The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

10-11 OKTOBER 2022 BERTEMPAT DI PUSAT KOKURIKULUM KEM BUKIT KOLAM KUALA BERANG TERENGGANU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90395945, 2022-10-15 19:50:48

KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN TKRS DAN STAF SARJAN KRS 2022

10-11 OKTOBER 2022 BERTEMPAT DI PUSAT KOKURIKULUM KEM BUKIT KOLAM KUALA BERANG TERENGGANU

LAPORAN : KOKURIKULUM 2022
UNIT: KRS

Nama Program KURSUS UJIAN KENAIKAN PANGKAT STAF SARJAN KRS
Tarikh DAN SARJAN TKRS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Masa mengikut TAHUN 2022
jadual
Tempat 10-11 OKTOBER HARI ISNIN-SELASA
Sasaran 2022
Pengisian Slot
Waktu bermula 9.00 Waktu tamat 2.00 Petang
Kekuatan program pagi program

PUSAT KOKURIKULUM KEM BUKIT KOLAM KUALA
BERANG, TERENGGANU

Ahli KRS negeri Terengganu

1. Membuat kertas konsep/ merancang aktiviti

2. Mesyuarat Penyelarasan aktiviti (SMK Sultan Ahmad)

3. Membuat jadual kerja/aktiviti

4. Mimilih ahli yang berkelayakan daripada setiap daerah (6
orang kadet lelaki dan 6 orang kadet perempuan)

5. Taklimat kepada peserta

6. Taklimat jurulatih dan guru-guru pembimbing yang
terlibat

7. Peserta menjalani ujian secara berkumpulan

8. Majlis penutup yang dirasmikan oleh En. Ismail bin
Ubaidillah Penolong Pengarah Pembangunan Bakat
Murid JPN

1. Semua peserta KRS bersungguh dan berminat dalam
semua item ujian kenaikan pangkat sarjan TKRS dan
staf sarjan KRS peringkat negeri Terengganu.

2. Komitmen yang padu guru pemimpin dan jurulatih yang

melatih peserta dengan baik dan bersungguh sehingga

semua peserta berjaya dalam ujian kenaikan pangkat
Staf Sarjan KRS dan Sarjan TKRS peringkat negeri
Terengganu.
3. Jurulatih yang mahir dalam bidang masing-masing

memudahkan pengujian dijalankan.

Kelemahan 1. Kekangan masa untuk peserta menjalani latihan kerana
(Isu dan cabaran)
aktiviti lain yang banyak dan berturutan.
Cadangan
penambahbaikan 2. Masih terdapat ramai peserta yang tidak mahir dan tidak
pandai dalam beberapa item seperti kawad kaki.

3. Kemahiran guru mengendalikan program dan aktiviti juga
masih terhad dan hanya melibatkan jurulatih tertentu
sahaja. Jurulatih yang terpilih juga mempunyai kursus
yang lain pada masa yang sama.

1. Melatih guru-guru pemimpin muda dan cergas serta
berminat dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum dan
memperbanyakkan aktiviti pada masa akan datang

2. Merancang program lebih awal dan mengenalpasti pelajar
yang layak bagi melicinkan program

3. Urusetia bertugas lebih awal supaya program berjalan

dengan lancar dan sistematik

Elemen Human Latihan diuruskan secara sistematk
Governance yang
dilaksanakan Peserta bersungguh dan sentiasa mengikut arahan ketua dan
guru pembimbing

Lampiran 1. Surat Panggilan Mesyuarat

2. Kertas Kerja (jika ada)

3. Sijil

4. Gambar-gambar berkenaan

5. Lain-lain

1.0 Peruntukan / Perbelanjaan yang Diturunkan: (***Jika berkaitan)

ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH
200.00
BIL PERKARA 160.00
1 Sijil Pentauliahan (200 keping x RM 2.00)
2 Sijil Panel /Juri (2 x 8 daerah x RM 2.00) 1000.00
3 Penginapan (100 x RM 10)
6000.00
4 Makan minum peserta (100 x 2 hari x RM 30.00 )
1600.00
5 Makan minum Jurulatih dan guru pengiring ( 40 x 2 xRM 20)
180.00
6 Kain rentang ( 2 x RM 90)

JUMLAH 9,140.00
2.0 Tetamu Kehormat (VIP): (***Jika berkaitan)

3.0 Senarai nama peserta
STATISTIK PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT STAF SARJAN ( KRS ) & SARJAN ( TKRS )

10 – 11 OKTOBER 2022
PUSAT KO JPNT, KUALA BERANG

KRS

DAERAH PUTERA PUTERI

HULU TERENGGANU 6 6
MARANG 4 6

DUNGUN 6 6
KEMAMAN 2 4
KUALA TERENGGANU 7 6
KUALA NERUS 6 6
5 8
SETIU 6 6
BESUT
42 48
JUMLAH
90
JUMLAH KESELURUHAN

DAERAH TKRS PUTERI

HULU TERENGGANU PUTERA 6
MARANG 6
DUNGUN 6 6
KEMAMAN 6 5
8 5
KUALA TERENGGANU 7 6
KUALA NERUS 7 6
SETIU 6 6
BESUT 6
6

JUMLAH 52 46
JUMLAH KESELURUHAN 98

JUMLAH SEMUA PESERTA PUTERA 94 PESERTA
PUTERI 94 PESERTA

JUMLAH 188 PESERTA

4.0 Jadual Kerja

LAMPIRAN
KERTAS
KERJA

KERTAS KONSEP

UJIAN KENAIKAN PANGKAT STAF SARJAN(KRS)
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU

TAHUN 2022

10 Oktober – 11 Oktober 2022

Pusat Kokurikulum JPNT

ANJURAN:
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

DENGAN KERJASAMA:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN
SEKRETARIAT KRS DAN TKRS NEGERI DAN DAERAH

1.0 Pengenalan

1.1 Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan
murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta mengamalkan
kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja
kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di pelbagai
peringkat sama ada peringkat sekolah, peringkat daerah, peringkat negeri,
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

1.2 Ujian Kenaikan Pangkat Staf Sarjan (KRS) merupakan salah satu aktiviti penting
untuk memberi peluang kepada ahli kRS mempamerkan kemahiran yang telah
mereka pelajari di sekolah seperti kawad kaki, ikatan dan simpulan, bantu
mula, kerohanian dan moral dan sebagainya selain menerapkan ilmu serta
kemahiran teknologi maklumat.

1.3 Pelaksanaan ujian kenaikan pangkat ini diharap dapat memberi ruang kepada
murid untuk mengenengahkan kemahiran ilmu dan kemahiran pasukan badan
beruniform walaupun pelaksanan aktiviti secara berpusat seperti
perkhemahan, kursus, dan sebagainya tidak dilaksanakan.

2.0 Objektif

2.1 Memberi ruang kepada ahli KRS menyandang pangkat yang bersesuaian
dengan tahap penguasaan masing-masing.

2.2 Mempraktikkan kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari
daripada guru dan jurulatih.

2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat.

2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti KRS.

2.5 Sebagai persediaan peserta untuk menghadapi Ujian Kenaikan Pangkat
Pegawai Waran KRS Peringkat kebangsaan yang bakal dijalankan pada bulan
November 2022

3.0 Syarat Penyertaan

3.1 Penyertaan murid dalam ujian ini ditetapkan oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah dan Sekreteriat KRS Daerah. Guru penasihat KRS hendaklah
mengenalpasti murid yang layak sahaja untuk mengambil bahagian dalam
pengujian ini.

3.2 Bilangan penyertaan bagi setiap daerah adalah 12 orang peserta KRS dan 12
pesertaTKRS iaitu 6 kadet putera dan 6 kadet puteri setiap kategori.

3.3 Penyertaan adalah kepada ahli KRS tingkatan 4 tahun 2022 sekolah-sekolah
negeri Terengganu

3.4 Penyediaan semua bahan pengujian ini hendaklah dilaksanakan secara
individu. Peserta hendaklah mematuhi Standard Operational Procedure (SOP)
semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa
menyelesaikan tugasan ini. Peserta boleh memohon bantuan ahli keluarga jika
perlu.

3.5 Peserta hendaklah berambut pendek dan berpakaian no 4 (uniform lengkap)
atau uniform separa (kemeja KRS) sepanjang aktiviti.

3.7 Penyertaan murid dalam pengujian ini mestilah secara sukarela dengan
kebenaran dari ibu bapa / penjaga.

4.0 Pelaksanaan

10 – 11 Oktober 2022

5.0 Langkah Pengujian

5.1 Peserta akan di latih dan di berikan tunjuk ajar sebelum dikehendaki
menyediakan keseluruhan paparan video berdurasi tidak melebihi 5 minit
pada hari terakhir ( Selasa) . Video yang melebihi masa 5 minit tidak akan
dinilai. Video berkenaan hendaklah memaparkan 5 pengujian iaitu Kawad
Kaki, kecergasan, Hafazan / Moral , ikatan dan bantu mula . Ujian Objektif akan
dibuat secara bersemuka.

5.1.1 Kecergasan

Susunan paparan video mestilah mengikut turutan seperti berikut:

1) Paparan screenshot larian 2.4 km atau 3000 step/langkah atau rakaman tugasan
turun naik bangku.

2) Video elemen pengujian kecergasan
a. Lentik belakang
b. Tekan tubi
c. Bangkit tubi

5.1.2 Kawad Kaki

PERGERAKAN KAWAD STATIK DAN DINAMIK

1) Arahan Masuk Baris (Doa Kawad)
2) Skuad senang, diri
3) Skuad, Sedia
4) Ke kanan… lurus
5) Pandang… depan
6) Bergerak ke kiri, kiri… pusing
7) Bergerak ke kanan, belakang… pusing
8) Menghadap ke belakang, kanan… pusing
9) Menghadap ke hadapan, belakang…pusing
10) Bergerak ke kiri, kiri… pusing
11) Dari kanan, cepat… jalan
12) Selaku terima sijil, hormat ke hadapan…. Hormat
13) Tukar langkah semasa berjalan, tukar…langkah (3x)
14) Bergerak ke kiri, belakang….. pusing
15) Tukar langkah perlahan, perlahan… jalan (5-9 langkah)
16) Bergerak ke kanan, belakang….. pusing (semasa perlahan jalan)
17) Tukar langkah cepat, cepat… jalan
18) Bergerak ke kiri, belakang….. pusing
19) Skuad hentak…. Kaki
20) Skuad….. Henti
21) Menghadap ke hadapan, kanan….. Pusing
22) Skuad keluar…. baris

KAEDAH MENGAJAR KAWAD (pergerakan dengan nombor)
1. Kekanan Lurus, Pandang Depan

Pergerakan kawad kaki hendaklah mengikut urutan yang ditetapkan.
Paparan video bagi elemen kawad kaki hendaklah secara berterusan. ( video
tidak boleh diedit atau disunting).

Peserta dikehendaki memaparkan bahasa hukuman dan pergerakan secara
jelas.

5.1.3 Bantu Mula

Peserta dikehendaki menunjukkan kemahiran Bantuan Pernafasan
(CPR) pilih 1 (satu) SAHAJA

1. Kaedah DRABC atau
2. Kaedah DRSABCD

Paparan video bagi elemen bantu mula hendaklah secara berterusan.
(video tidak boleh diedit atau disunting)

5.1.4 Ujian Tali Temali

Peserta dikehendaki menunjukkan 4 jenis ikatan:

Elemen yang diuji adalah seperti berikut :
1) Simpul himpit
2) Simpulan angka 8 (stopper)
3) Simpulan kerusi
4) Simpul Prusik

5.1.2 Ujian Hafazan (ahli KRS beragama Islam) dan Moral (bagi ahli KRS bukan
beragama Islam)

Dikehendaki melafazkan 4 doa harian dan 1 surah yang disenaraikan
1) Doa masuk tandas
2) Doa selepas azan
3) Doa naik kenderaan
4) Doa selepas wuduk
5) Menghafaz surah Ayatul Kursi.

Paparan video bagi ujian hafazan hendaklah secara berterusan. (video
tidak boleh diedit atau disunting).

Peserta (bukan beragama Islam)

Dikehendaki melakukan Pengucapan Awam berteraskan 18 Nilai
Universal. Pilih satu (1) daripada tajuk yang telah ditetapkan iaitu:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan membentuk negara yang harmoni

ATAU

2. Nilai patriotisma sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

ATAU

3.Media sosial punca keruntuhan harga diri dalam masyarakat

ATAU

4. Pandemik COVID-19: Terima kasih petugas- petugas barisan
hadapan.

Paparan video tidak boleh diedit atau disunting).

5.1.3 Bantu Mula
Peserta dikehendaki menunjukkan kemahiran Bantuan Pernafasan
(CPR) pilih 1 (satu) SAHAJA

1. Kaedah DRABC atau
2. Kaedah DRSABCD

Paparan video bagi elemen bantu mula hendaklah secara berterusan.
(video tidak boleh diedit atau disunting)

5.1.4 Ujian Tali Temali

Peserta dikehendaki menunjukkan 4 jenis ikatan:

Elemen yang diuji adalah seperti berikut :
1) Simpul himpit
2) Simpulan angka 8 (stopper)
3) Simpulan kerusi
4) Simpul Prusik

5.2 Ujian Objektif Secara Bersemuka (Soalan berbentuk aneka pilihan).

Peserta dikehendaki menjawab Ujian Objektif secara bersemuka aneka pilihan)
sebanyak 40 soalan selama 1 jam .

5.3 Penghantaran bahan ujian

5.3.1 Video yang dihasilkan harus diupload ke Youtube Channel Unlisted untuk
5.3.2 mendapatkan link.
Peserta dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT PERIBADI dan guru penasihat
dalam google form dan memuat naik Link Video Youtube Unlisted melalui
pautan: https://bit.ly/stafsarjankrstrg2022

Peserta akan menerima Emel Penerimaan setelah membuat
penghantaran bahan-bahan tersebut.

5.3.2 Pautan berkenaan akan dibuka bermula dari 29 Oktober – 1November 2022.

5.3.3 Penghantaran bahan-bahan pengujian yang lewat tidak akan dinilai

6.0 Penilaian dan Sijil

6.1 Penilaian Video akan dibuat oleh jurulatih-jurulatih kanan KRS dan TKRS dari
Sekretariat negeri dan Daerah

6.2 Pecahan pemarkahan bagi elemen video adalah seperti berikut:

6.2.1 Kawad Kaki - 80 markah
6.2.2 Kecergasan -
6.2.3 Ikatan -
6.2.2 Hafazan / Moral - 30 markah
6.2.3 Bantu mula - 30 markah
6.2.4 Ujian Objektif - 40 markah
6.2.5 Paparan video dan audio - 20 markah
6,2,6 Penalti ( lebih masa) - 10 markah
6.2.7 Penalti suntingan video - 10 markah

6.3 50 kadet putera terbaik dan 50 kadet puteri terbaik (tertakluk kepada
pindaan penganjur kebangsaan) dari tingkatan 4 sahaja akan dipilih untuk
mewakili negeri Terengganu ke Ujian Kenaikan Pangkat Pegawai Waran KRS
Kebangsaan pada bulan November nanti.( tertakluk kepada pindaan)

6.4 Semua peserta yang mengambil bahagian dalam pengujian ini akan menerima
Sijil Pentauliahan yang dikeluarkan oleh pihak JPN Terengganu mengikut tahap
pencapaian masing-masing

6.5 Tiada Sijil Pencapaian disediakan dalam ujian kenaikan pangkat ini.

7.0 Ahli Jawatan Kuasa
(Rujuk Lampiran 1)

8.0 Perbelanjaan
(Rujuk lampiran 2)

9.0 Makluman

Sebarang keterangan lanjut mengenai pengujian ini, sila berhubung dengan Pegawai
Tadbir KRS Negeri masing-masing.

Besut : Kapten KRS Mohd Fathi Yakan bin Zakaria (019-)
Setiu : Leftenan KRS Fazmidar binti Haji Abdullah (019-5639199)
Kuala Nerus : Mejar KRS Wan Zaleha binti Wan Ngah (013-9802875)
Kuala Terengganu : Kapten KRS Jamilah bin Yakkob (012-9215694)
Marang : Mejar KRS Rushdi bin HJ Mustaffa (019-5593977)
Hulu Terengganu : Leftenan KRS Yusoff bin Ismail (013-9192502)
Dungun : Mejar KRS Ibrahim bin Shafian (019-9168048)
Kemaman : Kapten KRS Suzi binti Salim (010-8098485)

10.0 Penutup

Pelaksanaan ujian kenaikan pangkat ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli
KRS untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bentuk yang
berbeza .Penyertaan murid dalam pengujian ini juga akan menggalakkan mereka

untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu kemahiran teknologi
maklumat di samping mempraktikkan ilmu kemahiran yang telah mereka pelajari.
Disediakan oleh;

____________________________________________
(Left Kolenal KRS Suhaimi bin Yusoh)
Setiausaha
Pegawai Tadbir KRS Negeri Terengganu

Tarikh: 3 Ogos 2022

Lampiran 1

1. JAWATAN KUASA INDUK

Penaung : En. Abdul Muie Bin Ngah

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Merangkap Pengarah KRS Negeri Terengganu

Penasihat : En. Kamsah@ Kamal Bin Mohamed
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid
Merangkap Timbalan Pengarah KRS Negeri Terengganu

Pengerusi : En. Roslan Bin Mamat @ Yusoff
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid
Merangkap Ketua Penolong Pengarah KRS Negeri Terengganu

Naib Pengerusi :En. Ismail bin Ubaidillah
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Merangkap Penolong Pengarah KRS Negeri Terengganu

Setiausaha : Left Kolonel (KRS) Suhaimi bin Yusoh
Pegawai Tadbir KRS Negeri Terengganu

Naib Setiausaha Mejar (KRS) Ismarhadi bin Ismail
Pegawai Tadbir TKRS Negeri Terengganu

2. AHLI JAWATANKUASA KERJA

BIL AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS ALATAN
-Kertas konsep
1. PENYELARAS 1. Menyelaras dan menyusun jadual
1. Suhaimi bin Yusoh persediaan dan pelaksanaan.

2.Taklimat Penyelarasan Aktiviti
kepada AJK.

2. PENDAFTARAN

1.Wan Zaleha binti Wan Ngah 1. Membuat pendaftaran -Buku
2.Hasanah bin Ismail peserta,jurulatih dan guru
3.Norni binti Ibrahim pengiring pendaftaran

2. Penyerahan Cadar dan Sarung -Meja
bantal
pendaftaran

-Cadar dan

sarung bantal

3. URUSETIA/PUBLISITI 1. Membuat infografik aktiviti dan
video untuk promotion dan hebahan.
1.Yusoff bin Ismail 2. Membuka dan mentadbir group
2.Zaki bin Awang
telegram sementara “Ujian Staf
Sarjan KRS untuk menyalurkan
maklumat kepada jurulatih-jurulatih
sekolah.
3. Menghubungi kadet kadet yang

berjaya terpilih ke peringkat
Kebangsaan.

3. PANEL /JURI 1. Melaksanakan penjurian video -Borang markah
1. Sekretariat KRS dan TKRS softcopy
negeri dan Daerah -

4. SIJIL 1. Menyediakan dan menguruskan sijil -Sijil
1. Jamilah binti Yaakob(K) Pentauliahan, Panel Penguji dan AJK -Senarai peserta,
2. Samihah binti Salleh Kerja , panel Juri dan
AJK
5. Perasmian Penutup 1. Melaksanakan perasmian penutup

1.Wan Zakaria Wan Mamat
2.Rosdi bin Hj Mustaffa
3.Wan Mohd Sukri bin Wan

Jusoh

6. DOKUMENTASI 1. Mengambil gambar
meeting/screen shot video semasa
1.Fazmidar binti Abdullah taklimat, video penyertaan dan video
2.Ibrahim bin Shapian pentauliahan.

2. Mengumpul semua maklumat dan
gambar untuk di muat turun ke
Facebook dan blog KRS/TKRS
Terengganu.

1. JAWATANKUASA AKTIVITI

BIL AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS ALATAN

1. Kecergasan 1. Membantu dan menunjuk cara
1.Nik Hishamuddin bin Nik pelaksanaan ujian kecergasan
Hassan
2.Mohd Zaki bin Awang 2. Menjalankan ujian kecergasan
3.Norma Amizah binti Ibrahim
4.Norni binti Ibrahim

2 Kawad Kaki -Borang markah
1.Wan Zakaria Wan Mamat
2.Ismarhadi bin Ismail 1.Mengajar dan menujuk cara
3.Kamarul bin Salim pelaksanaan ujian kawad kaki yang
4.Mohd Fathi Yakan bin betul
Zakaria 2. Melaksanaankan ujian kawad kaki

3. Bantu Mula 1.Menunjuk cara CPR -Patung CPR

1. Mohd Ali bin Jusoh 2.Melaksanakan ujian CPR -Borang markah
softcopy
2.Hasanah binti Ismail -

3.Muhammad Syarif bin Mohd

Nor

4.Mohd Nazari bin Mhd

5. Jamilah bintiYaakob

4 Hafazan/ Moral 1.Mengajar dan membantu pelajar

1. Wan zaleha binti Wan menghafal doa dan ayat al quraan

Ngah

2. Mohd Rozi bin Shafie 2.Melaksanakan ujian hafazan

3. Syed Mohd Haddad bin

Syed Abd Kadir

4.Haslaily binti Hashim

5. Samihah binti Salleh

5. Tali Temali 1.Menujuk cara membuat simpulan -tali

yang betul

1. Rosdi bin Hj Mustaffa 2. Melaksanakan ujian tali temali

2. Nasrun bin Nawi

3. Wan Mohd Sukri bin Wan

Jusoh

4.Ibrahim bin Shafian

6. Ujian Objektif 1. Menyediakan 50 soalan objektif -50 soalan

2. Melakasanakan ujian objektif

1.Shamsuddin bin Abdullah 3. Membuat semakan jawapan dan

2.Fazmidar binti Haji Abdullah sediakan markah

3.

ANGGARAN PERBELANJAAN Lampiran 2

BIL PERKARA JUMLAH
1 Sijil Pentauliahan (200 keping x RM 2.00) 200.00
2 Sijil Panel /Juri (2 x 8 daerah x RM 2.00) 160.00
3 Penginapan (100 x RM 10)
1000.00
4 Makan minum peserta (100 x 2 hari x RM 30.00 ) 6000.00
1600.00
5 Makan minum Jurulatih dan guru pengiring ( 40 x 2 xRM 20)
180.00
6 Kain rentang ( 2 x RM 90)

JUMLAH 9,140.00













CONTOH
SIJIL

PENTAULIAHAN PANGKAT
KADET REMAJA SEKOLAH

DENGAN NAMA ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Bahawasanya sebagai menimbangkan akan penyertaan anda dalam Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Malaysia telah menunjukkan tingkahlaku yang terpuji dan telah berjaya dalam ujian kelayakan yang

telah ditunjukkan oleh

maka
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

dengan rasa bangga dan berbesar hati
menganugerahkan pangkat

STAF SARJAN

KADET REMAJA SEKOLAH

mulai

11 OKTOBER 2022 BERSAMAAN 14 RABI’UL AWAL 1444

Anda telah dilantik menyandang jawatan tersebut hendaklah dari semasa ke semasa
menyempurnakan tugas dengan bersungguh-sungguh hati serta cermat, tekun dan

bertanggungjawab. Maka dengan ini hendaklah anda dan orang di bawah perintahnya sepanjang
masa ketika berusaha menjaga

kesempurnaan tatatertib serta menurut apa jua perintah
dan arahan daripada pegawai atasannya serta menjaga

nama baik Kadet Remaja Sekolah Malaysia
sepanjang masa.

……………………

ABDUL MUIE BIN NGAH
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Pengarah KRS Negeri Terengganu

GAMBAR-GAMBAR
BERKAITAN

Ahli jawatankuasa kerja dan jurulatih
KRS dan TKRS daerah Kuala Terengganu

KRS dan TKRS daerah Kuala Nerus
KRS dan TKRS daerah Setiu

KRS dan TKRS daerah Besut
KRS dan TKRS daerah Dungun

KRS dan TKRS daerah Hulu Terengganu
KRS dan TKRS daerah Kemaman

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

IKATAN
Bantu Bantu mula

Hafazan

Kawad kaki


Click to View FlipBook Version