencapai tahap penguasaan membaca).
1.21 Calon UPSR 2020 juga seramai 5 orang yang masih tidak dapat membaca dengan baik
1.22 Sekolah akan mengambil perkara ini sebagai satu cabaran. Ini kerana, Guru Besar
bertanggungjawab memastikan perkara ini dapat ditangani dengan baik. Pihak
sekolah akan membantu mengambil inisiatif membantu murid. Ibu bapa yang terlibat
akan dipanggil ke sekolah. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah sama-sama
membantu agar perkara ini dapat berjalan dengan baik.
1.23 Puan Balkis juga mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas kehadiran semua
pihak dan berharap mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar
8
2.0 UCAPAN YDP 2019 / 2020 (PUAN ANASUYA A/P SUKUMARAN)
2.1 Good morning honourable district officer of Seberang Perai Tengah, Yang Berbahagia
En. Kamarul Haizal bin Koderat, respected headmistress of SK Convent Bukit
Mertajam Pn. Balkis Kader Bawa, well -regarded teachers and above all, beloved
parents of our students who are the very heart and soul of this reputed school.
2.2 Thank you for taking the time to come on a Saturday morning and participate in our
47th annual genaral parent teacher association meeting. Your presence and
participation here today donate your interest and commitment towards the education
and growth of your child in her primary schooling years.
2.3 I am not going to breakdown to you finer aspect of cognitive development, social/
emotional/ speech and language development, or go through statistics and numbers
from the past year… not as the 1st speakers.. not this early on a weekend morning. All
that will be done, just not by me. We all here as parents, I'm here to talk to you as one.
2.4 Every child is a gift, every child is a blueprint. No 2 children can be compared against
each other even if they were of the same DNA and joined at the hip. It rest upon us to
help them explore, identify and strengthen their uniqueness. Their development, in
the early years is rapid and cumulative. The foundation of a child is utmost crucial,
because this is what constructs character build, solidifies principal, triggers tertiary
learning and evolves into lifelong progress.
2.5 Therefore, the environment you put them in, support systems and relationships you
build around them, experiences that stem from these exposures, all have profound
effects on their growth. We are not just educating children, - we are raising the future.
We are nurturing individuals who will go on to hold the reigns of tomorrow's world.
2.6 Students are the very core of the school. To me, students will always come first, they
will always be top priority. Why ? because a school is recognized by the achievement of
its students. During my tenure as the chairperson of this association the past year,
what gave me immense pride was the 2019 UPSR result. There was an increase in the
number of students who excelled academically, I hope that becomes the benchmark
for the years forward onwards.
2.7 What gave me tremendous joy, was the experience of the interacting with the
students through the years. I was given several opportunities to participate in many
activities for the students, which I gladly took and I can say those were the best
moment of being in a position like this. I especially reveled in the times they had asked
me to speak to them in English , because it showed their interest to absorb, apply and
improve in areas they could. It was exhilarating to be surrounded by their enthusiasm.
2.8 This was a mutual learning curve for me too. I always left the school with me a sense of
fulfillment and reminder true to the words of William Wordsworth, The child is Father
of the Man.
9
2.9 Years ago, when mu daughter was born, a very wise man gave me a piece of advice I
shall never forget. He said, -don't worry what you tell or teach your kid. Worry she's
watching you. Children are highly impressionable; they look up to us whom they love
and learn from our practices. We, us you and I, are all equally responsible for the
generation we are raising together. So, I must say with great pride, that I am convinced
the children of our school are in very good hands given the sea of parents in
attendance today.
2.10 I am proud to have represented you. Proud to be among you. I hope you know I had
followed the rule book and served to the absolute best of my abilities. Please forgive
my shortcomings should there be any.
2.11 Lest we forget, childhood happens only once. In the tender years of our children,
moments shared become memories of a lifetime. What do we make of our children,
what we leave them with is all that matters in the end. Thank you for being present,
thank you for your continued support, and have a pleasant weekend.
3.0 UCAPAN PERASMI (YANG BERBAHAGIA ENCIK KAMARUL HAIZAL BIN KODERAT)
3.1 ADAT KITA MENYAMBUT TETAMU,
SALAM DIHULUR MESRA BERTAMU,
HAMPARKAN TIKAR LEBARKAN PINTU,
PEMANIS BICARA ALUAN DIDAHULU.
ADAT BERBAHASA,
MENYAMPAIKAN PESAN,
ADAT MAJLIS,
MENYAMPAIKAN UCAPAN ,
3.2 Yang Dihormati YDP PIBG Sek.Keb.Convent Bukit Mertajam , Puan Anasuya A/P
Sukumaran Yang Berusaha Puan Guru Besar Sek.Keb.Convent Bukit Mertajam, Puan
Balkis Bt. Kader Bawa Barisan Guru-Guru Penolong Kanan Sek.Keb.Convent Bukit
Mertajam AJK PIBG, Guru-Guru, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian.
3.3 Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan
izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 bagi Sek. Keb.Convent Bukit Mertajam Pulau
Pinang. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana dijemput oleh pihak
sekolah untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tidak lupa kepada ibu-
bapa ataupun waris-waris pelajar kerana sudi hadir pada pagi ini. Ibu-bapa yang hadir
pada pagi ini sebenarnya adalah ibu-bapa yang cemerlang.
3.4 Tahniah dan syabas saya ucapkan. Di sini saya ingin hulurkan sejambak penghargaan
kepada YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staff sekolah kerana telah
dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini. Terima
kasih tidak terhingga daripada saya.
10
3.5 Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan pada
setiap tahun untuk memilih dan melantik AJK PIBG untuk lantikan sesi tahun
berikutnya
3.6 Disamping itu harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa seperti mana
yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM
3.7 Perkara-perkara yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG sekolah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah
yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk
meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan
komuniti setempat.
3.8 Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu
bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan
dan masa depan anak-anak masing-masing.
3.9 Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah
dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG seperti yang telah saya
terangkan tadi. Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru
dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG
pada pagi ini akan berbincang dan biarlah hasil perbincangan mendapat persetujuan
bersama.
3.10 Diharapkan perkara yang diperbincangkan dapat diputuskan dengan sebaik mungkin
tanpa menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-murid. Semoga
kerjasama ini dapat memperkasakan lagi misi dan visi sekolah yang bertujuan
melahirkan modal insan yang cemerlang.
3.11 Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai inisiatif,
usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM dan JPN. Ini termasuklah pelbagai
transformasi pendidikan seperti program PBS, MBM MBI dan di samping itu pelbagai
bantuan khas juga diberikan kepada murid-murid melalui sekolah.Transformasi
penilaian murid di masa kini telah ditukarkan
3.12 Pentaksiran sekolah telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (yang
dipanggil P.B.S) dan sekarang ia telah dilaksanakan pada tahun 1 hingga tahun 6.
3.13 Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah.
Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik
dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan
dengan segala gejala negatif di luar rumah.
3.14 Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah
tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu
sewenang-wenang ke atas bahu guru dan pihak sekolah.
3.15 Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke
arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga
pembangunan sekolah.
11
3.16 Alhamdulillah, setakat ini pihak sekolah dalam proses naik taraf BILIK – BILIK KHAS
seperti Bilik Kaunseling, Bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains dan lain-lain
.Kerjasama yang erat oleh pihak sekolah dan PIBG dapat meningkatkan prestasi
murid dan pembangunan sekolah.
3.17 Saya juga berharap kerjasama berterusan daripada ibu-ibu dan bapa-bapa demi
kecemerlangan murid-murid di sekolah ini.
3.18 Diharapkan tahun ini kepimpinan baharu Jawatankuasa PIBG dapat membantu pihak
sekolah terus meningkatkan kecemerlangan sekolah, memantapkan lagi hubungan
guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti Program Motivasi,
Program Sahsiah, Program Kecemerlangan, Sukan, Hari Anugerah Sekolah dan
sebagainya.
3.19 Selain dari pencapaian di bidang akademik yang cemerlang termasuk keputusan UPSR
2019 yang lalu, murid-murid sekolah ini juga cemerlang dalam bidang ko akademik
seperti Choral Speaking, Bicara Berirama, Tarian dan lain-lain diperingkat kebangsaan.
3.20 Tahniah juga saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana
menghantar anak ke sekolah ini yang merupakan SEKOLAH KLUSTER
KECEMERLANGAN . Insya Allah kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan
terhadap guru-guru yang sentiasa meningkatkan prestasi kendiri di dalam Pengajaran
Abad Ke 21 di sekolah ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak
akan dipersiakan dan didoakan murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa
kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
3.21 Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan
sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan
bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatang
kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah
menerangkan dan menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah amat
membantu pihak sekolah.
3.22 Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK PIBG yang
bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-47 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur. Semoga Sek.Keb.Convent
Bukit Mertajam terus cemerlang. Dengan ini saya merasmikan Mesyuarat PIBG Kali ke
47 Sek.Keb.Convent Bukit Mertajam.
KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH HAMBA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMURYANG PANJANG,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.
Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh
12
4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-47
1. Pengesahan minit telah disokong oleh Encik Candra a/l Segaran
2. Pengesahan minit telah dicadang terima oleh Encik Mohd Sobri bin Md Saad
5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN TAHUNAN 2019
1. Setiausaha, Puan Nor Hafisah binti Abdul Rashid membentangkan laporan tahunan 2019
merujuk kepada lampiran yang disediakan.
6.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2019
1. Bendahari, Puan Semala a/p Subramaniam membentangkan penyata kewangan 2019
merujuk kepada lampiran yang disediakan.
2. Laporan tahunan dan penyata kewangan tahun 2019 telah menerima pengesahan.
Cadangan diterima oleh Encik Maniselvam dan disokong oleh Encik Mohd Bahuddin.
7.0 PERBINCANGAN USUL-USUL PIBG
Usul-usul yang dibincangkan:
1. Daripada Puan Ajuntha a/p Kumareevello
Beliau mengusulkan supaya pihak sekolah
1. Kantin sekolah – kebersihan kantin diutamakan.
2. Setiap kali perhimpunan murid-murid akan diingatkan supaya menjaga kebersihan
kantin.
3. Sekolah juga bekerjasama dengan pihak Sekolah Menengah
2. Daripada Encik Navinan a/l Sanvashivam
Beliau mengusulkan supaya pihak sekolah
1. Kebersihan kantin perlu dipertingkatkan dan dipantau selalu oleh pihak sekolah.
Guru besar telah menjelaskan bahawa :
Pihak sekolah mengambil inisiatif yang bersungguh-sungguh. Kerusi dan kipas juga
telah diperbaiki sejak tahun lepas. Walau bagaimanapun didikan yang amat berkesan
bermula dari rumah. Contohnya, ibu bapa melatih anak-anak sentiasa membasuh
tangan bagi memastikan kebersihan diri. Begitu juga mengasingkan sisa makanan ke
dalam tong sampah.
3. Daripada Puan Ajuntha a/p Kumaravello
Beliau mengusulkan supaya pihak pengawal sekolah
1. Diberikan kursus supaya mereka faham tanggungjawab mereka.
Guru besar telah menjelaskan bahawa :
i. Pengawal keselamatan ada 9 orang yang bertugas di pintu masuk dan pintu keluar
sekolah. Pengawal keselamatan ini adalah dilantik dan mengikuti kursus yang telah
ditetapkan oleh pihak keselamatan sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah dengan
memakai uniform.
13
ii. Untuk makluman pihak waris pintu masuk sekolah menengah adalah hak milik
sekolah menengah dan pintu keluar sekolah rendah pula hak milik sekolah
rendah.
iii. Pengawal keselamatan hanya akan menjaga di dalam kawasan sekolah dan di
luar sekolah tidak melebihi 3 kaki daripada jarak pintu pagar sekolah. Ini kerana,
mereka tiada perlindungan insuran sekiranya berlaku kemalangan ke atas diri
mereka.
iv. Pihak sekolah tiada hak menyuruh mereka bertugas dari yang sepatutnya dan
sekiranya kita mahu mereka menjaga dari luar bidang tugas mereka sebagai
pengawal keselamatan kita perlu membayar mereka. Walau bagaimanapun,
pihak sekolah tiada dana yang mencukupi untuk berbuat demikian.
4 Daripada Encik Thanabala a/l Krisnasamy
Beliau mengusulkan supaya
Pihak sekolah menyewa atau meminjam kawasan lapang di hadapan Bangunan
Pertahanan Awam (kawasan KTMB) untuk tempat meletak kereta/bas sekolah/
tempat letak kereta ibu bapa.
Guru besar telah menjelaskan bahawa :
i. Pihak sekolah memohon maaf kerana sekolah tidak dapat berbuat demikian
kerana ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Isu parking ini adalah isu
yang dibangkitkan setiap tahun dan sehingga hari ini masih tidak dapat
diselesaikan. Ini kerana parking di luar merupakan parking yang telah disediakan
bagi orang awam yang datang ke hospital dan adalah dikhaskan untuk kegunaan
Hospital Bukit Mertajam.
ii. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa Tuan Haji Ropie akan
membantu menyelesaikan masalah ini.
iii. Beliau juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak
PIBG sekolah kerana PIBG juga membantu menanggung kelas tambahan murid
tahun 6 setiap tahun. Bayaran sebanyak RM8,000.00 juga telah digunakan bagi
membayar guru-guru yang telah mengajar kelas tambahan tahun 6 sepanjang
tahun 2019.
5 Daripada Encik Jegathisen a/l Govindan
Beliau mengusulkan supaya pihak sekolah
Mewujudkan “whatsapp group” bagi setiap subjek untuk menyalurkan maklumat
kepada ibu bapa daripada pihak sekolah
Guru besar telah menjelaskan bahawa :
i. “Group whatsapp” telah dibuat pada tahun lepas supaya boleh memantau
aktiviti guru-guru dan murid-murid.
14
ii. Guru-guru telah bersetuju namun tiada tanggungjawab mewajibkan guru-
guru kerana di luar waktu bekerja guru-guru. Guru-guru juga mempunyai
tanggungjawab kepada keluarga mereka. Ada ibu bapa yang telah mengambil
kesempatan menyalahgunakan “group whatsapp” dan mengganggu guru-guru
dengan persoalan yang remeh dan tidak penting.
iii. Walau bagaimanapun ibu bapa yang mempunyai sebarang masalah berkaitan
sekolah boleh berjumpa terus dengan Guru Besar kerana beliau sentiasa berada
di sekolah dari 7.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari kecuali atas urusan Rasmi
KPM, JPN, PPD dan sebagainya.
6 Daripada Puan Ajuntha a/p Kumaravello
Beliau mengusulkan supaya pihak sekolah
1. Pentaksiran berasaskan sekolah – ibu bapa diberikan taklimat tentang
pentaksiran berkenaan.
Guru Besar telah menjelaskan bahawa :
i. Pihak sekolah akan membuat perjumpaan waris berkenaan pentaksiran ini pada
bBulan Mei 2020 nanti.
7 Daripada Encik Chelliah a/l Sellapan
Beliau mengusulkan supaya pihak sekolah
i. Memulakan “Young Scientist Programme” di sekolah.
Guru besar telah menjelaskan bahawa :
i. Sekolah telah menandatangani RM20,000.00 untuk Program STEM.
ii. Duit tersebut akan digunakan untuk membuat aktiviti berkaitan STEM.
iii. Smartboard juga telah disumbangkan oleh Saudara Steven Sim yang berharga
RM19,000.00 dengan bantuan Syarikat MQ Solutions Sdn.Bhd.
iv. Bilik Sains STEM juga akan naik tarafkan.
v. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan Jurutera di kalangan
wanita.
8 Puan Nor Fazilah binti Mohd Ali
Beliau mengusulkan :
i. diharapkan mata pelajaran bagi pelajar Islam iaitu Tasmik dapat dimasukkan
sekali di dalam waktu sesi sekolah kerana terdapat segelintir pelajar menaiki
pengangkutan bas/van menghadapi kesukaran untuk hadir awal.
Guru besar telah menjelaskan bahawa :
i. Tasmik tidak dapat dimasukkan ke dalam jadual kerana tidak ada kelas
tambahan.
ii. Murid tahun 6 juga terpaksa bergerak ke bilik-bilik khas seperti makmal
computer, makmal Sains, Bengkel RBT dan Bilik Bahasa Inggeris ketika kelas
tambahan berlangsung.
15
9 Encik Gonaseelan a/l Narayanan
Beliau mengusulkan :
i. Penetapan hanya satu unit beruniform untuk tahun 2020 merugikan pelajar.
Guru besar menjelaskan bahawa :
i. TKRS – kebitaraan excellent dan di bawah Kementerian Malaysia.
ii. Tiada yuran dikenakan dan apa-apa sahaja aktiviti yang akan dilakukan yang
berkaitan semuanya adalah di bawah tanggungan kementerian. Dalam TKRS
terdapat cabang semua unit beruniform seperti Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri
dan lain-lain.
iii. Pakai satu t-shirt sahaja.
iv. Aktiviti yang dijalankan adalah mengikut sukatan pelajaran.
v. Guru-guru yang mengajar juga merupakan guru-guru yang bertauliah.
10 Puan Marlini binti Abdol Manap
Beliau mengusulkan :
i. Membekal dan memasang CCTV di sekitar kawasan sekolah SKCBM sebagai
langkah keselamatan warga sekolah. Melalui LPS mohon dana
kerajaan negeri.
Guru besar menjelaskan bahawa :
i. Sebelum 2018, sekolah dibekalkan CCTV-keselamatan.
ii. Selepas 2018, Kerajaan tiada peruntukan dan CCTV telah dipulangkan
semula.Tiada dana kerajaan selepas itu.
iii. Dana akan masuk melalui akaun BOG, Walau bagaimanapun Guru besar akan
panjangkan isu ini kepada pihak BOG.
iv. Walau bagaimanapun, 2021 sekolah akan mencuba lagi memohon CCTV melalui
dana kerajaan negeri.
11 Encik Naveenan a/l Sanyashivam
Beliau mengusulkan :
1. Keadaan kerusi bilik darjah yang tidak bersih dan lama perlu diganti
segera demi keselamatan murid. Kipas di bilik darjah dan kantin perlu berfungsi
selalu untuk keselesaan pelajar terutamanya pada keadaan cuaca panas yang teruk
sekarang.
Guru besar menjelaskan bahawa :
i. Menjelaskan bahawa murid telah dilatih berhenti 5 minit lebih awal
bagi membersihkan kelas.
ii. Keadaan kipas berfungsi dengan baik dan sentiasa dipantau.
iii. Tahun 2020 adalah tahun yang bagi memohon bantuan dari BOG
sekolah.
12 Encik Badrul Shahid
Beliau mengusulkan :
i. Adakan gotong-royong di antara waris dan ibu bapa dan guru-guru untuk
mencantikkan dan menceriakan kelas anak-anak supaya lebih bersemangat
untuk belajar.
Guru besar menjelaskan bahawa :
i. Perkara tersebut pernah dipanjangkan tetapi tiada sambutan dari pihak
ibu bapa.
16
ii. Walau bagaimanapun, beliau telah memberikan bantuan kepada guru-
guru bagi menceriakan kelas-kelas dan kelas-kelas telah dihias dengan
kemas dan cantik.
13 Pn. V. Tamilselvi
Beliau mengusulkan :
i. What are the health and safety measure that has been taken into action in
accordance the recent issues we are having. (ie influenza).
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menjelaskan bahawa :
i. Pegawai kesihatan telah melakukan nyah bacteria di beberapa buah kelas
yang telah terlibat dengan kes murid-murid yang dijangkiti influenza.
ii. Laporan tersebut telah dibuat dan dilaporkan ke Pejabat Pendidikan Daerah.
Dalam masa yang sama, sekolah telah mengambil tindakan awal iaitu murid-
murid yang dilaporkan dijangkiti influenza, murid-murid dikuarantin dan tidak
dibenarkan ke sekolah.
8.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019/2020
8.1 Puan Anasuya a/p Sukumaran selaku YDP PIBG sesi 2019/2020 dengan rasminya
membubarkan AJK PIBG sesi 2019/2020.
9.0 PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2020/2021
9.1 Pemilihan adalah berdasarkan undian yang telah dijalankan dan keputusannya adalah
seperti berikut:
Penasihat : Balkis binti Kader Bawa
YDP PIBG : Hj. Ropie bin Shafiee
Dicadang oleh: Rahini binti Darimin
Disokong oleh : Athirah binti Ayob
NaibYPD PIBG : Mariam Haryati binti MohdYusoff
Dicadang oleh : Ajuntha Kuppan
Disokong oleh : Christina a/p Pulanthuram
Ahli Jawatankuasa wakil ibu bapa:
Ajuntha Kuppan
Dicadang oleh: Mariam Haryati binti MohdYusoff
Disokong oleh : Jamilah binti Abdul Aziz
Chandra Segaran a/l Chinniah
Dicadang oleh: Malini binti Abdul Manap
Disokong oleh : Mariappan a/l Ramloo
Siti Sharah binti Abdul Rahman
Dicadang oleh: Malini binti Abdul Manap
Disokong oleh : Suhaila binti Shaari
17
Priscilla Granama a/p Arjunan
Dicadang oleh : Rubiah binti Hassan
Disokong oleh : Roshidah binti Abu Hassan
Laxmi Devi a/pYallaiah
Dicadang oleh : Rahini binti Rahimin
Disokong oleh : Anbuarasi a/p Ramasamy
Juruaudit
Wakil Ibu Bapa: Rahini binti Darimin
Dicadang oleh : Hj. Ropie bin Shafiee
Disokong oleh : Fazliyana binti Jamaludin
Wakil guru : Puan Nurul Aizat Binti Abdul Razak
9.2 Ahli Jawatankuasa (wakil guru) telah diumumkan oleh Guru Besar Puan Balkis binti
Kader Bawa iaitu :
Setiausaha : Nor Hafisah binti Abdul Rashid
Bendahari : Semala a/p Subramaniam
AJK : Farahiyah binti Jaafar
: Nurul Aizat binti Abdul Razak
: Kamaleswary a/pYathavan
: Aini binti Abdul Rashid (Sarana)
: Teh HooiYin (Juruaudit guru)
10.0 PENGESAHAN PERANCANGAN TAHUNAN PIBG 2020
10.1 Semua perancangan aktiviti tersebut (Rujuk Lampiran) telah dirancang oleh pihak
sekolah . PIBG sebulat suara meluluskan aktiviti diterima untuk dijalankan bersama
bagi meningkatkan pencapaiaan akademik dan sahsiah murid SKCBM.
Dicadangkan oleh : Nor hafisah binti Abd Rashid
Di sokong oleh : Sakila binti Abu Bakar
10.2 Bayaran sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM50.00 setahun untuk setiap keluarga
waris SKCBM untuk tahun2020.
Dicadangkan oleh : Makadevan A/L Sinnasamy
Di sokong : Azriyati Binti Md Rashid
10.3 Cadangan yang diutarakan oleh Encik Makadevan A/L Sinnasamy telah mendapat
persetujuan sebulat suara serta dipersetujui oleh semua ibu bapa yang hadir dalam
mesyuarat Agong PIBG sesi 20/21 telah diputuskan sumbangan sebanyak RM50.
18
11. HAL-HAL LAIN
Tiada
12.0 UCAPAN PENANGGUHAN
12.1YDP PIBG sesi 2020/2021 mengucapkan terima kasih kepada semua atas kepercayaan
memimilih beliau menerajui PIBG SK Convent Bukit Mertajam. Beliau seterusnya
mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………………….. …………………………………………..
(NORHAFISAH BINTI ABDUL RASHID) (MOHD ROPIE BIN MOHD SHAFIEE)
Setiausaha PIBG Sesi 2020/2021 Yang Dipertua PIBG Sesi 2020/2021
SK Convent Bukit Mertajam SK Convent Bukit Mertajam
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kluster Kecemerlangan
19
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
20
JADUAL KEDATANGAN KEHADIRAN AJK PIBG
SESI 2020/2021
BIL JAWATAN NAMA MESY 1 MESY 2 MESY 3 MESY 4 MESY 5 MESY 6
1 YDP Mohd Ropie Bin Mohd Shafie 06-03- 06-05- 02-07- 17-09- 14-10- 05-02-
2020 2020 2020 2020 2020 2021
ll l l l l
2 NYDP Mariam Haryati Binti Mohd l l l l l l
3 PENASIHAT Yusoff
Balkis Bt Kader Bawa ll l l l l
4 PK PENTADBIRAN Siti Suria Bt Walat ll l l l l
5 PK HEM Hamidah Binti Hussein ll
Nur Suryani Binti Yaacob ll l l l l
6 PK Sarina Binti Sahari ll l l l l
KOKURIKULUM
7 PK PETANG
8 S/U Nor hafisah Binti Abd Rashid l l l l l l
9 BENDAHARI Semala a/p Subramaniam l llll
10 S/U SARANA Cik Aini binti Abd Rashid l ll
11 AJK WARIS Encik Chandra Segaran A/l lll ll
12 AJK WARIS Chinniah
l lll
Ajuntha A/p Kuppan
13 AJK WARIS Priscillia Gnanama A/p ll lll
Arjunan
14 AJK WARIS Siti Sharah Binti Rahman l llll
15 AJK WARIS Laxmi Devi A/p Yallaiah l llll
16 AJK GURU Farahiyah binti Jaafar l llll
17 AJK GURU Mohd Zaher Bin Ismail l llll
18 AJK GURU Kamaleswary a/p Yathavan llll
19 JURU AUDIT Puan Teh Hooi Yin l
(GURU)
20 JURU AUDIT Puan Rahini Binti Darimin
(WARIS)
21 PENGERUSI Nurul Aizat binti Abdul Razak l l l l l
BKGS
21
LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG
SESI 2020/2021
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH SASARAN
07.05.2020 Semua warga SKCBM dan
Pembinaan sinki di belakang makmal 07.05.2020
1 Stem(RM1500) 28.05.2020 PIBG
Semua warga SKCBM dan PIBG
2 Menubuhkan Tabung Khas PIBG Covid 19 12.06.2020
Warga sekolah
3 Ziarah Cakna Pengawal keselamatan Abang 02.07.2020
Man 21.07.2020 Semua warga SKCBM dan PIBG
27.07.2020
Sambutan Kunjungan Pegawai PPD ke majlis 19.08.2020 Semua warga SKCBM dan PIBG
11.09.2020 PIBG
4 perasmian bilik Aura kasih dan bilik 17.9.2020
Pemulihan serta penyampaian anugerah 09.10.2020 Murid SKCBM
Warga SKCBM
cemerlang untuk guru-guru SKCBM 23.10.20
PIBG
5 Pemasangan bumbung singki (RM1500) 31.10.2020 PIBG
PIBG
Encik Chandra Menyumbang face mask dan 07.12.2020
6 sanitizer 25.01.2020 Semua warga SKCBM dan PIBG
Jpn telah memberi kelulusan kutipan Murid SKCBM
7 sumbangan RM50
PIBG
8 Pembinaan dewan terbuka Murid SKCBM
9 Mengubah tiang elektrik
10 Projek Tambahan frasarana dewan terbuka.
11 Sumbangan untuk guru kelas tambahan
tahun 6
Perjumpaan bersama Tuan DO Encik
Kamarul Haizal bin Koderat
-memohon sumbangan tambahan dana
menaiktaraf dewan
12 -Memohon jasa baik untuk membersihkan
kawasan semak di kawasan belakang
sekolah
-Memohon kerusi meja murid dan guru
SKCBM.
13 Pembinaan pintu gate baru untuk
kemudahan murid SKCBM
Lawatan YB Chong Eng untuk meninjau
keadaan dewan sekolah
14
15 Penyerahan modul transisi kepada waris
tahun 1
22
USUL DAN CADANGAN
23
BIL USUL/CADANGAN/PERTANYAAN DARIPADA:Ibubapa/Anak/Kelas
1 (a) Mohon gunapakai buku latihan lama dari menggunakan Tamilvani Narayanan(BAPA)
buku latihan yang baru. (CADANGAN) Pavinasri Nair Gonaseelan(6A)
(b) Mempertimbangkan duit PIBG tahun 2021 berikutan
pandemic C19. . (CADANGAN)
(c) Mohon beri panduan awal untuk pendaftaran anak ke
tingkatan 1. . (CADANGAN)
2 Memperketatkan kawalan keselamatan anak-anak semasa Suraya Bte Senik
pulang sekolah terutama semasa melintas jalan.Kenderaan luar Nurkiesyalaila Ayuni Bte Ab Ghani(4A)
banyak yang laju semasa dikawasan sekolah. . (CADANGAN)
3 Any special or extra classes for standard 6. (PERTANYAAN) Vimala Vartharaju
Thisha Rau(6A)
4 We can have G0ogle Meet among the parents. Kavitha muniandy
. (CADANGAN) Suvetha srii a/p ravi varman
(1A)
5 Menjalankan online kelas /google classroom kepada pelajar Nanthinee a/p Povalan
sekurang-kurang selama 5 jam sehari mengikut matapelajaran Jaishree a/p Sureskumar
kerana pelajar tidak tertinggal belajaran. . (CADANGAN) (1R)
6 Google meet ...is the best choice for the moment.. Lohgeswarry Ganasan
. (CADANGAN) Vegisha Naidu Karthigesu
(1J)
7 Kelas online bersemuka yang lebih berkesan dari guru2 bagi Nathan Thiagarajan
semua subject . (CADANGAN) Bhereenika Shaiiny Nathan(6A)
8 Perlu penambahbaikan dari segi penguasaan Bahasa Inggeris. Siti Raihan Hayati
Saya berpendapat penguasaan bahasa inggeris bagi anak saya Siti Sophiah sakinah (2J)
agak lemah. Tidak dapat bertutur dlm bahasa inggeris. Apabila
covid 19 melanda negara, murid- murid berlainan bangsa tidak
dapat bergaul sesama sendiri. Satu kelas semua murid melayu.
Jadi saya rasa perlu ada pendekatan lain mcm mana nak
menggalakkan murid -murid Melayu berinteraksi dalam bahasa
inggeris. . (CADANGAN)
9 Pdpr perlu lebih kreatif dan menarik tumpuan pelajar bukan Mohd Ridzuan Bin Zulkapli
sekadar tgk di YouTube dan diakhiri selamat Maya Qaira Qasandra(1R)
menonton.Diharap cikgu2 merakam sesi pengajaran sendiri
dgn menggunakan perkataan yg mudah pelajar faham.Akhir
sekali tekankan pembacaan dahulu dari aktiviti
mewarna.Kelaskan pelajar2 yg boleh baca,lancar baca,tidak
tahu baca.Bagaimana nk kelaskan?Bg teks dan minta ibu bapa
rakamkan ank sedang membaca.Maaf cikgu,ini sekadar
pandangan.Harap kita sama2 dpt menaikkan kualiti
pembelajaran utk ank2 kita di waktu yg sukat ini.Terima kasih.
. (CADANGAN)
24
10 Keselamatan anak semasa berada di sekolah. R Shanmugam a/l R Rajendran
(PERNYATAAN) Meeshalini a/p R Shanmugam(1T)
Memandangkan sesi persekolahan tahun 2020/2021
tidak banyak pertemuan di sekolah, dicadangkan Anwar Hafdzan bin Mohd Radzi
11 untuk pengumpulan barang-barang (baju uniform, Ain Batrisyia binti Anwar Hafdzan
kasut dan beg sekolah) terpakai untuk di dermakan (5T)
kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan
akibat kesan pandemik COVID-19. (USUL)
12 Harap kanak kanak dapat belajar dari rumah sehingga Virender Singh
pandemic covid-19 berakhir. . (CADANGAN) Manveer Kaur(6A)
13 Meeting can arrange by online google meet or Zoom ( Kirisnaveni Subramaniam
on Sunday better for every parents) it’s my Haarshita Sivaguru (2R)
suggestion. . (CADANGAN)
14 More online classes . . (CADANGAN) Gyanaprakash Thominathan
Giselle (4J)
15 Mencadangkan agar kelas hanya diadakan pada satu Shobana Pandian
sesi sahaja iaitu sesi pagi. . (CADANGAN) Jay Rukshana(1A)
16 Program tuisyen berbayar tahun 4 dan 5 Mogan Ramasamy
. (CADANGAN) Leenitrashini Mogan(5R)
Mohon pihak sekolah untuk memberi tugasan kepada Noor Ain
17 murid -murid dengan mengunakan buku aktiviti yang Arissha Nurfara (3T)
tersedia ada . . (CADANGAN)
Discussion together with teachers on how to enhance Paul Louis
18 virtual studies among the students in more effective Ivony Anne(6R)
ways. . (CADANGAN)
Disebabkan dengan situasi PKP disebabkan Covid-19
yang tidak menentu ini, diharapkan pihak PIBG dapat
anjurkan aktiviti/program yang bersesuaian,
terutamanya untuk peningkatan akademik pelajar, & Magendran Munisamy
19 juga memastikan kelangsungan PdP dapat berjalan Lohshyana a/p Magendran(1J)
lancar. Disamping itu, adalah diharapkan agar
diwujudkan medium komunikasi yang lebih interaktif
dan aktif antara pihak sekolah dan ibubapa. sekian,
mohon dicadangkan. . (CADANGAN)
20 Always sanitize children's hand. . (CADANGAN) Yap Phaik Siang
Claire Chew Kai En(3R)
21 Google classroom to update the homework instead Tamilselvi
of WhatsApp . . (CADANGAN) Jeehneetaa (3A)
Isu tentang guru-guru penggunaan Google Shuken Shalom
classroom untuk mengajar atau memberikan kerja Nivashini Shalom(3R)
22 rumah perlu dimulakan serta-merta. .
(CADANGAN)
23 Mengurangkan duit makanan. . (CADANGAN) Thenakaran/ Ranjanie
Kaasini Thenakaran(6R)
To have proper online teaching Nityanandan Iyaru
24 . (CADANGAN) Nefertina Nandhini Nityanandan
(6R)
25
Pihak sekolah perlu menganjurkan program "kerjaya" supaya Noor Zuhal
pelajar dapat membuka minda dan dapat membuat pilihan Ariana Qisya(1T)
25 "kerjaya impian" yang lebih pelbagai mengikut
perkembangan semasa, minat dan bakat masing-masing. .
(CADANGAN) Nirmala D/O Manoharan
26 Pertolongan teknologi dan jarak masa untuk setiap subjek
supaya adik beradik boleh kongsi teknologi. . (CADANGAN) Rhenhukka D/O Anbarasu(6A)
27 1.Online class kena lebih ringkas supaya ibu bapa lebih mudah Thangarajan a/l thilahar
memahami dan ajar anak2. Kantani a/p thangarajan(6R)
2. Ber harap cikgu tidak mengguna facebook untuk belajar
online sedangkan kita sdh ada google classrom. . (CADANGAN)
28 Saya cadangkan sekolah dengan kerjasama pihak pibg Kesavan a/l Subramaniam
memperuntukkan bajet tinggi bagi persekolahan 2021 yg Sharvaniey a/p Kesavan
sesuai bagi langkah memperbanyak lagi peralatan sop covid 19 (5R)
glove,mask,sanitizer,stiker sop lantai,ribbon divider
,persediaan bilik khas kuarantin sekiranya sekolah
dibuka.perbanyak banner amaran covid 19 di merata tempat di
sekolah khususnya 100% tempat laluan pelajar.pelajar sek
rendah kerap perlu diingatkan sop yg banyak di merata tempat
.terima kasih. (USUL)
29 Hopefully Teacher all understanding current situation all over Jegathisen A/L Govindan
place red zone because of Covid and hard to give children go Shasvini A/P Jegathisen (1A)
extra class anywhere. Home work giving by teachers appreciate
but pls do something with send those print and paste paper
homework for children. Reason some of parent hard to print
those paper because out of printing machine at home. If go
shop also risk is there. Pls use the book distribute by school
more better for children do homework. . (CADANGAN)
30 Safety COVID guidelines for the students once the face to face Jose Antonio Mag-asin / Rosalyn Mag-asin
class resumes. . (CADANGAN) Sydelle Shanessa A. Mag-asin
31 Musim MCO tetapkan jadual Google Meet Dengan Tahun 6 (2A)
Norlaila Abdullah
Buat teknik pengajaran& pembelajaran semasa MCO sprti Nur Zara Qistina(6T)
teacher Hooi Yin Mengajar Bahasa Cina..Murid mudah Nur Zara Eryna(2J)
faham..Ibu bapa senang urus. . (CADANGAN)
32 Please have consistency when doing goggle classroom, if using Emily Shung Hooi Sun
google meet please ensure it is Using the email that Constance Lim Jia Xuan(6R)
government is given. . (CADANGAN)
33 Good day teacher, Nalini A/P Sinasamy
My main point will be sending homeworks in Telegram and M.Ovea(4J)
Whatsapp. There's no time limitation for all the parents n
teachers.Early mornings, late nights, Saturdays n even
Sundays. Parents teachers both doing same mistakes. We,
working parents putting so much efforts to follow up
everything...atleast give us one rest day, not asking too much.
Just a time frame for everything and limited replies from
parents itself...like ok, done, "thumbs up" and etc, all that no
need so that we dont miss a thing.
Thats all.Thank you! . (CADANGAN)
26
34 Online class via Google classroom or Zoom must be Satiaseelan A/L Kanasamy
enforced 100%. Teaching via WhatsApp not effective due to Nairvaani A/P Satiaseelan(6A)
1 way communication. Children understanding on particular
subject is not evaluated on the spot. Parents has to educate
& support on class work/ home work hence children’s
understanding on that particular subject is not known until
evaluated. This is serious as either party may take
advantage. 10q . (CADANGAN)
35 1. For PdPR, could utilize the use of work book? Kindly avoid Edinorshahrin bin Ab Aziz
using printing method as to consider parent who is Nur Qistina Akmal(5T)
working, additional cost on the printer/ink/papers etc. Nur Qaisara Akmal(4A)
(PERTANYAAN/CADANGAN) Nur Qisya Akmal(2T)
27
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI
2021/2022
28
PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021/2022
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021/2022
Pemilihan berdasarkan undian yang telah dijalankan dan keputusannya adalah
seperti berikut:
Penasihat : Pn. Balkis Bt Kader Bawa
Yang di-Pertua :
Cadangan :
Sokongan :
NaibYang di-Pertua :
Cadangan :
Sokongan :
Setiausaha :
Setiausaha Sarana :
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa
Wakil Ibu bapa : 1.
2.
3.
4.
5.
Wakil Guru : 1.
2.
3.
4.
Juruaudit Ibu bapa :
Juruaudit Guru :
29
SEKALUNG PENGHARGAAN
ENCIK ROPIE BIN MOHD SHAFIEE
YANG DIPERTUA PIBG SESI 2020/2021
SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
PEGAWAI PROSA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SPT
AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG
AHLI-AHLI JAWATANKUASA JEMAAH PENGURUS
SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
IBU BAPA DAN WARIS MURID-MURID
GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH
SEMUA PIHAKYANG TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA, SOKONGAN MORAL,
TENAGA SERTA WANG RINGGIT UNTUK MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI INI
TERIMA KASIH
30