The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraishahkarmila2, 2022-12-15 09:44:27

Peristiwa parang terbang 2001 (1)

Peristiwa parang terbang 2001 (1)

PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik
kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina,
India, Kadazan, Iban dan sebagainya dapat hidup dalam keadaan harmoni. Banyak negara di
dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat
hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya .Kejayaan
Malaysia mengekalkan keamanan dan kestabilan politik yang diasaskan oleh hubungan etnik
yang positif dan bersifat sinergi telah menarik minat negara luar untuk mengetahui rahsia di
sebalik kejayaan ini. Kekuatan hubungan yang terjalin antara etnik ini sebenarnya bukanlah
untuk dihuraikan kepada orang luar, tetapi yang penting kepada rakyat Malaysia sendiri.

Berdasarkan tugasan kumpulan ini, kami berenam ingin melaksanakan tajuk
berlandaskan rusuhan. Rusuhan bermakna satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada
kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan
keganasan, laku musnah atau jenayah lain. Sementara seseorang individu mungkin cuba
memimpin atau mengawal rusuhan, rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.

Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak
puas hati. Sepanjang sejarah, rusuhan berlaku kerana keadaan kerja serta taraf hidup yang
teruk, penentangan terhadap kerajaan, penentangan terhadap cukai, konklik antara kaum atau
agama, ataupun setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya bola
sepak. Rusuhan lazimnya melibatkan vandalisme serta kemusnahan harta awam dan
persendirian. Harta spesifik yang disasarkan bergantung kepada punca rusuhan serta pihak
yang terlibat. Sasaran termasuklah kedai, kereta, restoran, institusi milik kerajaan, serta rumah
ibadat.

Terdapat pelbagai jenis rusuhan antaranya hooligan (perusuh yang melibatkan
peminat sukan), rusuhan polis, rusuhan penjara, rusuhan kaum, rusuhan pelajar dan rusuhan
bandar. Sebagaimana yang kita maklum, peristiwa 13Mei merupakan rusuhan kaum yang
berlaku sebagai kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia pada masa itu. Oleh itu,
kumpulan kami telah bersepakat untuk melasanakan tugasan ini dengan berkisahkan rusuhan
kaum. Tajuk yang kami akan bentangkan ialah Rusuhan Kaum di Taman Medan pada 2001.
Peristiwa ini terjadi disebabkan oleh sikap tidak boleh bertolak ansur apabila berlaku
pertembungan kepentingan antara dua pihak (Muhamad Kamarul Kabilan dan Zaharah Hasan,
2005:109).

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kisah rusuhan kaum di Kampung Medan pada 2001 banyak
mengajar kita akan pentingnya perpaduan antara kaum demi mencapai martabat negara
bangsa. Terdapat banyak impak dan implikasi jika kita sering bertelagah antara satu sama
lain.Dari sudut pandangan sosial, kita dapat melihat bahawa wujudnya salah faham dan
pandangan yang buruk terhadap kaum yang lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap
perkauman akan memecah-belahkan kaum tetapi akan memberi kesan dalam jangka masa
pendek mahupun jangka masa panjang. Selain itu, rusuhan kaum juga memberi impak dan
keancaman terhadap struktur sosial di negara kita dan juga akan menyebabkan rakyat tidak
dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.

Dari perspektif ekonomi pula, perpecahan kaum di Malaysia daripada ekoran
keruntuhan struktur sosial akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan
lancar dan sekali gus menyebabkan ekonomi negara akan terjejas. Perkara ini mengakibatkan
negara akan mengalami kerugian di mana perbelanjaan melebihi pendapatan negara. Hal ini
demikian apabila berlaku rusuhan kaum ,kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan wang
untuk membawa keamanan kepada negara sendiri pada masa yang sama,pendapatan negara
telah berkurang disebabkan ekonomi yang terbantut. Akhir sekali, dari sudut politik. Kita
diberi kemerdekaan dan sebab itu juga negara kita dipandang tinggi kerana rakyat Malaysia
terdiri daripada berbilang kaum namun, jika berlakunya isu rusuhan kaum ia akan
mencemarkan nama baik negara yang menunjukkan negara sendiri akan gagal dalam
menyatupadukan penduduk Malaysia malah menjadikan keadaan yang lebih teruk. Ini akan
menconteng arang terhadap imej dan integriti negara sebagai sebuah negara yang berdaulat
dan mengamalkan prinsip demokrasi. Contohnya, sifat perkauman akan mengancam
kestabilan politik dan keamanan negara jika dibiarkan berterusan. Isu perkauman memang
tidak dapat dielakkan kerana melibatkan golongan manusia yang mempunyai beberapa ciri
kesamaan budaya yang cuba mempertahankan golongan masing-masing.

Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam
mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Masyarakat Malaysia
perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum
dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju disamping mencapai status
negara bangsa. Seperti mana yang kita ketahui, antara ciri-ciri negara bangsa ialah konsep
kewarganegaraan dapat dijelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat

disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Jika kita semua
berganding bahu menggunakan konsep pepatah ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, masa depan yang gemilang dan terbilang dapat dibina. Intihanya, semangat
perpaduan di negara kita hendaklah dipertahankan oleh semua rakyat demi negara yang
tercinta dan dapat menyambut objektif negara impian.

Peristiwa parang terbang 2001 di Kampung Medan

Peristiwa parang terbang ini berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Pada 4 Mac 2001,satu majlis perkahwinan diadakan di sebuah rumah orang melayu manakala
jiran indianya mengadakan majlis pengebumian. Menurut kata-kata penduduk di Kampung
Medan, pergaduhan ini tercetus apabila seorang lelaki berbangsa India membawa motorsikal
dalam keadaan mabuk, dan terbabas merempuh tapak perkahwinan Melayu. Hal ini
mendatangkan kemarahan orang kampung sehingga menengking lelaki India tersebut.
Kemarahan daripada tengkingan menyebabkan lelaki India tersebut hilang rasional dan
mengajak sekumpulan geng untuk menyerang majlis perkahwinan Melayu tersebut.

Sepanjang berlakunya peristiwa rusuhan ini iaitu dari 4 Mac sehingga 8 Mac
2001,penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutamanya pada waktu malam. Masyarakat
India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka.
Sebaliknya,masyarakat melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng
India datang untuk menyerang mereka. Sebenarnya, mereka bukan takut akan jiran-jiran
mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad tetapi takut akan
samseng-samseng yang datang dari luar.

Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor ketika itu terus
bertindak untuk berkawal di Kuil Hindu Kampung Medan agar orang melayu tidak
menyerang kuil tersebut.Selain itu,beliau sendiri menasihati penduduk melayu agar mematuhi
peraturan dan undang-undang negara sebelum hal ini berkembang ke arah tidak terkawal.

Walaubagaimanapun,rusuhan kaum ini telah menyebabkan ramai penduduk yang
cedera mahupun maut.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung
Medan untuk memberi bantuan dan bekalan makanan kepada para penduduk.Selain itu,pihak
polis telah membuat sekatan dan serbuan di beberapa kampung yang terlibat akhirnya
menemui dan merampas senjata-senjata seperti parang,besi pisau dan lain lain.Masyarakat
Malaysia terkejut dengan berita ini kerana ia merebak dengan terlalu pantas dan
mendatangkan kesan yang amat buruk.MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar
peristiwa ini tidak berulang.Selepas peristiwa ini,kerajaan negeri Selangor telah menyasarkan
Setinggan Sifar pada 2005 di Selangor.Pada tahun 2006,97% perumahan baru setinggan telah
diselesaikan .

KESAN PERISTIWA

Penduduk Kampung Medan merupakan golongan yang menerima impak terbesar
dari peristiwa ini. Sewaktu pergaduhan antara orang India dan orang Melayu berada
pada tahap kemuncak, terdapat banyak insiden di mana penduduk kaum Melayu dan
India diserang secara rambang di sepanjang jalan utama sekitar Taman Desaria,
Kampung Medan, Kampung Datuk Harun dan Kampung Lindungan. Dapat
dirumuskan bahawa suasana yang relatif bergejolak saat itu telah membuatkan
penduduk Kampung Medan berada dalam ketakutan, terutamanya di malam hari.
Keharmonian antara penduduk terbatas menyebabkan mereka saling tidak
mempercayai antara satu sama lain. Kedua-dua kaum ini bertindak semberono di
mana mereka menyerang warga penduduk bersama-sama dengan senjata
menyebabkan keselamatan semua penduduk terancam dan pergerakan mereka terbatas
iaitu aktiviti harian tidak dapat dilaksanakan dengan efisien dan efektif.

Kejadian ini bukan sahaja hanya mendatangkan kecederaan ringan, tetapi juga
kecederaan parah dan sehingga meragut nyawa. Diumumkan bahawa sebanyak 29
orang menjadi korban dalam insiden tersebut, menurut catatan dari Pusat Perubatan
Universiti Malaya. Yang terluka termasuk 22 orang India, 3 Melayu, 1 Cina, 1
Indonesia, 1 Bangladesh, dan 1 Pakistan. (Faiz Ibrahim, 2017). Peristiwa gelap itu
juga telah meragut nyawa enam orang, termasuk lima orang India dan seorang
warga negara Indonesia. Pada ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden
MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A.
Ganeson, 28 turut terbunuh. Penduduk yang telah cedera dihantar ke Unit Kecemasan
di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Kesan kepada penempatan Kampung Medan pula ialah kemusnahan kemudahan
infrastruktur serta barangan peribadi warga penduduk. Datuk Mohamed Jamil Johari
menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan
van juga telah dirosakkan. Keadaan Kampung Medan yang sememangnya tidak
begitu tersusun dan strategik kerana merupakan kawasan setinggan telah berubah
menjadi lebih teruk. Kemusnahan ini menyukarkan penduduk untuk melaksanakan
aktiviti harian dan mengganggu keselesaan mereka.

Disebabkan oleh peristiwa hitam ini, kerajaan mula menyedari tanggungjawabnya
untuk mewujudkan perubahan dari aspek pembangunan infrastruktur di Kampung
Medan. Dipercayai oleh kerajaan bahawa pembangunan kawasan tersebut ke arah
yang lebih baik dan maju akan sekaligus dapat mengembangkan ekonomi dan
pendirian sahsiah masyarakat yang sering dikaitkan dengan polarisasi perkauman
yang menebal dalam diri. Berkat pelbagai usaha Kerajaan Negeri Selangor
melalui Program Setinggan Sifar 2005, pelbagai perancangan untuk mengurangkan
penempatan setinggan dan membasminya secara menyeluruh telah dilakukan.
Kampung Medan telah diubah suai menjadi persekitaran yang lebih baik dan tiada
lagi kawasan setinggan seperti tahun 2000, apabila ia digantikan dengan deretan
rumah flat berkos rendah.

PUNCA PERISTIWA

Kelalaian seorang lelaki India dalam menunggang motosikal merupakan faktor
utama berlakunya peristiwa pertempuran antara dua kumpulan iaitu India dan Melayu.
Pergaduhan antara kedua-dua kumpulan bermula di Kampung Medan pada masa
persiapan untuk perkahwinan dan pengebumian bermula. Perkahwinan berlangsung
di rumah orang Melayu. Sementara itu, jiran Indianya sedang mengadakan
pengebumian. Dikatakan bahawa secara mengejut, seorang lelaki India dalam
keadaan mabuk telah menunggang motosikal dan merempuh adegan perkahwinan
orang Melayu sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kampung. Lalu, lelaki
India itu telah mengajak sekumpulan samseng India untuk menyerang perkahwinan
orang Melayu tersebut dan menyebabkan kekecohan di kawasan itu berlaku.

Punca seterusnya adalah disebabkan oleh masalah sosio-ekonomi di Kampung
Medan yang merisaukan. Seperti yang kita sedia maklum, Kampung Medan pada
ketika itu boleh dikatakan sebagai penempatan yang sangat terpinggir bagi golongan
miskin bandar. Masalah sosial seperti pengangguran, kemiskinan, perumahan,
persekolahan, dan aktiviti kumpulan samseng juga sangat berleluasa di sini. Dalam
persekitaran kehidupan yang sangat minima dari segi kemudahan dan prasarana sosial,
ia telah menjejaskan emosi, sikap dan jiwa manusia dan menyebabkan kesukaran
untuk mengawal perasaan marah dan keliru. Akibatnya, reaksi yang keras dan ganas
digunakan sebagai penyelesaian.

Tindakan anasir luar yang bertujuan untuk mengganggu ketenteraman tempatan
dan mewujudkan ketidakstabilan politik juga merupakan punca yang menyumbang
kepada terjadinya pertempuran antara orang India dan orang Melayu. Dilaporkan
bahawa, 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu dan dipercayai merupakan anasir
luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Pergelutan antara dua kaum
ini merebak dengan begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan
berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan sehinggakan ia dapat merebak ke Petaling
Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong. Orang
luar yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian ini turut serta bergelut
untuk mengeruhkan lagi keadaan pada waktu itu.

Isu-isu yang berkaitan dengan polarisasi perkauman di kawasan tersebut yang
tidak dapat diselesaikan oleh pihak berwajib juga menjadi pemangkin kepada
pemecahbelahan kaum India dan kaum Melayu di Kampung Medan. Kelemahan
dalam pembangunan telah menyebabkan setiap kaum mempertahankan kepentingan
diri mereka dengan merangsangkan dimensi perkauman yang boleh menjurus kepada
krisis keganasan di Kampung Medan. Mereka lebih memilih untuk bergantung
dengan kaum mereka sendiri sahaja kerana dikatakan susah senang dihadapi bersama.
Sifat perkauman yang tinggi ini telah dipupuk dan disemai sejak dahulu lagi kerana
penempatan berkelompok mengikut kaum di sekitar Kampung Medan amat berleluasa.
Misalnya, Taman Dato Harun mempunyai majoriti penduduk orang Melayu manakala
Kampung Ghandi kebanyakan penduduknya ialah orang India. Pencampuran,
pertukaran budaya dan pendedahan tentang kaum masing- masing adalah terhad
menyebabkan kurang persefahamaan tentang budaya, agama dan tradisi kaum
masing- masing.


Click to View FlipBook Version