The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Bukit Batu Limbang Sarawak, 2022-04-16 23:24:53

Buku Pengurusan Kurikulum SKBB 2022

Buku Pengurusan Kurikulum SKBB 2022

BUKU PENGURUSAN
PENTADBIRAN & KURIKULUM

SK BUKIT BATU

2022/2023

KETERANGAN PERIBADI

Nama Pegawai : ……………………………………………………………

Alamat Sekolah : SK Bukit Batu, Jalan Lubuk Lalang Medamit

98700 Limbang Sarawak

No Tel/Fax Sekolah : ……………………………………………………………………

Alamat Rumah : …………………………………………………………….………

No Telefon : ……………………………………………

No Kad Pengenalan : ……………………………………………

Tarikh Lahir : …………………………………………..
Nama Bank Gaji : …………………………………………….

No Pendaftaran kereta/motosikal : …………………………….

Nama Skim Perkhidmatan Sekarang : ………………………….

Tarikh mula berkhidmat : ……………………………

Tarikh mula berkhidmat di sekolah ini : …………………………

Tarikh disahkan dalam jawatan : ………………………….

Tarikh dimasukkan ke dalam perkhidmatan sekarang : ……………………………..

Bulan Naik gaji : …………………………… No Gaji : …………………………..

Taraf Jawatan : ……………………… Gred jawatan : …………………………………….

No Fail JPN : ………………………………

No Cukai Pendapatan : ……………………..

Kumpulan darah : …………………………….

Waris Terdekat:. ………………………….. Hubungan:………………………………….

No.Tel Waris Sekiranya Berlaku Kecemasan:…………………………………..

Alamat Waris:. ……………………………………………………………………….

…………………………………………………………..

Isi kandungan

Perkara m/s

1. Sekapur Sirih 4

2. Profil Sekolah 5

3. Carta Struktur Pengurusan Sekolah 6

4. Carta Organisasi Kurikulum 7

5. Pelan K e d u d u k a n B a n g u n a n Sekolah 8

6. Rukun Negara / Falsafah Pendidikan / Visi / Misi 9

7. Lagu Negaraku / Lagu Sekolah SKBB / Lagu Ibu Pertiwiku 10

8. Hala Tuju SK BUKIT BATU 12

9. Panduan Untuk Staf Sekolah 15

10. Ketetapan Kurikulum Sekolah 24

11. Bidang Tugas Guru 35

12. Kalendar Akademik 40

13. Cuti Perayaan 41

14. Tarikh Bayaran Gaji 42

15. Hari Kelepasan Am Sarawak 44

16. Takwim Minggu Persekolahan 45

17. Hala Tuju PBD Tahun 6 46

18. Ringkasan Program Kurikulum 48

19. Takwim Kurikulum 49

20. Jadual Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran 51

21. Jadual Semakan Buku Tulis / Hasil Kerja Murid 52

22. Pengurusan Pentadbiran Sekolah 58

23. Pengurusan Kurikulum dan Jawatankuasa 63

24. Jadual Bertugas Perhimpunan 79

25. Lampiran 83

SEKAPUR SIRIH

Syukur kep a d a T u h a n atas berkatNya kerana
kita terus menggapai kejayaan demi kejayaan
dengan mengutamakan pencapaian visi dan
misi dalam melaksanakan tugas supaya lebih
efisien dan berfokus. Kejayaan- kejayaan yang
telah dicapai merupakan landasan yang
menjadi penanda aras kepada cabaran yang
bakal ditempuh pada tahun 2022 ini.

Selaras dengan IR 4.0, guru perlu berani membuat perubahan dan
mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut
perkembangan teknologi semasa. Dalam persekitaran pendidikan
yang kaya ICT (teknologi komunikasi maklumat) atau 'ICT rich
environment', pihak pengurusan sekolah serta guru-guru harus
memainkan peranan utama sebagai ejen perubahan.
Mengintegrasi dan membudayakan ICT pada setiap kesempatan
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu
mempengaruhi minat murid dan seterusnya membawa kepada
pencapaian murid yang lebih berkualiti.

Situasi ini sangat sinonim dengan perubahan drastik dunia
pendidikan khususnya pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam
bilik darjah akibat pandemik covid 19 melanda negara kita dan
seluruh dunia. Sama ada percaya atau tidak, bilangan warga
pendidik dan murid-murid semakin mahir dengan penggunaan
pelbagai platform teknologi komunikasi bagi memastikan pdpc
terus terlaksana walaupun semasa sekolah ditutup akibat
pandemik Covid 19. Para guru telah menunjukkan komitmen yang
berterusan, kreatif dan berinovasi sepanjang perintah kawalan
pergerakan(PkP) bagi memastikan anak-anak didik kita
memanfaatkan sebaik-baik mungkin pengajaran dan
pembelajaran dari rumah(PdPR).

Sebagai ketua organisasi sekolah, saya mengharapkan pada
tahun 2022 ini semua warga sekolah akan terus sama-sama
mengembleng tenaga dalam melaksanakan semua program dan
aktiviti yang telah dirancang dengan sempurna bagi
merealisasikan Kecemerlangan 5A (Akhlak, Akal dan Budi,
Akademik, Aktiviti Kokurikulum dan Amalan Inovasi). Saya
mengharapkan kita terus bekerja sebagai satu pasukan dengan
penuh keikhlasan serta keakraban sesuai dengan tagline sekolah
“TEGUH BERSAMA”. Nescaya, kejayaan akan bersama-sama kita.

Saya percaya, kita semuanya ada peranan masing-masing dalam
membentuk dan melahirkan murid cemerlang yang seimbang,
terutama sahsiah dan tingkah laku, insan bersopan dan berbudi.
Saya berdoa dan yakin, semoga segala inspirasi murni ini dapat
direalisasikan dengan adanya sifat-sifat kebertanggungjawaban,
jujur, ikhlas, amanah dan sabar, yang tertanam dalam sanubari
setiap pendidik dan anggota kakitangan sokongan SK Bukit Batu,
Limbang Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Berusaha Berjaya, “TEGUH BERSAMA”

mukasurat 4

PROFIL SEKOLAH

KOD SEKOLAH YBB5114

NAMA SEKOLAH SK BUKIT BATU

ALAMAT Jalan Lubuk Lalang Medamit Limbang

NO. HAKMILIK LOT TANAH 2 Lot 1D21-22-4 (6.2)

KELUASAN SEKOLAH 23.056 ekar

PPD PPD Limbang

SESI Pagi sahaja

LOKASI Pedalaman
GRED A
JUMLAH KELAS 6 + 1(PRA)
BIL MURID 164
BIL. GURU 15
BIL. BUKAN GURU 8
GURU BESAR Encik Anthony ak Upe
GPK 1 Encik Willie Gabriel Enak

GPK HAL EHWAL MURID Encik Berandah ak Nawa
GPK KOKURIKULUM Encik Sipin bin Mail
TEL. / FAX 0135681888 (gb)
E-MEL
[email protected]

mukasurat 5













SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

RUKUNEGARA

Maka kami, rakyat Malaysia
Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi

Memenuhi Aspirasi Negara"

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

Dalam melaksanakan misi tersebut, strategi yang berikut akan dilaksanakan iaitu:

1. Memastikan pencapaian kurikulum SK Bukit Batu cemerlang mulai murid prasekolah.
2. Melibatkan murid SK Bukit Batu dalam aktiviti koakademik dan kokurikulum di peringkat

sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
3. Memupuk nilai-nilai murni bagi membentuk sahsiah yang terpuji dijiwa murid

seterusnya menjadi amalan sepanjang hayat.
4. Melaksanakan sistem pengurusan pentadbiran yang telus dan tulus dengan sokongan

dan bimbingan yang berterusan dari pelbagai pihak.
5. Mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif bagi menggalakkan perkembangan

jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta nilai murid-murid.

LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia tuhan kurniakan

Raja kita
Selamat bertakhta

LAGU SEKOLAH SK BUKIT BATU

Bersatu sehati sejiwa, Muka surat 10
Menyahut amanah bangsa,
Bergema laungan suara kami,
Berikrar menuju wawasan

Kamilah wira negara,
Bakal generasi cemerlang,
Berganding bahu menggapai impian,

Demi kejayaan bangsa.
Indah namamu,

Sekolahku cemerlang,
Sekolah Kebangsaan Bukit Batu,

Ke arah alaf baru.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

IKRAR MURID

BAHAWA KAMI, murid-murid SK Bukit Batu berikrar akan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara

dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa.
Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada

kami.
Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang

dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta mempunyai jati diri yang tinggi demi
kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

LAGU IBU PERTIWIKU

Sarawak Tanah Air Ku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak

Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku

Rakyat Hidup Mesra Dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai

Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa

Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat

Berjaya Berdaulat

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 11

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

1. HALA TUJU SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU

 Kecemerlangan ilmu ke arah cemerlang.
 Keunggulan kepimpinan dan pengurusan.
 Kemantapan sahsiah.
 Cinta akan negara.
 Menjalinkan hubungan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa

2. MOTO SEKOLAH 2022

“BERUSAHA BERJAYA, TEGUH BERSAMA”

3. ISU UTAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU

 Imej dan Watak Sekolah Kebangsaan Bukit Batu
 Bilik Guru Yang Perlu Kemas dan Ceria.
 Kepimpinan dan murid kurang bermaklumat.
 Kualiti akademik dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah
 Persekitaran sekolah yang perlu ceria dan kondusif.
 Penambahbaikan prasarana sekolah.
 Penglibatan dan kegiatan cergas dalam kokurikulum.
 Pembinaan insan dan sahsiah murid.
 Kualiti semua mata pelajaran.
 PSS yang kurang bermaklumat, mantap dan berkualiti.
 Pusat akses kurang bermaya.

4. KURIKULUM

 Penyeliaan dan pemantauan dalam urusan kurikulum
» Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
» Mesyuarat Panitia
» Pencerapan Berfokus
» Pemeriksaan kerja bertulis murid

 Mengamalkan Penyelarasan,Pementoran,Pemantauan dan Penilaian dalam pdp
 Program Pemulihan Khas kepada murid yang lemah.
 Program peningkatan prestasi akademik dari Tahun 1 hingga Tahun 6
 Keputusan Tahap Minimum keseluruhan dalam Pentaksiran Bilik Darjah
 Keputusan murid mencapai TP6 dalam PBD belum memuaskan.
 Mensifarkan masalah penguasaan numerasi dan literasi di Tahap Satu.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 12

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

5. KOKURIKULUM

 Berusaha memecahkan rekod MSSD dalam olahraga.
 Penglibatan semua murid tahap dua dalam kegiatan permainan, pasukan

beruniform, persatuan dan kelab.
 Mengambil bahagian dalam acara tertentu sukan dan permainan, pasukan

beruniform di peringkat kawasan dan negeri seterusnya di peringkat kebangsaan
serta antarabangsa.
 Memastikan setiap murid mencapai tahap kesihatan dan kecergasan fizikal mental
dan sosial yang sempurna.
 Berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap pertandingan

6. KECERIAAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

 Bangunan dan kawasan sekolah serta persekitarannya
 Bilik darjah
 Makmal Komputer
 Pusat sumber sekolah
 Bilik Abad ke 21
 Kantin PIBG
 Bilik-bilik air
 Bilik-bilik khas
 Stor dan lain-lain

7. PEMBANGUNAN INSAN, SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

 Sekolah bebas daripada masalah salah laku.
 Meminimumkan masalah disiplin murid.
 Murid beriman dan seimbang antara rohani dan jasmani.
 Murid-murid beradab dan berakhlak mulia.
 Memastikan bantuan diberikan kepada murid-murid yang layak.
 Memastikan murid-murid berada dalam keadaan selamat, kondusif dan harmoni.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 13

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

8. PENGLIBATAN MENYELURUH

 Mewujudkan budaya kerja berpasukan.
 Sekolah sentiasa terurus dan warga sekolah yang prihatin
 Kecemerlangan dalam semua bidang.
 Mewujudkan perasaan tanggungjawab serta empunya.

9. PENGURUSAN KEWANGAN
 Diurus dalam keadaan bersistem, kemas dan berkualiti.
 Ada sistem pemantauan.
 Ada surat penurunan kuasa.
 Penyata kewangan dan bajet sentiasa disediakan dengan lengkap.

 Akaun sekolah sentiasa ‘BERSIH’ dan SIFAR teguran

10. TEKNOLOGI MAKLUMAT
 Murid-murid digalakkan menguasai Teknologi Maklumat.

 Melengkapkan sekolah dengan kemudahan-kemudahan teknologi maklumat dari
semasa ke semasa.

 Memberi latihan kepada staf untuk menguasai teknologi maklumat dari semasa ke
semasa.

 Pembestarian sekolah.

11. HARAPAN GURU BESAR

 Sistem pengurusan sekolah yang kemas, unggul dan efektif.
 Guru komited mengajar dan murid responsif belajar.
 Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah yang cemerlang.
 Budaya dokumentasi dalam semua urusan.
 Sekolah dan persekitaran yang ceria dan menarik.
 Persaudaraan, kerja berpasukan dan permuafakatan dalam kalangan kakitangan

sekolah.
 Hubungan yang intim / mesra dengan Jabatan Pendidikan Negeri, PIBG, semua

institusi dan agensi awam serta swasta.
 Mewujudkan jalinan di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

“ PASTIKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2022
LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN 2021 ”

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 14

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

PANDUAN UNTUK STAF SEKOLAH

1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan
kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan
sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.7 Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. KEDATANGAN
2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku
Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah.
2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang
wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
2.5 Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program akademik di
luar masa yang ditetapkan.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 15

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

3. KELUAR WAKTU MENGAJAR

3.1 Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada
sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pendidikan Negeri/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran
daripada Guru Besar/Penolong Kanan.

3.2 Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan kebenaran Guru
Besar/Penolong Kanan sebelum keluar.

3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Penolong Kanan.

4. CUTI

4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil
bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian
daripada tugas mengajar.

4.2 Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan
oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4.3 Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30
hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari.

4.4 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti melebihi
15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.5 Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama
bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

5. SENARAI TUGAS GURU-GURU

5.1 Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk mempertingkatkan
prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya menyediakan Khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar
Pendidikan Negara tercapai.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 16

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

6. PAKAIAN GURU

6.1 Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki), Baju Batik pada hari Khamis dan Baju
Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995.

6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

6.4 Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

7. PERHUBUNGAN SESAMA GURU

7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat
mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan.

7.2 Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat, kepercayaan kepada guru,
pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

7.3 Perhungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, ekonomi, kelulusan dan
sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

8. BILIK GURU

8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan harta
benda di dalam bilik guru.

8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non
teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-
perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

8.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak
mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu
Tadbir atau Guru Besar.

9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong Kanan, atau
Guru Besar.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 17

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

10. TUGAS-TUGAS

10.1 Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas khas dan
penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.

10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat
pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.

11. BUKU REKOD MENGAJAR

11.1 Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut.
Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.

11.2 Buku Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari JUMAAT (jam 08.00 pagi) untuk disemak
dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan.

11.3 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan

11.4 Rancangan Pendidikan bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disediakan dengan lengkap untuk
tempoh setahun/sepenggal/seminggu dan harian sebelum dihantar kepada Guru Besar untuk penyemakan.

12. JADUAL WAKTU

12.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

12.2 Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan
Penolong Kanan.

13. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

13.1 Setiap guru kelas diberi sebuah buku kedatangan murid. Guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-
maklumat yang diperlukan tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

13.2 Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada SETIAP hari oleh guru kelas pada
waktu PERTAMA. Sekiranya guru darjah tidak hadir, Guru Pembantu kelas bertanggungjawab menandanya.

13.3 Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa atau penjaga
hendaklah dihubungi secara bertulis.

13.4 Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 18

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid
yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

14.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-
bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau perpustakaan.

15. KEBERSIHAN

15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh
guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

15.2 Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik kaunseling, bengkel serta
makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan murid.

16. SURAT MENYURAT

16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

16.2 Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah
mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut.

17. PELAWAT-PELAWAT

17.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan
berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

18. KEGIATAN KOKURIKULUM

18.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap
dan teratur seperti yang telah dirancangkan.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 19

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

19. PERHIMPUNAN SEKOLAH
19.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Setiap guru akan
diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau Pehimpunan Rasmi.
19.2 Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada setiap minggu.
19.3 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, Lagu Sekolah dan Bacaan Ikrar
Rukun Negara.

20. MESYUARAT GURU
20.1 Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah
diwajibkan.
20.2 Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia.

21. TANDA NAMA
21.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

22. BUKU STOK / INVENTORI
22.1 Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan inventori yang dibekal atau
diberikan untuk kegunaan P&P.
22.2 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
22.3 Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
serta berkeadaan baik.
22.4 Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta.
22.5 Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 20

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

23. ARAHAN DAN PEKELILING
23.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta
ditandatangani selepas membacanya.
23.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.
23.3 Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPD hendaklah dibaca difahami dan ditandatangani.
24. TELEFON / FAKS
24.1 Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan telefon disediakan untuk
mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon.
25. PIBG & MAJLIS SEKOLAH
25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.
25.2 Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dibayar oleh guru.
25.3 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

26. LARANGAN MEROKOK
26.1 Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’.
26.2 Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa semasa berada di
kawasan sekolah.
27. GURU PENGGANTI (SIT-IN)
27.1 Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR atau sebab-sebab lain yang tidak dapat
dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu.
27.2 Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas sebagai guru pengganti.
27.3 Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas tersebut.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 21

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

28. MENGHUKUM / MENDENDA MURID

28.1 Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau mendenda murid supaya tidak
bertentangan dengan etika profesion perguruan.

28.2 Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul dengan benda keras,
menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru
atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan
mental dan fizikal murid adalah DILARANG.

28.3 Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan kebolehan murid semasa
proses P&P dijalankan.

29. PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

29.1 Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan pendidikan berkualiti. Namun
demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu di sekolah WAJIB diutamakan.

29.2 Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan dengan PJJ TIDAK DIBENARKAN berlangsung di
sekolah atau di dalam kelas semasa proses P&P

30. HAL-HAL LAIN

30.1 Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan sekolah dari semasa ke
semasa demi kebaikan bersama.

30.2 Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat pendidikan.

Sumber Rujukan:

Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah.

Petikan ucapan KPPM;

“ Buku panduan ini wajar dijadikan bahan rujukan bagi membantu warga pendidik di semua peringkat sekolah rendah
memahami dan melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan secara sistematik. “

( Datuk Abdul Rafie Bin Mahat – Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia )

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 22

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

AKUAN PENERIMAAN MAKLUMAT DAN ARAHAN

Saya ........................................................................................*akp /guru /Pen Kanan /Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Batu mengaku bahawa saya telah menerima maklumat dan
Arahan tentang pentadbiran dan pengurusan sekolah daripada Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Batu pada ............................................ dan memahami segala
maklumat yang disampaikan dan dinyatakan di dalam Buku Panduan Pengurusan
Sekolah serta akan mematuhi segala arahan yang diberikan.

Saya juga berjanji akan berusaha dengn sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab
saya dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial serta sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan
nama baik profesion perguruan.

Tandatangan : ……………………….………….

Jawatan : ………………………………….

Tarikh : …………………………………...

Disahkan oleh : ……………………………………….
(Tandatangan)

Nama Dengan HURUF BESAR : ………………………………………….

Jawatan : ………………………………………….

Tarikh : ………………………………………….

Cop Sekolah

• (Sila potong yang tidak berkenaan)

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 23

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di

sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang
kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program yang terancang
telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghasilkan impak yang maksima.
Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih
tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1 : Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri.

3.0 DASAR
3.1 : Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi

semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan potensi diri dalam diri murid dari aspek jasmani, rohani, mental dan
emosi .
3.2 : Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan.
3.3 : Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
3.4 : Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah diberikan
keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1 : Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 ) kali setahun mengikut

standard piawaian jabatan pendidikan bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah
dan isu kurikulum di sekolah.
4.2 : Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam Buku
Pengurusan Kualiti Sekolah (BPSH)
4.3 : Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah
disediakan dalam tempoh DUA minggu.
4.3 : Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 1 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.4 : Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 24

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.
4.5 : Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan

kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua Panitia
dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1 : Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah

berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata
pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling
membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan
keberkesanan pengajaran.
5.3 : Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada Headcount TOV dan ETR
dalam pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4 : Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi pengajaran
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para murid untuk belajar
dengan lebih baik.
5.5 : Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum
dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu salinan minit
mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha Kurikulum.
5.8: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh
ketua panitia.

6.0 SISTEM FAIL
6.1 : Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah.
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah

pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
7.1 : Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 ) - Lapan ( 8 ) Mata Pelajaran.
7.2 : Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 ) -Sebelas ( 11 ) Mata Pelajaran.

8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
8.1 : Dokumen Standard Kurikulum & Prestasi ( DSKP ), Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) dan

Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk
oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2 : Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.3 : Satu salinan DSKP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4 : Guru mestilah dapat menghayati, mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP kepada objektif pentaksiran dan juga mempraktikkannya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dengan itu setiap guru harus mahir

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 25

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang diajar.
8.5 : Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang telah

disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Fail Rekod Mengajar .
8.6 : Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut

format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing-masing atau
paling minimina mengikut pekeliling yang ditetapkan.
8.7 : Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Fail Rekod Mengajar
sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Fail Rekod Mengajar mestilah
lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
8.8 : Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap
pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan pada
masa hadapan.
8.9 : Fail Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari Jumaat
persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan.
8.10 : Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.11 : Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran sebelum hujung bulan Oktober setiap tahun.
8.12: Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student centered /
berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.

9.0. JADUAL WAKTU
9.1 : Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2 : Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan

persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3 : Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan

kepakaran guru.
9.4 : Agihan murid di dalam kelas adalah secara adil mengikut pendaftaran murid.
9.5: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu.
9.6 : Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan jadual penggunaan

makmal komputer turut disediakan.
9.7 : Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun

menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti . Guru yang
bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa
Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan dijalankan oleh guru ganti
yang terpilih.
9.8 : Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Jawatankuasa MMI.
9.9: Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas Bilik-bilik Khas
tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap. Satu salinan jadual mestilah diserahkan
kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-Bilik khas yang
terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber dan Makmal Komputer.
9.10: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam meningkatkan
ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber
oleh Guru Media dan Perpustakaan mestilah mempunyai hala tuju ke arah tersebut dan semua guru

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 26

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

penolong kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan
perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.

10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
10.1 : Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan

perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).
10.2 : Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT.

Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi keutamaan di dalam
menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan bantuan Bahan Bantu
Mengajar yang lain.
10.3 : Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras
dengan dasar baru Kementerian Pendidikan iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkasakan Bahasa Inggeris bersama dengan program High Immpersive Programme dan Pidato.
10.4 : Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan murid
dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah
kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
10.5 : Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran ,
pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .
10.6 : Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai kaedah
dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha
meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara
berterusan.
10.7 : Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata
pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat
tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata
pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .
10.8 : Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pembelajaran di luar
bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan.
10.9 : Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca,
belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan
ilmu. Murid-murid juga digalakkan belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ).
10.10 : Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan bercapah ataupun HOTS

– Higher Order Thinking Skills Questions atau nama lainnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)

11.0 GURU GANTI
11.1 : Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat Khas perlu

memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untul disediakan

guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2 : Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang

ditinggalkan.
11.3 : Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang telah diarahkan.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 27

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

12.1 : PKSR - 2 kali setahun
12.2 : Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
12.3: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua murid bagi peperiksaan yang ditetapkan di

bawah Akta Pendidikan 1996.
12.4 : Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta

penekanan kepada penilaian formatif.
12.5 : Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan

mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008 –
pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian
seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tahun, format peperiksaan, jadual
pengawasan, rekod markah, syarat lulus, jadual spesifikasi ujian, ’content skill’ dan post mortem
peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .
12.6 : Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang
berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi
peperiksaan awam.

12.8 : Format Peperiksaan
12.8.1 : Ujian Pengesanan – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.2: PKSR – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.3 : Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
12.8.4 : Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-murid tahap 2 iaitu

Tahun 4, 5 dan 6.
12.8.5 : Untuk murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 pentaksiran bilik darjah terus digunakan adalah berasaskan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017).

12.9 Jadual Pengawasan
12.9.1 : Ujian diadakan serentak selama 4 hari minggu bagi semua tahun.
12.9.2: Jadual pengawasan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
12.9.3: Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.

12.10 Rekod Markah
12.10.1 : Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem SAPS.
12.10.2 : Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa untuk

ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran murid-murid diadakan
semasa Hari Berjumpa Pelanggan yang dijalankan selepas peperiksaan.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 28

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

12.11 Gred Pencapaian
12.11.1 : Semua murid ( Tahun 4 hingga 6 ) - mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yang

telah ditetapkan iaitu:

80 - 100 markah : Gred A
65 - 79 markah : Gred B
50 - 64 markah : Gred C
40 - 49 markah : Gred D
0 - 39 markah : Gred E

12.12 Jadual Spesifikasi Ujian
12.12.1 : Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap

kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.12.2 : JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.12.3 : Bagi soalan objektif, analisis item melalui program SP Chart/ PEDIA mesti disediakan setiap kali

selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4 : Semua soalan mesti disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak.

12.13 Post- mortem Untuk Peperiksaan
12.13.1 : Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata pelajaran masing-

masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2 : Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah dikenal pasti bagi

tujuan pemulihan dan pengukuhan.
12.13.3 Semua guru diminta mengisi borang postmortem seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan

diserahkan kepada PK Pentadbiran.

13.0 PEMANTAUAN
13.1: Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1 : Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam setahun

secara rasmi.
13.1.2 :Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual

barisan pentadbir untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan
program-program sekolah yang telah dirancang.
13.1.3 : Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan. Oleh itu adalah penting guru
tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement berdasarkan
observation ’ supaya penambaikan boleh berlaku.
13.1.4 : Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh
guru-guru penolong kanan.
13.1.5 : Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan Dasar
Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6 : Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja, buku latihan dan hasil kerja murid ditetapkan oleh
Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh pihak pentadbiran sekolah.
13.1.7 : Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 29

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh Guru Besar untuk
dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya diperbincangkan dalam
mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
13.1.8 : Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan manakala semua Penolong Kanan akan
dicerap oleh Guru Besar.
13.1.9 : Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerap untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai
untuk dicerap.

13.2: Pengurusan Panitia
13.2.1 : Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Pentadbiran.
13.2.2 : Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
13.2.3 : Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat.
13.2.4 : Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.
13.2.5 : Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun berdasarkan

TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6 : Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara

berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

13.3 Peperiksaan dan Penilaian
13.3.1 : Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam pengurusan

dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2 : Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas

tahunan.

13.4 Bilik-bilik Khas
13.4.1 : Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan

Buku Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah.
13.4.2 : Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :

Pusat Sumber
Stor-stor yang telah dikhaskan
Pusat Akses
Makmal Komputer
Bilik SPBT
13.4.3 : Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas ini mestilah
diwujudkan.
13.4.4 : Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.

13.5 Jawatankuasa Pemantauan
13.5.1 : Guru Besar.
13.5.2 : Guru-guru Penolong Kanan.
13.5.3 : Ketua Panitia dan Penyelaras yang dilantik

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 30

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid
13.6.1 : Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi

memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2 : Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di dalam

setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.
13.6.3 : Semua Penolong Kanan akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas yang diajar

kepada Guru Besar untuk semakan.

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1 : Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.

Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2 : Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3 : 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun berikutnya.
14.4 : Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

15.0 BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1 : Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap murid dan

guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran. Maklumat dan pengetahuan
asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
15.2 : Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks dan
mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3 : Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru bertanggungjawab
dan dibantu oleh Pengawas SPBT.
15.4 : Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains selaras dengan
SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris
dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian,
dan kesimpulan apabila murid menjalankan kajian atau eksperimen. Halaman yang kosong boleh
digunakan untuk melukis gambarajah, graf dan sebagainya. Penggunaan buku ini dapat
memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi murid dalam bentuk penulisan .
15.5 : Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai
kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru
mata pelajaran mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak mengikut
tempoh yang telah ditetapkan .
15.6 : Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau guru
terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan. Murid yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah
dibincangkan dalam mesyuarat panitia .
15.7 : Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 31

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

16.0 LATIHAN MINIMUM
16.1 : Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan

dalam topik-topik yang diajar. Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan
oleh semua murid dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
16.2 : Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia
pertama setiap tahun.
16.3 : Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi mengikut
tahap kebolehan murid-murid.

17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN
17.1 : PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2 : Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa

murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan
pelajaran.
17.3 : Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu
untuk tempoh 5 bulan pertama persekolahan dan oleh guru-guru Bahasa Inggeris untuk 5 bulan
berikutnya.
17.4 : Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
secara bergilir-gilir.
17.5 : Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan
kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .
17.6 : Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
18.1 : Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dibuat

berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah menyokong
sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.2 : Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.
18.3 : Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran, menajamkan kemahiran
berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai, dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui penulisan, meningkatkan penguasaan dan
pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan motivasi dan minat murid-murid untuk terus
belajar .
18.4 : Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pada masa
yang sama dapat meningkatkan ketrampilan diri murid-murid. Dilaksanakan sepanjang tahun
dengan bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah program-program yang
dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam
yang lebih berfokus kepada latihtubi, pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga
’practice make permanent ’.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 32

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

18.5 : Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan
kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .

18.6 : Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan
dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.

18.7 : Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan panitia.

18.8 : Ketetapan Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.

18.9 : Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu semua Panitia dalam
merancang dan melaksana program peningkatan akademik.

18.10 :Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan dan kelancaran
Program Peningkatan Akademik.

19.0 PERKEMBANGAN STAF
19.1: Kursus Dalaman
19.1.1 : Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar /

Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai.
19.1.2 : Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara

Guru Besar / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3 : Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.

19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
19.2.1 : Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap kakitangan awam wajib

menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun. Dirancang mengikut permintaan
guru berdasarkan keperluan.
19.2.2 : Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian pintar.
19.2.3 : Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.

19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
19.3.1 : Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
19.3.2: Disimpan untuk rujukan panitia.

20.0 KAJIAN TINDAKAN
20.1 : Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
20.2: Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

21.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PEPERIKSAAN
21.1 : Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan.
21.2: Percetakan hendaklah menggunakan mesin fotostat

21.4 : Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
21.5 Guru diminta mencatat bahan yang perlu dicetak dalam buku mengikut format yang disediakan

bagi tujuan kawalan.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 33

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

2.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
22.1: UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya dengan gred D )
22.2: Sasaran 5 orang murid untuk mencapai Tahap Penguasaan 6 setiap Tahun
22.3: Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.

23.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
23.1 : Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri

dan Kebangsaan.
23.2 : Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang

dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

24.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
24.1 : Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan

negara .
24.2 : Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui

mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

“ Tidak membuang masa, tidak ada kemalasan, tidak ada
penangguhan; jangan tunggu sehingga esok untuk melaku-kan apa
yang boleh dilakukan hari ini.

- Earl of Chesterfeild-

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 34

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

BIDANG TUGAS GURU

Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

1. Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran.
2. Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkannya kepada semua anggota panitia.
3. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian.
4. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan salinan kepada

pengurusan sekolah.
5. Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan-soalan, ujian, peperiksaan

bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
6. Merangka Takwim Panitia setahun – mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
7. Menentukan target mata pelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun.
8. Berusaha menambah BBM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan berkesan.
9. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan, sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.
10. Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia mata pelajaran.
11. Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya.
12. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran,rancangan/sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.
13. Membantu dalam pengurusan,penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber, Makmal dan bengkel.
14. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti Projek UPSR dan sebagainya.
15. Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrumen penilai yang berkesan.

Bidang Tugas Jawatankuasa Projek Khas Peningkatan Akademik

1. Mengenalpasti kumpulan murid.
2. Merancang ,mengurus,dan menyelia program bimbingan.
3. Mewujudkan Projek Khas yang inovatif dan memberi kesan berganda.
4. Membuat penilaian/target mata pelajaran dan menentukan tindakan susulan.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 35

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

Bidang Tugas Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran

1. Menyediakan Sukatan Pelajaran bagi setiap anggota.
2. Menyedia Rancangan Mengajar.
3. Mencadangkan buku teks dan buku rujukan.
4. Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan.
5. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan.
6. Mengadakan mesyuarat panitia.
7. Menyedia dan menyebar alat bantuan mengajar.
8. Melaksanakan arahan dan keperluan sekolah, PPD, JPN, KPM.

Bidang Tugas Peperiksaan, Penilaian dan Pentaksiran

1. Menyedia takwim/Jadual peperiksaan yang seimbang dan adil serta mengedarkannya.
2. Menyedia senarai pembuat soalan dan memastikan mutu dan keesahan soalan.
3. Mengurus peperiksaan dan memastikan keselamatan soalan.
4. Menganalisa dan melapur keputusan peperiksaan dalaman dan luaran.
5. Memberi taklimat terperinci kepada pelajar pengedaran borang sementara.
6. Menyedia,mengisi,menyemak borang kemasukan dan menghantar borang peperiksaan ke JPN.
7. Menyedia /melengkapkan bilik-bilik peperiksaan.
8. Menjalankan kajian sosioekonomi pelajar sebagai faktor penyebab kecemerlangan.

Bidang Tugas Jawatankuasa Jadual Waktu dan MMI

1. Menyediakan Jadual Waktu Induk sekolah/Persendirian dan Kelas.
2. Mengubah jadual waktu dari masa ke semasa mengikut keperluan.
3. Menyedia jadual waktu ganti guru yang tidak hadir sekolah.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 36

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

Bidang Tugas Jawatankuasa Data

1. Menyedia Penyata bulanan guru dan murid
2. Menyedia penyata suku tahun
3. Menyediakan data-data untuk dihantar ke PPD/JPN/KPM
4. Menyemak dan mengawasi Jadual Kedatangan
5. Menyedia dan merekod untuk pembangunan sekolah

Bidang Tugas Guru Kelas

1. Pendaftaran pelajar,butiran penjaga yang kemas kini ke dalam jadual kedatangan.
2. Merekod kehadiran pelajar/,mengambil tindakan pelajar yang tidak hadir.
3. Memungut bayaran peralatan murid dan sebagainya.
4. Keprihatinan guru terhadap pelajar.
5. Keceriaan kelas -sentiasa bersih dan selamat.
6. Rekod data pelajar,peperiksaan,kad kemajuan,kad 001, profil
7. Pengumpulan maklumat pelajar (SPBT,Borang biasiswa dll)

Bidang Tugas Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah

1. Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
2. Menyedia dan memproses senarai alat-alat yang ada.
3. Menyediakan alat-alat dan bahan yang diperlukan oleh semua bahagian mengikut keutamaan.
4. Berbincang dengan guru besar berhubung pembelian alat-alat mengikut keutamaan dan kemampuan sekolah.
5. Merancang anggaran belanjawan tahunan - cuba dapatkan sumbangan luar.
6. Berhubong rapat dengan pembahagian perkhidmatan sebaran pendidikan, PKG, PSPN dan lain-lain agensi.
7. Merakam peristiwa-peristiwa penting di sekolah dan luar sekolah yang melibatkan penyertaan pasukan sekolah dan

memasukkan ke dalam album.

Bidang Tugas Jawatankuasa BBM

1. Berusaha menambah alat-alat BBM dan memastikan penggunaannya secara maksimum.
2. Mereka dan mengemas kini penggunaan peralatan BBM.
3. Mengadakan pertandingan reka cipta alatan BBM.
4. Mengkategori alatan BBM mengikut mata pelajaran.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 37

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

Bidang Tugas Jawatankuasa Bilik Pusat Akses

1. Menyediakan rekod penggunaan komputer.
2. Menyelaraskan jadual penggunaan bilik pusat akses.

Bidang Tugas Jawatankuasa Perpustakaan

1. Menggubal polisi perpustakaan dan peraturan-peraturan penggunaannya.
2. Berusaha mendapatkan koleksi bibliografi, katalog buku-buku baru untuk diedarkan kepada guru-guru bagi memilih

buku-buku yang sesuai.
3. Mengurus dan mengemas kini kerja-kerja berikut:

-Merekod semua buku yang ada dalam perpustakaan dalam buku stok.
-Menggelas,mengkatalogkan dan memproses buku.
-Menyedia buku rekod penggunaan perpustakaan
-Melantik Pengawas Perpustakaan dan menentukan tugas-tugasnya.
4. Merancang aktiviti tahunan perpustakaan seperti:
-Sudut Pameran
-Pameran buku baru
-Minggu/bulan perpustakaan dan bulan membaca.
-Mengadakan pertandingan banyak membaca,mengulas buku.
-Membuat polongan akhbar.
-Mengadakan penerbitan seperti”Berita Perpustakaan”
5. Membaikpulih buku-buku yang rosak dan menjilid.
6. Membuat hapus kira,menutup kira-kira akhir tahun dan membuat anggaran belanjawan tahun berikutnya.
7. Menghias cantik perpustakaan supaya menjadi “Gedung Ilmu”.

Bidang Tugas Jawatankuasa Makmal Komputer

1. Menyelaras penggunaan komputer
2. Mengadakan kursus dalam berkaitan dengan penggunaan komputer
3. Berusaha mewujudkan Kelab Komputer Sekolah.
4. Melakukan kerja rawat pulih komputer.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 38

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

Bidang Tugas Jawatankuasa Aset dan Inventori

1. Menyediakan dan menguatkuasakan peraturan penggunaan kerusi,meja,almari dan sebagainya.
2. Menerima,mengagih dan menyimpan peralatan sekolah yang baru serta menghapus kira peralatan yang lama

mengikut prosedur.
3. Menyediakan bengkel baik pulih peralatan sekolah dan mengaktifkannya.
4. Menjaga stok dan inventori.
5. Menyedia tempat berehat,sudut bacaan,bilik rawatan,tempat basikal bilik air dll.

Bidang Tugas Jawatankuasa Pembangunan Staf

1. Melaksanakan kursus-kursus dalaman kepada guru-guru dan staf sokongan.
2. Bekerjasama dengan badan-badan luar bagi pembangunan kendiri guru dan kakitangan.
3. Membuat anggaran belanjawan bagi pembangunan staf.

Dalam semua perkara, kejayaan bergantung pada persediaan
sebelumnya, Tanpanya, yang pasti hanyalah kegagalan

-Confucius-

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 39

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 40

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 41

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 42

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 43

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

Hari Kelepasan Am 2022

Hari Kelepasan Am Tarikh Hari
Tahun Baru Cina 1 & 2 Februari Selasa & Rabu
Good Friday
Hari Pekerja 15 April Jumaat
Hari Raya Puasa 1 Mei Ahad
Hari Wesak 3 & 4 Mei Selasa & Rabu
Gawai Dayak 15 Mei Ahad
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan 1 & 2 Jun Rabu & Khamis
Agong
Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1436H * 6 Jun Isnin
Hari Sarawak
Awal Muharam (Maal Hijrah) 10 Julai Ahad
Hari Kebangsaan 22 Julai Jumaat
Hari Malaysia 30 Julai Sabtu
Hari Jadi Yang Di-Pertua Sarawak 31 Ogos Rabu
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur 16 September Jumaat
Rasul) 8 Oktober Sabtu
Hari Deepavali
Hari Krismas 9 Oktober Ahad

24 Oktober Isnin
25 Disember Ahad

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan
yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang
kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari
Kelepasan.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 44

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 45

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

Hala Tuju PBD Tahun 6
TOV 2021/ 2022

BIL MATA PELAJARAN BIL. MURID MENGUASAI
BIL MURID SEBENAR BIL MURID DITAKSIR

TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6

1 BAHASA MELAYU 22 20 0 0 9 7 4 0
22 20 0 0 5 8 7 0
2 BAHASA INGGERIS 22 20 0 2 11 7 0 0
22 20 0 0 2 12 6 0
3 MATEMATIK 22 20 0 0 12 4 4 0
22 20 0 0 1 13 6 0
4 SAINS 22 20 0 0 3 8 9 0
22 20 0 0 14 6 0 0
5 PENDIDIKAN MORAL 22 20 0 0 0 3 17 0
22 20 0 0 6 6 8 0
6 SEJARAH 22 20 0 0 7 8 5 0

7 REKA BENTUK TEKNOLOGI

8 PENDIDIKAN JASMANI &
PENDIDIKAN KESIHATAN

9 PENDIDIKAN SENI VISUAL

10 PENDIDIKAN MUZIK

11 BAHASA IBAN

NOTA:
o 2 orang murid OKU

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 46

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU E-MAIL:[email protected]
JALAN LUBUK LALANG MEDAMIT E-MAIL: [email protected]
98700 LIMBANG SARAWAK
YBB5114

Hala Tuju PBD Tahun 6
ETR 2022 / 2023

BIL MATA PELAJARAN BIL. MURID MENGUASAI
BIL MURID SEBENAR BIL MURID DITAKSIR
1 BAHASA MELAYU
TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
2 BAHASA INGGERIS
22 20 0 0 0 9 7 4
3 MATEMATIK 22 20 0 0 0 5 8 7
22 20 0 0 2 11 7 0
4 SAINS 22 20 0 0 0 2 12 6
22 20 0 0 0 12 4 4
5 PENDIDIKAN MORAL 22 20 0 0 0 1 13 6
22 20 0 0 0 3 8 9
6 SEJARAH 22 20 0 0 0 14 6 0

7 REKA BENTUK TEKNOLOGI 22 20 0 0 0 0 3 17
22 20 0 0 0 6 6 8
8 PENDIDIKAN JASMANI & 22 20 0 0 0 7 8 5
PENDIDIKAN KESIHATAN

9 PENDIDIKAN SENI VISUAL

10 PENDIDIKAN MUZIK

11 BAHASA IBAN

NOTA:
o 2 orang murid OKU

PENTADBIRAN & KURIKULUM SEKOLAH - SKBB@wge Muka surat 47


Click to View FlipBook Version