The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

VALENCIA BRITNEY ANAK AYONG
BB21110591 (SEKSYEN 3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by valenciabritneya, 2022-06-08 13:49:47

DIARI SEORANG PEKERJA

VALENCIA BRITNEY ANAK AYONG
BB21110591 (SEKSYEN 3)

DAIRI

SEBAGAI PEKERJA

PENGURUSAN BERORGANISASI
(UL00602 SEKSYEN 3)

BY VALENCIA BRITNEY
ANAK AYONG (BB21110591)

SINOPSIS

Diari ini mengisahkan tentang diri seorang pekerja wanita muda yang
telah memulakan hidupnya sebagai seorang pekerja selama 2 tahun
di sebuah kedai telefon pintar yang berjenama samsung.

Valencia Britney atau singkatan
namanya vel, telah bekerja di kedai
telefon pintar samsung yang
terletak di 1Borneo Hypermall, Kota
Kinabalu Sabah.

Segala perisitiwa yang berlaku telah menjadikan dia seorang yang
sangat bermotivasi dan berkeyakinan tinggi dalam dunia perniagaan.
Vel mempunyai personaliti pemalu tetapi rajin apabila sesuatu
perkara tersebut melibatkan kerjanya.

Dia juga sentiasa berusaha untuk menunjukkan bahawa dia seorang
yang berkarisma tinggi apabila bekerja demi mendapatkan
pengalaman dengan lebih mendalam dari pekerja lama dan juga
daripada majikan. Segala kejayaan yang dia ada pada hari ini
adalah hasil daripada pengalamannya sebagai pekerja dan ilmu yang
dikongsikan oleh majikannya.

HARI PERTAMA MENJADI PEKERJA

8 Februari 2020 merupakan hari pertama vel bekerja di sebuah kedai
telefon pintar berjenama samsung. Pada hari itu, hanya dia yang tahu
betapa takutnya dan gementar untuk memulakan hari pertama
kerjanya kerana dia tidak mempunyai pengalaman bekerja sebagai
pembantu jualan (sales assistant). Namun, perkara itu bukanlah satu
penghalang kepada vel kerana yakin hal itu boleh dipelajari secara
perlahan. Kedatangan vel sebagai pekerja baru juga disambut dengan
baik oleh pekerja disitu dan saat itu bermulanya vel menjadi seorang
pekerja. Dia merasa sangat-sangat gembira kerana perkara ini
merupakan satu yang baharu kepadanya lebih-lebih lagi dalam
bidang pekerjaan.

Dulu, vel bercita-cita ingni menjadi seorang guru namun tiada rezeki
untuknya mendapat tawaran dalam aliran pendidikan. Pada waktu itu
dia merasa sangat kecewa namun rezeki lain yang datang dimana hal
itu menyebabkan dia suka dalam bidang perniagaan.

Sepanjang menjalani hari pertama tersebut, vel
mempelajari perkara asas mengenai telefon pintar
samsung dan tugas yang perlu dilakukannya sebagai
pembantu jualan. Segala ilmu yang dikongsikan pada
hari itu terus diingatinya sampai hari terakhirnya bekerja
untuk mengelakkan sebarang kesilapan berlaku.

Hari demi hari, bulan telah berganti, vel
berjaya menjalankan tugasnya dan
mengakplikasikan ilmu yang telah
diperolehinya sebagai seorang pembantu
jualan. Pada hari yang indah itu, vel
menyedari bahawa pekerjaan dalam
bidang perniagaan sangat
menyeronokkan dimana kita boleh
membaiki personaliti diri kita.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Dahulu, vel langsung tidak berminat untuk menjadi seorang pembantu
perniagaan kerana dia tidak yakin dia mempunyai ciri-ciri untuk menarik
perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun, bimbingan yang
diberikan oleh pekerja di situ menjadikan vel seorang yang yakin ketika
bekerja.

Sebagai seorang pembantu jualan telefon pintar, vel juga mempunyai
peluang untuk mengenal kebaikan jenama samsung. Dia juga
mempelajari tentang pelbagai jenis alat peranti dan telefon pintar di
kedai tersebut. Hal ini merupakan suatu yang sangat menarik untuknya.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

PERISTIWA PAHIT

Genap setahun dua bulan vel bekerja, seorang
pekerja yang banyak membimbingnya telah berhenti
bekerja di kedai itu. Andrea Kyla (Ann) antara
pekerja yang paling lama paling dan berpengalan.
Dia juga seorang yang bijak berkomunikasi dalam
mengatur strategi mengekalkan keuntungan di kedai
itu. Setelah beberapa hari, majikan kedai samsung
telah merekrut seorang pekerja lelaki iaitu Ahmad
Isham juga tiada berpengelaman bekerja untuk
mengisi kerja kosong setelah Ann berhenti kerja.

Pada 15 Jun 2021, hari peristiwa pahit berlaku iaitu
timbulnya konflik di antara vel dan majikannya.
Perkara ini tercetus apabila Isham tidak menjalankan
kerja dengan baik seperti tiada bimbingan daripada
pekerja lain. Sebagai seorang pekerja yang telah
lama menjadi pembantu jualan, majikan kedai
samsung itu menyalahkan vel atas sebab tidak
membimbing dan memantau Isham dalam kerjanya.

Di sebaliknya, Isham adalah seorang yang malas
untuk mempelajari sesuatu lebih-lebih lagi

memberikan kerjasama ketika vel mengkongsikan
sesuatu. Namun, Isham tidak memberikan penjelasan

kepada majikan bahawa perkara itu bukan
sepenuhnya salah vel.





Pada saat itu, vel ingin memberikan notis
berhenti kerja kerana dia tidak suka
bekerja dengan orang yang langsung
tidak memberikan kerjasama kepadanya.

Namun, Isham telah mengaku dan
meminta maaf kepada majikan dan vel
atas kesilapan dan sikapnya pemalas
untuk bekerja di situ.

Kejadian ini telah menyedarkan majikan
kedai samsung itu bahawa tidak semua
pekerja yang tidak memiliki pengalaman
rajin untuk mempelajari sesuatu dan
menjadi seorang pekerja yang baik.

KEJAYAAN SEORANG WANITA

Pengelaman dua tahun bekerja menjadi seorang pembantu jualan
telah menjadikan vel sebagai seorang usahawan muda. Bermula
daripada perniagaan kecil-kecilan ini, semakin hari semakin
banyak keuntungan yang diperolehi sehinggalah perniagaan
Choco Jar dia mempunyai dropship. Apa yang vel pelajari ketika
menjadi seorang pekerja pembantu jualan di kedai samsung,
komunikasi yang baik amatlah penting dalam menyampaikan
produk atau perkhidmatan . Kerjasama juga sangat penting di
antara pekerja dan majikan agar imej sesebuah syarikat atau
organisasi terjaga dengan baik.

Perkara yang paling penting adalah menjadi seorang pekerja
telah mengubah personaliti dirinya daripada seorang pemalu
kepada seorang yang berkeyakinan sehinggalah dia mencapai
kejayaan hari ini

Oleh itu, tidak dinafikan pada
zaman sekarang wanita juga boleh
menjadi pemimpin yang baik untuk

membawa pekerjanya ke arah
kejayaan.

Thank you!


Click to View FlipBook Version