47 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Pelaksanaan Program Mentor Mentee di Institut Pendidikan Guru Kemenjadian guru merupakan faktor yang signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Oleh yang demikian, program yang bersesuai perlu dirancang dan dilaksanakan dalam melahirkan guru yang berkualiti. Menurut Juairiah, Siti Hajar dan Noralina (2020), program pementoran merupakan salah satu program yang dilihat mampu dan relevan memainkan peranan yang berkesan dalam penambahbaikan kualiti guru. Pementoran merupakan Program Mentor Mentee di Institut Pendidikan Guru telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk membina dan melatih pelajar membentuk sahsiah yang baik dan seimbang dari aspek emosi, sosial, intelek, rohani dan jasmani. Program ini juga selaras dengan Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 di bawah inisiatif 1 perkara memartabatkan profesion keguruan, ada dinyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk meningkatkan kualiti guru dan pemimpin pendidikan bagi meningkatkan kemenjadian murid. Program Mentor Mentee juga adalah satu program Pendidikan yang diwujudkan berasaskan Model Mentor Mentee IPG KPM. Dimensi Budaya IPG merupakan teras untuk mengubah individu biasa kepada seorang guru. Program ini membolehkan berlakunya proses pemindahan maklumat, perkongsian kemahiran dan pengalaman daripada mentor kepada mentee melalui lima paksi keupayaan iaitu menghayati visi dan misi IPG KPM, membina watak, disiplin diri, bekerjasama dan mampu bertindak secara istiqamah untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dan kompeten. Tujuh dimensi Budaya IPG yang dijadikan teras untuk diterap dan diamalkan oleh siswa pendidik IPG KPM adalah budaya ilmu, budaya kepimpinan, budaya kerja profesional, budaya akhlak dan moral, budaya penyayang, budaya hidup sihat dan budaya estetika. Dalam program ini, mentor ialah pensyarah yang dilantik oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus masing-masing untuk melaksanakan tugas
48 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB sebagai mentor kepada sekumpulan siswa pendidik. Manakala mentee pula ialah sekumpulan siswa pendidik yang mendapat bimbingan dan pimpinan secara terancang dari seorang mentor yang dilantik. Kejayaan program mentor mentee sangat bergantung kepada penglibatan mentor dan mentee dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Program ini juga berupaya melahirkan guru yang bermotivasi tinggi dan membentuk personaliti guru yang unggul sekiranya dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee (2017), pelaksanaan Program Mentor Mentee di IPG menjadikan Model Lima Faktor Hudson sebagai asas dalam pelaksanaannya berdasarkan kepada beberapa domain dan atribut yang sesuai dijadikan sebagai kerangka konseptual dalam pelaksanaan program pementoran di IPG. Kerangka Model Mentor Mentee IPG telah dibina berasaskan kepada tiga aspek keupayaan atribut iaitu atribut mentor, atribut proses dan atribut mentee. Ini menunjukkan kejayaan program ini adalah bergantung kepada keupayaan mentor dalam menjalankan aktiviti yang dapat menjadi paksi kepada atribut proses iaitu membina hubungan yang baik dengan mentee, meneroka untuk memahami aspek mental dan emosi mentee, membimbing mentee dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan keperluan mentee serta menyelia, memantau dan mengambil tindakan susulan yang dapat mengekalkan peningkatan diri mentee. Sorotan Literatur McClelland (1978) menyebut bahawa motivasi individu akan meningkat jika dia dimotivasikan, memahami unsur-unsur motivasi dan melibatkan diri secara aktif. Pendapat ini menunjukkan bahawa motivasi individu akan meningkat sekiranya individu itu dimotivasikan oleh orang lain. Ini dapat diaplikasikan dalam program mentor mentee yang diadakan di IPG kerana dalam setiap aktiviti yang dijalankan sudah pasti mentor akan sentiasa memberi motivasi kepada para pelajar. Motivasi yang diberi secara berterusan akan membentuk pelajar yang sentiasa bermotivasi dan juga aktif.
49 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Feldman (1994) pula menyatakan motivasi intrinsik menyebabkan manusia melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk kepuasan yang akan diperoleh daripada aktiviti tersebut. Manakala motivasi ekstrinsik akan menyebabkan manusia melakukan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran. Motivasi intrinsik adalah motivasi dalaman yang datang dari kehendak dan keinginan individu itu sendiri. Motivasi ini penting bagi seorang pelajar supaya terus bersemangat dalam mencapai matlamat untuk menjadi guru yang kompeten dan berkualiti. Mentor memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan motivasi instrinsik dalam diri pelajar melalui aktiviti yang dilaksanakan semasa program mentor mentee berdasarkan buku panduan yang dibekalkan kepada semua mentor. Menurut Safura et al. (2006), program mentoring adalah satu proses bimbingan daripada individu yang lebih berpengalaman dan berkemahiran iaitu mentor kepada individu yang kurang berpengalaman dan berkemahiran iaitu mentee. Dalam pelaksanaan program mentor mentee di IPG, mentor yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang pendidikan dapat membantu memberi bimbingan dan galakan kepada mentee yang merupakan bakal guru. Menurut Azman et al. (2007), pelaksanaan program pementoran akan mendorong mentee menambahbaik sikap dan tingkah laku. Perubahan sikap dan tingkah laku yang berlaku pada mentee adalah melalui motivasi yang diberikan oleh mentor dalam program pementoran. Selain itu, Ismail et al. (2014) menyatakan mentor memainkan peranan dalam menentukan kejayaan program BIG (Bina Insan Guru). Program Bina Insan Guru yang dilaksanakan akan disertai oleh mentor yang dapat memberi motivasi dan bimbingan kepada pelajar sepanjang aktiviti tersebut. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan menunjukkan peranan mentor semasa program BIG mempengaruhi prestasi pelajar dalam program tersebut.
50 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Nor ‘Ain et al. (2015) pula menyatakan program pementoran dapat meningkatkan kejayaan pelajar melalui komunikasi berkesan. Pendapat tersebut menunjukkan program mentoring memainkan peranan dalam meningkatkan kejayaan pelajar. Kebolehan mentor memotivasikan mentee akan membentuk motivasi intrinsik dalam diri pelajar dan mendorong pelajar untuk berusaha dengan lebih baik. Berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas menunjukkan program mentoring dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih aktif dan dapat membantu dalam membentuk personaliti guru unggul melalui aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan penglibatan yang aktif dari mentor dan mentee. Hubungan Program Mentor Mentee Dengan Motivasi Pelajar Motivasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Motivasi juga didefinasikan sebagai sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat. Selain itu, motivasi juga merupakan keadaan dalaman individu yang membangkitkan, mengarah dan tingkah laku secara berterusan. Ini menunjukkan motivasi adalah sesuatu yang memerlukan agen untuk membangkitkannya. Motivasi juga boleh meningkat dan menurun bergantung kepada dorongan dan situasi yang dialami oleh individu tersebut. Menurut Lisa (2011), program pementoran merupakan salah satu alternatif dalam memotivasikan mahasiswa yang berprestasi rendah untuk belajar dengan lebih gigih. Dapatan kajian ini menunjukkan individu yang mempunyai prestasi rendah boleh meningkat prestasinya sekiranya mentor berjaya memberi motivasi yang berterusan. Motivasi pada diri pelajar akan menggerakkannya untuk berusaha dengan lebih kuat bagi memperbaiki prestasinya.
51 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Menurut Harbeng (2015) pula, motivasi merupakan dorongan asas yang dapat menggerakkan individu melakukan sesuatu tindakan bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan olehnya. Pandangan ini menunjukkan individu memerlukan sesuatu yang boleh menjadi pendorong bagi menggerakkannya mencapai matlamat yang dikehendakinya. Dalam program mentor mentee di IPG, mentor memainkan peranan utama memotivasikan mentee bagi mencapai matlamat iaitu guru berkualiti. Setiap aktiviti dan bimbingan yang diberi mestilah memberi fokus kepada kemenjadian guru dan berupaya membentuk personaliti guru yang seimbang dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Terdapat banyak teori motivasi yang boleh dikaitkan dengan program pementoran seperti Teori Hierarki Keperluan Maslow yang telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow yang merupakan seorang ahli psikologi kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya “A Theory of Human Motivation”. Teori ini menyatakan terdapat lima keperluan yang perlu dipenuhi oleh individu. Lima keperluan tersebut adalah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghargaan diri dan keperluan hasrat diri. Melalui program pementoran keperluan hasrat diri individu iaitu keperluan untuk mencapai citacita diri sendiri mengikut potensi diri dapat dipenuhi kerana mentor akan berusaha meningkatkan motivasi mentee. Motivasi yang tinggi akan menbantu mentee berusaha mencapai cita-citanya dan meningkatkan potensi dirinya. Selain itu, menurut Muhammad Ridho (2020), berdasarkan Teori Motivasi Pencapaian McClelland, semakin tinggi matlamat yang ditetapkan oleh seseorang maka semakin kuat usahanya untuk mencapai matlamat tersebut. Teori ini juga menjelaskan kejayaan individu dalam mencapai matlamat yang ditetapkan turut bergantung kepada dorongan orang lain serta situasi yang dialaminya. Ini menunjukkan individu memerlukan dorongan dan bimbingan orang lain bagi meningkatkan motivasinya. Dalam pementoran, seorang mentor boleh berperanan sebagai agen penggerak yang dapat memberi bimbingan dan
52 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB nasihat secara berterusan kepada mentor. Motivasi mentee yang tinggi akan mempengaruhi dirinya untuk berusaha meningkatkan prestasi diri. Menurut Vroom (dalam Azman et al., 2007: 4), tingkah laku adalah fungsi jangkaan individu terhadap apa yang akan diperolehi dan sejauh mana pentingnya hasil yang akan diperolehi pada masa hadapan. Dalam program pementoran, penglibatan mentor dan mentee yang aktif akan mempengaruhi dan mendorong mentor dalam memperbaiki prestasinya. Jangkaan yang dibuat oleh individu akan menentukan tindakannya untuk mencapai hasil yang diinginkannya. Dalam konteks program mentor mentee di IPG, mentor berperanan memberi bimbingan yang dapat mempengaruhi tindakan mentee sebagai bakal guru. Azman et al. (2015) dalam kajiannya menyatakan bahawa program mentoring bertindak sebagai agen perubahan kepada mentee sekiranya dirancang dan dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam organisasi. Penyertaan mentor dan mentee yang aktif akan mendorong kepada pembangunan psikososial mentee. Pembangunan psikososial merujuk kepada kemampuan seseorang membuat tindakan atau memberi reaksi terhadap persekitaran sosialnya berpandukan faktor psikologi yang dimiliki. Psikososial juga dapat mempengaruhi persekitaran pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian lepas dan pandangan ahli psikologi menunjukkan program pementoran mempunyai hubungan dalam meningkatkan motivasi. Keupayaan mentor melaksanakan program pementoran dengan berkesan akan dapat meningkatkan motivasi diri mentee. Motivasi dalaman akan mempengaruhi mentee untuk lebih berusaha mencapai matlamatnya berbanding motivasi luaran yang lebih bersifat sementara. Motivasi dalaman atau instrinsik amat penting bagi individu meningkatkan prestasi dirinya secara berterusan.
53 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Penutup Pelaksanaan program mentoring yang berkesan akan memberi impak positif terhadap kemenjadian pelajar. Keupayaan mentor melaksanakan program pementoran akan dapat mempengaruhi tahap motivasi pelajar untuk mencapai matlamat organisasi. Di Institut Pendidikan Guru, fokus utama program mentor mentee adalah melahirkan pelajar yang memiliki ciri-ciri guru berkualiti. Kejayaan program ini amat bergantung kepada penglibatan yang aktif oleh mentor dan mentee. Juairiah, Siti Hajar dan Noralina (2020) menyatakan aspek pementoran perlu diberi penekanan dalam membentuk guru yang cekap, berwibawa dan berupaya melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Nor’ Ain et al. (2015) pula menyatakan pengurusan institusi pengajian tinggi memainkan peranan dalam merancang dan melaksanakan program pementoran secara teratur supaya dapat membantu meningkatkan sikap dan kelakuan positif dalam diri mentee. Di Institut Pendidikan Guru, penyelaras program mentor mentee perlu memainkan peranan bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan dengan baik seperti yang ditetapkan. Pemantauan dan penyeliaan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kejayaan program ini. Kajian keberkesanan program juga boleh dijalankan untuk membolehkan penambahbaikan terhadap program dapat dibuat. Cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap program pementoran ini juga boleh diperoleh melalui temu bual atau soal selidik terhadap mentor dan mentee. Pemantapan sistem mentoring perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan objektif pelaksanaannya tercapai dan matlamat membentuk guru yang mempunyai Modal Insan Berkualiti dan Kompeten (MBK) dapat dicapai.
54 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Rujukan Azizi, Y., & Nurul Ain, H. (2010). Teori-teori Motivasi. Universiti Teknologi Malaysia. Azman, I., et al. (2007). Peranan program mentoring dalam pembangunan pelajar : Satu kajian di sebuah universiti awam di Malaysia Timur. ASEMALS, Versi 30. Azman I., et al. (2015). Kaitan antara program mentoring dengan pembangunan psikososial mente. Sains Humanika, 6 (1), 25-33. Harbeng, M. (2015). Strategi meningkatkan motivasi belajar mahasiswa. Dikdaya, 05 (01). Hisham @ Dalha, S. N., & Wan Muda, W. H. N. (2018). Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan coaching terhadap prestasi pekerja dalam organisasi. Online Journal for TVET Practitioners, 3(1). https:// penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4829. Ismail, M., et al. (2014). Peranan mentor dalam Program Bina Insan Guru. Jurnal Personalia Pelajar, 17, 31-40. Juairiah, M., Siti Hajar, A.B.A., & Noralina, O. (2020). Pementoran dalam program pembangunan guru baharu Kementerian Pendidikan Malaysia. The Malaysian Journal of Social Administration, 14 (2), 79-95. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Panduan pelaksanaan Program Mentor-Mentee. Penerbit IPGM KPM. Lisa Ratriana, C. (2011). Meningkatkan motivasi belajar bagi mahasiswa kurang berprestasi melalui program mentoring. HUMANIORA, 2(1), 262-268. Nor Ain, A., et al. (2015). Peranan program pementoran dalam meningkatkan kejayaan Mente : Kajian empirikal amalan komunikasi di sebuah universiti Awam Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 11 (10), 89- 100. Safura, A.S., et al. (2016). Peranan program mentoring dalam pembentukan sahsiah pelajar. Proceeding of The 3rd International Conference on Management & Muamalah. https://ms.wikipedia.org/wiki/Teori _Hierarki _Keperluan_Maslow.
55 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB PENDIDIKAN SEKSUALITI MENURUT PERSPEKTIF SYARAK Zuraini Yaakub¹, Abdul Hadi Sulaiman¹, Aisah Hasmam¹, PhD., Abd. Razak Abu Chik¹, PhD., Mohd. Muhsinul Nidzam Abdullah¹ & Sohaina Mohd. Salleh¹ ¹ Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Abstrak Pendidikan seksualiti merangkumi perkembangan seksual, hubungan interpersonal, hubungan, bahasa badan dan peranan gender seseorang. Namun, hal seksual sering kali dianggap tabu, sensitif, memalukan dan kontroversi oleh masyarakat. Bahan pengajaran yang bersesuaian terutama yang berpandu perspektif syarak juga sukar ditemui sehingga menjadi cabaran besar bagi ibu bapa dan guru. Walhal pendidikan seksualiti penting bagi mendepani isu jenayah seksual yang sentiasa meningkat saban tahun di Malaysia. Tidak ada sorotan literatur secara sistematik yang telah dilakukan untuk membincangkan berkenaan pendidikan seksualiti menurut perspektif syarak. Justeru kajian ini dilakukan dengan kepercayaan bahawa terdapat kaedah khusus yang dianjurkan syarak sejajar hal seksual dibincangkan secara meluas oleh para ulama. Data dianalisis melalui kitab fiqh, buku dan jurnal. Kajian tematik mengenal pasti empat anjuran syarak iaitu memelihara aurat bermula sejak usia kecil, menjaga adab dan batas pergaulan dalam rumah, mengawal naluri syahwat menerusi ibadah dan memelihara persekitaran daripada rangsangan syahwat. Manfaat kajian ini dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kaedah syarak menangani isu-isu seksualiti sebagai intervensi awal menerusi pendidikan yang bermula sejak usia kanak-kanak. Kata kunci: Pendidikan, seksualiti, aurat, batas pergaulan, syahwat
56 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Pengenalan Islam tidak mendiskriminasikan keperluan seksual dalam kehidupan penganutnya kerana ia fitrah manusia. Segala fitrah yang dimiliki oleh manusia, perlu disalurkan dengan baik dan dikawal melalui gaya hidup yang sihat berdasarkan tuntutan Islam dan bukan dihapuskan (Al-Qaradawi, 2005). Ajaran Islam bukan sahaja memenuhi tuntutan fitrah manusia, bahkan memelihara kehidupan manusia daripada mafsadah iaitu kerosakan. Hal ini demikian kerana Islam merupakan agama yang syumul, tidak terhad kepada bidang ibadah semata-mata bahkan mencakupi segala aspek kehidupan manusia termasuk pendidikan berkenaan seksualiti . Sementara itu, statistik jenayah seksual di Malaysia sentiasa menunjukkan peningkatan setiap tahun walaupun ketika negara dilanda wabak COVID 19. Berdasarkan rekod PDRM, sebanyak 6897 kes jenayah seksual berlaku sepanjang tahun 2018 sehingga 2020 yang melibatkan seramai 8113 orang suspek (Nurul Hidayah, 2021). Lebih membimbangkan lagi, 70% daripada jumlah kes pesalah seksual melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa (Bernama, 2020). Kajian Graham et al. (2020) dan Curtis (2017) mendapati, tingkah laku jenayah seksual berlaku disebabkan oleh kelompongan pendidikan seksualiti. Situasi ini menyeret pelakunya kepada kesalahan moral dan pelanggaran undang-undang (Zuliza et al., 2019; Worthington, 2019). Walaupun isu ini bersifat selektif kepada konteks interpersonal, namun tetap memberi impak kepada ibu bapa dan guru kerana isu seksual dianggap tabu, sensitif, memalukan dan kontroversi oleh masyarakat (Curtis, 2017). Bertepatan dengan konsep mencegah lebih baik daripada merawat, penulisan ini menggariskan saranan syarak tentang kewajipan ibu bapa dan guru dalam memberikan pendidikan seksualiti terhadap anak-anak di bawah seliaan bermula sejak usia kanak-kanak. Panduan pendidikan seksualiti ini adalah penerapan elemen syarak sebagai persediaan menghadapi tingkah laku seksual yang biasanya mula terpamer pada fasa transisi kedewasaan normatif (Mintah &
57 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Parlow, 2018; Creaby-Attwood & Allely, 2017). Justeru, pendidikan seksualiti sangat perlu diajar dengan betul sejak kecil. Hal ini demikian kerana jika sudah terbiasa dengan sesuatu perkara sejak kecil, sukar untuk mengubahnya setelah dewasa. Biarpun hal berkaitan seksual dianggap isu picisan, anak-anak tetap ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa dan guru di sekolah. Adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk memberi pendidikan seksualiti kepada anak-anak walaupun mereka kurang terdedah dengan bahan sumber yang sesuai (Eka Najihah et al., 2020; Zuraini & Zuliza, 2019). Artikel ini akan melakukan sorotan literatur berkenaan pendidikan seksualiti yang dianjurkan syarak. Metodologi Kajian Rajah 1: Kriteria inklusif dan eksklusif
58 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis dokumen daripada sumber primer dan sekunder. Sumber primer adalah tafsir al-Quran dan al-Hadith, manakala sumber sekunder adalah kitab fiqh, buku dan jurnal. Langkah pertama, kajian terhadap tafsir tafsir al-Quran dan al-Hadith berkaitan anjuran syarak berkaitan pendidikan seksualiti dijalankan. Langkah seterusnya adalah menganalisis data secara tematik menerusi kitab fiqh, buku dan jurnal. Jika boleh diakses, artikel yang diterbitkan telah diekstrak daripada Science Direct menggunakan kata kunci “sexual” AND “religion” serta pangkalan data Mendeley juga digunakan untuk mengekstrak penerbitan Elsevier menggunakan kata kunci “sexual” AND “Islam” year: [2018 to 2022]. Ini menghasilkan kira-kira 21 penerbitan hasil daripada dua pangkalan data. Selepas beberapa duplikasi didapati 6 penerbitan dikeluarkan. Sebagai langkah seterusnya, artikel telah dipertimbangkan untuk semakan yang telah diterbitkan dalam tempoh lima tahun yang lalu (2018 to 2022). Selepas mengeluarkan salinan dan mengimbas semua abstrak untuk mengalih keluar artikel yang tidak berkaitan dengan topik penyelidikan ini, sebanyak 15 artikel telah menjadi asas untuk semakan (lihat Rajah 1). Penemuan dan Perbincangan Memelihara aurat bermula sejak usia kecil Aurat dari segi bahasa bermaksud kekurangan atau keaiban. Dari segi istilah, aurat ialah bahagian anggota badan seseorang yang perlu ditutup daripada pandangan orang lain (Abd. Rahman et al., 2017). Firman Allah s.w.t. (Surah alAhzab, 33: 59): ُمْؤ ِمنِي َن ُيْدنِي َن ْ ِج َك َوَبَناتِ َك َونِ َسا ِء ال ْزَوا ُّي قُل أِّلَ ِ ب ُّي َها النَّ َيا أ ن َ َ ْدَن َٰى أ َ لِ َك أ َٰ َّنۚ ذَ ِ ِه يب ِ َّن ِمن َجََلب ِ ْيه َعلَ َغفُو ًرا َّر ِحي ًما ْي َنۗ َو َكا َن ََّّللاُ َن َفََل ُيْؤذَ ُي ْع َرف ﴿٥٩ْ ﴾
59 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup tubuhnya. Yang demikian agar mereka mudah dikenali dengan itu, mereka tidak diganggu. Menerusi ayat al-Quran di atas, dapat difahami bahawa ibu bapa perlu memulakan intervensi awal dengan melatih anak-anak menutup aurat ketika bersama bukan mahram sejak usia kanak-kanak. Langkah ini adalah sebagai persediaan untuk mendepani fasa transisi kedewasaan normatif anak-anak kerana pada kebiasaannya pada fasa ini kehendak seksual mula muncul dan tingkah laku seksual kelihatan mencabar (Mintah & Parlow, 2018; CreabyAttwood & Allely, 2017). Bagi kanak-kanak kecil yang berusia bawah daripada tujuh tahun maka tiada hukum ke atas aurat mereka (al-Shirbini, 1994). Maka haruslah jika seandainya kanak-kanak kecil sekitar usia ini mempamerkan kemaluan mereka di hadapan khalayak ramai sama ada ketika bersama ajnabi ataupun mahramnya. Walau bagaimanapun, pada usia tujuh hingga sembilan tahun seseorang kanak-kanak tidak boleh lagi menunjukkan kemaluannya walaupun di hadapan mahram kerana aurat bagi kanak-kanak seusia itu adalah antara pusat hingga ke lutut (Salim, 2009). Hal ini dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan anak-anak tentang aurat setelah mencapai umur baligh kerana telah maklum sejak usia kanak-kanak. Untuk mencapai hasrat ini, ibu bapa bertanggungjawab menguruskan proses qada hajat kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun dengan memastikan hanya individu tertentu yang dipercayai sahaja boleh melakukannya. Secara tidak langsung, anak-anak dapat diperkenalkan kepada individu mahram dan bukan mahram sejak kecil lagi.
60 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Selain itu, langkah memelihara aurat anak-anak, mendidik dan memberi kefahaman kepada mereka tentang maksud alat sulit. Dengan itu, mereka dapat mengenal dan menjaga tubuh badan serta terdidik dengan sifat malu hingga akhirnya menjadi insan yang mampu menjaga diri daripada perlakuan yang dilarang syarak (Tawaduddin, 2018). Bahkan, memelihara aurat anak-anak mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa keganasan seksual oleh individu yang tidak bertanggung jawab (Siti Fatimah, 2019). Hal ini sejajar dengan ibu bapa sebagai agen utama sosialisasi tingkah laku seksual anak-anak serta agen protektif utama terhadap keselamatan anak-anak. Menjaga adab dan batas pergaulan dalam rumah Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk menyediakan suasana yang patuh syariah bermula daripada dalam rumah untuk mengelakkan anak-anak terkesan dengan persekitaran yang merangsang syahwat. Didikan berkenaan batas pergaulan bermula dengan adab pergaulan dalam rumah yang perlu diterapkan oleh ibu bapa sebelum umur baligh. Anak-anak perlu dididik supaya meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibu bapa. Firman Allah s.w.t. (Surah al-Nur, 24: 58): ْي َ ِذي َن َملَ َك ْت أ َّ ِذن ُكُم ال ْ ِذي َن آ َمنُوا لَِي ْسَتأ َّ ُّي َها ال َ ََل َث َيا أ َم َّرا ٍتۚ أمن َ َم ِمن ُكْم ث ُ ُحل ْ ُغوا ال ُ ْم َيْبل ِذي َن لَ َّ َمانُ ُكْم َوال َ ََل ُث َعْو َرا ٍت ِع َشا ِءۚ ث ْ ي َرِة َو ِمن َب ْعِد َصََلِة ال ِ َّظه َو ِحي َن َت َض ُعو َن ثَِياَب ُكم أمَن ال ِ َف ْجر ْ ِل َصََلِة ال َّ ُكْم َق ۚ ْب ل ِ ْم ُجَنا ح ْيه ْي ُكْم َوََل َعلَ ْي َس َعلَ لِ َك ُيَبأي ُن ََّّللاُ لَ ُك ل ُم َ َٰ ْي ُكم َب ْع ُض ُكْم َعلَ َٰى َب ْع ٍضۚ َكذَ َطَّوافُو َن َعلَ َب ْعَد ُه َّنۚ ا ﴿٥٨ْْ ﴾لَيا ِتۗ َو ََّّللاُ َعلِي م َح ِكي م Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba sahaya yang kamu miliki, kanak-kanak yang belum baligh meminta izin kepada kamu sebanyak tiga kali iaitu sebelum subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian untuk berehat di tengah hari dan setelah solat isyak. Itulah tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa bagimu dan tidak pula bagi mereka selain tiga waktu itu, mereka keluar
61 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB masuk melayani kamu, sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat itu kepadamu. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Selain itu, adalah amat perlu bagi ibu bapa yang anaknya masih tidur bersama kerana usia yang masih kecil, menjaga adab ketika melakukan hubungan intim antara suami isteri. Aktiviti seksual perlu dilakukan dengan mengikuti adab yang telah disarankan oleh syariat. Hal ini kerana berkemungkinan terdapat dalam kalangan anak-anak yang sensorinya hiper sensitif dan boleh menyebabkan berlaku rangsangan seksual secara spontan dan tidak terkawal setelah mereka dewasa kelak. Hal ini sejajar dengan pandangan Ibn Qudamah (1968) yang berpesan supaya pasangan suami isteri menjaga aurat seandainya ada insan lain yang dalam keadaan sedar bersama suami isteri berkenaan. Hal ini kerana keberadaan mereka dalam keadaan sedar itu menyebabkan berkemungkinan mereka melihat atau mendengar dengan pancaindera sebarang hubungan persetubuhan. Sementara itu, usaha menjaga adab pergaulan dalam rumah jelas menerusi anjuran syarak supaya anak-anak diasingkan tempat tidur mengikut jantina masing-masing. Melalui langkah ini ibu bapa akan dapat menekankan perbezaan jantina ketika bergaul walaupun sesama ahli keluarga lebih awal sebelum mencapai umur baligh. Langkah ini sebagai langkah berhati-hati daripada fitnah akibat rangsangan seksual sesama adik-beradik. Nabi s.a.w. bersabda : ْي َها وهم ُبو ُه ْم َعلَ ِ ِ سنين َوا ْضر ال َّصََلِة وهم أبناء ِ َسْبع أبنأ ِ َع ْش ٍر َوَف أرقُوا َبْيَن ُهْم ُم ُروا أوَلدكْم ب فِي ِ َم َضاجع ْ ال 1 1 Abu Dawud. Sunan Abi Dawud. Kitab al-Salah. Bab Mata Yu’mar al-Ghulam bi al-Salah. No : 495.
62 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Maksudnya : Suruhlah mereka solat pada umur 7 dan pukullah mereka pada umur 10 dan pisahkan tempat tidur. Berpandukan hadith di atas, dapat difahami bahawa wajib kepada bapa atau wali memisahkan tempat tidur anak-anak ketika berumur 10 tahun sama ada sesama jantina, berbeza jantina atau anak dengan ibu atau bapanya. Saranan syarak ini perlu dititikberatkan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil sebelum mereka mencapai usia baligh demi mengelakkan kesan-kesan emosi yang negatif terhadap anak-anak terutama apabila pelaksanaannya tanpa latihan secara berperingkat. Mengawal naluri syahwat menerusi ibadah Kehendak syahwat tidak dapat dipinggirkan daripada anak-anak. Kehendak syahwat ini hanya perlu dikawal selia dengan baik supaya tidak tersasar kepada perkara yang tidak elok. Perkara ini boleh dilakukan menerusi pendidikan solat dan puasa sunat. Walaupun sebahagian anak-anak tidak mampu memahami berkenaan kewajipan solat atau puasa sunat, mereka mempunyai hak sebagai anak untuk dididik mengerjakan ibadah tersebut. Justeru, anak-anak dalam apa jua kategori akal perlu dididik untuk mengerjakan solat kerana solat itu akan mencegahnya daripada berbuat kemungkaran. Allah s.w.t. berfirman2 : لَ ِ و ِح َي إ ُ ُل َما أ َّن ال َّصََل اتْ ِ ال َّصََلَة إ ِ قِم َ ِكَتا ِِب َوأ ْي َك ِمَن ال ِذ ْ ِۗ َولَ ُمن َكر ْ َف ْح َشا ِء َوال ْ َه َٰى َع ِن ال ْك ُر ََّّللاِ َة َتنْ ُم َما َت ْصَن ُعو َن ْكَب ُرۗ َو ََّّللاُ َي ْعلَ َ أ ﴿٤٥﴾ 2 al-Quran, Surah al-Ankabut, 29: 45.
63 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Maksudnya : Bacalah kitab (al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu lakukan. Selain solat, kehendak syahwat boleh dikawal melalui latihan melaksanakan amalan berpuasa sunat sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadithnya seperti berikut : ِ َب َصر ْ َغ ُّض لِل َ ُه أ نَّ ِ َيَت َزَّو ْج، َفإ ْ َطا َع ِمنْ ُكُم الَبا َءَة َفل ِن ا ْسَت َيا َمْع ْم َش َر ال َّشَبا ِِب َم ، َو َم ْن لَ ِ َفرج ْ ْح َص ُن لِل َ ، َوأ ُه َو َجا ء ُه لَ نَّ ِ ، َفإ ِ ال َّصْوم ِ ْي ِه ب َي ْسَت ِطي ْع َفَعلَ 3 Maksudnya : Wahai golongan pemuda! Sesiapa dari kalangan kamu yang mempunyai kemampuan, maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan tersebut akan menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia mampu mengekang (mengawal) syahwat. Amalan berpuasa sunat adalah satu kaedah yang turut digariskan dalam hadith di atas bagi mengawal nafsu syahwat selain berkahwin. Puasa akan melemahkan badan akibat kekurangan tenaga apabila tubuh badan manusia tidak diisi dengan makanan serta minuman. Justeru, secara tidak langsung, keinginan seksual akan menjadi lemah. Kelebihan puasa dalam mengawal nafsu turut diperakui ahli perubatan Barat iaitu Allan Cott (2006) dari Amerika Syarikat 3 al-Bukhari. Sahih al-Bukhari. Kitab al-Nikah. Bab Man Lam Yastati c al-Ba’ah Falyasim. No : 4703.
64 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB yang menghimpunkan kelebihan puasa dari sudut kajian sains iaitu antaranya lebih mampu mengawal nafsu serta keinginan seks. Memelihara persekitaran daripada rangsangan syahwat Persekitaran yang baik merupakan salah satu elemen yang penting dalam pendidikan seksualiti. Ia dibuktikan menerusi hadith Nabi s.a.w.4 : ما من مولود إَل يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه Maksudnya: Tidak ada anak yang dilahirkan, kecuali dilahirkan atas kesucian. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Berpandu hadith itu, dapat difahami bahawa, ibu bapa bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang baik daripada perkara yang tidak elok. Oleh kerana itu, amat perlu ibu bapa atau guru di sekolah menapis, memantau dan memastikan paparan di telefon bimbit, televisyen dan komputer daripada unsurunsur yang tidak elok (Adjomi, 2020). Bahkan Baharuddin et al. (2019) menyatakan faktor kejayaan dalam mendidik akhlak anak-anak adalah bergantung kepada cara ibu bapa mengarahkan mereka menggunakan internet. Selain itu, guru perlu sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan serta mempunyai warna yang bersesuaian ketika berada di sekolah. Hal ini demikian kerana persekitaran yang tidak baik boleh merangsang sensori yang hiper sensitif dan menimbulkan perasaan ingin tahu atau rangsangan seksual yang tidak mampu dikawal sekalipun berada di khalayak (Worthington, 2019; Payne et al., 2020). Justeru, ibu bapa dan guru perlu berkolaboratif menggalas tanggungjawab demi memastikan persekitaran yang selamat dan terhindar daripada rangsangan syahwat secara spontan dan tidak terkawal. 4 Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Kitab Janaiz, Bab ma qila fi aulad al-musyrikin. No :1385.
65 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Kesimpulan Kesemua saranan syarak ini yang telah dinyatakan, pada asasnya untuk mencegah daripada awal sebelum berlakunya tingkah laku seksual yang tidak diingini. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memastikan keperluan ini dapat dipenuhi sebaiknya. Dalam erti kata lain, isu tingkah laku seksual menyimpang dan tidak sepatutnya yang berpunca daripada kelompongan pendidikan seksualiti, perlu diatasi secepat dan sebaik mungkin dengan melaksanakan tindakan proaktif sejak usia kecil. Segalanya bermula dari rumah yang merupakan sumber pendidikan seksualiti pertama dalam kehidupan anakanak. Rujukan Abdurrahman, I. F., Mukhtar Ath-Thahir. H., & Muhammad Abdul Khaliq. M.F. (2017). Al-Mu’jam al-Arabiy Baina Yadaik. Arabic For All Mamlakah Arabiyah Su’udiyyah. Adjomi, M. R. (2020). Penggunaan rakaman video sebagai alat bukti elektronik tindak pidana perzinaan menurut rancangan Kitab UndangUndang Hukum Acara Pidana dan hukum pidana Islam. Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Allan Cott. (2006). Fasting. The Ultimate Diet. Hasting House. Baharuddin, A. S., Wan Ismail, W. A. F., Mutalib, L. A., Abdul Shukor, S., Nik Saleh, N. S. S., & Mamat, Z. (2020). Faktor-faktor penyumbang kadar kelahiran anak tak sah taraf di Malaysia : Tinjauan saranan dari al-Quran dan al-Sunnah. Proceedings of The 7th International Prophetic Conference 2020. Universiti Sains Islam Malaysia, 515-529. Bernama. [27 April 2021]. Pedofilia pembunuh jiwa, masa depan kanak-kanak. Sinar. https://www.sinarharian.com.my/article/ 64920/BERITA/Nasional/ Pedofilia-pembunuh-jiwa-masa-depan-kanak-kanak. Creaby-Attwood, A., & Allely, C. S. (2017). A psycho-legal perspective on sexual offending in individuals with Autism Spectrum Disorder. International Journal of Law and Psychiatry, 55, 72-80. Curtis, A. (2017). Why sex education matters for adolescents with Autism Spectrum Disorder. American Journal of Nursing, 117(6), 11.
66 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Eka Najihah, R., Azizah, Z., & Zarinah, I. (2020). Pengetahuan, kesedaran dan sikap ibu bapa berkenaan jenayah pedofilia terhadap kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 1-8. Graham, H. L., Shattuck, P. T., Nilssen, A. R., Strassberg, D. S., & Himle, M. B. (2020). Sexual and reproductive health service utilization and sexuality for teens on the Autism Spectrum. Journal of Developmental and Behavioral Pediatrics, 41(9), 667-679. Holmes, L. G., Himle M. B., & Strassberg, D. S. (2015). Parental romantic expectations and parent-child sexuality communication in autism spectrum disorders. Autism, 20(6),1-13. Ibn Qudamah al-Maqdisi & Abdullah ibn Ahmad. (1968). Al-Mughni li Ibn Qudamah. Maktabah al-Qahirah. Mintah, K., & Parlow, S. E. (2018). Are you flirting with me? Autistic traits, theory of mind and inappropriate courtship. Personality and Individual Differences, 128, 100-106. Nurul Hidayah, B. (8 Ogos 2021). 6 mangsa jenayah seksual sehari. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/735771/6-mangsa-je nayah-seksual-sehari. Payne, K. L., Maras, K. L., Russell, A. J., & Brosnan, M. J. (2019). Self-reported motivations for offending by autistic sexual offenders. The International Journal of Research and Practice, 1-40. Salim Samir al -Hadhrami. (2009). Safinah al-najah. Darul Minhaj. Siti Fatimah, A.R. (2019). Pendidikan seks bermula di rumah. Proceeding: International Conference on Humanities, Education and Society, 350-359. Al-Shirbini & Muhammad, M. (1994). Mughni al-muhtaj ila ma c rifah ma cani alfaz al-Minhaj. Dar al-Kutub alc Ilmiyah. Tawaduddin, N. (2018). Pendidikan seks pada usia anak dini. Journal of Childhood Education, 2(1),1-10. Al-Qaradawi, Y. (2005). Fiqh al-Lahw wa al-Tarwih. Maktabah Wahbah. Worthington, R. (2019). The multi-component model of harmful sexual behaviour for people with autism and co-morbid intellectual disabilities - A theory and practice guide. Journal of Forensic Practice, 21(1), 1-13.
67 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Zuliza, K, Al-Adib, S., Manisah, A., Wafaa’, Y., & Mohd. Syakir. (2019). Individu autisme dan perlakuan melanggar undang-undang. Jurnal UndangUndang Malaysia, 31(2), 219-237. Zuraini, Y., & Zuliza, M.K. (2019). Remaja autisme dan tingkah Laku seksual. UKM Press.
68 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB HUBUNGAN DI ANTARA KETAGIHAN INTERNET DAN KUALITI TIDUR DALAM KALANGAN PELAJAR SAINS SOSIAL DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU Nurin Farisha Mohd. Supi¹ & Mohd. Fahridzakki Abd. Rahman² ¹Universiti Malaysia Terengganu ²Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Abstrak Mutakhir ini, internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Lantaran itu, penggunaan internet yang digunakan tanpa batasan masa, tempat mendatangkan ketagihan kepada pengguna. Malah, kekerapan terhadap penggunaan internet tanpa kawalan masa ini mendatangkan kesan kepada kualiti tidur seseorang. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan tahap ketagihan internet dan tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 341 orang dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. Bagi menguji ketagihan internet, Young’s Internet Addiction Test (IAT) telah digunakan manakala bagi kualiti tidur pula ialah The Pittsburgh Sleep Quality Index (PSQI). Hasil analisis menunjukkan bahawa 1) tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ketagihan internet dan kualiti tidur berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar sains sosial, 2) terdapat hubungan yang signifikan antara tahap ketagihan internet dan kualiti tidur dalam kalangan pelajar sains sosial, 3) terdapat pengaruh ketagihan internet terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. Kata kunci : Ketagihan internet, kualiti tidur, Teknologi Komunikasi Maklumat
69 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Pendahulan Penggunaan Internet di universiti misalnya telah menjadi satu keutamaan yang penting kepada golongan pelajar mahupun pensyarah dalam menyiapkan tugasan mahupun dalam mencari sumber rujukan. Namun, penggunaan Internet pada awalnya untuk mencari sumber rujukan boleh bertukar kepada melayari laman sosial di luar bidang pelajaran seperti melayari Youtube, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya (Che Tom & Tohalib, 2018). Peningkatan dalam penggunaan internet di Malaysia sangatlah ketara. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2019) mengulas isu berkaitan dan melaporkan terdapat peningkatan penggunaan internet iaitu sebanyak 87.4% dalam kalangan penduduk di Malaysia berbanding 76.9% pada 2016. Ini disokong melalui kenyataan dalam Berita Harian Online (2018), penyelidikan terbaharu ke atas 5,242 pelajar di Ontario mendapati, 63.6 % daripada mereka yang berusia 11 hingga 20 tahun tidur kurang daripada tempoh yang disarankan kerana menggunakan internet, manakala 73.4 % melaporkan bahawa mereka menggunakan media sosial sekurang-kurangnya sejam sehari dan daripada jumlah itu, hanya 36.4 % sahaja tidur pada tempoh mencukupi. Oleh itu, pengkaji telah memilih dua pembolehubah berkenaan ketagihan internet dan kualiti tidur untuk melihat sejauh mana perkaitan kesan dan pengaruh kepada manusia. Permasalahan Kajian Berdasarkan statistik yang pengkaji kemukakan berkaitan masa yang dihabiskan dalam sehari untuk menggunakan internet adalah tinggi pastinya perkara ini sedikit sebanyak mengganggu kualiti tidur seseorang kerana tidak mendapat jam tidur yang sepatutnya. Tidur adalah komponen yang menentukan tahap kesihatan fizikal dan mental seseorang. Kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah, kemahiran sosial terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka. Terdapat 3 sebab utama kajian ini dijalankan iaitu (1) kekurangan kajian yang membuat tentang mengenai pengaruh dan penggunaan Internet dalam kalangan pelajar di peringkat IPTA mahupun IPTS. (2) Kebanyakan kajian dalam
70 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB dan luar negara lebih banyak memfokuskan perkaitan antara pembolehubah yang berbeza. (3) Ketagihan internet juga ada dikaitkan dengan kualiti tidur tetapi masih belum ada kajian yang kukuh dan hanya dijalankan diluar negara. (4) Terdapat pengkaji lepas yang telah menjalankan kajian mengenai pengaruh ketagihan internet dan kualiti tidur tetapi jumlahnya masih kurang. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menyokong dan mengukuhkan dapatan kajian yang diperolehi. Objektif Kajian Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif berikut : 1.3.1 Mengenal pasti tahap ketagihan internet dan kualiti tidur pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. 1.3.2 Mengukur perbezaan tahap ketagihan internet berdasarkan jantina pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. 1.3.3 Mengukur perbezaan tahap kualiti tidur berdasarkan jantina dalam pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. 1.3.4 Menjelaskan hubungan antara ketagihan internet dan kualiti tidur pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. 1.3.5 Mengkaji pengaruh ketagihan internet terhadap kualiti tidur dalam sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. Persoalan Kajian Persoalan kajian ini dibentuk berdasarkan objektif kajian. Berikut adalah persoalan kajian bagi kajian ini: 1.4.1 Apakah tahap ketagihan internet dan kualiti tidur pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu? 1.4.2 Adakah terdapat perbezaan tahap ketagihan internet berdasarkan jantina pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu? 1.4.3 Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti tidur berdasarkan jantina dalam pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu?
71 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB 1.4.4 Adakah terdapat hubungan antara ketagihan internet dan kualiti tidur pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu? Sorotan Literatur Di Malaysia, terdapat kajian yang telah dijalankan oleh Rahilah, Azlili, Jaslina dan Yollanda (2018) terhadap pelajar universiti daripada Monash University, Taylor’s University dan Asia Pasific University menunjukkan pelajar universiti mempunyai lebih daripada tiga akaun media sosial dan meluangkan masa selama tiga hingga 5 jam untuk melayari media sosial dalam sehari. Selain itu, kajian Choo et al. (2011) yang melibatkan pelbagai peringkat umur juga mendapati bahawa generasi dalam lingkungan umur 18-25 tahun iaitu golongan remaja lebih berisiko untuk menghadapi masalah ketagihan internet, terutama pelajar universiti dan kolej. Selain itu, terdapat kajian yang dijalankan di Malaysia, menunjukkan bahawa prevalen kualiti tidur yang kurang memuaskan adalah tinggi, 30-70% dilaporkan adalah daripada pelajar univerisiti dan orang dewasa yang bekerja (Kesintha, 2017). Dalam kajian yang sama mendapati bahawa kualiti tidur paling kurang memuaskan ialah pelajar berumur 16 hingga 17 tahun dan wanita mempunyai pravalen kualiti tidur kurang memuaskan lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Perkara ini disokong oleh kajian Chen dan Gau (2016) telah menemui bahawa ketagihan Internet mempengaruhi masa tidur golongan remaja. Menurut Sie, Masalamany, Nizar dan Siti (2017) dalam Education in Medicine Journal menyatakan bahawa tiada kaitan antara kualiti tidur dengan jantina dan tahun pembelajaran pelajar di universiti. Namun, kualiti tidur yang rendah telah menjadi isu yang penting dalam kalangan pelajar universiti kerana memberi kesan kepada para pelajar terutamanya pada akademik mereka. Perkara tersebut jelas menunjukkan golongan pelajar merupakan individu yang sering dikaitkan dengan isu kualiti tidur yang rendah.
72 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Selain itu, tinjauan berskala besar di satu wilayah di Jepun menunjukkan bahawa terdapat hubungan bebas yang signifikan antara gangguan tidur dan ketagihan internet pada remaja (Mikiko, 2020). Dalam kajian lain, 984 pelajar dari 27 kampus sarjana Chitwan dan Kathmandu, Nepal menunjukkan bahawa sebilangan besar pelajar memenuhi kriteria kualiti tidur yang buruk, ketagihan internet dan kemurungan. Ketagihan internet dan kualiti tidur kedua-duanya menghasilkan kesan tidak langsung terhadap simptom kemurungan. Metodologi Kajian Reka bentuk kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi proses pengumpulan data dan maklumat sepanjang di lapangan. Pengkaji telah memilih populasi dalam kalangan pelajar sains sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi mendapatkan data kajian. Jumlah populasi yang dipilih hanyalah seramai 3361 pelajar sains sosial dan dipilih secara rawak tanpa mengira jantina, latar belakang, perbezaan umur, agama dan bangsa. Oleh demikian itu, berdasarkan jadual Krecjie dan Morgan (1970), hanya 341 sampel sahaja yang perlu diambil sebagai responden kajian bagi mewakili populasi kajian. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Hal ini digunakan bagi memastikan setiap subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Instrumen soal selidik digunakan oleh pengkaji bagi memungut data kajian. Satu set soal selidik diedarkan kepada sampel kajian. Terdapat tiga bahagian dalam set soal selidik ini iaitu bahagian A bertujuan untuk mengetahui tentang demografi sampel, bahagian B adalah untuk mengukur tahap ketagihan internet dan bahagian C pula adalah untuk mengukur tahap kualiti tidur.
73 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Soal selidik yang digunakan adalah Young’s Internet Addiction Test (IAT). Alat kajian IAT mempunyai 20 item yang mengukur kehadiran dan tahap ketergantungan internet dalam kalangan orang dewasa. Bagi bahagian C, soal selidik yang digunakan adalah The Pittsburgh Sleep Quality Index (PSQI) yang telah dibentuk oleh Buysse, Reynolds III, Monk, Berman dan Kupfer (1989). Soal selidik ini merangkumi 19 item dengan tujuh subskala. Kaedah Alpha Cronbach digunakan dalam kajian ini bagi melihat tahap kebolehpercayaan instrumen. Hasil daripada pengujian kebolehpercayaan adalah seperti di bawah : Jadual Kebolehpercayaan Ujian Rintis Bagi Setiap Item (Reliability Test) Instrumen Alpha Cronbach Young’s Internet Addiction Test (IAT) 0.876 The Pittsburgh Sleep Quality Index (PSQI) 0.687 Dapatan Kajian 1. Ketagihan internet Tahap ketagihan internet dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu berada pada tahap sederhana dengan kekerapan sebanyak 223 orang (65%). Diikuti seramai 63 orang (18.4%) kategori tahap tinggi, 48 orang (14.0%) dikategorikan tahap rendah dan hanya seorang (0.30%) pada tahap normal. Jumlah markah (skor maksimum) untuk bahagian ini adalah seratus. 2. Kualiti tidur Jumlah markah dibahagikan kepada hanya dua bahagian yang mana nilai skor 0 - 21 adalah tahap normal manakala 22 - 70 adalah tahap teruk. Hasil kajian
74 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB mendapati bahawa tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu berada pada tahap teruk dengan kekerapan seramai 341 (100%) 3. Statistik bagi ketagihan internet dan kualiti tidur Bagi ketagihan internet, nilai min ialah 3.30, mod ialah 3.35, nilai median ialah 3.30 manakala sisihan piawai ialah 0.76. Nilai min bagi kualiti tidur ialah 2.10, mod ialah 2.00, median ialah 2.06 dan sisihan piawai 0.43. 4. Statistik inferensi Bagi menguji hipotesis yang telah dinyatakan sebelum ini, analisis data Ujian-T, Pearson dan Regresi telah digunakan. Korelasi adalah digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah. Pearson juga digunakan kerana data adalah linear. Ho1: Tidak terdapat perbezaan signifikan jantina terhadap ketagihan internet dan kualiti tidur dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu Ujian t digunakan bagi melihat perbezaan antara pemboleh ubah tidak bersandar (ketagihan internet) berdasarkan kategori jantina. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina iaitu t (339) = -0.413, p<0.05. Nilai Sig (2-tailed) ialah 0.68 dengan nilai min ialah 3.26 (lelaki) dan 3.31 (perempuan) manakala nilai sisihan piawai ialah 0.86 (lelaki) dan 0.04 (perempuan). Bagi pembolehubah bersandar pula (kualiti tidur) berdasarkan kategori jantina, hasil kajian mendapati bahawa juga tidak dapat perbezaan signifikan iaitu t (339) =-1.387, p<0.05. Nilai Sig (2- tailed) lebih 0.05 dengan mencatat nilai sebanyak 0.664 dengan nilai min lelaki ialah 2.03 manakala perempuan ialah 2.11. Nilai sisihan piawai ialah 0.06 bagi lelaki dan 0.03 bagi perempuan. Kesimpulannya, hipotesis nol ini diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ketagihan internet dan
75 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB kualiti tidur berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ketagihan internet dan kualiti tidur dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu Korelasi Pearson telah digunakan untuk melihat hubungan di antara ketagihan internet dan kualiti tidur. Terdapat hubungan yang positif yang signifikan di antara ketagihan internet dan kualiti tidur, r (339) = 0.432, p<0.05. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hipotesis kedua ini ditolak kerana telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketagihan internet dan kualiti tidur. Hubungan korelasi antara ketagihan internet dan kualiti tidur menggambarkan hubungan yang sederhana. Ho3: Tidak terdapat pengaruh signifikan ketagihan internet terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu Ujian analisis Regrasi digunakan bagi mengenal pasti pembolehubah tidak bersandar untuk memberi ramalan terhadap pembolehubah bersandar. Dalam kajian ini, pembolehubah tidak bersandar ialah ketagihan internet manakala pembolehubah bersandar ialah kualiti tidur. R Square ialah 0.187 bermaksud 18.7% varians pembolehubah tidak bersandar (ketagihan internet) menerangkan pembolehubah bersandar (kualiti tidur) dan 81.3% menerangkan faktor lain. Nilai F ialah 77.988 dengan nilai p kurang daripada 0.05 menunjukkan model regresi mudah adalah signifikan dan boleh diterima. Jumlah ketagihan internet menunjukkan pengaruh yang signifikan dengan nilai βeta pula ialah 0.432 dan nilai t ialah 8.831 dengan p= 0.001. Oleh itu, hipotesis ditolak bahawa terdapat pengaruh signifikan ketagihan internet
76 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. Perbincangan Hasil Dapatan Kajian 1. Tahap ketagihan internet dan kualiti tidur pelajar sains sosial di UMT Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh dalam analisis deskriptif, tahap ketagihan internet adalah pada tahap sederhana. Ini bermakna setiap individu yang terlibat dengan penggunaan internet mempunyai faktor-faktor tertentu yang menjadi punca kepada ketagihan internet. Menurut Rahilah (2018), pelajar universiti mempunyai tahap ketagihan media sosial yang tinggi. Kajian ini juga mendapati pelajar universiti akan melayari akaun media sosial rakan-rakannya bagi tujuan perbandingan. Sekali gus, ini membuktikan pelajar universiti menganggap media sosial merupakan kepentingan untuk kehidupan sosial. Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap kualiti tidur berada pada tahap teruk. Yadav dan Prakash (2020) menemukan bahawa pelajar mengalami gangguan psikologi seperti masalah tidur. Masalah tidur boleh mempengaruhi pelbagai proses tingkah laku dan fisiologi yang membawa kepada komplikasi kesihatan dan menyebabkan kemerosotan kualiti hidup (Buysse et al., 2008). 2. Perbezaan tahap ketagihan internet dan kualiti tidur berdasarkan jantina Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ketagihan internet dan kualiti tidur berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Malaysia Terengganu. Ini bermakna lelaki atau perempuan mempunyai peluang yang sama untuk terlibat atau tidak terlibat dalam ketagihan internet mahupun kualiti tidur yang baik atau buruk. Dalam aspek ketagihan internet, lelaki lebih cenderung untuk mempunyai tahap ketagihan Twitter yang tinggi berbanding perempuan (Kagan, 2016). Manakala
77 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB menurut Rimsha Irshad, M.Saleem dan Asia Kausar (2015), pelajar perempuan lebih cenderung untuk mempunyai tahap ketagihan Facebook yang tinggi berbanding lelaki. Ini menunjukkan tahap ketagihan internet dalam aspek media sosial ditentukan oleh jenis medium yang menjadi pilihan pelajar lelaki dan perempuan untuk digunakan. 3. Hubungan ketagihan internet dan kualiti tidur Hasil dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketagihan internet dan kualiti tidur. Hubungan korelasi antara ketagihan internet dan kualiti tidur menggambarkan hubungan yang sederhana. Keputusan kajian ini juga menyokong satu kajian oleh Patel (2021) yang juga mendapati hubungan positif yang signifikan antara ketagihan internet dalam penggunaan sosial media dan kualiti tidur. Dapatan kajian ini menyokong Ugur Dogan (2016) yang menyatakan terdapat hubungan signifikan yang positif antara penggunaan media sosial dan kegembiraan. Hal ini adalah kerana penggunaan media sosial boleh meningkatkan mood gembira pelajar. Shu Hui Cheng (2012) telah menjalankan kajian bagi faktor kualiti tidur di Taiwan menunjukkan bahawa kualiti tidur yang lemah dikaitkan dengan pelajar sarjana muda, jantina perempuan, tidak mengambil sarapan pagi, pengambilan kafein, kecenderungan ketagihan internet, sokongan sosial yang lemah, neurotisme yang lebih tinggi, 4. Pengaruh ketagihan internet terhadap kualiti tidur Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pengaruh signifikan ketagihan internet terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar sains sosial. Menurut kajian daripada Bahagian Perubatan Tidur Universiti Harvard (2011) mengatakan cahaya adalah salah satu faktor luaran yang paling penting yang boleh menjejaskan tidur. Cahaya mempengaruhi jam dalaman melalui sel "sensitif cahaya" khusus dalam retina mata. Hal ini termasuklah pendedahan cahaya kesan daripada penggunaan berlebihan peranti elektronik untuk melayari internet
78 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB termasuk untuk menyiapkan kerja. Bowler dan Bourke (2019), menunjukkan bahawa cahaya yang dipancarkan daripada skrin boleh menjejaskan kualiti tidur dalam beberapa keadaan. Rujukan Buysse, D., Reynolds III, C., Monk, T., Berman, S., & Kupfer, D. (1989). The Pittsburgh Sleep Quality Index : A new instrument for psychiatric practice and research. University of Pittsburgh School of Medicine. Bowler, J., & Bourke, P. (2019). Facebook use and sleep quality : Light interacts with socially induced alertness. British Journal of Psychology,110(3), 519- 529. Chen, Y-L., & Gau, S. S-F. (2016). Sleep problems and Internet addiction among children and adolescents : a longitudinal study. Journal of Sleep Research, 25(4), 458-465. Cheng, S. H., Shih, C. C., Lee, I. H., Hou, Y. W., Chen, K. C., Chen, K. T., ... & Yang, Y. C. (2012). A study on the sleep quality of incoming university students. Psychiatry Research, 197(3), 270-274. Division of Sleep Medicine at Harvard Medical School. https://health ysleep.med.harvard.edu/need-sleep/whats-in-it-for-you/mood. Garett, R., Liu, S., & Young, S. D. (2018). The relationship between social media use and sleep quality among undergraduate students. Information, Communication & Society, 21(2), 163-173. Hussain, Z., & Griffiths, M. D. (2021). The associations between problematic social networking site use and sleep quality, attention-deficit hyperactivity disorder, depression, anxiety and stress. International Journal of Mental Health and Addiction, 19(3), 686-700. Kesintha Devi, A. (2017). Prevalence and predictors of poor sleep quality among secondary school student in Gombak, Selangor, Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Moghaddam, J. F., Nakhaee, N., Sheibani, V., Garsusi, B., & Amirkafi, A. (2012). Reliability and validity of the Persian version of the Pittsburgh Sleep Quality Index (PSQI-P). Sleep Breath 16, 79–82. https://doi.org/10. 1007/s11325-010-0478-5.
79 Projek Jejak Kembara Ilmu IPGKRM Bersama KTMB Mikiko,T., Osamu, I., Yuichiro. O., & Yoshitaka, K. (2020). Relationship between internet addiction and sleep disturbance in high school students : A cross sectional study. Pediatrics, 20, 379. https://doi.org/10.1186/S128 87-020- 02275-7 Parash, M.B., Dipika, N., Shristi, R., Kiran, T., Shiva, R.M., & Amod Kumar. P. (2017) Sleep quality, internet addiction and depressive symptoms among undergraduate students in Nepal. BMC Psychiatry, 17,106. doi 10.1186/S12888-017-1275-5. Tao, S., Wu, X., Zhang, Y., Zhang, S., Tong, A., & Tao, F.(n.d.). Effects of sleep quality on the association between problematic mobile phone use and mental health symptoms in Chinese College Students. International Journal of Environmental Research and Public Health, 14(2), 185. Zainudin, I. (2018). Apabila media sosial 'menguasai' tidur. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/01/381516/apabila-mediaso sial-menguasai-tidur.