TUGASAN 2 Kaji situasi di bawah. Rajah 2 menunjukkan dua set cadangan hidangan sarapan pagi, A dan B serta jumlah kalori bagi set setiap hidangan tersebut. Setiap hidangan mempunyai nilai kalori masing-masing. Rajah 2 a) Berdasarkan situasi dan pemerhatian di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap. b) Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan lengkap dan mengolah data dalam set komunikasi yang sesuai dan menjawab soalan berikut: i. Hitungkan nilai kalori bagi setiap sampel makanan dan tunjukkan jalan pengiraan berserta formula yang terlibat. ii. Nyatakan inferens bagi pemerhatian dalam eksperimen ini iii. Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah bergerak balas dengan pemboleh ubah dimanipulasi iv. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi kalori v. Kelaskan setiap makanan yang diuji mengikut kelas makanan dengan betul vi. Pada pendapat anda, cadangkan bagaimana seseorang yang telah mengambil Set A bagi sarapan paginya untuk membakar kalori dalam badan mereka. vii. Adakah data yang anda peroleh sah? Berikan alasan anda. viii. Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini. c) Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan nilai murni akan dinilai. Pentaksiran Kerja Amali Sains PEKA SAINS SPM 2021_Cikgu Abadi Tompokan putih Sumber : Nutrition Society of Malaysia A B kalori kalori