The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUN 2020 - 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-98015101, 2021-10-15 09:47:38

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUN 2020 - 2021

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL PERKARA 3
1. Kata Alu-aluan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 4
2. Kata Alu-aluan Pengarah Kolej Vokasional Perdagangan 5
3. Atur Cara Majlis 6
4. Agenda Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru 7
5. Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36 8 - 17
7. Rekod Kehadiran AJK Ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 18
8. Laporan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru
9. Laporan Kewangan 19 - 21
10. Rekod Kehadiran 22 - 26
11. Usul Ibu Bapa 27 - 33
12. Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37 34 – 35
13. Penghargaan 36 - 37

38

Kata alu-aluan

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

TN. HJ. NASIMIN BIN NGADI

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Alla h kerana dengan limpah kurniaNya

maka Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru (KVPJB) kali ke-37 ini
dapat dijalankan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran akibat pandemik Covid19 yang
melanda dunia ketika ini. Jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana atas kegigihan
dalam menjayakan mesyuarat agung kali ini yang diadakan secara dalam talian. Kehadiran ibu bapa
dalam mesyuarat secara maya ini amatlah dihargai kerana ini membuktikan bahawa kita semua
mengambil peranan dalam usaha memastikan kejayaan anak-anak dan kegemilangan KVPJB dan
secara tidak langsung memberi dorongan dan sokongan kepada Jawatankuasa PIBG dan
Pengurusan Kolej.

Pada tahun 2020, dunia telah dikejutkan dengan sesuatu yang tidak pernah diduga iaitu
serangan virus Covid-19. Semua aktiviti harian kita seperti pekerjaan, perniagaan dan lain-lain
termasuk pendidikan telah terkesan. Sebahagian besar tempoh pembelajaran terpaksa dilaksana
secara maya iaitu PdPR dan pasti menjadi satu cabaran baharu kepada para pelajar, pensyarah, ibu
bapa dan kementerian. Namun Pengurusan KVPJB sentiasa memastikan kaedah pembelajaran
PdPR ini dipertingkatkan dan diperbaiki dari masa ke masa bagi memastikan pelajar-pelajar Dagang
dapat mengikuti pembelajaran dengan sebaiknya. Ibu bapa juga turut memainkan peranan dalam
menyediakan kemudahan gajet, komputer, wifi, internet dan data kepada anak-anak untuk
memastikan anak-anak tidak tercicir daripada mengikuti pembelajaran harian dalam talian walaupun
terpaksa berkorban dalam keadaan yang sukar.

Saban tahun PIBG dan pihak kolej bekerjasama dalam menyediakan kemudahan fizikal untuk
memastikan keperluan, keselamatan dan keselesaan pelajar sentiasa terjamin di samping
penggilapan modal insan dalam meneruskan tradisi kecemerlangan dan kemenjadian pelajar di
bidang akademik, kokurikulum, vokasional, sahsiah dan kerjaya dapat ditingkatkan. Kita bersyukur
kerana semua pelajar KVPJB telah berjaya lulus untuk semua peringkat SVM, DVM dan SKM
semenjak transformasi pendidikan vokasional diperkenalkan di sini pada tahun 2013. Peranan ibu
bapa adalah dituntut supaya dapat memastikan anak-anak kita semua hadir setiap kelas yang
dijalankan melalui kaedah norma baharu secara PdPR supaya mereka tidak menghadapi sebarang
masalah ketika menghadapi penilaian dan peperiksaan

PIBG amat berterima kasih kepada pihak BPLTV kerana telah membekalkan sebanyak 127
unit komputer baharu kepada KVPJB untuk kemudahan pembelajaran pelajar dan ini sudah pasti
dapat membantu mempermudahkan pihak kolej untuk mendapatkan akreditasi MQA dan MBOT serta
pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.

PIBG juga ingin mengucapkan selamat datang kepada Tn. Hj. Roslan Bin Ab Aziz selaku
Pengarah KVPJB yang baharu melapor diri pada 1 April 2021 untuk meneruskan kecemerlangan bagi
menggantikan Tn. Hj. Yusof Bin Mat Daud yang telah banyak berjasa dengan membuat pelbagai
perubahan berbentuk fizikal dan modal insan dalam tempoh 25 bulan bersama KVPJB.

Akhir kata, keharmonian antara PIBG dan pihak kolej adalah menjadi salah satu tonggak
kepada kejayaan dan kecemerlangan Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru yang perlu dikekal
dan ditingkatkan lagi bagi memperkasa Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru.

Sekian, terima kasih.

TN. HJ. NASIMIN BIN NGADI
Yang Dipertua PIBG
Kolej Vokasional Perdagangan
Johor Bahru

3

Kata alu-aluan
Pengarah Kolej Vokasional Perdagangan

TN. HJ. ROSLAN BIN AB AZIZ

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh

Alhamdullilah syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat

saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 ini yang
julung-julung kalinya diadakan secara atas talian akibat kekangan yang dihadapi pada musim wabak
pandemik Covid-19 ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang sentiasa
menyokong dan memberi komitmen yang tinggi dalam semua program yang dirancang. Harapan
saya agar hubungan baik sedia ada yang terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik kolej ini akan
bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini merupakan satu peluang terbaik untuk mengeratkan lagi
hubungan dan kesempatan untuk ibu bapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah. Kami
merasa bangga kerana mempunyai barisan AJK yang sentiasa memahami dan bersama-sama
dengan kami terutama kepada pihak pengurusan sekolah.

Saya percaya kejayaan kolej dan kecemerlangan kolej ini adalah usaha gigih pelajar, ibu
bapa, para pensyarah secara bersama-sama dan istiqomah dalam menjayakan sesuatu perancangan.
Kejayaan tidak dapat dicapai jika tiada kerjasama daripada semua pihak. Sebagai ahli dalam
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, peranan setiap ahli amat penting kerana akan memberi kesan kepada
setiap keputusan yang dipersetujui terutama dalam aspek kewangan. Sumbangan kewangan, tenaga
dan idea-idea yang diberikan amat dialu-alukan demi kelangsungan pendidikan anak-anak dalam
menjana kecemerlangan pembangunan modal insan.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama kita semua dalam menjalankan
tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya
menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.
TN. HJ. ROSLAN BIN AB AZIZ
Pengarah,
Kolej Vokasional Perdagangan,
Johor Bahru

4

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU

ATUR CARA MAJLIS

9.30 pagi - Pendaftaran / Tayangan Slaid
10.00 pagi
10.05 pagi - Ucapan Alu-aluan
10.10 pagi
10.20 pagi - Bacaan Doa
10.30 pagi
10.40 pagi - Tayangan Multimedia

11.00 pagi - Ucapan Pengarah KV Perdagangan
(Tn. Hj. Roslan bin Ab Aziz)

- Ucapan Yang Dipertua PIBG
(Tn. Hj. Nasimin bin Ngadi)

- Ucapan Perasmian
(YB Datuk Mohd Izhar bin Ahmad)
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan,
Koperasi dan Sumber Manusia, Negeri Johor

- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37

- Ucapan Yang Dipertua PIBG
(Tn. Hj. Nasimin bin Ngadi)

- Pembentangan Laporan PIBG

- Sesi Pembentangan Usul

- Pemilihan AJK PIBG Baharu

1.00 tengah - Bersurai
hari

5

AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KALI KE-37 SESI 2020 / 2021

KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU
1. Ucapan Pengerusi Majlis merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan

Guru.
2. Membentang laporan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Kali Ke-36.
3. Membentang laporan PIBG sesi 2020 / 2021.
4. Membentang dan menerima laporan kewangan PIBG sesi 2020 / 2021.
5. Membentang dan membincangkan usul PIBG dan ibu bapa.
6. Pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2020 / 2021.
7. Pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2021 / 2022
8. Ucapan penangguhan

6

AHLI JAWATANKUASA PIBG KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
SESI 2020 / 2021

7

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN

TARIKH : 12 MAC 2020 (KHAMIS)

MASA : 9.15 PAGI

TEMPAT : DEWAN DAGANG KV PERDAGANGAN

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran
ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 Kolej Vokasional Perdagangan.
Pengerusi mengucapkan syukur dan terima kasih atas kehadiran ibu bapa ke
mesyuarat pada hari ini walaupun terpaksa mengambil cuti, ini sudah cukup
memberi semangat dalam usaha untuk menjayakan perancangan mesyuarat yang
telah dirancangkan.

1.2 Pengerusi berharap ibu bapa yang hadir dapat mengambil input dan
mempratikkan amalan dalam mendidik anak-anak yang telah disampaikan oleh
Tuan Haji Abdullah bin Yusoff dalam ceramah ‘Kemahiran Keibubapaan’
sebentar tadi.

1.3 Pengerusi juga berharap agar Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat dilaksanakan
dengan lancar. Bagi semua pensyarah dan para pelajar sekalian diucapkan terima
kasih tidak terhingga atas kecemerlangan yang dilakukan untuk kemenjadian
pelajar-pelajar. Ucapan syabas dan tahniah juga kepada Tn. Hj Yusof bin Mat
Daud, selaku Pengarah KV Perdagangan termasuklah pensyarah serta kakitangan
terhadap perubahan yang dilakukan sepanjang bermula tahun 2019 hingga 2020.

1.4 Pengerusi menerangkan bahawa banyak perubahan yang telah dilakukan oleh

Pengarah KV Perdagangan sendiri iaitu terhadap tugas-tugas bagi

penambahbaikan fizikal dan prasarana kolej mahupun asrama. Diharapkan juga

pengarah akan terus kekal untuk bersama-sama bekerjasama demi kecemerlangan

KV Perdagangan.

8

1.5 Pengerusi menyatakan bahawa ibu bapa tidak mensia-siakan peluang kejayaan
yang akan dikecapi oleh anak-anak mereka setelah masuk ke KV Perdagangan.
Ibu bapa hendaklah memastikan disiplin anak-anak mereka dengan hadir ke kolej
mengikut masa yang ditetapkan, mengikut peraturan dan sebagainya. Ibu bapa
juga haruslah menunjukkan disiplin dan teladan yang baik supaya anak-anak
menjadi insan berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah unggul.

1.6 Keseluruhan pelajar KV Perdagangan pada tahun 2020 ini adalah seramai 484
orang, tahun 2019 seramai 547 orang, tahun 2018 adalah seramai 593 orang.
Pengerusi maklumkan bahawa kemenjadian pencapaian pelajar amat
memberangsangkan di mana semua pelajar KV Perdagangan telah berjaya di
peringkat sijil dan diploma.

1.7 Pada tahun ini, dana PIBG yang sudah diperoleh akan semakin berkurangan
untuk digunakan bagi menaik taraf keperluan di kolej dan asrama. Oleh itu,
diharapkan agar semua pelajar dapat menjaga disiplin diri dengan tidak
melakukan kerosakan supaya dana tersebut boleh disalurkan kepada
pembangunan akademik dan bukannya terhadap penyelenggaran fasiliti di kolej
dan asrama. Dalam pada itu, dapat melahirkan anak-anak pelajar menjadi ‘Anak
yang Baik, Cerdik + Hebat’ seperti slogan yang diperkenalkan oleh Pegarah KV
Perdagangan. Sekiranya perancangan yang telah dibuat berjaya sekali gus dapat
merealisasikan hasrat ibu bapa dan warga kolej.

1.8 Pengerusi memaklumkan bahawa dengan sokongan dan dorongan terhadap segala
perancangan yang akan dibuat dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa atau
penjaga dengan pengarah serta pensyarah-pensyarah dalam mengetahui
perkembangan kolej bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan KV
Perdagangan.

9

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-35

2.1 Pn. Noor Farhana binti Fadli selaku Penolong Setiausaha PIBG membentangkan
minit mesyuarat PIBG kali ke-35 dan meminta ibu bapa serta guru-guru merujuk
halaman 8-15.

2.2 Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan.
Cadangan pengesahan : Pn. Haryanie binti Mohamad
Disokong oleh : En. Azman bin Ibrahim

3.0 MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019/2020

3.1 Pn. Noor Farhana binti Fadli selaku Penolong Setiausaha PIBG meminta ibu bapa
merujuk halaman 16-18 bagi laporan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2019/2020.

3.2 Pengarah KV Perdagangan, Tuan Hj Yusof bin Mat Daud membacakan laporan
aktiviti PIBG.

3.3 Pengerusi meminta ibu bapa untuk mengesahkan laporan aktiviti PIBG sepanjang
tahun 2019.
Cadangan pengesahan : En. Muhammad Azhar bin Salleh
Disokong oleh : En. Roslan bin Ramli

4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN 2019/2020

4.1 Pn. Jamila membentangkan Laporan Kewangan bagi tahun 2019 seperti yang
tercatat pada halaman 20-24.

4.2 Pn. Jamila juga meminta semua ibu bapa merujuk halaman 22 bagi mengetahui
dengan lebih lanjut berkenaan dengan baki akaun seperti yang tercatat pada
penyata bank.
10

4.3 Pn. Jamila menerangkan secara terperinci tentang sumber kewangan dan
perbelanjaan serta agihan perbelanjaan dan baki akaun pada halaman 24.

4.4 Perbelanjaan menaik taraf Pusat Sumber adalah diperoleh daripada dana KPRJ.

4.5 Laporan kewangan dicadangkan untuk disahkan.
Cadangan pengesahan : En. Roslan bin Ramli
Disokong oleh : Hairul Nizam bin Nisak (Memohon untuk memisahkan lain-lain
belanja pengurusan & caj bank) m/s 22

5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA USUL PIBG DAN IBU BAPA

5.1 Usul daripada pihak AJK PIBG, iaitu pertama mencadangkan agar kutipan RM 36
setahun kepada pelajar-pelajar bagi menampung bayaran bulanan internet TM
wifi dikekalkan (RM3 x 12 bulan). Usul kedua, PIBG mencadangkan supaya
sumbangan PIBG bagi tahun 2020 dikekalkan sebanyak RM160, yang mana
termasuk RM20 untuk sumbangan Karnival Voktek 2020. Manakala usul yang
ketiga, PIBG mencadangkan agar setiap pelajar dibenarkan untuk membawa
telefon bimbit ke sekolah bagi tujuan PdPc dengan beberapa syarat.

5.2 Pengarah mencadangkan agar pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit.
Walau bagaimanapun, cadangan ini hanyalah untuk pelajar DVM sahaja dengan
beberapa syarat kerana pelajar DVM akan terlibat dengan penilaian daripada
MQA dan MBOT. Pelajar SVM tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana
masih tertakluk dengan peraturan Akta Pendidikan 1969.

5.3 Antara syarat yang diberikan oleh Pengarah ialah sekiranya terdapat kecurian
telefon bimbit, pihak kolej tidak boleh dipersalahkan kerana kehilangan telefon
bimbit merupakan tanggungjawab sendiri. Kedua, pelajar-pelajar yang membawa
telefon bimbit ke kawasan kolej haruslah berwaspada dengan tidak melakukan
perkara yang tidak sepatutnya seperti membuat atau menjawab panggilan telefon
di dalam bilik kuliah, merakam video yang tidak berkaitan kecuali untuk PdPc

11

sahaja. Ketiga, sekiranya berlaku penyalahgunaan memuat naik gambar-gambar
yang tidak sepatutnya, tindakan tersebut dianggap melanggar peraturan Akta
Komunikasi dan boleh dikenakan saman.

5.4 Pn. Haryanie binti Mohamad telah menyokong usul yang dicadangkan oleh
Pengarah untuk membenarkan pelajar DVM membawa telefon ke sekolah.

5.5 En. Azman bin Ibrahim memaklumkan bahawa para pelajar DVM bercampur
dengan pelajar SVM terutamanya di asrama, sekiranya pelajar DVM dibenarkan
membawa telefon, maka akan memberi implikasi buruk kepada pelajar SVM.

5.6 Secara keseluruhannya, kebanyakan ibu bapa tidak bersetuju memberi kebenaran
kepada pelajar untuk membawa telefon ke sekolah. Ada yang memberi cadangan
supaya pihak kolej menambah bilangan telefon awam di sekolah dan
mencadangkan agar telefon yang dibawa disimpan oleh warden bagi pelajar yang
tinggal di asrama dan pihak warden bertanggungjawab untuk menjaga
keselamatan telefon tersebut.

5.7 Pengarah membekukan dahulu usul yang dikemukakan bagi memastikan terlebih
dahulu keperluan MQA dan MBOT.

5.8 Usul pertama, memohon agar pihak kolej meyediakan tempat duduk berbumbung
untuk ibu bapa dan pelajar berkumpul di hujung minggu.
Usul diterima. Dalam perancangan pengarah untuk menambah tempat ibu bapa
berkumpul bersama anak-anak dan memohon untuk menyumbangkan pondok
atau wakaf sama ada 1 atau 2 sekiranya mempunyai duit lebihan.

5.9 Usul kedua, memohon agar pihak kolej memberi kebenaran kepada ibu bapa
untuk membawa keluar anak sewaktu hujung minggu.
Usul ditolak. Pelajar dibenarkan pulang dua minggu sekali. Aktiviti yang
dirancang oleh pihak asrama untuk pelajar dapat dijalankan.

12

5.10 Usul ketiga, memohon agar pihak asrama menambah bilangan kipas di dalam
dorm. Membaiki kipas, lampu dan mesin basuh yang rosak di asrama.
Usul diterima. Tindakan telah diambil.

5.11 Usul keempat, memohon agar menyediakan tambahan plug di bilik prep untuk
kegunaan laptop kerana yang sedia ada tidak mencukupi.
Usul diterima. Dalam proses untuk menyediakan tambahan plug.

5.12 Usul kelima, memohon agar mengurangkan hidangan makanan yang pedas waktu
sarapan pagi kerana akan menyebabkan pelajar sakit perut.
Usul diterima. Telah diambil tindakan pada 26/2/2020.

5.13 Usul keenam, memohon agar pihak kolej membenarkan pelajar diploma
membawa telefon ke sekolah.
Usul diterima. Usul akan dibentangkan dan dibahaskan oleh Pengarah KV
Perdagangan.

5.14 Usul ketujuh, mencadangkan agar pihak PIBG mewujudkan sumber kewangan
sendiri dengan berniaga.
Usul ditolak kerana kekangan sumber tenaga.

5.15 Usul kelapan, mencadangkan agar pihak PIBG membentuk kerjasama dengan
sekolah untuk pelajar mendapat pekerjaan selepas tamat belajar atau untuk
sambung pelajar.
Pihak kolej sentiasa membuat MoU (Memorandum Persefahaman) dengan
industri untuk pelajar-pelajar menjalani OJT dengan harapan apabila tamat OJT
nanti, pelajar akan diserap bekerja di industri tersebut.

5.16 Usul kesembilan, memohon agar menukar loker yang lebih besar kepada pelajar
kerana sedia ada terlalu kecil.
Usul ditolak. Loker yang diberi bergantung kepada perolehan daripada KPM.

13

5.17 Usul kesepuluh, memohon agar membuat penambaikan bilik air.
Usul diterima. Sentiasa dalam perhatian dan penambahbaikan.

5.18 Usul ke-11, memohon agar semua kursus di KV Perdagangan mendapat
pengiktirafan MQA agar pelajar dapat sambung belajar ke IPTA selepas tamat
diploma.
Usul diterima. Dalam proses dinilai oleh MBOT dan MQA. Terdapat pelajar
yang telah menyambung pengajian dengan menggunakan akreditasi sementara
sehingga 2023 daripada MQA.

5.19 Usul ke-12, mencadangkan agar pihak kolej mengadakan perjumpaan setiap
penjaga murid bersama guru kelas untuk membincangkan prestasi anak.
Perjumpaan boleh diadakan 2 kali dalam setahun selepas keputusan peperiksaan
keluar.
Usul ditolak. Pihak kolej sentiasa memanggil ibu bapa yang anak-anaknya
bermasalah dalam akademik dalam dua keadaan iaitu secara individu atau
perjumpaan audit akademik bersama pihak pengurusan serta pensyarah
berkenaan.

5.20 Usul ke-13, memohon agar kesalahan mandatori diberikan surat amaran pertama,
kedua dan ketiga sebelum terus dibuang asrama.
Ada sesetengah kesalahan yang telah ada pekeliling khas. Contohnya, kes buli
boleh terus dibuang asrama atau kolej.

5.21 Usul ke-14, memohon agar rayuan semula ke asrama dipertimbangkan sekiranya
tidak ada kes melibatkan polis.
Ada sesetengah kesalahan yang telah ada pekeliling khas. Sememangnya telah
dilaksanakan mengikut SOP.

5.22 Usul ke-15, memohon agar meningkatkan kelajuan wifi di asrama dan kolej.
Usul diterima dan akan diambil tindakan.

14

5.23 Usul ke-16, memohon agar mengubah kantin kepada kafe.
Dalam perancangan pihak kolej.

5.24 Usul ke-17, memohon agar pihak sekolah mempertimbangkan ‘drop point’ pelajar
waktu pagi dan membuka pagar parkir di luar sekolah supaya ibu bapa dari arah
JPN boleh membuat ‘U-Turn’ tanpa melalui jalan SMK Tasek Utara yang sesak
setiap pagi.
Telah dilaksanakan sejak tahun lepas iaitu pintu pagar dibuka jam 6.30 pagi dan
ditutup semula pada jam 8.00 pagi setiap hari.

5.25 Usul ke-18, mencadangkan agar mengadakan sukan melibatkan pelajar, ibu bapa
dan para pensyarah.
Program sukan yang melibatkan ibu bapa memang telah dilaksanakan pada
tahun lepas.

5.26 Usul ke-19, memohon agar pelajar dibenarkan membawa printer ke asrama.
Usul ditolak. Biro IT asrama telah menyediakan perkhidmatan pencetakan
berbayar untuk pelajar. Sehingga kini, terdapat 4 buah printer dan akan
ditambah menjadi 10 buah.

5.27 Usul ke-20, mencadangkan agar kemudahan tandas menyediakan paip air yang
laju dan besar supaya dapat menjamin kebersihan semasa berhadas.
Tandas akan dibaik pulih dan ada alternatif untuk menggunakan tandas lain.

5.28 Usul ke-21, memohon agar mewujudkan perkhidmatan dobi bagi pelajar asrama.
Perkhidmatan dobi layan diri menggunakan duit syiling memang telah disediakan
oleh koperasi.

5.29 Usul ke-22, memohon agar waktu prep lebih lama.
Daripada tahun lepas, pihak asrama telah memberi kebenaran kepada pelajar
untuk ‘stay-up’ sehingga jam 12 pagi.

15

6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun ini akan diadakan sesi pelantikan
AJK PIBG yang baharu. Beliau mewakili semua barisan AJK yang ada memohon
maaf atas segala kekurangan sepanjang melaksanakan amanah sebagai barisan
AJK PIBG 2019/2020.

6.2 Pengerusi membubarkan AJK PIBG sesi 2019/2020.

7.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2021

7.1 Pengarah Kolej Vokasional Perdagangan, Tn Hj Yusof bin Mat Daud selaku
pengerusi sementara, meminta cadangan bagi AJK PIBG sesi 2020/2021.

7.2 En. Roslan bin Ramli mencadangkan agar YDP PIBG KVP dikekalkan iaitu Tn
Hj Nasimin bin Ngadi.
Cadangan pelantikan : En. Roslan bin Ramli
Disokong oleh : Pn. Haryanie binti Mohamad

7.3 Pengerusi sementara mengumumkan bahawa Tn Hj Nasimin bin Ngadi telah pun
terpilih bagi menjawat jawatan YDP bagi sesi 2020/2021 dan menyerahkan majlis
ini kepada beliau.

7.4 En. Aqbal Omar bin Musa mencadangkan agar En. Roslee bin Abd Rahman
dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG.
Cadangan pelantikan : En. Aqbal Omar bin Musa
Disokong oleh : Sebulat suara

7.5 Bagi AJK PIBG pula, Pn. Haryanie bin Mohamad mencadangkan agar semua
AJK PIBG pada hari ini dikekalkan untuk dilantik menjadi AJK bagi sesi
2020/2021.

16

7.6 En Aqbal Omar bin Musa mencadangkan AJK PIBG yang baharu secara sukarela
ialah En. Azman bin Ibrahim.
Cadangan pelantikan : En. Aqbal Omar bin Musa
Disokong oleh : YDP PIBG Tn Hj Nasimin bin Ngadi

7.7 AJK PIBG juga mencadangkan kepada ibu bapa yang sukarela menjadi ahli
dalam PIBG dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan
dengan penuh kesungguhan.

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tanggungjawab dan kepercayaan atas pelantikan
bagi menjalankan amanah ibu bapa untuk bersama-sama berganding bahu bagi
memartabatkan KV Perdagangan yang akhirnya akan memperoleh kejayaan
adalah untuk anak-anak pelajar juga dengan usaha yang sebaik-baik mungkin.

8.2 Pengerusi memaklumkan pihak AJK PIBG sedia menerima pendapat daripada
semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni.

8.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke
mesyuarat kali ini kerana banyak perbincangan yang telah dilakukan secara dua
hala dan mengambil bahagian serta pemerhatian terhadap kemajuan dan kejayaan
KV Perdagangan.

8.4 Mesyuarat diakhiri dengan surah al-Asr dan ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………….. …………………………..
(PN NUR FAZLEEN BINTI MUSLIM) (HJ. NASIMIN BIN NGADI)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
KV Perdagangan KV Perdagangan

17

KEHADIRAN AJK KE MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA

Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2020 / 2021 telah mengadakan 5 kali mesyuarat sepanjang
tempoh berikut. Berikut adalah kehadiran Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat AJK.

Bil Nama 16/6/2020 Tarikh
/ 26/11/2020 25/03/2021 02/05/2021 12/06/202
1. Tn. Hj. Yusof bin Mat Daud
2. Tn. Hj. Roslan bin Ab Aziz / Sehingga April 2021
3. Tn Hj Nasimin bin Ngadi
4. En Roslee bin Abdul Rahman Bermula April 2021 / //
5. Pn. Lillis binti Firdaus
6. Pn. Zarimah binti Darmo / / / //
7. En. Khairul Anuar bin Ramlan
8. Pn. Zaleha binti Salleh oo / //
9. Pn Nur Fazleen binti Muslim
10. Pn Noor Farhana binti Fadli // Sehingga Disember 2020
11. Pn. Jamila binti Harun
12. En Mohd Sabree bin Abu Bakar Kenyataan / / //
13. En Muhammad Ameen bin Atan
14. Cik Nurul Fatin binti Ruslan / / / //
15. Pn. Norita binti Rejeli
16. Pn. Fariza binti Abd. Hamid Bermula Januari 2021 / //
17. Pn Hariani binti Mohd Salleh
18. En Sulaiman bin Abu / / Cuti Bersalin Cuti Bersalin /
19. En. Aqbal Omar b Musa
20. En. Umat Bin Salleh / / / //
21. En. Zainudin bin Jamal
22. En. Ho Kian Teik / ./ / / /
23. En. Azman bin Ibrahim
/ / / //

/ / / //

/ Kenyataan / //
/// //

o / / //

/ / / /o

/ o o oo

/ / o o/

/ / o oo

/ / / oo

/ o / oo

Kenyataan / o oo

18

LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU

A. i. PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMIK PELAJAR (JAN 2020 HINGGA DIS 2020)

Bil. Aktiviti / Perkara Penglibatan Perincian
1. Program Amalan Kolej Semua pelajar
Dikendalikan oleh Unit
Penyayang Psikologi dan Kerjaya
2. Sayang Di Sayang
Semua pelajar asrama Dikendalikan oleh Unit
Asrama Psikologi & Kerjaya bersama
Tn Hj Abdullah bin Yusof
3. Minggu Mesra Dagang (Penolong Pegawai
Pelajar SVM Tahun 1 Pendidikan Daerah Bahagian
Perancangan)
4. Kem Kepemimpinan AJK
Asrama Semua pelajar Tahun 1 SVM Unit Psikologi & Kerjaya

5. Pelancaran Amalan Kolej Semua AJK Asrama Dikendalikan oleh Unit
Penyayang Semua pelajar Psikologi & Kerjaya & Unit
Pengurusan Asrama
6. Pertandingan Infografik Semua pelajar DVM 2
Resume 2020 Dikendalikan oleh Unit
Psikologi & Kerjaya dan Ahli
Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS)

Unit Psikologi dan Kerjaya

A. ii. PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMIK PELAJAR (JAN 2021 HINGGA SEPT 2021)

Bil Aktiviti / Perkara Penglibatan Perincian
.
1. Majlis Sentuhan Hati Semua pelajar SVM Tahun 2 Unit Psikologi & Kerjaya
dan DVM Tahun 2
(Pemberian Kit Kasih

Sayang)

19

2. Minggu Mesra Dagang Semua pelajar baharu SVM Unit Psikologi & Kerjaya
SVM Tahun 1 Tahun 1

3. Pertandingan Jom Cipta 4 orang wakil setiap kelas Unit Psikologi & Kerjaya,
Resume pelajar Tahun 2 DVM KVPJB dengan kerjasama
Majlis Perwakilan Pelajar
4. Ceramah Tips Elak Semua pelajar SVM dan
Tinggal Solat Fardhu DVM KVPJB Majlis Perwakilan Pelajar dan
Biro Kerohanian Asrama

5. Pertandingan Beaver Semua pelajar terbaik Beaver Sekretariat Malaysia
Computational Thinking program
Skills Peringkat
Antarabangsa Semua pelajar DVM Unit Outcome Based
Education
6. Kursus Outcome Based
Education (OBE)

7. Program Bicara Merdeka Semua pelajar KVPJB Unit Kemanusiaan dengan
Sempena Hari Malaysia kerjasama Persatuan Ibu
Bapa & Guru (PIBG)

B. PROGRAM TAHUNAN KOLEJ (JAN 2020 HINGGA DIS 2020)

Bil. Aktiviti / Perkara Penglibatan Catatan

1. Mesyuarat AJK PIBG AJK PIBG Dijalankan sepanjang tahun
bagi mengikuti perkembangan
pelajar

2. Sambutan Maulidul Rasul AJK PIBG, pensyarah, staf Mengapresiasi perjuangan

dan semua pelajar Rasulullah S.A.W serta

menjadikan baginda sebagai

ikon terbaik dalam kehidupan

3. Mesyuarat Agung PIBG Semua ibu bapa dan Dijalankan setiap tahun

Kali Ke-36 pensyarah

4. Majlis Persaraan Semua pensyarah dan staf Menghargai jasa pensyarah

Pensyarah & Hari Kualiti yang bersara dan memberi

Kolej penghargaan kepada

pensyarah / staf yang

cemerlang

20

C. AKTIVITI KOKURIKULUM Penglibatan Catatan
Bil. Aktiviti / Perkara

1. Bayaran Jurulatih Luar Pelajar SVM dan DVM yang Bola tampar, Sofbol,Bola
bagi Voktek
menyertai Voktek Jaring, Boling

2. MPKVT – Voktek Semua pelajar yang Bola Jaring, Bola Tampar,
menyertai Voktek Sofbol, Bola Sepak, Boling

D i. PROGRAM PEMBANGUNAN KOLEJ DAN ASRAMA (JAN 2020 HINGGA DIS 2020)

1 Rostrum Kolej
2. Penyelenggaraan Penapis Air
3. Baik Pulih Gelanggang Bola dan Menggantikan 56 Pintu Tandas
4. Mengganti dan Membaik Pulih Tiang Pagar Belakang Asrama
5. Perabot di Makmal dan Bilik Persediaan
6. Pengubahsuaian Bilik Operasi MPP
7. Keceriaan dan Penyelenggaraan Kolej
8. Mengganti dan Memasang Lampu Sportlight di Asrama

D ii. PROGRAM PEMBANGUNAN KOLEJ DAN ASRAMA (JAN 2021 HINGGA SEPT 2021)

1 Penyelenggaraan Pintu Asrama Blok F
2. Baik Pulih Saluran Paip Bawah Tanah di Asrama dan Kerosakan Pagar Di Bahagian Padang
3. Menebang Pokok ke Laluan Utama Asrama
4. Kerja-kerja Pendawaian Elektrik di Makmal Komputer
5. Membekal dan Memasang 25 Unit Kipas Dinding di Asrama Pelajar Perempuan
6. Membaiki Tangki Air Kolej
7. Baik Pulih Tandas di Pondok Pengawal Keselamatan
8. Tabung bantuan Komputer Riba Pelajar
9. Pembelian Alat Pemadam Api

21

22

23

24

PERAKUAN JURUAUDIT

Penyata Kewangan Persatuan Ibu bapa dan Guru Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 ini telah disemak dan didapati benar dan saksama.

Kami telah melihat segala resit, baucer, buku tunai dan penyata kewangan dan ianya telah
dibuat secara teratur dan menurut prosedur. Kami mengesahkan penyata kewangan ini.

Disediakan oleh

(JAMILA BT HARUN)
Bendahari PIBG
Kolej Vokasional Perdagangan
Johor Bahru

Disemak oleh Disemak oleh

(ZULFAH HANIS BT MD SADAKAH) (FARIZA BT ABD. HAMID)
Juruaudit PIBG Juruaudit PIBG
Kolej Vokasional Perdagangan Kolej Vokasional Perdagangan
Johor Bahru Johor Bahru

25

26

KEHADIRAN GURU DAN AJK PIBG MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

1 Yusof Mat Daud 49 Nur Shazlina binti Saat

2 Khairul Anuar Ramlan 50 Nurhuda Md Tahir

3 Zaleha Salleh 51 Nurul Nasriah Abdul Halim

4 Herlina Mohd Haron 52 Nurul Huda Masri

5 Suriyah Hassan 53 Nurul Syaza binti Rosli

6 Nasita Sarbini 54 Nurul Syuhada binti Mazlina

7 Wan Norhazilah Wan Mohd Zain 55 Nurzaimah Ahmad fuad

8 Anizah Mohd Daud 56 Pritipal Kaur Auluck

9 Azdalila Abd Rahman 57 Rohiza Husain

10 Azimy bin Mohd Bukhari 58 Rozalina Taib

11 Faaizun Baso Sultan Bakri 58 Siti Azura Mansor

12 Faeza Omar 59 Siti Masita Abdullah

13 Faidah Yusof 60 Siti Nor Hazirah Zainudin

14 Farissha Alluwi 61 Siti Norshahira Saeman

15 Haniza Mustapha 62 Siti Zulaikha Adnan

15 Huda Hussien 63 Ummi Hidayah Adnan

16 Jamila Harun 64 Ushadevi a/p Vasu

17 Juhaida Husna Md Shukor 65 Yussalina Mohd Yusop

18 Juwiesa Anak Bayang 66 Zaimah Arbon

19 Kamari bin Karim 67 Zaireen Izulin Zulkeflee

20 Kartini Hanapi 68 Zariah Zainudin

21 Khairil Azhar Rosni 69 Zulaiha Rahmat

22 Khairunnisa Kamarulzaman 70 Zulfah Hanis Md Sadakah

23 Liew Choi Ling

24 Lily Suhany Mahmood

25 Lim Ka Booi

26 Mahani Ahad AJK PIBG 2020/2021

27 Mastura Md Hassan 1. Tn Hj Nasimin bin Ngadi

28 Md Rafiz bin Raymond 2. En Roslee bin Abdul Rahman

29 Mohamad Noor Fahmi Ruzaini 3. Pn Fariza binti Abd Hamid

bin Md. Yusof 4. Pn Hariani binti Mohd Salleh

30 Mohd Hafiz Mustafa 4. En Aqbal Omar bin Musa

31 Mohd Sabree Abu Bakar 5. En Zainudin bin Jamal

32 Muhammad Ameen bin Atan

33 Muhammad Taqiyuddin Dzulkrinain

34 Nabilah Marzuki

35 Najiha Hussein

36 Noor Farhana Fadli

37 Noor Hayati binti Coyati

38 Nor Atulnadhrah Nazdi

39 Nor Azleen Zainal

40 Nor Syahida Erni binti Mohd Esa

41 Norasyikin Aziz

42 Norazita Mohd Nor

43 Norhidayu Jais

44 Noridah binti Salmo

44 Norlin Mustafa

45 Normaliza Ahmad

46 Nur Anisa Mohamad Nor

47 Nur Aziatul Sazira Mohd Afandi

48 Nur Fazleen binti Muslim

27

KEHADIRAN IBU BAPA DAN PELAJAR KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

PELAJAR KELAS 1 BAK

BIL NAMA NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
1 Farasyasya Binti Alluwi Farissha Binti Alluwi
2 Nurin Batrisya Binti Mohamed Suhaimi Nooraisyah Abu Bakar
3 Nur Aleeya Balqis Mohd Safian Parman
4 Nur Ain Suffiyyah Zakariya Bin Abu Aris
5 Nur Ain Suffiyyah Bt Zakariya Roslina Bt Awang
6 Siti Nur Aisyah Binti Merzhaman Norziah Binti Kadir
7 Nurfadillah Maisarah Mohamad Zaid
8 Nur Izzah Irfah Khalid Bin Abu

PELAJAR KELAS 1 BKP NAMA IBU/BAPA/PENJAGA

BIL NAMA Khaiirah Binti Tahir
1 Marina Binti Mohd Isaufi
2 Aleya Mysara Hisyam Khairullnizam Ishak
3 Nur Syafiqa
4 Masefa Natasya Binti Mohd Zaril Zawawi Bin Omar
6 Nur Ainin Sofiya
7 Siti Nur Athirah Binti Roslan Aisyah Binti Said Alavi
8 Nisa Firzanah Amani Binti Mohamad Shahizan Kamaruddin bin Abdul Shukor
Rahayu Binti Sabran

Siti Marliana Binti Lokman

Nur Fadilah Binti Marzuki

PELAJAR KELAS 1 BPP NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
BIL NAMA Mohd Khairizad Bin Hussin
1 Alya Nurbatrisya Binti Mohd Khairizad Razali Bin Mansor
2 Ruby Aini Razali Norizan Bin Hj Jaafar
3 Muhammad Khaliq

28

4 Nurul Anis Suraya Mohamed Bin Hussin
5 Aireen Natasha Azman Bin Ibrahim
6 Rifaa Daniel Bin Zulkefli Nadra Binti Rahmat
7 Arissa Erlynn Binti Md Zali Md Zali Bin Abu
8 Nur Ainur Syafiqah Binti Zaidi Rayayu Binti Ramli
9 Muhammad Aiman Misran Bin Koerno
10 Rusyilda Subhariah
11 Ainul Insyirah Mohd Hafiz Mohd Zin

PELAJAR KELAS 1 KPD NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
Puteri Zurina Abd Rahman
BIL NAMA Megat Muhammed Firuz Bin Ismail
1 Megat Harez Iskandar Bin Megat Muhd Firuz Mohd Rizal Azuar
2 Muammad Hafizzuddin
3 Nur Syafiqah Humaira Zainab Bte Othman
4 Muhamad Lukman Hakim
5 Ainul Mardhiah Binti Mohd Nor Mohd Kamarul Hisam Bin Abdullah
6 Iman Nul Hakim
7 Mohd Farris Bin Hazlies Nurakmal Binti Mohd Nor
8 Hanan Haziqah
Zalina Binti Ismail

Hazliesbin Hussain

Muhammad Hafiz

PELAJAR KELAS 2 BAK NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
Halimah Bt Ahmad
BIL NAMA Iinori Binti Aliyusmar
1 Nursyuhaidah Bt Suriani Wani Binti Ishak
2 Nurul Azira Binti Haris Fadilah Hanim Binti Othman
3 Intan Nur Safwah Md Hanafi
4 Nur Hafizah
5 Nur Diana Farisha 29

PELAJAR KELAS 2 BKP 1 NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
Rahmat Bin Mohd Ali @ Ibrahim
BIL NAMA Norisa Bin Atan
1 Nurul Haffizah Eliya Binti Rahmat Azlina Binti Satar
2 Nur Aliah Maisarah Binti Norisa Mazlan Bin Zaiman
3 Nurul Alya Binti Mohamad Shafie Bin Mohd Yatim
4 Nurul Farihin Binti Mazlan
6 Iffah Aliyah Binti Shafie

PELAJAR KELAS 2 BKP 2 NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
Rozalin Binti Anowar
BIL NAMA Mariani Binti Md Jelani
1 Syamimi Nafisa Ridzuaura Binti Awang
2 Maria Nur Irdina Binti Lokman Zuyidaa Ahmad
3 Nur Alyaa Maisara Rohana Binti Md Taib
4 Nurainin Sofiya Bt Faizal Zaidi Bin Ahmad
6 Nurul Farihin Mazlan
7 Siti Nur Hidayah

PELAJAR KELAS 2 BPP NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
Ailamalina Binti Zakaria
BIL NAMA Roslan Bin Ramli
1 Irdina Binti Heathir Siti Salwa Binti Arip
2 Abdullah Razeen Bin Roslan Norlina Binti Thammili
3 Azwa Shaszana Mohammad Shakib
4 Amirul Haris Norashikin Md Sidek
6 Mohamad Luthazim
7 Mohamad Luthazim Bin Mohammad Shakib

30

PELAJAR KELAS 2 KPD NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
BIL NAMA Junaidah Md Said
1 Wanida Azeera Bt Wandi Supian Siti Habsah Bt Md Jalil
2 Syed Danial Bin Syed Nazir Nadra Binti Rahmat
3 Haqimie Putra Bin Khairul Anwar
NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
PELAJAR KELAS 1 DBE Zurina Binti Jemaad
BIL NAMA Nasir Bin Mohamad
1 Siti Zakiah Binti Asli Norasikin Binti Mohamed@Mustapha
2 Siti Ainsyah Bin Nasir Subhariah
3 Siti Ainsyah Binti Nasir
4 Rusydinah Binti Ruzaimi NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
Norulfida Mohamad
PELAJAR KELAS 1 DBG 1 Mohamad Bin Salim@Hassan
BIL NAMA Norasyikin Binti Md Noh
1 Syazrin Nadzirah Bt Azhar
2 Nurul Alya Binti Mohamad NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
3 Nur Ain Syafiqah Binti Abdullah Sahila Binti Ujot
Suhaimi Bin Bahani
PELAJAR KELAS 1 DBG 2 Raja Jaafar Raja Ali
BIL NAMA
1 Aina Nasuha Binti Mohd Gahir
2 Siti Saidah Nadia
3 Raja Muhammad Haiqal Raja Jaafar

31

PELAJAR KELAS 1 DBF NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
BIL NAMA Mimi Binti Baharom
1 Muhamad Akhmal Nizamuddin Mohd Zaidi Bin Ibrahim
2 Zameer Afnan Bin Mohd Zaidi Mazlina Binti Mustaffa
3 Nurul Farhana Aisyah
NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
PELAJAR KELAS 1 DKA 1 Sulaiman Bin Ahmad
BIL NAMA Fauziah Binti Mohamed
1 Siti Nur Syazwani Jonaidi Bin Nasho
2 Mohd Syahmi Mastura Jaafar
3 Muhammad Irfan Bin Zainuddin Abdul Karim Bin Munajat
4 Nor Iman Bin Abdul Karim Noraini Binti Muri
5 Nasriani Binti Muri
NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
PELAJAR KELAS 1 DKA 2 Azhar Bin Abdul Karim
BIL NAMA
1 Fatin Syazana Binti Azhar NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
Mohamad Yusri Bin Muhamad Yusop
PELAJAR KELAS 2 DBE 2 Siti Esah Binti Chekob
BIL NAMA Jonaidi Bin Mohd Nahso
1 Hannah Marsya Binti Mohamad Yusri Norliza Binti Mohamed
2 Nur Izzah Athirah
3 Nor Syazwana
4 Fatin Najwa Binti Musa

32

PELAJAR KELAS 2 DBG 1 NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
BIL NAMA Md Zin Bin Mahabu
1 Nur Fadilah Binti Md Zin
NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
PELAJAR KELAS 2 DBG 2 Mahbob Bin Adal
Asfalaila Binti Salleh
BIL NAMA Zamanudin Bin Khamis
1 Nur Aliyah Atiqah
2 Nur Aliyah Atiqah NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
3 Aizzah Zureen Haryani Mohamad
Anuar Md Lamin
PELAJAR KELAS 2 DKA 1 Norhidayu Binti Kassim
Shahadan Bin Jupri
BIL NAMA Mohamad Adha Bin Salleh
1 Mohamad Syahir Haziq
3 Nur Sabrina Bahari
4 Mohamad Haikal
5 Nur Afina Binti Adha

33

USUL PIBG USUL IBU BAPA /PENJAGA RESPONS
BIL

1. PIBG mencadangkan agar kutipan RM36 setahun untuk
setiap pelajar bagi menampung bayaran bulanan internet
TM wifi. (RM3 x 12 bulan) dikekalkan.

2. PIBG mencadangkan agar sumbangan PIBG sebanyak
RM160.00 dikekalkan.

USUL IBU BAPA

BIL USUL IBU BAPA /PENJAGA RESPONS

1. I. En. Suhee Tan Bin Hasan Pengiktirafan sedang dalam
(Nurin Imanina Binti Suhee Tan – 1BKP1)

proses dan sedang

menunggu penilaian

Memohon Pengiktirafan DVM oleh JPA. daripada MQA dan MBOT.

2. I. Pn. Noraidah Binti Ahmad Sesi pembukaan kolej
(Amy Syuhaidah Binti Sazali – 1BKP2) bergantung kepada arahan

daripada Kementerian

Memohon agar pihak kolej untuk meneruskan pelajaran Pendidikan Malaysia.
secara atas talian kerana bimbang sekiranya anak

kembali ke sekolah pada musim pandemik covid-19.

3. I. Pn. Noraidah Binti Ahmad Ibu bapa / penjaga boleh
(Amy Syuhaidah Binti Sazali – 1BKP2) menghantar tugasan anak
mereka di pondok pengawal

Memohon agar ibu bapa dibenarkan menghantar kerja-
kerja sekolah ke sekolah sekiranya ada yang perlu
dihantar.

4. I. En. Ahmad Bin Zainal Pensyarah akan
(Azzahrina Batrisyia Binti Ahmad– 1BPP)

menghubungi ibu bapa

sekiranya palajar tidak hadir

PdPr lebih daripada 3 kali.

34

Ibu bapa boleh menyemak

senarai kehadiran anak

Memohon agar pihak kolej memberi maklumat berkaitan mereka menggunakan
data kehadiran pelajar dalam kuliah PdPr kepada ibu
bapa bagi memudahkan untuk memantau anak-anak. sistem EMas.

5. I. Pn. Hjh Sahila Binti Hj Ujot Peruntukan daripada PIBG
(Aina Nasuha Binti Mohd Gahir – 2DBG1) telah diterima dan terdapat

sebahagian kipas yang telah

Memohon agar pihak asrama memperbaiki kipas-kipas dibaik pulih. Berbaki 22 buah
yang ada di setiap dorm. kipas lagi akan dibaik pulih
selepas PKP 3.0.

6. I. Pn Nur Fadilah Binti Marzuki Menu asrama telah

(Nisa Firzanah Binti Mohamad Shahizan – 2BKP) ditetapkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Memohan agar pihak asrama menyemak semula menu Pihak kolej sentiasa
dan portion makanan untuk pelajar asrama. memantau portion makanan
mengikut piawaian yang

telah ditetapkan oleh KPM.

7. I. Pn Nur Fadilah Binti Marzuki Pihak kolej sentiasa meminta

(Nisa Firzanah Binti Mohamad Shahizan – 2BKP) pejabat kesihatan membuat

“fogging” di asrama.

Memohon agar pihak kolej menyembur secara berkala Sekiranya pelajar ingin
atau membenarkan pelajar membawa ridset dan membawa ridset sendiri,
menyimpan sendiri di tempat selamat bagi mengatasi perlulah disimpan di pejabat
masalah nyamuk di asrama. asrama atau diberikan
kepada warden selepas

digunakan. Pelajar tidak

dibenarkan untuk

menyimpan sendiri.

I. En. Mohd Khairi Bin Marikun Pihak kolej akan membuat

8. (Nurul Dini Bt Mohd Khairi – 1 BPP) pecahan sinki bagi pelajar

Memohan agar diasingkan bahagian sinki pelajar lelaki dan perempuan.

perempuan dan lelaki bagi dewan makan bawah.

35

JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 37
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN, JOHOR BAHRU
TAHUN 2021

PENGERUSI : TN.HJ ROSLAN BIN AB AZIZ
TIMBALAN PENGERUSI : USTAZ KHAIRUL ANUAR BIN RAMLAN
NAIB PENGERUSI 1 : PN.HJH ZARIMAH BINTI DARMO
NAIB PENGERUSI 2 : PN. ZALEHA BINTI SALLEH
SETIAUSAHA : PN. NUR FAZLEEN BINTI MUSLIM
NAIB SETIAUSAHA : PN. NOOR FARHANA BINTI FADLI

BIL AHLI JAWATANKUASA SENARAI TUGAS
1. PERSIAPAN MESYUARAT AGUNG
- Menyediakan surat jemputan serta atur cara kepada
PIBG/ AJK JEMPUTAN perasmi.
1. Pn. Nur Fazleen binti Muslim
2. Pn. Noor Farhana binti Fadli - Menyediakan buku laporan PIBG
- Menguruskan pembayaran ke atas bil-bil perbelanjaan
2. PENDAFTARAN
1. Pn. Zulaiha binti Rahmat yang dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan
2. Pn. Nurshafika binti Mat Talib - Memfailkan semua salinan surat
- Menyediakan sijil penghargaan untuk AJK PIBG
3. JURUACARA DAN BACAAN DOA - Menyediakan buku laporan mesyuarat agung dalam
1. Pn. Faidah binti Yusof
2. En. Mohd Sabree bin Abu bentuk `Anyflip’
Bakar - Menyerahkan `Soft Copy’ buku laporan mesyuarat
3. Pelajar (Bacaan doa)
agung kepada AJK tayangan slaid.
4. PENYEDIAAN TEKS UCAPAN
1. Pn. Norlin binti Mustafa - Menyediakan link kehadiran untuk pensyarah
2. Pn. Zaimah binti Arbon - Menyediakan link kehadiran untuk ibu bapa yang

hadir. (Maklumat yang perlu ada dalam link kehadiran
ialah : nama penjaga, nama anak, kelas)
- Memberikan senarai kehadiran pensyarah, Ibu bapa
yang telah lengkap dalam Excel kepada Setiausaha
PIBG.

- Mendapatkan maklumat tentang atur cara majlis dan
butiran penceramah

- Menyediakan draf teks ucapan pengacara majlis
- Memastikan skrip juruacara mengikut atur cara

program
- Mencari doa yang sesuai dengan Majlis PIBG
- Menyediakan teks bacaan doa
- Melatih pelajar membaca doa dengan lancar

- Mendapatkan maklumat tentang atur cara majlis,
butiran perasmi dan sebagainya.

- Menyediakan teks ucapan untuk perasmi dan
pengarah

- Menyerahkan teks ucapan kepada perasmi sekurang-
kurangnya 2 hari sebelum majlis.

36

5. PENCATAT MINIT MESYUARAT - Melantik pelajar untuk mencatat minit.
1. Pn. Nurulhuda binti Masri - Menyediakan format untuk pelajar yang dilantik
2. Pelajar
mencatat minit mesyuarat.
6. PENYEDIAAN AKAUN GOOGLE MEET / - Memastikan guru dan pelajar yang dilantik mencatat
PEMILIHAN CALON AJK PIBG
1. En.Muhammad Ameen bin minit sepanjang mesyuarat agung PIBG berlangsung
Atan - Menyunting & memperkemaskan catatan minit
2. En.Azimy bin Bukhari
mesyuarat yang dibuat semasa mesyuarat.
7. TAYANGAN SLAID / PENGURUSAN - Menyerahkan minit yang dicatat kepada Setiausaha
SLIDE
1. Pn.Nor Azleen binti Zainal PIBG sehari selepas Mesyuarat.
2. Pn.Syuhada binti Mazlina
- Menyediakan akaun google meet untuk Mesyuarat
8. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Agung PIBG.
1. Pn. Nurul Syaza binti Rosli
2. Cik Nurul Nasriah binti Abdul - Menguruskan undian pelantikan AJK PIBG yang
Halim baharu.

9. AJK CENDERAHATI - Memastikan pengurusan undian pelantikan AJK
1. Pn.Ummi Hidayah binti Adnan berjalan dengan lancar.

10. DOKUMENTASI & FOTOGRAFI - Menyediakan slaid yang berkaitan dengan aktiviti-
1. Pn Kartini Hanapi aktiviti kolej. (Maksimum 10 minit)
2. En. Johari Jamil
- Memaparkan tayangan slaid berkaitan aktiviti-aktiviti
kolej semasa sesi pendaftaran

- Menguruskan tayangan slaid dari awal mesyuarat
agung sehingga selesai mesyuarat agung.

- Menyediakan tayangan video berkaitan kejayaan-
kejayaan kolej, aktiviti-aktiviti yang melibatkan PIBG,
pengenalan logo baharu kolej, pengarah baharu.

- Menyerahkan video tersebut kepada AJK pengurusan
slaid setelah video tersebut lengkap.

- Menyediakan dan mencari cenderahati kepada
perasmi.

- Menghantar dan memberi cenderahati tersebut
kepada perasmi.

- Mengambil gambar dan membuat rakaman video
sepanjang mesyuarat berjalan.

- Mendokumentasikan majlis.

37

PENGHARGAAN

PIHAK JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 INGIN
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH
KEPADA:

TN. HJ. NASIMIN BIN NGADI
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

TN. HJ. ROSLAN BIN AB AZIZ
Pengarah Kolej Vokasional Perdagangan

TN. HJ. YUSOF BIN MAT DAUD
Pengarah Kolej Vokasional Perdagangan (sehingga April 2021)

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
PENSYARAH-PENSYARAH
STAF SOKONGAN
PARA IBU BAPA
PELAJAR-PELAJAR

SERTA SEMUA YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN TENAGA, MASA DAN
SOKONGAN MORAL UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI

38


Click to View FlipBook Version