The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) 2022 SIRI 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliamaisara145, 2022-09-28 13:28:26

BUKU PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) 2022 SIRI 1

BUKU PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) 2022 SIRI 1

((BBIIGG))

"GURU CERGAS, PENGGERAK
GLOBALISASI"

PISMP JUN 2022 SIRI 1 (UNIT BM1, BM2,
BM3 DAN PK1)

TARIKH : 3 OKTOBER - 7 OKTOBER 2022
TEMPAT : IPGK PM DAN KEM PERMATA, ALOR GAJAH

DDIIRRAASSMMIIKKAANN OOLLEEHH::




DDRR.. HHJJHH KKAARRTTIINNII BBIINNTTII
AABBDDUULL MMUUTTAALLIIBB



PPEENNGGAARRAAHH,,




IIPPGG KKAAMMPPUUSS PPEERREEMMPPUUAANN
MMEELLAAYYUU,, MMEELLAAKKAA

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN

ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU




Model konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru
kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan
ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program
yang dirancang seperti berikut:
Ketuhanan: Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan
amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran
agama.
Kemasyarakatan: Menekankan peranan guru sebagai pendidik,
pemimpin dan sebagai agen perubahan.
Kendiri: Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme,
pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

PENGENALAN

Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah satu
wahana ke arah pembinaan dan pembentukan
kualiti insan guru yang dihasratkan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini
melibatkan semua pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan di IPG. Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar
dan dalam kampus sepanjang tempoh
pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang,
pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan. Program ini diharap dapat
melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa profesional
yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dan
arus globalisasi.

VISI INSTITUT PENDIDIKAN



GURU

Institut Pendidikan Guru
Peneraju Kecermelangan

Pendidikan Guru

MISI INSTITUT PENDIDIKAN



GURU

Institut Pendidikan Guru
melahirkan guru yang kompeten

dan berjiwa pendidik melalui
program pembangunan guru yang

dinamik ke arah pendidikan
sekolah bertaraf dunia

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik bersedia menjunjung aspirasi negara, serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.

MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN
GURU (BIG)

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk
melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak,
nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri
yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha
berterusan sepanjang program pendidikan keguruan
berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah
mulia dan guru merupakan pembina generasi negara.
Program BIG akan diadakan selama 5 hari 4 malam yang
akan bermula di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
Melayu pada 3/10/2022 (Isnin) dan 7/10/2022 (Jumaat).
Seterusnya, aktiviti perkhemahan akan dilaksanakan di Kem
Permata, Alor Gajah pada 4/10/2022 (Selasa) sehingga
6/10/2022 (Khamis). Aktiviti perkhemahan ini bertujuan
memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri
dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain
utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan
ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar.

OBJEKTIF KURSUS BINA INSAN GURU
(BIG)

1.Memahami realiti persekitaran dan responsif secara
positif terhadap keadaan dan keperluan persekitaran
yang berbeza.

2.Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan
sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti.

3.Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.

4.Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya
keguruan serta membina pemikiran positif terhadap
kerjaya keguruan.

5.Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin
kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan
diri yang sesuai.

6.Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah.

7.Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani,
emosi, rohani (spritual) dan sosial.

8.Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.

9.Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal berdasarkan
pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta
mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

IKRAR RUKUN NEGARA

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung
cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakat;
memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu
masyarakat yang adil sehingga kemakmuran
negara akan dapat dinikmati secara adil dan
saksama; menjamin satu cara liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan
pelbagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar kan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut :

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

MPU3212 BINA INSAN GURU

Menjelaskan tatacara pelaksanaan aktiviti
perkhemahan berdasarkan Prosedur Standard
Operasi yang ditetapkan (C2, HP1).

Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, komunikasi,
dan akhlak keguruan (nilai kerohanian dan etika)
melalui penyertaan sepanjang aktiviti (A4, HP4,
HP5, KIK6).

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan
fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial melalui
penglibatan dalam semua aktiviti mengikut
Prosedur Standard Operasi (P4, A5, HP3, HP8,
KAT10).

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP
PROGRAM PERKHEMAHAN BIG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina
Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya
program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan
dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1.Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti
dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap
aktiviti BIG.

2.Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim,
kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu
sama lain.

3.Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin
dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji
sepanjang perkhemahan.

4.Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati
masa dalam setiap program/aktiviti yang
dilaksanakan.

5.Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan
aktiviti (berlandaskan tuntutan agama).

6.Peserta dilarang membawa dan memakai barang
kemas semasa aktiviti perkhemahan.

7.Segala bentuk perjudian dan minuman keras
diharamkan sama sekali.

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP
PROGRAM PERKHEMAHAN BIG

8. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah
selepas jam 12.00 tengah malam.
9. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan
membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.
10. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari
luar semasa aktiviti perkhemahan.
11. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan
kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.
12. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri,
peralatan dan harta persendirian.
13. Peserta dilarang membakar dalam kawasan
perkhemahan tanpa kebenaran.
14. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu
mendapat kebenaran dan pengawasan
jurulatih/fasilitator.
15. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa
kebenaran.
16. Peserta mesti mematuhi arahan keselamatan
berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
17. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran
atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa
Keselamatan/Urusetia.

PERATURAN, ARAHAN TETAP



& ETIKA

Program ini adalah bersifat latihan sepenuh masa di
lapangan. Peraturan, arahan tetap dan etika peserta
bertujuan untuk memastikan kelicinan dan keberkesanan
program. Peserta yang didapati melanggar atau tidak
mematuhi mana-mana bahagian dalam peraturan dan
arahan tetap di atas dan setelah diberikan khidmat nasihat
tetapi masih melanggar atau tidak mematuhi mana-mana
bahagian peraturan dan arahan tetap berkenaan, boleh
dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Urus Setia
Program.

1. AM

1.1 Urusetia dan pegawai Pro BIG terdiri daripada
pensyarah-pensyarah, kakitangan dan jemputan khas
Jawatankuasa Pengelola Program.

1.2 Perkhidmatan perubatan dan pertolongan cemas
disediakan. Sila laporkan segera kepada pihak Urusetia
atau jurulatih atau pegawai bertugas jika berlaku apa-apa
kemalangan dan kecemasan yang ditafsirkan boleh
membahayakan diri dan persekitaran terlibat.

1.3 Sebarang pesanan maklumat atau pembelian
peralatan dan keperluan peribadi yang ditafsirkan penting
hendaklah dibuat menerusi atau mendapat keizinan
Urusetia / Pegawai Pro BIG.

1.4 Semua peserta hanya dibenarkan membawa peralatan
dan keperluan peribadi yang mencukupi dan bersesuaian
dengan program disamping bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan dan
keperluan peribadi untuk masing-masing dan juga mana-
mana peralatan dan kelengkapan yang diamanahkan
Penyelaras dan pegawai Pro BIG sepanjang program.

1.5 Semua peserta program adalah tertakluk kepada
PERATURAN, ARAHAN TETAP DAN ETIKA PRO BIG.
Peraturan dan arahan-arahan lain yang diputuskan akan
dimaklumkan kepada peserta dari semasa ke semasa oleh
Penyelaras atau Pegawai Pro BIG.

2. BAHASA PANGGILAN

2.1 Untuk Urusetia dan Pegawai Program : Encik / Tuan / Puan

2.2 Untuk peserta : Saudara / Saudari

3. KESELAMATAN

3.1 Keselamatan di lokasi aktiviti (Camp Site) adalah
terkawal dan ia di bawah tanggungjawab penyelaras dan
pegawai Pro BIG.

3.2 Sekiranya berlaku kecemasan, pegawai akan
membunyikan wisel kecemasan tanpa henti untuk jangka
waktu yang panjang yang diikuti oleh arahan
selanjutnya.

3.3 Menghisap rokok, minum minuman keras,
penyalahgunaan najis dadah dan sebarang bentuk
perjudian, aktiviti-aktiviti dan apa-apa bahan anti sosial
tidak dibenarkan sama sekali semasa aktiviti Pro BIG dan
kawasan aktiviti (Camp Site).

3.4 Jenis senjata yang ditafsirkan membahayakan
keselamatan diri dan persekitaran tidak dibenarkan
disimpan oleh peserta kursus dan hendaklah diserahkan
kepada penyelaras atau pegawai PRO BIG yang bertugas.

3.5 Penyelaras dan pegawai PRO BIG akan sentiasa
memantau kawasan latihan (camp site) dan perkhemahan
peserta.

4. KETEPATAN MASA

4.1 Semua peserta hendaklah bersiap sedia 10 minit
lebih awal dari masa yang ditetapkan di dalam semua
aktiviti program.

5. PAKAIAN

5.1 Peserta dikehendaki membawa kelengkapan-
kelengkapan asas seperti berikut:

Baju T maktab (lengan panjang)
Sebarang baju T lengan panjang yang tidak
mempunyai rekaan yang menggambarkan anti-
sosial.
Seluar track
Kasut sukan
Sarung kaki / Stoking
Pakaian solat / Telekung
Keperluan peribadi yang lain

5.2 Semua peserta hendaklah sentiasa menutup aurat
sebagaimana yang diarahkan pada setiap masa
sepanjang program dijalankan.

6. KEBERSIHAN

6.1 Kawasan pusat latihan termasuk tempat
perkhemahan, makan, bilik mandi, tandas dan kawasan
rehat peserta hendaklah sentiasa bersih, kemas dan
selamat digunakan pada bila-bila masa

7. PERGERAKAN PESERTA DAN AKTIVITI

7.1 Pergerakan dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain
hendaklah sentiasa dalam kumpulan dan teratur
sebagaimana yang diarahkan.

7.2 Ketua kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap disiplin, pergerakan dan aktiviti yang dijadualkan

ETIKA PESERTA

ETIKA TERHADAP DIRI SENDIRI

Mengutamakan keselamatan, kesihatan dan
kecerdasan diri.
Memelihara kebersihan, kekemasan dan keceriaan diri.
Mengawal hawa nafsu dari melakukan kemungkaran
dan kegiatan anti sosial.
Berupaya membuat keputusan yang rasional dan
kestabilan mental terhadap tekanan.
Mempunyai peri laku yang mencerminkan akhlak dan
budi pekerti yang luhur serta saling hormat
menghormati.
Berkomunikasi yang berkesan dan kesantunan
berbahasa dengan semua pegawai dan peserta.
Mengamalkan budaya memberi salam dan bertegur
sapa.
Menghindarkan diri dari apa-apa tindakan yang boleh
mencemarkan nama baik dan imej IPG.
Bertekad dan berusaha meningkatkan kualiti dan
prestasi diri sepanjang program.

ETIKA TERHADAP RAKAN PESERTA

Bekerjasama dan bermuafakat sesama rakan peserta.
Menjaga kesejahteraan, perpaduan dan keselamatan
rakan peserta.
Memberi nasihat dan menolong rakan peserta dalam
mengatasi masalah yang dihadapi.
Mengelakkan diri daripada mencemarkan dan
menjatuhkan nama baik dan maruah rakan peserta.
Menjadi ahli yang aktif dalam semua aktiviti dan
sebagaimana yang diarahkan.
Bersedia memaafkan kesalahan orang lain dan
menyedari kelemahan diri.
Berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rakan
peserta.

ETIKA TERHADAP ILMU DAN PENGALAMAN

Membina sikap cintakan ilmu dan pengalaman
Mengembangkan potensi berfikir secara kreatif dan
kritis dan dapat menyampaikan idea yang jelas
Menghubungkaitkan teori dan amalan serta dapat
merealisasikannya sebagai aktiviti harian
Melaksanakan tugasan dengan jujur dan
mengutamakan kualiti dan kesempurnaan
Berusaha mencapai keputusan yang baik dan tepat,
bersikap akur kepada keputusan, berlapang dada
terhadap perbezaan pandangan dan pendekatan

Menyertai semua aktiviti program untuk kemanfaatan
diri, kumpulan dan persekitaran sesuai dengan potensi
diri.
Berdoa semoga mendapat keredhaan Tuhan dan
keberkatan ilmu dan pengalaman yang diperoleh.

ETIKA TERHADAP URUS SETIA DAN PEGAWAI
PROGRAM 

Menghormati, memberi salam dan ucapan
penghargaan kepada semua urus setia dan pegawai
proram.
Mewujudkan hubungan yang harmoni dengan semua
urus setia dan pegawai program.
Memberikan tumpuan yang bijaksana dan menghargai
tunjuk ajar pegawai program.
Membahaskan secara sopan ilmu yang diragui atau
yang bertentangan dengan kefahaman dan realiti
semasa.
Sentiasa meminta keredaan ilmu yang dipelajari
daripada pegawai bertugas.
Mendoakan kesejahteraan semua pegawai dan urus
setia.

ETIKA TERHADAP PUSAT LATIHAN
DAN PROGRAM



Mematuhi peraturan, arahan tetap dan etika peserta.
Menjaga keharmonian pusat latihan dan program.
Peka terhadap kebersihan semua ruang dan bahagian
pusat latihan, kemudahan dan kawasan latihan.
Menjaga keselamatan harta benda awam dan
kepentingan bersama.
Menanam sikap berjimat cermat ketika menggunakan
air, elektrik dan segala kemudahan latihan.
Mempunyai perasaan sayang terhadap pusat latihan.
Menjaga nama baik dan imej pusat latihan.
Sedia berkhidmat dan memberikan bantuan
sebagaimana yang diarahkan dan diperlukan dengan
penuh jujur dan ikhlas.
Bertekad dan berusaha untuk mencapai objektif
program dan menghayati semangat, ilmu, kefahaman
dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program
secara berterusan selepas Program Bina Insan Guru
tamat.

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI



BIG 2022

PENASIHAT : DR. HJH KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB
PENASIHAT II : DR. HJH NORSHIDAH BINTI ABU HUSIN
KEM KOMANDAN : EN. SHAHRIN BIN ABIDIN
TIMBALAN KEM : NURADLINA SHAEERA BINTI HASRI
KOMANDAN
PENYELARAS BIG : EN. HISHAMUDDIN BIN BASIRON

SENARAI JURULATIH/FASILITATOR

PN. ZAIMAWATI BINTI ABD. : KETUA JURULATIH
KADIR /JURULATIH KEYAKINAN DI
AIR

EN. MOHAMAD ROSLI BIN : JURULATIH AKTIVITI
BADRON ABSEILING

SENARAI JURULATIH/FASILITATOR

DR. MOHAMMAD : JK PERALATAN / FASILITATOR
SYAKERUL HANIZ MOHD KUMP 3
SABRI

TN. HJ. ZAINAL ABIDIN BIN : JURULATIH ETIKET SOSIAL
SAMSUDIN DAN PROTOKOL / FASILITATOR
KUMP 1

CIK KRISTIL TAN AI TENG : JK KESELAMATAN DAN
KEBAJIKAN / FASILITATOR
KUMP 2

PN. IZZAH BINTI ABU BAKAR : JURULATIH AMALAN
PEMAKANAN SIHAT

EN. MOHD FU’AD BIN : JURULATIH TAZKIRAH /
MOHAMAD SELEH KEROHANIAN

EN. ABDULLAH BIN YAHYA : JURULATIH TAZKIRAH /
KEROHANIAN

EN. AHMAD SUHAIZAN BIN : JURULATIH
PANDAK KEWARGANEGARAAN DAN
PERPADUAN

EN. SAFFERY BIN ARIFFIN : JURULATIH AKTIVITI KAYAK /
RAKIT / ALAT APUNGAN LAIN

SENARAI JURULATIH/FASILITATOR

EN. AHMAD FITRI BIN LIAS : JURULATIH KECERGASAN DAN
PATRIOTIK / MENTOR BM2
DR. NORSIAH BINTI
BAHARI : JURULATIH KEMBARA DAN
IKHTIAR HIDUP / FASILITATOR
TN. HJ. MAKROF BIN MD KUMPULAN 4
DAUD
: JURULATIH PERANAN GURU
TN. HJ. AZMAN BIN KANIL TERHADAP KOMUNITI /
@ KONIL FASILITATOR KUMPULAN 5

PN. HJH. ROHANA BINTI : JURULATIH REFLEKSI /
BACHIK FASILITATOR KUMPULAN 6

PN. SUZIELA BINTI MD. : FASILITATOR KUMPULAN 7 /
TAHIR MENTOR BM1

EN. MOHD MERNAN BIN : FASILITATOR KUMPULAN 8 /
TALLING MENTOR BM3

PN. KHADIJAH BINTI AMAT : JURULATIH KEMBARA DAN
@ KAMARUDDIN IKHTIAR HIDUP / FASILITATOR
KUMPULAN 9

: FASILITATOR KUMPULAN 10 /
MENTOR PK1

SENARAI JURULATIH/FASILITATOR

CIK HJH. HALIMAH BINTI : JURULATIH AMALAN
JANTAN PEMAKANAN SIHAT

EN. MOHD SAOFIE BIN : JURULATIH AKTIVITI
BACHOK KEWARGANEGARAAN DAN
PERPADUAN
EN. MOHD RIZAL BIN
JAMALUDDIN : URUSETIA / JURULATIH AKTIVITI
ABSEILING

AJK PENGELOLA B
INA INSAN GURU
(BIG)

JAWATANKUASA PELAJAR BIG 2022:

PENGERUSI : NURADLINA SHAEERA BINTI HASRI (BM3)
NAIB PENGERUSI
: SYADIYAH BINTI MOHD SHAHRUL AMIN
SETIAUSAHA (BM2)
BENDAHARI
: NUR ALIA MAISARA BINTI ISMAIL (BM1)

: ANIS AFIQAH BINTI MOHD MOHTARI (PK1)

AJK PELAKSANA

BUKU PROGRAM

1. NUR ALIA MAISARA BINTI ISMAIL (BM1) (K)
2. NURUL IZZAH BINTI KAMSIDI (BM2) (PEN. K)
3. ZATI 'ARISYA SYAHIRA BINTI SAHRUL (BM1)
4. SYAIDATUL NAJIHAH BINTI AZIZOL (BM3)
5. AINA HUMAIRA BINTI AZIAN (PK1)

PERANAN GURU TERHADAP KOMUNITI SETEMPAT

1. NOR AZRIN BINTI MOHD RIZAN (BM1) (K)
2. CHE NUR AININ SOFIA BINTI CHE KAMARUZAMAN (BM1) (PEN. K)
3. NUR HANI SYAHINDAH BINTI NORHISHAM (BM2)
4. PUTERI NUR BALQIS BINTI RUSMAN (BM2)
5. RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD RIDZUWAN (BM3)
6. NUR HUSNA NADHIRAH BINTI MUHAMMAD (BM3)
7. NURUL ARIFAH BINTI ABDUL RAZAK (PK1)

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

1. NURUL FAIZZAH BINTI AB. RAHMAN (BM1) (K)
2. FATNIN FARZANA BINTI ZUBAIDI (BM2) (PEN. K)
3. NURUL HAZIQAH BINTI ZAHIDI (BM1)
4. NUDRA SYAFINI BINTI MOHD SUKI (BM2)
5. NUHA JAZLINA BINTI ANAS (BM3)
6. NURUL FAREHAH BINTI ISMAIL (BM3)
7. NUR NABIHAH BINTI JAMAL (PK1)

MALAYSIA CERGAS DAN PATRIOTIK

1. NAJIHAH JAZMEEN BINTI ZUHARI (BM2) (K)
2. NUR AMIRAH SOFIAH BINTI MOHD GHAZALI (BM1) (PEN. K)
3. NUR FARHA SYAZWANI BINTI ABD AZIZ (PK1)
4. NUREEN SYAZWANY BINTI SHAMSUL 'ARIFFIN (BM2)
5. NAJWA BINTI NAZRI (BM3)

KEWARGANEGARAAN DAN PERPADUAN

1. AFIQAH BINTI MOHAMAD SAKRI (BM3) (K)
2. NURUL KHAIRINA BINTI MOHD SHAHRIL (PK 1) (PEN. K)
3. NUR IZZATUL HANNA BINTI CHE HAZMI (BM1)
4. NUR MAISARAH BINTI MOHD ZAINON (BM2)
5. NUR AYUNI BINTI IBRAHIM (BM2)

KEYAKINAN DI AIR

1. MARSYA IRDINA BINTI MOHMAD RASIDE (BM1) (K)
2. NURSYAZNI AFIKA BINTI MUHAMMAD ZULHAZRI (BM1) (PEN. K)
3. NUDRA SYAFINI BINTI MOHD SUKI (BM2)
4. CHE NUR SYAFIQAH BINTI CHE AB RAHMAN (BM2)
5. NISA QISTINA BINTI MOHD EZRAL (BM3)
6. SHARIFAH NURUL AZIRAH BINTI SYED RAZALI (BM3)
7. NUR AIYDA ZHARIFAH BINTI ZALID (PK1)

AKTIVITI RAKIT

1. ANIS ISMAHANI BINTI ZULKIFLI (BM3) (K)
2. SARAH IZZATI BINTI MOHD SANAWI (BM2) (PEN. K)
3. ADLINA DARWISYAH BINTI MOHAMAD RUZI (BM1)
4. NURUL SYAZANA BINTI MUHAMAD YUSOF (BM1)
5. CHE NUR SYAFIQAH BINTI CHE AB RAHMAN (BM2)
6. ALIA MAISARA BINTI ABU ZAHRIN (BM3)
7. HAJAR HUSNA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM (PK1)

AKTIVITI ABSEILING

1. NUR FAZDLIN BINTI AZMAN (BM1) (K)
2. NIK NUR FARIHA BINTI JAHRI (BM1) (PEN. K)
3. AKRIMAH BINTI MOHD ZUBAIDI (BM2)
4. NUR ALIA NATASYA BINTI MOHAMED AMIN (BM2)
5. NURSOFEA DAMIA BINTI ZAHARRUDIN (BM3)
6. NOR BASHIRAH BINTI ATIKULLAH (BM3)
7. NURLISSA SYADIRA BINTI MUHAMMAD ZULIMI (PK1)

AKTIVITI KEMBARA DAN IKHTIAR HIDUP

1. NURUL AFIQAH BINTI HASBOLLAH (BM3) (K)
2. NUR MAISHAMIMIE BINTI MOHD RIZAL (BM3) (PEN. K)
3. NUREEN NAJIHAH BINTI NOR AZMAN (BM1)
4. SUTRA ASH SYIFA BINTI SAHARUDIN (BM1)
5. NUR SHAZWANIE BINTI MAT NAWI (BM2)
6. NOR BAHIYYAH BALQIS BINTI ROMLI (BM2)
7. NURIN AQILAH BINTI ROSLI (PK1)

TAZKIRAH

1. NURFARAH NADIA BINTI MAT AZLAN (BM3) (K)
2. SITI NUR AQIDAH BINTI HASHIM (BM3) (PEN. K)
3. SITI NORWAHEEDA BINTI ROSLI (BM1)
4. NUR AIMI ZAHRA BINTI ZAHARI (BM1)
5. NIK NURSHAFIQAH BINTI ABDUL HAKIM (BM2)
6. NUR AIN AQILAH BINTI AZNAN (BM2)
7. SITI AMIRAH FARHANAH BINTI AZMAN (PK1)

ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL

1. HASYA SOFIYA BINTI HASNI (BM3) (K)
2. NURUL AFIAH BINTI ROSMAN (BM2) (PEN. K)
3. ANDIK RAIHAN ARYANI BINTI ROSLI (BM1)
4. NURUL IZZAH BINTI KAMSIDI (BM2)
5. SYAIDATUL NAJIHAH BT AZIZOL (BM3)
6. NURFARZANA BINTI ZULKIFLI (PK1)

REFLEKSI

1. NUR SHAMIMI BINTI ZAID (BM1) (K)
2. ELIA SOFEA BT MOHD ASRI (BM3) (PEN. K)
3. SAKINATUSHIDQIYAH BINTI SARIFUDIN (BM1)
4. ANIS FAEZAH BINTI ABD LATIFF (BM2)
5. SITI NUR AMILA BINTI ZULKIPLI (BM2)
6. DYLEA BATRISYIA BINTI MOHD KHOIR (BM3)
7. HAZIRAH BINTI MOHD RAZI (PK1)

PERALATAN

1. NORFASYAHIRAH BINTI MOHD DERAFI (BM1) (K)
2. NUR ALIA SOFIA BINTI FUAD (BM3) (PEN. K)
3. NUR ATHIRAH SYAKIRA BINTI RAZALI (BM1)
4. FATIN NASUHA BINTI MAHALIL (BM1)
5. NURUL FAQIHAH SYASYA BINTI BORHAN (BM2)
6. NUR AMNI FATINI BINTI NADRI (BM2)
7. SITI NUR AMILA BINTI ZULKIPLI (BM2)
8. PUTERI NUR BALQIS BINTI RUSMAN (BM2)
9. NUR AIN FARHANA BINTI GHAZALI (BM3)
10. NUR AYUNI BINTI MUHD ZAMHRI (BM3)
11. AINA HUMAIRA BINTI AZIAN (PK1)
12. KHAIRUN HAFIZAH BINTI AMINUDDIN (PK1)

KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN

1. NUR UMAIRAH FARIZAH BINTI SAMSUDIN (BM1) (K)
2. NURUL IZZATI BINTI SAMSUDIN (BM3) (PEN. K)
3. ZATI 'ARISYA SYAHIRA BINTI SAHRUL (BM1)
4. NUR ZAFRINA BINTI MASIRON (BM2)
5. AFIFAH NAJIHAH BINTI HAMZAH (BM2)
6. AWADAH BINTI ABU HASAN (PK1)

KEBERSIHAN

1. NIK NUR FARIHA BINTI JAHRI (BM1)
2. NUR ATHIRAH SYAKIRA BINTI RAZALI (BM1)
3. NUR AIMI ZAHRA BINTI ZAHARI (BM1)
4. SITI NORWAHEEDA BINTI ROSLI (BM1)
5. NURUL IZZAH BINTI KAMSIDI (BM2)
6. ANIS FAEZAH BINTI ABD LATIFF (BM2)
7. SARAH IZZATI BINTI MOHD SANAWI (BM2)
8. AKRIMAH BINTI MOHD ZUBAIDI (BM2)
9. SITI NUR AQIDAH BINTI HASHIM (BM3)
10. NURSOFEA DAMIA BINTI ZAHARRUDIN (BM3)

KUMPULAN AKTIVITI

KUMPULAN AKTIVITI

KUMPULAN AKTIVITI

KUMPULAN AKTIVITI

SENARAI AHLI KHEMAH

SENARAI AHLI KHEMAH

SENARAI AHLI KHEMAH



JADUAL TAZKIRAH



JADUAL PENGGILIRAN BERJAGA MALAM











PENGAKUAN PESERTA

Saya mengaku telah membaca dan memahami
dengan jelas segala peraturan dan Etika Bina Insan Guru
yang diadakan pada 3 Oktober 2022 - 7 Oktober 2022.
Saya mengaku telah diberi taklimat tentang prosedur
melakukan sebarang aktiviti fizikal dan prosedur
keselamatan sepanjang menjalankan aktiviti fizikal. Saya
berjanji tidak akan melakukan sebarang aktiviti fizikal
tanpa kebenaran dan tanpa pengawasan jurulatih
bertauliah. Sebarang masalah yang berlaku ke atas diri
saya akibat tidak mematuhi peraturan dan Etika Program
Bina Insan Guru yang diadakan pada 3 Oktober - 7
Oktober 2022 serta arahan jurulatih/fasilitator adalah
tanggungjawab saya sendiri.

Nama Peserta
:………………………………………………………………………………………………

Tandatangan peserta :……………………………………….……

Tarikh :………………………………

Nama saksi
:…………………………………………………………………………………………………
(Fasilitator Kumpulan)

Tandatangan saksi :………………………………………………

Tarikh :………………………………


Click to View FlipBook Version