The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by havocsharggul2001, 2021-12-25 05:18:46

Peristiwa 13 MEI

Peristiwa 13 MEI

Sejarah Peristiwa 13 MEI 1969 dan
kesanya terhadap pembentukan
dasar perpaduan negara.

Malkumat peribadi

Ganesan a/l Muniandy
15DKM19F1071
DKM5C

INDEX

• Pendahuluan
• Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
• Pembangkangan meraikan kemenangan
• Perarakan kematian Cina
• Angka korban
• Lokasi Tungku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei 1969
• Mageran
• Rujukan

Pendahuluan

• Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah

perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan
yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia.

Isu Perkauman Dalam Pilihan Raya 1969

• Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti

pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang
ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.

• Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal

memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal
ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah
kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89
kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

• Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif

Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

• Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan

mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal pasti) telah
mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-
jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina
berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]
Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang
menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru,
menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan
sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai
tengelamnya kapal Perikatan — logo perikatan.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan
mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar
Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Pembangkangan Meraikan Kemenangan

• Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

• Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta

kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan
50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di
Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam
dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu,
Dato' Harun Idris.

• Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan

mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan.
Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu
('menyingkir') orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur.[4] Dalam masyarakat Melayu, penyapu
mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang
Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

• Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran

polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan
menghina Melayu.

• Pada hari Selasa 13 Mei,Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang

bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan
semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur tetapi permohonan
maaf sudah terlambat.

Angka korban

• Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
• Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
• Melayu : 86 orang
• Cina : 342 orang
• Lain-lain : 3 orang

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa
peristiwa 13 Mei 1969

• Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan

beliau di sana.

• 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian

pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran

• Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan

Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus olehYang DiPertuan Agong dibawah
undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku
Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh
Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

• Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan

penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk
satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut
dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan
satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang
bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

RUJUKAN

1. The May 13 Tragedy: A Report, Majlis Gerakan Negara, Kuala Lumpur, 1969. Teks penuh boleh

dibaca di sini.

2. Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
3. Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1]
4. Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann Asia Ltd., Kuala

Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not
all bad news" Diarkibkan 2007-03-06 di Wayback Machine. Malaysia Today.

5. Watershed elections of 1969, 8 August 2007, Malaysian History
6. Sumber Polis Diraja Malaysia[perlu rujukan]


Click to View FlipBook Version