PERSATUAN IBU BAPA-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK NAMA
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46 (12 MAC 2020)
SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK NAMA, REMBAU
UCAPAN YDP PIBG SK SALAK NAMA
(ENCIK HAMIZA BIN ZAINI)
1. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga kerana sudi hadir Mesyuarat
PIBG kali ke-46. Ini menunjukkan komitmen ibu bapa dan penjaga kepada PIBG dan sekolah
serta ambil tahu serba sedikit tentang anak-anak.
2. PIBG merupakan satu medium untuk mengeratkan hubungan,antara sekolah dan ibu bapa,
bertukar pandangan, menyumbang idea memberi bantuan dan bersama-sama dalam
menyelesaikan masalah.
3. YDP berharap agar ibu bapa dan penjaga tidak bertindak melulu sekiranya ada apa-apa
masalah. Datang berbincang melalui saluran PIBG.
4. Ucapan tahniah kepada guru besar dan semua guru di atas kecemerlangan sekolah terutama
dalam bidang akademik dan kokurikulum.
5. Ibu-bapa diharapkan agar dapat memberi kerjasama kepada sekolah untuk keharmonian guru-
guru dan sekolah. Seterusnya dapat memajukan anak-anak SKSN.
UCAPAN GURU BESAR SK SALAK NAMA
(PN. SITI ROHANI BT MOHD NOOR)
1. Mengucapkan salam dan ucapan terima kasih kepada semua penjaga yang hadir pada petang
ini.
2. Guru besar mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan ahli jawatan
kuasa PIBG yang lama pada sesi 2019/2020. Kepada ahli jawatankuasa yang akan dilantik
semoga kita dapat sama-sama menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Salak Nama.
3. Harapan guru besar agar kita dapat bergerak bersama-sama guru-guru sksn, ahli jawatankuasa
dan masyarakat setempat.semoga kita dapat mencontohi sarana-sarana yang hebat seperti SK
Chengkau dan SK Taman Seri Rembau.
4. Guru besar berpesan, seandainya ibubapa/ penjaga yang ada masalah sila hadir ke sekolah
untuk berbincang.
5. Harapan guru besar agar mesyuarat agung kali ke 46 ini akan berjalan lancar.
1
AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN ALUAN DARIPADA YDP PIBG ( En. Hamiza b Zaini)
1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih kerana ibu bapa sudi hadir dalam mesyuarat ini
demi kemajuan anak-anak mereka.
2. MEMBENTANGKAN PERINGATAN MESYUARAT AGUNG KE- 46.
2.1 Setiausaha PIBG SK Salak Nama membentangkan peringatan Mesyuarat Agung ke 46
bertarikh 12 Mac 2020
2.1.1 Pembentang : En. Mohd Nasir b Maamor
Cadang : En. Muhammad Faridi b Kamaruddin
Sokong : En. Amli b Aiyub
3. MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG 2018/2019
3.1 Bendahari PIBG SK Salak Nama membentangkan penyata kewangan PIBG yang
berakhir pada 31.12.2019
3.1.1 Pembentang : En. Fairul Ezzuan bin Rasaik
Cadang : En. Mohamad Esa b Othman
Sokong : En. Abu Bakar b Anuar
4. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG
4.1 YDP PIBG membubarkan jawatankuasa PIBG penggal 2019/2020.
5. PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
5.1 En. Hisham b. Lian mencadangkan En. Hamiza b. Zaini dilantik sebagai pengerusi
sementara.
Sokongan sebulat suara
6. PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2020/2021
6.1 Jawatan: YDP
En. Mohamad Esa b Othman mencadangkan En. Amli b Aiyub sebagai YDP PIBG
2020/2021 dan disokong oleh En. Abu Bakar b Anuar. Pn. Rohaya bt Daud
mencadangkan bahawa cadangan ditutup. Sokongan sebulat suara.
Keputusan sebulat suara tersebut meletakkan En. Amli b Aiyub sebagai YDP PIBG
menggantikan En. Hamiza b Zaini
6.2 Jawatan: NYDP
Pn. Rohaya mencadangkan En Mohamad Esa b Othman sebagai NYDP PIBG
2020/2021 dan disokong oleh Pn. Roslida bt Saat
En. Mohamad Esa b Othman mencadangkan En. Faridi b Kamaruddin sebagai NYDP
PIBG 2020/2021 dan disokong oleh En Amli b Aiyub.
Undian telah dibuat dan En. Mohd Faridi b Kamarudin menang sebanyak 16 undian
berbanding En. Mohamad Esa b Othman sebanyak 12 undian. Mesyuarat sebulat suara
bersetuju melantik En. Mohd Faridi b Kamarudin sebagai NYDP PIBG sesi 2020/2021
2
6.3 Jawatan: Setiausaha
Pn. Siti Rohani bt Mohd Noor, Guru Besar SK Salak Nama mencadangkan melantik En
Mohd Nasir b Maamor sebagai setiausaha PIBG 2020/2021 menggantikan En
Kamaruzaman Bin Kamis yang telah berpindah dan disokong sebulat suara ahli
mesyuarat.
6.4 Jawatan: Bendahari
Pn. Siti Rohani bt Mohd Noor, Guru Besar SK Salak Nama mencadangkan melantik
semula En Fairul Ezzuan b. Rasaik sebagai bendahari PIBG 2020/2021 dan disokong
sebulat suara ahli mesyuarat.
6.5 Jawatan: AJK Guru
Pn. Siti Rohani bt Mohd Noor, Guru Besar SK Salak Nama mencadangkan En. Mohd
Radzi b. Long, Pn. Rohaya bt. Maarof dan Pn. Samihah bt. Nasir sebagai ahli
jawatankuasa PIBG 2020/2021 dan disokong sebulat suara ahli mesyuarat.
6.6 Jawatan:AJK Ibu Bapa
Ahli mesyuarat telah mencadangkan dan sebulat suara bersetuju melantik En.
Mohamad Esa b. Othman, En. Abu Bakar b. Anuar, En. Merul Hezri b Merus Pn. Rohaya
bt Daud, Pn. Janifah Aszlina bt Md Adnan, Pn. Martini bt Mareuni, Pn. Siti Salina bt.
Shamsudin, Nor Ashikin bt Ruseli Fadzil, Nor Azwaniza bt Kasbi dan Pn. Nin Awiya bt
Juhari sebagai AJK ibu bapa 2020/2021
6.7 Jawatan: Pemeriksa Kira-kira
Ahli mesyuarat telah mencadangkan dan sebulat suara bersetuju melantik En. Wan
Zafri bin Yaacob dan Pn Zuliza bt Harun sebagai pemeriksa kira-kira 2020/2021.
6.8 Senarai jawatankuasa PIBG SK Salak Nama bagi penggal 2020/2021 adalah
seperti berikut
Ex Officio : Yang Berusaha Puan Siti Rohani bt Mohd Noor
Yang Dipertua : En. Amli b. Aiyub
Naib yang Dipertua : En. Mohamad Faridi b Kamaruddin
Penyelaras : En. Hisham bin Lian
Setiausaha : En. Mohd Nasir b Maamor
Bendahari : En. Fairul Ezzuan b.Rasaik
Ajk ibu/bapa : En. Mohamad Esa b. Othman
En. Abu Bakar b. Anuar
En. Merul Hezri b Merus
Pn. Rohaya bt Daud,
Pn. Janifah Aszlina bt Md Adnan
Pn. Martini bt Mareuni
Pn. Siti Salina bt. Shamsudin
Nor Ashikin bt Ruseli Fadzil
Nor Azwaniza bt Kasbi
3
Ajk Guru :En. Mohd Radzi bin Long
Pemeriksa kira-kira: En. Mohd Zamri b Mohd Sah
Pn. Rohaya bt Maarof
Pn. Nor Samihah bt Nasir
En. Wan Zafri bin Yaacob
Pn. Zuliza bt Harun
7. MEMBAHASKAN USUL-USUL
USUL DARIPADA PIBG IBU BAPA DAN PENJAGA
-TIADA
USUL DARIPADA GURU
-TIADA.
USUL DARIPADA AJK PIBG
1. Ahli jawatankuasa PIBG bersetuju, sumbangan RM90 untuk satu keluarga pada sesi
2020/2021. Disokong dan diterangkan oleh En. Hamiza b. Zaini selaku YDP sesi
2019/2020 serta telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat agung PIBG kali
ke-46 sesi 2020/2021.
8. HAL-HAL LAIN
8.1 Pn Nor Ashikin bt Ruseli Fadzil
bertanyakan bilakah sukan tahunan akan diadakan?
-Guru besar menerangkan, sukan tahunan akan diadakan pada 5/4/2020
8.2 Pn. Siti Rohani bt Mohd Noor (Guru Besar)
Meminta agar En. Hamiza b. Zaini memulakan dan menggerakkan alumni SKSN
8.3 Pn. Martini bt Mareuni
bertanyakan bilakah sumbangan PIBG boleh dibayar?
- En. Hamiza b Zaini menerangkan pembayaran boleh dilakukan setelah mendapat
kelulusan daripada JPNNS
8.4 En. Fairul Ezzuan b Rasaik (bendahari)
- Ahli jawatankuasa PIBG SK Salak Nama dengan ini sepakat ingin menukar
penandatangan akaun PIBG di CIMB Rembau. Pemegang amanah atau individu yang
diberikan amanat untuk menguruskan akaun tersebut adalah seperti berikut:
1) Amli Bin Aiyub No. K.P : 700711055073 Jawatan : Yang Di Pertua
2) Mohd Nasir Bin Maamor No. K.P. : 801014055011 Jawatan : Setiausaha
3) Fairul Ezzuan Bin Rasaik No. K.P.: 780331086399 Jawatan: Bendahari
4
Syarat penandatangan dan sebarang urusan pengeluaran akaun di CIMB Nombor
akaun: 8004351868 hendaklah 2/3 daripada penama-penama di atas. (Bendahari
adalah wajib)
Tindakan:YDP, setiausaha dan bendahari
9. UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Ucapan terima kasih dan tahniah di atas pelantikan dan kepercayaan ke atas lantikan
ahli jawatankuasa PIBG yang baru.
9.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada mantan YDP En. Hamiza b Zaini
9.3 Beliau juga mengharapkan dapat bersama-sama barisan AJK PIBG yang baru untuk
memajukan SKSN.
9.4 Beliau berharap seandainya ada sebarang masalah dengan pihak sekolah sila bawa
bincang melalui saluran PIBG
9.5 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma yang memberi
sumbangan kepada pihak sekolah, juga ucapan terima kasih kepada guru-guru dan
pentadbir sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.07 petang.
Disediakan oleh, DIsahkan oleh,
(MOHD NASIR BIN MAAMOR) (AMLI BIN AIYUB)
Setiausaha Yang Dipertua
PIBG SK Salak Nama PIBG SK Salak Nama
(FAIRUL EZZUAN BIN RASAIK)
Bendahari
PIBG SK Salak Nama
5