Penyampaian Anugerah Tayangan Video Persembahan Pelajar MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 13 MEI 2023 DIRASMIKAN OLEH: Al Fadhil Ustaz Mohd Lukmanul Hakim Bin Mokhtar SEKOLAH RENDAH ISLAM SYEIKH ABDULLAH FAHIM Perbadanan Produktiviti Malaysia MPC, Kepala Batas. 7.30 pagi – 11.30 pagi SESI 2022 Pengerusi Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim
TENTATIF 7.30 : Pendaftaran pelajar dan waris 7.45 : Ketibaan pengerusi SRISAF dan ahli jemaah pengurusan SRISAF 8.00 : Nyanyian lagu Asmaul Husna, Negaraku, dan Lagu Pulau Pinang : Ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis : Bacaan doa oleh Adik Muhammad Amjad bin Muhd Rizuan : Bacaan Alquran oleh Adik Muhammad Arfan bin Mohd Nor Hizzuan : Ucapan Aluan dari Guru Besar SRISAF (Ustazah Nor Hayati binti Omar) : Ucapan Perasmian dari Pengerusi SRISAF (Al Fadhil Ustaz Mohd Lukmanul Hakim bin Mokhtar) : Tayangan Video 9.00 : Persembahan 1 : Persembahan 2 : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Matapelajaran Terbaik Sesi 2022 : Penyampaian Penghargaan Pelajar UPKK 2022 : Penyampaian Anugerah Sahsiah Terbaik 2022 11.30 : Ucapan penutup oleh Ustaz Mohd Lukmanul Hakim bin Mokhtar : Bersurai
SEKAPUR SIREH Bismillahirrahmanirrahim…. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Terima kasih Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Tuan Haji Lukmanul Hakim bin Mokhtar, Pengerusi Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim, yang dihormati Barisan Jemaah pengurusan, guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru SRISAF, pelajarpelajar yang diraikan dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan. Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi yang penuh bermakna ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah memperoleh tahap pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2022. Di samping itu juga, majlis pada pagi ini turut meraikan majlis Graduasi Tahun 5 dalam peperiksaan UPKK. Sesungguhnya majlis indah yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan sekolah ini merupakan satu agenda pendidikan yang bertujuan untuk menghargai kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh para pelajar kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini akan berjalan dengan lancar dan teratur seterusnya mencapai matlamatnya. Kita sedar bahawa majlis seumpama ini amat perlu dilaksanakan untuk memberi makna dan penghargaan kepada kehidupan anak-anak generasi pewaris masa depan negara. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya percaya kerjasama yang padu serta sokongan yang berterusan daripada ibu bapa akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.
SEKAPUR SIREH Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Sepertimana yang kita sedia maklum, keputusan UPKK 2022 telah pun diumumkan pada 9 Mac 2023 yang lalu. Alhamdulillah SRISAF telah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan dan juga telah berjaya meletakkan namanya pada rangking ke-10 sekolah terbaik dalam daerah Pulau Pinang. pelajar-pelajar ini merupakan kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan UPKK dan merupakan anak sulung Srisaf. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan UPKK yang baik pada tahun lepas. Sekalung tahniah juga untuk semua guru yang telah bekerja keras demi menyediakan dan menyampaikan pembelajaran yang berkualiti supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pembelajaran di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara seterusnya mampu menjadi insan yang cemerlang dan dapat membangunkan negara sejajar dengan kehendak semasa pada masa akan datang. Syabas diucapkan kepada semua guru yang sememangnya tidak pernah jemu dan sentiasa bekerja keras untuk melaksanakan perubahan dan pendekatan baharu dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng bakat dan potensi pelajar secara optimum. Syabas juga kepada ibu bapa kerana turut memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Namun demikian, pada hemat saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.
Para hadirin sekalian, Sebagaimana yang telah saya nyatakan di awal tadi bahawa majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya . Oleh itu, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya berharap agar kejayaan para pelajar ini akan berterusan dan akan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar yang lain untuk sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk mempertingkatkan mutu pencapaian mereka . Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar pelajarpelajar akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga , sekolah, masyarakat, bangsa dan negara. Akhir kata, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih daun keladi kepada jawatankuasa Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Rendah Islam Sheikh Abdullah Fahim(Srisaf). Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila. Pak Mat pergi berkelah, Pergi berkelah ke seberang tanjung, Pencapaian cemerlang dapat anugerah, Berkat ilmu sentiasa dijulang dan disanjung. Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabaratuh. SEKAPUR SIREH Guru Besar SRISAF, Ustazah Nor Hayati binti Omar
Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang berusaha , Puan Nor Hayati Binti Omar, Guru Besar Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim. Yang dihormati , Ahli Jawatankuasa Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim. Barisan para pendidik , guru-guru , tuan-tuan dan puan-puan , seterusnya anakanak yang dirahmati Allah sekalian . Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan. Alhamdulilah , pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya saya diberi kesempatan berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sesi 2022 ini. Terlebih dahulu , saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan majlis ini sebagai satu program tahunan untuk menghargai kejayaan para pelajar dalam bidang akedemik . Justeru, tidak lupa juga kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah serta guru-guru yang kreatif dan inovatif. Para hadirin sekalian , Penubuhan Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim terletak di dalam kawasan Masjid Abdullah Fahim SPU Bertam Perdana. Ia terletak di tepi jalan di sebelah kiri di dalam kawasan masjid tersebut. Tedapat 2 blok bangunan yang terdiri daripada 2 tingkat setiap satu , kedua-dua blok ini mempunyai 16 buah kelas , pejabat guru besar sekolah , bilik guru , kantin , tandas dan dewan terbuka. Pada permulaan persekolahan jadual pembelajaran adalah 5 hari seminggu mengikut waktu sekolah iaitu satu sesi pagi sahaja. Jumlah bilangan pelajar seramai 174 orang sahaja bagi tahun 1,2 dan 3 manakala 7 orang guru yang dilantik, salah seorang daripadanya ialah guru besar. Justeru , pada tahun ini terdapat peningkatan yang amat ketara sekali iaitu seramai 577 orang pelajar dan mempunyai 23 orang tenaga pengajar. UCAPAN PERASMIAN
Tuan-tuan dan puan-puan, Penubuhan Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim juga sangat penting bagi memastikan generasi pada masa hadapan khususnya anak-anak masyarakat Bertam Perdana yang mempunyai peluang untuk mendapat Pendidikan Fardhu Ain dan Alquran secara menyeluruh. SRISAF ini juga ditubuhkan sebagai langkah dalam membina insan yang bertakwa dan berkualiti. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Saya berharap murid-murid yang berada di dalam dewan ini akan terus berusaha untuk mencipta kecemerlangan pada tahun yang akan datang. Jadikan majlis ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang. Akhir kata dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Saya Merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sesi 2022 Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . UCAPAN PERASMIAN Pengerusi SRISAF, Ustaz Mohd Lukmanul Hakim bin Mokhtar
Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim atau SRISAF memulakan operasinya secara rasmi pada tahun 2020 hanya dengan 174 orang pelajar dan 7 orang guru sahaja. SRISAF terletak di Jalan Tun Hamdan Syeikh Tahir, Bertam, Kepala Batas dan berlokasi di dalam kawasan Masjid Abdullah Fahim. Dengan memiliki 2 blok bangunan sekolah dan kemudahan belajar yang lebih baik serta ruang belajar yang selesa SRISAF kini telah mempunyai lebih 577 orang pelajar dan 23 orang tenaga pendidik. Kelas pengajaran di SRISAF beroperasi selama 5 hari seminggu dan mempunyai 2 sesi pembelajaran dan pengajaran. Tujuan SRISAF ditubuhkan adalah sebagai satu langkah dalam membina insan yang bertakwa dan berkualiti. Penubuhan SRISAF sangat penting bagi memastikan generasi pada masa hadapan khususnya anak-anak masyarakat Bertam Perdana mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan Fardhu Ain dan Al-Quran secara menyeluruh. Selain itu, penubuhan SRISAF juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak islami disamping melahirkan juga pelajar yang berjaya menghafaz al-quran sekurang-kurangnya juzuk 30. SRISAF juga menyediakan sistem pendidikan islam yang syumul. Visi dan misi utama SRISAF adalah menjadi sekolah qudwah dalam pendidikan Fardhu Ain dan Al-Quran di Pulau Pinang di samping melahirkan generasi Al-Quran rabbani dan professional. Diharapkan agar tertubuhnya SRISAF ini dapat mencapai misi dan visi sekolah serta membina dan melahirkan pelapis ulama dan modal insan yang cemerlang. PERIHAL SRISAF
Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim (SRISAF) mula beroperasi pada tahun 2020. SRISAF telah didaftarkan sebagai kafa integrasi di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. SRISAF menyediakan beberapa modul pembelajaran yang memfokuskan kepada keberkesanan pembelajaran Jawi, Alquran, Amali Solat disamping subjek-subjek lain seperti ulum, sirah dan bahasa arab. Menyedari betapa pentingnya aspek kerohanian ini, pihak SRISAF akan melaksanakan modul ini bermula sesi pembelajaran 2023 bagi penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran sesi yang lepas. Melalui modul ini diharapkan muridmurid memiliki asas keagamaan yang kukuh setelah keluar dari alam persekolahan. Sekiranya murid-murid ini tidak diberikan asas yang kukuh dibimbangi akan menghasilkan generasi yang kurang mempunyai kefahaman dan penghayatan islam dalam kehidupan. MATLAMAT SRISAF Matlamat objektif Memfokuskan kepada pembelajaran Al-Quran, Hafazan, Jawi dan Amali Solat. i. Murid dapat menghafaz dan menguasai sekurang-kurangnya juz 30 bagi tahap 1 dan surah-surah pilihan bagi tahap 2. ii. Murid dapat mengetahui maksud dan terjemahan surah/wirid/doa yang dihafaz. iii. Murid mampu memimpin bacaan doa, wirid dan tahlil. iv. Murid mampu melaksana dan mengimamkan solat berjamaah serta solat jenazah.
Pengerusi : Encik Mohd Lukmanul Hakim bin Mokhtar Bendahari : Puan Hafidzah binti Hisamuddin Shah Setiausaha : Puan Nor Hayati binti Omar Ahli Jawatankuasa : 1.Puan Nor Ain binti Abdullah 2.Encik Nasrun bin Azmi 3.Encik Ahmad Faiz bin Mohamad Rufi 4.Encik Mohd Sahrizan bin Saad 5.Encik Abdul Alfatah bin Mat Isa 6.Puan Sabariah binti Ayob 7.Puan Azizah binti Saad 8.Cik Ummu Nadhirah binti Mohd Fuad BARISAN JEMAAH PENGURUSAN
1. Ustazah Hafidzah binti Hisamuddin Shah 2. Ustazah Nurul Ain binti Mohd Isa 3. Ustazah Nur Aqilah Solehah binti Abdul Rahim 4. Ustazah Ummul Habibah binti Ismail 5. Ustazah Jamilah binti Hashim 6. Ustazah Nur Akidah binti Sobri 7. Ustazah Nurul Izzati binti Roslan 8. Ustazah Alawiyah binti Mohd Dahalan 9. Ustaz Ahmad Syaukani Alhadi bin Ahmad Khairuddin 10. Ustazah Ma Nur Hajar binti Meor Aziz 11. Ustazah Siti Aishah binti Anwar 12. Ustazah Nur Hanani binti Othman 13. Ustazah Farah Dalila binti Abd Rahim 14. Ustazah Nor Illiya Amani binti Ariff 15. Ustazah Najwa binti Murtadza 16. Ustazah An’nur Hafiza binti Nor Ezam 17. Ustazah Nurul Husna binti Mohd Manan 18. Ustazah Malyanah Sakinah binti Mohd Shukri 19. Ustaz Muhammad Aizuddin bin Shamfuddin 20. Ustazah Norzazila binti Mohamad Guru Besar Ustazah Nor Hayati Binti Omar Penolong Kanan Pentadbiran ( Sesi Pagi ) Ustazah Ummu Nadhirah Binti Mohd Fuad Penolong Kanan Pentadbiran ( Sesi Petang) Ustazah Nurul Syafiqah binti Mohd Aljuma BARISAN PENDIDIK
TAHUN 1 Al Ghazali Wan Muhammad Zhafran Bin Wan Muhammad Zulkifli Fahril Zahwan Bin Mohd Firdaus Sumayyah Binti Mohd Hafiz Firdaus Al Badawi Nur Hana Amani Binti Mohd Hazmi Muhammad Syafwan Fawwaz Bin Mohd Faizal Mizan Adnin Bin Ahmad Nazri Al Jailani Ain Nuha Nur Syifa Binti Azrul Amri Nuur Aisyah Humaira Binti Ariff Ezwan Aqeela Zulaikha Binti Mohd Faizal TAHUN 2 PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH KECEMERLANGAN 2022 Al Isnawi Muhammad Imran Bin Amiruddin Nur Auni Az-Zahraa Binti Mohd Aiman Mohamed Adam Haris Bin Mohamed Rafizal Al Amidi Anis Zaahira Binti Khairul Azwan Muhammad Athfal Iman Bin Arizal Nor Faqihah Maisarah Binti Mohd Faiz As Subki Muhammad Aqil Zafran Bin Mohamad Sobri Rania Mayaza Binti Muhammad Mukmin Muhammad Arsyad Bin Ariff Ezwan Al Qurtubi Nur Alisya Zara Binti Naj Rizal Husna Insyirah Binti Mohd Syarnizal Nur Aisyah Humairah Binti Rohezan Anuar
TAHUN 3 As Syafie Nurul Hannah Binti Hasbibullah Maryam Husna Binti Kamaruzaman Nur Arina Binti Ahmad Sukri Ar Rafaie Muhammad Halfarisyee Bin Halim Muhammad Adib Darwisy Bin Shamsuzaili Nur Qisya Alya Binti Mohamed Rafizal An Nawawi Muhammad Asnawi Syahmi Bin Mohd Faizal Nur Aina Najwa Binti Mohamad Fadzlan Nur Arissa Hanna Binti Muhamad Firddaus Al Hanafi Muhammad Fawwaz Bin Muhammad Fitri Sayyidah Nafisah Binti Azizol Muhammad Lutfil Hadi Bin Mohamad Hamidi Ar Rozi Aaira Rania Binti Mohd Norzamzairi Nur Aisyah Imani Binti Dzammin Ambar Muhammad Amir Zahin Bin Muhd Lukman TAHUN 4 PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH KECEMERLANGAN 2022 As Sya'ari Nur Salsabila Binti Muhammad Syaza Nurdina Binti Mohd Syahrudin Siti Zulaikha Binti Sazali Al Hambali Hadif Darwish Bin Muhammad Nazri Muhammad Haj Saifullah Bin Mohamad Syaiful Muhammad Arfan Bin Mohd Nor Hizzuan At Tahawi Mohamad Azfar Mierza Bin Yusoff Nur Ariana Tihani Bin Hafiz Fahmi Ahmad Muqri Azam Bin Md Nor Azam Al Farabi Muhammad Amjad Bin Muhd Ridzuan Nur A'isyah Aqilah Binti Mohd Shukri Muhammad Ismat Uzair Bin Mohd Fauzie Al Maturidi Muhammad Haziq Amsyar Bin Rosmizan Aisy Mifzal Bin Zaid Muhammad Irfan Darwis Bin Azizan
JAWI SIRAH PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH MATAPELAJARAN TERBAIK 2022 ULUM ADAB HAFAZAN Mizan Adnin Bin Ahmad Nazri (Tahun 1) Aulia Najibah Binti Mohd Afzanizam (Tahun 2) Nur Arina Binti Ahmad Sukri (Tahun 3) Muhammad Arfan Bin Mohd Nor Hizzuan (Tahun 4) Ain Nuha Nur Syifa Binti Azrul Amri (Tahun 1) Mohamed Adam Haris Bin Mohamed Rafizal (Tahun 2) Ajra Sumayyah Binti Mohamad Syamsul Reza (Tahun 3) Muhammad Irfan Darwis Bin Azizan (Tahun 4) BAHASA ARAB Sumayyah Binti Mohd Hafiz Firdaus (Tahun 1) Nur Aisyah Humairah Binti Rohezan Anuar (Tahun 2) Muhammad Amir Zahin Bin Muhd Lukman (Tahun 3) Nik Faiqa Sofea Binti Nik Ahmad Irwan Izzauddin (Tahun 4) Nuur Aisyah Humaira Binti Ariff Ezwan (Tahun 1) Hamzah Huzaifah Binti Mohd Hafiz (Tahun 2) Nur Aisyah Imani Binti Dzammin Ambar (Tahun 3) Syaza Nurdina Binti Mohd Syahrudin (Tahun 4) Aqeela Zulaikha Binti Mohd Faizal (Tahun 1) Nur Auni Az-Zahraa Binti Mohd Aiman (Tahun 2) Nur Arissa Hanna Binti Muhamad Firddaus (Tahun 3) Hadif Darwish Bin Muhammad Nazri (Tahun 4) Nurul Amni Binti Khairul Hadi (Tahun 1) Ahmad Ziyad Zihni Bin Muhammad Zamzuri (Tahun 2) Nur Qisya Alya Binti Mohamed Rafizal (Tahun 3) Muhammad Aiman Aish Haziq Bin Hj Appandi (Tahun 4)
PENGHARGAAN PELAJAR UPKK 2022 PENERIMA ANUGERAH 1. Adam Bin Norazly 2. Adam Shakir Bin Shafizol 3. Ain Fatin Nurfarzana Binti Abu Bakar 4. Aisyah Humairah Binti Mohd Syarnizal 5. Aisyatul Auni Binti Mohd Shahid 6. Aleesya Nurdayana Binti Anuwar 7. Ammar Fahmi Bin Mohd 'Afif 8. Aufa Najibah Binti Mohd Afzanizam 9. Hayyan Azfar Bin Mohd Hafis 10. Iman Muhammad Naufal Bin Md Rosman 11. Iman Wafiy Asysyahid Bin Kairul Anuar 12. Mohammad Riezky Adha Bin Mohd Zaki 13. Muhammad Adam Faris Bin Muhd Reza Faizal 14. Muhammad Adam Hafiz Bin Sharul Rizan 15. Muhammad Affan Daniel Bin Mohd Azmy 16. Muhammad Danish Bin Yuslan 17. Muhammad Fahiem Hakimie Bin Mohd Faisal 18. Muhammad Faris Bin Tajul Ariffin 19. Muhammad Hadif Bin Azad Afif 20. Muhammad Iman Bin Mohammad Fauzi 21. Muhammad Isyraf Iman Bin Dzammin Ambar 22. Muhammad Mifzal Irfan Bin Mohd Rodzi 23. Muhammad Qayyum Bin Mohd Fitri 24. Muhammad Umar Afiq Bin Mohd Anuar 25. Najihah Binti Md Hilmi 26. Nur Alia Maisarah Binti Mohd Khalid 27. Nur Arissa Safiyya Binti Ahmad Sufian 28. Nur Asyifa Laiyinah Binti Muhammad Lutfi 29. Nur Damia Qistina Binti Mohd Azidin 30. Nur Fatini Binti Adi Harrizam 31. Nur Marissa Binti Mahadzir 32. Nur Nawwarah Qaisara Binti Ahmad Fadli 33. Nur Rania Marissa Binti Mohd Rizal 34. Nurfarhah Damia Binti Mohd Fadzli 35. Nurin Aqilah Binti Khairul Hadi 36. Nurul Nuha Binti Muhamad Fahmi 37. Rayyan Mikhael Bin Mohd Khairil Anuar 38. Sofeena Husna Binti Ahmad Solehin 39. Syasya Irdina Binti Nor Azmizam 40. Umar Al Farouq Bin Hanafiah 41. Wan Hareez Nuqman Bin Wan Haslan 42. Zarith Sofea Binti Mohd Khairul Khelmi 43. Adam Ikhwan Bin Ahmad 44. Adib Rayyan Bin Mohd Firdaus 45. Akmal Bin Mohd Firdaus 46. Ammar Dzikri Bin Yusmin Fairos 47. Khaireen Adila Binti Khairul Anuar 48. Khalis Nazhan Bin Khairimizwan 49. Malika Irdina Binti Azam Taufiq 50. Muhammad Amzar Faeez Bin Mohamad Faizal
PENGHARGAAN PELAJAR UPKK 2022 PENERIMA ANUGERAH 51. Muhammad Danish Bin Mohd Syuwari 52. Muhammad Hasif Bin Rozman 53. Muhammad Iman Hafiz Bin Mohd Hafiz 54. Muhammad Mu'adz Muzaffar Bin Mohd Huzaifa 55. Muhammad Syakieef Farrieysh Bin Mohd Faizal 56. Muhd Anas Malik Bin Mohd Aswad 57. Nur Alia Umairah Binti Mohd Khalid 58. Nur Iman Amani Binti Mohd Asyraf 59. Nur Uzma Azzalea Binti Mohd Safarin 60. Nurin Syifa Binti Mohd Kamal 61. Nur Balqis Safiyya Az Zahra Binti Mohd Arif 62. Iffah Qaisara Binti Mohd Muslim 63. Nurul Adawiyah Binti Mohd Zahir 64. Muhammad Aiman Bin Kamarul Kabilan 65. Nur Farisya Umairah Binti Faizal Marzuki 66. Nur Umairah Batrisyia Binti Afzanizam 67. Raeef Rafiuddin Bin Rozaiman 68. Ateef Siddiqie Bin Riduan 69. Muhammad Wafiq Irsyad Bin Mohd Azhan 70. Nur Ain Zahirah Binti Mohd Zainuddin 71. Nur Alisya Safiya Binti Muhd Khailmi 72. Nur Jasmin Faqihah Binti Mohd Hilmi 73. Nurdamia Irdina Binti Nurhanif 74. Nur Adila Sefia Binti Ahmad Nazri 75. Nur Izzah Sofiyya Binti Syauqi 76. Mayra Khayreena Binti Mohd Khairi 77. Humaira Khairina Iman Binti Ridduan 78. Nur Aleeya Amira Binti Adnan 79. Nur Dhia Damia Binti Shahrizal 80. Mohammad Afdhal Bin Mohd Azrul 81. Muhammad Ammar Faris Bin Abdullah 82. Muhammad Fayyadh Rajid Bin Mohd Khairul Anua 83. Tasnim Binti Ismail Mubarak 84. Tuan Nur Batrisha Binti Tuan Azhar 85. Aisyah Safiyah Binti Amran 86. Muhammad Amsyar Ziqri Bin Muhammad Azahar 87. Muhammad Hidayat Bin Halim 88. Nur Dhia Dania Binti Shahrizan 89. Siti Nur Batrisyia Binti Sulaiman 90. Zharfan Bin Nurulnahar 91. Adam Afiq Najmi Bin Mohd Nizam 92. Muhammad Qhalif Ikram Bin Aisyamuri 93. Lutfillah Aryan Shah Bin Iruwan Shah 94. Muhammad Danial Bin Ahmad Puad 95. Aisyah Humaira Binti Azrul 96. Nail Armany Bin Nurzamani 97. Safiya Nuha Amanda Binti Shahrulnizam 98. Aina Zulaikha Binti Muhammad Fadzrin 99. Nur Syamimi Balqis Binti Mohd Latif
PROGRAM SRISAF Pelbagai program yang dijadualkan dalam takwim sekolah yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023. Antaranya : Program Ihya Ramadhan (telah dilaksanakan) Sukaneka Sambutan Hari Guru Sambutan Aidilfitri Program Jaya Waris Majlis Anugerah Kecemerlangan Sambutan Maulidur Rasul Program UPKK Sambutan Hari Kemerdekaan
PENUTUP Setinggi-tinggi penghargaan buat tetamu jemputan, para waris, para guru dan para pelajar yang menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi sesi 2022 ini. Ucapan tahniah juga buat para pelajar yang telah menerima anugerah di majlis ini. Semoga anugerah ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat dan fokus para pelajar untuk terus menuntut ilmu serta mengamalkan segala ilmu yang diperolehi. Jika terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung pihak sekolah memohon ribuan kemaafan. Teruskan menyokong SRISAF agar kami berjaya melahirkan insan yang musleh yang mampu memimpin anak bangsa dimasa akan datang. Sekian terima kasih.
Terima Kasih atas kehadiran anda semua S e k o l a h R e n d a h I s l a m S y e i k h A b d u l l a h F a h i m