Di Sebalik Dinara
karya
Dayang Noor
Sinopsis Novel Di Sebalik Dinara
Novel ini berkisarkan seorang gadis genius bernama Farisha.
Farisha mula mengenali Aqram dalam penerbangan mereka dari Nusa
Jaya ke Kuala Lumpur. Aqram merupakan pekerja di sebuah syarikat
besar bernama Soft Lab. Aqram telah menawarkan sebuah projek
mini kepada Farisha dan rakan kongsinya iaitu Rosman, ketika mereka
bertemu dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium.
Setelah bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman
kepada Dr. Maxi, seorang penyelidik di Soft Lab. Dr. Maxi
menawarkan bayaran sebanyak RM 1.5 juta kepada Farisha dan
Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Shida yang merupakan rakan serumah Farisha
pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana tentang Soft Lab,
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem di
syarikat itu, iaitu Dinara.
Di sebalik pelantikan Shida, Dr. Maxi hanya
mahu menggunakannya sebagai pelan sandaran
jika berlaku apa-apa kepada Farisha. Projek
Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana
Karl terlantar akibat penyakit barah. Dr. Maxi
telah mengetuai projek Dinara. Dalam badan
Farisha telah dimasukkan cip telepati yang
dapat berhubung terus dengan Karl. Semua
perbualan Farisha dengan Karl dapat dilihat
oleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Sejak
itu, kesihatan Farisha kurang stabil. Shida
pula dah mengesan misteri dalam projek Dinara
apabila nama Medina dipadamkan daripada
sejarah syarikat Soft Lab.
Farisha yang melawat abangnya Azraai berasa terkejut apabila
diberitahu bahawa Azraai terkena serangan jantung. Farisha juga
mendapat tahu bahawa dia ialah anak angkat dalam keluarga Azraai.
Keesokannya, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke
hospital. Dr. Maxi menggunakan Plan B untuk menjadikan Shida
sebagai pengganti Farisha. Shida menjalani sesi bawah sedar untuk
berkomunikasi dengan Karl. Farisha telah bermimpi bertemu
dengan ibunya, Medina atau nama sebenarnya Marilyn. Farisha
memberitahu Azraai bahawa Marilyn menghubunginya
menyebabkan Azraai membawa Farisha keluar dari hospital menuju
ke selatan. Farisha telah diculik oleh pembantu-pembantu Medina
di Hentian Pagoh. Sementara itu di Soft Lab, memori Karl
menguasai Shida sehingga Karl dapat mencari jalan penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi untuk projek Dinara. Kedatangan
Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu
kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl.
Pada ketika itu juga terbongkar rahsia bahawa
Aqram, Alia dan Khairul Anuar yalah sejenis
cyborg. Aqram menceritakan perihal bahawa dia
telah dibina semula 30 tahun lalu. Umurnya yang
sebenar sudah melebihi 60 tahun. Nama sebenar
Aqram ialah Akeem, adik Karl yang cacat dan
terencat akal. Aqram telah diberikan ingatan dan
fikiran baharu oleh Karl. Alia pula ialah kakak ipar
Aqram. Karl menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada pukul 7.00 malam. Walaupun Karl
sudah meninggal dunia, Aqram mengetahui bahawa
memori Karl telah menguasai Shida.
Bab 1
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai
untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Farisha
tertarik dengan jam kawalan elektronik yang
dipakai oleh seorang pemuda kacak iaitu
Aqram yang duduk di sebelahnya ketika di
dalam pesawat.
Farisha tinggal bersama kawannya, Shida.
Azraai, iaitu abang Farisha telah memasang
retinal scanner di rumah adik kesayangannya
itu demi keselamatan Farisha.
Aqram mengemukakan laporan DNA Farisha
kepada Dr. Maxi yang diperolehnya melalui
gincu dan kesan air liur yang ada pada cawan
minuman Farisha di dalam pesawat. Dr. Maxi
gembira kerana telah menemui Farisha untuk
menyelamatkan projek Dinara. Dr. Maxi
menyerahkan alat penetrator kepada Aqram
agar dapat melemahkan Wall yang ada dalam
diri Farisha.
Bab 2
Farisha menghadiri The 3rd Malaysia
Computer Security Symposium di Hotel
Renaissance, Kuala Lumpur. Rosman lewat
menghadiri simposium itu kerana keretanya
rosak. Ketika rehat, Aqram
memperkenalkan dirinya kepada Farisha dan
Rosman. Aqram yang bekerja di Soft Lab,
Cyberjaya menawarkan projek mini di Soft
Lab kepada Farisha dan Rosman.
Aqram meminjamkan pen yang mempunyai
penetrator kepada Farisha menyebabkan
Farisha tiba-tiba pening kepala. Aqram
sempat membaca fikiran Farisha yang
kemudiannya dilindungi oleh Wall. dia
mendapati Farisha berasa ragu-ragu dengan
tawaran projek mini itu. Aqram yang sudah
lama cuba mengesan Farisha akhirnya dapat
mengetahuinya selepas keterlibatan Farisha
dan Rosman dalam projek di Nusa Jaya.
Bab 3
Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram ke rumah Karl. Rosman
mengenali Karl kerana pernah menulis rencana tentang Karl yang
pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Di rumah
Karl, mereka diperkenalkan kepada Dr. Maxi yang menawarkan
mereka RM1.5 juta untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha dan Rosman kemudiannya
menemui Karl yang sedang terbaring kerana menghidap barah usus.
Projek Dinara telah terhenti selama empat minggu. Farisha meminta
persetujuan Rosman untuk dia berbincang dengan abangnya, Azraai
terlebih dahulu tentang projek mini mereka.
Bab 4
Setelah berbincang dengan Azraai, akhirnya
Farisha menerima tawaran Soft Lab untuk
menggodam dan memperkukuh sistem Dinara.
Farisha pergi ke Soft Lab di Cyberjaya
bersama-sama Shida. Hal ini kerana Shida
mendapat projek menulis rencana dan buku di
Soft Lab dengan bayaran RM40 000. Shida
merupakan pelan sandaran dan physical backup
jika apa-apa berlaku kepada Farisha. Shida juga
akan dimasukkan mikrocip oleh Khairul Anwar
seperti mickrocip yang dimiliki oleh Farisha.
Bab 5
Pagi itu, Farisha telah bertemu dengan Alia yang akan
membantu Farisha di Soft Lab. Pada sebelah petang pula,
Aqram menerangkan teknologi hypervisor Dinara iaitu
sistem pemayaan komputer kepada Farisha. Aqram mengakui
bahawa sistem Dinara mempunyai banyak kelemahan kerana
penceroboh telah memasukkan satu virus bom jangka yang
boleh memusnahkan sistem Dinara. Farisha perlu
membersihkan virus bom jangka tersebut daripada
memusnahkan Dinara. Rosman pula dalam masa yang sama
perlu fokus dengan projek di Senawang. Alia, cyborg yang
mempunyai ingatan dan perasaan tidak berpuas hati dengan
tugasnya yang hanya menemani Farisha. Dr. Maxi terpaksa
membetulkan ingatan Alia supaya dia tidak memberontak.
Bab 6
Farisha berasa pening ketika berada di pejabat. Urutan Alia
menyebabkan Farisha terlena. Pada masa yang sama, dua jarum
mudah lentur keluar dari kepala kerusi lalu mencucuk di kiri dan
di kanan tengkuk Farisha. Farisha berbicara di bawah sedar dan
dapat berkomunikasi dengan Karl menyebabkan Alia berasa
cemburu. Setelah tersedar, Farisha berasa hairan apabila
banyak perkara berhubung sistem Dinara yang diketahuinya.
Ketika makan tengah hari di kantin, Shida memberitahu
Farisha bahawa sistem Dinara mempunyai misteri, iaitu sistem
Dinara sebenarnya ialah hasil kerja Medina dan Karl. Walau
bagaimanapun, sebelum Dinara disiapkan, Medina telah
menghilangkan diri seolah-olah ada pihak yang cuba
memadamkan nama Medina daripada sejarah syarikat.
Bab 7 Azraai
Farisha mengajak Shida membantunya dalam meneliti
kontrak projek Dinara bersama-sama Rosman. Buah fikiran
Shida amat diperlukan memandangkan Shida berkelulusan
undang-undang. Ketika itu juga, Farisha berasa sangat
pening dan melihat cahaya terang sama seperti sebelum ini.
Dalam masa yang sama, terdapat dua orang lelaki berlari
keluar dari premis pejabat Farisha. Farisha makan malam
di rumah abangnya,Azraai. Azraai memberitahu Farisha
bahawa dia telah disahkan mempunyai masalah jantung.
Farisha berasa sedih setelah mengetahui penyakit
abangnya. Namun, perkara yang membuat Farisha berasa
lebih sedih lagi apabila mengetahui bahawa dia merupakan
anak angkat keluarga Azraai. Fail yang berisi dokumen
peribadinya dicampakkan ke dalam almari baju.
Bab 8
Farisha jatuh pengsan secara tiba-tiba di pejabat Soft
Lab. Dia di bawa ke Hospital Putrajaya. Aqram dan Khairul
Anwar bergegas ke arkib untuk berjumpa dengan Shida
bagi mendapatkan maklumat tentang kesihatan Farisha.
Shida terkejut apabila mengetahui bahawa Farisha jatuh
pengsan. Shida berasa risau apabila menerima pesanan
ringkas, iaitu Farisha berada di Hospital Putrajaya dan
perlu ditahan di hospital sekurang-kurangnya untuk tiga
hari. Terdapat juga kesan benjol di belakang kepala
Farisha menyebabkan doktor mahu melakukan CT- scan. Dr.
Maxi bertanya kepada Shida jika Farisha mempunyai
masalah kesihatan namun Shida menafikannya.
Bab 9
Kondisi Karl sudah semakin lemah. Pelan B mereka adalah untuk
menggantikan Farisha dengan Shida namun kehebatan Farisha
tidak dapat ditandingi oleh Shida. Dr. Maxi tahu bahawa
mikrocip yang ditanam di dalam tubuh Farisha telah direka khas
oleh Karl. Shida menyelongkar rumahnya untuk mencari ubat
Farisha. Secara tidak sengaja, Shida terjumpa fail di dalam
almari baju Farisha dan terkejut apabila mengetahui bahawa
Farisha merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin
yang selalu mengekori Farisha berjaya mendapatkan maklumat
Farisha apabila WALL melemahkan seiring dengan tahap
kesihatan Farisha. Aqram telah membawa besi pengukur
sepanjang 6 meter untuk membaca tahap kesihatan Farisha
yang ternyata kurang memuaskan. Dr. Maxi mengambil
keputusan untuk menyediakan Shida bagi mengambil alih tempat
Farisha.
Bab 10
Alia membawa Shida ke Makmal B sambil menekup
muka Shida. Shida dibaringkan atas meja pembedahan.
Dr. Maxi meminta Shida menggantikan tempat Farisha
tetapi dia menolak kerana tidak pandai dalam teknikal
dan komputer. Ketika sedang berbincang, Alia
mengurut dahi Shida perlahan-lahan. Apabila Shida
terlena, dua jarum mudah lentur dicucuk ke leher
Shida. Namun, badan Shida memberi tindak balas
negatif . Khairul Anwar meminta Dr. Maxi
menghentikan kajian terhadap Shida namun Dr. Maxi
enggan. Apabila melihat keadaan Shida yang semakin
tidak stabil, akhirnya Dr. Maxi menghentikan ujian ke
atas Shida.
Farisha yang masih berada di Hospital Putrajaya
dan sedang tidur dalam keadaan lena, bermimpi
mendengar suara wanita yang menggelar dirinya
mummy. Sebenarnya semasa Farisha sedang
tidur, wanita itu telah memasuki mindanya.
Kejayaan menghubungi minda Farisha ternyata
suatu kejayaan besar buat wanita itu seperti
yang dinyatakan kepada pembantunya, Amin dan
Farid. Selepas menjalani ujian, Shida menjadi
murung dan menyembunyikan diri daripada
semua orang. Dari skrin besar, Dr. Maxi,
Aqram, Khairul Anwar dan Alia melihat
keadaan Shida yang memeluk lututnya di sudut
bilik serta tidak mahu makan dan minum.
Bab 11
Farisha memberitahu Azraai bahawa ibu kandungnya datang
menemuinya melalui mimpi. Azraai segera membawa Farisha keluar
dari hospital. Mereka menuju ke selatan. Azraai menjelaskan kepada
Farisha bahawa ibunya telah berjaya menjejakinya dan sedang
memburunya. Dr. Maxi berinteraksi dengan Karl menerusi Shida.
Karl memberitahu Dr. Maxi bahawa dia hanya mahukan Farisha
bukannya Shida untuk membantu memulihkan projeknya. Karl takut
virus yang akan diaktifkan pada projek Dinara akan memusnahkan
ribuan manusia. Sewaktu berada di dalam kereta, Farisha berasa
kepalanya berdenyut-denyut. Azraai berhenti di Hentian Pagoh untuk
memberikan ubat tahan sakit kepada Farisha. Ketika itulah mereka
didatangi oleh dua orang lelaki berkaca mata hitam sambil
mengacukan pistol kepada mereka. Lelaki itu menculik Farisha.
Ketika Karl menguasai minda Shida, dia telah mendedahkan identiti
Khairul Anwar. Menurut Karl, Khairul Anwar ialah budak jalanan yang
dibawa pulang lalu ditukarkan ingatannya.
Bab 12
Rosman berjaya menjejaki Farisha yang sedang
menuju ke Seremban. Azraai meneka bahawa
Farisha dibawa ke rumah Marilyn, ibu kandung
Farisha. Alia meluahkan perasaan kepada Shida
dengan mengakui bahawa Karl telah menyeksanya
sehingga cacat. Nama sebenar Alia ialah
Rusmina dan merupakan isteri Karl namun
diseksa oleh Karl apabila dia enggan keluar
agama untuk menjadi ateis. Azraai berasa yakin
bahawa Farisha dibawa ke Soft Lab di Cyberjaya
apabila mengesan di telefon pintar Rosman
menunjukkan penculik menuju ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, Farisha yang telah sedar
daripada pengsan, melolong dan menangis
dengan kuat dalam keadaan tangan penyayang
masih terikat. Minda Shida pula telah
dikuasai oleh Karl. Aqram meminta Dr. Maxi
membetulkan ingatan Karl daripada minda
Shida. Kereta yang dinaiki oleh Farisha
berhenti di stesen minyak. Marilyn menaiki
kereta itu dan cuba memeluk Farisha namun
Farisha menolak dengan kasar. WALL dalam
otak Farisha dilemahkan.
Bab 13
Keadaan Karl semakin kritikal. Dr. Maxi dapat
berinteraksi dengan Karl melalui Shida. Tiba-tiba,
Medina tiba di bilik Dr. Maxi bersama Farisha dan
dua orang lelaki. Karl yang sedang melakukan
program menyahaktifkan virus terpaksa
menangguhkannya. Medina mendedahkan bahawa
Karl telah memasukkan pelbagai ubat dan implan ke
dalam tubuh Farisha agar Farisha menjadi kanak-
kanak genius. Medina telah memintas segala
teknologi yang ditanam oleh Karl dalam tubuh
Farisha. Medina mendedahkan bahawa Karl ialah
ayah kandung Farisha. Sementara itu, Dr. Haris
memaklumkan keadaan Karl yang sedang nazak.
Khairul Anwar mematikan suis komunikasi dan
Shida terkulai di kerusi. Ketika dalam
perjalanan ke rumah Karl, Aqram menceritakan
perihal dirinya bahawa dia dibina semula 30
tahun yang lalu. Aqramlah yang telah melarikan
Farisha untuk diserahkan kepada keluarga
Azraai. Umurnya yang sebenar melebihi 60
tahun. Nama sebenar Aqram ialah Akeem, adik
Karl yang cacat dan terencat akal. Aqram
telah diberikan ingatan dan fikiran baharu oleh
Karl. Alia pula ialah kakak ipar Aqram. Aqram
dan Alia ialah manusia cyborg. Aqram
menjelaskan bahawa Farisha ialah manusia
normal yang dilahirkan melalui opposites
attract.
Bab 14
Seorang demi seorang bertemu dengan Karl
untuk kali yang terakhir. Farisha berada di
sisi Karl ketika Karl sedang nazak. Farisha
mengatakan bahawa dia akan sentiasa
mengingati ayah kandungnya itu. Pada pukul 7
malam, Karl menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Karl meninggalkan wasiat agar
mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Medina meluahkan rasa kesal kerana
meninggalkan Karl sebelum ini. Farisha cuba
menenangkan Medina.
Rosman membawa Shida berjumpa dengan
doktor kerana keadaannya yang masih lemah.
Selepas upacara membuang abu Karl di
pantai, Shida mula berfalsafah malah
turut mengeluarkan kata-kata seolah-olah
Karl yang sedang berbicara dengan Farisha.
Aqram cuba Mencari kepastian apabila
bertanyakan kepada Shida akan keadaan
dirinya. Aqram terkejut apabila Shida
mengatakan bahawa dia tidak sanggup untuk
meninggalkan adiknya itu. Shida kini sah
telah dikuasai oleh minda Karl. Farisha yang
ketakutan melihat situasi itu segera berlari
mendapatkan Medina.