The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama: Nur Haireen Harisha binti Mohamad Hayazi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haireenhyz04, 2025-03-02 22:06:04

Si Jerung Pemalu (Karya Haireen)

Nama: Nur Haireen Harisha binti Mohamad Hayazi

Si Cilik Press HAIREEN HARISHA


Si Cilik Press HAIREEN HARISHA BUKU CERITA KANAK-KANAK


Penulis Haireen Harisha Hayazi © Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana kandungan dalam buku ini termasuk cerita dan ilustrasi dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, rakaman, cetakan, elektronik, atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada Si Cilik Press. Diterbitkan oleh: Si Cilik Press (NH3782641-R) Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur Tel: 03-67351310 E-mel: presssicilik23@gmail.com SI JERUNG PEMALU Si Cilik Press Cetakan Pertama: 2025 Cerita dan watak-watak serta ilustrasi dalam buku cerita kanak-kanak ini hanya rekaan dan hasil kreatif penulis dan ilustrator semata-mata. Tidak ada kenamengena dengan individu an pihak yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.


Di tengah lautan biru yang luas, hiduplah seekor jerung yang bernama Jero. Berbeza dengan jerung-jerung lain yang garang dan berani, Jero ialah seekor jerung yang pemalu. 1


Setiap kali ikan-ikan lain berenang menghampirinya, dia akan menyembunyikan diri di balik batu yang besar. 2


Kenapa Jero selalu bersendirian? Pada suatu hari, Si Kuda Laut dan Si Penyu sedang bermain-main di dalam lautan. Tiba-tiba, mereka ternampak Jero sedang berenang bersendirian. Mungkin dia tidak suka berkawan. Tambahan pula, Jero ialah seekor jerung. Sudah pasti ikan-ikan lain berasa gerun dengannya. 3


Sebenarnya, Jero mahu berkawan dengan ikan-ikan lain tetapi dia takut ikan lain akan berenang menjauhinya kerana dia seekor jerung. 4


Dahulu, dia pernah cuba bermain dengan sekumpulan ikan kecil, tetapi sebelum sempat dia menyapa, mereka sudah berenang lintang-pukang ketakutan. Sejak hari itu, Jero lebih suka bersembunyi. 5


Pada suatu hari, ribut besar melanda lautan. Ombak kuat menggoncang terumbu karang dan arus deras membawa ikan-ikan kecil ke tempat yang tidak mereka kenali. 6


Seekor ikan badut bernama Nino terperangkap dalam pusaran air dan terhumban ke celah batu yang sempit. Tolong! Tolong saya! 7


Dari jauh, Jero melihat keadaan itu. Dia tahu hanya dia yang cukup kuat untuk menyelamatkan Nino. Walaupun dia takut untuk mendekati Nino, dia mengumpul keberanian dan berenang ke arah Nino. 8


Dengan berhati-hati, Jero menggunakan muncungnya untuk menolak batu besar itu. Setelah itu, batu itu pun beralih dan Nino akhirnya bebas. 9


Semua ikan yang melihat kejadian itu terkejut. Mereka tidak menyangka Jero, seekor jerung yang pemalu boleh menjadi begitu baik hati. 10


“Terima kasih, Jero! Tanpa awak, saya pasti masih terperangkap di celahan batu, ” kata Nino dengan gembira. Terima kasih, Jero! 11


Si Penyu, Si Kuda Laut, dan ikan-ikan lain segera berenang menghampiri Jero. “Kami salah sangka tentang awak, Jero. Rupanya awak sangat baik hati!” kata Si Kuda Laut. 12


Jero tersenyum malu. Untuk pertama kalinya, dia tidak bersembunyi di sebalik batu karang. 13


Sejak hari itu, Jero tidak lagi takut untuk bergaul. Dia menyedari bahawa dia tidak perlu bersembunyi kerana semua makhluk laut boleh menjadi kawan, tidak kira bagaimana rupa mereka. 14


Kita mestilah berani mencuba perkara baru supaya kita dapat belajar dan menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. 1. Kita mestilah tidak menilai orang berdasarkan rupa mereka kerana setiap orang mempunyai hati yang baik jika kita mengenali mereka dengan lebih dekat. 2. Kita mestilah berkawan dengan semua orang tanpa mengira perbezaan, kerana persahabatan akan menjadi lebih indah jika kita saling menghormati. 3. Kita mestilah suka menolong orang lain kerana apabila kita membantu, kita akan dihargai dan mempunyai ramai kawan. 4. Pengajaran lintang-pukang : Berlari ke sana sini dengan kelam-kabut kerana terkejut atau takut. 1. arus deras : Air yang mengalir sangat laju dan kuat. 2. pusaran air : Air yang berpusing-pusing seperti membuat lubang. 3. terhumban : Terjatuh atau tercampak dengan kuat. 4. Glosari 15


Jero ialah seekor jerung yang pemalu. Dia sentiasa malu untuk berkawan dengan ikanikan lain. Pada suatu hari, kejadian yang melanda lautan mengubah nasib Jero untuk selama-lamanya. Apakah nasib yang terjadi kepada Jero? Ketahui nasib Jero di dalam buku cerita “Si Jerun Pemalu”! SI JERUNG PEMALU Si Cilik Press


Click to View FlipBook Version