ISU NO. 5 // SIRI NO. 3 // JANUARI 2022
ERTI MENJADI
RAKYAT MALAYSIA
KUALA LUMPUR, MY
Faizal Anak Wong 283169
Muhammad Haziq Izzuddin bin Hamidi 283266
Nur Safwanah binti Zainal 283308
Nurfarisha Balqish binti Yusri 283314
Nurathira binti Mohd Zaki 283628
03 Pengenalan 08 Bangsa dan Kaum NAGNUDNAK ISI
04 Sudut Editorial 16 Bandar Bersejarah
05 Rukun Negara 18 Kesimpulan
06 Lagu Negaraku 19 Rujukan
07 Hari Malaysia
PENGENALAN NALANEGNEP
Kemerdekaan Negara yang disambut setiap 31 Ogos bukan sahaja untuk
memperingati kita tentang kebebasan negara kita MALAYSIA dari cengkaman
penjajah, tetapi juga untuk meniupkan kembali semangat pejuangan dalam roh
setiap insan di atas muka bumi tercinta ini, tanah tumpahnya darah kita.
Soalnya, semangat pejuangan yang bagaimanakah itu? Nak menentang
penjajah? Bukankah sudah tiada penjajah? Bukankah kita sudah merdeka
selama 64 tahun? Kini pejuangan yang kita pikul bukanlah menentang penjajah,
namun, penentangan kita kini terhadap mereka yang mengabaikan
tanggungjawab dalam erti lain mengkhianati negara ibarat api dalam sekam.
Menariknya, pengkhianatan ini berlaku secara sedar mahupun tidak sedar,
kerana sesetengah rakyat Malaysia masih tidak memahami dengan baik tentang
tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan ERTI MENJADI RAKYAT MALAYSIA.
Persoalan utamanya di sini, adakah kita juga tergolong dalam kalangan mereka
yang “mengkhianati” negara dalam tidak sedar? Ayuh anak Malaysia kita
singkap dan hayati tanggungjawab-tanggungjawab dan semangatsebagai
rakyat Malaysia untuk memastikan kita selari dan memenuhi segala tuntutan
sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patrioktik.
Assalamualaikum w.b.t. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi LAIROTIDE TUDUS
serta tahniah diucapkan kepada yang telah menjayakan E-majalah
“Erti Menjadi Rakyat Malaysia” ini.
Majalah ini adalah naskhah yang membentangkan tentang erti
menjadi seorang rakyat di Malaysia, rakyat yang terdiri daripada
berbilang kaum dan bangsa, kepelbagaian dan keunikan yang
terdapat di Malaysia dan lain-lain lagi.
Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa majalah
atas terbitan “Erti Menjadi Rakyat Malaysia”. Kepada pembaca
majalah ini, semoga memperoleh manfaat
Rukun Negara
ARAGEN NUKUR
Lagu Negaraku
UKARAGEN UGAL
Hari Malaysia AISYALAM IRAH
Sebagai seorang rakyat Malaysia pasti kita ternanti-nanti cuti umum yang jatuh
pada 16 September setiap tahun bagi menyambut Hari Malaysia. Tetapi apa
sebenarnya? Kita seringdikelirukan dengan Hari Merdeka (Hari Kemerdekaan), ia
sebenarnya menandakan 16 September 1963, apabila bekas jajahan British Singapura
dan negeri-negeri Malaysia TimurSabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah
Melayu untuk mewujudkan Persekutuan Malaysia.
Tarikh 16 September 1963 merupakan peristiwa bersejarah bagi negara kita Malaysia
kerana ia menandakan era baharu, dimana kita MALAYSIA berhasrat membina
negara dan membangun daripada kemerdekaan yang diperoleh hanya beberapa
tahun sebelum pada 1957. Tarikh tersebut diisytihar sebagai cuti umum pada 2010
oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usahah untuk
memupuk semangat Malaysia dan mengingatkan rakyat Malaysia tentang
perjuangan yang dihadapi oleh nenek moyang mereka dalam mencapai
kemerdekaan yang mereka kecapi hari ini.
FAKTA MENGENAI HARI MALAYSIA
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati
penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963.
Hari Malaysia menandakan hari bergabungnya Malaya, Borneo Utara, Sarawak
dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Singapura meninggalkan
persekutuan duatahun kemudian.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh wakil-wakil
kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura
untuk membentuk Malaysia pada 31 Ogos.
Bagaimanapun, Malaysia akhirnya mengisytiharkan pada 16 September 1963 di
Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Sebelum 2010, Hari Malaysia merupakan cuti umum di Sabah sempena hari
keputeraan Yang Di-Pertua negeri Sabah; namun ia bukan cuti umum di
Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Mulai tahun 2010, Hari Malaysia adalah cuti umum untuk semua negeri di
Malaysia
Malaysia negara kita, Malaysia tempat kita dilahirkan, dan Malaysia juga tempat kita
membesar dan pendek kata segalanya berlaku di bumi bertuah ini. Pada 16
September setiaptahun, kita meraikan sambutan Hari Malaysia, sambil kita
menghayati apa itu erti sebuahnegara berdaulat. Kenikmatan yang kita kecapi
apabila bernaung di sebuah negara yang tidaklagi ditadbir oleh kuasa kolonial.
Adalah penting untuk kita memahami dan menghayati hari bersejarah ini sebagai
seorang anak Malaysia. SAYA ANAK MALAYSIA!
Bangsa dan Kaum MUAK NAD ASGNAB
di Malaysia
Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak
Permainan : congkak, gasing, wau
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Jenis-jenis Wau
Orang Cina
Pakaian : Hanfu, Cheongsam, Sam Fu
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew
Tarian Singa
Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda
Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang
terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian
Malaysia), khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa
mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga
dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji
pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab
tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina
masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada
warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh
kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana
sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu
melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum
Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-
generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".
Kaum Iban (Sarawak)
Pakaian Tradisional Kaum Iban
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan
jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk
Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di
Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai
Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan
yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai,
dianggap suci, dan dihormati.
Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai
Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan
Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai
sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang
tahun ini.
Kaum Bajau (Sabah)
Suku kaum Bajau banyak
terdapat di negeri Sabah. Suku
kaum Bajau adalah antara
penduduk asal kepulauan
Borneo sejak berabad-abad
lamanya, atau sejak kewujudan
bangsa Melayu di Nusantara
kerana suku kaum Bajau adalah
serpihan Melayu gelombang
kedua yang datang ke
Nusantara.
Kaum Murut (Sabah)
Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta
wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut
adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan, Tawau
(Merotai dan Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan Keningau.
Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni
dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah,
memburu dan menangkap ikan di sungai. Mereka juga mejalankan
memungut hasil hutan seperti(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa
kini kaum murut sudah ada yang bekerja di perkhidmatan dalam sektor
awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Kadazandusun (Sabah)
Suku kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan
kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama
Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik
kaum ‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua
kaum ini iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.
Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. Kaum Kadazandusun merupakan kaum
bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah
(KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut Bisaya, Kuijau, Murut,
Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas,
Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu,
Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon,
Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.
Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya dengan pelbagai
budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun oleh nenek moyang mereka
dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah. Keunikan
masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada
amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam
dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.Kaum
Kadazandusun memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda
dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan
tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan
warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.
Tempat Bersejarah di Malaysia
1. Bukit Kepong Balai Polis Bukit Kepong HARAJESREB TAPMET
Peristiwa Bukit Kepong adalah
kejadian dimana pengganas Komunis
telah menyerang Balai Polis Bukit
Kepong. Pertempuran yang berlaku
sekitar jam 5:00 pagiini telah
mengorbankan sebanyak 25 anggota
polis danorang awam. Semasa
kejadian tersebut terdapat 15 orang
anggota polis Melayu dan Konstable
Polis Marin yang diketuai oleh Sarjan
Jamil Mohd Shah.
Pasukan ini diperkuatkan dengan 3
konstable khas dan 4 polis campuran.
Seramai 13 isteri dan kanak – kanak
tinggal di berek kelamin di belakang
balai.
2. Kompleks Sejarah Pasir Salak
Terletak kira – kira 70KM dari Ipoh, kompleks ini memberi penghormatan
kepada para pahlawan seperti Dato’ Sagor dan Dato’ Maharaja Lelaa.
Terdapatmemorial yang didirikan untuk menghargai pengorbanan mereka,
dalam bentuk sundang (pedang), satu replika berbentuk pisau yang
digunakan dalam pembunuhan Mr. IBirch.
Kompleks ini memberi penghormatan kepada pahlawan yang mengetuai
penduduk tempatan menentang kuasa penjajahan British.
Ia juga merupakan tempat dimana api semangat kebangsaan Melayu mula
bertiup. Setelah Residen British Perak, J.W.W. Birch dibunuh di tebing
SungaiPerak, ketegangan antara pentadbiran penjajah British dan orang
Melayu meningkat
Kompleks Sejarah Pasir Salak
3. Candi Lembah Bujang
Penemuan beberapa artifak bersejarah membuktikan Lembah
Bujang merupakan pelabuhana ntarabangsa dan pusat
perdagangan terkenal menerima kedatangan pedagang China,
Arab, India dan Kepualauan Melayu.
Antara yang telah diperdagangkan termasuklah rempah – rempah
ratus, seramik dan manik kaca sehingga menjadikan ia sebagai
pusat perdagangan Asia Tenggaraterkenal pada kurun ke-2
hingga kurun ke-14 Masihi.
Tapak Lembah Bujang
4. Kota Belanda Pulau Pangkor Pihak Belanda yang membuat
Kota ini dibina oleh Belanda pada hubungan baikdengan Perak
tahun 1670 sebagai gedung untuk telah berjaya dalam urusan
menyimpan bijih timah perdaganganbijih timah. Syarikat
yangdiperoleh di negeri Perak. Hindia Timur Belanda
Kota ini terletak disebuahteluk di berjayamendapat kuasa
Pulau Pangkor yang dikenali monopoli ke atas perdagangan
sebagai KampungTeluk Gedung bijihtimah di Negeri Perak.
iaitu sebuah perkampungan
nelayan padaketika itu.
Pembinaan kota ini mempunyai
perkaitan rapatdengan tujuan
kedatangan orang – orang Belanda
KeTanah Melayu pada permulaan
abad ke-17 Masihi.
Pandangan Kota Belanda menghala laut
KESIMPULAN NALUPMISEK
Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia ialah satu penghormatan buat kita, kerana
iamerupakan sebuah pejuangan yang suci dalam usaha kita anak bangsa MALAYSIA
bersamamembangunkan tanah air tercinta kita. Ayuh! Mari kita bersama berganding
bahu, salingmembantu untuk membina sebuah negara yang akan menjadi bukti
perpaduan simpulan cintakita bersama yang tidak berbelah bahagi, yang tidak
mengenal erti perbezaan agama mahupun bangsa.
Kita sebagai bangsa Malaysia harus terus melaksanakan tanggungjawab
bersungguh-sungguhbersatu hati. Bak kata pepatah ibarat aur dengan tebing. Tidak
dinafikan, memang pejuanganini sukar, namun pasti manisnya akan dapat dirasai
oleh cucu dan cicit kita ibarat manisnyamadu hasil usaha bersama. Bangsa Malaysia
juga perlu terus konsisten dalam membakarsemangat pejuangan ini.
Sebagai penutup, janganlah disoalkan apa sumbangan negara kepada kamu,
sebaliknyasoalah apa sumbangan kamu kepada negara, memetik kata-kata Mantan
Presiden Amerika, JF Kennedy yang boleh dijadikan renungan untuk kita lebih
memahami erti menjadi Rakyat Malaysia.
Rujukan
Nor, H. M. (2014). Hayati Makna Hari Malaysia. Sumber: Harian
Metro (Sisipan Variasi/Segmen Gen. Y), 16 September 2014 (Selasa)
ms. V10-V11.
Zainul Rijal Abu Bakar, D. (2015). Memaknakan ErtiKemerdekaan:
Baiki Aspek Yang Masih Ada ElemenPenjajah. Utusan Malaysia
(Sisipan Mega/SegmenAgama), 27 Ogos 2015 (Khamis), ms. 12.
Irshanto, A. B. (2019). Dari Konfrontasi Ke Perdamaian(Hubungan
Indonesia–Malaysia 1963-1966). CRIKSETRA: Jurnal Pendidikan
Sejarah, 8(2), 84-97.
Kamaruddin, M. (2014). Saya Anak Malaysia! SelamatHari Malaysia!.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujang
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kota_Belanda
https://www.bernama.com/bm/infografik/index.php?v=8098
https://www.malaysiakini.com/letters/536726