The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aqilah Hamzah, 2023-10-01 09:36:38

pkjr-tahun-2-pdf

pkjr-tahun-2-pdf

RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)


Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 2018 dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Buku Panduan Guru Tahun 2


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA Penghargaan KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KK 363-221-0302011-5565-25-20101 ISBN 978-967-5565-25-0 Cetakan Pertama 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Penerbit Bersama: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. No. Telefon: 03-83238000 No. Faksimile: 03-88888806 Laman Web: http://www.jkjr.gov.my Laman Web PKJR: www.pkjr.gov.my Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: CLEAVE AMITY Zieconcept Enterprise Dewan Bahasa dan Pustaka Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 14 poin Dicetak oleh: Ultimate Print Sdn. Bhd., Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. No. Siri Buku: 0160 Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha sama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia selaku pemilik Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha dan bekerjasama untuk menyempurnakan penghasilan buku ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang berikut: Kementerian Pengangkutan Malaysia • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) • Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Kementerian Pendidikan Malaysia • Bahagian Pembangunan Kurikulum • Bahagian Buku Teks • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti • Lembaga Peperiksaan • Jabatan Pendidikan Negeri • Pejabat Pendidikan Daerah • Institut Pendidikan Guru Malaysia • Universiti Putra Malaysia • Universiti Kebangsaan Malaysia • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia • Universiti Pendidikan Sultan Idris • Universiti Malaya Kementerian Dalam Negeri Polis Diraja Malaysia


iii Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


iv


Buku Aktiviti Murid BAM Bahan Bantu Mengajar BBM Hasil Pembelajaran HP Pendidikan Keselamatan Jalan Raya PKJR Video Audio dan Animasi VAA Petunjuk Kemahiran Bahasa Senarai Singkatan Membaca Mendengar dan bertutur v


Petunjuk Bahan Bantu Mengajar Kad Imbasan Poster Puzzle Gunting dan tampal Video Audio Menulis vi


AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT KANDUNGAN 1 Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi 1 2 Ciri-ciri Keselamatan Kenderaan 3 3 Prasarana di Jalan Raya 4 4 Fungsi Prasarana Jalan Raya 5 5 Mengenal Lampu Isyarat 6 6 Fungsi Lampu Isyarat 7 7 Tanda Isyarat Lalu Lintas dan Maksudnya 8 8 Mengenal Arah Lalu Lintas 10 9 Maksud Tanda Isyarat Keselamatan Lalu Lintas 12 10 Isyarat Keselamatan yang Mengawal Lalu Lintas 13 11 Pemakaian Tali Pinggang Keledar 14 12 Amalkan Peraturan Jalan Raya 15 13 Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu 16 vii


AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT KANDUNGAN 14 Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya 17 15 Melintas dengan Orang Dewasa 19 16 Melintas dengan Selamatnya 20 17 Pencahayaan dan Kebolehlihatan 21 18 Tempat Selamat untuk Melintas 22 19 Persekitaran Jalan Raya untuk Pejalan Kaki 23 20 Pakaian dan Peralatan Keselamatan Berbasikal 24 21 Pemilihan Pakaian dan Peralatan Keselamatan Berbasikal 25 22 Fungsi Peralatan Keselamatan Berbasikal 27 23 Tempat Duduk Selamat 29 24 Kegunaan Alat Penahan 31 Glosari Keselamatan Jalan Raya Lampiran 32 39 viii


i


Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya TEMA FOKUS HASIL PEMBELAJARAN 1. Pengangkutan darat 1.1 Kenderaan persendirian, kenderaan awam, kenderaan berat dan jentera 1.1.1 Menamakan kenderaan persendirian, kenderaan awam, kenderaan berat dan jentera yang diketahui. 1.1.2 Menyatakan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada komponen kenderaan. 1.1.3 Menyatakan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya kenderaan : • laju • mengundur • menghampiri • membelok 1.1.4 Berbincang maksud ketidakbolehlihatan dan impaknya terhadap pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.1.5 Membuat keputusan memilih kenderaan awam yang selamat mengikut situasi. 1.1.6 Membandingkan masa dan jarak berhenti kenderaan serta menceritakan faktor yang menghalang pandangan pemandu. 2. Persekitaran jalan raya 2.1 Jenis-jenis jalan raya 2.1.1 Menyatakan bahawa jalan raya merupakan tempat yang berbahaya. 2.1.2 Mengenal pasti jalan dalam istilah: • lengang • lebar • sibuk • sempit 2.1.3 Menjelaskan had laju kenderaan yang bergerak di setiap jenis jalan. 2.1.4 Mengenal pasti elemen persekitaran yang dapat meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. 2.2 Prasarana jalan raya 2.2.1 Mengenal pasti bahagian jalan raya yang boleh meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 2.2.2 Menerangkan fungsi bahagian jalan untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 2.2.3 Mendefinisi dan mengenal pasti perabot jalan raya: • pagar • pasu bunga • rel adang • batas kebun • lampu jalan


Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya TEMA FOKUS HASIL PEMBELAJARAN 2. Persekitaran jalan raya 2.2 Prasarana jalan raya 2.2.4 Menerangkan kegunaan perabot jalan raya dan impaknya terhadap keselamatan pengguna jalan raya. 2.2.5 Menjelaskan risiko penggunaan laluan pejalan kaki. 2.2.6 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko penggunaan laluan pejalan kaki dan laluan kongsi. 2.3 Isyarat keselamatan jalan 2.3.1 Menyatakan isyarat keselamatan jalan yang perlu dipatuhi untuk mengawal lalu lintas. 2.3.2 Menerangkan urutan dan fungsi lampu isyarat. 2.3.3 Mengenal pasti tanda isyarat dan fungsinya untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki. 2.3.4 Mengenal pasti tanda isyarat dan fungsinya untuk meningkatkan keselamatan penunggang basikal. 2.3.5 Menerangkan akibat tidak mematuhi isyarat keselamatan jalan raya. 2.4 Aliran lalu lintas 2.4.1 Mengenal pasti arah lalu lintas. 2.4.2 Memberi penerangan tentang isyarat keselamatan jalan yang mengawal aliran lalu lintas. 2.4.3 Menerangkan waktu/ masa boleh mempengaruhi kesesakan trafik dan keselamatan pengguna jalan raya. 2.4.4 Menjelaskan kesesakan trafik mempengaruhi keselamatan pengguna jalan. 3. Peraturan dan undang-undang jalan raya 3.1 Mengetahui tentang peraturan dan undang-undang jalan raya serta menggunakannya 3.1.1 Mengenal pasti peraturan jalan raya ketika melintas. 3.1.2 Mengenal pasti peraturan dan undang-undang jalan raya di persekitaran mereka. 3.1.3 Menyatakan perbezaan antara peraturan dengan undang-undang jalan raya. 3.1.4 Menjelaskan peraturan dan undang-undang jalan raya di persekitaran mereka . 3.1.5 Mengenal pasti prosedur keselamatan yang relevan di persekitaran mereka. 3.1.6 Menceritakan akibat apabila peraturan dan undang-undang jalan raya tidak dipatuhi. 3.1.7 Mengaplikasikan peraturan dan undang-undang jalan raya; • pejalan kaki- terutama apabila melintas jalan • pemandu • penumpang • penunggang basikal • pembonceng basikal


Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya TEMA FOKUS HASIL PEMBELAJARAN 4. Tingkah laku pejalan kaki 4.1 Sokongan daripada orang dewasa 4.1.1 Menerangkan bahawa berjalan di jalan raya atau berdekatan jalan raya adalah lebih selamat apabila bersama-sama orang dewasa. 4.2 Arah paling selamat untuk pejalan kaki 4.2.1 Kepentingan berjalan menghadap lalu lintas berbanding arah yang sama dengan kenderaan. 4.3 Tahap kebolehlihatan pejalan kaki 4.3.1 Pelajar menerangkan keadaan cuaca tertentu dan pencahayaan dapat memberikan kesan kepada pejalan kaki. 4.4 Melintas dengan selamat 4.4.1 Mengenal pasti dan menerangkan bahagian-bahagian persekitaran jalan raya yang dapat meningkatkan keselamatan sewaktu melintas. • lintasan pejalan kaki • lintasan pejalan kaki berisyarat • jejantas 4.4.2 Mengenal pasti tempat yang paling selamat untuk melintas jalan, contohnya; • tempat melintas yang ditentukan seperti jejantas, lintasan pejalan kaki dan lintasan pejalan kaki berisyarat • tempat melintas atau persimpangan yang diselia oleh peronda lintasan sekolah • melintas jauh dari simpang jalan 4.4.3 Menyatakan langkah- langkah untuk menangani situasi rumit ketika melintas. 4.4.4 Mengetahui lima langkah untuk melintas jalan dengan selamat. 5. Tingkah laku penunggang basikal 5.1 Berbasikal dengan selamat 5.1.1 Menamakan komponen basikal dan fungsinya. 5.1.2 Memilih pakaian yang sesuai dan mengenakan peralatan keselamatan berbasikal. 5.1.3 Menyatakan fungsi topi keledar dan cara pemakaian yang betul. 5.1.4 Menyatakan peraturan dan undang-undang ketika berbasikal. 5.1.5 Menunjukkan cara menunggang basikal yang selamat. 5.1.6 Meramal kebarangkalian risiko semasa berbasikal di jalan raya.


Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 30km/j TEMA FOKUS HASIL PEMBELAJARAN 6. Tingkah laku penumpang 6.1 Tingkah laku yang selamat dan tanggungjawab seseorang penumpang penumpang 6.1.1 Menerangkan kepentingan untuk menjadi penumpang yang selamat dan bertanggungjawab. 6.1.2 Menjelaskan cara penumpang boleh menyumbang kepada keselamatan orang lain. 6.1.3 Mengenal pasti tempat yang paling selamat dalam kenderaan untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun melakukan perjalanan. 6.2 Penggunaan alat penahan 6.2.1 Mengenal alat penahan • tali pinggang keledar • tempat duduk kanak-kanak • tempat duduk bayi • pelaras tempat duduk 6.2.2 Menyenaraikan dan membincangkan pelbagai jenis alat penahan untuk penumpang berlainan usia dan menerangkan kesesuaian setiap satunya. 6.2.3 Menunjukkan cara alat pelindungan yang bersesuaian dikancingkan dan dilaraskan supaya muat kepada pemakainya. 6.2.4 Membincangkan tanggungjawab penumpang supaya memakai tali pinggang keledar dengan betulnya. 6.2.5 Membandingkan situasi sama ada alat penahan digunakan atau tidak serta membuat kesimpulan tentang alat penahan dan keselamatan. 6.2.6 Menerangkan akibat kepada penumpang di dalam kenderaan apabila kenderaan tersebut membelok dengan tajam atau melanggar objek. 6.3 Penggunaan topi keledar 6.3.1 Membincangkan kepentingan pemakaian topi keledar dengan betul untuk melindungi pembonceng. 6.3.2 Menerangkan cara pemakaian topi keledar yang betul. 6.3.3 Kepentingan memakai topi keledar yang sesuai. 6.3.4 Menunjukkan kepekaan tentang kepentingan dan strategi untuk membuat orang lain peka tentang penggunaan topi keledar dengan betul. 6.4 Menaiki dan menuruni kenderaan dengan selamat 6.4.1 Membincangkan tingkah laku yang selamat untuk menaiki dan menuruni kenderaan.


xi


1 Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi Teliti gambar di bawah. Kemudian, baca fungsi komponen keselamatan. Ini tali pinggang keledar. Tali pinggang keledar dapat menghalang penumpang daripada terhumban ke hadapan atau tercampak keluar daripada kenderaan apabila berlaku kemalangan. Beg udara keselamatan akan mengembang untuk mengurangkan daya hentaman ketika penumpang terhumban ke hadapan jika berlaku kemalangan. Cermin pandang sisi digunakan untuk melihat kenderaan di belakang sebelum memotong kenderaan di hadapan. Cermin pandang sisi berada di sebelah kiri dan kanan kereta. 1 2 3 Tali pinggang keledar Beg udara keselamatan Cermin pandang sisi HP PKJR: 1.1.2 Aktiviti 1


2 Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi HP PKJR: 1.1.2 4 5 6 Cermin pandang belakang Pengelap cermin Brek kaki Cermin pandang belakang digunakan untuk melihat kenderaan di belakang. Pengelap cermin kenderaan digunakan sewaktu hujan untuk membolehkan pemandu melihat objek dengan jelasnya. Brek kaki berfungsi untuk memperlahankan dan memberhentikan kenderaan.


3 BBM A B HP PKJR: 1.1.2 Tonton klip video dan sebut ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada bas dan kereta. Baca ayat tentang ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada bas dan kereta. Kemudian, tandakan ( ) pada ciri yang sama dan ( ) pada ciri yang berbeza. 1. Pemandu hendaklah melihat cermin pandang belakang sebelum mengubah haluan dan lorong. 3. Tali pinggang keledar digunakan untuk mengelakkan penumpang belakang terhumban ke hadapan ketika pemandu membrek secara tiba-tiba. 2. Pintu kecemasan digunakan untuk keluar dari kenderaan semasa kecemasan. 4. Tayar yang digunakan mestilah selamat dan sesuai dengan kenderaan. 5. Sebelum memandu kenderaan, pemandu hendaklah memastikan brek dan lampu brek berfungsi dengan baiknya. Aktiviti 2


4 30 km/j HP PKJR: 2.2.1 Keselamatan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal di Jalan Raya Terdapat pelbagai cara untuk menjaga keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. Pejalan kaki menggunakan laluan pejalan kaki untuk mengelakkan kemalangan. Pejalan kaki berhenti pada bebendul jalan sebelum melintas untuk mengelakkan diri daripada dilanggar oleh kenderaan. Pejalan kaki perlu berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan arah laluan kenderaan supaya dapat melihat kenderaan di hadapan. Selain itu, pejalan kaki boleh menggunakan jejantas atau lintasan pejalan kaki untuk menjaga keselamatan diri. Bagi penunggang basikal pula, laluan basikal harus digunakan untuk mengelakkan kemalangan. Jika terdapat bonggol, penunggang basikal perlu memperlahankan basikalnya. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berwaspada ketika berada di jalan raya. Aktiviti 3


5 BBM km/j Teliti gambar di bawah. Jelaskan fungsi prasarana jalan raya kepada rakan kamu. Kemudian, tulis fungsi tersebut dalam ruangan yang disediakan. HP PKJR: 2.2.2 Aktiviti 4 Laluan pejalan kaki 1. Laluan basikal 2. Jejantas 3. Lintasan pejalan kaki 5. Bebendul jalan 4. Lampu isyarat lintasan pejalan kaki 6. berbasikal dengan selamat


6 BERHENTI BERSEDIA UNTUK BERHENTI BERGERAK BER Sekiranya tidak mematuhi lampu isyarat, anda boleh kehilangan nyawa dan mengalami kecederaan. Info BBM Tonton klip video yang ditayangkan. Kemudian, warnakan dan nyatakan fungsi lampu isyarat di bawah. HP PKJR: 2.3.2 Aktiviti 5


7 Baca dan kenal pasti kesalahan ejaan dalam petikan di bawah. Kemudian, tulis petikan semula dalam ruangan yang disediakan. HP PKJR: 2.3.2 Lampu Isyarat Lampu isyarat ialah alat pemberi isyarat. Biasanya, lampu isharat ditempatkan di persimpangan jalan litasan perjalanan kaki. Terdapat tige warna pada lampu isyarat, iaitu merah, kunin dan hijau. Lampu hijau menunjukkan kita boleh meneruskan perjalanan. Lampu kunin pula menandakan kita bersedia untuk berhenti, manakala lampu merah menandakan kita mesti berhenti. Kita mesti mematuhi lampu isyarat jalan raya supaya aliran tafik berjalan lancar. Jika kita mematuhi lampu isyarat, kita dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Aktiviti 6 Kita mesti mematuhi lampu isyarat jalan raya supaya aliran trafik berjalan lancar. Jika kita mematuhi lampu isyarat, kita dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Lampu isyarat ialah alat pemberi isyarat. Biasanya, lampu isyarat ditempatkan di persimpangan jalan lintasan pejalan kaki. Terdapat tiga warna pada lampu isyarat, iaitu merah, kuning dan hijau. Lampu hijau menunjukkan kita boleh meneruskan perjalanan. Lampu kuning pula menandakan kita bersedia untuk berhenti, manakala lampu merah menandakan kita mesti berhenti.


8 Lihat dan baca tanda isyarat lalu lintas di bawah. BBM Tanda Isyarat Lalu Lintas dan Maksudnya A HP PKJR: 2.3.3 Aktiviti 7 Lampu isyarat di hadapan Berhenti kanak-kanak melintas Kawasan kanak-kanak melintas Perhentian bas Lintasan pejalan kaki Motosikal dilarang masuk


9 30 km/j B Tulis fungsi tanda isyarat lalu lintas dan warnakannya. Tanda Isyarat Lalu Lintas dan Maksudnya HP PKJR: 2.3.3 Perhentian bas Lintasan pejalan kaki


10 km/j A Mengenal Arah Lalu Lintas Baca dan fahami petikan di bawah. HP PKJR: 2.4.1 Mei Ling dan ibunya hendak melintas jalan. Mereka berhenti di bahu jalan. Ibu mengingatkan Mei Ling supaya melihat keadaan lalu lintas dari arah kanan, kiri dan kanan. Mei Ling melihat sebuah kereta berwarna kuning bergerak dari arah kanannya. Dia juga melihat sebuah kereta berwarna hijau bergerak dari arah kirinya. Mei Ling melihat ke kanan semula untuk memastikan tiada kenderaan sebelum melintas. Ibu Mei Ling memberitahu bahawa tujuan mereka melihat kenderaan dari arah kanan, kiri dan kanan adalah untuk memastikan mereka dapat melintas dengan selamatnya. Aktiviti 8


11 Mengenal Arah Lalu Lintas B HP PKJR: 2.4.1 1. Apakah perkataan lain yang sama maksudnya dengan perkataan melihat? a. memandang b. melintas c. membelok 2. Apakah perkara yang perlu kita lakukan sebelum melintas jalan? a. melihat ke kiri dan kanan b. melihat ke kanan dan kiri c. melihat ke kanan, kiri dan kanan 3. Mengapakah kita perlu melihat arah lalu lintas sebelum melintas jalan? Kita perlu melihat arah lalu lintas sebelum melintas jalan kerana 4. Apakah yang akan berlaku jika kita tidak melihat arah lalu lintas? Jika kita tidak melihat arah lalu lintas, kita akan kita perlu memastikan tiada kenderaan di atas jalan raya sebelum melintas. berisiko untuk dilanggar.


12 A B Teliti kedua-dua gambar di bawah dan cari perbezaan antara kedua-duanya. Kemudian, bulatkan perbezaan tersebut. Ceritakan kepada rakan kamu tentang maksud tanda isyarat keselamatan lalu lintas yang telah kamu bulatkan. HP PKJR: 2.4.2 Aktiviti 9 Maksud Tanda Isyarat Keselamatan Lalu Lintas 1. 2.


13 Teliti gambar di bawah. Kemudian, bincangkan kegunaan lampu isyarat pejalan kaki dengan rakan kamu. Isyarat Keselamatan yang Mengawal Lalu Lintas HP PKJR: 2.4.2 Lampu Isyarat Pejalan Kaki Imej orang merah bernyala Imej orang hijau bernyala Pejalan kaki tidak boleh melintas Pejalan kaki boleh melintas Aktiviti 10 Walaupun isyarat orang hijau telah bernyala, pejalan kaki mesti berhatihati semasa melintas. Info


14 Teliti gambar di bawah dan nyatakan akibat tidak memakai tali pinggang keledar jika berlaku kemalangan. 30 km/j 1. 2. HP PKJR: 3.1.2 Aktiviti 11 Pemandu dan penumpang akan terhumban ke hadapan atau tercampak keluar daripada kenderaan apabila berlaku kemalangan sekiranya tidak memakai tali Info pinggang keledar.


15 km/j 1. Ayah Aliya akan memastikan abangnya mengancing topi keledar dengan betulnya dan kemasnya. 2. Penumpang kereta tidak perlu memakai tali pinggang keledar. 3. Ibu Aliya memastikan mereka keluar dari pintu sebelah kanan kereta. 4. Sebelum memulakan perjalanan, ibu Aliya akan memakai tali pinggang keledar. 5. Aliya dan kakaknya menggunakan jejantas untuk melintas jalan. Baca cerita di bawah. Kemudian, tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( ) pada pernyataan yang salah. HP PKJR: 3.1.2 Pada setiap pagi, ayah Aliya menghantar abangnya ke sekolah dengan menunggang motosikal. Ayah Aliya akan memastikan abang mengancing topi keledar dengan betulnya dan kemasnya sebelum menunggang motosikal. Ibunya pula akan menghantar Aliya dan kakaknya ke sekolah dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, ibunya akan memakai tali pinggang keledar dan memastikan Aliya dan kakaknya juga memakai tali pinggang keledar penumpang. Apabila tiba di sekolah, ibu Aliya memastikan mereka keluar dari pintu sebelah kiri kereta. Selepas keluar dari kereta, Aliya dan kakaknya menggunakan jejantas untuk melintas jalan dengan selamatnya. Aktiviti 12


16 HP PKJR: 3.1.2 Padankan peraturan jalan raya dengan gambar yang betul. Aktiviti 13 Jangan melintas di antara dua buah kenderaan. Sentiasa memakai topi keledar walaupun untuk perjalanan yang dekat. Tunggu sehingga orang dewasa membuka pintu kereta sebelum keluar. Tunggu sehingga bas beredar untuk melintas jalan. Jangan bermain di jalan raya.


17 A Bina ayat berdasarkan gambar dan frasa yang diberikan. HP PKJR: 3.1.2 1. 2. 3. 4. mesti dipimpin – orang dewasa ________________________________ ________________________________ ________________________________ topi keledar – saiz kepala ________________________________ ________________________________ ________________________________ jejantas – melintas – dengan selamatnya ________________________________ ________________________________ ________________________________ membuka pintu – memimpin tangan ________________________________ ________________________________ ________________________________ Aktiviti 14 Kita harus menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya dengan selamatnya. Kanak-kanak mesti menunggu orang dewasa membuka pintu dan memimpin tangan mereka. .


18 B Pilih satu daripada situasi pada halaman 17 dan lakukan aktiviti tersebut bersama-sama dengan anggota keluarga. Ambil gambar, cetak dan tampalkan pada ruangan yang disediakan. Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga: Tarikh: HP PKJR: 3.1.2


19 30 km/j BBM HP PKJR: 4.1.1 RASA SAYANG *Rasa sayang hei... Rasa sayang, sayang hei, Hei lihat nona jauh, Rasa sayang-sayang hei. Masak harum si buah mangga, Enak sungguh manis rasanya; __________________ ibu dan bapa, Agar tidak kesal selamanya. Dua tiga si kucing hutan, Berlari-lari di tepi kali; Jika hendak melintas jalan, Guna __________________________. Ulangi* Naik kereta pergi ke pekan, Rasa gembira dalam hati; Sebelum _____________ jangan lupakan, Pandang kanan dan pandang kiri. Dahan pokok hendak dicantas, Batang pokok dibuat titi; Ada kawasan ___________________ , Perlu _____________ dengan teliti. Ulang* 2X PKJR Aktiviti 15


20 Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan ayat yang diberikan. HP PKJR: 4.1.1 km/j Melintas dengan Selamatnya 1 2 3 PKJR 1. Sebelum melintas jalan raya, pejalan kaki hendaklah 2. Orang dewasa hendaklah 3. Kanak-kanak perlu berjalan 4. Pejalan kaki boleh melintas jalan raya apabila 5. Pejalan kaki boleh juga menggunakan Pejalan kaki harus mengikut langkah-langkah keselamatan sebelum melintas jalan. Orang dewasa hendaklah memimpin tangan kanak-kanak sewaktu melintas jalan raya. Selain itu, kanak-kanak perlu berjalan seiring dengan orang dewasa, ketika melintas di lintasan pejalan kaki. Apabila imej orang hijau pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala, pejalan kaki boleh melintas dengan selamatnya. Pejalan kaki juga boleh menggunakan jejantas yang disediakan untuk melintas. Langkah-langkah ini perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan pejalan kaki. Aktiviti 16 mengikut langkah-langkah keselamatan. memimpin tangan kanak-kanak sewaktu seiring dengan orang dewasa. bernyala. melintas jalan raya. imej orang hijau


21 Berdasarkan gambar, susun semula perkataan menjadi ayat yang betul. HP PKJR: 4.3.1 Aktiviti 17 Kita mesti memakai baju hujan dan pakaian cerah Pada waktu hujan lebat gunakan jaket pemantul cahaya untuk keadaan menjadi gelap Pada waktu malam supaya dapat dilihat oleh orang lain meningkatkan kebolehlihatan Waktu malam 1. 1. 2. Waktu hujan Kita mesti memakai baju hujan dan pakaian cerah supaya dapat dilihat oleh orang lain. Pada waktu hujan lebat, keadaan menjadi gelap. Pada waktu malam, gunakan jaket pemantul cahaya untuk meningkatkan kebolehlihatan.


22 Baca dan fahami pernyataan di bawah. HP PKJR: 4.4.1 1. 3. 2. 4. Gunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan apabila hendak melintas jalan. Gunakan jejantas untuk melintas di jalan raya yang sibuk. Berhati-hati ketika hendak melintas di lintasan pejalan kaki berisyarat. Ikut arahan peronda lintasan sekolah ketika hendak melintas jalan. Aktiviti 18


23 Isi tempat kosong dengan frasa yang diberikan. HP PKJR: 4.4.1 1. Lintasan sekolah yang dikawal oleh ___________________________________ membolehkan kanak-kanak melintas jalan dengan selamatnya. 2. Pejalan kaki boleh melintas apabila imej orang hijau pada lampu isyarat _______________________________ bernyala dan semua kenderaan berhenti. 3. Jutim berjalan seiring dengan ayahnya ketika melintas di ________________ . 4. Pejalan kaki hendaklah menggunakan _____________________________ yang disediakan untuk mengelakkan kemalangan. 5. Kita hendaklah berhenti di ____________________________________ sebelum melintas jalan. bebendul jalan lintasan pejalan kaki lintasan pejalan kaki berisyarat peronda lintasan sekolah laluan pejalan kaki Aktiviti 19


24 30 km/j HP PKJR: 5.1.2 Tonton klip video dan ceritakan kepentingan menggunakan pakaian dan peralatan keselamatan berbasikal. Kemudian, gunting gambar pada halaman 39 dan tampalkan pada ruangan yang disediakan. Aktiviti 20 Pakaian Keselamatan Peralatan Keselamatan BBM


25 km/j A BBM HP PKJR: 5.1.2 Dengar rakaman cerita tentang pakaian dan peralatan keselamatan berbasikal. Cari dan garisi perkataan tentang pakaian dan peralatan keselamatan berbasikal yang terdapat dalam teks. B Mei Ling berasa gembira apabila ayah mengajaknya ke kedai basikal. Dia teringat bahawa ayahnya pernah berjanji untuk menghadiahkan sebuah basikal bersempena dengan hari lahirnya. Setibanya di kedai basikal, Mei Ling diberikan peluang untuk memilih basikal yang disukainya. Tuan kedai itu mencadangkan supaya Mei Ling memilih basikal yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti cermin sisi, brek dan tayar yang berkualiti. Tuan kedai juga menasihatinya supaya membeli peralatan keselamatan seperti pad siku, pad lutut, topi keledar dan jaket pemantul cahaya. Mei Ling teringat akan pesanan Cikgu Azrin bahawa peralatan keselamatan perlu dipakai ketika menunggang basikal. Aktiviti 21


26 HP PKJR: 5.1.2 Berdasarkan teks pada halaman 25, tulis perkataan tentang pakaian dan peralatan keselamatan berbasikal. Pakaian dan Peralatan Keselamatan Berbasikal Jaket pemantul cahaya


27 A HP PKJR: 5.1.2 Aktiviti 22 Ayah saya menghadiahkan peralatan keselamatan berbasikal. Ada pad siku, pad lutut, topi keledar dan jaket pemantul cahaya. Pad siku untuk melindungi siku, manakala pad lutut untuk melindungi lutut. Topi keledar pula untuk melindungi kepala dan jaket pemantul cahaya untuk meningkatkan kebolehlihatan kepada orang lain. Apakah fungsinya? Wah, seronoknya! Apakah peralatan itu? Apakah hadiah hari lahir kamu?


28 B Tulis fungsi peralatan keselamatan berbasikal. Kemudian, padankan gambar dengan fungsinya. HP PKJR: 5.2.1 Topi keledar Jaket pemantul cahaya Pad siku Pad lutut Memudahkan pemandu lain melihat kita jika keadaan gelap


29 30 km/j HP PKJR: 6.2.1 A Berdasarkan gambar yang diberikan, cari dan warnakan perkataan tersembunyi. Aktiviti 23 pelaras tempat duduk tempat duduk bayi tempat duduk belakang tempat duduk kanak-kanak pela tem ka KANAK TEMPAT DUDUK B A Y I T DUDUK KANAK EMPAT


30 1. T 1. 4. 4. 3. 3. D P K 2. 2. T 1. km/j HP PKJR: 6.2.1 B A K T


31 Baca petikan di bawah. Kemudian, ceritakan fungsi alat penahan berdasarkan gambar kepada rakan kamu. HP PKJR: 6.6.2 Alat penahan berfungsi untuk menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban ke hadapan apabila berlaku perlanggaran atau semasa membrek kecemasan. Terdapat dua jenis alat penahan di dalam kereta, iaitu tali pinggang keledar dan tali pinggang ikatan pinggang. Tali pinggang keledar terdapat pada tempat duduk pemandu, penumpang di hadapan serta penumpang di belakang kiri dan kanan tempat duduk. Manakala, tali pinggang ikatan pinggang hanya terdapat di bahagian tengah tempat duduk penumpang belakang. Tali pinggang keledar penumpang digunakan untuk mengikat kerusi keselamatan kanak-kanak, iaitu tempat duduk bayi, tempat duduk kanak-kanak dan pelaras tempat duduk. Penggunaan alat penahan dapat menjamin keselamatan penumpang di dalam kereta. Tali pinggang ikatan pinggang Tali pinggang keledar Aktiviti 24


Click to View FlipBook Version