The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ecahworkaa, 2022-03-24 21:06:11

2. MBMT TBK.TSK Pind 05032021

2. MBMT TBK.TSK Pind 05032021

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

1.0 Tujuan

Manual ini disediakan adalah untuk menjelaskan kepada kakitangan KEMAS
mengenai kaedah pengurusan dan pelaksanaan Program Bantuan Makanan
Tambahan (PBMT) TABIKA dan TASKA KEMAS.

2.0 Latar Belakang

2.1 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merupakan salah satu agensi
kerajaan yang melaksanakan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
iaitu Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bagi umur 2 hingga 4 tahun
dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) bagi umur 4 hingga 6
tahun.

2.2 Pelaksanaan Program Pendidikan Awal kanak-kanak di bawah KEMAS
adalah selaras dengan Matlamat Falsafah Baru Pembangunan Luar
Bandar iaitu untuk membangunkan masyarakat luar bandar yang
berkualiti serta menguasai nilai-nilai murni agar mereka dapat
menggunakan faktor masa, maklumat dan sumber yang ada ke tahap
yang paling optimum.

2.3 Pada tahun 1981, KEMAS telah memperkenalkan Program Makanan
Tambahan (PMT) yang kini dikenali sebagai Program Bantuan Makanan
Tambahan (PBMT) di TABIKA. Bagi TASKA, PMT bermula pada tahun
1995. Program ini perlu dilaksanakan kerana berlaku jurang perbezaan
status pertumbuhan kanak-kanak bandar dan luar bandar. Ia bertujuan
memberi makanan berkhasiat dan terancang kepada kanak-kanak
prasekolah bagi meningkatkan status kesihatan dan perkembangan
minda terutama kanak-kanak di kalangan keluarga berpendapatan rendah
dan golongan termiskin. Program ini dilaksanakan berpandukan menu
dan resipi yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

2.4 Mulai tahun 1981, peruntukan PMT mula diluluskan dan telah dinaikkan
secara berperingkat seperti berikut :

Tahun TABIKA TASKA
1981 RM 0.10 -
1985
1991 RM 0.30 -
1995
2003 RM 0.50 -
2004 - 2010 RM 0.50 RM 1.50

1 Ogos 2010 RM 0.60 -

26 Jun 2013 RM1.50 RM3.00 (2008)

Semenanjung : RM 1.80 RM 3.00
Sabah/Sarawak/ Labuan : RM2.05

Semenanjung : RM2.00 RM 3.00
Sabah/Sarawak/ Labuan : RM2.25

2018 Semenanjung : RM2.85 RM 4.00

Sabah/Sarawak/ Labuan : RM3.10

2019 Semenanjung : RM2.40 RM 3.60

Sabah/Sarawak/ Labuan : RM2.65

2.5 Kenaikan kadar Peruntukan tambahan ini adalah untuk menambahbaik
pakej pemakanan bernutrisi harian seperti susu, kismis dan telur seperti
yang diumumkan dalam ucapan bajet 2016.

2.6 Jadual pelaksanaan dan kaedah perolehan bahan makanan/masakan
adalah seperti berikut :-

Tahun Kaedah
Pelaksanaan

1981 – 1993 Pembelian Terus melalui Tuntutan Balik

1993-1994 Pembelian terus makanan basah TABIKA

1997-1998 Rundingan terus Makanan Kering

1999 Perolehan secara terus bagi bahan basah

2000-2001 Pembelian Terus Makanan Kering (7 item bukan
Kontrak Pusat)

2

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

Tahun Kaedah
Pelaksanaan
Pembelian terus makanan basah kering di luar kontrak
2001-2017 pusat (Tempoh kelulusan adalah setiap dua tahun)

2017 - 2018 i. Pembelian Terus
ii. Penyaluran Terus (kawasan pedalaman)

2018- 2019 i. Penyaluran Terus Makanan Basah Dan Kering

(kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak)
ii. Pembelian Terus –Tuntutan balik (Makanan basah)

iii. Perolehan Sebut Harga (Makanan Kering)

3.0 Objektif

3.1 Melengkapi keperluan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan
Malaysia dan nilai kalori serta nutrien bagi kanak-kanak di hari
persekolahan.

3.2 Menyediakan makanan secara bersih dan selamat kepada kanak-kanak
mengikut kuantiti yang telah ditetapkan;

3.3 Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pengendali makanan
berkaitan penyediaan makanan;

3.4 Meningkatkan pendidikan dan kefahamanan amalan pemakanan kepada
kanak-kanak dan ibu bapa/ penjaga;

3.5 Mendidik kanak-kanak dan ibu bapa/ penjaga mengamalkan gaya hidup
sihat.

4.0 Skop

Manual ini disediakan adalah sebagai panduan dan rujukan kepada kakitangan
KEMAS di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Bahagian/ Daerah serta TABIKA
dan TASKA mengenai pengurusan dan pelaksanaan Program Bantuan
Makanan Tambahan (PBMT) TABIKA dan TASKA KEMAS.

3

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

5.0 Punca Kuasa / Rujukan

5.1 Surat Kelulusan Standard Operating Procedure (SOP) Bantuan Makanan
Tambahan (BMT) di TABIKA dan TASKA Seliaan Kerajaan Persekutuan
Oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam MOF.BPK(S) 600-1/5/7
(21) bertarikh 20 Disember 2019.

5.2 Manual Pengurusan Akaun TABIKA/ TASKA KEMAS
(KEMAS/MP/TBKTSK/09) Pindaan Januari 2020.

5.3 Manual Pengurusan Keselamatan Makanan dan Pemakanan TABIKA/
TASKA PERMATA KEMAS (KEMAS/MP/TBKTSK/06- BIL.02 TAHUN
2015).

5.4 Menu dan resepi Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT) bagi
kanak-kanak di TABIKA dan TASKA PERMATA KEMAS Semakan 2018.

5.5 Manual Pengurusan Jawatankuasa Aktiviti TABIKA/ TASKA PERMATA
KEMAS (KEMAS/MP/TBKTSK/07- BIL.01 TAHUN 2015) Semakan 2020.

6.0 Peraturan Am

Merujuk kepada Syarat Perolehan dalam surat kelulusan MOF.BPK (S)
600-1/5/7 (21) bertarikh 20 Disember 2019 iaitu.

6.1 Pembayaran secara pendahuluan oleh Wang Tabung TABIKA dan
TASKA atau guru/ penolong guru adalah tidak dibenarkan KECUALI
didalam situasi berlaku kelewatan penyaluran peruntukan oleh Ibu
Pejabat atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

6.2 Pelaksanaan perolehan melalui sistem ePerolehan adalah dikecualikan.
Namun, agensi hendaklah mengunci masuk maklumat perolehan ke
dalam sistem Government Procurement Information System (MyGPIS);

4

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

6.3 Pesanan Kerajaan adalah dikecualikan. Namun semua bukti pembelian
hendaklah direkodkan dan dipantau oleh Jawatankuasa yang mengawal
selia Akaun TABIKA/TASKA;

6.4 Surat Setuju Terma (SST) ringkas hendaklah dikeluarkan kepada
penyedia makanan bermasak yang dilantik. Penyediaan dokumen
perjanjian adalah dikecualikan. Penyediaan SST adalah berdasarkan
PP/PK4.2 dengan kebenaran pindaan mengikut kesesuaian;

6.5 Laporan makan minum murid TABIKA/ TASKA hendaklah dibuat secara
bulanan kepada Pejabat Pengarah Negeri dan setiap enam (6) bulan
kepada Ibu Pejabat.

7.0 Takrifan / Definisi

7.1 Pembelian Terus
Pembelian terus ditafsirkan sebagai perolehan bekalan bahan basah dan
kering yang dibuat secara terus daripada mana-mana pekedai atau
pembekal atau penjaja.

7.2 Makanan Bermasak
Makanan bermasak ialah apa-apa makanan, minuman, bahan makanan,
bahan mentah, perasa atau ramuan yang berkaitan dengan perkhidmatan
dan termasuk :

i. Beku, basah atau kering
ii. Dalam bentuk pepejal atau cecair
iii. Sedang, telah atau belum diproses
iv. Disajikan, disediakan atau dipamerkan
v. Sedang atau telah dimasak
vi. Diangkut, dilindungi atau disimpan
vii. Dilupuskan atau dibuang; atau
viii. Diuji, dimakan atau dirasai mengikut mana yang berkenaan

5

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

7.3 Pekedai
Peniaga yang menjual bahan basah dan kering atau keperluan lain dalam
premis yang kekal.

7.4 Pembekal
Peniaga yang menjual bahan basah dan kering atau keperluan lain dalam
premis yang kekal atau tidak kekal (kenderaan/ khemah).

7.5 Penjaja
Penjaja adalah seorang penjual bahan basah dan kering atau barangan
yang boleh didapati di tepi jalan atau kaki lima.

7.6 Pemborong
Orang yang membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya.

7.7 Menu dan Resepi
7.7.1 Menu merupakan satu senarai hidangan lengkap untuk sesuatu
sajian yang seimbang dan berkhasiat; dan

7.7.2 Resepi adalah keterangan mengenai ramuan dan peraturan
yang diperlukan dalam menyediakan sesuatu
masakan/makanan

7.8 Kuasa Kelulusan
Kuasa Kelulusan merupakan individu yang diberi kuasa untuk meluluskan
dan memantau Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT).

7.9 Pesanan Kerajaan adalah dikecualikan
Pesanan Kerajaan adalah dikecualikan adalah dikecualikan bagi
pembelian secara terus.

7.10 Laporan makan minum murid TABIKA/ TASKA
Laporan makan minum murid TABIKA/ TASKA adalah merujuk kepada
Status Pemakanan Kanak-kanak TABIKA/TASKA KEMAS.
6

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

7.11 Program/ Aktiviti Kokurikulum
Merujuk kepada Hari Potensi, Hari Sambutan Kemerdekaan, Sukaneka,
Majlis Apresiasi, Jamuan Akhir Tahun, Hari Sukan Negara, Selawat
Perdana, Gotong-royong, Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak dan aktiviti
yang diarahkan dari masa ke semasa di Peringkat TABIKA dan TASKA
SAHAJA.

7.12 Aktiviti PdPc Tambahan
Merujuk kepada Kelas Pengukuhan, Pintar Botani, Stream, Pendidkan
Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dan aktiviti yang diarahkan dari masa ke
semasa di Peringkat TABIKA dan TASKA Peringkat TABIKA dan TASKA
SAHAJA.

8.0 Kadar

8.1 Kadar bagi seorang kanak-kanak yang diluluskan pada tahun 2020

adalah seperti berikut :

Negeri TASKA (RM) TABIKA (RM)

Semenanjung 4.00 3.00

Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan 4.00 3.25

8.2 Kadar adalah tertakluk kepada kelulusan SEMASA untuk kegunaan
tahun semasa yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan atau
Pegawai Pengawal Kementerian.

8.3 Penetapan kadar bagi seorang kanak-kanak adalah mengikut kiraan
berikut :
Kadar (RM) x Kanak-kanak x Jumlah Hari Persekolahan + Program/
Aktiviti Kokurikulum dan Aktiviti PdPc Tambahan = RM0.00

8.4 Penggunaan peruntukan PBMT bagi program/ aktiviti Kokurikulum

dan Aktiviti PdPc Tambahan adalah TIDAK melebihi tiga (3) aktiviti

setahun bagi satu (1) TABIKA dan TASKA.

7

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

8.5 Penetapan penggunaan wang hanya digunakan peringkat TABIKA
dan TASKA sahaja.

9.0 Peruntukan
Peruntukan bagi BMT ialah :
9.1 Tertakluk kepada peruntukan kewangan yang telah diluluskan dan
mencukupi pada tahun semasa.

9.2 Menggunakan Peruntukan Mengurus di bawah Objek Sebagai (OS)
42000 - Pemberian Terus

9.3 Peruntukan ini digunakan HANYA untuk pembelian bahan basah dan
kering/ makanan sahaja dan TIDAK BOLEH digunakan untuk tujuan
pembelian/ pembayaran lain pada tahun semasa.

9.4 Bagi kaedah pembelian terus, peruntukan akan disalurkan oleh Ibu
Pejabat KEMAS kepada KEMAS Negeri dan kepada TABIKA atau TASKA
mengikut jumlah yang ditetapkan.

9.5 Bagi kaedah Makanan Bermasak, peruntukan akan disalurkan oleh Ibu
Pejabat KEMAS kepada KEMAS Negeri mengikut had nilai pembelian
yang telah ditetapkan berdasarkan permohonan KEMAS Negeri.

9.6 Peruntukan bagi perkara 9.4 dan 9.5, peruntukan disalurkan secara
berfasa mengikut arahan dan kelulusan SEMASA Ibu Pejabat.

9.7 Baki bulanan bagi PBMT perlu diisytiharkan pada setiap hujung bulan dan
di bawa ke bulan berikutnya dan perlu diselesaikan pada tahun semasa.

10.0 Jenis Bahan Makanan/ Masakan

10.1 Makanan Kering

8

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

Makanan kering ialah makanan yang telah dirawat dengan bahan kimia
atau telah menjalani proses tertentu (dikisar/ dikeringkan/ dijerukkan/
pensterilan/ pempasteuran/ penyemperitan/ penapaian/ pengetinan) dan
boleh disimpan lama serta tidak mudah rosak.

10.2 Makanan Basah
Makanan basah ialah makanan segar atau hasilan atau makanan yang
mudah rosak dan tidak boleh disimpan lama serta memerlukan
penyimpanan pada suhu yang sesuai (sejuk atau sejuk beku).

10.3 Perencah / Rempah Ratus dan Bahan Lain
Perencah / Rempah Ratus dan Bahan Lain ialah rempah ratus atau
bahan yang berfungsi bersama masakan/ makanan untuk melengkapkan
rasa seperti masam, manis, masin, pahit, pedas, lemak dan aroma/ bau.

10.4 Pembelian perkara 10.1 hingga 10.3 adalah tertakluk kepada spesifikasi
berikut :

10.4.1 Spesifikasi Umum
Bahan basah dan kering/makanan di TABIKA dan TASKA
mestilah halal mengikut hukum syarak iaitu semua jenis
tumbuhan dan haiwan halal yang disembelih dan suci.

10.4.2 Spesifikasi Bahan Basah dan Kering adalah seperti di Lampiran 1.

11.0 Menu dan Resepi

Penyediaan makanan tambahan kepada kanak-kanak TABIKA dan TASKA
adalah berpandukan kepada perkara berikut :

11.1 “Menu dan Resepi Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT) Bagi
Kanak-kanak di TABIKA DAN TASKA PERMATA KEMAS Semakan
2018”.

9

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

11.2 Menu mingguan dan tahunan perlu dipamerkan di ruangan dapur
TABIKA/ TASKA dengan jelas dan sesuai.

11.3 Mengikut tujuh (7) zon iaitu :

Bil. Zon Negeri

1 Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang

2 Tengah Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan

3 Selatan Negeri Sembilan, Melaka, Johor

4 Timur Pahang, Terengganu, Kelantan

5 Borneo Sabah

6 Borneo Sarawak

7 JAKOA Semenanjung

11.4 Pengubahsuaian menu dan resipi boleh dilakukan berdasarkan
kebolehdapatan bahan-bahan di pasaran tempatan dan stok semasa/
sedia ada di premis (TABIKA atau TASKA).

11.5 Buah-buahan atau sayur-sayuran yang sesuai boleh digantikan
11.6 sekiranya tiada bekalan seperti yang dicadangkan dalam senarai
pilihan buah-buahan yang boleh dihidangkan kepada kanak-kanak
TABIKA atau TASKA KEMAS termasuk penyediaan jus buah-buahan.
Minuman susu boleh digantikan dengan minuman susu bercoklat atau
minuman susu berbijirin atau minuman susu bermalt tetapi tidak boleh
digantikan dengan minuman berasaskan buah-buahan (berjus).

11.7 TABIKA/ TASKA boleh menggunakan menu zon lain sekurang
kurangnya bagi tempoh sebulan dengan memohon kelulusan Pegawai
KEMAS Bahagian (PKB)/ Daerah (PKD) melalui surat seperti di
Lampiran 2A dan Lampiran 2B dalam tempoh sebulan sebelum
pelaksanaan. Menu mingguan yang baharu hendaklah ditampal di
TABIKA/TASKA bermula dari tarikh kelulusan PKB/PKD/MT.

10

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

12.0 Jadual Hidangan

12.1 TABIKA
Makanan dihidangkan sebanyak dua (2) kali iaitu satu (1) hidangan
utama (Sarapan) dan satu (1) hidangan snek (Minum Pagi).

12.2 TASKA
Makanan dihidangkan sebanyak empat (4) kali iaitu dua (2) kali
hidangan utama (Sarapan dan Makan Tengahari) dan dua (2) kali
hidangan snek (Minum Pagi dan Minum Petang).

12.3 Perubahan Menu Hidangan
TABIKA/ TASKA boleh menukar menu hidangan utama dan snek
pada hari yang sama dengan syarat kanak-kanak mendapat jumlah
kalori yang sama.

13.0 Kaedah Perolehan
Kaedah perolehan boleh dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu :

13.1 Pembelian Terus
13.1.1 Pembelian terus secara runcit dengan melaksanakan

seboleh-bolehnya dua (2) perbandingan harga daripada
pekedai atau pembekal ke atas bahan basah dan kering
yang diperlukan bagi mendapatkan harga yang paling
menguntungkan. Bagi kawasan/ lokasi yang sukar
mendapatkan lebih dari satu (1) pekedai/ pembekal, BOLEH
menggunakan satu (1) pekedai/ pembekal.

13.1.2 Pemilihan berdasarkan kepada perbandingan harga yang
rendah dan tidak melebihi anggaran peruntukan
TABIKA/TASKA serta diperakui dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Lantikan Pembekal oleh TABIKA/TASKA.

13.1.3 Had nilai pembelian bahan makanan/ masakan basah atau
11

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

kering tidak boleh melebihi RM500.00 untuk setiap
pembelian/ satu (1) resit pekedai atau pembekal mengikut
keperluan kanak-kanak. Pembelian bahan basah dan kering
boleh dibuat melalui satu (1) atau lebih pekedai atau
pembekal yang berbeza mengikut kesesuaian. Walau
bagaimanapun, pembelian hendaklah tidak melebihi
jumlah peruntukan sebulan yang ditetapkan;

13.1.4 Pembelian bahan basah dan kering boleh dibuat secara
mingguan atau bulanan dan bayaran dibuat samada secara
mingguan, bulanan atau dua (2) kali sebulan tertakluk
kepada perkara 13.1.3.

13.1.5 Pesanan Kerajaan adalah dikecualikan;

13.1.6 Pembelian hendaklah direkodkan dan dipantau oleh
Jawatankuasa yang mengawal selia akaun TABIKA dan
TASKA.

13.1.7 Sebelum pembelian, TABIKA/ TASKA perlu menyediakan
Unjuran Permohonan Peruntukan (Lampiran 3) dan Unjuran
Perbelanjaan Bahan Basah Dan Kering (MBMT/1) dan
cadangan pekedai atau pembekal (MBMT/2) yang perlu
diperaku dalam Mesyuarat Jawatankuasa TABIKA dan
TASKA serta diluluskan oleh PKB/ PKD;

13.1.8 Bagi kanak-kanak yang TIDAK TERMASUK dalam
unjuran permohonan peruntukan, kos penyediaan
makanan adalah menggunakan peruntukan SEDIA ADA
bulan berikutnya atau duit sumbangan TABIKA/ TASKA
atau pendahuluan Pendidik Masyarakat (PM).

13.1.9 Pembelian bahan basah dan kering adalah TERMASUK kos
12

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

penghantaran ke TABIKA/ TASKA tertakluk:
i. Harga bahan basah dan kering adalah sama dengan

harga semasa atau lebih murah; atau
ii. Jika perkara i tidak dapat dilaksanakan maka Pendidik

Masyarakat / Pembantu Pendidik Masyarakat
dibenarkan mengambil sendiri bahan basah dan kering
daripada pekedai atau pembekal yang dipilih.

13.1.10 Syarat-syarat pemilihan pekedai atau pembekal :
i. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM); atau
ii. Mempunyai Lesen Perniagaan; atau
iii. Pekedai atau pembekal yang tiada SSM atau lesen

perniagaan (jika dikawasan tiada pekedai atau
pembekal di perkara i dan ii); dan

iv. Tidak mempunyai kepentingan peribadi. Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan ahli jawatankuasa TABIKA/
TASKA tidak layak dilantik sebagai pekedai atau
pembekal dan bukan daripada kakitangan KEMAS.

13.1.11 Pekedai atau pembekal bahan basah dan kering boleh
dilantik secara berpusat sama ada mengikut kawasan
atau daerah atau zon jika sukar untuk mendapatkan harga
yang berpatutan/murah/berkualiti berbanding melantik
pelbagai pekedai atau pembekal. Perkara ini perlu diselaras
dan disyorkan oleh PKB/PKD/MT. Lantikan satu (1) pekedai
atau pembekal melebihi empat (4) kelas TABIKA/ TASKA
perlu mendapat kelulusan PKMN.

13.1.12 Setiap pemilihan pembekal perlu dibuat melalui surat
persetujuan bekalan seperti di Lampiran 4. Surat
persetujuan ini perlu dilampirkan dengan spesifikasi bahan
basah kering dan perencah (Lampiran 1) iaitu sebagai

13

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

rujukan/ panduan.

13.1.13 Pembekal yang tidak mematuhi Surat Persetujuan boleh
ditamatkan dengan kelulusan Jawatankuasa Aktiviti TABIKA
atau TASKA.

13.1.14 Proses kerja bagi kaedah ini ialah seperti di Lampiran 5.

13.2 Makanan Bermasak (Bagi Kelas Yang Tidak Mempunyai Dapur)

13.2.1 Pembelian terus dengan tiga (3) kajian pasaran daripada
penyedia makanan bermasak yang berhampiran sama ada
berdaftar atau tidak berdaftar dengan dengan Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF). Had Nilai adalah seperti berikut:

Had Nilai Kuasa Melulus
Sehingga RM5,000.00 setahun Pengarah Negeri

Melebihi RM5,000.00 sehingga
RM20,000.00 setahun Ketua Pengarah

Melebihi RM20,000.00 setahun Jawatankuasa
(Sebutharga) Sebutharga

13.2.2 Penyedia makanan ialah syarikat atau individu yang
menyediakan perkhidmatan makanan bermasak yang
memenuhi syarat-syarat berikut :
i. Wajib :

a. Warganegara Malaysia;

b. Mempunyai Sijil Vaksinasi Anti Tifoid oleh
pengamal perubatan yang berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
14

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

c. Mengikuti Kursus Latihan Pengendali Makanan
dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan
(SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM)

d. Peluang keutamaan diberi kepada ibu tunggal
atau suri rumah yang berkemampuan untuk
menyediakan makanan mengikut kualiti yang
ditetapkan dan membuat perkhidmatan
penghantaran.

e. Tidak mempunyai penyakit berjangkit, penyakit
kulit dan dalam keadaan sihat;

f. Tempat memasak/ hidangan/ premis dalam
keadaan bersih dan selamat.

ii. Tambahan (Kelebihan jika ada) :
a. Mempunyai Sijil Keselamatan Makanan yang
diiktiraf oleh KKM. Contohnya : Trust MyCatering,
Sijil BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat)

13.2.3 Penyedia makanan boleh dilantik secara berpusat sama ada
mengikut kawasan atau daerah atau zon jika sukar untuk
mendapatkan harga yang berpatutan/murah berbanding
melantik pelbagai penyedia makanan. Perkara ini perlu
diselaras dan diluluskan oleh PKB/PKD/MT.

13.2.4 Sebelum lantikan penyedia makanan, TABIKA/ TASKA perlu
menyediakan Unjuran Permohonan Peruntukan (Lampiran
3) dan cadangan penyedia makanan (MBMT/3) yang
perlu diperaku dalam Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti
TABIKA dan TASKA serta disokong oleh PKB/ PKD dan

15

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

diluluskan oleh Pengarah Negeri atau Ketua Pengarah;

13.2.5 Setiap pelantikan penyedia makanan bermasak perlu
mendapat kelulusan Pengarah Negeri (Sehingga RM5,000),
Ketua Pengarah (melebihi RM5,000.00 hingga
RM20,000.00) dan Jawatankuasa Sebutharga (melebihi
RM20,000 ke atas – Sebutharga) melalui surat permohonan
seperti di Lampiran 6.

13.2.6 Surat Setuju Terima (SST) seperti di Lampiran 7 hendaklah
dikeluarkan kepada penyedia makanan yang dilantik dan
Penyedia Makanan wajib membuat pembatalan setem hasil
(LHDN / Pejabat Peguam / Pejabat Daerah) bagi
mengesahkan SST.

13.2.7 Penyedia makanan yang menawarkan harga yang paling
munasabah/ rendah dan memberikan perkhidmatan yang
baik boleh dilantik untuk tempoh setahun;

13.2.8 Makanan yang dihidangkan perlu dinilai dan direkodkan
berdasarkan kriteria penilaian MBMT/4.

13.2.9 Pemeriksaan ke atas penyedia makanan bermasak
sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun oleh PKB/ PKD
atau PPPAK atau PM menggunakan penilaian
MBMT/5.

13.2.10 Proses kerja bagi kaedah ini dengan had nilai sehingga
RM5,000.00 setahun ialah seperti di Lampiran 8.
i. Perlu mendapat kelulusan Pengarah.

ii. Perolehan ini diurus dan dilaksanakan oleh KEMAS
Negeri.

16

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

iii. Penyedia makanan yang gagal menyediakan bekalan
pada hari yang ditetapkan, perlu bertanggungjawab
memastikan pembekalan makanan kepada
TABIKA/TASKA tidak terputus.

iv. Sekiranya penyedia makanan gagal mematuhi syarat-
syarat perolehan perkhidmatan seperti di SST
(Lampiran 7), penyedia makanan boleh dikenakan
denda berdasarkan Kenaan Denda dan Penamatan
(Lampiran A5)

v. Penamatan perkhidmatan penyedia makanan akan
dilakukan melalui surat penamatan (Lampiran 9)
selepas dua (2) surat peringatan dikeluarkan
berdasarkan kepada Kenaan Denda Dan Penamatan
dalam SST (Lampiran A5).

vi. Sekiranya berlaku penamatan penyedia makanan yang
dilantik, KEMAS boleh melantik penyedia makanan
bermasak pilihan kedua (2) dalam senarai cadangan
penyedia makanan (MBMT/3).

13.2.11 Proses kerja bagi kaedah ini dengan had nilai melebihi
RM5,000.00 sehingga RM20,000.00 setahun ialah seperti di
Lampiran 10.
i. Perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah.

ii. Perolehan ini diurus dan dilaksanakan oleh KEMAS
Negeri.

iii. Penyedia makanan yang gagal menyediakan bekalan

pada hari yang ditetapkan, perlu bertanggungjawab

memastikan pembekalan makanan kepada

TABIKA/TASKA tidak terputus.

17

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

vii. Sekiranya penyedia makanan gagal mematuhi syarat-
syarat perolehan perkhidmatan seperti di SST
(Lampiran 7), penyedia makanan boleh dikenakan
denda berdasarkan Kenaan Denda dan Penamatan
(Lampiran A5)

viii. Penamatan perkhidmatan penyedia makanan akan
dilakukan melalui surat penamatan (Lampiran 9)
selepas dua (2) surat peringatan dikeluarkan
berdasarkan kepada Kenaan Denda Dan Penamatan
dalam SST (Lampiran A5).

ix. Sekiranya berlaku penamatan penyedia makanan yang
dilantik, KEMAS boleh melantik penyedia makanan
bermasak pilihan kedua (2) dalam senarai cadangan
penyedia makanan (MBMT/3).

13.2.12 Proses kerja bagi kaedah ini dengan had nilai melebihi
RM20,000.00 ke atas setahun ialah di Lampiran 11 :

i. Perlu dibuat melalui tatacara perolehan Sebut Harga
mengikut Pekeliling 5.1 - Perolehan Kerajaan Secara
Sistem Elektronik tahun 2018 yang sedang berkuat
kuasa;

ii. Perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah.

iii. Perolehan ini diurus dan dilaksanakan oleh KEMAS
Negeri.

13.3 Kualiti makanan yang disediakan oleh penyedia makanan akan diuji rasa
oleh Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM)/ Pembantu Pendidik
Masyarakat Sukarela (PPMS) sebelum dihidangkan kepada kanak-kanak.
18

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

Jika terdapat pelanggaran syarat hendaklah direkodkan di dalam Laporan
Penilaian Makanan Bermasak (MBMT/4) dan dilaporkan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya.

13.4 Pembayaran kepada penyedia makanan dibuat secara bulanan oleh
KEMAS Negeri tertakluk kepada Penilaian Makanan Bermasak (MBMT/4)
dan harga yang munasabah.

14.0 Kaedah penyediaan

14.1 Bagi TABIKA dan TASKA yang mempunyai ruang dapur dan dibenarkan
memasak, penyediaan makanan disediakan oleh Pembantu Pendidik
Masyarakat (PPM)/ Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS).

14.2 Bagi TABIKA dan TASKA yang tidak mempunyai ruang dapur dan tidak
dibenarkan memasak :

14.2.1 Penyediaan makanan dibuat oleh Penyedia Makanan yang telah
dilantik dan dihidangkan oleh Pembantu Pendidik Masyarakat
(PPM)/ Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS)

14.2.2 Penyedia makanan perlu menghantar makanan ke TABIKA dan
TASKA secara buffet dan penyediaan makanan secara bungkus
adalah tidak dibenarkan.

15.0 Tanggungjawab dan kuasa

15.1 Ketua Pengarah pelaksanaan
15.1.1 Memastikan dasar Jabatan dipatuhi.
15.1.2 Memastikan peruntukan diterima oleh Jabatan.
15.1.3 Meluluskan anggaran peruntukan dan perolehan
15.1.4 Memastikan perbelanjaan peruntukan dan
perolehan mengikut tatacara yang berkuatkuasa

19

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

15.2 Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan)
15.2.1 Memantau dasar Jabatan dipatuhi.
15.2.2 Merancang dan menyelaras anggaran peruntukan belanjawan.
15.2.3 Merancang dan menyelaras anggaran belanjawan disemak dan
dihantar kepada Bahagian-bahagian
15.2.4 Menyelaras prestasi perbelanjaan Bahagian-bahagian
15.2.5 Pemantauan keberkesanan projek-projek dan program-program
Jabatan

15.3 Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi)
15.3.1 Merancang dan menyelaras peruntukan diterima oleh Jabatan
15.3.2 Merancang dan menyelaras peruntukan dibelanja mengikut
tatacara yang dikuatkuasakan
15.3.3 Menyelaras dan memantau prestasi perbelanjaan Pengurusan
Operasi
15.3.4 Pemantauan keberkesanan projek-projek dan program-program
Jabatan
15.3.5 Pemantauan Laporan Prestasi Program Bantuan Makanan
Tambahan dan Geran Perkapita

15.4 Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (BPAK)
15.4.1 Menyediakan dan menyelaras manual/ piawai standard operasi
15.4.2 Menyediakan dan menyelaras anggaran dan agihan peruntukan
kepada negeri
15.4.3 Memantau pelaksanaan dan perolehan mengikut tatacara yang
berkuat kuasa
15.4.4 Menyediakan pelaksanaan pemantauan dan rumusan laporan
prestasi perbelanjaan dan status pemakanan kanak-kanak.

15.5 Bahagian Kewangan dan Perolehan
15.5.1 Menyelaras tatacara perbelanjaan peruntukan dan perolehan
15.5.2 Menyediakan dan memantau waran peruntukan.
15.5.3 Memantau prestasi perbelanjaan kewangan
15.5.4 Memastikan perolehan dibuat mengikut tatacara yang berkuat
20

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

kuasa.

15.6 KEMAS Negeri
15.6.1 Menyelaras dan merekod waran peruntukan peringkat Bahagian/
Daerah
15.6.2 Menyelaras, melulus dan memantau unjuran dan agihan
peruntukan
15.6.3 Menyelaras dan memproses perolehan dan pembayaran
15.6.4 Menyelaras dan melaksanakan pemantauan
15.6.5 Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan kewangan dan status
pemakanan kanak-kanak peringkat Negeri.

15.7 KEMAS Bahagian/ Daerah
15.7.1 Menyedia dan mengesahkan unjuran peruntukan dan
perbelanjaan serta cadangan pekedai/ pembekal dan penyedia
makanan mengikut TABIKA/ TASKA
15.7.2 Memantau dan menyelaras pelantikan pekedai/ pembekal dan
Penyedia Makanan.
15.7.3 Menyelaras dan memantau pelaksanaan PBMT mengikut manual
dan arahan pentadbiran.
15.7.4 Memantau dan menyelaras peruntukan, laporan prestasi
perbelanjaan kewangan dan status pemakanan kanak-kanak
peringkat Bahagian/ Daerah.

15.8 Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPPAK)
15.8.1 Menyemak dan memantau unjuran peruntukan dan perbelanjaan
serta cadangan pekedai/ pembekal dan penyedia makanan
mengikut TABIKA/ TASKA
15.8.2 Menyelaras dan memantau pelaksanaan PBMT mengikut manual
dan arahan pentadbiran.
15.8.3 Memantau dan menyelaras peruntukan, laporan prestasi
perbelanjaan kewangan dan status pemakanan kanak-kanak
peringkat Parlimen.
15.8.4 Memantau perekodan dan pengemaskinian stok makanan kering
21

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

di dalam Buku Daftar Stok dan kad petak KEW.PA 4.

15.9 Pendidik Masyarakat (PM) / Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM)
TABIKA dan TASKA
15.9.1 Menyediakan unjuran peruntukan dan perbelanjaan serta
cadangan pekedai atau pembekal / penyedia makanan
bermasak
15.9.2 Merekodkan penerimaan peruntukan dan perbelanjaan
15.9.3 Mengurus dan merekodkan pembelian/ perolehan bahan basah
dan kering serta pembayaran
15.9.4 Memantau dan menyediakan makanan mengikut menu dan
resepi yang telah ditetapkan.
15.9.5 Menyediakan laporan Prestasi Pembekal serta Prestasi
Perbelanjaan, dan Status Pemakanan Kanak-kanak TABIKA
dan TASKA
15.9.6 Merekod dan mengemaskini stok makanan kering di dalam
Buku Daftar Stok.

15.10 Jawatankuasa Aktiviti TABIKA dan TASKA
15.10.1 Menyokong cadangan peruntukan dan perbelanjaan serta
cadangan pekedai / pembekal dan penyedia makanan
bermasak.
15.10.2 Membantu pelaksanaan BMT di TABIKA/ TASKA.

15.11 Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS)
15.11.1 Menyedia dan memasak makanan tambahan yang
seimbang dan berkhasiat mengikut menu dengan
menggunakan bahan makanan yang segar dan
memasaknya dengan cara yang betul, selamat dan bersih.
15.11.2 Menyedia dan menghidang makanan tambahan kepada
kanak-kanak dengan cara yang betul.
15.11.3 Memastikan penyediaan makanan tambahan sebelum dan
selepas dalam keadaan yang bersih dan tersusun rapi.
15.11.4 Membersih dan mengemas ruang tempat makan kanak-
22

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

15.11.5 kanak dan ruang dapur agar sentiasa bersih.
Membantu Pendidik Masyarakat (PM) merekod dan
mengemaskini stok makanan kering di dalam kad petak
KEW.PA 4.

16.0 PEMANTAUAN

16.1 KEMAS Daerah (PKB/ PKD/ PPPAK)
16.1.1 Pelaksanaan naziran secara berkala sekurang-kurangnya 15%
daripada bilangan TABIKA/TASKA setiap bulan oleh PPPAK.

16.1.2 PPPAK perlu membentang dan berkongsi mengenai kesalahan
atau ketidak patuhan tatacara/ manual PBMT dalam Bengkel Dwi
Mingguan.

16.1.3 Pelaksanaan naziran secara berkala sekurang-kurangnya 3 buah
TABIKA/ TASKA bagi Pegawai KEMAS Daerah (PKD)/MT
Semenanjung dan 2 buah TABIKA/ TASKA bagi Pegawai KEMAS
Bahagian (PKB)/ PKD/MT Sabah/ Sarawak di TABIKA/TASKA
berbeza lokasi dalam tempoh sebulan.

16.1.4 Menyelaras dan memantau pelaksanaan PBMT mengikut manual
dan arahan pentadbiran.

16.2 KEMAS Negeri
16.2.1 Pelaksanaan naziran secara berkala oleh Pegawai KEMAS
Negeri.

16.3 Ibu Pejabat KEMAS
16.3.1 Pelaksanaan naziran secara berkala oleh Pegawai KEMAS Ibu
Pejabat.

23

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

17.0 Laporan

Dua (2) jenis laporan perlu disediakan iaitu :

17.1 Laporan Prestasi Peruntukan dan Perbelanjaan
17.1.1 Peringkat TABIKA/ TASKA (Pendidik Masyarakat)

i. Laporan bulanan (MBMT/6/ TBK.TSK) dibuat pada setiap
bulan sebelum/ pada 5 haribulan bulan berikutnya dan
dihantar kepada PPPAK dan PKB/PKD/MT sebelum/ pada
minggu pertama (M1) setiap bulan.

ii. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa dan

dihantar ke KEMAS Bahagian/ Daerah :

Fasa Format Tarikh penghantaran
MBMT/7/1/TBK.TSK
1 MBMT/7/2/TBK.TSK ke Bahagian/ Daerah
(Januari – Jun)
2 Sebelum/ pada M1
(Julai - Disember)
Jun

Sebelum/ pada M1

Januari tahun

berikutnya

17.1.2 Peringkat Bahagian/Daerah

i. Laporan bulanan (MBMT/6/DAE) dihantar kepada Pengarah
sebelum/pada minggu kedua (M2) setiap bulan.

ii. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa dan

dihantar ke KEMAS Negeri :

Fasa Format Tarikh penghantaran
MBMT/7/1/DAE
1 (Januari – Jun) MBMT/7/2/DAE ke Negeri

2 Sebelum/ pada M2
(Julai – Disember)
Jun

Sebelum/ pada M2

Januari tahun

berikutnya

24

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

17.1.3 Peringkat Negeri

i. Pembelian Terus
a. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa
dan dihantar kepada Ibu Pejabat

Fasa Format Tarikh penghantaran

ke Ibu Pejabat

1 (Januari – Jun) MBMT/7/1/NEG Sebelum/ pada M3

Jun

2 (Julai – MBMT/7/2/NEG Sebelum/ pada M3
Disember )
Januari tahun

berikutnya

ii. Makanan Bermasak Sehingga RM5,000.00
a. Laporan bulanan (MBMT/6/DAE) dihantar kepada
Pengarah sebelum/pada minggu kedua (M2) setiap
bulan.

b. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa
dan dihantar kepada Ibu Pejabat

Fasa Format Tarikh penghantaran
MBMT/7/1/NEG
1 (Januari – Jun) MBMT/7/2/NEG ke Ibu Pejabat

2 (Julai – Sebelum/ pada M3
Disember )
Jun

Sebelum/ pada M3

Januari tahun

berikutnya

iii. Makanan Bermasak Melebihi RM5.000.00 hingga
RM20,000.00
a. Laporan bulanan (MBMT/6/DAE) dihantar kepada
Pengarah sebelum/pada minggu kedua (M2) setiap
bulan.

b. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa
dan dihantar kepada Ketua Pengarah

25

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

Fasa Format Tarikh penghantaran

ke Ibu Pejabat

1 (Januari – Jun) MBMT/7/1/NEG Sebelum/ pada M3

Jun

2 (Julai – MBMT/7/2/NEG Sebelum/ pada M3
Disember )
Januari tahun

berikutnya

iv. Makanan Bermasak Melebihi RM20,000
a. Laporan bulanan (MBMT/6/DAE) dihantar kepada
Pengarah sebelum/pada minggu kedua (M2) setiap
bulan.
b. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa
dan dihantar kepada Ketua Pengarah

Fasa Format Tarikh penghantaran

ke Ibu Pejabat

1 (Januari – Jun) MBMT/7/1/NEG Sebelum/ pada M3

Jun

2 (Julai – MBMT/7/2/NEG Sebelum/ pada M3
Disember )
Januari tahun

berikutnya

17.1.4 Ibu Pejabat
i. Pembelian Terus
a. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa
dan dihantar kepada Ketua Pengarah

Fasa Format Tarikh Penyediaan

Laporan

1 (Januari – Jun) MBMT/7/1/HQ Sebelum/ pada M4

Jun

2 (Julai – MBMT/7/2/HQ Sebelum/ pada M4
Disember )
Januari tahun

berikutnya

ii. Makanan Bermasak Sehingga RM5,000.00
a. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa
dan dihantar kepada Ketua Pengarah

26

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

Fasa Format Tarikh Penyediaan

Laporan

1 (Januari – Jun) MBMT/7/1/HQ Sebelum/ pada M4

Jun

2 (Julai – MBMT/7/2/HQ Sebelum/ pada M4
Disember )
Januari tahun

berikutnya

iii. Makanan Bermasak Melebihi RM5.000.00 hingga
RM20,000.00
a. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa
dan dihantar kepada Ketua Pengarah

Fasa Format Tarikh Penyediaan

Laporan

1 (Januari – Jun) MBMT/7/1/HQ Sebelum/ pada M4

Jun

2 (Julai – MBMT/7/2/HQ Sebelum/ pada M4
Disember )
Januari tahun

berikutnya

iv. Makanan Bermasak Melebihi RM20,000
a. Laporan rumusan dibuat secara berkala mengikut fasa
dan dihantar kepada Ketua Pengarah

Fasa Format Tarikh Penyediaan

Laporan

1 (Januari – Jun) MBMT/7/1/HQ Sebelum/ pada M4

Jun

2 (Julai – MBMT/7/2/HQ Sebelum/ pada M4
Disember )
Januari tahun

berikutnya

v. Laporan Rumusan Keseluruhan Prestasi Peruntukan dan
Perbelanjaan Peringkat Ibu Pejabat pada minggu keempat
(M4) bulan Januari tahun berikutnya dalam MBMT/7/4/HQ.

27

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

17.2 Laporan Status Pemakanan Kanak-kanak
17.2.1 Laporan ini adalah merujuk kepada Laporan Status Pemakanan
Kanak-Kanak yang telah ditetapkan dalam ‘Garis Panduan
Penilaian Status Pemakanan Kanak-Kanak TABIKA/TASKA
KEMAS’

17.2.2 Laporan peringkat TABIKA dan TASKA dibuat secara berkala
seperti berikut :

Jenis Borang Peringkat Kekerapan Tarikh Hantar

TABIKA: PM 3 x setahun Minggu ke-2 Januari
BPM. MTV (I) TABIKA/ Minggu ke-2 Mei
TBK TASKA i ) Data Jan Minggu ke-2 Okt
(JAN,MEI,OKT) ii ) Data Mei
kepada iii) Data Okt

TASKA: Daerah/ 4 x setahun
BPM. MTV (I) Parlimen
TSK i) Data Jan
(JAN, APRIL, ii) Data April Minggu ke-2 Januari
OGOS, iii) Data Ogos Minggu ke-2 April
DISEMBER) iv)Data Minggu ke-2 Ogos
Disember Minggu ke-2- Disember

TABIKA: Daerah/ 3 x setahun
BPM. MTV (II) Parlimen
TBK i ) Data Jan Minggu ke-4 Januari
(JAN,MEI,OKT) kepada ii ) Data Mei Minggu ke-4 Mei
iii) Data Okt Minggu ke-4 Okt

Negeri

TASKA: 4 x setahun
BPM. MTV (II)
TSK i) Data Jan Minggu ke-4 Januari
(JAN,MEI,OKT) ii) Data April Minggu ke-4 April
iii) Data Ogos Minggu ke-4 Ogos
iv) Data Minggu ke-4 Disember
Disember

28

MANUAL BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (MBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS PINDAAN 2021

Jenis Borang Peringkat Kekerapan Tarikh Hantar

TABIKA: Negeri 3 x setahun

BPM. MTV (III)

TBK kepada i ) Data Jan Minggu ke-1 Februari
ii ) Data Mei Minggu ke-1 Jun
TASKA: Ibu iii) Data Okt Minggu ke-1 Nov

BPM. MTV (III) Pejabat

TSK 4 x setahun

i) Data Jan Minggu ke-1 Februari
ii) Data April Minggu ke-1 Mei
iii) Data Ogos Minggu ke-1 September
iv) Data Minggu ke-1 Januari
Disember tahun berikutnya

18.0 PENUTUP

Manual ini perlu dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat dalam memastikan
program bantuan makanan tambahan diuruskan dengan baik. Impaknya, ia
dapat memastikan kanak-kanak di TABIKA dan TASKA KEMAS mengalami
pertumbuhan yang seimbang dan sihat serta perkembangan sosial, emosi,
fizikal, intelek dan rohani yang bersepadu bagi melahirkan kanak-kanak dan
generasi Malaysia yang berjaya dan cemerlang.

29


Click to View FlipBook Version