The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rancangan Perniagaan SPM 2021
Muhammad Khalid M Taufik
PASTI BERSIH ENTERPRISE
Perniagaan perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amanredza, 2022-01-11 04:38:41

RANCANGAN PERNIAGAAN SPM 2021

Rancangan Perniagaan SPM 2021
Muhammad Khalid M Taufik
PASTI BERSIH ENTERPRISE
Perniagaan perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan.

Keywords: Rancangan Perniagaan SPM 2021

RANCANGAN PERNIAGAAN

PASTI BERSIH ENTERPRISE
NO 14, JALAN KOSAS 3/6, 68000.SELANGOR

MALAYSIA

NAMA MUHAMMAD KHALID M TAUFIK

NO KAD 040916-14-0983
PENGENALAN

ANGKA GILIRAN BG090A054

SEKOLAH SMK BUKIT INDAH

RINGKASAN EKSEKUTIF
Pasti Bersih Enterprise merupakan syarikat milikan tunggal yang menawarkan
perkhidmatan pembersihan bangunan. Khidmat pembersihan bangunan merangkumi
kerja-kerja yang melibatkan pembersihan untuk pelbagai jenis bangunan seperti
kompleks perniagaan, pejabat, hospital dan bangunan sekolah. Kerja-kerja
pembersihan ini meliputi pembersihan lantai, tingkap, dinding luar dan dalam, alat
pendingin serta pengudaraan. Perkhidmatan terkini yang ditawarkan ialah disinfeksi
dan sanitasi bangunan bagi mengurangkan risiko penyebaran COVID-19.

Visi Pasti Bersih Enterprise adalah menjadi syarikat perkhidmatan pembersihan yang
cekap dan dipercayai di Malaysia. Misi syarikat adalah menguasai pasaran
perkhidmatan pembersihan dengan kualiti yang terbaik serta harga yang berpatutan.
Bagi menjayakan visi dan misi ini,syarikat telah mensasarkan beberapa objektif iaitu
memastikan syarikat menjadi pilihan utama dalam kerja-kerja pembersihan bangunan
di Lembah Klang dan seluruh Malaysia. Menawarkan harga berpatutan dengan
perkhidmatan yang cekap dan dipercayai. Menjalankan promosi yang berterusan di
media sosial mahupun media massa agar lebih dikenali.Pasti Bersih Enterprise
sentiasa menambahbaik kualiti perkhidmatan melalui tinjauan pelanggan agar
syarikat sentiasa relevan dengan pasaran semasa.

Buat masa ini, struktur pentadbiran kami diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan
dibantu oleh 2 orang bahagian pengurusan dan 5 pekerja operasi untuk memastikan
perniagaan ini dapat berjalan dengan lancar.

Aktiviti pemasaran dilaksanakan mengikut campuran pemasaran (4P) di mana harga
yang ditetapkan atas produk yang ditawarkan adalah berpatutan dan berdaya saing.
Perkhidmatan yang ditawarkan juga berkualiti, menarik dan memenuhi citarasa
pelanggan masa kini. Kami tidak mempunyai masalah dengan lokasi syarikat kerana
kebanyakkan perkhidmatan di tempat pelanggan.Perniagaan bersifat bergerak dan
pejabat hanya digunakan untuk simpanan barang dan kerja-kerja
pentadbiran.Promosi juga dijalankan dengan agresif dan rancak untuk memastikan
kesetiaan pelanggan sedia ada dan untuk menarik pelanggan baharu.

i

Masa operasi perniagaan agak fleksibel mengikut keperluan pelanggan.Namun
bahagian pentadbiran sentiasa bersedia untuk mengambil tempahan dari jam 9.00
pagi hingga 5.30 petang dari Isnin sehingga Jumaat.

Trend perniagaan cleaning service kami ialah trend meningkat dengan faktor dalaman
adalah mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif, berdisiplin dan
bertanggungjawab. Syarikat saya sentiasa mengutamakan kebajikan pekerja yang
mana ia merupakan faktor motivasi untuk pekerja memberi perkhidmatan
terbaik.Faktor luaran pula,persekitaran dan keadaan ekonomi yang baik. Terdapat
banyak syarikat yang mengusahakan perniagaan khidmat pembersihan bangunan di
Malaysia tetapi sebahagian besar menumpukan kepada pembersihan bahagian
dalam bangunan. Perkhidmatan pembersihan luar bangunan khususnya bangunan
tinggi dan sederhana kurang diceburi oleh pengusaha perkhidmatan ini. Oleh sebab
itulah banyak peluang terbuka untuk bakal-bakal pengusaha mendapatkan teknologi
baru dalam memenuhi permintaan pembersihan bangunan khususnya pembersihan
luar bangunan.

Selain itu tercetusnya idea perniagaan ini kerana ramai golongan yang sibuk bekerja
yang tiada masa untuk mengemas di dalam rumah atau di luar kawasan rumah ia
bergantung kepada saiz rumah. Jika saiz dan ruang rumah tersebut adalah besar
mungkin ia menyukarkan untuk membersihkan rumah dengan seorang sahaja
penghuni di rumah tersebut. Oleh itu, dengan adanya perkhidmatan pembersihan ini
kami dapat menyelesaikan masalah individu tersebut. Begitu juga dengan golongan
warga emas atau orang kurang upaya yang tidak mampu membersihkan rumah
kediaman mereka.

Kementerian Pembangunan Usahawan menggalakkan para belia dapat menyertai
bidang perniagaan dan keusahawanan. Kami sentiasa bersama agensi-agensi yang
menawarkan program Latihan dan Pembangunan Usahawan,antaranya adalah
program Khidmat Nasihat Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kami juga mendapat
bantuan dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam merencanakan
promosi dan perniagaan secara digital.

Tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan ini adalah untuk merancang keperluan
sumber perniagaan seperti sumber manusia , sumber fizikal dan sumber pembiayaan.
Selain itu , menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan projek

ii

perniagaan seperti kekurangan modal dan pemilihan lokasi yang tidak strategik dapat
dikurangkan . Bukan itu sahaja , ini dapat memberi peluang kepada usahawan menilai
projek yang dirancang dengan teliti supaya sebarang kesilapan ketika menguruskan
perniagaan dapat dikurangkan kerana rancangan perniagaan yang disediakan
dijadikan sebagai garis panduan dalam hala tuju perniagaan.

Saya mendapatkan pembiayaan kewangan iaitu Skim Pembiayaan Majlis
Amanah Rakyat (MARA) bagi memulakan perniagaan iaitu berjumlah RM65,000 .
Saya memilih MARA sebagai sumber pembiayaan kerana mereka bukan sahaja
memberi pinjaman tetapi mereka juga menawarkan pelbagai bantuan dan sokongan
kepada usahawan-usahawan kecil terutamanya dari segi khidmat nasihat dalam
selok-belok perniagaan . Bukan itu sahaja, mereka menawarkan kadar faedah yang
rendah dan juga memfokuskan bantuan perniagaan kepada kaum bumiputera . Saya
juga melihat MARA sebagai prospek perniagaan kerana MARA sendiri mempunyai
banyak aset-aset yang perlu perkhidmatan pembersihan.
Tujuan saya memohon pinjaman ini ialah untuk membeli kelengkapan seperti wang
pendahuluan pembelian van, peralatan membersih, peralatan di dalam pejabat
pentadbiran dan sebagainya. Dengan ini, sedikit sebanyak akan membantu saya
dalam menjalankan perniagaan yang akan diusahakan.

iii

MISI
Misi syarikat adalah menguasai pasaran perkhidmatan pembersihan dengan kualiti
yang terbaik serta harga yang berpatutan.

VISI
Visi Pasti Bersih Enterprise adalah menjadi syarikat perkhidmatan pembersihan
yang cekap dan dipercayai di Malaysia.

OBJEKTIF PERNIAGAAN
• Memastikan syarikat menjadi pilihan utama dalam kerja-kerja pembersihan
bangunan di Lembah Klang dan seluruh Malaysia.
• Menawarkan harga berpatutan dengan perkhidmatan yang cekap dan
dipercayai.
• Menjalankan promosi yang berterusan di media sosial mahupun media massa
agar lebih dikenali.
• Pasti Bersih Enterprise sentiasa menambahbaik kualiti perkhidmatan melalui
tinjauan pelanggan agar syarikat sentiasa relevan dengan pasaran semasa.

iv

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
i
BIL TAJUK iv
RINGKASAN EKSEKUTIF
VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN 1
SENARAI KANDUNGAN 4
5
1.0 PENGENALAN
2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 6
3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 7
4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN / ORGANISASI
8
4.1 Struktur Oganisasi Perniagaan
4.2 Spesifikasi Tugas Pentadbiran Perniagaan 9
4.3 Penggajian
10
4.3.1 Jadual Gaji dan Potongan Pekerja
(KWSP & PERKESO) 11
13
4.3.2 Bentuk Insentif Pekerja 14
4.4 Kos-kos Perbelanjaan Lain 15
16
4.4.1 Senarai Kos-kos Pentadbiran, Harga 17
Perabot dan Alatan Pejabat mengikut 18
Keperluan Perniagaan 19

5.0 RANCANGAN OPERASI 22
5.1 Senarai Jenis Perkhidmatan
5.2 Carta Alir Proses Perkhidmatan
5.3 Waktu Operasi Perniagaan
5.4 Spesifikasi Tugas Operasi Perniagaan
5.5 Kedudukan Premis Perniagaan
5.6 Keperluan Perniagaan / Rakan Strategik Niaga
5.7 Susun Atur Ruang Premis Perniagaan
5.8 Keperluan Bahan, Kos Peralatan, Kos overhead
dan Kos-kos Lain
5.9 Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber
Teknologi

i

BIL TAJUK MUKA SURAT

6.0 RANCANGAN PEMASARAN 23
6.1 Analisis Industri 24
6.1.1 Analisis SWOT 25
6.1.2 Kekuatan dan kelemahan pesaing utama 27
28
6.1.3 Strategi Promosi
6.1.4 Perbandingan/ Kelebihan Perkhidmatan 29
6.1.5 Strategi Harga Pesaing 30
6.2 Analisis Pasaran
31
6.2.1 Menentukan Harga Jualan Seunit
6.2.2 Menghitung: Sasaran Jualan, Sasaran 32

Untung, Syer Pasaran 33
6.2.3 Syer Pasaran 36

RANCANGAN KEWANGAN 37
7.0 7.1 Keperluan Modal Perniagaan 40

7.2 Penyata Kewangan Proforma
7.2.1 Penyata Pengeluaran Proforma

7.2.2 Penyata Pendapatan Proforma
7.2.3 Penyata Kedudukan Kewangan Proforma
7.3 Penyata Aliran Tunai

8.0 PENUTUP

9.0 LAMPIRAN
§ Borang PNA 42
§ Borang A – SSM
§ Borang D / sijil perakuan pendaftaran perniagaan
§ Lesen Perniagaan 2021
§ Borang Permohonan Lesen Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT)
§ Logo Perniagaan
§ Lampiran Kewangan

ii

1.0 PENGENALAN

Pasti Bersih Enterprise merupakan syarikat milikan tunggal yang menawarkan
perkhidmatan pembersihan bangunan. Khidmat pembersihan bangunan merangkumi
kerja-kerja yang melibatkan pembersihan untuk pelbagai jenis bangunan seperti
kompleks perniagaan, pejabat, hospital dan bangunan sekolah. Kerja-kerja
pembersihan ini meliputi pembersihan lantai, tingkap, dinding luar dan dalam, alat
pendingin serta pengudaraan. Perkhidmatan terkini yang ditawarkan ialah disinfeksi
dan sanitasi bangunan bagi mengurangkan risiko penyebaran COVID-19.

Visi Pasti Bersih Enterprise adalah menjadi syarikat perkhidmatan pembersihan yang
cekap dan dipercayai di Malaysia. Misi syarikat adalah menguasai pasaran
perkhidmatan pembersihan dengan kualiti yang terbaik serta harga yang berpatutan.
Bagi menjayakan visi dan misi ini,syarikat telah mensasarkan beberapa objektif iaitu
memastikan syarikat menjadi pilihan utama dalam kerja-kerja pembersihan bangunan
di Lembah Klang dan seluruh Malaysia. Menawarkan harga berpatutan dengan
perkhidmatan yang cekap dan dipercayai. Menjalankan promosi yang berterusan di
media sosial mahupun media massa agar lebih dikenali.Pasti Bersih Enterprise
sentiasa menambahbaik kualiti perkhidmatan melalui tinjauan pelanggan agar
syarikat sentiasa relevan dengan pasaran semasa.

Buat masa ini, struktur pentadbiran kami diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan
dibantu oleh 2 orang bahagian pengurusan dan 5 pekerja operasi untuk memastikan
perniagaan ini dapat berjalan dengan lancar.

Trend perniagaan cleaning service kami ialah trend meningkat dengan faktor dalaman
adalah mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif, berdisiplin dan
bertanggungjawab. Syarikat saya sentiasa mengutamakan kebajikan pekerja yang
mana ia merupakan faktor motivasi untuk pekerja memberi perkhidmatan
terbaik.Faktor luaran pula,persekitaran dan keadaan ekonomi yang baik. Terdapat
banyak syarikat yang mengusahakan perniagaan khidmat pembersihan bangunan di
Malaysia tetapi sebahagian besar menumpukan kepada pembersihan bahagian
dalam bangunan. Perkhidmatan pembersihan luar bangunan khususnya bangunan
tinggi dan sederhana kurang diceburi oleh pengusaha perkhidmatan ini. Oleh sebab
itulah banyak peluang terbuka untuk bakal-bakal pengusaha mendapatkan teknologi

1

baru dalam memenuhi permintaan pembersihan bangunan khususnya pembersihan
luar bangunan.

Selain itu tercetusnya idea perniagaan ini kerana ramai golongan yang sibuk bekerja
yang tiada masa untuk mengemas di dalam rumah atau di luar kawasan rumah ia
bergantung kepada saiz rumah. Jika saiz dan ruang rumah tersebut adalah besar
mungkin ia menyukarkan untuk membersihkan rumah dengan seorang sahaja
penghuni di rumah tersebut. Oleh itu, dengan adanya perkhidmatan pembersihan ini
kami dapat menyelesaikan masalah individu tersebut. Begitu juga dengan golongan
warga emas atau orang kurang upaya yang tidak mampu membersihkan rumah
kediaman mereka.

Kementerian Pembangunan Usahawan menggalakkan para belia dapat menyertai
bidang perniagaan dan keusahawanan. Kami sentiasa bersama agensi-agensi yang
menawarkan program Latihan dan Pembangunan Usahawan,antaranya adalah
program Khidmat Nasihat Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan ini adalah untuk merancang keperluan
sumber perniagaan seperti sumber manusia , sumber fizikal dan sumber pembiayaan
. Selain itu , menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan projek
perniagaan seperti kekurangan modal dan pemilihan lokasi yang tidak strategik dapat
dikurangkan . Bukan itu sahaja , ini dapat memberi peluang kepada usahawan menilai
projek yang dirancang dengan teliti supaya sebarang kesilapan ketika menguruskan
perniagaan dapat dikurangkan kerana rancangan perniagaan yang disediakan
dijadikan sebagai garis panduan dalam hala tuju perniagaan.

Saya mendapatkan pembiayaan kewangan iaitu Skim Pembiayaan Majlis
Amanah Rakyat (MARA) bagi memulakan perniagaan iaitu berjumlah RM65,000.00
Saya memilih MARA sebagai sumber pembiayaan kerana mereka bukan sahaja
memberi pinjaman tetapi mereka juga menawarkan pelbagai bantuan dan sokongan
kepada usahawan-usahawan kecil terutamanya dari segi khidmat nasihat dalam
selok-belok perniagaan . Bukan itu sahaja, mereka menawarkan kadar faedah yang
rendah dan juga memfokuskan bantuan perniagaan kepada kaum bumiputera . Saya
juga melihat MARA sebagai prospek perniagaan kerana MARA sendiri mempunyai
banyak aset-aset yang perlu perkhidmatan pembersihan.

2

Tujuan saya memohon pinjaman ini ialah untuk membeli kelengkapan seperti wang
pendahuluan pembelian van , peralatan membersih, peralatan di dalam pejabat
pentadbiran dan sebagainya . Dengan ini, sedikit sebanyak akan membantu saya
dalam menjalankan perniagaan yang akan diusahakan.

3

2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

BUTIRAN MAKLUMAT
NAMA PERNIAGAAN
PASTI BERSIH ENTERPRISE
ALAMAT PERNIAGAAN
NO 14 JALAN KOSAS 3/6
68000, SELANGOR
MALAYSIA

NO TELEFON DAN FAKS 017-3912984 03-4537246

EMAIL [email protected]
BENTUK PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL
KEGIATAAN UTAMA PERNIAGAAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
TARIKH PENDAFTARAN 1/7/2021
TARIKH MULA PERNIAGAAN 1/8/2021
NO PENDAFTARAN
MODAL 163016-N
( DALAMAN & LUARAN ) DALAMAN : RM 8,000.00
MODAL KESELURUHAN LUARAN : RM65,000.00
SUMBER PEMBIAYAAN RM 73,000.00
SKIM PEMBIAYAAN MAJLIS AMANAH
NAMA BANK ( PERNIAGAAN ) RAKYAT
NO. AKAUN BANK MAYBANK ( MALAYAN BANKING
BERHAD )
168902638102

4

3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

BUTIRAN MAKLUMAT

NAMA PENUH MUHAMMAD KHALID M TAUFIK

NO KAD PENGENALAN 940930-14-0326

TARIKH LAHIR 30/9/1994/ 27 TAHUN

ALAMAT RUMAH 21,JALAN 7

68000 AMPANG,SELANGOR

MALAYSIA

NO TELEFON 0173912984

EMAIL [email protected]

KELULUSAN AKADEMIK DIPLOMA PERNIAGAAN DI UNIVERSITI
PUTRA MALAYSIA

KEMAHIRAN -MAHIR MENCUCI DI TEMPAT TINGGI

-MAHIR MEMBERSIH DENGAN TELITI

PENGALAMAN PERNAH BERKERJA BERSAMA
CHAMBERLAIN CLEANING SERVICES
SELAMA 5 TAHUN

STATUS PERKAHWINAN BUJANG

KURSUS YANG DIHADIRI § PROGRAM KHIDMAT NASIHAT
MAJLIS AMANAH RAKYAT(MARA)

§ KURSUS PEMBANGUNAN
USAHAWAN DIGITAL MDEC

§ KURSUS PENGURUSAN DAN
KESELAMATAN PEKERJA (DOSH)

5

4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN / ORGANISASI
Perkhidmatan Pasti Bersih Enterprise diuruskan oleh Muhammad Khalid M Taufik dan
dua orang tenaga kerja pekerja sebagai pengurus kewangan,pengurus operasi dan
lima orang pekerja operasi.

4.1 STRUKTUR ORGANISASI
Berikut merupakan carta organisasi Pasti Bersih Enterprise

PENGURUS BESAR
Muhammad Khalid M Taufik

PENGURUS KEWANGAN PENGURUS OPERASI
Aminah Binti Amin Haikal Rizman

PEKERJA OPERASI PEKERJA OPERASI PEKERJA OPERASI
Pekerja Operasi 1 Pekerja Operasi 1 Pekerja Operasi 1

PEKERJA OPERASI PEKERJA OPERASI
Pekerja Operasi 1 Pekerja Operasi 1

6

4.2 JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN

JAWATAN TUGAS

PENGURUS • Menguruskan kewangan dan pentadbiran
perniagaan.

• Mengenalpasti potensi dan kehendak
pelanggan.

• Menjalankan promosi yang berkesan.

• Menguruskan sumber manusia dengan
baik.

• Memastikan perkhidmatan mengikut
standart dan sentiasa mengikut SOP.

• Sentiasa menambah baik perkhidmatan
mengikut kehendak pasaran dan
pelanggan.

PENGURUS KEWANGAN • Menyelaraskan matlamat dan strategi
PENGURUS OPERASI kewangan dengan organisasi keseluruhan.

• Memastikan aliran keluar masuk wang
diurus dengan baik.

• Mengemaskini akaun dan penyata
kewangan.

• Bertanggungjawab mengurus perjalanan
harian syarikat.

• Meningkatkan kecekapan operasi.
• Memastikan perkhidmatan mengikut

standart dan sentiasa mengikut SOP.

• Sentiasa menambah baik perkhidmatan
mengikut kehendak pasaran dan
pelanggan

7

PEKERJA OPERASI • Menjalankan perkhidmatan mengikut
standart dan sentiasa mengkuti SOP

• Menjalankan perkhidmatan dengan mesra
dan mengikut kehendak pelanggan.

4.3 KOS PENTADBIRAN

4.3.1 PENGGAJIAN

Jadual imbuhan dan gaji termasuk KWSP dan PERKESO

JAWATAN GAJI (RM) KWSP PERKESO POTONGAN JUMLAH
(RM) (RM) (RM) GAJI BERSIH

270 15 (RM)

Pengurus 3000 285 2715.00
Besar

Pengurus 1800 162 9 171 1629.00
Kewangan

Pengurus 1800 162 9 171 1629.00
Operasi

Pekerja 1 1200 108 6 114 1086.00

Pekerja 2 1200 108 6 114 1086.00

Pekerja 3 1200 108 6 114 1086.00

Pekerja 4 1200 108 6 114 1086.00

Pekerja 5 1200 108 6 114 1086.00

Jumlah 12,600.00 1,134.00 63.00 1197.00 11,403.00

* Caruman PERKESO mengikut jadual kadar Kadar Caruman Sistem Insurans Pekerjaan
(Akta 800)

8

4.3.2 BENTUK INSENTIF PEKERJA
Berikut merupakan bentu-bentuk insentif pekerja yang akan diberikan kepada pekerja:
KWSP
Kemudahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Dengan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja dapat mengeluarkan dana mereka apabila tamat
pekerjaan.

PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial. PERKESO ialah insuran yang ditubuhkan bagi
bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami
kemalangan atau jatuh sakit.

KEMUDAHAN CUTI TAHUNAN DAN CUTI SAKIT
Kemudahan Cuti sakit akan diberikan kepada pekerja yang telah mendapat kelulusan
daripada doktor berdaftar yang dilantik sebanyak 12 hari.Gaji pekerja akan dibayar
semasa cuti sakit.Manakala sebayak 14 hari cuti tahunan diberikan untuk kemudahan
pekerja.

KURSUS KEMAHIRAN PEKERJA
Kursus peningkatan Kemahiran yang bersesuaian bagi memastikan pekerja sentiasa
kompiten dan bermotivasi.

BONUS
Bonus tahunan diberikan berdasarkan prestasi kerja

9

4.4 KOS-KOS PERBELANJAAN LAIN

4.4.1 Senarai kos-kos pentadbiran, harga perabot dan alatan pejabat
mengikut keperluan perniagaan.

Berikut merupakan senarai peralatan dan kelengkapan yang akan digunakan untuk
urusan pentadbiran perkhidmatan :

PERALATAN KUANTITI KOS SEUNIT(RM) JUMLAH (RM)
TV 3
5 1000.00 3000.00
KOMPUTER RIBA 5
MESIN FAKS 1 1300.00 6500.00
MESIN 2
FOTOSTAT 6 450.00 2250.00
SET SOFA 6
KERUSI 3 3000.00 3000.00
MEJA 6
ALMARI FAIL - 4000.00 8000.00
RAK BARANG
Jumlah 150.00 900.00

200.00 1200.00

200.00 600.00

250.00 1500.00

- RM 26,950

10

5.0 RANCANGAN OPERASI

5.1 Senarai jenis perkhidmatan

Terdapat beberapa perkhidmatan daripada kami iaitu Pasti Bersih Enterprise.Berikut
merupakan senarai perkhidmatan yang ditawarkan :
Mencuci Luar Bangunan
Pembersihan luar bangunan meliputi:

§ Membersih tingkap
§ Mencuci cermin
§ Pressure washing
§ Waterproofing
§ Mengecat
§ High climbing
§ High dusting

Mencuci Dalam Bangunan
Pembersihan dalam bangunan pula melibatkan kerja-kerja seperti:

§ Mengemas pejabat
§ Memelihara kebersihan tandas
§ Pemeliharaan dan pemulihan lantai
§ Penjagaan permaidani

Perkhidmatan Sampingan
Perkhidmatan sampingan yang boleh ditawarkan selain daripada perniagaan asas
termasuklah:

§ Disinfeksi dan Sanitasi ( Pencagahan COVID-19)
§ Mencuci Rumah

11

§ Mencuci Permaidani
§ Membersihkan Kawasan Persekitaran Dan Memotong Rumput
§ Mencuci Kolam Renang
§ Mengangkut Sampah
§ Mengecat

5.1.2 Jadual Kadar Harga Perkhidmatan:

BIL PERKHIDMATAN HARGA

1 Mencuci dalam bangunan RM 500/ TINGKAT

2 Mencuci Luar Bangunan RM 1500/TINGKAT

3 Perkhidmatan pembersihan kawasan RM 250 / 600 KAKI PERSEGI

4 Pembersihan rumah banglo RM 450.00

5 Pembersihan apartment/kondo RM 360.00

6 Disinfeksi & Sanitasi RM 800.00

12

5.2 Carta alir proses perkhidmatan
Berikut merupakan carta alir bagi penyediaan perkhidmatan Pasti Bersih Enterprise
mengikut tempahan pelanggan :

MULA

Menerima tempahan daripada pelanggan untuk
kerja-kerja pembersihan

Mengenal pasti jenis perkhidmatan, bahan kimia,
perkakas, peralatan dan mesin yang perlu digunakan.

Menyediakan sebutharga mengikut kehendak
pelanggan

Menyediakan sebutharga semula TIDAK SETUJU
mengikut kesesuaian / kehendak
SETUJU / TIDAK
/ perbelanjaan pelanggan SETUJU DENGAN

SEBUTHARGA

SETUJU

Menjalankan perkhidmatan yang dikehendaki
pelanggan

Mengesahkan perkhidmatan

Menerima Bayaran dari pelanggan

TAMAT

13

5.3 Waktu Operasi Perniagaan
Waktu perkhidmatan Pasti Bersih adalah seperti berikut :

HARI MASA OPERASI

Isnin - Jumaat 8.30 pagi - 5.30 petang

Sabtu – Ahad & Cuti Umum Cuti

Waktu Operasi Tambahan mengikut tempahan.
Waktu perkhidmatan pembersihan boleh dijalankan mengikut kehendak pelanggan
seperti selepas waktu pejabat, waktu malam atau waktu cuti . Permohonan
perkhidmatan mestilah dinyatakan dengan jelas supaya perkhidmatan dapat
diuruskan mengikut perancangan dan kehendak pelanggan

14

5.4 Spesifikasi Tugas Operasi

Berikut merupakan jadual tugasan harian bagi perkhidmatan Pasti Bersih Enterprise;

JAWATAN TUGASAN

Pengurus § Mengenal pasti jenis permukaan dan kemasan
Operasi bangunan

§ Mengenal pasti jenis bahan kimia, perkakas,
peralatan dan mesin yang perlu digunakan.

§ Mengetahui kegunaan, cara menggunakan dan
peraturan keselamatan setiap bahan kimia,
perkakas, peralatan dan mesin.

§ Mengetahui cara kerja, peraturan dan langkah-
langkah keselamatan semasa mencuci dan
pembersihan.

§ Memahami keperluan kerja-kerja mencuci dan
pembersihan bangunan seperti langkah-langkah
kerja yang perlu dijalankan.

Pekerja Operasi 1 § Memastikan peralatan untuk mencuci mencukupi dan
tidak rosak.
Pekerja Operasi 2
§ Memastikan bahan kimia cucian sesuai dengan
Pekerja 3 permukaan yang ingin dicuci
(Pemandu)
§ Membuat semakan terakhir selepas kerja cucian
selesai.

§ Menjalankan kerja cucian

§ Membancuh bahan kimia cucian untuk pekerja A
mencuci.

§ Mengemas peralatan mencuci selepas selesai kerja
cucian.

§ Memastikan kenderaan sentiasa berada dalam
keadaan yang selamat untuk dipandu.

§ Sentiasa mematuhi arahan jalan raya dan tidak
melanggar undang-undang.

§ Sentiasa memperbaharui cukai jalan dan lesen
memandu.

15

5.5 Kedudukan premis perniagaan
Alamat premis perniagaan :

PASTI BERSIH ENTERPRISE
NO 14 JALAN KOSAS 3/6
68000, SELANGOR
MALAYSIA

Pelan Lokasi

Pemilihan lokasi :
§ Akses Keluar-Masuk :
Saya memilih premis hujung bangunan kerana memudahkan penyimpanan
barang dan kenderaan.Lokasinya berada di antara jaringan keluar masuk ibu
kota dan bandar berdekatan.

§ Sewa yang berpatutan
Premis yang disewa menawarkan harga yang berpatutan dengan keluasan
yang mencukupi.

§ Berdekatan dengan kemudahan asas
Lokasi premis berada berdekatan dengan kemudahan asas yang menjadi
kemudahan kepada pelanggan mahupun pekerja sendiri.

16

5.6 Keperluan perniagaan/ rakan strategik niaga
Pasti Bersih Enterprise merancang untuk mencari rakan strategik niaga dalam
memastikan keuntungan dapat dioptimakan dan kos pengurusan dapat dikurangkan.
Kerjasama strategik ini juga mampu memberikan keuntungan kepada kedua-dua
belah pihak dan memajukan lagi perniagaan.

Antara rakan strategik niaga ialah :

§ Syarikat Pengeluar Bahan Kimia Pencuci POWER

Memilih produk syarikat POWER sebagai bahan pencuci utama dalam kerja-
kerja pembersihan. Syarikat POWER menjadi rakan strategik niaga dengan
menawarkan harga istimewa apabila Pasti Bersih menjadikan ia sebagai bahan
pencuci utama.Pembelian secara pukal secara berterusan dengan harga yang
istimewa menguntungkan kedua-dua belah pihak.

§ Syarikat Kenderaan dan Peralatan Berteknologi Tinggi BOBCAT

Kerja-kerja pembersihan Pasti Bersih banyak menggunakan jentera dan
peralatan berteknologi tinggi. Perjanjian jangka masa panjang penggunaan
perkhidmatan BOBCAT memastikan perkhidmatan dapat dijalankan dengan
berkesan dan kelewatan dapat dielakkan.

§ Rakan niaga pelbagai sebagai penyumbang kepada kemudahan pakaian.

Pasti Bersih giat menjalankan tawaran menjalinkan kerjasama dengan peniaga
yang ingin mempromosikan perniagaan dan produk mereka. Kepada mana-
mana peniaga yang berminat untuk mempromosikan produk mereka hanya
perlu menyumbang kepada kelengkapan uniform kami. Produk mahupun
jenama syarikat anda akan tertera di uniform pembersihan pekerja kami dan
juga kenderaan syarikat. Jumlah pelaburan yang tidak begitu tinggi namun
cukup memberikan kesan kepada syarikat rakan niaga dan Pasti Bersih yang
mampu mengurangkan kos operasi melalui kerjsama ini.

17

5.7 Susun Atur Ruang Premis
18

5.8 Kos Bahan ANGGARAN SEBULAN
(RM)
BIL BAHAN 65.00
1 CLOROX
2 CECAIR DETTOL 100.00
3 CECAIR PEMBERSIH CERMIN
4 PENCUCI DAN PEWANGI 75.00
LANTAI
5 CEACIR PEMBASMI KUMAN 175.00
6 AGEN PENCUCI FABRIK
7 AGEN PENCUCI LANTAI 45.00

100.00

80.00

19

Kos Perbelanjaan Operasi

PASTI BERSIH ENTERPRISE

ANGGARAN PERBELANJAAN
OPERASI

Butiran Perbelanjaan Perbelanjaan Catatan
Bulanan sekali

ASET 9483.00

Kelengkapan Operasi

Perbelanjaan Lain 6000.00 NILAI BAHAN
Buruh Langsung Operasi
KWSP & Perkeso Buruh 880.75 MENTAH
Langsung MENINGKAT
Buruh Tidak Langsung 1800.00
Operasi SEBANYAK 5%
264.65 SETIAP BULAN
KWSP & Perkeso Buruh 640.00
Tidak Langsung
Belian Stok 699.00
Penyelenggaraan 499.00
kenderaan 999.00
Minyak Petrol/ Diesel
belanja lain

BELANJA PROMOSI 200
BELANJA SUSUT NILAI 474.15

11982.40 9957.15

20

Pengurusan sumber fizikal dan Sumber teknologi
Senarai serta kos mesin dan peralatan

KELENGKAPAN OPERASI Kuantiti Harga seunit Jumlah (RM)
BIL JENIS 8 (RM) 160.00

1 BERUS TANGAN 20.00

2 BERUS SILING 5 30.00 150.00

3 BALDI 4 10.00 40.00

4 EXTRACTOR KARPET 3 2188.00 6564.00

5 MESIN PENCUCI DINDING 3 250.00 750.00

6 SPAN 4 10.00 40.00

7 PENGELAP TINGKAP 4 30.00 120.00

8 MESIN BERUS LANTAI 3 48.00 144.00

9 PENCUCI TINGKAP 3 50.00 150.00

10 MESIN PEMBERSIH SOFA 3 150.00 450.00

11 KAIN MENGELAP 5 25.00 125.00

12 MOP 4 10.00 40.00

13 SARUNG TANGAN 25 30.00 750.00

JUMLAH BESAR 9,483.00

21

5.9 Pengurusan Sumber Fizikal Dan Teknologi

SUMBER JENIS KEWAJARAN CARA
PENGURUSAN

SUMBER Kenderaan Menjalankan operasi Perlindungan
FIZIKAL perniagaan.Digunakan Insuran
untuk mengangkut komprenhensif dan
peralatan,bahan dan penyelenggaraan
juga pekerja secara berkala

Peralatan Digunakan secara kerap Penyelenggaraan
pencucian untuk menjalankan berkala dan
perniagaaan. bulanan. Sentiasa
dipastikan dalam
keadaan bersih
setelah digunakan.

Bahan Pencuci Digunakan mengikut Pemeriksaan stok
keperluan Kawasan secara teratur.
mencuci Sentiasa berurusan
dengan pengeluar
mengenai cara
penyimpanan agar
tidak berlaku hazad

SUMBER Kemahiran Pekerja Pekerja yang mahir dan Sentiasa ada
peningkatan kursus
TEKNOLOGI kompiten kemahiran. Menjaga
kebajikan supaya
menjadi motivasi
untuk bekerja.

Teknologi Tinggi Mengunakan teknologi Sentiasa mencari
tinggi untuk kecekapan produk atau
dan keberkesanan kerja teknologi terkini
dalam perniagaan.

Memilih medium
digital dalam
memastikan impak
lebih berkesan dan
praktikal.

22

6.0 RANCANGAN PEMASARAN

6.1 Analisis Industri

6.1.1 Analisis (SWOT)

STRATEGI HURAIAN

Kekuatan Pasti Bersih Enterprise diteraju oleh tenaga muda yang
sentiasa energetik dan bersedia dengan cabaran.

Kebanyakkan pekerja adalah ‘Technology Savvy’. Segala
aktiviti pemasaran depat dilakukan dengan mudah dan
berkesan dengan bantuan alat teknologi maklumat dan aplikasi
komunikasi yang terkini.

Kelemahan Masih baharu dalam perniagaan.Mempunyai pesaing sedia ada
yang lebih lama.

Kekurangan sumber kewangan kerana modal dan pinjaman
Peluang yang diperolehi tidak cukup untuk membiayai kos
sedikit Ancaman sebanyak menggangu operasi perniagaan.

Peluang Pertambahan bangunan baharu yang menjadi prospek
Ancaman perniagaan.

Menjadi penyedia perkhidmatan yang menawarkan
perkhidmatan yang terkini mengikut kehendak pelanggan.

Keperluan tentang kebersihan bangunan bebas dari COVID-
19 memberi sumber pendapatan tambahan.

Risiko yang tinggi setiap kali bekerja memerlukan SOP yang
ketat.

23

Analisis Industri

6.1.2 Kekuatan dan kelemahan pesaing utama

PESAING KEKUATAN KELEMAHAN
Bergantung dengan
PADU CUCI Sudah terkenal dan kontrak pembersihan
mempunyai bilangan yang lama dan
pekerja yang ramai. mensasarkan hanya
syarikat-syarikat besar.
Sudah mempunyai aset
dan peralatan Kualiti pembersihan
sendiri,mampu kurang memuaskan
menjimatkan masa dan kerana tiada fokus
kos operasi. perkhidmatan.

BERSIH SUNGGUH Menyediakan pakej
pembersihan yang
pelbagai.

24

6.1.3 Strategi Promosi ( 4P)
Perkhidmatan (Produk)
§ Menyediakan pelbagai pakej perkhidmatan yang menarik sesuai dengan
kehendak pelanggan.

§ Menyediakan tempahan perkhidmatan secara digital supaya lebih mudah dan
cepat melalui aplikasi myPASTIBERSIH.

§ ‘Custom Service’ : Perkhidmatan mengikut keperluan pelanggan tanpa
pembaziran sumber.

Harga (Price)

§ Menawarkan harga yang berpatutan mengikut tempahan.

§ Pelanggan hanya membayar atas perkhidmatan yang dipilih dan dipersetujui
tanpa cas tersembunyi. Melalui aplikasi myPASTIBERSIH, pelanggan boleh
membuat pilihan mengikut kesesuaian dan kemampuan.

Promosi

§ Syarikat yang baik menggunakan promosi untuk meletakkan diri mereka
dengan kukuh di dalam pasaran sasaran. Dalam perniagaan perkhidmatan
seperti pembersihan bangunan, pelanggan dan pekerja perkhidmatan barisan
depan berinteraksi untuk mewujudkan perkhidmatan. Oleh itu, penyedia
perkhidmatan mesti berinteraksi secara efektif dengan pelanggan untuk
mewujudkan nilai yang lebih baik semasa memberikan perkhidmatan. Interaksi
efektif pula bergantung kepada kemahiran pekerja perkhidmatan barisan
depan dan juga kepada pengeluaran perkhidmatan dan proses sokongan yang
menyokong pekerja ini.

§ Promosi dapat ditingkatkan melalui jaringan digital. Pasti Bersih menggunakan
semua medium media sosial dalam memastikan maklumat perkhidmatan
sampai kepada golongan sasar. Pelaburan sebanyak RM2400 tahunan
diperutukan dalam memastikan jenama Pasti Bersih sentiasa berlegar di trafik
digital.

25

§ Jaringan kerjasama dengan syarikat lain juga mampu mengembangkan
promosi.Strategi pemasaran jenama syarikat di uniform kami mampu memberi
impak sudut yang berbeza.

Tempat (Place)
Lokasi fizikal tidaklah menjadi keutamaan Pasti Bersih kerana pejabat kami
hanya digunakan untuk pertemuan pelanggan dan juga penyimpanan bahan
dan alatan pembersihan. Namun kami menjuruskan kepada ‘Tempat’ di dunia
digital. Segala selok belok carian digital akan kami penuhi seperti mendaftarkan
syarikat kami di Google Business. ‘Pin’kan lokasi syarikat kami di Google Map
dan juga Waze. Mempelbagaikan kandungan media sosial supaya Pasti Bersih
menjadi ‘Trending’ dan sentisa sibuk di dunia digital.

26

6.1.4 Kelebihan perkhidmatan
Berikut adalah kelebihan Pasti Bersih Enterprise dalam memastikan
perkhidmatan yang diberikan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan
dan terus kekal relevan dalam pasaran semasa.

§ Menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan.Wakil kami sentiasa akan
berikan yang terbaik dan pendekatan segar dalam perkhidmatan. Pekerja kami
telah dilatih untuk mengutamakan komunikasi berkesan semasa perkhidmatan
dijalankan.

§ Menyediakan tempahan perkhidmatan secara digital supaya lebih mudah dan
cepat melalui aplikasi myPASTIBERSIH.Pelanggan hanya membayar atas
perkhidmatan yang dipilih dan dipersetujui tanpa cas tersembunyi. Melalui
aplikasi myPASTIBERSIH, pelanggan boleh membuat pilihan mengikut
kesesuaian dan kemampuan.

§ Kami sentiasa membuka peluang jaringan kerjasama kepada syarikat lain
untuk sama-sama mengembangkan pengaruh samada dari segi jenama
mahupun profit.

27

6.1.5 Strategi Harga Pesaing

PERKHIDMATAN HARGA

PASTI BERSIH PADU CUCI BERSIH
SUNGGUH

Mencuci dalam RM 500/ TINGKAT RM 400/ TINGKAT RM 450/ TINGKAT
bangunan

Mencuci Luar RM TIADA TIADA
Bangunan 1500/TINGKAT
PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan RM 250 / 600 RM 700 / kawasan RM 300 / kaki
pembersihan KAKI PERSEGI persegi
kawasan

Pembersihan RM 450.00 RM400.00 RM 500.00
rumah banglo

Pembersihan RM 360.00 RM360.00 RM 360
apartment/kondo

Disinfeksi & RM 800.00 RM1000.00 RM 900.00
Sanitasi

28

6.2 Analisis pasaran HARGA JUALAN CATATAN
6.2.1 Harga perkhidmatan
RM 500/ TINGKAT Walaupun harga agak
BIL. PERKHIDMATAN tinggi berbanding
1 Mencuci dalam bangunan pesaing.Perkhidmatan
ditambah dengan
2 Mencuci Luar Bangunan pewangi yang tahan
lama sebagai kelainan
3 Perkhidmatan pembersihan
kawasan RM 1500/TINGKAT Menjadi antara
penyedia
4 Pembersihan rumah banglo perkhidmatan
utama.Harga
5 Pembersihan kompetetif kerana
apartment/kondo mempunya Kerjasama
dengan penyedia
6 Disinfeksi & Sanitasi peralatan berteknologi
tinggi.

RM 250 / 600 KAKI Harga boleh berubah
PERSEGI mengikut keluasan
dan pencucian pilihan
pelanggan

RM 450.00 Harga boleh berubah
mengikut keluasan
dan pencucian pilihan
pelanggan

RM 360.00 Harga boleh berubah
mengikut keluasan
dan pencucian pilihan
pelanggan

RM 800.00 Antara penyedia
termurah.Bekalan
bahan kimia
dibekalkan terus dari
pengeluar dengan
harga menarik.

29

6.2.2 Jadual sasaran jualan dan untung dari 1 Ogos 2021 hingga 31Julai 2022

SASARAN JUALAN SETIAP BULAN BAGI TEMPOH SETAHUN
PASTI BERSIH ENTERPRISE

BIL BULAN JUALAN (RM)

1 Ogos 2021 21,000.00
2 Sept 2021 23,100.00
3 Okt 2021 25,410.00
4 Nov 2021 27,951.00
5 Dis 2021 30,746.10
6 Jan 2022 33,820.71
7 Feb 2022 37,202.78
8 Mac 2022 40,923.06
9 Apr 2022 45,015.37
10 Mei 2022 49,516.90
11 Jun 2022 54,468.59
12 Jul 2022 59,915.45
449,069.96
JUMLAH

30

6.2.3 Syer Pasaran

SYER PASARAN

BERSIH PASTI BERSIH PASTI BERSIH
SUNGGUH 60% PADU BERSIH
BERSIH SUNGGUH
15%
PADU BERSIH

25%

Sasaran Pelanggan
§ Bangunan pencakar langit sekitar Lembah Klang.

§ Premis -premis MARA termasuk pejabat pentadbiran dan juga kilang serta
premis usahawan MARA.

§ Bangunan-bangunan kecil yang ingin perkhidmatan mengikut kehendak dan
bajet.

§ Taman perumahan sekitar Ampang.

31

7.0 RANCANGAN KEWANGAN
7.1 Keperluan Modal Perniagaan
KEPERLUAN MODAL PERNIAGAAN PASTI BERSIH ENTERPRISE
Belanja tunai bulan pertama RM 60,721.00 termasuk bayaran pembiayaan
dan faedah bayaran balik.

Kos Perlaksanaan Projek Jumlah (RM)
45,676.00
Belanja 12,320.00
Belanja Pentadbiran
200.00
Belanja operasi 2,525.00
60,721.00
Belanja Pemasaran
Belanja Kewangan 12,144.00

JUMLAH 72,865.00
73,000.00
BELANJA LUAR JANGKA 20%

KEPERLUAN MODAL
PELARASAN KEPERLUAN

MODAL

32

7.2 Penyata Kewangan Proforma

7.2.1 Penyata Pengeluaran Proforma

PASTI BERSIH ENTERPRISE
KUNCI KIRA-KIRA PROFORMA PADA 31 JULAI 2022

ASET TETAP KOS Susut Nilai NILAI
Terkumpul BERSIH
Van 75,000.00
Peralatan pejabat 26,950.00 3,750.00 71,250.00
Kelengkapan Perabot 9,483.00
Kelengkapan Operasi 1,347.50 25,602.50

474.15 9,008.85

111,433.00 (5,571.65) 105,861.35

ASET SEMASA

Inventori Akhir 1,018.69 201,899.98
Tunai (10% daripada jumlah 19,488.33
wang) 175,394.96

Bank 5,998.00
Penghutang

Pelbagai Deposit

201,899.98
307,761.33

EKUITI PEMILIK 8,000.00
167,956.41 175,956.41
MODAL
57,777.78
Keuntungan 57,857.14
16,170.00
LIABILITI
Liabiliti Bukan Semasa

Pinjaman Modal

Sewa Beli Van
Sewa Beli Perabot dan alatan
pejabat

131,804.92

307,761.33

33

7.2.2 Penyata Pendapatan Proforma

PASTI BERSIH ENTERPRISE

PENYATA PENDAPATAN PROFORMA BAGI KEWANGAN BERAKHIR 31
JULAI 2022

PERKARA JUMLAH (RM)

JUALAN 449070

(-) Kos Barang (-)
Dijual 10187

(+) Inventori
Awal

(+) Belian Bahan Mentah /
Bahan Niaga

( - ) Inventori 1019
akhir

9168

UNTUNG 439902
KASAR

(-) TOLAK 151200

PERBELANJAAN LAIN 19656
35988
Gaji Pekerjja 11988
KWSP dan 1188
PERKESO
792
Sewa Premis
99
Bil Utiliti 60
9999
Alat Tulis 99
1188
Baju Uniform
Bayaran Lesen
PBT

Bayaran SSM

Ubahsuai Premis

Kursus

INTERNET

34

PERBELANJAAN OPERASI 8388 266374
Penyelenggaraan kenderaan 5988
Minyak Petrol/ 11988 5572
Diesel 271945
belanja lain 2400 167956

Perbelanjaan 2600
pemasaran 2025
Kos Promosi 728

Perbelanjaan 3,750.00
kewangan 1,347.50
Faedah Pinjaman 474.15
Faedah Sewa Beli
Van
Faedah Sewa Beli Perabot dan
Alatan pejabat

BELANJA SUSUT NILAI :
Van

Peralatan pejabat Kelengkapan Perabot

Kelengkapan Operasi

Jumlah
Perbelanjaan
UNTUNG
BERSIH

35

7.3 Penyata Aliran Tunai

PASTI BERSIH ENTERPRISE

PENYATA ALIRAN TUNAI PROFORMA BAGI TAHUN BERAKHIR 31 JULAI 2022

PERKARA/BULAN Ogos Sept Okt Nov Dis Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul 2022 JUMLAH
2021 2021 2021 2021 2021 2022 2022 2022 2022 2022 2022

Baki b/b - 33279 32351 33699 37553 44165 53812 66801 83467 104181 129349 159419 194883

ALIRAN TUNAI MASUK 8000 23100 25410 27951 30746 33821 37203 40923 45015 49517 54469 59915 8000
21000 23100 25410 27951 30746 33821 37203 40923 45015 49517 54469 59915 449070
Modal Sendiri 65000
94000 12600 12600 12600 12600 12600 12600 12600 12600 12600 12600 12600 65000
Hasil Perkhidmatan 1638 1638 1638 1638 1638 1638 1638 1638 1638 1638 1638 522070
7500 2999 2999 2999 2999 2999 2999 2999 2999 2999 2999 2999
Pinjaman 2695 999 999 999 999 999 999 999 999 999 999 999 7500
5998 99 99 99 99 99 99 99 99 99 99 99 2695
JUMLAH ALIRAN MASUK 12600 5998
1638 99 99 99 99 99 99 99 99 99 99 99 151200
ALIRAN TUNAI KELUAR 2999 19656
672 706 741 778 817 858 901 946 993 1042 1095 35988
BELANJA PENTADBIRAN 999 699 699 699 699 699 699 699 699 699 699 699 11988
99 499 499 499 499 499 499 499 499 499 499 499 1188
Pendahuluan Van 999 999 999 999 999 999 999 999 999 999 999
Pendahuluan Perabot/ Alatan 792 792
Pejabat 99 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 99
60 60
Deposit Sewa Premis 602 602 602 602 602 602 602 602 602 602 602
9999 804 804 804 804 804 804 804 804 804 804 804 9999
Gaji Pekerjja 99 674 674 674 674 674 674 674 674 674 674 674 99
99 217 217 217 217 217 217 217 217 217 217 217
KWSP dan PERKESO 169 169 169 169 169 169 169 169 169 169 169 1188
9483
Sewa Premis 640 61 61 61 61 61 61 61 61 61 61 61 9483
699 24028 24062 24097 24134 24173 24214 24257 24302 24349 24399 24451 10187
Bil Utiliti 499 12989 16666 20714 25168 30070 35465
999 -928 1348 3854 6612 9648 66801 83467 104181 129349 159419 194883 8388
Alat Tulis 32351 33699 37553 44165 53812 5988
200 11988
Baju Uniform
602 2400
Bayaran Lesen PBT 804
674 7222
Bayaran SSM 217 9643
169 8085
Ubahsuai Premis 2600
61 2025
Kursus
60721 728
INTERNET 33279
33279 327187
PERBELANJAAN OPERASI 194883
194883
Kelengkapan Operasi

Belian Stok

Penyelenggaraan kenderaan

Minyak Petrol/ Diesel

belanja lain
PERBELANJAAN
PEMASARAN

Kos Promosi
PERBELANJAAN
KEWANGAN

Bayaran Pokok Pinjaman

Bayaran Pokok Sewa Beli Van
Bayaran Pokok Sewa Beli Perabot
dan Alatan Pejabat

Faedah Pinjaman

Faedah Sewa Beli Van

Faedah Sewa Beli Perabot
dan Alatan pejabat
JUMLAH ALIRAN
KELUAR
LEBIHAN/(KURANGAN)
Baki h/b

36

8.0 PENUTUP
Saya yakin PASTI BERSIH ENTERPRISE mampu berdaya saing dalam perniagaan
pembersihan ini. Trend perniagaan cleaning service kami ialah trend meningkat
dengan faktor dalaman adalah mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi, kreatif,
inovatif, berdisiplin dan bertanggungjawab. Faktor cuaca Malaysia yang panas dan
lembap sepanjang tahun menjadikan bangunan memerlukan penjagaan yang kerap.

Terdapat banyak syarikat yang mengusahakan perniagaan khidmat pembersihan
bangunan di Malaysia tetapi sebahagian besar menumpukan kepada pembersihan
bahagian dalam bangunan. Perkhidmatan pembersihan luar bangunan khususnya
bangunan tinggi dan sederhana kurang diceburi oleh pengusaha perkhidmatan ini.
Oleh sebab itulah banyak peluang terbuka untuk bakal-bakal pengusaha
mendapatkan teknologi baru dalam memenuhi permintaan pembersihan bangunan
khususnya pembersihan luar bangunan.

Selain itu tercetusnya idea perniagaan ini kerana ramai golongan yang sibuk bekerja
yang tiada masa untuk mengemas di dalam rumah atau di luar kawasan rumah ia
bergantung kepada saiz rumah. Jika saiz dan ruang rumah tersebut adalah besar
mungkin ia menyukarkan untuk membersihkan rumah dengan seorang sahaja
penghuni di rumah tersebut. Oleh itu, dengan adanya perkhidmatan pembersihan ini
kami dapat menyelesaikan masalah individu tersebut. Begitu juga dengan golongan
warga emas atau orang kurang upaya yang tidak mampu membersihkan rumah
kediaman mereka.

Syarikat kami juga memanfaatkan teknologi dalam memastikan perkhidmatan dapat
disampaikan dengan berkesan. Penggunaan aplikasi myPASTIBERSIH sudah tentu
menjadi kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan.Pelanggan
boleh membuat pilihan dengan mudah melalui aplikasi dan menetukan perkhidmatan
yang diperlukan.Promosi juga rancak dijalankan di media sosial kerana di situ
pengguna banyak meluangkan masa.Kami juga telah menghadiri kursus yang
dianjurkan oleh MDEC yang memberi tunjuk ajar mengoptimakan keuntungan melalui
medium digital.

37

Banyak agensi yang menyediakan perkhidmatan membantu usahawan.Kami
mengambil kesempatan ini bersama mereka dengan tujuan dapat memantapkan lagi
perkhidmatan.Majlis Amanah Rakyat sebagai contoh.Banyak kursus keusahawanan
dianjurkan.MARA juga menyediakan banyak dana dan bantuan untuk usahawan
memajukan perniagaan. MARA dan MDEC telah menjadikan kami sebagai usahawan
keluaran mereka .Dengan kerjasama erat ini segala panduan dapat dipraktikkan
dengan pemantauan agensi yang membantu.
Syarikat kami sentiasa mengutamakan kebajikan pekerja yang mana ia merupakan
faktor motivasi untuk pekerja memberi perkhidmatan terbaik. Pekerja kami sentiasa
diberikan ruang untuk meningkatkan kemahiran mereka.Setiap tahun akan ada kursus
peningkatan untuk kemahiran mahupun kursus-kursus lain yang berkaitan. Kami juga
merancang untuk membesarkan perniagaan agar peluang-peluang pekerjaan dapat
diwujudkan.
Besar harapan kami agar PASTI BERSIH ENTERPRISE menjadi satu syarikat yang
gah dengan jenama pembersihan pilihan.Kami akan mengembangkan perkhidmatan
kami ke negara-negara Asean yang lain sebagai perancangan masa hadapan. Adalah
menjadi tanggungjawab kami memastikan bangunan,tempat kediaman dan kawasan
sekitar sentiasa bersih dan selamat dan yang paling penting memuaskan hati
pelanggan dengan perkhidmatan dan harga yang berpatutan.

38

LAMPIRAN

39








Click to View FlipBook Version