FAIL INOVASI
FAIL E:INOVASI
BIL E.INOVASI CATATAN
1 INOVASI AKTIVITI BERIMPAK
1.TANGAN
TINGGI AJAIB
2 INOVASI FIZIKAL 2. KAMPUNGKU
PERMAI
3 JARINGAN 1.GUA THUR
4 JALINAN
2. LAMBAIAN
KAABAH
3. DESTINASI
AKHIR:PUSARA
RAUDHATUL
JANNAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM
Jalan Belibis 6/5,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
LAPORAN PROGRAM
1. Nama Program : . TANGAN DAN PAPAN AJAIB JAWI.
2. Tarikh : 28 MAC – DISEMBER 2022
3. Hari : SETIAP HARI PDP JAWI BERLANSUNG.
4. Masa : PDP JAWI
5. Kekuatan :
Teknik penggunaan tangan dan papan Ajaib ini sangat membantu murid
untuk mengenalpasti penulisan dan kefahaman jawi.
6. Kelemahan :
Tulisan murid cenderung menjadi kecil. Sebelum ini, tangan hanya
menggunakan kertas warna putih.
7. Penambahbaikan :
Tangan Ajaib ditambah baik dengan penghasilan menggunakan kertas
berwarna yang akan menarik minat murid.
8. Lampiran (Gambar) :
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM
Jalan Belibis 6/5,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI IMARAH SURAU
“TANGAN AJAIB”
KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SURAU IMARAH
1. TAJUK/TEMA INOVASI:
INOVASI TANGAN AJAIB-Inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (Jawi).
2. SINOPSIS INOVASI
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah meletakkan
matapelajaran Pendidikan Islam sebagai matapelajaran teras yang wajib murid
Islam di sekolah kebangsaan mahupun swasta. Bidang Jawi merupakan salah
satu bidang dalam matapelajaran Pendidikan Islam sepertimana yang termaktub
dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Pendidikan Islam Sekolah
Kebangsaan. Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap
individu murid. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf
jawi maka seseorang murid dilihat sukar menguasai bidang-bidang lain dalam
Pendidikan Islam seperti Bidang Aqidah, Bidang Ibadah, Bidang Sirah dan
Bidang Adab. Tambahan pula, keseluruhan buku teks Pendidikan Islam yang
disediakan dalam tulisan Jawi. Murid juga dikesan sukar menjawab soalan ujian
atau peperiksaan pendidikan Islam kerana keseluruhannya disediakan dalam
tulisan Jawi. Ini menunjukkan peri pentingnya penguasaan Jawi bagi murid
dalam memastikan penguasaan mereka sepenuhnya dalam matapelajaran
pendidikan Islam. Justeru itu, sebagai guru pendidikan Islam yang mengajar
Tahun 3 Amanah, saya telah membuat inovasi ke atas bahan bantu Kad Huruf
Jawi. Kad-Kad Huruf Jawi bertujuan membantu murid-murid 3 Amanah
menguasai bidang Jawi dengan cepat. Berpandukan Teori Integrasi Deria maka
Bahan Bantu Mengajar yang diinovasikan ini dinamakan TANGAN AJAIB .
Teknik penggunaan tangan dan papan Ajaib ini sangat membantu murid untuk
mengenalpasti penulisan dan kefahaman jawi.
3. SASARAN
Murid tahun 3 yang kurang menguasai jawi.
4. KEWANGAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 KERTAS WARNA RM12
2 PLASTIK LAMINATE RM50
3 MARKER PEN RM12
JUMLAH KESELURUHAN RM74
5. KESIMPULAN
Diharapkan Tangan Ajaib ini dapat memberi suntikan semangat baru buat warga
guru Pendidikan Islam dan dapat memudahkan murid-murid menguasai Jawi.
Disediakan Oleh,
---------------------------------
(NORFARAHAINZATUL AKMAL BINTI MD ISA )
LAMPIRAN BERGAMBAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM
Jalan Belibis 6/5,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI IMARAH SURAU
“GUA THUR”
KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SURAU IMARAH
1. TAJUK/TEMA INOVASI:
INOVASI GUA THUR -Inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam (SIRAH)
2. SINOPSIS INOVASI
Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh tauladan yang terbaik bagi umat
Islam. Oleh itu, sebagai seorang muslim mestilah mengetahui tentang kisah
hidup Nabi Muhammad S.A.W untuk dijadikan ikutan dan teladan. Di Malaysia,
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan mata pelajaran Sirah
sebagai mata pelajaran wajib bagi sukatan pembelajaran pelajar bermula dari
sekolah rendah. Hasil dari ketetapan yang telah ditetapkan oleh kementerian,
para pelajar dapat mempelajari tentang sirah Nabi Muhammad S.A.W sejak
dibangku sekolah lagi. Kajian ini dilakukan mensasarkan beberapa objektif
utama; iaitu analisa minat murid terhadap mata pelajaran Sirah Rasul dan dan
mengukur tahap keberkesanan Sirah Rasul melalui penghayatan murid-murid
mengaplikasikan apa yang dipelajari mereka dalam kehidupan seharian mereka.
Justeru itu, sebagai guru pendidikan Islam yang mengajar Tahun 3 Karisma,
saya telah membuat inovasi ke atas bahan bantu Sirah:Gua Thur. Penghasilan
model gua thur diharapkan dapat menarik murid-murid tahun 3 untuk
mempelajari sirah hijrah nabi.
3. SASARAN
Murid tahun 3
4. KEWANGAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 ALUMINIUM FOIL RM6.90X 4
2 SPRAY RM40
3 SALOTAPE RM12
JUMLAH KESELURUHAN RM79.60
5. KESIMPULAN
Diharapkan ini dapat memberi suntikan semangat baru buat warga guru Pendidikan
Islam dan dapat memudahkan murid-murid menguasai sirah nabi.
Disediakan Oleh,
---------------------------------
(CHE MURSYIDAH BINTI CHE IBRAHIM )
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM
Jalan Belibis 6/5,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI IMARAH SURAU
“LAMBAIAN BAITULLAH”
KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SURAU IMARAH
1. TAJUK/TEMA INOVASI:
INOVASI LAMBAIAN BAITULLAH -Inovasi di dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (IBADAH)
2. SINOPSIS INOVASI
Lambaian baitullah merupakan bahan inovasi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam bagi topik haji widak dan rukun Islam. Topik ini
merupakan sukatan pelajaran tahun enam dan tahun satu. Fokus utama pameran
ialah memberi gambaran kepada murid tahun satu berkaitan memunaikan haji di
baitullah dan mengukuhkan lagi kepada murid tahun enam berkaitan haji wida.
Kisah Haji Wida' ataupun lebih dikenali sebagai haji pertama dan terakhir bagi
Rasulullah SAW sebelum kewafatan baginda. Ia dinamakan sebagai Haji Wida’
kerana bermaksud haji perpisahan. Perkataan wida’ ( )وداعyang berasal daripada
bahasa Arab bermaksud berpisah atau perpisahan. Haji Wida' yang berlaku pada
tahun ke-10 Hijrah (632 M) bersempena dengan pembukaan Kota Mekah selepas 10
tahun penghijrahan Nabi ke Madinah. Umat Islam berasa sangat gembira kerana
boleh pulang ke tanah kelahiran mereka, iaitu Mekah tanpa sebarang peperangan
dan tentangan daripada Kafir Quraisy.
Justeru itu, sebagai guru pendidikan Islam yang mengajar Tahun enam Dedikasi,
saya telah membuat inovasi ke atas bahan bantu lambaian kaabah . Penghasilan
model lambaian diharapkan dapat menarik murid-murid tahun 6 dan tahun 1 dapat
menarik minat untuk mempelajari bidang ibadah berkaitan haji widak dan rukun
islam.
3. SASARAN
Semua murid tahun satu dan tahun enam.
4. KEWANGAN JUMLAH (RM)
RM10
BIL PERKARA RM12
1 KERTAS WARNA
2 SALOTAPE
JUMLAH KESELURUHAN RM22
5. KESIMPULAN
Diharapkan ini dapat memberi suntikan semangat baru buat warga guru Pendidikan
Islam dan dapat memudahkan murid-murid menguasai Ibadah .
Disediakan Oleh,
---------------------------------
(NAJIBAH BINTI YASIN )
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM
Jalan Belibis 6/5,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI IMARAH SURAU
“DESTINASI AKHIR: PUSARA
RAUDHATUL JANNAH”
KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SURAU IMARAH
1. TAJUK/TEMA INOVASI:
INOVASI DESTINASI AKHIR: PUSARA RAUDHATUL JANNAH -Inovasi di dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
(IBADAH) iaitu solat jenazah.
2. SINOPSIS INOVASI
Pusara Raudhatul Jannah merupakan bahan inovasi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam bagi topik solat jenazah. Topik ini
merupakan sukatan pelajaran tahun enam.. Fokus utama pameran ialah
memberi pengukuhan kepada murid tahun enam berkaitan solat jenazah.
Pameran ini menerangkan panduan solat jenazah dan kedudukan imam dan
jenazah. Justeru itu, sebagai guru pendidikan Islam yang mengajar Tahun
enam Dedikasi, saya telah membuat inovasi ke atas bahan bantu pusara
raudhatul jannah . Penghasilan model pusara ini diharapkan dapat menarik
murid-murid tahun 6 dan untuk mempelajari bidang ibadah berkaitan solat
jenazah.
3. SASARAN
Semua murid tahun enam.
4. KEWANGAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 KERTAS WARNA RM3
2 SALOTAPE RM3
3 SPRAY RM10
4 TEPUNG RM5
JUMLAH KESELURUHAN RM21
5. KESIMPULAN
Diharapkan ini dapat memberi suntikan semangat baru buat warga guru Pendidikan
Islam dan dapat memudahkan murid-murid menguasai solat jenazah.
Disediakan Oleh,
---------------------------------
(NAJIBAH BINTI YASIN )
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM
Jalan Belibis 6/5,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI IMARAH SURAU
“KAMPUNGKU PERMAI”
KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SURAU IMARAH
1. TAJUK/TEMA INOVASI:
INOVASI KAMPUNGKU PERMAI -Inovasi di dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (Jawi) TAHUN DUA.
2. SINOPSIS INOVASI
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah meletakkan
matapelajaran Pendidikan Islam sebagai matapelajaran teras yang wajib murid
Islam di sekolah kebangsaan mahupun swasta. Bidang Jawi merupakan salah
satu bidang dalam matapelajaran Pendidikan Islam sepertimana yang termaktub
dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Pendidikan Islam Sekolah
Kebangsaan. Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap
individu murid. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf
jawi maka seseorang murid dilihat sukar menguasai bidang-bidang lain dalam
Pendidikan Islam seperti Bidang Aqidah, Bidang Ibadah, Bidang Sirah dan
Bidang Adab. Tambahan pula, keseluruhan buku teks Pendidikan Islam yang
disediakan dalam tulisan Jawi. Murid juga dikesan sukar menjawab soalan ujian
atau peperiksaan pendidikan Islam kerana keseluruhannya disediakan dalam
tulisan Jawi. Ini menunjukkan peri pentingnya penguasaan Jawi bagi murid
dalam memastikan penguasaan mereka sepenuhnya dalam matapelajaran
pendidikan Islam. Justeru itu, sebagai guru pendidikan Islam yang mengajar
murid 2 EFISIEN saya telah membuat inovasi ke atas bahan bantu mengajar
model kampungku permai. Model kampungku permai bertujuan membantu
murid-murid 2 EFISIEN menguasai bidang Jawi dengan cepat. Bahan Bantu
Mengajar yang diinovasikan ini dinamakan KAMPUNGKU PERMAI. Teknik
penggunaan model ini diharapkan dapat membantu murid untuk mengenalpasti
suku kata jawi.
3. SASARAN
Murid tahun 2 yang kurang menguasai jawi.
4. KEWANGAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 KERTAS WARNA RM3
2 SALOTAPE RM3
3 MODEL KAMPUNG RM50
JUMLAH KESELURUHAN RM56
5. KESIMPULAN
Diharapkan ini dapat memberi suntikan semangat baru buat warga guru Pendidikan
Islam dan dapat memudahkan murid-murid menguasai suku kata jawi.
Disediakan Oleh,
---------------------------------
(AZIMAH BINTI YASIN )