The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzatykhoiry, 2022-12-06 03:03:19

Angan Sang Harimau

Buku cerita kanak-kanak

ANGAN SANG HARIMAU

Pada suatu masa dahulu, di dalam
sebuah hutan terdapat dua ekor
binatang iaitu Sang Harimau, dan Sang
Singa.

Ketika sedang berjalan, Sang Harimau
memberitahu Sang Singa angannya
menjadi seorang Badang.

"Apa? Badang?" Soal Sang Singa pelik.
"Mana boleh seekor binatang menjadi
seorang manusia." Tambah Sang Singa.

"Kenapa? Kau fikir anganku tidak boleh
menjadi betul? Baik, aku akan tunjukkan
kepada kau." Kata Sang Harimau.

"Kau nak ke mana?" Soal Sang Singa.
"Aku nak tinggalkan kau. Kita bukan
kawan lagi." Kata Sang Harimau dengan
sombong.

Pada keeesokan harinya, Sang Harimau
mula duduk di bawah pokok. "Sinilah
aku akan menjadi Badang." Kata Sang
Harimau.

Pada hari kedua, Sang Harimau mula
berasa lapar dan dahaga. Namun, dia
tidak mahu makan dan minum.

Pada hari ketiga, Sang Harimau mula
lemah. Sang Harimau tetap duduk di
bawah pokok walaupun tidak kuat.

Pada hari keempat, Sang Harimau
semakin lemah. "Singa, tolong aku. Aku
lapar dan dahaga." Jerit Sang Harimau.

"Kau kenapa? Kau kelihatan terlalu
lemah." Kata Sang Singa.

"Aku perlukan daging dan air." Kata
Sang Harimau. "Kau tunggu sini. Nanti
aku datang balik." Jawab Sang Singa.

"Ini daging untuk kau. Air kau boleh
minum di kolam tu. Kenapa kau macam
ni?" Soal Sang Singa kepada Sang
Harimau.

Sang Harimau memberitahu semuanya
dan meminta maaf kepada Sang Singa.
Sang Harimau sedar bahawa angannya
itu tidak betul.

Pengajaran:



(1) Kita tidak boleh meletakkan angan
yang terlalu tinggi.

(2) Kita tidak boleh sombong.

Sinopsis

Mengisahkan tentang seekor Harimau
yang mempunyai angan untuk menjadi
seorang manusia bernama Badang.
Sang Harimau sanggup memutuskan
persahabatan dengan rakannya, Sang
Singa demi mencapai angannya itu.
Pada akhirnya, angannya itu tidak
tercapai dan berkawan baik semula
dengan Sang Singa.


Click to View FlipBook Version