MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 2
SMK JALAN APAS
SASARAN MURID : PELAJAR TINGKATAN 2
TAJUK:
5.0 ISU DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR
5.1 Teknologi Hijau
OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Pada akhir PDPC pelajar dapat:
5.2.1 Menyatakan konsep teknologi hijau.
5.2.2 Menerangkan ciri-ciri produk teknologi
hijau.
5.2.3 Menunjukkan contoh produk teknologi
hijau.
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM 30 MINIT
Modul Nota
Konsep Teknologi Hijau
1.Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.
2.Berkonsepkan pembangunan lestari.
3.Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi
masa depan.
4. Memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup seperti
masa sekarang atau lebih baik.
Matlamat Teknologi Hijau
1. Melindungi ekosistem semula jadi.
2.Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan.
3.Mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia.
4.Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi.
Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau
1.Penghasilan produk telah melalui inovasi teknologi bagi menjaga
keharmonian manusia dan persekitaran.
2.Kadar pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar.
3.Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api.
4.Menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui.
5.Reka bentuk produk harus berdasarkan pengalaman lepas untuk
membantu manusia.
6.Piawaian kualiti produk harus menjadi ukuran penting dari segi
penerimaan masyarakat.
7.Mudah digunakan kerana teknologi ini dicipta untuk kegunaan manusia.
8.Dapat meminimumkan kemerosotan alam sekitar.
9.Boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R.
10. Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih
baik.
Contoh Produk Teknologi Hijau
- Produk teknologi hijau dapat dibahagikan kepada 4 Teras, iaitu Tenaga, Alam sekitar,
Ekonomi dan Sosial.
Tenaga
- Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil.
- Mempromosikan kecekapan guna tenaga.
- Contohnya, kereta hibrid, kenderaan elektrik, kenderaan gas asli (NGV) dan biodiesel.
Alam sekitar
- Meminimumkan kesan terhadap alam sekitar.
- Contohnya, baja kompos dan beg plastik biodegradasi.
Ekonomi
- Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi canggih.
- Contohnya, industri fotovolta melalui penggunaan panel solar.
Sosial
- Kualiti hidup masyarakat dapat dipertingkatkan.
- Contohnya, penggunaan bekas mesra alam dan menggunakan pengangkutan awam.
AKTIVITI PDP
ONE STAY ALL STRAY
1. GURU SEPERTI BIASA MEMBAHAGIKAN PELAJAR KEPADA BEBERAPA KUMPULAN.
2. Guru mengarahkan seorang pelajar untuk setiap kumpulan kekal di meja kumpulan mana kala ahli
kumpulan yang lain akan bergerak meja kumpulan lain untuk mendengar penerangan.
3. Guru meniup wisel atau membunyikan siren sebagai tanda untuk berpindah ke meja yang lain.
4. Ketika aktiviti penerangan sedang berjalan kumpulan yang bergerak harus membuat catatan
ringkas memberikan soalan kepada pihak pembentang.
5. Aktiviti pengukuhan turut diberikan kepada pelajar melalui latihan.
Modul Latihan
Link quizizz
https://quizizz.com/admin/quiz/5d96a8263c1095001a8fab4c/geografi-tingkatan-2-kssm-bab-10-teknologi-hijau
Modul disediakan oleh Cikgu Rudy Bin Tahang.
(Tamat)