CERPEN
PESAN
BUNDA
DARI
YANG
TUA
Suasana agak mendung petang itu, kelibat seorang
kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 10-12 tahun
jelas kelihatan di luar pagar sebuah rumah teres. “Ini
kalau Mat ada ni, mesti dia jeles tengok basikal aku,”
ucap Amin dengan raut wajah yang gembira penuh
bangga. Amin memandang basikalnya dengan perasaan
bangga, dia telah berjaya menukarkan basikalnya
persis sebuah motosikal berjenama ‘Ducati’. “Esok
memang aku kena tunjuk dekat dia, baru dia tahu
siapa lagi hebat haha,” cetus Amin sendirian. Warna
langit mulai gelap yang menunjukkan waktu sudah
lewat untuk berada di luar. “Amin! balik rumah
sekarang. Hari dah gelap ni, mak dah nak tutup pintu
rumah ni, Amin nak duduk luar rumah sorang-sorang
ke? Tak takut ke nanti ada hantu culik Amin?
Selalunya hantu banyak berkeliaran waktu-waktu
maghrib ni,” bebel ibu Amin dari pintu rumahnya.
Raut wajah Amin mula bertukar pucat. Dia terkenang
peristiwa pada tahun lalu di kampung halamannya di
Perak. Peristiwa yang tak akan dilupakan hingga
akhir hayatnya apabila dia terpaksa dikejarkan ke
hospital akibat terjatuh ke dalam sebuah longkang
yang besar. Amin terpaksa menerima 8 jahitan di dahi
dan 5 jahitan di tangan kirinya akibat insiden itu.
Insiden ini berlaku kerana dia ingkar akan pesan
ibunya yang menyuruhnya untuk pulang ke rumah
sebelum Maghrib. Keengganan Amin ini
mengakibatkan dia ternampak kelibat lembaga
berbaju putih berlegar-legar di kawasan kampung.
Malangnya apabila disiasat itu hanyalah Tok Haji
yang ingin ke surau bagi menunaikan solat secara
berjemaah. Sejak kejadian itu, Amin menjadi sedikit
trauma apabila mendengar sesiapa berbicara tentang
hantu atau seumpamanya.
Amin bergegas masuk ke rumah sambil meletakkan
basikalnya di tempat parkir. “Ha sebut pasal hantu
baru dia kalut nak balik, kalau tidak dok usya basikal
dia tu sampai besok,” ucap ibu Amin dengan nada
memerli. Amin hanya memberikan senyuman sambil
menggarukan kepalanya. “Kan mak dah marah tu, dah
pergi mandi cepat,” pesan ayah Amin perlahan. Kalau
nak dibandingkan antara ayah dan ibunya, Amin lebih
memilih ayahnya. Ayah Amin atau Encik Ismail,
seorang guru Matematik yang sangat ramah dan
prihatin. Seumur hidup Amin, tidak pernah dia
melihat ayahnya marah. Segala kesalahan yang
dilakukannya hanya ditegur dengan lembut dan
dipesan supaya tidak mengulanginya. Perwatakan ibu
dan ayahnya sangat berbeza bagai langit dengan bumi.
Ibu Amin sentiasa memarahi dan berleter kepadanya
apabila dia melakukan kesilapan atau kesalahan.
Perkara ini menyebabkan Amin agak takut kepada
ibunya itu.
Usai mandi, Amin baring di katilnya sambil bercakap
sendirian, “Mak ni sikit-sikit nak marah, itu tak kena
ini tak kena, kalau sehari tak marah tak sah,” kata
Amin dengan geram lalu menumbuk bantalnya berkali-
kali. “Apa Amin kata, ulang balik,” tiba-tiba ibu Amin
menyapa tanpa disedari oleh Amin. Ibunya sudah
mendengar apa yang diperkatakannya sejak awal lagi.
“Gulp… habislah aku,” Amin bermonolog kegelisahan.
“Amboi, dok mengata kat mak sendiri nah! Nak jadi
anak derhaka ke? Dah la dok atas bantal, nanti
tumbuh bisul kat punggung baru tau,” leter ibunya
sambil memandang tajam ke arahnya. Amin yang
terkejut terus berdiri dan menatap lantai di
bawahnya tanpa berkata-kata. Dia terlalu takut
sehingga tidak mampu untuk menatap wajah ibunya
yang dianggap Amin seperti seekor singa betina yang
sangat garang ketika itu.
Selepas selesai berceramah ringkas kepada Amin,
ibunya beredar dari biliknya. Amin dengan muka
tidak berpuas hati terus menggumam sesuatu tanpa
mengeluarkan suara. Dia mempersoalkan kesalahan
yang dilakukannya iaitu duduk di atas bantal. Pada
pendapat Amin, duduk di atas bantal tidak patut
dimarahi kerana perkara itu sangat menyelesakan.
Amin menjadi bengang kerana sering kali dimarahi
oleh ibunya disebabkan perkara itu. Namun, walaupun
dileteri dan dimarahi berkali-kali Amin tetap
melakukannya. Pada keesokan harinya, Amin pergi ke
rumah rakannya iaitu Mat untuk menunjukkan rupa
baru basikal miliknya. Dalam perjalanan ke sana, dia
bertemu dengan ayah Mat yang sedang berbual-bual
dengan rakannya di pondok pengawal. Amin sudah
terbiasa dengan Pak Cik Zamani hasil hubungan
persahabatan antara dia dan anaknya, Mat.
“Assalamualaikum pak cik, Mat ada kat rumah tak?”
soal Amin bersahaja. “Lah Amin rupanya. Ingatkan
siapa la pakcik duk perhati je dari tadi. Ha Mat ada je
kat rumah tengah tidur tak ingat dunia tu,” jawab Pak
Cik Zamani. Selepas mendengar jawapan daripada
ayah Mat, dia mengucapkan terima kasih dan mula
bergerak ke destinasinya.
Setibanya Amin di hadapan rumah Mat, dia mula
berdehem seperti ingin memulakan nyanyian, “ehem…
ehem…,”. Laungan suara Amin memberi salam
kedengaran hampir mengejutkan seluruh warga taman
mereka. Cukup dengan sekali salam sahaja sudah
mampu mengejutkan Mat yang sedang tidur lena. Mat
yang masih cuba memproses apa yang sedang berlaku
sambil menggosokkan mata membuka pintu rumahnya.
Dia kelihatan seperti masih di alam mimpi dek kerana
tidak memberi sebarang respons terhadap Amin yang
tercegat di hadapan rumahnya selama beberapa minit.
“Mat! Kau nak aku tunggu berapa lama lagi ni? Panas
terik kat luar ni,” kata Amin dengan nada agak marah.
Mat yang terkejut dengan suara Amin yang lantang
itu terus menjemputnya masuk. Amin masuk ke dalam
perkarangan rumah Mat dengan gaya menunjuk-
nunjuk kerana ingin mengambil perhatian Mat.
Malang sekali, Mat yang masih mamai tidak
mempedulikannya. “Kau ni tak bosan ke kerap sangat
datang rumah aku ni, Amin?” soal Mat secara tiba-
tiba kepada Amin. “Aih buat apa nak bosan, kau kan
ada aku je yang nak kawan dengan kau hahaha…,”
Amin ketawa terbahak-bahak. Mat kelihatan geram
dengan jawapan yang diberikan oleh Amin. “Ha ada
apa datang rumah aku pagi-pagi buta ni?” tanya Mat
kepada Amin. “Aku nak tunjuk basikal aku, style gila
kot,” Amin bangga dengan hasil kerjanya itu. Mat
hanya mengangguk sahaja apabila Amin bercakap
mengenai betapa hebatnya basikal yang telah diubah
suai olehnya. Melihat reaksi Mat yang tidak berapa
memberangsangkan itu, Amin berasa kecewa. Dia
mengharapkan Mat akan terpegun dan melontarkan
pujian kepada basikalnya itu. “Kau kenapa Mat? Asal
nampak macam tak bermaya je,” soal Amin prihatin.
“Aku tak larat la weh, kau datang awa sangat. Kalau
mai petang-petang sikit okay la jugak,” jawab Mat
yang sudah kembali ke katil biliknya. Amin yang
kecewa dengan respons dan reaksi Mat terus bangun
dan pulang ke rumahnya. Dia tersedar yang dirinya
terlalu gelojoh dan bongkak untuk menunjukkan
basikalnya hingga menyebabkan dirinya kecewa.
Perasaan Amin ketika pulang ke rumah tidak begitu
baik.
Amin pulang ke rumah dengan wajah yang sedih. Ibu
Amin terus menyediakan sarapan untuk Amin
setibanya dia di rumah. Amin keluar sangat awal
sehingga terlupa untuk bersarapan pagi. Perkara itu
menyebabkan dia dimarahi oleh ibunya pula. Sudah
terjatuh ditimpa tangga pula, sudah kecewa dengan
kawan baik sendiri dimarahi pula oleh ibu sendiri.
Amin makan tanpa memikirkan tentang rasa nasi
goreng masakan ibunya itu. Dia tiada selera untuk
makan pada ketika itu dan menyebabkan nasinya
tidak dimakan habis. Perbuatan Amin ini mengundang
kemarahan ibunya sekali lagi. “Kau dah kenapa Amin,
kenapa makan nasi tak habis ni? Nanti nasi tak habis
tu cari Amin kat akhirat,” bebel ibunya. Amin yang
lemah dan lesu itu kembali bertenaga apabila
mendengar perkataan “akhirat” diucapkan oleh
ibunya. Amin teringat kembali ceramah di surau pada
beberapa hari yang lalu yang menceritakan berkaitan
situasi di akhirat kelak. Keadaan yang diceritakan
sangat menakutkan Amin sehingga pada malam
selepas ceramah itu dia bermimpi buruk. Ketakutan
Amin terhadap hari akhirat menyebabkan dia
menghabiskan nasi yang tersisa sepantas yang
mungkin. Dia melihat perutnya sambil mengusap
perlahan-lahan. Dia berkata perlahan, “besar elok-
elok ye anakku,” yang merujuk kepada perutnya yang
sedikit buncit itu. Ibu Amin hanya memerhatikannya
dengan riak wajah tidak puas hati sambil
menggelengkan kepalanya. Selepas itu, Amin berjalan
tidak bermaya pergi ke biliknya untuk tidur.
“Abang… abang...,” kedengaran sayup-sayup suara
seorang wanita memanggil. “Abang dengar tak apa
saya cakap tadi?” soal perempuan itu dengan penuh
kelembutan. Amin yang baru tersedar dari
lamunannya tidak mendengar persoalan yang
dikemukakan oleh wanita tersebut. “Apa awak tanya
tadi? Maaf saya tak dengar tadi,”. Perempuan itu
tersenyum lalu berkata, “siapa lelaki yang tegur kita
kat kedai tadi tu bang?”. “Oh… tu kawan lama abang,
Mat. Kami kenai dari kecik,” Amin menerangkan
hubungannya dengan seorang lelaki yang menegurnya
di kedai makan sebentar tadi. “Ooo kawan lama abang,
kenapa Aminah tak tahu pun?” tanya isteri Amin yang
keliru. “Abang dah lama tak jumpa dia, kali terakhir
abang jumpa dengan dia pun masa dia nak pergi
sambung belajar kat luar negara,”. Isterinya
mengangguk tanda faham. Sudah hampir 10 tahun
Amin dan Mat tidak berjumpa. Sejak Amin dan Mat
masuk ke sekolah menengah, mereka jarang sekali
berjumpa dek kerana jarang pulang ke rumah kerana
menetap di asrama sekolah. Perkara ini berlanjutan
sehingga mereka menyambung pelajaran di universiti
dan kini mereka sudah berkahwin. Mat pelajar yang
pintar dan telah berjaya mendapatkan biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ketika majlis
perkahwinan Amin, Mat masih berada di London
kerana hal-hal tertentu. Dia hanya sempat
menyampaikan pesanan teks melalui aplikasi
‘Facebook’ untuk mengucapkan tahniah kepada Amin.
Perjumpaan yang tak diduga antara Amin dan Mat
telah menyebabkan Amin mengimbau kembali
kenangan lalu antara mereka. Peristiwa yang
menyebabkan Amin terasa hati dengan Mat yang tidak
terpegun melihat basikalnya masih segar di dalam
ingatannya.

Kini, Amin dan Mat sudah berusia awal 30-an dan
mempunyai anak. Amin mempunyai seorang cahaya
mata yang berusia 5 tahun bernama Sofea. Walaupun
Sofea seorang kanak-kanak perempuan tetapi gaya
dan tingkah lakunya sangat lasak persis Amin ketika
masih kecil. Amin acap kali pening dan sedikit
serabut apabila memikirkan perkara yang dilakukan
oleh anak kesayangannya itu. “Ish risau la manusia
zaman sekarang, makin menjadi-jadi,” isteri Amin
secara tiba-tiba berkata-kata penuh keresahan. Amin
melihat isterinya yang sedang melihat sesuatu di
telefon pintar miliknya dengan riak wajah yang
bercampur baur. Melihat keadaan isterinya yang
sebegitu, Amin tergerak hati untuk bertanya kepada
isterinya perkara yang membuatkan dirinya tak tentu
arah. “Abang tengok ni… ada kes culik budak kat
taman kita. Ramai jugak ni dalam 5 orang,” luah isteri
Amin beremosi. “Ya Allah, betul ke? Macam mana
boleh jadi centu,” soal Amin yang sedikit terkejut
apabila mendengar berita yang menggemparkan itu.
“Ni ada orang hantar dalam group ‘Whatsapp’ taman
kita, mereka cakap yang culik ni selalunya time lepas
Maghrib penculik-penculik ni buat kerja,” isteri Amin
menerangkan kejadian itu dengan penuh perasaan.
Amin menjadi tidak senang hati apabila memikirkan
keadaan tersebut berikutan dia juga memikirkan dan
mengkhuatiri nasib anaknya iaitu Sofea yang masih
kecil. Amin terus teringat akan pesan ibunya
berkaitan pulang ke rumah sebelum Maghrib. Dia
terus tersedar motif sebenar ibunya memarahinya
apabila dia lewat pulang ke rumah. Sebelum ini, dia
hanya menganggap ibunya hanya ingin
menakutkannya dengan bercakap soal hantu apabila
dia lewat pulang ke rumah.
Amin mula berfikir sejenak. Adakah semua perkara
yang diperkatakan ibunya mempunyai makna tersirat.
Dia mula mengingat kembali satu per satu kata-kata
yang pernah dilemparkan oleh ibunya yang sangat
menyakitkan hatinya satu ketika dahulu. Amin mula
memikirkan makna sebenar perkara-perkara yang
sering ibunya tekankan ketika dia masih kecil. Tujuan
sebenar ibu Amin menyuruhnya pulang sebelum
Maghrib adalah untuk memastikan keselamatan
dirinya terjamin. Ibu Amin sedar akan bahaya yang
mungkin terjadi sekiranya membiarkan Amin berada
di luar rumah melebihi waktu Maghrib. Sedar akan
sifat Amin yang keras kepala, ibunya menggunakan
hantu untuk memastikan Amin mendengar arahannya.
Begitu juga dengan perbuatan duduk di atas bantal.
Amin pernah menegur Sofea kerana pernah duduk di
atas bantal yang digunakannya untuk meletakkan
kepala. Dia berasa tersinggung apabila seseorang
meletakkan punggungnya di atas tempat yang menjadi
alas kepalanya. Perkara ini memberi kesedaran
kepada Amin, bahawa perbuatan duduk di atas bantal
itu merupakan sesuatu perbuatan yang kurang sopan.
Tidak semestinya seseorang yang duduk di atas bantal
akan mendapat bisul. Namun, perbuatan itu
sememangnya satu perbuatan yang tidak elok dilihat
orang. Akhir sekali, Amin teringat akan peristiwa dia
dimarahi kerana tidak menghabiskan nasi yang
dimakan olehnya.
Sejak kejadian tersebut, Amin tidak pernah sesekali
meninggalkan saki-baki nasi yang ada di pinggannya.
Dia juga sentiasa mengingatkan anak dan isterinya
supaya tidak melakukan perkara tersebut kerana ada
kesan buruknya di akhirat kelak. Amin terus berdiri
sambil berkata-kata sendirian, “Ooo baru abang
faham!”. Isterinya yang dalam kebingungan terus
bertanya, “ Haih abang ni, terkejut saya dibuatnya…
apa yang abang faham ni?”. Melihat keadaan isterinya
yang separuh bingung dan terkejut itu, Amin ketawa
sendirian. “Abang baru sedar yang selama ni
bukannya nasi nak cari kita kat akhirat kalau kita
makan tak habis,”. Isterinya yang sedang menunggu
jawapan, merenungnya dengan muka yang serius.
“Sebenarnya mak nak suruh abang jangan bazir
makanan je,”. Selepas mendengar jawapan Amin yang
agak logik itu, isterinya terus memandang Amin
terpegun. “Betul la tu bang… kenapa saya tak pernah
terfikir pun selama ni,”. Ibu Amin tahu nasi tidak
akan mencari Amin di akhirat kelak. Perkara yang
akan berlaku di akhirat kelak adalah dia akan disoal
kerana sering membazirkan rezeki yang diberikan
oleh Allah SWT. Pembaziran adalah satu perkara atau
perbuatan yang sangat dibenci oleh Islam. Amin yang
sudah sedar seluruh hidupnya sering dipenuhi dengan
perkara-perkara bermakna mulai bersyukur. “Mak aku
membebel 24 jam selama ni ada function rupanya…”.

TAMAT