1
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU3183
TAJUK : PERPADUAN DI MALAYSIA
NAMA PELAJAR :
1) ATILAH YASSILAH BT MUHAMMAD YASSIN 22BC03005
2) PUTERI BATRISYIA BINTI HARON 22BC03008
3) NUR ALYA MAISARAH BINTI ZAMSAIM 22BC03006
DISEMAK OLEH:
CIK AYU NOR AZILAH BT MOHAMAD
TARIKH HANTAR :
25 SEPTEMBER 2022
SEMESTER 1 2022/ 2023
2
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. 1.0 PENGENALAN 3
i. Pengertian Perpaduan
2. 2.0 SEJARAH PERPADUAN DI MALAYSIA 4
3. 3.0 ISI KANDUNGAN 4
i. Tujuan 5-6
ii. Kepentingan Perpaduan 6-7
iii. Kesan Masyarakat Tidak
Bersatu Padu 7-8
iv. Langkah langkah Memupuk
Perpaduan
4. KESIMPULAN 8
5. LAMPIRAN 9 - 10
6. RUJUKAN 11
3
PENGENALAN
Perpaduan merupakan satu proses dalam menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara. Dengan melalui ideologi negara, setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di dalam
diri mereka. Dari dahulu lagi, kerajaan kita telah memupuk semangat perpaduan
dalam memakmurkan negara kita dengan menjalankan pelbagai dasar dan aktiviti
untuk mencapai proses perpaduan masyarakat di negara kita. Tanpa adanya
perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 ini tidak akan
menjadi kenyataan kerana kerjasama yang amat diperlukan dalam menjana
kemajuan dan kemakmuran negara.
Kini, perpaduan juga telah diiktirafkan sebagai hubungan erat yang bersifat toleransi.
Ini kerana, perpaduan diantara kaum dan etnik-etnik yang berbeza telah diwujudkan
secara sengaja dalam mencapai matlamat bersama dengan jujur dan ikhlas. Rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, agama, budaya dan
kedudukan wilayah sentiasa hidup dalam aman dan harmoni sebagai satu bangsa
yang bersatu dan komited dalam membentuk indentiti kebangsaan. Lantaran itu,
proses dinamik dalam merapatkan hubungan antara kaum dan antara negeri-negeri
dalam Malaysia mestilah berterusan bagi mewujudkan perpaduan yang kuat.
Dengan ini, ia dapat membentuk satu identiti yang tersendiri berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Oleh itu, perkara ini menjadi amanah bagi seluruh rakyat Malaysia dalam
memastikan toleransi antara kaum dapat diamalkan secara maksimum. Perpaduan
ini tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di negara kita. Maka, kita
mestilah meletakkan negara sebagai kepentingan yang utama. Hal ini dapat
menjaminkan kemakmuran dan kerjasama antara kaum sentiasa berada pada tahap
yang tinggi. Natijahnya, semoga negara merdeka kita akan sentiasa diwarisi kepada
generasi baharu dalam keadaan yang aman, makmur dan membangun
4
2.0 SEJARAH PERPADUAN
Kemerdekaan Malaysia dicapai melalui permuafakatan politik pelbagai kaum.
Perjuangan, pengorbanan dan sumbangan tokoh-tokoh terdahulu berhasil
membentuk sebuah negara merdeka pada 31 Ogos 1957. Merujuk kepada sumber
dan dokumen sejarah, artikel ini dihasilkan untuk memberikan peringatan kepada
masyarakat agar mempelajari, memahami dan mengambil ikhtibar daripada
peristiwa sejarah yang pernah dilalui oleh Malaysia. Dengan bermatlamatkan
perpaduan dan keharmonian, hubungan antara kaum dapat dipupuk dan
sentiasa terpelihara demi negara Malaysia merdeka. Kegagalan memahami sejarah
silam menyebabkan sesebuah negara bangsa itu akan kembali terjerumus dalam
kancah perbalahan dan persengketaan kaum yang bukan menguntungkan negara
malah akan merugikan negara. Implikasinya, runtuhnya sebuah negara merdeka
yang dibina bersama. Oleh itu, aspek kehidupan sama ada ekonomi, politik dan juga
sosial perlu dipupuk ke arah menjayakan Rukun Negara dengan cara menghayati
sejarah silam demi membina Malaysia terbaharu.
Masyarakat majmuk kajian Mohd. Taib (1998) menegaskan bahawa asas
perpaduan masyarakat mesti melalui proses interaksi, integrasi dan asimilasi.
Proses interaksi, integrasi dan asimilasi berlaku dengan cara mengolah aspek budaya
tradisional Bumiputera dan penerapan unsur budaya imigran yang sesuai untuk
dijadikan budaya nasional. Apabila membicarakan tentang budaya, biasanya ia
merangkumi sistem kehidupan manusia termasuklah aspek sosial, agama, budaya,
adat resam dan kesenian, bahasa, ekonomi, pendidikan, dan juga aspek politik.
Perkara penting ialah asimilasi budaya Melayu dengan budaya Cina dan India, tidak
patut dimomokkan hingga mengeruhkan dunia politik kerana perkara ini tidak
mustahil boleh berlaku. Seharusnya, setiap individu berusaha menggalakkan agar
budaya masing-masing menurunkan sempadan atau tembok pemisah ini agar
proses integrasi berjalan lancar dan pemupukan kebudayaan kebangsaan dapat
diterapkan secara positif dan berkesan (Mohd. Taib, 1988). Akhirnya usaha untuk
melahirkan bangsa Malaysia yang hidup rukun dan damai akan menjadi kenyataan
sesuai dengan peribahasa Melayu, ‘Bersatu teguh, Bercerai roboh'.
TUJUAN PERPADUAN
Rakyat Malaysia perlu bersatu agar dapat mewujudkan perpaduan, lebih-lebih lagi
bagi negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat pelagai
kaum yang mempunyai latar belakang budaya dan adat resam yang berbeza. Dalam
kalangan masyarakat majmuk ini saling memahami satu sama lain amat penting
untuk menjamin keamanan negara. Negara yang aman dan harmoni dapat
membangun dengan pesat lantas memberikan keselesaan hidup kepada rakyatnya.
Rakyat yang bersatu padu juga dapat menggembleng tenaga dalam menjalankan
pelbagai aktiviti ekonomi supaya ekonomi negara berkembang pesat. Hasil
pengeluaran pelbagai sektor seperti pertanian dan pembuatan akan dapat
ditingkatkan dan berkembang maju. Sekiranya rakyat kita bersatu pelabur asing
tentunya berminat melabur dalam negara yang stabil dan makmur.
5
Sekiranya rakyat bersatu padu, sudah pasti kehidupan rakyat akan aman dan
sejahtera hasil perpaduan tersebut lahirlah generasi berilmu, yang mampu menjadi
contoh kepada negara-negara yang lain. Keadaan ini menjadi tarikan kepada
pelancong datang ke negara ini seterusnya untuk menikmati keindahan negara kita
dan keunikan budaya masyarakat di sini. Masyarakat Malaysia yang bersatu juga
melahirkan generasi muda yang berwibawa yang mampu menjadi pemimpin yang
berkaliber serta pekerja yang berdisiplin yang mampu menangani segala bentuk
masalah sosial dalam masyarakat seterusnya mengurangkan kadar jenayah.
KEPENTINGAN MASYARAKAT
Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian
sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya
akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi
memajukan negara. Hal ini pastinya mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat
yang mementingkan kerjasama bak kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni”, serta secara tidak lansung dapat mengikis sikap individualistik.
Tamsilnya, organisasi masyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat
resam mampu duduk semeja berjuang mempertahankan keharmonian negara
daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya, dapat mengeratkan perpaduan
kaum di negara kita dn negara bertambah gah di persada dunia.
Nama negara juga akan disanjungi dan meningkatkan imej negara di mata dunia.
Malaysia pastinya akan menjadi “role model” kepada negara-negara pentas dunia,
seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara. Di negara lain, perpaduan
berkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan
negara kita yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu. Contohnya, pada 31
Oktober 2006, dilaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Britain mempelajari
pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan. Oleh hal yang demikian,
sebagai rakyat yang cinta akan watan, kita perlulah melaksanakan langkah-langkah
yang proaktif bagi mengekalkan perpdauan antara kaum kerana bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh.
Selain itu, dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia
pasti bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi
Malaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara
serantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya,
pelabur asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita
yang aman dan damai, sekali gus dapat menaja ekonomi supaya terus berkembang.
Sebagai contohnnya, rakyat yang bersatu padu akan berusaha mengerah keringat
bagi memastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan
ekonomi negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan
yang telah lama bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi.
6
Di samping itu, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat
juga dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,
salah satu sumber ekonomi negara adalah sektor pelancongan yang dapat menjana
ekonomi negara. Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping
kepelbagaian adat resam yang membentuk identity sesebuah masyarakat dapat
memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat
tertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum
yang terbesar iaitu, Melayu, Cina dan India yang dapat menonjolkan imej negara. Hal
ini seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong dan dapat menjana ekonomi
Malaysia secara tidak lansung.
Konklusiya, terdapat pelbagai kepentingan mengamalkan perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat di negara ini. Rakyat Malaysia amat diseru agar
mempertahankan maruah bangsa hingga ke titisan darah yang terakhir dan
memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan. Ingatlah, “Keranamu Malaysia”, di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Oleh itu, semua pihak perlu
menggembeleng tenaga bagi memurnikan dan mengekalkan perpaduan antara kaum.
KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU
Salah satu kesannya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara
terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat
tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. Ini boleh
menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup
dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat
kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya.
Implikasi yang kedua ialah keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram,
bebas dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang dicapai
disebabkan tiada perpaduan dan integrasi di dalam negara. Ketidakwujudan
perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati
akan wujud di kalangan rakyat dan akhirnya mencetus kepada pertelingkahan dalam
etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada peristiwa 13 Mei 1969
di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan dalam arus aktiviti
ekonomi di mana setiap etnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu bekerja sebagai
nelayan dan petani, kaum india pula bekerja di kawasan estet dan kaum cina pula
bekerja di bahagian perindustrian. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan kaum disebabkan pembahagian dalam sektor ekonomi yang tidak adil.
Kesan yang ketiga ialah pembangunan ekonomi yang tidak stabil. Menurut Joseph
Stiglitz yang merupakan ketuan ahli ekonomi bank dunia, kunci bagi survival
Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis atau dalam erti kata yang lain
perpaduan rakyat dalam negara. Beliau menyatakan sekiranya hubungan etnik
tergugat maka survival Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas.
Peristiwa 1969 jelas membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik dimana wujudnya
7
stereotaip di kalangan etnik pada masa itu. Sehubungan itu, dalam penyelesaian
ekonomi sahaja tidak mencukupi seperti yang kita sedia maklum dimana hubungan
ekonomi dan etnik adalah sangat rapat. Masalah ekonomi terjadi maka masalah ini
akan menjadi masalah etnik. Oleh itu, sebarang penyelesaian masalah ekonomi
mesti diambil kira dalam etnik. Hal ini jelas dimana perpaduan dan integrasi rakyat
adalah amat penting untuk memastikan pembangunan ekonomi yang lancar dan
konsisten.
Langkah Langkah Memupuk Perpaduan
Salah satu usaha yang pasti membuahkan perpaduan antara kaum di Malaysia
adalah dengan menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah. Umum
mengetahui kita mempunyai sekolah vernakular yang dikenali sebagai Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan
Jenis Tamil (SJKT). Pembahagian ini bukan sahaja mejejaskan perpaduan antara
kanak-kanak malah mewujudkan jurang pendidikan antara mereka kerana
pelaksanaan kurikulum yang tidak sama. Oleh itu, kita hendaklah mewujudkan satu
jenis sahaja sekolah kebangsaan yang menghimpun kanak-kanak dan remaja tanpa
mengira latar belakang mereka dan memberikan pendidikan yang terbaik. Secara
langsung dan tidak langsung, mereka akan berinteraksi dan bergaul sesama mereka
dan melahirkan kesefahaman serta kekitaan dalam menghadapi persekolahan.
Tegasnya, dengan menyatukan institusi pendidikan di bawah satu sistem sahaja
semangat perpaduan antara kaum dapat dilahirkan persis kata peribahasa, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Usaha lain yang dapat direncana untuk memupuk perpaduan antara kaum di
Malaysia adalah dengan menyambut hari perayaan bersama-sama. Konsep ini
sebenarnya telahpun diperkenalkan iaitu penganjuran rumah terbuka. Negara kita
merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan sepanjang tahun
daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari
Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Dengan pengajuran rumah terbuka, bangsa
lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan
tersebut boleh memepelajari dan menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Pada masa yang sama, aktiviti kunjung
mengunjung semasa hari perayaan dapat mengeratkan hubungan antara jiran
tetangga dan komuniti. Jelasnya, penganjuran rumah terbuka dapat memupuk
perpaduan antara kaum menerusi perayaan yang disambut.
Dari kaca mata yang lain, perpaduan antara kaum boleh dipupuk dengan
memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti. Selain manfaat kesihatan,
aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan toleransi
antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling memahami budaya dan
adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia. Aktiviti sukan
dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan boleh dilakukan pada setiap hari tanpa
mengira waktu dan lapisan umur masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan dan
8
kerajaan persekutuan hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam
menyediakan dan menyelenggara infrastruktur rekreasi dan sukan untuk masyarakat
umum. Intihannya, dengan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi, masyarakat bukan
sahaja dapat bersatu padu malah menjadi lebih sihat dan cergas.
Seiring dengan itu, mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam komuniti
juga dapat melahirkan perpaduan antara kaum. Usaha ini telapun dipraktikikan oleh
masyarakat kita dari zaman dahulu iaitu dengan mengadakan gotong-royong. Dalam
mendepani situasi ekonomi yang tidak menentu pada hari ini, kita tidak boleh sahaja
mengharapkan bantuan atau insentif daripada kerajaan. Tetapi masyarakat yang
mempunyai rezeki berlebihan seharusnya turut sama membantu melakukan aktiviti
kebajikan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Ibarat kata peribahasa,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Nilai kemanusiaan ini jika diterapkan dalam
setiap individu pastinya perpaduan antara kaum tidak akan menjadi masalah kepada
masyarakat kita. Intihannya, penyertaan dan penggiatan yang aktif dalam aktiviti
sukarelawan atau kebajikan dapat menambah nilai perpaduan antara kaum.
Kesimpulan
Hasil perbincangan di atas, kita dapat simpulkan bahawa banyak usaha yang boleh
dijalankan untuk memastikan perpaduan antara kaum kekal utuh. Seperti lirik lagu
yang dipopularkan oleh penyanyi Adibah Noor, ikan di laut, asam di darat, dalam
periuk, bikin muafakat. Kita sebenarnya mempunyai banyak perbezaan tetapi jika
disatukan dalam prinsip dan nilai kemanusiaan yang baik, pastinya perpaduan dapat
dilahirkan dan dikekalkan. Ahli-ahli politik hendaklah menghentikan diskriminasi
antara kaum yang mereka jaja henya demi kepentingan diri sendiri. Masyarakat hari
ini sudah mempunyai minda yang terbuka dan luas pengetahuan untuk menerima
dan menghormati kaum atau bangsa lain serta hidup dengan aman dan harmoni di
bawah satu bendera. Semoga usaha-usaha di atas dapat direalisasikan dan menjadi
tunjang kemajuan negara untuk duduk sma rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain.
9
Lampiran
Perpaduan Jadi Titik Pertemuan Maalaysia Baharu
10
Perpaduan Di Malaysia
Kesatuan Kaum Banga dan Etnik
11
Rujukan
1. CREW, GIFT HUNTERZ. “PERPADUAN TERAS KEJAYAAN: MAKSUD DAN
KEPENTINGAN PERPADUAN.” PERPADUAN TERAS KEJAYAAN, 10
MAR.2018,1MALAYSIAUNITED.BLOGSPOT.COM/2018/03/MAKSUD-DAN-
KEPENTINGAN-PERPADUAN.HTML.
2. https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/
3. https://www.researchgate.net/publication/351934381_Sejarah_Elemen_Per
paduan_Rakyat_History_of_the_Elements_of_People's_Unity
4. NUR ALIA NABILAH BINTI ABD AZIZ. “KARANGAN KEPENTINGAN PERPADUAN
DI MALAYSIA.” PENULISAN KARANGAN FAKTA, 30 APR. 2022,
5CE5582A8D3B9.SITE123.ME/BLOG-SAYA/KARANGAN-KEPENTINGAN-
PERPADUAN-DI-MALAYSIA.
Perpaduan DI Malaysia - #1 MAC 2021 PERPADUAN DI MALAYSIA MPU
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN - StuDocu