The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung Muafakat Caw MRSM Tumpat kali ke-9

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ida.aziz55, 2019-04-15 02:41:20

Mesyuarat Agung Muafakat Caw MRSM Tumpat kali ke-9

Mesyuarat Agung Muafakat Caw MRSM Tumpat kali ke-9

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Senarai Kandungan

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1 Kata Alu-aluan Yang Dipertua Muafakat 3

2 Kata Alu-aluan Pengetua MRSM Tumpat 4

3 Ahli Jawatankuasa Badan Muafakat Cawangan MRSM Tumpat Sesi 2017/2019 5

4 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Tumpat Kali Ke-9 6
5 Atur Cara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat MRSM Tumpat Kali Ke-9 7

6 Agenda Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Tumpat Kali Ke-9 2019 8

7 Minit Mesyuarat Agung Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Tumpat Kali Ke-8, 2018 9

8 Laporan Kewangan Muafakat 16

2 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Kata Alu-aluan Yang Dipertua Muafakat

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat
Agung Muafakat Kali Ke- 9 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Muafakat yang telah sama-
sama bekerja dan berusaha membantu pihak MRSM Tumpat dalam pelbagai
program. Saya mewakili semua AJK Muafakat akan terus menyokong segala
program yang dianjurkan oleh pihak maktab bagi memacu kecemerlangan
pelajar.

Kami AJK Badan Muafakat MRSM Tumpat sesi 2017/2019 telah cuba untuk menjalankan tugas kami
dengan cara yang terbaik. Dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan keba-
jikan anak-anak kita di maktab ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah
anak-anak kita di sekolah ini.

Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan atau yang
berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak maktab dalam
menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Setiap ibu bapa hendaklah sentiasa
menyumbang idea, masa dan tenaga dalam satu pasukan. Pasukan yang sentiasa bersepadu, sentiasa to-
long-menolong, sentiasa bekerjasama, sama-sama susah dan sama-sama gembira.

Ibu bapa berkerjaya professional bolehlah menyumbang kepakaran di sini. Di samping kemajuan akademik,
Badan Muafakat juga sentiasa bekerjasama dengan pihak maktab dalam memastikan pembangunan sa-
hsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi
yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berja-
ya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi MRSM Tumpat. Saya berharap agar Ahli
Jawatankuasa Muafakat baharu yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi
meningkatkan kecemerlangan MRSM Tumpat.

Sekian, terima kasih.

Prof. Dr. Zilfalil Bin Alwi “ Think with a vision, act with wisdom”
YDP Muafakat MRSM Tumpat, Kelantan
Sesi 2017/2019

3

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Kata Alu-aluan Pengetua MRSM Tumpat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera rakan-rakan ibu bapa, warga
pendidik dan staf yang dimuliakan. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt,
dengan limpah kurnia-Nya kita sama-sama dapat mengadakan Mesyuarat Agung
Muafakat Maktab Rendah Sains MARA Tumpat Kali Ke-9, 2019 serentak dengan
Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan SPM 2018. Syabas dan tahniah kepada
para pelajar SPM 2018, warga pendidik, pihak pengurusan dan staf MRSM
Tumpat serta para ibu bapa yang telah berjaya menyenaraikan nama MRSM
Tumpat dalam kedudukan sembilan teratas daripada kesemua MRSM seluruh
Malaysia.

Ucapan tahniah juga ingin saya sampaikan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Muafakat
2019 yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan majlis ini berjaya dilaksanakan.

Maktab Rendah Sains MARA Tumpat merupakan wadah untuk kita melaksana amal ibadah, tanggungjawab
dan amanah kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Untuk itu, semua pihak sama ada guru-guru,staf,
ahli badan Muafakat memainkan peranan dalam memastikan kejayaan pelajar dalam bidang akademik dan
ko-kurikulum pelajar-pelajar. Semua pihak juga perlu berganding bahu dalam memastikan pembangunan
rohani berlaku seiring. Diharap dengan perancangan dan kerjasama serta buah fikiran daripada ibu bapa,
diharapkan misi kejayaan MRSM ini akan lebih mudah dan lancar.

Akhirulkalam, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt hendaknya. Badan
Muafakat dan maktab perlu bersikap bagai aur dan tebing demi menjamin kejayaan pelajar. Lantaran itu,
diharap Badan Muafakat Maktab Rendah Sains MARA Tumpat akan terus proaktif dalam usaha merealisasi-
kan visi dan misi maktab bagi meneruskan kegemilangan Maktab Rendah Sains MARA Tumpat di masa akan
datang.

Sekian, terima kasih.

ZAKARIA BIN TAIB “ Think with a vision, act with wisdom”
Pengetua MRSM Tumpat, Kelantan.

4

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Ahli Jawatankuasa Badan Muafakat

Cawangan MRSM Tumpat Sesi 2017/2019

PENAUNG : EN. ZAKARIA BIN TAIB
YANG DIPERTUA : PROF. DR. ZILFALIL BIN ALWI
NAIB YANG DIPERTUA : DR. MOHD FADHLI B. KHAMIS
SETIAUSAHA : EN. RUZALMY AB RAHMAN
BENDAHARI : PN. NOOR HAZLIEN BT. MOHD SANITU
AJK : EN. ZULKIFLI B. YUSOFF
: PN. SALWANI BT. MUHAMMAD
: PN. NIK SITI HAJJAR BT. MAT TAIB
: EN. MAZLAN B. ABDUL SAMAT
: EN. MUHAMMAD SAIFUL ZAMAN B. MANSOR
: TUAN NOR ZAIDA BT. TUAN ZAKARIA
: WAN AHMAD B. WAN JUSOH
: MOHD SHAFRURAZI B. SALLEH
: PN. ZARIHA BT. IBRAHIM
: PN. RUAZLIZA BT. YUSOF
: NORAZLIZA BT ZAHARI

JURUAUDIT : SURIANA BT. CHE HARUN
: AINA FARAHANA BINTI MOHD ZAID

5 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Jawatankuasa Pelaksana

Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Tumpat, Kelantan
Kali Ke-9, 2019

PENAUNG : EN. ZAKARIA BIN TAIB
TIMB. PENAUNG : EN. MOHAMMED NAJIB B. OTHMAN
SILIH GANTI : PN. NOAIDA BT. HASHIM
: EN. MOHD HANAFI B. AB. MANAF
YANG DIPERTUA : PROF.DR. ZILFALIL B. ALWI
NAIB YANG DIPERTUA : PROF.DR.MOHD FADHLI B. KHAMIS
SETIAUSAHA : EN. RUZALMY AB RAHMAN
BENDAHARI : PN. NOOR HAZLIEN BT. MOHD SANITU

AJK PENDAFTARAN AJK BACKDROP & BUKU PROGRAM
ZULKIFLI B. YUSOFF (K) Ida Fariza Bt Abd Aziz (K)
Cik Munirah Bt Mat Jusoh Hamiza Bt Arimi
Faridah Bt Harun Azyuna Bt Azhar
Nurul Khalisah Bt Muhammad Mohd Nasrun Bin Abdullah
Norma Bt Fauzi
Salmiah Bt Hamat PERSIAPAN TEMPAT, DEWAN & PENTAS
Ust Saiful Bahri Bin Hasam Mohd Shah Ridzuan Bin Ismail (K)
Ust. Ubaidillah B. Ismail Hasyimah Bt Hashim
Adnan Bin Awang
AJK JEMPUTAN/SAMBUTAN VIP & BUKU PELAWAT BWP/LDP
Ashar Bin Majid (K)
Azman Bin Abd Ghani AJK PERSEGARAN & JAMUAN
Salwani Bt Muhammad Suriana Bt Che Harun (K)
Rizalman Bin Mohd Nasir Nazula Bt Othman
Rozita Bt Ambak Nurazlina Bt Abdullah
Emma Fitriyah Bt Yusoff Ruslina Bt Ismail
AJK Muafakat 17/19
BWP/LDP AJK CENDERAMATA
Nur Diana Dzuraidi (K)
AJK JURUACARA & TEKNIKAL Nur Adila Binti Mohamad Nadzir
Muhammad Hafiz Bin Hamid (K)
Siti Ruhaida Bt Din AJK PERALATAN & KAWALAN PELAJAR
En. Asyraf B. Muhamad Hamdan Bin Mohamed (K)
Mohd Airi B. Kamaruddin Muhammad Bin Yusuf
Mohd Riduan B. Ramli Ahmad Syazwan Bin Amin
Unit Warden
AJK BACAAN DOA & LALU LINTAS
Ustaz Rosli Bin Ibrahim (K) DOKUMENTASI
Anuar Syahrin B. Wahid Erma Bt Mat (K)
Pengawal Keselamatan Mohd Rohaimie B. Ma Husin
Badan Beruniform Pelajar Media Crew

AJK PENCATAT MINIT
Nurnazifah Bt Mat Akhir (K)
Zatil Aqmar Bt Mohd Basari
Maimun Binti Saidin

6 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Atur Cara Majlis

Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat MRSM Tumpat, Kelantan

TARIKH : 18 APRIL 2019
HARI : KHAMIS
TEMPAT : DEWAN MAHLIGAI 7, MRSM TUMPAT, KELANTAN

8.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga
9.30 pagi : Ketibaan Perasmi, YDP MUAFAKAT, Pihak Pengurusan MRSM Tumpat,
AJK MUAFAKAT, Guru serta Staf MRSM Tumpat
: Nyanyian Lagu Negaraku/MARA
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-Aluan Pengetua
: Ucapan Alu-Aluan YDP Muafakat
: Ucapan Perasmian
: Penyampaian Sijil Kecemerlangan SPM 2018
: Penyampaian Cenderamata Perasmi
: Perarakan Keluar Perasmi
: Jamuan Makan

11.00 pagi : Mesyuarat Agung MUAFAKAT kali ke-9 bermula
AGENDA MESYUARAT AGUNG CAWANGAN MRSM TUMPAT
 Ucapan Pengerusi mesyuarat
 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT kali ke-8
 Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan MUAFAKAT bagi tahun berakhir 31

Disember 2018
 Pembentangan dan pengesahan aktiviti tahunan MUAFAKAT Oktober 2018 – Jan 2019
 Pembentangan tindakan yang boleh diambil dari usul yang dikemukakan
 Pemilihan AJK sesi 2019/2021
 Ucapan penangguhan oleh YDP 2017/2019

1.00 tgh hari : Bersurai

7 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Agenda

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

1) UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT
2) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LEPAS
3) PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018 DAN

PENGESAHAN
4) MEMBAHASKAN USUL LISAN / BERTULIS
5) PEMBUBARAN AJK BADAN MUAFAKAT MRSM TUMPAT SESI 2017/2019
6) PEMILIHAN AJK BARU SESI 2019/2021
7) HAL-HAL LAIN
8) UCAPAN PENANGGUHAN

8 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Minit Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Tumpat Kali Ke-8, 2018

TARIKH : 12 MEI 2018
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN MAHLIGAI TUJUH, MRSM TUMPAT, KELANTAN
KEHADIRAN : 270 ORANG

AGENDA :

1) Ucapan alu-aluan Pengerusi
2) Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lepas
3) Membentangkan dan mengesahkan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017
4) Membahaskan usul lisan/bertulis
5) Hal-hal lain
6) Ucapan penangguhan

AGENDA MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT KALI KE-8, 2018
1.
PERKARA
Ucapan Pengerusi Majlis (YDP)
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa yang hadir pada

mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana ramai yang hadir
mesyuarat kali ini.

2. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas
2.1 En. Rahim bin Harun mencadangkan minit Mesyuarat Agung yang lepas diterima.

2.2 En. Azli bin Aziz menyokong cadangan tersebut.

3. Membentangkan dan mengesahkan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31
Disember 2017 dan Pengesahan

3.1 Pn. Noor Hazlien binti Mohd Sanitu, Bendahari Muafakat MRSM Tumpat memben-
tangkan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017 seperti yang ter-
dapat dalam buku program.

3.2 Dr. Hasliza binti Ruraimi mencadangkan agar penyata kewangan ini diterima.

3.3 En. Anuar bin Ismail menyokong cadangan tersebut.

9 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

4. Membahaskan usul lisan/bertulis
4.1 Usul dikemukakan oleh
En. Azmi b. Mohd Razali
Pn. Faizah bt Mat Hussin
Pn. Anita bt Abd Rahman
Pn. Norlela bt Maideen
Pn. Fadillah bt Yusop

Membuka plug dalam bilik
 En. Mohamed Najib b. Othman (TPPP) memaklumkan plug dibuka untuk keselamatan

pelajar-pelajar kerana ada yang menggunakan pemanas air untuk memasak maggi.

 TPPP juga menjelaskan bahawa plug telah disediakan di bilik rekreasi untuk pelajar
mengecas telefon.

 En. Wan Ahmad b. Wan Jusoh (AJK Muafakat) menjelaskan bahawa plug yang berada
di dalam bilik amat bahaya dan akan mengancam keselamatan pelajar seperti masalah
pendawaian.

4.2 Usul dikemukakan oleh
En. Kamarul Zaman b. Ayub
Pn. Sarah binti Sulong

(a) Menitikberatkan masalah kecurian yang semakin meningkat
 En. Mohd Rahim b. Isa memohon agar pelajar diberi masa untuk mengecas telefon

untuk mengelakkan telefon dicuri.
 TPPP memaklumkan cadangan tersebut akan dibincangkan dengan Ketua Warden.

(b) Kejadian kecurian barang di asrama lelaki masih berlaku, mohon pemantauan yang
lebih ketat
 Pn. Noaida bt Hashim (TPKA) menjelaskan pelajar yang terlibat akan diberi amaran

dan akan dihadapkan dalam Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM).
 TPPP menjelaskan setakat ini 3 orang pelajar yang terlibat telah diberi nasihat dan

amaran.
 Dr. Mohd Fadhli b. Khamis (AJK Muafakat) menjelaskan bahawa penggunaan telefon

mendatangkan banyak kemudaratan daripada kebaikan. Pihak MRSM Tumpat telah
memberi kebenaran penggunaan telefon. Oleh itu menjadi pilihan ibu bapa sama ada
membenarkan atau tidak membenarkan anak-anak menggunakan telefon.
 TPPP amat berharap agar ibu bapa turut memantau penggunaan telefon anak-anak.

10 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

4.3 Usul dikemukakan oleh
En. Mohd Bakri bin Omar

Mohon Warden lebih prihatin dengan Tindakan pelajar senior terhadap pelajar junior,
bimbang sekiranya tindakan tidak diambil akan berlaku perkara yang tidak diingini

 TPPP menjelaskan bahawa perkara ini dalam perhatian pihak maktab dan telah
diambil tindakan.

4.4 Usul dikemukakan oleh
En. Abu Zeid b. Mohd Arif
Pn. Maizatulnizah bt Aminuddin
Pn. Noryanti bt Kamarudin

(a) Mohon pihak maktab memaklumkan lebih awal perubahan cuti supaya ibu bapa
dapat menguruskan pengangkutan pelajar untuk pulang.

 TPPP menjelaskan masalah perubahan tarikh cuti yang timbul kerana perubahan tarikh
Konvensyen Kepimpinan dan Homeroom zon Timur. Oleh itu, pihak maktab telah
membenarkan pelajar pulang bermalam pada 19 April 2018.

 Perubahan tarikh ini diluar jangkaan pihak maktab.

(b) Perancangan Cuti Tahunan/Takwim Sekolah

 TPPP memaklumkan bahawa perancangan cuti tahunan sama dengan takwin maktab.

4.5 Usul dikemukakan oleh
En. Kamarul Zaman b. Ayub

Meningkatkan tahap disiplin pelajar

 TPPP menjelaskan program pembangunan pelajar dijalankan untuk meningkatkan
tahap disiplin pelajar seperti

i. dikenakan tindakan Jawatankuasa Disiplin Maktab,
ii. program bersama dengan ketua warden/warden setiap malam Khamis,
iii. program bersama dengan kaunselor (berkongsi masalah),
iv. kerjasama pihak maktab dengan pasukan polis,
v. kem membina jati diri pelajar

11 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

4.6 Usul dikemukakan oleh
En. Ahmad b. Hashim

Menyediakan mesin ATM

 Pengetua (En. Zakaria bin Taib) memaklumkan pihak maktab telah membuat
permohonan dengan Bank Rakyat tetapi syaratnya pihak maktab perlu menyediakan
bangunan sendiri berhampiran dengan pondok pengawal.

 Pengetua menjelaskan sekiranya maktab mempunyai bajet untuk membina bangunan
tersebut, permohanan baharu untuk penyediaan mesin ATM akan dilakukan.

 En. Azli b. Aziz mencadangkan pihak maktab memohon mesin MAEPS. Jika ada ibu bapa
yang mempunyai maklumat bolehlah berhubung dengan Pengetua.

 En. Mohd Shafrurazi b Salleh (AJK Muafakat) memaklumkan mesin tersebut perlu
diletakkan di luar pagar maktab dan penggunaannya perlu melibatkan masyarakat
setempat.

4.7 Usul dikemukakan oleh
Mohd Nazul b. Salleh
Ahmad Ibrahim Rizal b Yahaya
Pn. Noryanti bt Kamarudin
Pn. Marzila bt Abdullah

(a) Mohon pihak maktab menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar yang tinggal luar
dari Kelantan serta dari maktab ke stesen bas

(b) Cadangan supaya pihak koperasi MRSM Tumpat menguruskan pembelian tiket bas
ekspres untuk pulang bercuti bagi pelajar yang di luar Kelantan, contoh dari maktab ke
TBS/Shah Alam/Kajang

 En. Zakaria bin Taib menjelaskan bahawa terdapat beberapa pilihan yang boleh
digunakan oleh pelajar untuk urusan pengangkutan
i. Sekiranya cuti panjang Biro Kebajikan, Badan Wakil Pelajar akan menguruskan
pengangkutan pelajar. Tiket perjalanan boleh dituntut 2 kali setahun (cuti se-
mester 1 dan cuti semester 2)
ii. Pelajar juga boleh berurusan dengan guru homeroom masing-masing
iii. Bas maktab disediakan

 Pengetua memaklumkan pelajar yang mempunyai masalah pengangkutan boleh
berurusan dengan Biro Kebajikan.

12 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

4.8 Usul dikemukakan oleh
Pn. Maizatulnizah bt Aminuddin

Penambahbaikan mutu perkhidmatan kafe (Pelbagai menu dan kebersihan)

 En. Mohd Hanapi b. Ab. Manaf (TPPB) memaklumkan bahawa tahap kebersihan dan
perkhidmatan kafe MRSM Tumpat telah mendapat gred A. Menu makanan telah
dipelbagaikan dan pelajar diberi peluang untuk membeli pada waktu rehat.

 En. Azli b. Aziz telah memaklumkan bahawa beliau berpuas hati dengan perkhidmatan
kafe MRSM Tumpat.

4.9 Usul dikemukakan oleh
En. Hasmanuzi b. Daud
Pn. Noryanti bt Kamarudin
Pn. Marziha bt Abdullah

(a) Mengkaji semula penggunaan smartphone

(b) Mengehadkan penggunaan smartphone

 En. Mustafa bin Berahim memohon agar pihak maktab menyediakan telefon awam dan
kemudaan wifi jika penggunaan smartphone dihadkan.

 Pengetua memaklumkan bahawa penggunaan telefon telah dibenarkan untuk semua
MRSM. Tetapi ada MRSM yang tidak membenarkan penggunaan smartphone seperti
MRSM Ulul Albab.

 Pengetua menjelaskan bahawa penggunaan smartphone akan dikawal dan kebenaran
penggunaannya akan bersyarat iaitu setiap kali peperiksaan pelajar perlulah mendapat
PNG 3.00 dan ke atas. Jika syarat ini gagal dipenuhi penggunaan smartphone akan
disekat. Penggunaannya akan dibenarkan semula jika PNG telah meningkat.

 Pengetua memaklumkan setakat ini kemudahan wifi mempunyai masalah dan akan
diselesaikan secepat mungkin.

5. Hal-hal Lain

5.1 En Mustafa bin Berahim

 mencadangkan agar kelas al-Quran diadakan di surau.
 TPPP memaklumkan kelas al- Quran diadakan di kelas masing-masing dan jumlah

guru al-Quran yang terlibat ialah 27 orang. Kelas ini diadakan setiap malam Sabtu.

13 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

5.2 En. Ridzuan
 perlu ada tirai antara ruang solat lelaki dengan perempuan.
 Pengetua menjelaskan tirai dibuka untuk mengelakkan pelajar tidur dan memberi pelu-

ang pelajar melibatkan diri sepenuhnya dengan program/aktiviti surau yang lain.

5.3 En. Phakhruddin b. Abdullah
 cadangan memohon sumbangan daripada mana – mana syarikat korporat untuk mem-

bantu ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran IGCSE.
 YDP memaklumkan ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran boleh membuat

permohonan kepada pihak maktab dan pihak MUAFAKAT .

5.4 En. Muhammad Saiful Zaman b. Mansor (AJK Muafakat)
 30 meja disediakan untuk majlis malam amal dan setakat ini 9 buah meja telah

terjual.
 Sumbangan ini akan dimasukkan dalam tabung Muafakat untuk membantu pelajar

yang memerlukan.
 YDP memaklumkan pihak MRSM Tumpat telah menyumbang 3 buah meja untuk majlis

makan malam amal tersebut.
 Pengetua memaklumkan ibu bapa boleh membuat sumbangan melalui potongan zakat.

25% daripada zakat boleh disalurkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantu-
an tesebut.

5.5 Dr Mohd Fadhli b. Khamis (AJK Muafakat)
 Cadangan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar untuk memudahkan

pelajar berkomunikasi.
 Ibu bapa digalakkan membantu pihak maktab untuk meningkatkan penguasaan bahasa

Inggeris pelajar.

5.6 YDP
 memohon persetujuan ahli mesyuarat untuk menaikkan yuran Muafakat.
 En. Azli bin Aziz mencadangkan yuran dinaikkan seperti berikut:

i. Tingkatan 1 daripada RM70.00 ke RM85.00
ii. Tingkatan 2 – Tingkatan 5 daripada RM50.00 ke RM60.00
 Cadangan ini dipersetujui ahli mesyuarat.

5.7 TPPP
 mengucapkan terima kasih atas sokongan dan sumbangan ibu bapa dalam

menceriakan asrama.
 berharap agar MRSM Tumpat akan sentiasa cemerlang.

14 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

6. Ucapan penangguhan
 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan ibu bapa serta guru yang mem-
beri sokongan kepada Muafakat.
 Ibu bapa boleh memberi sebarang idea dan cadangan untuk menjadikan anak-anak
lebih cemerlang melalui kumpulan WhatsApp atau menghubungi YDP secara person-
al.
 Mohon agar mesyuarat akan datang lebih ramai ibu bapa hadir kerana pelantikan AJK
Muafakat baharu.
 Mesyuarat ditangguhkan jam 1.10 minit dengan bacaan surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

NUZULA BT OTHMAN PROF DR. ZILFALI BIN ALWI
Pencatat, Yang Dipertua,
Muafakat MRSM Tumpat Muafakat MRSM Tumpat

15 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN
BERAKHIR DISEMBER 2018

PENERIMAAN RM PEMBAYARAN RM

Baki awal di tangan 591.10 MUAFAKAT 2,100.00
394.00
Baki awal di Bank 6,164.94 Akademik
5,100.00
Yuran : Sumbangan digital Classroom 2,464.00 10,058.00

MUAFAKAT Majalah Reader Digest 370.00
500.00
Yuran tahunan 22,440.00 Ganjaran Gemilang SPM 2017 500.00 1,370.00

Lain-lain penerimaan Sumbangan Yuran IGCSE 500.00
Pembangunan Pelajar 500.00
370.00
gala dinner 19,500.00 Program Mock Interview Pelajar Tingkatan 5 500.00
500.00
yuran keahlian seumur hidup 200.00 Jamuan makan malam pelajar Tingkatan 5 1,705.00 4,075.00

Baju uniform Lembaga Disiplin Pelajar 2,745.52
Ko-Kokurikulum 483.00

Sumbangan Baju Ragby 4,617.50
3,120.00 10,966.02
Sumbangan Kadet Polis

Pertandingan Robofair

Pertandingan Silat

Perkhemahan badan uniform

Perhimpunan HIMSAK
Jamuan& Persegaran

Mesyuarat Agung muafakat

Mesyuarat bulanan muafakat

Majlis Restu Ilmu

Majlis Graduasi Tingkatan 5

16 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN
BERAKHIR DISEMBER 2018

*Sambungan dari Halaman 16

Pembangunan Guru&Staff 1,000.00
Sukan Sumur 500.00 1,500.00
Hari Guru
Lain-Lain Perbelanjaan 1,930.00
Elaun perjalanan mesyuarat agung kebangsaan 2,935.00
Yuran muafakat kebangsaan
pulangan lebihan duit baju korporat 90.00 4,955.00

Caj bank / GST/buku cek 56.82

Baki akhir di tangan 590.30
Baki akhir di bank 15324.90

48,896.04 48,896.04

Disediakan oleh:

.................................................... Disemak oleh:
NOOR HAZLIEN BINTI MOHD SANITU
Bendahari Muafakat MRSM Tumpat

Disemak oleh:

........................................ .......................................
SURIANA BINTI CHE HARUN AINA FARAHANA BINTI MOHD ZAID
Juruaudit 1 Juruaudit 2

17 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Cadangan dan Usul

CADANGAN DAN USUL SILA RUJUK LAMPIRAN

18 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Pemilihan AJK Muafakat Sesi 2019/2021

YDP :
NYDP :
SETIAUSAHA :
PEN. SETIAUSAHA :
BENDAHARI :

AJK GURU :

AJK IBU BAPA :

JURUAUDIT 1 :

JURUAUDIT 2 :

19 “ Think with a vision, act with wisdom”

Mesyuarat Agung Muafakat Kali ke-9, 2019

Catatan

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Terima Kasih

20 “ Think with a vision, act with wisdom”


Click to View FlipBook Version