SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 9
JALAN TENGKU AMPUAN RAHIMAH 9/20
41000 SHAH ALAM
MINIT MESYUARAT PENYELARASAN GURU
BILANGAN 1 TAHUN 2021
Tarikh: 12 Januari 2021
Hari: Selasa
Masa: 9:00 pagi – 1:50 tengah hari
Tempat: Dewan Sinar, SK Seksyen 9, Shah Alam
Kehadiran :
Bil. Nama Jawatan
1. Pn. Anis binti Iberahim PPT Guru Besar / Pengerusi
2. En. Saiful ‘Adli bin Hamdan GPK Pentadbiran
3. Pn. Ellya binti Mohamad Hilal GPK Hal Ehwal Murid
4. En. Wan Abdul Rahman bin Wan Noh GPK Kokurikulum
5. Pn. Ruzlina binti Omar GPK Petang
6. Pn. Zuhiedaya binti Yahya
7. Pn. Rubita binti Alsara
8. Pn. Nurazilah binti Abdul Raof
9. Pn. Norzalilah binti Hazizul Hassan
10. Cik Nurshahirah binti Ahmad Zapri
11. Pn. Noraniza binti Ibrahim
12. Pn. Norfeeza Azween binti Nazri
13. Pn. Azlina binti Zainal
14. Pn. Rosidah binti Hamdan
15. Pn. Siti Hasanah binti Mohd Ghazali
16. Pn. Rostina binti Rolon
17. Pn. Zalina binti Yatimin
18. Pn. Noorasyikin binti Saleh
19. Pn. Hjh Norfarina binti Yahya
20. Pn. Zanariah binti Abdullah @ Muda
21. Pn. Siti Norfadilah binti Abdul Razak
22. Pn. Nadia Hanim binti Abd Rashid
23. Pn. Hjh Anis binti Mat Hussin
24. Pn. Noor Asmah binti Ishak
25. Pn. Raiilah binti Akal
26. Pn. Intan Zarina binti Md Isa
27. Pn. Hjh Nurul Aishah binti Mohd Yusof
28. Pn. Nariza binti Ahmad
29. En. Faizul bin Abu Samah
30. En. Mohd Zaid bin Abu Samah
31. Pn. Mu’azah binti Mohd Ghazali
32. Pn. Che Hashimah binti Mohamad
1
33. Pn. Hjh Fazilah Aniza binti Ibrahim
34. En. Muhamad Amri bin Md Arif
35. En. Amir Abdul Hadi bin Mohd Amin
36. En. Muhammad Sufi bin Tabrani
37. En. Mahathir bin Mansor
38. Pn. Aizatul binti Mohd Anis
39. Pn. Nor Azrinawati binti Yaakob
40. Pn. Nor Khaterunnada binti Abd Aziz
41. Pn. Norliyana binti Nordin
42. Pn. Norly binti Zakaria
43. Pn. Siti Zarihan binti Che Ali
44. Pn. Idayu binti Abdul Wadud
45. Pn. Ilyana Zafirah binti Mohd Fauzy
46. Pn. Siti Nursyuhada binti Ghazali
47. Pn. Laila binti Hussain
48. En. Khairul Nizar bin Mohd Nasir
49. En. Farhan bin Jamaludin
50. En. Abd Manaf bin Md Jusoh
51. Pn. Zurina binti Suhaimin
52. En. Cheah Chun Howe
53. En. Surenthar bin Sahotharan
54. Pn. Insyirah binti Mokri
55. Pn. Jasbir Kaur a/p Ajeet Singh
56. Cik Mayuri Chanthrasuwan a/p Eh Nun
57. Pn. Suzilawati binti Abdullah
58. Pn. Umi Kalsom binti Harun
59. Pn. Noriah binti Abu Bakar
60. En. Norhisham bin Samsudin
61. Pn. Hazlina binti Othman
62. Pn. Noor Suriati binti Talib
63. Pn. Mazzura binti Abdullah
64. Pn. Noraidah binti Badaruzaman
65. Pn. Ismawati binti Ismail
66. Pn. Hazlin Kartini binti Ibrahim
67. Cik Aina Mardhiah binti Solhi Tagor
68. Pn. Hjh Syahirah Intan binti Sheffie
Turut Hadir
Tiada
Tidak Hadir (Bersebab)
1. Pn. Yuziha binti Mohamad Yusof
2. Pn. Aziah binti Mohd Ali
3. Pn. Siti Nurbaya binti Miswan
4. Pn. Tuan Rosmaliza binti Tuan Mut
5. Pn. Nur Adila Hani binti Abdul Hamid
2
Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn. Nurazilah binti Abdul Raof Setiausaha
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat guru dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab diikuti dengan doa
selamat telah dipimpin oleh Ustaz Farhan bin Jamaludin.
1.2 Guru Besar selaku Pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran
semua guru ke mesyuarat guru kali pertama bagi sesi 2021 dan mengucapkan
selamat datang kepada GPK Pentadbiran dan guru baru, Encik Saiful ‘Adli bin
Hamdan serta Puan Zanariah binti Abdullah @ Muda dan menjemput kedua-
duanya untuk sesi taaruf.
1.3 Pengerusi memaklumkan terdapat tiga orang guru yang berpindah, iaitu
Encik Mohd Hazril bin Ahmad Razak, Puan Anisah Laila binti Ashari dan Puan
Nursyazwani binti Hasim dan berharap sekolah akan menerima guru-guru ganti
mengikut opsyen yang sama.
1.4 Sempena sesi persekolahan baru yang akan bermula mulai 20 Januari
2021, Pengerusi telah menitipkan beberapa amanat kepada semua guru SKS9:
1.4.1 Memulakan tugas 2021 dengan semangat jati diri yang tinggi,
berkeyakinan dan penuh iltizam demi anak bangsa.
1.4.2 Mengamalkan unsur-unsur budaya kerja cemerlang :
(a) kerja sebagai ibadah
(b) tanggungjawab terhadap tugas
(c) komunikasi berkesan
(d) emosi stabil
(e) jadikan diri sebagai role model
(f) sosial di tempat kerja
1.4.3 Sentiasa menjalankan amanah dan tugas dengan penuh berintegriti.
‘Apabila kita suka kepada atau sayang pada sesuatu, kita akan
berusaha buat dengan seikhlas hati, hasilnya amat tidak ternilai dan
hanya Allah yang mampu membalasnya.’
Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pn. Noorfeeza Azween binti Nazri mencadangkan agar minit Mesyuarat
Penyelarasan Guru bilangan 3/ 2020 disahkan dan disokong oleh Cik
Nurshahirah binti Ahmad Zapri.
2.2 Minit Mesyuarat Penyelarasan Guru bilangan 3/ 2020 telah diterima
sebulat suara tanpa sebarang pindaan.
Makluman
3
3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada sebarang perkara berbangkit ditimbulkan.
Makluman
4. PERKARA-PERKARA BAHARU/ PERBINCANGAN
4.1 Maklumat Unit Pengurusan dan Pentadbiran
4.1.1 Menghayati visi, misi dan hala tuju sekolah
Pengerusi menjelaskan secara terperinci sembilan (9) hala tuju dan nilai
teras transformasi SK Seksyen 9, Shah Alam:
(i) Memperkenalkan sekolah seiring dengan kegemilangan ilmu.
(ii) Pemimpin sekolah SBT.
(iii) Pembangunan kompetensi guru dan kemantapan sahsiah warga
sekolah.
(iv) Kemenjadian murid yang berkualiti.
(v) Meningkatkan kehadiran murid dan mengurangkan kadar
salahlaku.
(vi) Kecemerlangan pengurusan sumber.
(vii) Meningkatkan penglibatan ibu bapa dan saran di sekolah.
(viii) Menjalinkan hubungan luar jaringan dan jalinan.
(ix) Meningkatkan amalan dan nilai ‘Semua bersatu teguh’ di kalangan
warga sekolah.
Tindakan : Makluman
4.1.2 Pengerusi juga memaklumkan sepuluh (10) KPI sekolah tahun 2021:
Bil Perkara 2021 2020
% pemimpin sekolah mencapai tahap minimum
1 98.00% 97.70%
kualiti kepimpinan iaitu 98% dalam Std.1 SKPMg2
% pencapaian minimum kualiti guru iaitu 85% Std.
2 95.00% 93.05%
SKPMg2
% murid menguasai tahap minimum dalam
3 97.20% 97.04%
Pentaksiran Pusat UPSR
4 % kehadiran murid untuk semua sekolah rendah 89.00% 87.30%
% pencapaian kemenangan dalam Kejohanan 96.00% 95.00%
5
MSSS dan Kokurikulum di peringkat negeri 68.00% 67.75%
% guru dan kakitangan SKS9 menghadiri latihan 5
6 100.00% 100.00%
hari setahun
7 % prestasi perbelanjaan baik 98.00% 97.00%
% purata pencapaian E-Sarana Kehadiran ibu
8 65.00% 50.41%
bapa dalam 5 aktiviti utama sekolah
% penglibatan murid dalam program peringkat
9 5.00% 2.00%
antarabangsa
% maksima keciciran murid Sekolah Rendah dan
10 1.00% 1.00%
Menengah
Makluman
4
4.1.3 PPPM 2013 – 2025
Pengerusi turut menjelaskan PPPM telah berada dalam fasa gelombang
ke-3 (2021-2025) dan semua guru digesa agar bangkit, berdaya saing dan
lebih proaktif bagi merealisasikan :
• Tiga (3) objektif PPPM
• Lima (5) aspirasi utama sistem pendidikan
• Sembilan (9) bidang keberhasilan utama pendidikan
• Sebelas (11) anjakan utama transformasi sistem pendidikan negara
Makluman
4.1.4 Fokus pengurusan dan kepimpinan sekolah
4.1.4.1 Pengerusi menjelaskan bagi mencapai objektif organisasi dan
kepimpinan berkualiti, kompetensi menggerakkan sumber dalam
pengurusan sekolah hendaklah dilaksanakan sepenuhnya dengan
memberi penekanan kepada tiga (3) perkara utama iaitu:
(i) Headcount
(ii) PAK21
(iii) PLC
4.1.4.2 Sekolah akan terus berkolaborasi bersama PIBG, KSIB,
sukarelawan, kepimpinan murid, kepimpinan ibu bapa, NGO, pemimpin
masyarakat dan lain-lain lagi.
4.1.4.3 Semua guru juga hendaklah mengamalkan konsep
pembelajaran sepanjang hayat dan memfokuskan kepada kajian tindakan
dan budaya membaca, di samping menangani perubahan dalam ICT.
4.1.4.4 Sebagai penjawat awam profesional, semua guru perlu
menjaga kualiti peribadi khasnya etika berpakaian, waktu kehadiran,
berbudi bahasa, berbudaya penyayang, kreatif dan inovatif, bermotivasi,
komited dengan budaya menuntut ilmu, akauntabiliti, integriti dan sanggup
mengambil risiko.
Makluman
4.1.5 Guru dan kakitangan tahun 2021
4.1.5.1 Pengerusi memaklumkan tentang enrolmen guru dan
kakitangan yang terkini :
PERJAWATAN BILANGAN
Guru Besar 1
Guru Penolong Kanan 4
Guru ICT, Data, GPM, BnK, Pemulihan 5
Guru Prasekolah 3
Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab 17
5
Guru Interim 3
Guru akademik KSSR ( mengikut opsyen) 39
Ketua pembantu tadbir 1
Pembantu tadbir 2
Pembantu operasi 2
Juruteknik 1
Pembantu pengurusan murid 2
JUMLAH 80
4.1.5.2 Pengerusi juga memaklumkan masih terdapat kekurangan
seramai dua (2) orang guru.
Makluman
4.1.6 Persekolahan sesi 2021
4.1.6.1 Tahun ini merupakan tahun terakhir bagi semua murid Tahun
3 mengikuti alam persekolahan sesi pagi, manakala mulai tahun 2022,
semua murid Tahun 1 hingga 3 akan bersekolah di sesi petang. Ini
disebabkan oleh kekurangan bilik darjah.
4.1.6.2 Waktu persekolahan bagi kedua-dua sesi adalah seperti
berikut :
TAHUN HARI WAKTU
Isnin 1.00 t/h – 6.30 petang
1 & 2 Selasa - Khamis 1.00 t/h – 6.00 petang
Jumaat 2.00 petang – 6.00 petang
Isnin – Khamis 7.40 pagi – 12.30 t/h
3
Jumaat 7.40 pagi – 12.00 t/h
Isnin – Rabu 7.40 pagi – 1.00 t/h
4 – 6 Khamis 7.40 pagi – 12.30 t/h
Jumaat 7.40 pagi – 12.00 t/h
Makluman
4.1.6.3 PdPC akan dilaksanakan selepas rehat pada hari pertama
persekolahan.
4.1.6.4 Pengerusi meminta semua guru agar mematuhi perkara-
perkara berikut:
• berpakaian rasmi dan mengikut etika berpakaian berdasarkan
pekeliling.
6
• hadir sebelum @ pada 7:20 pagi dan pulang pada 1:30 tengah hari
(sesi pagi).
• hadir seawal 7:05 pagi (guru bertugas) untuk menyambut kehadiran
murid di pintu pagar (Program Amalan Guru Penyayang)
• merakam kehadiran di komputer (punch in/out) setiap hari termasuk
hari Sabtu jika menghadiri program mahu pun aktiviti tertentu.
• bersedia untuk bertugas pada hari Sabtu minggu kedua dan
keempat mengikut keperluan aktiviti LADAP dan lain-lain.
• memaklumkan awal kepada Guru Besar/ GPK sekiranya lewat atau
tidak dapat hadir supaya memudahkan penyediaan jadual relif.
Makluman
4.1.7 Waktu bekerja penjawat awam di sekolah (PPP & AKP)
4.1.7.1 Pengerusi meminta semua guru merujuk kepada surat siaran dan
SPI yang berkaitan penetapan waktu bekerja sebanyak 45 jam oleh JPA.
(Lampiran A)
4.1.7.2 Waktu bekerja penjawat awam terbahagi kepada waktu bekerja
pejabat dan waktu bekerja bukan pejabat. Guru bekerja menggunakan waktu
bekerja bukan pejabat, tetapi masih terikat kepada ketetapan waktu bekerja
oleh JPA, iaitu merangkumi waktu persekolahan (PdP dan bukan PdP serta
luar waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan lain-
lain.
PERKARA KEKERAPAN JAM SEMINGGU
Pelaksanaan PdP 30 waktu x 30 minit 15 jam
Sebelum PdP 1 jam x 5 hari 5 jam
Selepas PdP 1 jam x 5 hari 5 jam
Kokurikulum* 60 minit x 3 waktu 3 jam
Lain-lain/ tugas rencam** 2 jam x 5 hari 10 jam
Jumlah jam bekerja 3 jam
Waktu rehat 7 jam
Jumlah keseluruhan waktu bekerja seminggu 45 jam
4.1.7.3 Manakala waktu bekerja mingguan bagi PGB/ AKP dan guru hampir
sama iaitu 38 jam 30 minit tidak termasuk waktu rehat bagi PGB/AKP dan lebih
kurang 38 jam bagi guru.
4.1.7.4 Bilangan minggu bekerja penjawat awam dalam setahun adalah 52
minggu, manakala bilangan minggu persekolahan dalam setahun adalah 43
minggu dan 9 minggu lagi diperuntukan untuk cuti sekolah. Perbezaan minggu
bekerja ini juga menyebabkan guru TIDAK LAYAK mendapat CUTI REHAT ,
sebaliknya digantikan dengan CUTI REHAT KHAS sebanyak 10 hari.
4.1.7.5 Pada masa cuti sekolah, PGB boleh MENGARAHKAN guru datang
bertugas tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti persekolahan.
7
4.1.7.6 Waktu bekerja rasmi guru adalah waktu bekerja yang kehadiran
mereka diambil kira dalam REKOD PERKHIDMATAN sama ada bekerja di
sekolah atau di luar sekolah.
4.1.7.7 PGB boleh menetapkan waktu masuk dan keluar guru pada hari
persekolahan dan bilangan waktu mengajar guru seminggu. Di samping itu,
PGB juga disarankan mengeluarkan arahan bertulis serta merekodkan
kehadiran guru agar penetapan waktu bekerja 45 jam seminggu dipatuhi.
Makluman
4.1.8 Pematuhan kepada SPI - BRM Guru/ Erph (SPI 3/1999)
4.1.8.1 Pengerusi menjelaskan RPT dan RPH adalah dokumen rasmi dan
tertakluk kepada justifikasi dan verifikasi audit. Guru boleh dikenakan penalti
RM500 di bawah PU(A)531 Seksyen 8(1) jika gagal menyediakannya.
4.1.8.2 Semua guru diingatkan supaya menyediakan RPT mengikut tahun
semasa, dan bukannya mencetak semula daripada tahun sebelumnya.
4.1.8.3 RPH boleh disediakan dalam bentuk buku atau fail untuk setiap mata
pelajaran dan kelas yang diajar serta mempunyai format yang dipersetujui
dalam mesyuarat Panitia masing-masing.
4.1.8.4 Panggilan, teguran secara lisan, memo, surat peringatan, surat tunjuk
sebab akan menyusul sekiranya guru-guru gagal menyediakan RPH dan
senarai semak penghantaran RPH dilakukan pada setiap hari Jumaat.
Makluman
4.1.9 Pengurusan mesyuarat
4.1.9.1 Pengerusi memaklumkan semua GPK, KP dan S/U bagi semua unit
perlu mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) dalam
pengendalian mesyuarat, iaitu mengandungi perkara yang berikut:
(a) Nama mesyuarat
(b) Tarikh dan masa mesyuarat
(c) Tempat mesyuarat
(d) Nama pengerusi, dan
(e) Agenda mesyuarat :
(i) Perutusan pengerusi mesyuarat
(ii) Pengesahan minit mesyuarat lalu
(iii) Perkara-perkara berbangkit/ maklum balas
(iv) Perkara-perkara baharu / Perbincangan /
Pembentangan kertas kerja
(v) Hal-hal lain
(vi) Penangguhan mesyuarat / penutup
4.1.9.2 Surat panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya
tujuh (7) hari dari tarikh mesyuarat dan mengikut agenda yang telah
ditetapkan.
8
4.1.9.3 Senarai kehadiran dan borang tindak susul (maklum balas)
mesyuarat perlu disediakan.
4.1.9.4 Minit mesyuarat dan borang maklum balas perlu diedarkan dalam
masa dua (2) minggu.
4.1.9.5 Ketetapan bilangan mesyuarat tahun 2021 adalah seperti berikut :
Bil Perkara Kekerapan(setahun)
1 Mesyuarat pengurusan Setiap bulan
2 Mesyuarat penyelarasan guru Tiga (3)
3 Mesyuarat induk kurikulum Tiga (3)
4 Mesyuarat induk hal ehwal murid Tiga (3)
5 Mesyuarat induk kokurikulum Tiga (3)
6 Mesyuarat kewangan Empat (4)
7 Mesyuarat panitia mata pelajaran Empat (4)
8 Mesyuarat unit hal ehwal murid Tiga (3)
9 Mesyuarat unit kokurikulum Tiga (3)
Tindakan : GPK, KP dan S/U
4.1.10 Pengurusan SKPMg2 (Pencerapan)
4.1.10.1 Seperti terkandung dalam Standard 4 SKPMg2 (Portal NKRA KPM),
semua guru memainkan peranan dalam PdPC seperti berikut :-
• Guru sebagai perancang
• Guru sebagai pengawal
• Guru sebagai pembimbing
• Guru sebagai pendorong
• Guru sebagai penilai; dan
• Murid sebagai pembelajar yang aktif
4.1.10.2 Pencerapan wajib akan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali
setahun dan sekolah meletakkan KPI sebanyak 85% ke atas. Guru perlu
berbincang dengan pencerap untuk menetapkan tarikh dan masa pencerapan.
4.1.10.3 Semua guru perlu menyempurnakan PENILAIAN KENDIRI bagi
tempoh Januari hingga Mac.
4.1.10.4 Pengerusi mengingatkan guru tentang PdPC serta penyediaan RPH:
• Guru yang menggunakan fail RPH perlu menyediakan ruangan untuk
menulis catatan refleksi.
• PdPC mestilah berpusatkan murid.
• Pengajaran bermakna dan berkesan, dengan penggunaan bahan bantu
mengajar dan sumber teknologi (ICT).
• Guru perlu melaksanakan tindak susul selepas pasca pencerapan.
Makluman
9
4.1.11 Pengurusan prestasi
4.1.11.1 Pengerusi memaklumkan taklimat penyediaan PBPPP
keberhasilan akan dilaksanakan dan semua guru perlu menyediakan
keberhasilan pada awal tahun.
4.1.11.2 Penilaian akan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali setahun.
4.1.11.3 Penganugerahan APC tahunan bukan diambil kira dari penilaian
e-prestasi.
Makluman
4.2 Maklumat Kurikulum
4.2.1 Kalendar akademik 2021
4.2.1.1 GPK Kurikulum memaklumkan tentang jumlah persekolahan bagi
Tahap 1 dan 2 iaitu masing-masing berjumlah 42 dan 40 minggu. Jumlah minggu
bagi Tahap 2 adalah tidak termasuk dua (2) minggu peperiksaan. (Lampiran B)
4.2.1.2 Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Semua guru haruslah merancang PdPC yang bermakna dan berkesan mengikut
masa yang diperuntukkan tanpa sebarang gangguan dan GPK Kurikulum juga
meminta semua guru mengamalkan MMI seperti mengurangkan kelewatan,
ketidakhadiran, meningkat waktu pembelajaran murid, meningkat peluang untuk
belajar dan melindungi waktu instruksional dari gangguan.
Makluman
4.2.2 Proses pengajaran dan pembelajaran
4.2.2.1 Semua guru perlu membudayakan ‘Quality Contact Hour’ iaitu
melaksanakan PdPC mengikut waktu yang ditetapkan.
4.2.2.2 Selain memastikan semua murid menguasai 3M, semua guru juga
memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
• kawalan kelas
• pengurusan bilik darjah
• pengurusan disiplin
• kehadiran dan kesediaan murid
• penggunaan bahan bantu mengajar yang optimum
• menanda hasil kerja murid dengan pen merah
• memberi ulasan membina dan meminta murid membuat pembetulan
Makluman
10
4.2.3 Penggunaan bilik-bilik khas
4.2.3.1 Semua guru penyelaras bilik-bilik khas dikehendaki menyediakan jadual
waktu dan rekod penggunaan bilik masing-masing.
4.2.3.2 Segala peminjaman dan pemulangan peralatan perlu direkodkan dalam
buku log.
Tindakan: Semua penyelaras bilik khas
4.2.4 Pemeriksaan hasil kerja murid
4.2.4.1 Hasil kerja murid perlu disemak oleh semua guru dengan sepenuhnya
di samping membuat penilaian PBD.
4.2.4.2 Pentadbir atau ketua panitia akan menjalankan pemantauan sekurang-
kurangnya dua (2) kali setahun mengikut jadual yang disediakan.
Makluman
4.2.5 Program peningkatan kecemerlangan dan pengurusan panitia
4.2.5.1 Semua panitia perlu menyediakan aktiviti yang menjurus ke arah
kecemerlangan.
4.2.5.2 Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat panitia
termasuklah :
(a) jenis latihan, bilangan buku latihan dan bilangan latihan mengikut subjek
(b) sasaran setiap mata pelajaran
(c) analisis dan post mortem peperiksaan
(d) program peningkatan kecemerlangan murid
(e) saringan untuk menentukan penguasaan 3M murid
4.2.5.3 PLC perlu dilaksanakan secara terbimbing pada setiap minggu bagi
membincangkan kecemerlangan panitia masing-masing.
Tindakan: Semua Ketua Panitia
11
4.2.6 Pembangunan profesionalisme berterusan (CPD)
4.2.6.1 GPK Kurikulum mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang mencapai
peratusan tertinggi dalam CPD;
(i) Puan Nursyazwani binti Hasim
(ii) Puan Noor Suriati binti Talib
(iii) Encik Saiful ‘Adli bin Hamdan
4.2.6.2 Semua guru digalakkan agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran profesional melalui program latihan dalam perkhidmatan di samping
membaca buku secara berterusan.
Makluman
4.3 Maklumat Hal Ehwal Murid
4.3.1 Persediaan hari pertama persekolahan
4.3.1.1 GPK HEM memaklumkan semua murid dibekalkan satu meja, satu
kerusi dan satu buku. Semua buku teks/ latihan akan diagihkan secara
berperingkat setelah sekolah dibuka.
4.3.1.2 Guru bertugas diingatkan hadir awal bagi menyambut kedatangan serta
membantu kelancaran pergerakan murid melalui amalan Program Guru
Penyayang.
Makluman
4.3.2 Pengurusan bilik darjah
4.3.2.1 Semua guru kelas perlu menguruskan keperluan dalam bilik darjah
seperti berikut:
(a) Menyusun atur kerusi meja mengikut PAK21. Murid harus diletakkan
dalam kumpulan dengan memberi penekanan kepada saiz murid,
masalah penglihatan dan masalah disiplin.
(b) Memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan bilik darjah.
(c) Mendisiplinkan murid dalam menjaga kebersihan bilik darjah.
(d) Mempamerkan hasil kerja murid, menyediakan reward chart dan
parking lot.
(e) Menyediakan jadual waktu kelas, jadual bertugas murid dan
peraturan bilik darjah.
12
(f) Mempamerkan senarai inventori bilik darjah.
(g) Melengkapkan papan maklumat & sudut yang bermaklumat.
(h) Menyediakan bekas untuk kitar semula.
(i) Menyediakan rak buku dan carta nilam.
(j) Menanam pokok di koridor kelas.
(k) Menghias kelas menggunakan barangan kitar semula.
Tindakan: Semua guru kelas
4.3.3 Disiplin murid
4.3.3.1 Semua guru di sekolah merupakan guru disiplin dan bertanggungjawab
bagi mendisiplinkan murid setiap masa.
4.3.3.2 Hanya Guru Besar dibenarkan melaksanakan hukuman rotan mengikut
prosedur tertentu manakala guru dilarang merotan murid.
4.3.3.3 Kehadiran murid perlu direkod secara atas talian pada waktu pertama.
4.3.3.4 Pergerakan keluar masuk kelas mesti dikawal dengan menggunakan
pas keluar murid.
4.3.3.5 Guru perlu mengiringi murid untuk ke kelas atau bilik-bilik khas.
4.3.3.6 Guru juga perlu mengingatkan murid tentang pergerakan semasa
kecemasan.
Makluman
4.3.4 Fokus pemeriksaan hari pertama persekolahan 2021
4.3.4.1 GPK HEM juga memaklumkan senarai semak pemeriksaan hari
pertama persekolahan bagi sesi 2021. (Lampiran C)
Makluman
4.4 Maklumat Kokurikulum
4.4.1 Pelaksanaan kokurikulum 2021
4.4.1.1 GPK Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
semua guru atas kecemerlangan kokurikulum.
13
4.4.1.2 Aktiviti kokurikulum akan dijalankan pada hari Rabu selama tiga (3) jam
dari jam 2:00 hingga 5:00 petang; dengan penggiliran minggu aktiviti unit
beruniform dan kelab& persatuan.
4.4.1.3 Semua murid Tahap 2 perlu menyertai ketiga-tiga unit kokurikulum iaitu
kelab& persatuan, sukan& permainan dan unit beruniform. Aktiviti kokurikulum
merupakan kesinambungan kemahiran yang diajar di dalam kelas.
4.4.1.4 Guru penasihat bagi setiap unit hendaklah merancang aktiviti yang
menarik minat murid dengan merujuk buku panduan kokurikulum.
4.4.1.5 Perhimpunan bulanan unit kokurikulum akan dilaksanakan pada minggu
ketiga setiap bulan.
4.4.1.6 Semua guru digalakkan memakai pakaian seragam mengikut unit
uniform masing-masing pada setiap hari Rabu.
4.4.1.7 Guru bertanggungjawab menghantar murid ke sebarang pertandingan
dan bukannya ibu bapa. Surat kebenaran perlu dikeluarkan awal agar
memudahkan semua pihak.
4.4.1.8 Hanya aktiviti kokurikulum sekolah sahaja yang dibenarkan pada hari
Rabu. Aktiviti-aktiviti seperti Kelab Catur dan Kelab Tarian yang dikenakan
bayaran perlu dilaksanakan pada hari-hari lain, tertakluk kepada kebenaran
pentadbir.
Makluman
4.4.2 Kalendar kokurikulum sekolah
4.4.2.1 GPK Kokurikulum memaklumkan perancangan aktiviti bagi setiap unit
Kokurikulum mengikut kalendar kokurikulum. (Lampiran D)
Makluman
4.4.3 Pembugaran sukan sekolah
4.4.3.1 Semua guru merupakan guru sukan dan bertanggungjawab untuk
Menyediakan kegemilangan sukan sekolah dengan menyerlahkan bakat
dan potensi murid.
4.4.3.2 Sukan sekolah akan berfokus kepada sukan elit, penglibatan murid dan
sukan sepanjang tahun.
14
4.4.3.3 Semua program perlu disediakan, disusun dan didokumentasikan dalam
tempoh dua (2) hingga tiga (3) minggu sebelum pelaksanaannya.
4.4.3.4 Kertas konsep perlu disediakan dengan lengkap dan mestilah meliputi
perbelanjaan makan, perjalanan dan pendaftaran.
4.4.3.5 GPK Kokurikulum juga menjelaskan 1M1S juga termasuk dalam
program pembangunan sukan sekolah, seperti yang terkandung dalam SPI
Bil. 16/ 2010.
Makluman
4.5 Pengurusan kewangan
4.5.1 Yuran persekolahan
Tiada sebarang bayaran dikenakan kerana pendidikan adalah percuma, kecuali
murid warga asing perlu membayar yuran khas (fee). Manakala, sumbangan
PIBG akan dikutip selepas mesyuarat Agung.
Makluman
4.5.2 Kewangan panitia
4.5.2.1 Semua panitia hendaklah menyediakan Anggaran Belanja Mengurus
dan dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama.
4.5.2.2 Pembelian keperluan melibatkan kumpulan yang besar perlu mengikut
keperluan semua murid.
4.5.2.3 Aktiviti yang dirancang mestilah bersesuaian dengan peringkat umur
murid dengan mengambil kira bilangan penyertaan yang melibatkan kos
efektif tetapi impak yang maksimum.
4.5.2.4 Semua nota minta adalah tertakluk kepada kelulusan Guru Besar.
4.5.2.5 Setiap pembelian mesti disertai dengan invois, resit dan bukti
pembelian dan semua penerimaan barang hendaklah dimasukkan ke dalam stok.
4.5.2.6 Sebarang pembiayaan program atau lawatan mestilah mengikut prosedur
dan disertakan dengan kertas konsep yang lengkap dan perlu disemak
oleh GPK mengikut unit atau bidang masing-masing sebelum disahkan
oleh Guru Besar.
4.5.2.7 Perbelanjaan hendaklah dilakukan mengikut prestasi bulanan dan
bukannya pada awal @ penghujung tahun sahaja.
Tindakan: Semua Ketua Panitia
15
4.5.3 Bantuan kewangan kokurikulum (BKK)
4.5.3.1 Pengerusi memaklumkan BKK merupakan peruntukan kewangan
tahunan sekolah yang disediakan bagi menampung keperluan
perbelanjaan kegiatan kokurikulum di sekolah SPK Bil 8/2010.
4.5.3.2 Perbelanjaan yang dibenarkan meliputi aktiviti berikut:
• pasukan badan beruniform
• kelab dan persatuan
• aktiviti sokongan , pembentukan, pemupukan dan pembangunan
sahsiah murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus
kepimpinan. (tidak termasuk aktiviti bimbingan kaunseling serta
kecemerlangan akademik)
• urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid.
• penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna.
• pembeliaan serta penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah.
4.5.3.3 Kesalahan-kesalahan penggunaan peruntukan BKK:
(a) Membawa kontinjen sekolah ke pertandingan sukan anjuran MSSD.
(b) Melaksanakan program lawatan bagi calon-calon UPSR.
(c) Kos untuk menyediakan kain rentang (banner) 1M1S.
(d) Melaksanakan kursus pustakawan dan pengawas.
(e) Membeli peralatan pusat sumber.
(f) Menampung kos cetakan teknik menjawab soalan.
(g) Membuat bayaran untuk penceramah kursus motivasi pengawas.
(h) Menggunakan untuk bayaran makan pelawat.
(i) Melaksanakan program lawatan murid dengan menampung kos
pengangkutan, makan dan penginapan yang melibatkan kos yang tinggi
berbanding dengan bilangan murid.
(j) Memberi makan kepada semua murid ketika program kokurikulum.
(k) Menggunakan keseluruhan peruntukan BKK untuk melaksanakan 1
program yang besar.
Makluman
4.6 Penyemakan Manual Pengurusan 2021
4.6.1 Pengerusi memaklumkan Manual Pengurusan 2021 akan disediakan
dalam bentuk softcopy dan sekolah hanya mencetak sebanyak 30 buah sahaja.
Pengerusi membentangkan maklumat pengurusan tahun semasa dengan
merujuk kepada Manual Pengurusan 2021 seperti berikut:
(a) Nukilan kata semanis bicara GB
(b) Makluman umum sekolah
16
(c) KPI sekolah
(d) Senarai nama guru
(e) Lokasi kelas
(f) Jadual pencerapan
(g) Ketetapan dasar sekolah
(h) Jawatankuasa Unit Pengurusan
(i) Jawatankuasa Unit Kurikulum
(j) Jawatankuasa Unit HEM
(k) Jawatankuasa Unit Kokurikulum
(l) Takwim sekolah
4.6.2 Makluman tambahan berkaitan bilik khas : Dewan Sinar
Pengerusi : Pn Ellya binti Mohamad Hilai
Keceriaan : Pn Noraidah binti Badaruzaman
ICT : En Yogessvaran a/l Paramasevam
Siaraya : En Abd Manaf bin Md Jusoh
: En Farhan bin Jamaludin
Penghawa dingin : En Rosli bin Sapar
Makluman
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Budaya mencatat dan budaya kesegeraan
Guru Besar mengingatkan semua guru agar membuat minit curai dan
menghantar laporan yang dikehendaki dengan segera sebelum PPD
membuat tindakan susulan, kerana ianya akan mempamerkan kelemahan
pentadbiran dan menjejaskan imej sekolah.
5.2 Cuti bukan hak tetapi keistimewaan
Semua guru perlu memohon kebenaran dari Guru Besar sebelum bercuti.
CRK tidak boleh bersambung dengan cuti peristiwa dan guru perlu
merancang lebih awal sebelum mengambil cuti dengan sesuka hati.
5.3 Semua guru dikehendaki mengemaskini pengisytiharan harta dalam sistem
HRMIS.
5.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang mendapat
kenaikan pangkat DG48 pada tahun 2020.
5.5 Pertandingan Kelestarian Sekolah (SLAAS)
5.5.1 Penyelaras pertandingan , Pn Noor Suriati memaklumkan kepada
ahli jawatankuasa yang terlibat untuk menyiapkan semua taman sebelum
selewat-lewatnya akhir Januari kerana laporan akhir perlu disiapkan pada
bulan Februari.
Makluman
17
5.6 Latihan personel 2021 (SPLKPM)
5.6.1 Pn Zuhiedaya memaklumkan semua guru diwajibkan mengikuti
LADAP sebanyak minima lima (5) hari setahun. Untuk makluman juga,
semua guru dan staf termasuk guru-guru interim telah berjaya mencapai
mata kredit 42 bagi CPD seawal bulan Julai pada tahun lalu.
5.6.2 Di samping itu, guru-guru juga perlu mencapai minima 42 mata
kredit setahun untuk CPD. Mata kredit boleh ditambah secara berikut :
• menghadiri kursus (offsite)
• membaca buku
• menghadiri kursus secara dalam talian (online) seperti EPSA /
WEBINAR dan lain-lain yang dibenarkan KPM),
• melaksanakan PLC
• Memberi sumbangan secara sukarela diluar tugasan hakiki.
[jurulatih utama (JU), pengadil, pegawai teknikal, jurulatih pusat]
5.6.3 Selepas melaksanakan PLC , ketua kumpulan perlu mengisi data
berkenaan ke dalam sistem SPLKPM dan membuat laporan ringkas
berkaitan PLC untuk simpanan fail panitia serta Penyelaras PLC.
5.6.4 Semua guru amat digalakkan untuk mengikuti kursus EPSA
(ePembelajaran Sektor Awam) yang diselia oleh pihak INTAN untuk
menambah hari latihan secara atas talian. Pelbagai kursus yang ditawarkan
meliputi perkara berkaitan tugasan dan kehendak perkhidmatan awam.
5.6.5 Semua guru dan staf diminta sentiasa menyemak data masing-
masing dalam SPLKPM setiap bulan bagi memastikan kursus atau latihan
yang dihadiri telah dikemaskini oleh pihak penganjur.
5.6.6 Selain itu, semua guru diminta menyemak dan mengisi bahagian
penilaian kursus secara dalam talian (online) (PK06-1 dan PK06-2) bagi
setiap kursus yang dihadiri. Ianya bertujuan untuk Setiausaha Latihan
membuat analisa dan penilaian kursus dan penceramah.
Makluman
6. PENUTUP
6.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta komitmen
yang telah diberikan oleh semua guru sepanjang pengendalian mesyuarat
guru kali pertama tahun 2021.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:50 tengah hari.
Urus Setia
S/U Mesyuarat Guru
SK Seksyen 9, Shah Alam
Tarikh : 17.1.2021
18
LAMPIRAN A
WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM DI SEKOLAH (PPP & AKP)
RUJUKAN:
1. Perintah Am Bab A-G
2. Tugasan guru dalam cuti penggal sekolah ( SPI bil 5/1997)
3. Ketetapan masa di sekolah ( SPI bil 2/1981)
4. Pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah ( semakan 2017 ) secara
berperingkat-peringkat mulai tahun 2017( SPI bil 8/2016 )
5. Pelaksanaan jadual anjal bagi sekolah rendah dan menengah.
( SPI bil 10/1995 )
6. Penggunaan waktu tidak mengajar/ waktu terluang oleh guru.
( SPI bil 1981)
7. Cuti rehat tahunan PGB ( SPI perkhidmatan KPM bil 6/2005 )
8. Cuti rehat khas PPP ( Pekeliling perkhidmatan bil 8/2017)
9. Kemudahan cuti kuarantin ( Pekeliling perkhidmatan bil 11/2016)
10. Pelaksanaan bekerja 5 hari seminggu ( Pekeliling perkhidmatan bil 13/2005)
11. Tugas guru dalam cuti penggal sekolah (SPI bil 5/1998)
12. Peringatan pelaksanaan tugas guru dalam cuti penggal sekolah.
( Surat siaran KPM bil 11/2017)
13. Peruntukan waktu kegiatan kokurikulum di sekolah rendah& menengah
( SPI bil 2/ 2007)
19
LAMPIRAN B
KALENDAR AKADEMIK SK SEKSYEN 9 SBT, SHAH ALAM TAHUN 2021
MINGGU RPT
MINGGU TEMPOH CUTI SEKOLAH/ CUTI UMUM CATATAN
TAHAP 1 TAHAP 2
1 Jan - 19 Jan Cuti Awal Tahun
1 20 Jan - 22 Jan 1 1
2 25 Jan - 29 Jan 2 2
3 1 Feb - 5 Feb 3 3
4 8 Feb - 11 Feb 4 4 12 & 13 Feb – Tahun Baru Cina
5 15 Feb 19 Feb 5 5
6 22 Feb - 26 Feb 6 6
7 1 Mac - 5 Mac 7 7
8 8 Mac - 12 Mac 8 8
9 15 Mac - 19 Mac 9 9
10 22 Mac - 26 Mac 10 10 Ujian Mac (Teras) / Ujian Psikometrik
27 Mac - 4 Apr Cuti Pertengahan Penggal 1
11 5 Apr - 9 Apr 11 11
12 12 Apr - 16 Apr 12 12
13 19 Apr - 23 Apr 13 13
14 26 Apr - 30 Apr 14 14 29 April - Hari Nuzul Al-Quran
15 3 Mei - 7 Mei 15 15 1 Mei - Hari Pekerja
16 10 Mei - 14 Mei 16 16 13 & 14 Mei - Hari Raya Puasa
17 17 Mei 21 Mei 17 Peperiksaan Pertengahan Tahun
18 24 Mei - 28 Mei 18 17 26 Mei - Hari Wesak
29 Mei - 13 Jun Cuti Pertengahan Tahun / 7 Jun - Hari Keputeraan Agung
19 14 Jun - 18 Jun 19 18
20 21 Jun - 25 Jun 20 19
21 28 Jun - 2 Jul 21 20
22 5 Jul - 9 Jul 22 21
23 12 Jul - 16 Jul 23 22
17 Jul - 25 Jul Cuti Pertengahan Penggal 2
24 26 Jul - 30 Jul 24 23
25 2 Ogos - 6 Ogos 25 24 Perc UPSR
26 9 Ogos - 13 Ogos 26 25 10 Ogos - Awal Muharram
27 16 Ogos - 20 Ogos 27 26
28 23 Ogos - 27 Ogos 28 27
29 30 Ogos - 3 Sept 29 28 31 Ogos - Hari Kebangsaan Ke-64
30 6 Sept - 10 Sept 30 29
11 Sept - 19 Sept Cuti Pertengahan Penggal 3 / 16 Sept - Hari Malaysia
31 20 Sept - 24 Sept 31 30
32 27 Sept - 1 Okt 32 31
33 4 Okt - 8 Okt 33 32 UPSR
34 11 Okt - 15 Okt 34 33 UPSR
35 18 Okt - 22 Okt 35 Peperiksaan Akhir Tahun / 19 Okt - Maulidur Rasul
36 25 Okt - 29 Okt 36 34
37 1 Nov - 5 Nov 37 35 4 Nov - Hari Deepavali
38 8 Nov - 12 Nov 38 36
39 15 Nov - 19 Nov 39 37
20
40 22 Nov - 26 Nov 40 38
41 29 Nov - 3 Dis 41 39
42 6 Dis - 10 Dis 42 40
11 Dis - 31 Dis Cuti Akhir Tahun
21
LAMPIRAN C
BIL PERKARA TINDAKAN
1 Perancangan Strategik/ Perancangan Tahunan/ SEMUA
Takwim sekolah PENTADBIR
2 Penyediaan Jadual Waktu induk individu, kelas & PKP
guru ganti
3 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan PKP / GURU
Rancangan Pelajaran Harian
4 Tinjauan Pengajaran dan Pembelajaran PKP / GURU
5 Pengisian jawatan pengurusan sekolah/guru GB / PKP
6 Kehadiran pentadbir dan guru pada hari pertama SEMUA
sekolah PENTADBIR /
GURU
7 Kehadiran murid pada hari pertama persekolahan PK HEM / GURU
KELAS
8 Pengurusan perkhidmatan kawalan keselamatan PK HEM
9 Pengurusan perkhidmatan kebersihan bangunan PK HEM
dan sekolah
10 Kesediaan infrastruktur dan prasarana sekolah SEMUA
PENTADBIR
11 Kemudahan asas bekalan air dan elektrik PK HEM
12 Kemudahan dan kecukupan meja dan kerusi PK HEM
13 Kesediaan dan pengoperasian asrama TIADA KAITAN
14 Kemudahan dan kesediaan bilik-bilik khas SEMUA
PENTADBIR
15 Kesediaan kantin beroperasi PK HEM
17 Kesediaan capaian internet PPTM
18 Pengagihan buku teks kepada murid-murid PK HEM
19 Pengurusan bantuan persekolahan PK HEM
20 Pengurusan pendaftaran murid tahun 1 PK HEM
21 Ketetapan penggunaan buku kerja/ latihan murid PKP
22 Pengurusan bayaran tambahan sekolah PKP
22
LAMPIRAN D
KALENDAR KOKURIKULUM 2021
SK SEKSYEN 9 SBT, SHAH ALAM
TARIKH BIL. PERJUMPAAN
MINGGU AKTIVITI KOKURIKLUM CATATAN
PERJUMPAAN UNIT KELAB SUKAN
1 Jan - 19 Jan
1 1
2 27-Jan-21 1 1 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
3 3-Feb-21 1 2 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
4 4 12 & 13 Feb – Tahun Baharu Cina
5 17-Feb-21 2 3 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
6 24-Feb-21 2 4 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
7 3 Mac 21 3 5 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
8 10 Mac 21 3 6 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
9 17 Mac 21 4 7 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
10 10 Ujian Mac (Teras) / Ujian Psikometrik
27 Mac - 4 Apr
11 7-Apr-21 4 8 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
12 14-Apr-21 5 9 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
13 21-Apr-21 5 10 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
14 14 29 April - Hari Nuzul Al-Quran
15 15 1 Mei - Hari Pekerja
16 16 13 & 14 Mei - Hari Raya Puasa
17 17 Mei 21 Mei Peperiksaan Pertengahan Tahun
18 24 Mei - 28 Mei 26 Mei - Hari Wesak
29 Mei - 13 Jun
19 16-Jun-21 6 11 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
20 23-Jun-21 6 12 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
21 30-Jun-21 7 13 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
22 7 Julai 21 7 14 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
23 14 Julai 21 8 15 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
17 Jul - 25 Jul
Percubaan
24 28 Julai 21 8 16 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN UPSR
25 4 Ogos 21 9 17 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
26 11 Ogos 21 9 18 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
27 18 Ogos 21 10 19 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
28 25 Ogos 21 10 20 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
29 1-Sep-21 11 21 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
30 8-Sep-21 11 22 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
11 Sept - 19 Sept
31 22-Sep-21 12 23 UNIT BERUNIFORM / SUKAN PERMAINAN
32 29-Sep-21 12 24 KELAB/PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN
33 4 Okt - 8 Okt UPSR
34 11 Okt - 15 Okt UPSR
Peperiksaan Akhir Tahun / 19 Okt - Maulidur
35 18 Okt - 22 Okt Rasul
23
36 25 Okt - 29 Okt
37 1 Nov - 5 Nov 4 Nov - Hari Deepavali
38 8 Nov - 12 Nov
39 15 Nov - 19 Nov
40 22 Nov - 26 Nov
41 1 Dis 21 Hari Anugerah Kokurikulum 2021
42 6 Dis - 10 Dis
11 Dis - 31 Dis
24