The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-88359199, 2020-10-06 20:05:50

Minit Mesyuarat Penyelarasan Guru Bilangan 2. 2020_Neat

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 9
JALAN TENGKU AMPUAN RAHIMAH 9/20
41000 SHAH ALAM

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN GURU
BILANGAN 2 TAHUN 2020


Tarikh: 5 Mei 2020
Hari: Selasa
Masa: 10.00 pagi -12.30 tengah hari
Tempat: Kediaman masing-masing
(Platform Google Meet)

Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan

1. Pn. Anis binti Iberahim Guru Besar / Pengerusi
2. Pn. Siti Murni binti Ajir PK Kurikulum

3. Pn. Ellya binti Mohamad Hilal PK Hal Ehwal Murid
4. En. Wan Abdul Rahman bin Wan Noh PK Kokurikulum
5. Pn. Norfaazah binti Yacob PK Petang
6. Pn. Zuhiedaya binti Yahya
7. Pn. Rubita binti Alsara

8. Pn. Nurazilah binti Abdul Raof
9. Pn. Hjh Anis binti Mat Hussin
10. Pn. Noorasyikin binti Saleh
11. Pn. Norzalilah binti Hazizul Hassan

12. Pn. Tuan Rosmaliza binti Tuan Mut
13. Pn. Che Hashimah binti Mohamad
14. Pn. Nursyazwani binti Hasim
15. Pn. Mu’azah binti Mohd Ghazali
16. Pn. Azlina binti Zainal

17. Pn. Anisah Laila binti Ashari
18. Pn. Mazzura binti Abdullah
19. Pn. Noor Suriati binti Talib
20. Pn. Ruzitah binti Abdul Samad

21. Pn. Suzilawati binti Abdullah
22. Pn. Noraidah binti Badaruzaman
23. Pn. Rosidah binti Hamdan
24. Pn. Aizatul binti Mohd Anis
25. Pn. Hjh Fazilah Aniza binti Ibrahim


1

26. Pn. Nariza binti Ahmad
27. Pn. Siti Norfadilah binti Abdul Razak

28. Pn. Hjh Norfarina binti Yahya
29. Pn. Jasbir Kaur a/p Ajeet Singh
30. Pn. Siti Nursyuhada binti Ghazali
31. Pn. Nor Azrinawati binti Yaakob

32. Pn. Norly binti Zakaria
33. Pn. Idayu binti Abdul Wadud
34. Pn. Intan Zarina binti Md Isa
35. Pn. Norliyana binti Nordin
36. Pn. Ilyana Zafirah binti Mohd Fauzy

37. Pn. Yuziha binti Mohamad Yusof
38. Pn. Ismawati binti Ismail
39. Pn. Insyirah binti Mokri

40. Cik Mayuri Chanthrasuwan a/p Eh Nun
41. Pn. Umi Kalsom binti Harun
42. Cik Aina Mardhiah binti Solhi Tagor
43. En. Amir Abdul Hadi bin Mohd Amin

44. Pn. Syahirah Intan binti Sheffie
45. Pn. Siti Zarihan binti Che Ali
46. Pn. Siti Hasanah binti Mohd Ghazali
47. Pn. Hazlina binti Othman

48. Pn. Hjh. Nor Azlindah binti Ahmad
49. Pn. Rostina binti Rolon
50. Pn. Zalina binti Yatimin
51. En. Mahathir bin Mansor
52. En. Surenthar bin Sahotharan

53. En. Cheah Chun Howe
54. En. Mohd Hazril bin Ahmad Razak
55. En. Abd Manaf bin Md Jusoh
56. Pn. Noriah binti Abu Bakar

57. Pn. Laila binti Hussain
58. En. Norhisham bin Samsudin
59. Pn. Aziah binti Mohd Ali
60. En. Faizul bin Abu Samah
61. Pn. Norfeeza Azween binti Nazri

62. En. Farhan bin Jamaludin
63. Pn. Siti Nurbaya binti Miswan
64. Pn. Nur Adila Hani binti Abdul Hamid
65. En. Khairul Nizar bin Mohd Nasir

2

66. Pn. Noraniza binti Ibrahim
67. Pn. Zurina binti Suhaimin

68. Pn. Raiilah binti Akal
69. Pn. Nur Adila Hani binti Abdul Hamid
70. Pn. Hazlin Kartini binti Ibrahim

Turut Hadir

Tiada


Tidak Hadir (Bersebab)
1. Pn. Hjh Nurul Aishah binti Mohd Yusof
2. Pn. Noor Asmah binti Ishak
3. Pn. Nadia Hanim binti Mohamad @ Abd Rashid
4. Pn. Noormah binti Kader
5. En. Mohd Zaid bin Abu Samah



Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn. Nurazilah binti Abdul Raof Setiausaha


2. Cik Mayuri Chanthrasuwan a/p Eh Nun ICT



1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memberi salam dan mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran guru ke mesyuarat penyelarasan guru secara maya (Google Meet).

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah, dan diikuti
dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En Farhan b Jamaludin.

1.3 Pengerusi mendoakan agar semua guru berada dalam keadaan sihat
sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengalaman baru
kali pertama bekerja dari rumah (Work From Home).

1.4 Semua guru tidak terlepas dari terus menjalankan dari terus menjalankan
tugas sebagai guru , selain daripada urusan-urusan pengurusan dan
pentadbiran.


1.5 Pengerusi menjelaskan semua guru mesti mematuhi punca kuasa SOP
100% selain merujuk kepada MKN yang mendapat nasihat daripada KKM.
Segala hak dan keistimewaan sebagai penjawat awam akan hilang sekiranya
didapati bersalah melanggar SOP dan ditangkap.

1.6 Seterusnya, sekiranya ada kepentingan untuk hadir ke sekolah, guru-guru
boleh memohon kebenaran melalui WhatsApp atau Telegram kepada GB.

3

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Guru Bilangan 1/ 2020.
Dicadang oleh : En. Surenthar bin Sahotharan
Disokong oleh : En. Mahathir bin Mansor

3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. PERBINCANGAN

4.1 Taklimat Guru Besar

4.1.1 Maklumat umum

4.1.1.1 Pengerusi memaklumkan pihak tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor meminta agar kita sama-sama bersyukur dengan nikmat iman
dan Islam yang kita lalui sekarang dan kita haruslah sentiasa berdoa agar
Islam dan iman kita kekal selama-lamanya.

4.1.1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas keberadaan guru dalam
mesyuarat guru secara atas talian ini, dan ia akan dikira sebagai LADAP.
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan memberi link SPLKPM untuk diisi
kehadiran oleh guru-guru.

Tindakan: Pn Zuhiedaya


4.1.1.3 Walaupun masalah yang timbul tidak dapat dirungkaikan semasa
mesyuarat ini, tetapi Pengerusi menjelaskan sekurang-kurangnya dapat
membantu guru-guru yang ingin berkongsi masalah.
4.1.1.4 Pengerusi merakamkan penghargaan kepada semua guru di atas
komitmen dan kerjasama dalam memberi tugasan kepada murid-murid
melalui pelbagai medium yang berjaya, selain yang dicadangkan oleh
PPDPP dan JPS.
4.1.1.5 Pengerusi berharap semangat guru terhadap kelangsungan sekolah tidak
akan patah biarpun menghadapi kesukaran mengadakan perbincangan
akibat ujian pandemik Covid19 di serata dunia. Walaupun UPSR telah
dibatalkan, kita perlu menjelaskan secara positif kepada murid-murid
bahawa belajar bukanlah hanya semata-mata untuk peperiksaan, tetapi
untuk mendapat ilmu.
4.1.1.6 Pengerusi menjelaskan semua guru perlu mengubah cara pemikiran, dan
khasnya dalam sistem pengajaran dan pembelajaran, agar tidak
ketinggalan di belakang.


Tindakan: Makluman



4

4.1.2 Maklumat peperiksaan dan PdPc

4.1.2.1 Peperiksaan awam UPSR dan PSRA dibatalkan pada tahun ini.
4.1.2.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun juga dibatalkan, tetapi Peperiksaan Akhir
Tahun berkemungkinan akan diadakan tertakluk kepada arahan KPM.
4.1.2.3 Ujian kemasukan ke asrama penuh dan MRSM bagi murid-murid Tahun 6
akan dibuat melalui kaedah tertentu oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
PAJSK dan PBS juga adalah amat penting dan akan dinilai oleh LPM.
4.1.2.4 Sepanjang pelaksanaan PKP, semua guru diarahkan bekerja dari rumah,
bekerja dalam suasana yang berbeza dan segala respon mesti diberi
segera tanpa beri alasan.
4.1.2.5 JPS belum mengeluarkan arahan untuk memanggil balik guru-guru yang
masih berada di kampung, tetapi hanya menjalankan bancian tentang
keberadaan guru yang berada di luar kawasan.
4.1.2.6 Sehingga kini, terdapat seramai 16 orang guru SKS9 , termasuk yang
dikategorikan sebagai dukalara yang masih berada di kampung.
4.1.2.7 Namun demikian, PdPc perlu dilaksanakan walaupun dalam konteks yang
berbeza. Guru-guru boleh melaksanakan PdPc atas talian menggunakan
medium yang terbaik dan sesuai seperti Google Classroom, WhatsApp
dan sebagainya. Segala tugasan murid perlu disemak dan dinilai dan tidak
perlu ditunggu sehingga sekolah dibuka semula.
4.1.2.8 Pelaksanaan PdPc perlu mengikut keupayaan dan kesediaan murid di
rumah atau di kampung agar mereka mendapat hak PdPc yang terbaik,
selain ibu bapa tidak terbeban dengan kaedah yang digunakan
memandangkan sebahagian mereka perlu bekerja.
4.1.2.9 Guru-guru perlu melaksanakan PdPc dalam 5 hari bekerja dari hari Isnin
hingga Jumaat sahaja, mengikut jadual yang telah ditetapkan, kecuali jika
ada kerja rumah.
4.1.2.10 Terdapat aduan ibu bapa kepada PPD tentang guru yang masih
menghantar tugasan sehingga larut malam. Oleh itu, Pengerusi memohon
kerjasama guru agar peka dengan masa dan tidak perlu menjalankan
PdPc sekiranya hari tersebut adalah cuti umum.
4.1.2.11 Semua Guru Besar diarahkan mebuat pendekatan menyelia tugas guru
melaksanakan PdPc atas talian dan lain-lain medium dengan
mengutamakan kesejahteraan dan keharmonian guru.
4.1.2.12 Guru-guru perlu melaksanakan tugas berdasarkan Surat Siaran dan
Pekeliling serta soalan lazim yang telah dimuat naik oleh Guru Besar
sepanjang PKP mulai 1 April 2020 hingga ke hari ini.


Tindakan: Makluman

4.1.3 Maklumat pembukaan sekolah

4.1.3.1 Pembukaan sekolah akan diumumkan 2 minggu sebelum sekolah dibuka.
4.1.3.2 Hanya kelas-kelas yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6
sahaja akan dibuka dahulu.
4.1.3.3 Bila PKP tamat, guru-guru akan bekerja seperti penjawat awam yang lain
seperti yang telah dimaklumkan. Segala garis panduan dan arahan yang
berkuatkuasa perlu dipatuhi sepenuhnya.


5

4.1.3.4 Sekiranya mempunyai anak kecil, guru-guru yang terlibat perlu berbincang
dan membuat penggiliran dengan pihak suami masing-masing untuk
menjaga anak.

Tindakan: Makluman

4.1.4 Maklumat pembersihan

4.1.4.1 Sekolah telah menerima peruntukan khas dari KPM untuk membeli
barangan dan peralatan pembersihan selepas Covid19.
4.1.4.2 Guru-guru perlu hadir ke sekolah setelah PKP tamat dan membantu di
dalam pembersihan kelas dan kawasan sekolah.
4.1.4.3 Pekerja pembersihan tidak dibenar menjalankan tugas semasa tempoh
PKP.
4.1.4.4 Sepanjang pelaksanaan PKP, semua guru diarahkan bekerja dari rumah,
bekerja dalam suasana yang berbeza dan segala respon mesti diberi
segera tanpa beri alasan.

Tindakan: Makluman

4.1.5 Maklumat keselamatan

4.1.5.1 Apabila sekolah dibuka, perhimpunan tidak boleh dijalankan dalam tempoh
6 bulan.
4.1.5.2 Semua aktiviti dan lawatan dibatalkan, termasuklah sambutan Hari Guru,
sukan tahunan, sukan MSSD dan sebagainya.
4.1.5.3 Segala kerja baik pulih yang diturunkan sebelum ini juga tidak dibenarkan
pelaksanaanya sehingga arahan terbaru diumumkan.
4.1.5.4 Berikutan hujan lebat dan ribut pada 23 April 2020, terdapat beberapa
kerosakan yang telah dialami. Antaranya tembok roboh, bumbung PSS
bocor, buku-buku SPBT rosak dan siling prasekolah roboh.

Tindakan: Makluman

4.1.6 Maklumat SBT

Bil Program SBT
1 Pertandingan Hippo English Olympiad (14.2.2020)
- Keputusan telah dikeluarkan dan murid-murid yang terlibat telah
menerima sijil.
- Tarikh bagi pertandingan peringat separuh akhir belum dikeluarkan.
2 Program Gotong Royong (15.2.2020)
3 Taman TEAM SELANGOR (25.2.2020)
- Masih dalam proses persiapan.
4 Program ALAM SEKITAR careTHON (25.2.2020)
5 Pertandingan DOKA MATHS OLYMPIAD (3.3.2020)
- Keputusan telah dikeluarkan tetapi sijil belum diterima.
- Tarikh bagi pertandingan peringkat akhir belum dikeluarkan.
6 Sudut bacaan di sekitar sekolah
- Sudut di bawah tangga telah hampir siap.

6

- Sudut di Laman Bestari masih dalam proses persiapan.
7 PLK PRIMARY MATHEMATICS CONTEST
- Keputusan belum diterima.
8 Pelancaran THURSDAY FOR THRASH WARRIORS (5.3.2020)
9 NAMI-Seoul Folkslore & Nature Exploration 2020
- Program telah ditangguhkan.
10 Program peringkat antarabangsa dan kebangsaan
- Masih dalam perbincangan.
Tindakan: Makluman

4.1.7 Maklumat Sektor Pembelajaran PPDPP


Bil Maklumat
1 Pelaksanaan PdP semasa PKP

✓ SILA LIHAT SURAT ARAHAN KPM YANG BERKAITAN:
✓ “KPM komited untuk memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat….
Bagi maksud ini, guru tidak dibenarkan ke sekolah dan hendaklah
melaksanakan semua tugasan dari rumah…”
✓ Lihat Garis Panduan Pelaksanaan PDP semasa PKP
✓ Fleksibel
✓ Patuh PKP
2 Penekanan Digital Learning/ PROGRAM GEGAR DIGITAL LEARNING
dalam PDP semasa PKP

✓ JPN Selangor melancarkan program GEGAR DIGITAL LEARNING.
✓ Pembelajaran dilaksanakan ikut kesesuaian guru dan murid untuk
akses kepada pembelajaran.
✓ Digitalization of learning amat penting dalam menghadapi situasi
genting yang adhoc/crisis.
✓ Pembelajaran digital dilaksanakan ikut kesesuaian guru-guru,
ibu bapa dan murid-murid.
✓ MEMAKSIMUMKAN PELUANG PENGUNAAN DIGITAL LEARNING.

3 Sesi pembelajaran melalui TV PENDIDIKAN

✓ Konsep KPM: murid-murid dapat akses pembelajaran dalam apa jua
keadaan.
✓ Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa
ketiga, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil pendekatan
mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan menerusi
saluran baharu RTM, TV Okey dan juga melalui Radio Selangor.
✓ Sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan itu akan menawarkan
siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negara
ini khusus bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet.





7

4 Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) SEMASA PKP
( Soalan lazim )

1.Bagaimanakah pentaksiran PBD dilaksanakan semasa (PKP)?

Guru boleh mentaksir murid melalui mana-mana dari 3 kaedah yang bersesuaian
iaitu pemerhatian, penulisan dan lisan. Sepanjang PKP ni, guru boleh
menggunakan apa-apa juga medium yang bersesuaian untuk berhubung dengan
pelajar seperti Google Classroom, Whatsapp, Telegram, Messenger atau apa-
apa jua online Apps.

a.Pentaksiran Penulisan :- melalui latihan bertulis yang diberi kepada murid.
b.Pentaksiran Lisan :- murid boleh merekod audio di dalam Whatsapp,
telegram atau apa-apa medium yang boleh di akses oleh murid dan guru untuk
berhubung.
c.Pentaksiran Pemerhatian :- melalui rakaman video atau gambar yang dihantar
oleh murid.

Ketiga-tiga pentaksiran boleh dijalankan secara serentak atau berasingan.
Pentaksiran dijalankan dengan mengambilkira situasi kemudahan internet murid
pada waktu PKP. Murid yang tiada kemudahan internet atau data bolehlah
ditafsirkan selepas tamat tempoh PKP.

2.Bagaimanakah untuk mengetahui sekiranya ada perubahan terkini berkaitan
template?

Untuk sebarang maklumat terkini , guru-guru boleh rujuk pengumuman
dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) di bpk.moe.gov.my

3. Siapakah yang menjalankan pelan intervensi bagi murid yang tidak
mencapai Tahap Penguasaan minumum iaitu TP 3?

Bagi murid yang tidak mencapai TP3, intervensi dijalankan di peringkat guru
dan panitia masing-masing. Ini adalah kerana guru lebih mengenali murid-
murid mereka sendiri. Intervensi ini kemudian akan dilaporkan pada
penyelaras peringkat sekolah .

4. Sekiranya murid tidak mencapai TP3, perlukah disediakan eviden?

Sekiranya murid tidak mencapai TP3, evidennya adalah berdasarkan PdPc
guru itu sendiri. Contoh eviden adalah buku latihan murid, lembaran kerja,
refleksi RPH guru dan mungkin juga dari gambar atau video latihan dan
presentation.

5. Berapa kerapkah Dialog Prestasi (DP) PBD peringkat sekolah perlu
dilaksanakan?

Pelaksanaan DP bergantung kepada sekolah . Tetapi ia sewajarnya dijalankan
sekurang-kurangnya 2 kali setahun sebelum DP peringkat Daerah. Ini adalah
kerana penyelaras akan membentangkan laporan DP sekolah di DP Daerah.
Laporan ini pula akan dibentangkan di JPN bagi DP peringkat Negeri.

8

5 Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)


✓ Boleh dilakukan secara berterusan mengikut keperluan dan
kesesuaian masa sekolah menggunakan medium yang fleksibel.

✓ Perkongsian pengalaman, kepakaran profesional serta kerjasama
guru-guru di sekolah masing-masing.

✓ Mengenal pasti permasalahan sebenar dalam bilik darjah dan
menyediakan kaedah penyelesaian mengikut keperluan sebenar.

✓ PLC perlu diperhebatkan supaya menjadi budaya utama
pembangunan profesional warga pendidik di semua peringkat.

ISU CADANGAN PENYELESAIAN
Tidak melaporkan PLC yang Lapor dan daftar dalam SPL KPM
dilaksanakan
Kepekatan pemahaman guru PLC boleh dilaksanakan secara formal dan tidak
terhadap pelaksanaan PLC formal pada bila-bila masa

Tidak menjalankan PLC Perlu dibudayakan
Kurang sokongan pentadbir Pentadbir perlu menjalankan Penjaminan Kualiti
iaitu Pementoran , Pemantauan, Penyelarasan
dan Pengesanan
Pelaksanaan PLC berfokus Pentadbir perlu memastikan semua panitia
kepada panitia mata melaksanakan PLC
pelajaran tertentu
Kurang kefahaman guru SISC+ akan membimbing GKMP dan KP bagi
untuk melaksanakan PLC meningkatkan tahap kefahaman


6 Pencapaian PLC PPD Petaling Perdana sehingga 15/4/2020

✓ JPN Selangor menetapkan sasaran sekurang-kurangan 40%

penyertaan guru dalam PLC .
✓ Mohon tindakan sekolah yang masih di bawah tahap. (berwarna merah)


7 Takwim perancangan pengisian dan kutipan data SKPMg2
(a) Pengisian data oleh pihak sekolah

















9

(b) Punca kuasa pelanjutan tempoh pengisian skor SKPMg2





(c) Cadangan pengisian skor SKPMg2























































10

8 Unit Sains Sosial PPDPP
(a) Makluman tentang pemberhentian pelaksanaan dan status data PAJSK Ujian
Segak (Mac) 2020 semasa pandemik COVID19.

(b) Sekolah-sekolah terus melaksanakan e-PdP Modul Pendidikan Sivik dalam 5
mata pelajaran pada minggu ke-4.

(c) Hebahan pengwujudan laman sosial dan kolaboratif, Unit Sains Sosial PPDPP
di pautan : https://gg.gg/FACEBOOKSAINSSOSIAL.

(d) Pemantauan dan bimbingan semasa atas talian dijalankan sepanjang PKP.
9 Unit Pendidikan Islam PPDPP
(a) Program yang telah dijalankan dalam bulan April termasuklah Bengkel Master
e-Pembelajaran dan Program Tafaqquh Fiddin.

(b) Program Qurban & Akikah 2020 akan dijalankan dan jika berminat, boleh
membuat pendaftaran pada pautan daftar.amalqurban.net/PEKDIS.

10 Unit TVET

BIL NAMA PROGRAM STATUS CATATAN


1 TAKLIMAT PENYELARASAN SELESAI INTERVENSI: FLYER
JAWATANKUASA PANITIA RBT (R) 24 JAN 2020 PELAKSANAAN PROJEK
UNTUK TAHUN 4,5 & 6


2 TAKLIMAT PENYELARASAN SELESAI INTERVENSI: FLIPBOOK
JAWATANKUASA PANITIA RBT (M) 29 JAN 2020 TATACARA MELAKAR
LANGKAH DEMI LANGKAH

3 TAKLIMAT TASK MASTER SELESAI INTERVENSI:
GOOGLE CLASSROOM 28 JAN 2020 1)VIDEO TUTORIAL GCR
2)KELAS KHAS GCR


4 MESYUARAT PENYELARASAN SELESAI Menggunakan MEET
GKMP TVET 30 MAC 2020


5 MESYUARAT PENYELARASAN KP SELESAI PPDPP
PANITIA RBT & TMK MENENGAH 29 JAN 2020


11 Unit Bahasa
GOOGLE CLASSROOM PUSAT SEHENTI BAHASA PPD PETALING

PERDANA (PPDPP Language One-Stop Centre)
• GC ini adalah satu pusat sehenti untuk semua warga guru Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa lain dengan kolaboratif SISC+
Bahasa PPD Petaling Perdana bersama-sama Jurulatih Daerah serta
semua guru bahasa PPDPP.
• Di sini akan dimuatnaik bahan-bahan PdP seperti latihan, Quizzizz,
video dan lain-lain. Semua guru boleh memuatturun bahan dan
digunakan untuk PdP mereka.
• Dimohon kongsikan code berikut: wuceak7

11

12 Unit Pemulihan Khas

(a) Program-program yang dijalankan termasuklah :
i. Program Master : Diskusi Serlah Minda
ii. Program Master : Idea Kreatif
iii. Sentuhan Nurani
iv. Kunjung Bantu ke Sekolah
v. Dialog Prestasi

(b) Garis panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Lampiran A).

(c) Maklumat dan tindakan sekolah :

1. Pihak pentadbir perlu tagging seorang guru sebagai Guru Pemulihan
Khas (Guru Luar Norma) di sekolah rendah kecuali di Sekolah Kurang
Murid dibuat secara lantikan dalaman.

2. Pihak pentadbir perlu membuat laporan ke PPD sekiranya tidak
mempunyai Guru Pemulihan Khas di sekolah.

3. Pihak pentadbir perlu membuat laporan ke PPD sekiranya mempunyai
LEBIHAN opsyen Guru Pemulihan Khas di sekolah.

4. Sekolah boleh membuat permohonan kepada PPD untuk
penambahan Guru Pemulihan Khas sekiranya terdapat ramai bilangan
murid TP 1 dan TP 2. ( Melebihi 30 orang 2 tahun berturut-turut).
5. Pentadbir diharap dapat memastikan Guru Pemulihan dapat
melaksanakan tugas sepenuhnya di sekolah sebagaimana di dalam
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas di sekolah.


13 Pelaksanaan Inisiatif PPPM #24 : Program Literasi dan Numerasi Sekolah
Rendah (PLaN) tahun 2020 menggantikan program LINUS

Program ini melibatkan penglibatan semua guru dan bukan tugas guru
pemulihan sahaja.

Objektif PlaN :

• Murid Tahun 1, 2 dan 3 mencapai sekurang-kurangnya TP3 berasaskan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi BM, BI dan
Matematik.

• Guru BM, BI dan Matematik meningkatkan keberkesanan pedagogi
terutama dalam aspek pemulihan BM, BI dan Matematik bagi
menghasilkan PdP yang menarik, berkesan dan berkualiti.


• JPN, PPD, Guru Besar, Panitia dan guru-guru BM, BI dan Matematik
mendapatkan pementoran dan bimbingan secara berterusan.

Tindakan: Makluman


12

4.2 Maklumat Penolong Kanan

4.2.1 Unit Kurikulum
4.2.1.1 Pn Siti Murni mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada
semua guru dan agar sentiasa sihat walaupun berada di mana jua.
4.2.1.2 Terima kasih kerana guru-guru memberi tugasan kepada murid mengikut
jadual yang diberikan , dan ianya akan digunakan sepanjang PKP.
4.2.1.3 Tahniah kepada semua guru yang telah memberi respon dan menghantar
borang keberhasilan.
4.2.1.4 Walaupun pencerapan fasa 1 tergendala tetapi pengisian kendiri
SKPMg2 Fasa 1 (Jan – Mac ) telah selesai.
4.2.1.5 Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang menjalankan program
mengikut takwim dan pelancaran secara atas talian.
4.2.1.6 Takwim April hingga Jun ditangguhkan sehingga sekolah dibuka semula.

Tindakan: Makluman

4.2.1.7 Kelas tambahan Tahun 5 akan dijalankan manakala kelas tambahan
Tahun 6 telah dibatalkan. Penyelaras Tahun 5 perlu merancang jadual
waktu kelas tambahan.

Tindakan: Pn Umi Kalsom

4.2.1.9 Tahniah kepada Panitia Pendidikan Muzik yang menjalankan program
nyanyian #KitaJagaKita#. Program nyanyian Kami Guru Malaysia
sempena sambutan Hari Guru 2020 dan ucapan Aidilfitri juga akan
diadakan.

Tindakan: Makluman

4.2.2 Unit Hal Ehwal Murid
4.2.2.1 Pn Ellya mengucapkan selamat sejahtera dan selamat berpuasa kepada
semua guru.
4.2.2.2 Unit HEM memohon maaf kerana kebanyakan program-program yang
telah dirancang awal mengikut takwim tidak dapat dijalankan sepanjang

pelaksanaan PKP. Keadaan ini adalah di luar kawalan, tetapi akan
dilaksanakan mengikut keperluan semasa selepas sekolah dibuka.
4.2.2.3 Pekerja pembersihan mula bertugas mulai 4 April 2020 dari jam 7 pagi
hingga 1 tengah hari. Urusan pembayaran gaji April akan diselesaikan

pada hari esok (6 Mei 2020) manakala tunggakan gaji Mac akan
disegerakan.
4.2.2.4 Sumbangan bagi Tabung Sumbangan Covid19 SKS9 anjuran PIBG
dengan kerjasama Kelab Guru masih minima. Kutipan sumbangan akan
diteruskan supaya jumlahnya mencukupi untuk diagihkan kepada

seramai 63 orang penerima bantuan.


13

4.2.3 Unit Kokurikulum
4.2.3.1 En Wan Abdul Rahman mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua guru kelas yang telah melengkapkan pendaftaran PAJSK.

4.2.3.2 Semua aktiviti kokurikulum yang telah dijadualkan oleh PPDPP perlu
ditanda dengan TL apabila sekolah dibuka.
4.2.3.3 Program perkhemahan dan temasya sukan tahunan sekolah juga
dibatalkan.
4.2.3.4 Guru-guru PJ telah melengkapkan laporan ujian SEGAK dengan
menanda TL (tidak dapat dilaksanakan).
Tindakan: Makluman

4.2.4 Sesi Petang
4.2.4.1 Pn Norfaazah mengucapkan selamat berpuasa kepada semua guru dan
berdoa agar semua diberi kesihatan yang baik dari segi jasmani dan
rohani.


4.3 Kelab Guru
4.3.1 Pn Rubita memaklumkan semua aktiviti yang telah dirancangkan dalam
tahun semasa tidak dapat dilaksanakan.
4.3.2 Jumlah bayaran yuran bulanan ahli kekal sama, tetapi boleh dijelaskan

selepas sekolah dibuka semula.
4.3.3 Sambutan Hari Guru tahun ini bagi akan dibuat secara atas talian.
4.3.4 Borang eNilam yang baru akan dibuat bagi menggantikan borang bulan
April yang tidak dapat dibuka.

4.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling

4.4.1 Semua guru telah mengikuti kursus AKPK.
4.4.2 Seramai 13 orang guru masih belum mencapai bilangan minima Ladap 5
hari berkursus sehingga 30 April 2020. Guru-guru dan staf boleh
membaca buku untuk menambah bilangan hari minima berkursus.

4.4.3 Hanya 3 orang murid yang memberi respon untuk sesi bimbingan dan
kaunseling sepanjang pelaksanaan PKP. Masalah mereka adalah kerana
kebosanan duduk dirumah semasa PKP.

4.5 Laporan Penyelaras Aliran Tahun 1-6

4.5.1 Prasekolah : Pn Nariza melaporkan ibu bapa boleh mengakses internet
dan membuka bahan PdPc untuk anak-anak mereka. Manakala bagi
sebahagian ibu bapa yang bekerja, mereka memohon agar diberi
kelonggaran masa bagi menyiapkan semua tugasan yang diberi.

4.5.2 Tahun 1 : Pn Nur Adila Hani melaporkan sebahagian murid menghadapi
masalah menyiapkan tugasan guru kerana kekangan gajet dan internet.

14

4.5.3 Tahun 2 : Pn Norliyana melaporkan guru-guru memberikan komitmen
yang baik, cuma ibu bapa meminta masa tambahan untuk anak-anak

menyiapkan tugasan sepanjang PKP.
4.5.4 Tahun 3 : Pn Norzalilah melaporkan terdapat sebahagian besar murid
dapat menyiapkan tugasan kecuali beberapa orang murid yang terkandas
di kampung dan ada guru kelas memberitahu ada murid yang tidak mahu

menyiapkan tugasan.
4.5.5 Tahun 4 : Pn Tuan Rosmaliza melaporkan sebahagian besar murid belum
menyiapkan tugasan guru dan ibu bapa meminta tugasan diberikan dalam
bentuk bertulis seperti menggunakan buku aktiviti.
4.5.6 Tahun 5 : Pn Umi Kalsom melaporkan bahawa sebahagian besar murid

membuat latihan yang diberikan guru kecuali beberapa orang murid masih
terkandas di kampung dan menghadapi masalah talian internet. Ibu bapa
akan membantu anak-anak mereka membuat latihan yang diberi.
4.5.7 Pn Rosidah melaporkan oleh kerana UPSR dibatalkan pada tahun ini,

baki kutipan bayaran Tahun 6 akan dikembalikan kepada murid apabila
sekolah dibuka. Namun begitu, guru-guru Tahun 6 tetap memberi latihan
dan murid-murid masih membuat latihan yang diberi serta memberi respon
kepada guru mata pelajaran.
Tindakan: Makluman

4.6 Penyelaras Unit Peperiksaan
4.6.1 Pn Aizatul melaporkan berikutan UPSR tahun 2020 telah dibatalkan, maka
tiada sebarang pendaftaran murid untuk UPSR dibuat.

Tindakan: Makluman

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Penyelaras PBS memaklumkan sehingga kini, PPDPP belum memberi
sebarang arahan berkenaan PBD. Oleh itu, gabungan mata pelajaran (big
idea) ditangguhkan kerana tidak sesuai. Bagaimanapun, pengerusi
memaklumkan penilaian secara individu boleh diteruskan sepanjang PKP.


Tindakan: Makluman

5.2 PK HEM memaklumkan setakat ini, terdapat lebih dari 200 permohonan
untuk kemasukan ke Tahun 1 bagi 2021.

5.3 PK HEM juga memaklumkan belum ada sebarang makluman tentang
pendaftaran Tingkatan 1.

Tindakan: Makluman

15

5.4 Cikgu Manaf meminta guru-guru merakam lagu Kami Guru Malaysia
menggunakan minus one yang telah diberi. Guru-guru lelaki dikehendaki
memakai baju melayu manakala guru-guru wanita dikehendaki memakai
baju kurung atau kebaya. Rakaman nyanyian secara miming tersebut perlu
dihantar selewat-lewatnya pada 9 Mei 2020 kepada Cikgu Putra.

5.5 Pengerusi mengingatkan semua guru agar membuat pengesahan
kehadiran mesyuarat dan LADAP menggunakan Google Form dan
SPLKPM.
Tindakan: Makluman

5.6 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru yang
hadir.



6. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.




Urus Setia
S/U Mesyuarat Guru
SK Seksyen 9, Shah Alam
Tarikh : 9.5.2020
































16

Lampiran A






















































































17

18

19


Click to View FlipBook Version