PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
TAJUK :
MENINGKATKAN PENGUASAAN
FAKTA SEJARAH MURID TAHUN 5 DENGAN KAEDAH UNCANG
EMAS MENGGUNAKAN APLIKASI WORLDWALL
2020
Disediakan oleh :
Encik Nor Haizam bin Ahmad
SK Sri Subang Jaya TS25
Penggerak Pembelajaran Bermakna"THINK NEW"
JLN SS14/8, 47500 SUBANG JAYA, SELANGOR.
PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin–Nya saya dapat
menyiapkan Kajian Tindakan ini. Sepanjang saya membuat kajian ini, saya mendapat
sokongan dan kerjasama yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak. Kesempatan ini
saya ambil bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada
mereka yang berkenaan.
Pertamanya , jutaan terima kasih kepada Guru Besar En.Rizal b. Hj.Rais dan
barisan pentadbir yang lain kerana memberi dorongan serta membimbing saya untuk
menghasilkan kajian ini . Tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada
isteri saya Junaita bt. Manan, anak-anak serta rakan guru yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung yang sentiasa memberi kerjasama sehingga dapat
melancarkan lagi proses kajian saya.
1
Selain itu, khusus kepada anak-anak murid yang terlibat secara langsung
sebagai sampel kajian, kerjasama dan kesungguhan mereka mengikuti aktiviti yang
saya jalankan sangat mengharukan dan sangat dihargai. Allah S.W.T. jua yang dapat
membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.
ABSTRAK
Subjek Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang begitu kompleks,
abstrak dan empirikal. Oleh kerana sifatnya yang dinamik serta mengandungi data-
data yang bersifat kualitatif, maka subjek Sejarah amat memerlukan persediaan tahap
kognitif yang tinggi bagi memudahkan murid menguasai dan memahami sesuatu
peristiwa. Kesukaran murid mengingat pelbagai konsep dan, fakta sejarah
menyebabkan mereka menganggap subjek Sejarah sebagai mata pelajaran yang
sukar dipelajari.
Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan bagi meningkatkan minat dari aspek
penglibatan aktif dan interaksi murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah Uncang Emas. Tujuan kajian ini dijalankan adalah
untuk meningkatkan minat murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya dapat meningkatkan markah dalam peperiksaan .
Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penglibatan murid secara aktif
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan interaksi yang lancar di
antara guru dengan murid. Subjek kajian terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5.
Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil
refleksi, didapati bahawa punca utama berlakunya masalah ini adalah disebabkan
oleh proses pembelajaran dan pembelajaran yang kurang aktif. Kaedah ini digunakan
untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid bagi meningkatkan
penglibatan murid secara aktif semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
dan mewujudkan interaksi dua hala yang lancar di antara guru dengan murid. Dalam
intervensi ini, murid akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah Uncang Emas yang dilaksanakan oleh guru secara atas talian.
2
Melalui kaedah ini, murid-murid dapat menggabungjalinkan kemahiran kognitif,
afektif dan psikomoto mereka dengan menggarap kemahiran belajar melalui deria
penglihatan (visual), pendengaran (audiotari) dan deria rasa (sentuhan) atau Neuro
Linguistic Programme (NLP).
Diharapkan kaedah Uncang Emas ini dapat meningkatkan minat pelajar
terhadap Sejarah sekaligus berupaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sejarah.
ISI KANDUNGAN. Muka surat
Bil Perkara 4
5
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN 5
2.0 FOKUS KAJIAN 6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 6
4.0 KUMPULAN SASARAN 8
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
6.0 PELAKSANAAN KAEDAH UNCANG EMAS 9
11
MENGGUNAKAN APLIKASI WORLDWALL 11
7.0 PENILAIAN 12
8.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
9.0 REFLEKSI
10.0 PENUTUP
3
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / ISU YANG LALU
Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Subang Jaya, Selangor sejak tahun 1999
hinggalah sekarang. Saya mula mengajar subjek Sejarah Tahun 5 dan 6 bermula
tahun 2016. Dari pengamatan setelah hampir 4 tahun mengajar subjek ini, saya dapati
murid lemah dalam menguasai fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan nama
tokoh, tarikh dan nama tempat sesuatu peristiwa berlaku. Keadaan ini
membimbangkan saya sebagai seorang guru yang ingin melihat murid-murid berjaya
dengan cemerlang dalam subjek Sejarah.
Tahun 2020 ini merupakan tahun yang cukup mencabar bagi semua rakyat
Malaysia apabila seluruh dunia dilanda dengan penularan wabak Covid-19. Sesi
persekolahan mula terhenti apabila sekolah ditutup akibat Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) iaitu pada 18 Mac hingga 15 Julai 2020 (Kali Pertama) dan 12
Oktober hingga 18 Disember 2020 (Kali Kedua). Sesi pembelajaran murid diteruskan
di rumah menggunakan aplikasi-aplikasi yang diberikan oleh guru secara dalam talian.
Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan para guru termasuklah diri saya apabila
mengenangkan sama ada murid dapat atau tidak pengajaran yang disampaikan oleh
guru. Keadaan ini kerana guru dan murid tidak bersemuka semasa pengajaran
disampaikan.
Terdapat beberapa pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) yang boleh digunakan oleh guru menggunakan medium yang sesuai.
Antaranya, Google Meet, DELIMa, youtube, Quizizz, Kahoort, TV Pendidikan,
Cikgootube, eBuku, ePermainan dan banyak lagi. Saya juga tidak terkecuali daripada
menggunakan pendekatan tersebut dengan menggunakan pelbagai aplikasi bagi
menyampaikan pengajaran saya kepada murid di rumah. Saya dapati, setiap aplikasi
yang digunakan terdapat kebaikan dan kelemahan yang tertentu.
Justeru, saya telah mencipta satu kaedah Uncang Emas menggunakan
aplikasi Worldwall bagi menambah penguasaan murid di samping dapat menarik
perhatian murid dalam subjek Sejarah.
4
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian saya adalah berfokus kepada masalah murid-murid dalam kelas Tahun
5 . Masalah yang dikesan ialah murid-murid sukar dan mudah lupa fakta-fakta
Sejarah. Selain itu, fokus kajian saya juga menyentuh cara menarik minat murid
dalam pembelajaran Sejarah sewaktu PKP. Saya juga hanya memfokuskan kajian
saya terhadap 10 orang murid kelas Tahun 5 sebagai responden kerana 10 orang
murid ini tidak mempunyai masalah penggunaan peranti sewaktu PKP.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan fakta sejarah murid
Tahun 5 dengan kaedah Uncang Emas menggunakan aplikasi Worldwall. Diharap
dengan penggunaan kaedah ini murid-murid akan dapat mengingat dengan cepat dan
kekal dalam jangka masa panjang.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Melalui kajian ini, diharapkan akan dapat mencapai objektif-objektif berikut:
3.2.1 Peningkatan penguasaan murid mengingati sesuatu fakta, tokoh
dan peristiwa Sejarah sebanyak 70% berdasarkan ujian pos yang
dijalankan menggunakan aplikasi Google Form.
3.2.2 Peningkatan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah
sekurang-kurangnya sebanyak 80% dalam borang selidik yang
dijalankan.
3.2.3 Meningkatkan penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang
diberikan oleh guru
5
4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid yang terlibat adalah seramai 10 orang dari kelas Tahun 5 yang terdiri
daripada 6 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH
Seramai 10 murid Tahun 5 dipilih sebagai sasaran kajian berdasarkan
keupayaan mereka mempunyai peranti seperti internet, laptop dan telefon bimbit.
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjayakan kajian
ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan
lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data
seperti berikut :
5.1.1 Praujian
Pengetahuan murid dalam penguasaan fakta sejarah diuji untuk
mengetahui masalah yang dihadapi walaupun ia telah diajar dalam
tahun yang sama. Instrumen yang digunakan untuk menguji
penguasaan murid adalah dengan aplikasi Google Form.
5.1.2 Pemerhatian
Semakan jawapan dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap
penguasaan murid tentang fakta sejarah.
5.1.3 Soal selidik
Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas aktiviti. Perbezaan
pandangan dan pendapat dapat menjelaskan sama ada aktiviti yang
diberi berkesan atau tidak
.
6
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Praujian
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan fakta sejarah ini menunjukkan
keputusan yang kurang baik. Kebanyakan murid mendapat markah kurang
daripada 9/20. Berikut adalah keputusan yang diperolehi :
BIL NAMA MURID MARKAH
1 NUR ARIANA AMANI BT. HELMY 2/20
2 MUHAMMAD IMAN SULAIMAN 3/20
3 HAZIKA SYAHIRAH BT. ABD. HAKIM 3/20
4 HARIS IRSYAD 3/20
5 GABRIEL ISAAC 4/20
6 DAMIYA IRDINA 7/20
7 FIRMAN SYAH 7/20
8 IMRAN JAFREEZAL 7/20
9 NUR ZAFIRAH BT. MUHAMMAD IZAIDI 8/20
10 MUHAMMAD RIZQ DANIAL BIN. SUHAIMI 8/20
5.2.2 Pemerhatian
Pemerhatian yang dibuat adalah berdasarkan semakan markah murid dalam
aplikasi Google Form yang disediakan. Sebanyak 10 soalan berkaitan fakta
Sejarah yang perlu dijawab oleh murid.
7
5.2.3 Soal selidik
Saya telah mengedarkan soal selidik sebelum kaedah dijalankan. Soal selidik
itu berperanan untuk mengesan punca kelemahan murid dalam menguasai fakta
Sejarah. Antara puncanya adalah :
5.2.3.1 Terlalu banyak fakta sejarah yang perlu diingat.
5.2.3.2 Kurang berkebolehan mengingati fakta sejarah semasa pembelajaran
dan pengajaran guru.
5.2.3.3 Subjek Sejarah agak membosankan.
Saya akan menggunakan pascaujian nanti untuk mengukur perubahan dari
segi minat murid terhadap subjek Sejarah. Murid diberi soal selidik sebelum dan
selepas kaedah digunakan. Perbezaan pandangan dan pendapat akan dapat
menjelaskan sama ada kaedah yang digunakan berkesan ataupun tidak.
6.0 PELAKSANAAN KAEDAH UNCANG EMAS MENGGUNAKAN APLIKASI
WORLDWALL
Uncang Emas merupakan satu kaedah pembelajaran yang berbentuk
permainan menggunakan aplikasi Worldwall. Uncang Emas yang mengandungi
jawapan akan dipilih oleh murid berdasarkan soalan yang diberi. Setiap kali murid
memilih uncang yang betul, ganjaran markah akan dikumpul dan murid yang dapat
mengumpul markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
6.0.1 Aktiviti 1
Saya memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi
penerangan ringkas setiap topik yang telah dipelajari. Dari pemerhatian saya semua
murid berasa bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat yang dikehendaki.
8
6.0.2 Aktiviti 2
Murid diberi pautan untuk menjawab 10 soalan kuiz fakta asas Sejarah Tahun
5 dengan kaedah Uncang Emas menggunakan aplikasi Worldwall. Mereka diminta
menjawab soalan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Saya telah melakukan
pemerhatian melalui kuiz yang dijawab oleh mereka.
6.0.3 Aktiviti 3
Setelah aktiviti (ii) tamat saya memberikan pautan Google Form borang soal
selidik untuk diisi oleh murid tentang keberkesanan kaedah yang telah mereka jalani.
7.0 PENILAIAN
Untuk menilai keberkesanan kaedah ini bagi menaikkan markah dan minat
murid dalam subjek Sejarah, saya telah menjalankan pascaujian. Ujian ini akan
memperlihatkan berlaku perubahan atau tidak terhadap markah murid berbanding
dengan markah praujian. Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik
untuk mengetahui minat mereka terhadap subjek Sejarah selepas kaedah tersebut
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
Pascaujian telah dijalankan dengan menggunakan soalan yang sama dalam
praujian. Perbandingan keputusan yang dicapai oleh murid-murid adalah seperti
dalam jadual di bawah.
9
Jadual Menunjukkan Perbandingan Markah Praujian dengan Pascaujian
Tahun 5 .
Bil Murid Praujian Pasca
Ujian
1 NUR ARIANA AMANI BT. HELMY 2/20 10/20
2 MUHAMMAD IMAN SULAIMAN 3/20 10/20
3 HAZIKA SYAHIRAH BT. ABD. HAKIM 3/20 12/20
4 HARIS IRSYAD 3/20 12/20
5 GABRIEL ISAAC 4/20 12/20
6 DAMIYA IRDINA 7/20 14/20
7 FIRMAN SYAH 7/20 15/20
8 IMRAN JAFREEZAL 7/20 12/20
9 NUR ZAFIRAH BT. MUHAMMAD IZAIDI 8/20 12/20
10 MUHAMMAD RIZQ DANIAL BIN. SUHAIMI 8/20 10/20
Berdasarkan jadual di atas, pascaujian telah menunjukkan bahawa kaedah di
atas dapat mencapai objektif iaitu 70% murid mendapat peningkatan markah. Selain
daripada pascaujian, soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas
berkaitan dengan minat murid dalam subjek Sejarah. Hasil daripada soal selidik yang
dijalankan telah menunjukkan peningkatan minat terhadap subjek Sejarah.
10
8.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN
PELAKSANAAN
1 Menulis proposal kajian 7 Disember 2020
2. Melaksanakan Praujian 9 Disember 2020
3. Merancang Tindakan 9 Disember 2020
4. Melaksanakan Tindakan – Aktiviti 1 10 Disember 2020
5. Melaksanakan Tindakan – Aktiviti 2 dan 3 13 Disember 2020
6. Melaksanakan Paska Ujian untuk mengesan 13Disember 2020
pencapaian murid
7. Refleksi kajian 14 Disember 2020
8. Menulis laporan kajian 14 Disember 2020
9. Menghantar kajian 15 Disember 2020
9.0 REFLEKSI KAJIAN
Saya mendapati murid menunjukkan minat yang tinggi semasa menjawab kuiz
Uncang Emas menggunakan aplikasi Worldwall. Ini kerana aplikasi ini membantu
murid menjawab soalan sambil bermain. Di samping bermain, mereka perlu
mengingat fakta sejarah yang telah dipelajari. Komitmen tersebut merupakan
suatu petanda kepada saya bahawa kaedah ini membantu menjawab soalan
dengan baik dan kemahiran menguasai fakta benar-benar diperlukan. Selain itu,
kaedah ini dapat memberi motivasi kepada diri mereka bahawa mata pelajaran
sejarah merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan dan mudah.
11
10.0 PENUTUP.
Kajian Tindakan saya yang bertajuk meningkatkan penguasaan fakta sejarah
murid Tahun 5 dengan kaedah Uncang Emas menggunakan aplikasi Worldwall
diharap dapat menarik minat murid dengan lebih mendalam untuk mempelajari
mata pelajaran Sejarah serta dapat mengingat fakta Sejarah dengan lebih baik
Ini sekaligus, dapat meningkatkan peratus pencapaian murid dalam
peperiksan yang dijalankan di sekolah.
RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Majid Khan , (2007). Guru sebagai Penyelidik , PTS
Profesional Publishing Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.
Dalilah binti Desa, (2011) Meningkatkan Kemahiran Menulis Jawi 30 orang
Murid Tahun 2 Optimis Menggunakan Teknik Dalil Avu Zar Zad, SK. Bukit
Kalam, Labuan Malaysia.
Mark Soon Sang, (2010) Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Penerbit Multimedia Sdn.Bhd. Selangor
Malaysia.
12