The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHASHA BATRISYIA BINTI SHARULNIZAM Moe, 2023-10-20 09:20:56

Pelancongan Gastronomi

Untuk ujian lisan b.melayu

Pelancongan Gastronomi DISEDIAKAN OLEH : AINA NURAISHAH


Pelancongan gastronomi didefinisikan sebagai aktiviti pelancongan yang mengaitkan budaya dan makanan. Pelancongan gastronomi ini juga disebut sebagai pelancongan kulinari. Pelancongan ini adalah bertujuan bagi menarik kemasukan pelancong ke negara kita sambil menikmati juadah tradisi dan keindahan budaya negara kita. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Fadillah Yusof pernah menekanan bahawa seharusnya pelancongan gastronomi ini diberi perhatian yang lebih oleh kerana keadaan Malaysia yang kaya dengan pelbagai cita rasa makanan sekaligus dapat memajukan ekonomi negara. Mutakhir, Kementerian Pelancongan Malaysia menjadikan jamuan perayaan sebagai satu uslub bagi mengetengahkan pelancongan gastronomi di negara ini. Definisi


Kepentingan pelancongan gastronomi ialah pendapatan negara akan bertambah. Tamsilnya jumlah pelancong meningkat pada tahun 2019 kerana perluasan pelancongan gastronomi yang telaha menyumbang lada berganda sebanyak RM84.1 bilion berbanding RM21.4 bilion pada tahun 2018. Pendapatan yang meningkat dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah seiring meningkat infrastruktur. Pengaliran masuk wang asing ke negara kita dapat mengukuhkan nilai mata wang di samping merancakkan ekonomi negara. Pendapatan negara dijamin akan terus mampan dengan rekomendasi pelancong yang melancong ke negara kita kepada masyarakat di negara mereka Apakah kepentingan pelancongan gastronomi di negara kita?


Selain itu, pelancongan gastronomi juga dapat menyerlahkan citra bangsa Malaysia. Sebagai contoh, pelancong dapat mengenali makanan dan kaitannya dengan bangsa tertentu seperti nasi lemak dengan berbangsa Melayu, kuih bulan berbangsa Cina dan tose berbangsa India. Oleh yang demikian, ini dapat memberi gambaran kepada pelancong luar bahawasanya Malaysia merupakan negara yang memiliki masyarakat majmuk bawah jata negara bersekutu bertambah mutu. Pelancong juga dapat memahami bahawa kepelbagaian kaum di Malaysia melalui aneka makanan.


Uslub yang efektif bagi memajukan pelancongan gastronomi adalah dengan mewariskan resipi turun-temurun makanan tradisional kepada generasi muda dan akan datang supaya resipi makanan tradisonal ini tidak ditelan dek zaman. Sebagai contoh, generasi muda seperti cucu-cucu boleh mempelajari untuk memasak makanan tradisional ini dari nenek mereka atau dari orang-orang yang hidup pada zaman dahulu. Dengan mewariskan resipi ini, makanan tradisional negara kita dapat dikekalkan malah boleh divariasikan menjadi makanan yang baharu tetapi masih berunsurkan makanan tradisional. Justeru, aktiviti gastronomi dalam negara boleh ditingkatkan dan dipopularkan ke negara-negara luar. Hal ini juga sedikit sebanyak merupakan pemacu kemajuan ekonomi negara kita dengan meningkatakan pendapatan negara. Hal ini menepati aforitsme, hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri. Cara bagi memajukan pelancongan gastronomi


Berdasarkan isi yang telah dihuraikan tentang pelancongan gastronomi, izharlah ianya berpotensi bagi meningkat ekonomi agar negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara yang bertaraf antarabangsa. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya perlu lah bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagai isi dengan kuku supaya sinergi ini mampu memperkasakan pelancongan gastronomi demi kepentingan rakyat. Diharapkan agar pelancongan gastronomi ini menjadi tulang belakang bagi menarik pelancong menikmati makanan tempatan di negara kita. Kesiampulannya, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, akan tetapi tuah negara kita terletak di pelancongan gastronomi yang mampu memberi impak positif Kesimpulan


Click to View FlipBook Version