Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 1 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 1. Mengangkat atau memegang sesuatu sambil bergerak ke tempat lain Pak Ali ke tebing sungai sambil membawa sebatang joran 2. Membawa sesuatu di atas kepala Mak Limah berjaja dari rumah ke rumah sambil menjunjung barang jualannya. 3. Menyandang sesuatu pada bahu Budak lelaki itu menggalas pelampung getah menuju ke pinggir laut. 4. Membawa dengan meletakkan di atas bahu Pak Harun memikul padi yang diisi di dalam guni itu ke rumahnya. 5. Membawa dengan mengepit di bawah ketiak Encik Rosman mengelek fail ketika menunggu bas tiba. 6. Meletak di atas riba Did memangku anak kecil itu dengan penuh kasih sayang. 7. Membawa sesuatu di atas tapak tangan/ menating Puan Atikah sedang menatang dulang berisi medal untuk dihadiahkan kepada pemenang pertandingan itu.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 2 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 8. Mengangkat ke atas Pak Samad menjulang anaknya ketika meredah sungai itu. 9. Menjinjing/ membawa sesuatu dengan tangan ke bawah Suriati keluar dari kedai itu sambil menjinjit beg plastik. 10. Membawa sesuatu dengan pengandar (batang kayu, besi, atau buluh) Wak Satiman mengandar sayuran untuk dijual di pasar tani. 11. Menolak ke hadapan Salim membantu menyorong kerusi roda yang dinaiki pesakit itu. 12. Memimpin Kamil menuntun basikal di kawasan sekolah. 13. Menarik sesuatu dengan bergeser pada sesuatu permukaan/ dengan paksa Pak Abu menyeret lembu yang mati itu untuk ditanam. 14. Menggerakkan ke atas / menaikkan Kamil mengangkat kerusi itu untuk diletakkan di atas meja.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 3 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 15. Mengangkat dari tempat asal Ibu mengangkit periuk besrisi kari itu dengan menggunakan pengalas. 16. Mengangkat dan membawa ke suatu tempat Lori itu digunakan untuk mengangkut barangan ke rumah baharunya di taman perumahan. 17. Mengangkat dan meletakkan di tempa Idin yang hampir/ memindahkan/ mengubah Kakak mengalihkan anak pokok bunga itu ke dalam pasu. 18. Mengambil sesuatu daripada tangkai/ pokoknya Puan Seha sedang memetik buah jambu di belakang rumahnya. 19. Memetik/ menarik sesuatu dengan galah bercangkuk Did menggunakan galah bercangkuk untuk mengait buah rambutan itu. 20. Menusuk sesuatu dengan galah supaya jatuh Mamat menjolok buah mempelam di hujung dahan itu. 21. Memetik atau menggali tanah dengan menggunakan cop Jika pelepahnya dibuang, mudahlah kita mengecop tandan buah kelapa sawit itu. 22. Memusing/ memutar/ memilin Beruk Pak Seman sedang memulas buah kelapa di atas pokok.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 4 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 23. Memutuskan sesuatu dengan alat (gergaji, gunting, pisau) Encik Adrian menggunakan gergaji tangan untuk memotong papan itu. 24. Tetakan yang agak dalam tetapi tidak memutuskan pokok Pak Utih menakik batang kelapa bagi memudahkannya memanjat pokok itu. 25. Mencantas supaya sama rata Safari merepang pokok hiasan itu dengan gergaji mesin. 26. Memangkas dahan/ ranting pokok Pak Uda mencantas ranting pokok yang merintangi laluannya. 27. Menumbangkan pokok dengan alat (gergaji, kapak, parang) Dia menebang pokok itu dengan berhati-hati kerana boleh mengundang kecelakaan. 28. Menggores sesuatu permukaan dengan agak dalam Pagi-pagi lagi, Pak Seman sudah berada di kebunnya untuk menoreh pokok getah. 29. Memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian dengan menggunakan alat (pisau, kapak, gergaji) Sebilah kapak digunakan untuk membelah kayu api itiu.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 5 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 30. Meratakan atau membersihkan dengan pisau dan sebagainya Pak Mat menarah rumput pada keliling pokok itu dengan menggunakan cangkul. 31. Menghaluskan dan melicinkan dengan pisau dan sebagainya Tok Seman meraut buluh itu untuk dibuat bingkai layang-layang. 32. Membersihkan ikan /membersihkan rumput Ibu menyiang ikan yang baru sahaja dipancing oleh ayah. 33. Menghiris tidak sampai putus Rozina mengelar ikan itu sebelum dilumuri garam dan kunyit. 34. Memenggal /tetakan kuat untuk memutuskan kepala Dengan pantas, dia memancung kepala ular yang melulur ayamnya itu. 35. Menetak sesuatu berulang kali supaya menjadi kecil Peniaga itu mencincang tulang lembu yang hendak dibeli oleh pelanggannya. 36. Membuang / mengopak / mengopek kulit Masliza duduk di kerusi sambil mengupas buah mempelam.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 6 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 37. Memotong nipis-nipis Salmah menghiris bawang besar sebagai bahan tumisan sayurnya. 38. Menghiris nipis-nipis Biasanya, kakaklah yang ditugaskan merincih bawang untuk dibuat bahan tumisan. 39. Memotong untuk memisahkan daging dengan kulitnya Mereka melapah lembu yang telah disembelih itu di bawah pokok. 40. Mencarik halus-halus dengan tangan, gigi, atau paruh Nurul menyiat daging yang telah direbus untuk dibuat serunding. 41. Membelah bahagian tubuh Doktor terpaksa membedahh budak yang diserang apendiks itu. 42. Mengeruk/ mengikis isi kelapa dengan sejenis alat pengukur Nenek duduk di atas pengukur sambil mengukur kelapa. 43. Menyagat/ mengukur kelapa dengan parut Aliha memarut ubi kayu untuk dibuat penganan.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 7 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 44. Mengolah makanan mentah supaya masak Ibu saya sedang memasak makanan di dapur. 45. Memasak nasi/ memasak santan untuk dijadikan minyak Kakak Haslina menanak nasi dengan menggunakan dapur elektrik. 46. Memasak air dengan menggunakan api/ elektrik Abang Yusuff menjerang air yang diisi di dalam cerek itu. 47. Mendidihkan bahan yang dimasukkan ke dalam air dengan api yang kecil Puan Safiah mereneh ramuan ubat itu untuk beberapa ketika sebelum boleh diminum. 48. Memasak sesuatu dengan menggunakan wap air yang mendidih Puan Hazani mengukus pulut untuk sarapan keluarganya. 49. Memasak dengan minyak yang panas Mamak itu sedang menggoreng mi yang dipesan oleh pelanggannya. 50. Menggoreng tanpa minyak Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya mudah dibuang kulitnya.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 8 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 51. Mengeringkan dengan cara mengasapi sesuatu Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara. 52. Memasak makanan dengan cara meletakkannya di atas bara api Ibu memanggang ikan di atas bara api. 53. Membalik-balikkan sesuatu di atas api agak pantas supaya tidak hangus Ibu melayur daun pisang yang hendak dijadikan pembungkus lepat pisang itu. 54. Menyalakan/ memasak sesuatu dengan api Rahim baru sahaja membakar sampah yang disapunya tadi. 55. Mencalarkan/ membuat garisan Fatha menggoreskan anak mancis untuk menyalakan lilin. 56. Memanaskan dengan meletakkan sesuatu berdekatan api Lantaran kesejukan, dia mendiangkan tangannya pada unggun api itu. 57. Menusuk/ meradak/ mencucuk senjata untuk melukai Dia menikam perut perompak itu dengan sebilah pisau.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 9 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 58. mengoyakkan Ikmal merobek perut harimc itu dengan sebilah jembia. 59. Memarang/ mengayun senjata dengan kuat untuk melukai Cikgu Adnan menetak ular yang melulur anak kambingnya. 60. Menyelit/ memasukkan di celah Pengantin lelaki itu menyisipkan sebilah keris di pinggangnya. 61. Mencabut dan menarik keluar senjata daripada sarungnya Pendekar itu membuka langkah sambil menghunuskan senjatanya. 62. Menikam atau meradak dengan senjata atau benda tajam Hang Nadim berjaya menusukkan kerisnya ke perut lanun yang mengamuk di pekan itu. 63. Melempar/ melontar/ membuang sesuatu dengan gerakan tangan yang kuat Peserta itu membuat pusingan sebelum membaling tukul besi yang dipegangnya. 64. Melempari dengan batu atau sesuatu Dia berlari sambil merejam lembing itu sekuat hati
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 10 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 65. Membuang ke suatu arah Did sengaja mencampak begnya ke lantai kena dibayangi rasa marah 66. Melontar jauh-jauh Penggusti itu menghumban lawannya ke luar gelanggang. 67. Menepis atau mengelak pukulan/ serangan musuh Pendekar Samad menangkis serangan padu pencabarnya dengan bersahaja. 68. Menggerakkan nyiru turun naik untuk membersihkan beras/ kekacang Puan Rasmah menampi beras untuk membuang antahnya. 69. Menapis dengan menggerakkan ayak ke kiri dan ke kanan Kerja-kerja mengayak tepung itu dilakukan oleh orang perempuan. 70. Menghamburkan supaya berselerak/ menyebar/ memencar/ menyerak Pak Uda menabur baja organik di kebun sayurnya. 71. Menggerakkan kuali turun naik ke kiri dan ke kanan Puan Hanita melenggang kuali berisi tepung cair untuk membuat sarung popia.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 11 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 72. Mengibas-ngibaskan dengan keras/ mengirap Wanita itu mengirai kain batiknya setelah melalui kawasan yang berdebu itu. 73. Mencampakkan/ memusing supaya kembang/ terbentang Pemuda itu menebar jalanya pada permukaan sungai berarus tenang itu. 74. Menghancurkan dengan cara menekan dengan sudu atau senduk Nenek melenyek ubi rebus dengan senduk untuk dibuat penganan. 75. Menggelek untuk menghancurkan sesuatu dengan penggiling Tukang masak itu sedang menggiling cili dengan menggunakan batu penggiling. 76. Meramas dan menekan dengan tangan untuk menyebatikannya Setiap malam, dia menguli tepung untuk dibuat roti canai pada keesokan harinya 77. Membulat-bulatkan sesuatu pada tapak tangan dengan hujung jari Kakak menggentel tepung berintikan gula kabung untuk dibuat onde-onde. 78. Menggentel dengan tapak tangan Mak Bidan mengupar daun sirih yang telah dilayur itu supaya keluar minyaknya.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 12 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 79. Melakukan gerakan urut/ menekan supaya keluar Samad sedang memicit bisa sengatan lebah pada lengannya. 80. Menghentak dengan tangan, alu, atau batu supaya hancur Pak Malim menggunakan alu untuk menumbuk padi di dalam lesung tangan itu. 81. Menepuk atau memukul sesuatu berulang kali Ibu menimbuk telur hingga naik sebelum adunan itu dicampurkan tepung dan gula pasir. 82. Menjalin silangmenyilang untuk membuat tikar dan sebagainya Nenek Jah mengambil upah menganyam tikar untuk menambah pendapatannya. 83. Menyambung sesuatu dengan menggunakan jarum dan benang/ tali Kakak menjahit baju yang telah dipotong oleh ibu. 84. Membuat barang tenun daripada benang dan sutera "Bukan mudah hendak menenun songket itu; perlu ada kesabaran dan ketekunan," kata Mak Itam. 85. Menjahit bahan bermotif tertentu pada kain dengan benang emas atau perak Kakak menyulam motif pada kipas itu dengan benang emas.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 13 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 86. Memasukkan benda tajam dengan gerakan yang agak pantas Rizal mencucuk ketulan daging sate dengan sebilah lidi daripada buluh. 87. Melukis corak batik pada kain dengan sejenis alat khas daripada tembaga Ida mencanting kain itu dengan lilin cair untuk membuat lakaran sebelum mewarnainya. 88. Merapatkan tubuh hingga tersepit Budak nakal itu sengaja menghimpit saya ke tepi dinding. 89. Menghempap/ menekan sesuatu dari atas Ahli gusti itu menindih lawannya untuk memenangi perlawanan. 90. Menempatkan di antara dua benda Ana dan Badrul ditugaskan mengapit pasangan pengantin itu. 91. Memberi tekanan kepada sesuatu pihak secara fizikal/ mental Pasukan kami mengasak pasukan lawan bagi memudahkan penyerang kami melakukan jaringan. 92. Melakukan aksi untuk mematikan pergerakan lawan Peserta judo itu menang kerana berjaya mengunci pergerakan lawannya. 93. Memperaga/ mempertunjukkan Penggusti itu sengaja mempamerkan tubuh sasanya sebelum berlawan.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 14 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 94. Memperlihatkan sesuatu kepada seseorang Pak Mat menunjukkan kehandalannya dengan mengangkat batu yang besar itu. 95. Melilit dan menyimpulkan tali pada sesuatu Pak Kasim mengikat mulut guni berisi padi itu dengan seutas tali. 96. Membelit atau melingkarkan pada sesuatu benda Tok Seman melilit semutar di kepalanya sebelum turun ke sawah. 97. Mengikat sesuatu eraterat Samad menjerut leher ular itu dengan tali yang diikatkan pada sebatang kayu. 98. Membubuh gelanggelang pada sesuatu Pak Hasan menyimpai lidi penyapu itu dengan rotan. 99. Mengikat supaya tidak terurai/ mematikan ikatan/ menambat Pak Mat menyimpul tali penyidai itu pada batang pokok kelapa. 100. Makan dengan gelojoh Harimau itu terus sahaja membaham mangsanya sehingga kenyang.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 15 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 101. Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong Setelah dipujuk, barulah Kamal hendak menelan ubat itu. 102. Menelan tanpa mengunyah Ularsawa itu sedang melulur anak kambing Pak Hasan. 103. Mengemam/ menahan atau membiarkan sesuatu berada di dalam mulut Adik mengulum tablet demam itu kerana rasanya seperti gula-gula. 104. Menarik dengan paksa atau dengan kekuatan Anak lembu itu sedang meragut rumput di padang. 105. Menyerang/ melakukan gerakan makan dengan menggunakan mulut Tanpa diduga, ular itu terus memagut kakinya. 106. Menyerang/ melakukan gerakan makan dengan menggunakan paruh Ayam itu sedang mematuk makanan yang ditabur di halaman rumah. 107. Mengerip/ menggigit berdikit-dikit dengan menggeserkan gigi Fasya mendapati tikus sedang mengerit pakaian yang disimpannya di tepi katilnya. 108. Memalu/ mengenakan sesuatu yang keras dengan kuat Asyik benar pemuda itu memukul gendang bagi mengiringi persersembahan tarian singa.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 16 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 109. Menghempas/ menghempuk sesuatu dengan kuat Petani itu sedang membanting padi di sawahnya. 110. Menimpakan sesuatu dengan kuat Pokok kelapa itu tumbang lalu menghempap bumbung rumahnya. 111. Menghempuk/ menjatuhkan sesuatu dengan kuat Budak nakal itu menghempas pinggan yang dipegangnya ke lantai. 112. Meleperkan dengan menekan atau menindih sesuatu Pembuat roti canai itu sedang memenyek adunan tepung sebelum menebarnya. 113. Meletakkan kaki pada sesuatu Budak itu sengaja memijak rumput yang baru ditanam oleh pekerja sekolah. 114. Mencecah/ menginjak kaki Inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya di bangunan KLCC. 115. Menyepak/ merembat/ memukul dengan kaki Mokhtar mengerahkan seluruh tenaganya lantas menendang bola itu ke pintu gol lawannya.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 17 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 116. Menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan ketika membawa bola dengan kaki untuk mengelirukan lawan Penyerang itu menggelecek beberapa orang pemain pertahanan sebelum merembat bola ke pintu gol. 117. Menyepak atau menepis ke tepi Penjaga gol itu menguis bola sepakan penyerang lawan keluar daripada gawangnya. 118. Membungkus/ melilit bahagian tertentu dengan kain/ kertas Aman membalut luka di jari adiknya dengan secebis kain. 119. Membedung/ membalut perut atau tubuh Ibu membarut tubuh adik selepas mandi. 120. Mematahkan supaya bertangkup Adik sedang melipat kain yang diambil dari ampaian. 121. Melekatkan benda dengan sesuatu Pandai besi itu menyalut sarung keris dengan perak. 122. Menyalut logam yang nipis pada logam yang lain Tukang emas itu menyadur cincin tembaga dengan emas sembilan. 123. Mengasah alat/ menggelek adunan supaya nipis dan rata Pak Tua sedang mencanai mata parang sebelum turun ke kebun pisangnya.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 18 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 124. Menitik/ mengetuk logam untuk dijadikan senjata Pandai besi itu sedang menempa spring kereta untuk dijadikan parang. 125. Menegah / tidak membenarkan melakukan sesuatu Anggota polis segera menghalang penunjuk perasaan itu daripda bertindak liar. 126. Menghalang dengan cara mendepangkan tangan Pemeras ugut itu sengaja menghadang kami untuk mendapatkan wang. 127. Menyokong/ menunjang dengan sesuatu Kayu jati itu digunakan untuk menggalang landasan kereta api. 128. Merentang kedua-dua belah tangan luruslurus kiri dan kanan Pelari itu mendepangkan tangannya apabila sampai di garisan penamat. 129. Menghalang dengan meletakkan sesuatu sebagai pemisah Pagar keselamatan itu dibina bagi menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. 130. Sesuatu yang diletakkan melintang Sebatang pokok kelapa tumbang merintangi sungai itu. 131. Melepasi sesuatu tempat/ lalu di.../ merentasi Dia berjaya melintasi garisan penamat tepat pada masa yang ditentukan.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 19 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 132. Menempuh kesukaran untuk melepasi kawasan atau keadaan tertentu Aku terpaksa meredah hutan yang dipenuhi onak dan duri itu. 133. Melintasi kawasan berair dengan cara berenang. Kamal merenangi sungai itu walaupun airnya sangat dalam dan berarus deras. 134. Bergerak di sepanjang laluan/ mengikut tepi Pengakap itu berjalan menyusuri denai yang dirintis oleh rakannya yang terdahulu. 135. Menyampaikan sesuatu kepada seseorang Ketua pasukan kami memberi cenderamata kepada ketua pasukan lawan. 136. Menggolekkan sesuatu Penjaga gol itu meleretkan bola kepada pemain pertahanannya. 137. Membuang ke atas Pengadil itu melambung bola untuk memulakan perlawanan. 138. Menerima dengan tangan Ana menyambut bola yang dilontarkan oleh rakannya.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 20 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 139. Gerakan seperti menyebat sama ada dengan tangan atau dengan kaki Pemain itu melibas bola takraw yang diumpan kepadanya. 140. Menarik dengan kuat dan cepat Wak Jamil menyentap jerat tali untuk menumbangkan lembu itu. 141. Memusingkan tangan ke belakang Pihak polis segera mengilas tangan perompak itu lalu menggarinya. 142. Menyiku / menghentak dengan siku Milah menyigung muka pemuda yang nakal itu. 143. Menyentuhkan anggota badan mengenai sesuatu Pak Mat menggeselkan badannya di bucu tiang untuk menghilangkan rasa gatal. 144. Memandang/ menggunakan mata untuk mengetahui sesuatu Saya sempat melihat orang memetik daun teh di tanah tinggi itu. 145. Berpaling/ memusing muka untuk melihat Did menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi dentuman yang kuat
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 21 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 146. Mengerling/ melihat dengan ekor mata Nani menjeling ke arah pemuda yang tidak dikenalinya itu. 147. Mengintip/ melihat dengan sembunyisembunyi Tina mengintai di sebalik tirai untuk melihat tetamu yang datang ke rumahnya. 148. Menjengah/ melihat dengan menghulurkan kepala Kamil menjenguk melalui tingkap rumahnya kerana terdengar suara orang memanggilnya. 149. Memandang dengan teliti/ lama-lama Nenek Kiah menatap gambar cucunya sambil menitiskan air mata kerinduan. 150. Memerhatikan sesuatu dari tempat yang tinggi/ jauh Pegawai tentera itu meninjau keadaan di sempadan dengan menggunakan teropong. 151. Memandang ke atas Samad mendongak untuk melihat peserta payung terjun itu terjun dari sebuah kapal terbang. 152. Melihat dengan ekor mata/ mengerling/ menjeling Did melirik ke arah adikny kerana tidak berpuas hati dengan sikapnya yang kurang sopan itu.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 22 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 153. Mengelipkan sebelah mata untuk memberi isyarat Dia tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepadaku. 154. Membuka mata luasluas Puan Ratna menjegilkan matanya kerana memarahi anaknya yang degil itu. 155. Mencuci/ membersihkan sesuatu dengan Ibu sedang membasuh pakaiam di bilik air. 156. Mencuci untuk kali kedua dan seterusnya sehingga bersih Kini, giliran adik membilas kain-kain yang baru dicuci oleh ibu. 157. Mengalirkan turun/ ke bawah Ibu mencucurkan air ke atas sayuran yang sudah dibasuh itu. 158. Memegang-megang dan memicit Nek Leha meramas kelapa untuk mendapatkan santannya. 159. Memeras/ memicit untuk mengeluarkan air/ santan Ibu memerah santan itu ke dalam penapis plastik.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 23 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 160. Mengesat, melumas, melumur, membersihkan dengan alat Tina menyapu minyak wangi ke pergelangan tangannya. 161. Membersihkan denggan cara menggeserkan sesuatu/ menyeterika pakaian Ibu menggosok lantai bilik air dengan berus. 162. Menggosok supaya berkilat Abang menggilap kasut yang hendak dipakai ke majlis temu duga nanti. 163. Menggosok supaya hilang gatal atau pedih Salman menggenyeh matanya beberapa kali kerana berasa gatal. 164. Menggosok dengan kuat Mak Limah menyental periuk yang dipenuhi jelaga itu. 165. Menyapu atau mengeringkan dengan kain dan sebagainya Kakak menggunakan mop untuk mengelap lantai itu. 166. Menjirus/ mencurahkan air pada sesuatu Setiap pagi, abang akan menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 24 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 167. Menyimbur/ mencurahkan air dengan gerakan yang kuat Pak Long menyimbah kotoran pada badan lembu itu dengan sebaldi air. 168. Memercikkan sedikit air Tetamu itu merenjiskan air mawar kepada pasangan pengantin itu. 169. Keluar dengan memancut Air menyembur daripada batang paip besar yang bocor itu. 170. Mengambil/ mendapat sesuatu yang diberikan Kanak-kanak istimewa itu menerima hadiah daripada seorang dermawan. 171. Menerima/ menggondol hadiah/ memeluk Olahragawan itu merangkul lima pingat emas dalam acara balapan. 172. Membawa dalam pelukan tangan Kakak merangkum pakaian kotor itu untuk dibasuh di bilik basuhan. 173. Menyangkutkan sesuatu pada leher Tetamu itu mengalungkan pingat kepada juara acara larian itu. 174. Melekatkan/ mencantum sesuatu dengan penyemat Marina menyematkan rozet kepada tetamu kehormat itu.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 25 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 175. Mengurniai/ memberi sesuatu sebagai anugerah DYMM Sultan Pahang telah berkenan menganugerahkan pingat kebesaran kepada pegawai itu. 176. Membuka dengan cara merosakkan Orang itu terpaksa mengopak pintu kerana kunci rumahnya hilang. 177. Menuil/ mengungkil/ menggerakkan sesuatu dengan menggunakan tuas Pak Abu mengumpil batu yang besar itu dengan sebatang kayu. 178. Menghancurkan/ menyebabkan sesuatu menjadi berkecai Adik tidak sengaja memecahkan pinggan nasi yang dibawanya. 179. Rosak sama sekali/ membinasakan/ Banjir telah memusnahkan beberapa buah rumah. 180. Merobohkan/ merosakkan dan menjatuhkan Sebuah jentolak digunakan untuk meruntuhkan bangunan usang itu 181. Mengunyah serta menelan makanan Abang makan nasi berlaukkan ikan sungai dan sambal petai. 182. Meneguk/ menyedut dan menelan benda cair Salman menghirup air kopi panas untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 26 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 183. Merasa atau mengambil makanan dengan lidah Asyik benar budak kecil itu menjilat aiskrim yang dibeli bapanya. 184. Makan lauk sahaja/ menundukkan lawan Adik meratah lauk sahaja tanpa menyentuh nasi yang dihidangkan. 185. Menyedut/memasukkan sesuatu ke dalam mulut atau hidung dengan tarikan udara An menghisap air di dalam botol itu dengan straw. 186. Melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi Payah benar datuk mengunyah daging kerana datuk tidak bergigi. 187. Mencapai atau memaut dengan tangan lbu memegang tangan adik eraterat ketika melintas jalan. 188. Mengusap/ menyentuh dengan perasaan kasih sayang Nek Bedah membelai rambut cucunya dengan penuh kemesraan. 189. Menggerakkan tangan turun naik untuk mengucapkan selamat jalan/ selamat tinggal Rafiq memandu keretanya perlahan-lahan sambil melambai mesra. 190. Menyentuh dengan hujung jari Rina mencuit belakang rakannya untuk bertanyakan sesuatu.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 27 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 191. Memberi isyarat memanggil dengan menggerakkan keempat-empat jari tangan Sudah beberapa kali saya menggamit budak itu namin dia tidak melihatnya 192. Menembusi barisan dengan menolak atau menarik ke kiri dan ke kanan AN terpaksa menguak sampah yang merintanginya pada permukaan sungai itu. 193. Memimpin kanakkanak untuk berlatih berjalan Kakak menatih adik dengan berhati-hati di ruang tamu. 194. Bergerak dengan menggeserkan punggung Adik saya sudah pandai mengesot untuk mengambil barang mainannya. 195. Pergerakan badan kanak-kanak sebelum boleh merangkak Bayi itu menjulur untuk mendapatkan ibunya. 196. Berjalan dengan menggunakan tangan dan lutut Bayi itu sudah boleh merangkak dengan pantas. 197. Berbaring dengan dada dan perut ke bawah Anggota tentera itu meniarap untuk memulakan serangan terhadap pihak musuh 198. Berbaring dengan dada dan perut ke atas Mayat itu ditemui dalam keadaan melentang dengan matanya ditutup.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 28 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 199. Terlepas ke bawah/ gugur/ luruh Pencari petai itu terjatuh kerana terpijak dahan yang rapuh. 200. Bergerak dengan kepala dahulu mengarah ke bawah Kereta itu terbabas lalu terjunam ke dalam gaung. 201. Tersungkur/ tertiarap/ terlungkup/ jatuh dengan muka dan dada menghempap sesuatu Budak yang mengigau itu jatuh tersembam di atas lantai. 202. Terjelepok/jatuh dengan punggung dahulu mengenai sesuatu Budak itu jatuh terduduk daripada basikal yang ditungganginya. 203. Tergolek/ berpusing pusing ke hadapan Pemuda itu jatuh terguiing di laluan yang sempit itu ke tebing sungai. 204. Meletakkan punggung di atas sesuatu Nenek duduk di kerusi itu sambil meraut lidi kelapa. 205. Duduk dengan melipat dan menyilangkan kaki Pengantin lelaki duduk bersila sementara menunggu majlis pernikahan berlangsung.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 29 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 206. Duduk dengan melipatkan kaki ke arah yang sama (kiri/ kanan) dengan sebelah tangan menupang tubuh Pengantin perempuan duduk bersimpuh menanti majlis berlangsung. 207. Duduk dengan menghulurkan kaki Tidak elok duduk berlunjur di hadapan orang tua-tua. 208. Bertinggung/ duduk dengan kaki melipat tetapi punggung tidak mencecah sesuat Pak Tua mencangkung sambil memegang ayam jalak kesayangannya. 209. Duduk dengan meletakkan belakang badan pada sesuatu Bapa bersandar pada dinding rumah sambil mengipas tubuhnya. 210. Bertelut/ berdiri di atas lutut Hang Tuah melutut di hadapan sultan lalu berdatang sembah. 211. Bau yang tidak sedap (seperti bangkai) Bangkai ayam di tepi jalan itu berbau busuk dan dihurungi lalat 212. Haring/ bau busuk air kencing Bilik air itu berbau hancing kerana tidak dibersihkan.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 30 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 213. Perat/ pering/ bau minyak yang sudah lama disimpan Minyak yang sudah tengik itu tidak elok digunakan untuk menumis lagi. 214. Bau tidak enak pada ikan basah (terutamanya ikan sungai) Basuhlah ikan sungai dengan asam jawa untuk menghilangkan hanyirnya. 215. Bau tidak sedap kerana sudah usang/ lapuk Ini beras tahun lepas; patutlah berbau hapak. 216. Makanan yang menjadi busuk kerana disimpan lama/ tidak diperhangat Kari semalam itu tidakboleh dimakan lagi kerana sudah basi. 217. Tanya jawab untuk mendapatkan berita atau maklumat Pihak wartawan mengadakan temu ramah itu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penemuan makhluk ganjil itu. 218. Perjumpaan yang telah ditetapkan masa dan tempatnya Mereka mengadakan temu janji itu di sebuah restoran terkenal. 219. Tanya jawab antara majikan dengan pemohon kerja Temu duga itu diadakan untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di syarikat itu. 220. Bersemuka/ berjumpa dengan seseorang Tidak ada apa-apa yang saya bincangkan dengan tokoh korporat itu; sekadar temu muka sahaja.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 31 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 221. Lanjut usia/ sudah lama hidup Pak Karim memang sudah tua; jalan pun bertongkat. 222. Panjang masanya/ tidak moden Kukur kelapa merupakan barangan lama yang sukar ditemukan sekarang. 223. Sudah terlalu lama/ tidak berseri Halaman rumah usang itu dipenuhi sarang labah-labah. 224. Benda lama/ purba yang sangat tinggi nilainya Harga pasu antik buatan China itu mencecah puluhan ribu ringgit. 225. Dahulu/ masa lampau/ yang telah berlalu Masyarakat zaman silam menggunakan kulit haiwan sebagai pakaian. 226. Sangat menarik apabila dipandang (perempuan/ bangunan Bunga yang berkembangan di taman itu memang cantik. 227. Benda kecil yang cantik (budak/ gadis/ haiwan) Wah, comelnya budak yang sedang didukung oleh kakak itu! 228. Kacak/ segak/ rupa yang menawan (lelaki) Did peragawan; kenalah tampan dan bergaya.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 32 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 229. Rupawan (wanita) Wajah anak Pak Haji Rahman sungguh jelita. 230. Membujur/ lurus dari atas ke bawah Kamil berdiri tegak ketika lagu Negaraku dimainkan. 231. Menyimpang dari arah yang lurus Kaki baju itu sengaja dipotong serong bagi menambah kecantikannya 232. Membengkok atau melengkung/ tidak tegang Tali ampaian daripada dawai memang melentur ketika cuaca panas. 233. Senget/ miring Tiang bendera itu senget kerana tapaknya tidak kukuh. 234. Mendatar/ lurus dari kiri ke kanan Kekisi pagar itu dipasang melintang dan rapat-rapat 235. Terletak memanjang ke hadapan Penampan simen itu dipasang membujur bagi memudahkan air mengalir. 236. Kain alas tilam Ibu sedang membuka kain cadar untuk dibasuh.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 33 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 237. Kain penutup tingkap atau pintu Rumah itu kelihatan ceria setelah tingkapnya dipasang dengan kain langsir. 238. Kain selimut Ibu menyelimut anaknya dengan kain gebar kerana cuaca pada malam itu agak dingin. 239. Kain tabir/ kain yang dipasang labuh bagi menyekat ruang Tok Bilal sedang menarik tirai yang memisahkan jemaah lelaki denganjemaah perempuan. 240. Tirai yang diperbuat daripada bilah rotan, buluh, dan sebagainya Pekedai itu memasang tepi kedainya. 241. Anyaman mengkuang/ buluh/ daun nipah digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas Dinding rumah tradisional itu diperbuat daripada kajang. 242. Binaan kecil merintangi sungai untuk menyeberangi sungai Titi itu dibuat daripada batang kelapa sahaja. 243. . Binaan titi yang besar untuk menyeberangi sungai Pembinaan jambatan itu menelan belanja yang besar. 244. Jambatan di atas jalan raya untuk pejalan kaki melintas jalan Melintaslah dengan menggunakan jejantas supaya selamat.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 34 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 245. Jalan raya yang dibina melintasi jalan lain seperti jambatan Kereta bapa saya melalui jejambat untuk sampai ke lebuh raya utama. 246. Kain penutup kepala perempuan ketika ke sawah/ ke kebun Nenek Kiah memakai sigar ketika turun ke sawah. 247. Kain pelilit kepala oleh orang lelaki Pak Senik melilit semutar sebelum turun ke laut. 248. Kain yang dililit di kepala (seperti yang dipakai oleh haji dan sebagainya) Serban yang dipakai oleh Tuan Haji Bakhir itu dibeli di Madinah. 249. Kain panjang untuk menutup kepala/ leher/ disandang pada bahu Nyonya Tan memakai kebaya dan mengenakan selendang pada bahunya. 250. Kain pelilit kepala yang dipakai oleh orang Sikh Kuldip Singh kelihatan segak dengan turban berwarna hitam. 251. Kain penutup muka yang dipakai oleh orang perempuan Gadis Arab itu memang sentiasa berpurdah jika keluar dari rumahnya. 252. Tidak keras Kek yang dijual oleh Puan Hamimah memang lembut.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 35 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 253. Benyek/ benyai/ terlalu lembut Nasi yang ditanak oleh adik lembik kerana terlebih air. 254. Tidak rangup/ seakanakan liat kerana sudah dimasuki angin Jika dibiarkan terdedah lama, kerepek ubi itu akan lemau dan tidak sedap untuk dimakan lagi. 255. Masih basah/ belum kering Kain di jemuran itu belum boleh diangkat kerana masih lembap. 256. Lembut/ gebu/ tidak keras kerana sudah masak Ubi kayu yang direbus itu sudah empuk dan boleh dimatikan apinya. 257. Cukup masak (buahbuahan) Kecur air liur saya melihat buah rambutan yang masak ranum itu. 258. Belum masak benar/ setengah masak Buah yang mengkal itu perlu diperam supaya cepat masak. 259. Terbakar menjadi hitam Ubi yang dibakar itu hangus; sukar hendak dimakan lagi. 260. Keluar dari tempat yang terlindung Matahari terbit menyebabkan persekitaran menjdi cerah.
Kata Hampir Sama Maksud Bil Perkataan Maksud Contoh ayat 36 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang 261. Mulai terbit/ mulai terang (fajar)/ hilang/ lenyap (kabus/awan) Fajar menyingsing menandakan telah masuk waktu Subuh. 262. Keluar/ naik ke permukaan air Buaya yang dicari-cari itu timbul di permukaan air. 263. Bergerak ke hadapan Nazmi tampil ke pentas untuk membaca ikrar murid sempena Majlis Penyerahan Ilmu itu. 264. Keluar dengan tibatiba Tiba-tiba, wajah yang menakutkan itu muncul di hadapan kami. 265. Syak wasangka/ perasaan tidak elok akibat kurang percaya terhadap suami atau isteri Pasangan suami isteri itu bergaduh akibat cemburu yang keterlaluan. 266. Berniat jahat didorong oleh perasaan iri hati atau cemburu Timbul perasaan dengki di hatinya apabila melihat rakannya berjaya. 267. Perbuatan jahat untuk menganiaya/ mendatangkan kecelakaan kepada orang lain Memfitnah merupakan perbuatan khianat yang amat dimurkai Allah.