PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL (ROKOK) MUHAMMMAD ADAM MUKRYZ BIN MUHAMMAD HUZAIRY & MUHAMAD RAYYAN HARRAZ BIN ABDUL RAZAQ MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD ASHRAF 4 WAWASAN SK METHODIST (ACS) - MBB2044 GURU PEMBIMBING: PN. AZREEN BINTI AMAT NOR GURU PEMULIHAN KHAS LEBIH BAIK CEGAH : MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA
APA ITU ROKOK? Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan mengikut negara).
Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok berasa tenang. Tar, yang terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen. Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano. Benzena, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Kadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling ringkas yang juga dikenali sebagai metil alkohol. Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana. BAHAN KIMIA YANG TERKANDUNG DI DALAM ROKOK:
Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam gabungan dengan unsur-unsur tertentu. Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak. Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus. Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta BAHAN KIMIA YANG TERKANDUNG DI DALAM ROKOK:
BAHAN - BAHAN KIMIA DALAM ROKOK
Rokok menyebabkan nafas berbau, gigi kekuningan dan penyebab penyakit gusi. Ia juga boleh menjejaskan deria rasa. Kerosakan paling teruk menyebabkan peningkatan risiko kanser bibir, lidah, peti suara dan tekak (esofagus). KESAN BURUK ROKOK
50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok. Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah. 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok. Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok. FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK: