The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mala hassan, 2019-12-29 18:45:40

BUKU PERANCANGAN SKSM 2020

SK SUNGAI MARONG

10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan
minit mesyuarat berkenaan

11. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA DISIPLIN& PENGAWAS SEKOLAH

1. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkenaan
2. Meningkatkan mutu disiplin di kalangan murid dengan menguatkuasakan peraturan

sekolah.
3. Merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang bertujuan meningkatkan

tahap disiplin murid.
4. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan

penghayatan disiplin murid.
5. Menyelesaikan masalah ketidakakuran disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh

pengawas.
6. Mengurus kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.
7. Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan.
8. Menerima laporan pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
9. Menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid-murid yang melanggar

peraturan sekolah. Jika perlu kes-kes tertentu mestilah dibawa kepada tindakan
kaunselor, PK HEM atau terus kepada Guru Besar.
10. Mengurus surat mesyuarat yang bersangkutan dengan tugas-tugas di atas termasuk
memaklumkan kepada penjaga tentang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap
anak mereka.
11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas harian) untuk mengesan
murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
12. Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin /
buku kaporan disiplin.
13. Menyediakan dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada kementerian
pelajaran/jabatan pelajaran/ PPD. (SSDM)
14. Merancang program dan kerja-kerja pengawas dan ketua kelas sepanjang tahun.
15. Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengawas dan ketua kelas dari
semasa ke semasa.
16. Mengawasi kewibawaan pengawas-pengawas pada pandangan murid-murid
termasuk prestasi akademik mereka.
17. Merancang dan menguruskan temuduga pemilihan pengawas akhir tahun dan majlis
perlantikan pengawas & ketua kelas pada awal tahun.
18. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit
mesyuarat berkenaan. Menyediakan laporan Tahunan
19. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

L3

JAWATANKUASA KEBERSIHAN & KECERIAAN

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan sekolah.
2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan kebersihan

murid.
3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan

sekolah secara berkala.
4. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan/komuniti program

kebersihan dan keceriaan.
5. Merancang, melaksana dan memantau program/ aktiviti untuk mengekal dan

meningkatkan tahap persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.
6. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup

bersih dan sihat.
7. Menyedia dan membuat laporan berkala.
8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.
9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KECEMASAN

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan keselamatan sekolah.
2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan

sekolah.
3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi sebarang krisis/ bencana.
4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan

sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.
5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara keselamatan mengikut piawaian

yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.
6. Menyediakan pelan kebakaran sekolah di sudut tertentu dan kelas.
7. Membuat latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
8. Mengadakan ceramah/taklimat/pameran/demonstrasi dengan kerjasama agensi

yang berkaitan.

L3

9. Menyediakan laporan secara berkala.
10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.
11. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KESIHATAN & RAWATAN

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan program pembangunan kesihatan
murid.

2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid
di sekolah.

3. Membuat pemantauan pelaksanaan pendidikan kesihatan murid dan program
kesihatan sekolah.

4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menengani kes-kes seperti jerebu,
keracunan makanan, jangkitan kudis buta dan lain-lain.

5. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.
6. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kesihatan.
7. Menyedia dan membuat laporan berkala.
8. Mengurus dan memastikan peti ubat disediakan dan lengkap.
9. Mengumpul dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas.
10. Bertanggungjawab mengurus pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.
11. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, derma

darah dan lain-lain yang sesuai.
12. Mengurus murid-murid yang memerlukan rawatan di hospital.
13. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan analisis kesihatan murid..
14. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.
15. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KANTIN

1. Memastikan kebersihan kantin sentiasa terjaga dan dipertingkatkan dari semasa ke
semasa.

2. Memastikan pihak kantin sentiasa mematuhi garis panduan pengendalian kantin.
3. Memantau kebersihan, kepelbagaian menu dan mutu masakan.

L3

4. Memastikan perkhidmatan kantin mesra, cekap dan memuaskan pelanggan.
5. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua kelemahan yang

dapat dikesan.
6. Menyediakan laporan harian dan bulanan ke pihak terbabit/PK HEM.
7. Menceriakan kantin dengan lebih konduksif.
8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.
9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA RMT/ PROGRAM SUSU SEKOLAH

1. Pemilihan murid yang layak menerima RMT dan Program Susu Sekolah
2. Pemilihan pembekal makanan.
3. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT dan Susu Sekolah
4. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.
5. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.
6. Membanci murid yang patut menerima susu percuma.
7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan

minit mesyuarat berkenaan.
8. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

1. Mengurus fail dan bilik SBPT sentiasa dikemaskini dan teratur.
2. Mengedar dan memungut semula borang-borang SPBT
3. Memesan buku –buku teks
4. Menerima buku-buku daripada pembekal, menyemak dan merekod ke dalam
buku stok.
5. Memproses buku-buku yang diterima.
6. Memberi pinjaman buku-buku teks kepada murid.
7. Memungut kembali buku-buku teks daripada murid.
8. Melakukan aktiviti pemeriksaan buku-buku teks dari semasa ke semasa.
9. Memilih dan melantik Pengawas SPBT/Bilik BOSS.
10. Melapor sebarang keperluan buku teks.
11. Mengurus pelupusan buku teks.
12. Mengemaskini maklumat dan menyedia laporan ke pihak berkenaan.

L3

13. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan
minit mesyuarat berkenaan.
14. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA PERABOT

1. Menerima dan merekod senarai peralatan dan perabot dalam buku
stok/inventori.
2. Melabel nombor siri semua peralatan dan perabot.
3. Menyediakan borang dan mengedar kepada guru kelas senarai inventori di
dalamkelas.
4. Memantau dan melapor sebarangkerosakan peralatan atau perabotkepada pihak
pentadbir.
5. Membantu menguruskan pelupusan perabot.
6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan
minit mesyuarat berkenaan.
7. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA DATA MURID

1. Mengurus kemasukan murid baharu.
2. Mendaftarkan murid baharu ke dalam buku daftar masuk dan buku rekod keluar

sekolah.
3. Menentukan penerimaan fail peribadi dari sekolah terdahulu.
4. Menentukan kad kemajuan murid yang bertukar dari sekolah ini dihantar ke

pejabat sekolah
5. Memastikan penerimaan kelulusan bagi pelajar yang memohon bertukar dari

sekolah ini.
6. Mengemaskini dan menyediakan maklumat /data terkini mengikut arahan
7. Memaklumkan kepada PK HEM sebarang perubahan data/maklumatmurid.
8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan

minit mesyuarat berkenaan
9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KEBAJIKAN & BANTUAN

1. Memantau perancangan, pelaksanaan dan pelaporan semua unit bantuan dan
kebajikan murid.

2. Membentuk tabung kebajikan murid dan Tabung kilat/kecemasan.

L3

3. Menguruskan hal ehwal derma dari luar.
4. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan dan menguruskan kebajikan

mereka.
5. Mengenalpasti dan mengurus murid-murid yang layak mendapat bantuan biasiswa,

KWAMP, derma dan bantuan peralatan / pakaian. Menyimpan rekod dan
menganalisis prestasi akademik / sahsiah mereka untuk tujuan rujukan dan
penyambungan bantuan.
6. Memastikan semua murid mempunyai pelan perlindungan insuran takaful.
7. Mengenalpasti murid yatim dan susah (miskin).
8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan.
9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya
sebelum menyalahkan orang lain ( Maksud al-Hadis )

L3


Click to View FlipBook Version