3. PENGGUNAAN
MPKI digunakan sepenuhnya oleh pensyarah dan guru pelatih untuk interaksi bersama MBK
pelbagai kategori kerencatan. Dalam sesi ini guru pelatih akan menggunakan MPKI mengikut
jadual waktu ditetapkan iaitu setiap hari isnin dan jumaat mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00
tengahari. Dalam sesi bersama MBK ini, guru pelatih akan melakukan sesi PdPc mengikut
RPH yang dirancang. RPH ialah rancangan pengajaran harian yang dirancang oleh guru
untuk mengajar murid. RPH amat penting untuk guru melaksanakan PdPc dengan berkesan.
RPH mesti mengikut RPI yang dirancang setiap tiga bulan dan disemak selepas setiap tiga
bulan. Guru akan menilai pencapaian setiap murid dan membuat perancangan semula untuk
tiga bulan akan datang. Semasa interaksi ini guru pelatih dapat melihat kekuatan dan
kelemahan MBK dan seterusnya membimbing MBK untuk mengembangkan bakat dan
potensi yang ada pada MBK.
Gambar 1. Menerangkan aktiviti bersama MBK di dalam makmal pembelajaran sambil
bermain di mana semua domain diaplikasikan.
PENGGUNAAN MODUL AKTIVITI DALAM MAKMAL MPKI
MPKI telah menyediakan enam kategori utama modul aktiviti yang telah dirancang
berdasarkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak berkeperluan khas.
MPKI memberikan satu contoh bagaimana aktiviti dilaksanakan yang meliputi semua aspek
utama perkembangan seorang kanak-kanak.
i. Kemahiran Motor Kasar
Kemahiran ini merujuk kepada aktiviti yang melibatkan pergerakan motor kasar
dengan kata lain aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan mobiliti. (Contohnya
belajar menendang bola, menunggang basikal, menyambut dan membaling serta
memukul bola.)
ii. Perkembangan Bahasa
Kemahiran ini merujuk kepada kemampuan seorang kanak-kanak bersuara atau
menuturkan perkataan ayat serta kemampuan memahami apa yang dikatakan kepada
mereka oleh orang lain. (Contohnya kemahiran pendengaran, bahasa reseptif dan
kemahiran bahasa ekspresif)
iii. Kemahiran Motor Halus
Kemahiran ini memfokuskan terutamanya terhadap kanak-kanak menggunakan
tangan secara konstruktif yang melibatkan koordinasi tangan dan mata.
iv. Kemahiran Membaca, Menulis dan Nombor Awal
Kemahiran yang diajar adalah dikenali sebagai “3M” secara tradisional iaitu membaca,
menulis dan mengira. Ini merupakan kemahiran yang amat penting kerana apabila
dikuasai akan membuka pintu ke arah tahap berdikari yang lebih tinggi dalam
masyarakat kita.
v. Kemahiran Mengurus Diri
Kemahiran ini merujuk kepada kehidupan harian contohnya makan, minum, ke tandas,
berpakian, membasuh tangan dan badan, memberus gigi dan menggosok atau
menyikat rambut.
vi. Perkembangan Sosial
Kemahiran yang berkaitan dengan keupayaan kanak-kanak berinteraksi dengan
kanak-kanak serta orang lain
i. MODUL AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR KASAR
Senarai Semak Belajar Menendang Bola.
Nama: ___________________
/ Jika kanak-kanak tersebut dapat mencapai kemahiran itu secara konsisten
T. T Jika anda tidak pasti keupayaan kanak-kanak tersebut.
X Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat mencapai kemahiran itu.
AKTIVITI / KEMAHIRAN TARIKH TARIKH TARIKH
1. Kanak-kanak akan berdiri sama ada dengan kaki kiri atau
kanan dengan bantuan selama 2-3 saat
2. Kanak-kanak akan berdiri di atas satu kaki tanpa sokongan
selama 3 saat
3. Kanak-kanak akan berjalan kea rah bola besar (berdiameter
20”)
4. Kanak-kanak akan menendang bola bersaiz sederhana
(berdiameter 10 – 12”)
5. Kanak-kanak akan menendang bola yang bergerak
6. Kanak-kanak dapat berlari sambal bola sejauh 50 meter
KEMAHIRAN
Kemahiran Kemahiran Motor Kasar
Motor Kasar Langkah-langkah Belajar Menendang Bola.
Langkah 1
Kanak -kanak akan berdiri sama ada dengan kaki kiri atau kanan dengan bantuan
selama 2-3 saat.
Bahan-bahan yang diperlukan: Tangga, halangan contohnya kerusi, alat mainan
getah yang berbunyi bila dicuit, kotak dan lain-lain.
Apa yang perlu dilakukan.
i. Kanak-kanak seharusnya dapat berjalan sendiri sebelum mencuba
kemahiran ini.
ii. Beri latihan untuk dilakukan oleh kanak-kanak supaya berjalan melalui
halangan seperti galang tangga atau benda lain yang diletak di atas lantai
supaya kanak-kanal perlu melangkaunya. Lakukan supaya kanak-kanak
melangkah seutas tali yang dipegang 2” dari lantai. Pada mulanya, sokong
kanak-kanak ada dengan memegang satu tangan jika perlu. Tetapi
kurangkan sokongan yang anda berikan beransur-ansur.
iii. Tempatkan kanak-kanak supaya berdiri di tepi sebuah perabot. (cth. kerusi
kecil) Kemudian, minta kanak-kanak supaya mengangkat satu kakinya
memegang kerusi dengan satu tangan. Bantulah dia secara fizikal jika
perlu. Tunjukkan kanak-kanak apa yang harus dilakukan.
iv. Cuba minta kanak-kanak supaya berdiri di atas alat mainan yang boleh
dicuit.
v. Ataupun sokong kanak-kanak anda dengan membenarkan dia memegang
jari atau tangan anda serta menggalakkannya supaya mengangkat satu
kakinya.
Langkah 2.
Kanak-kanak akan berdiri di atas satu kaki (sama ada kiri atau kanan) tanpa
sokongan selama 3 saat.
Apa yang perlu dilakukan:
i. Setelah latihan dalam Langkah 1 diselesaikan, kurangkan sokongan yang
anda berikan sehingga kanak-kanak itu dapat berdiri di atas kaki dengan
sendiri.
Langkah 3.
Kanak-kanak akan berjalan ke arah bola besar (berdiameter kira-kira 20”).
Bahan yang diperlukan: Bola mainan pantai berdiameter 20”
Apa yang perlu dilakukan:
i. Gunakan bola mainan pantai yang besar (ringan) untuk aktiviti ini.
ii. Mulakan dengan kanak-kanak itu duduk di atas kerusi dan menendang
bola yang ringan seperti bola pantai.
iii. Kemudian, tunjukkan kanak-kanak cara berjalan ke arah bola itu lalu
menendang untuk menggerakkannya.
iv. Katakan, “tendang bola itu”
v. Bagi aktiviti ini, kanak-kanak itu haya perlu berjalan ke arah bola itu untuk
menggerakkanya. Kedua-dua kaki kanak-kanak masih berada di atas
lantai. Ini merupakan langkah pertama untuk belajar menendang.
vi. Pujilah kanak-kanak apabila dia menggerakkan bola itu
Langkah 4
Kanak-kanak akan menendang bola bersaiz sederhana (berdiameter 10 -12”)
Bahan-bahan yang diperlukan: Bola bersaiz sederhana dengan diameter 10-12”.
Bola mainan pantai berdiameter 20” dan belon.
Apa yang perlu dilakukan:
i. Mulakan dengan menggunakan bola mainan pantai anda.
ii. Tunjukkan kanak-kanak itu cara berjalan ke arah bola dan menendang bola
itu.
iii. Galakkan kanak-kanak anda supaya melakukan bersama anda, dan
katakan “Tendang bola”.
iv. Senyum dan ketawalah apabila berjaya.
v. Berlatih menendang objek lain seperti belon.
vii. Akhinya, berikan latihan bersaiz sederhana untuk dilakukan kanak-kanak.
ii. MODUL AKTIVITI KEMAHIRAN PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan Bahasa merujuk kepada kemampuan seorang kanak-kanak bersuara atau
menuturkan perkataan ayat serta kemampuan mereka memahami apa yang dikatakan
kepada mereka oleh orang lain.
CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN BAHASA
Senarai Semak Kemahiran Bahasa Reseptif.
Nama: ______________________
/ Jika kanak-kanak tersebut dapat mencapai kemahiran itu secara konsisten
T. T Jika anda tidak pasti keupayaan kanak-kanak tersebut.
X Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat mencapai kemahiran itu.
AKTIVITI / KEMAHIRAN TARIKH TARIKH TARIKH
1. Kanak-kanak meniru aksi mudah.
2. Kanak-kanak bergerak balas terhadap namanya.
3. Kanak-kanak memahami nama ahli keluarganya.
4. Kanak-kanak menunjukkan satu objek yang dikenali apabila
dinamakan.
5. Kanak-kanak menunjukkan satu anggota badan apabila
dinamakan
6. Kanak-kanak melihat sebuah buku bergambar untuk
seketika.
7 Kanak-kanak menunjukkan 5 objek yang dikenali apabila
dinamakan
8 Kanak-kanak menunjukkan 5 anggota badan apabila
dinamakan
9 Kanak-kanak menunjukkan 3 gambar apabila dinamakan
10 Kanak-kanak memahami erti “atas” dan “bawah”.
KEMAHIRAN Kemahiran Bahasa Reseptif
Kemahiran Langkah-langkah Belajar Bahasa Reseptif.
Bahasa
Reseptif Langkah 1
Kanak -kanak menunjukkan anggota badan apabila dinamakan.
Bahan-bahan yang diperlukan: Gambar anggota badan, flash card nama-nama
bahagian anggota badan.
Apa yang perlu dilakukan.
i. Minta kanak-kanak susun dan letakkan tulisan bahagian anggota badan
ditempat yang betul. Katakan kepada kanak-kanak, “Mana hidung” atau
“Mana hidung Alif”.
ii. Jika kanak-kanak tidak memberi respon atau melakukan kesilapan,
pimpin tangannya secara fizikal dan sentuh anggota badan yang betul,
“ini hidung alif”.
iii. Mengajar kanak-kanak itu nama anggota badan juga perlu dilakukan
dengan cara yang menyeronokkan. Gunakan sepenuhnya kesempatan
semua peristiwa:
Waktu mandi: “Mari kita cuci muka Alif…. sekarang tangan Alif,”
Waktu makan: “Buka mulut Alif…”
Berpakaian: “Angkat kaki Alif”.
Bermain anak patung: “Dolly ada tangan yang kotor, cuci tangan Dolly.”
iv. Minta kanak-kanak itu berbaring di atas sekeping kertas besar dan
melukis sekelilingnya. Namakan bahagian bahagian badannya sambil
anda melukis.
v. Potong satu gambar orang dari kad tebal, buat pakaian untuk orang itu.
Sambil anda melekatkan pakaian pada orang itu, bercakaplah tentang
pelbagai anggota badan itu.
vi. Mengajar kanak-kanak supaya menunjuk ke arah bahagian-bahagian
tubuh sendiri mungkin mengambil masa yang lama. Menggunakan
cermin boleh membantu. Dudukkan kanak-kanak di hadapam cermin
dan bermain menunjuk pada pelbagai bahagian badan di antara satu
sama lain di hadapan cermin.
vii. Ciri-ciri muka, tangan dan kaki biasanya merupakan bahagian-bahagian
yang pertama yang dipelajari.
viii. Menyanyikan lagu aksi juga boleh menjadi satu cara yang baik untuk
mengajar kanak-kanak konsep penting dalam cara yang berulang tetapi
menyeronokkan, contohnya “Head and Shoulders, Knees and Toes”
atau “Satu jari” dan banyak lagi.
ix. Jika anda berminat untuk menyimpan satu carta kemajuan mengenai
bahagian anggota badan yang dikenali kanak-kanak itu, satu contoh
carta seperti diberikan dalam Lampiran. Simpan satu rekod yang tetap
mengenai anggota badan yang difahami kanak-kanak secara
berterusan.
iii. MODUL AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR HALUS
Kemahiran motor halus menfokuskan terutamanya terhadap keupayaan kanak-kanak
menggunakan tangannya secara konstruktif yang melibatkan koordinasi mata. Kanak-kanak
mesti mengkoordinasikan apa yang dilihat dengan apa yang dilakukan oleh tangannya.
Terdapat pelbagai aktiviti motor halus yang boleh dilaksanakan. MPKI memperkenalkan
kemahiran menggunting. Untuk mencapai aksi mengunting dengan berjaya, kanak-kanak
harus belajar melatakkan jari yang betul dalam lubang. Biasanaya ibu jari dilubang atas dan
jari tengah di lubang bawah. Apabila dia dapat melakukan ini dengan stabil, maka aksi
menggunting dapat dilakukan dengan mudah. Elakkan menggunakan gunting bermata tajam.
CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR HALUS.
Senarai semak belajar menggunakan gunting.
(Sebelum mencuba kemahiran ini. Pastikan kanak-kanak dapat membenang manik dengan
tepat).
Nama: __________________
/ Jika kanak-kanak tersebut dapat mencapai kemahiran itu secara konsisten
T. T Jika anda tidak pasti keupayaan kanak-kanak tersebut.
X Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat mencapai kemahiran itu.
AKTIVITI / KEMAHIRAN TARIKH TARIKH TARIKH
1. Kanak-kanak meletakkan jari yang betul dalam lubang
genggaman dan menggerakkan bilah gunting.
2. Kanak-kanak menggunting kertas apabila dipegang
untuknya
3. Kanak-kanak mengunting kertas dengan sendiri
4. Kanak-kanak menggunting sepanjang garisan hitam tebal
yang dilukis pada kertas
5. Kanak-kanak menggunting garisan hitam tebal melengkung
yang dilukis pada kertas
6. Kanak-kanak menggunting bentuk segiempat tepat yang
dilukis pada kertas
7 Kanak-kanak menggunting bulatan dan bujur yang dilukis
pada kertas
8 Kanak-kanak menggunting dengan rapi gambar-gambar
dari Majalah atau katalog dan menampal gambar-gambar
pada kertas atau sebuah buku skrap
KEMAHIRAN
Kemahiran Kemahiran Motor Halus.
Motor Halus Langkah-langkah belajar menggunakan gunting dan menggunting bahan.
Langkah 1
Kanak-kanak meletakkan jari yang betul ke dalam lubang pemegang dan
menggerakkan bilah gunting.
Bahan-bahan yang diperlukan: Gunting kanak-kanak.
Apa yang perlu dilakukan.
i. Tunjukkan dengan sendiri, dengan memberikan tumpuan terhadap
penggunaan dan kedudukan ibu jari dan jari tengah. Ulangi beberapa kali.
Adalah lebih seronok jika anda berpura-pura membuat bunyi itik.
ii. Ambil tangan kanak-kanak dan bimbing ibu jarinya ke dalam lubang
gengaman gunting, Kemudian gunakan sedikit tekanan supaya dia
membuat pergerakan menggunting. Teruskan apabila ini dicapai.
iii. Bimbing ibu jari kanak-kanak ke dalam lubang genggaman tetapi
benarkannya mengerakkan bilah dengan sendiri, katakana “buka tutup”
untuk memandu langkahnya. Teruskan apabila dicapai.
iv. Beri kanak-kanak sepasang gunting dan ambil sepasang lagi untuk anda
sendiri, tunjukkan seperti dahulu tetapi galakkan dia supaya
menggunakan guntingnya sendiri tanpa sebarang bimbingan fizikal
daripada anda. Teruskan apabila ini dicapai.
v. Beri kanak-kanak sepasang gunting. Jangan tunjuk tetapi beritahu dia
aksi yang diperlukan. Teruskan apabila ini dicapai.
vi. Berikan kanak-kanak sepasang gunting dan galakan dia supaya
menggunakan gunting tanpa sebarang bantuan selanjutnya.
Catatan: Langkah aktiviti ini boleh dipertingkatkan berdasarkan kemajuan
kemahiran menggunting yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Langkah-langkah
boleh dipertingkatkan dari kemahiran mudah ke sukar.
iv. MODUL AKTIVITI MEMBACA, MENULIS DAN NOMBOR AWAL
Pemahaman tentang nombor ialah kemahiran yang cukup penting dan praktikal untuk
dipelajari kanak-kanak. Sebelum melangkah terus untuk mempelajari nombor sebenar.
Terdapat beberapa kemahiran pra-nombor yang perlu diajar kepada kanak-kanak terlebih
dahulu. Ini berkaitan dengan kemahiran mengasing dan memadan. Sebelum seorang kanak-
kanak dapat memahami kerumitan membaca dan mengenal pasti simbol-simbol yang kita
panggil huruf, dia perlu berupaya menguasai kemahiran mengasing dan memadan yang lebih
asas.
CONTOH AKTIVITI MODUL KEMAHIRAN AKTIVITI MEMBACA, MENULIS DAN
MENGENAL NOMBOR.
Senarai Semak Kemahiran Pra-Membaca dan Pra- Nombor.
Nama: __________________
/ Jika kanak-kanak tersebut dapat mencapai kemahiran itu secara konsisten
T. T Jika anda tidak pasti keupayaan kanak-kanak tersebut.
X Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat mencapai kemahiran itu.
AKTIVITI / KEMAHIRAN TARIKH TARIKH TARIKH
1. Asingkan 2 kumpulan objek mengikut jenis.
2. Asingkan objek dalam 2 kumpulan mengikut warna.
3. Asingkan 3 kumpulan objek mengikut jenis.
4. Asingkan objek dalam 3 kumpulan mengikut warna
5. Asingkan 4 kumpulan objek mengikut jenis.
6. Asingkan objek dalam kumpulan mengikut warna.
7. Kanak-kanak dapat menunjukkan gambar yang betul
(daripada 2 set gambar) apabila dinamakan
8. Kanak-kanak dapat menunjukkan gambar yang betul
(daripada 4 set gambar) apabila dinamakan
9. Kanak-kanak dapat memadankan satu gambar dengan
betul dengan satu lagi gambar yang sama dalam set 2
gambar
10 Kanak-kanak dapat memadankan satu gambar dengan satu
lagi gambar yang sama dalam set 6 gambar
KEMAHIRAN Kemahiran Membaca, Menulis Dan Nombor Awal.
Kemahiran Langkah-langkah belajar memadankan satu huruf dengan satu lagi huruf yang
Membaca, sama dalam satu set huruf.
Menulis dan Langkah 1
Nombor Kanak-kanak dapat memadankan satu huruf dengan satu lagi huruf yang sama
Awal dalam set 6 huruf.
Bahan-bahan yang diperlukan: Buat beberapa papan lotto 6 huruf dan buat kad
huruf padanan.
Apa yang perlu dilakukan.
i Letakkan 2 daripada huruf itu di depan kanak-kanak. Beritahu dia huruf
apa itu sambil anda melakukan ini. Ambil 2 huruf yang sama dan katakan
“ini “b” mana satu lagi “b”?. Letakkan “b” ini di sebelah satu lagi “b”.
Jika kanak-kanak tidak menjawap atau melakukan kesilapan, betulkannya.
“Bukan, itu bukan “b”, itu “n”, Ini “b”. Kita letak “b” di atas “b”.
iii Bertukar-tukarlah huruf supaya anda menggunakan kesemua 26 huruf
tetapi sentiasa hadkan dalam set 2 huruf sahaja.
vii. Ulangi latihan ini sehingga kanak-kanak memahami dengan jelas cara
memadankan huruf yang sama.
v. MODUL AKTIVITI KEMAHIRAN MENGURUSKAN DIRI
Kemahiran Menguruskan diri merujuk kepada aktiviti kehidupan harian contohnya makan,
minum, ke tandas, membasuh, berpakaian dan mendandan. Kemahiran ini amat penting
dipelajari supaya kanak-kanak ini boleh berdikari. Dalam modul ini akan diterangkan
kemahiran berpakaian. Kanak-kanak biasanya belajar menanggalkan pakaian dengan sendiri
sebelum belajar memakai pakaian. Ini adalah sebab kerana menanggalkan pakaian
merupakan kemahiran yang lebih mudah untuk dilaksanakan. Kaedah yang disarankan ini
dipanggil “rantaian songsang” (backward chaining). Ini bermakna kanak-kanak itu akan
terlebih dahulu diajar langkah yang terakhir dalam suatu urutan, diikuti dengan yang kedua
terakhir dan akhir sekali berbaik kepada langkah pertama dalam urutan itu. Ini mungkin pada
kedengaran sukar tetapi ini akan menjadi lebih jelas semasa anda mengikuti langkah-langkah
latihan
CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN MENGURUSKAN DIRI (BERPAKAIAN)
Senarai Semak Kemahiran Berpakaian.
Nama: __________________
/ Jika kanak-kanak tersebut dapat mencapai kemahiran itu secara konsisten
T. T Jika anda tidak pasti keupayaan kanak-kanak tersebut.
X Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat mencapai kemahiran itu.
AKTIVITI / KEMAHIRAN TARIKH TARIKH TARIKH
1. Kanak-kanak memakai baju dengan sendiri.
2. Kanak-kanak memasang butang -butang besar dengan
sendiri
3. Kanak-kanak memakai pakaian dengan sendiri sepenuhnya
kecuali ikatan
4. Kanak-kanak membuka butang-butang kecil.
5. Kanak-kanak memasang butang kecil.
6. Kanak-kanak membezakan bahagian depan dan belakang
sehelai pakaian
7 Kanak-kanak dapat menunjukkan gambar yang betul
(daripada 2 set gambar) apabila dinamakan
8 Kanak-kanak menanggalkan dan memakai pakaian dengan
sendiri tanpa dibantu, termasuk ikatan.
KEMAHIRAN Kemahiran Menguruskan Diri Berpakaian.
Kemahiran Langkah-langkah belajar memasang butang baju.
Menguruskan
Diri Langkah 1
Berpakaian Kanak-kanak dapat memasang butang baju
Bahan-bahan yang diperlukan: Pakaian dengan butang besar ¾ -1”. Buat
beberapa papan lotto 6 huruf dan buat kad huruf padanan.
Apa yang perlu dilakukan.
i. Berikan baju atau pakaian lain dengan butang di depan kepada kanak-
kanak untuk berpakaian.
ii. Ketatkan sebahagian butang pada pakaian kanak-kanak. Kemudian
tunjukkan kanak-kanak bagaimana menamatkan tugasan tersebut.
iii. Ulang latihan ini tetapi kali ini, ambil tangan kanak-kanak supaya dia
memegang pakaian itu dengan satu tangan dan butang dengan satu lagi
tangan dan ketatkan butang-butang tersebut.
iv. Kurangkan bantuan anda secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak
dapat melakukan tugasan dengan sendiri.
v. Kemudian suruh kanak-kanak melakukan tugasan dengan sendiri.
vi. Pada mulanya, beritahu kanak-kank secara lisan apa yang perlu
dilakukan dan tunjukkan dia pada masa yang sama. “Pegang lubang
butang dengan satu tangan dan pegang butang dengan satu lagu
tangan. Sekarang, tolak butang menerusi lubang butang.
vii. Jika kanak-kanak menghadapi kesukaran, bombing tangan kanak-kanak
secara fizikal.
viii. Kurangkan bantuan yang anda berikan kepada kanak-kanak secara
beransur-ansur sehingga dia dapat melakukan seluruh tugasan dengan
sendiri tanpa dibantu.
Catatan: Langkah aktiviti ini boleh dipertingkatkan berdasarkan kemajuan
kemahiran berpakaian. Terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan dan boleh dipertingkatkan dari kemahiran mudah ke sukar.
vi. MODUL KEMAHIRAN PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial berkait dengan keupayaan kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-
kanak lain serta orang dewasa.
CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN PERKEMBANGAN SOSIAL
Senarai Semak Belajar bergaul dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa.
Nama: ___________________
/ Jika kanak-kanak tersebut dapat mencapai kemahiran itu secara konsisten
T. T Jika anda tidak pasti keupayaan kanak-kanak tersebut.
X Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat mencapai kemahiran itu.
AKTIVITI / KEMAHIRAN TARIKH TARIKH TARIKH
1. Kanak-kanak senyum dengan sendiri.
2. Kanak-kanak bersuara apabila seseorang bercakap
dengannya.
3. Kanak-kanak mendekati pada orang yang dikenali.
4. Kanak-kanak senyum kepada dirinya di depan cermin.
5. Kanak-kanak menunjukkan gerak balas apabila namanya
dipanggil.
6. Kanak-kanak bermain sendiri selama 10 -15 minit.
7. Kanak-kanak bermain “intai-intai” (peak -a-boo)
8. Kanak-kanak menepuk tangan.
9. Kanak-kanak melambai “bye-bye” (selamat tinggal)
10. Kanak-kanak memeluk dan mencium kepada orang yang
dikenali
11. Kanak-kanak bermain bersebelahan dengan kanak-kanak
yang lain
12. Kanak-kanak senyum dengan sendiri.
13. Kanak-kanak menunggu giliran dalam permainan dengan
seorang kanak-kanak lain
14. Kanak-kanak bermain dengan 2 atau beberapa orang
kawan lain
15. Kanak-kanak dapat menerima keadaan tanpa ibu bapa,
tetapi mungkin berasa susah hati
KEMAHIRAN Kemahiran Perkembangan Sosial.
Kemahiran Kanak-kanak bermain dengan 2 atau orang kawan lain
Perkembangan
Sosial Langkah 1
Kanak-kanak dapat bermain bersama kawan-kawan.
Bahan-bahan yang diperlukan: Bakul dan bola kecil
Apa yang perlu dilakukan.
i Kanak-kanak akan beratur sebaris
ii Kanak-kanak akan mengambil giliran membaling bola dalam bakul dan
berpusing ke belakang
iii Kanak-kanak memberi high 5 kepada rakan-rakannya.
iv kanak-kanak mengambil giliran untuk membaling sehinggalah bola
tersebut habis dimasukkan dalam bakul.
v Guru membantu kanak-kanak yang tidak dapat mengikut giliran.
vi Guru memberi pujian pada setiap kejayaan murid.
vii Guru memberi bantuan secara fizikal prompting untuk membantu pelajar
yang tidak mampu melakukan sendiri.